pemikiran tahaluf siyasi pas di negeri kelantan

2
PEMIKIRAN TAHALUF SIYASI PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DI KELANTAN 1 Mohd Syahmi Bin Mohd Miswan 2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang E-mail: [email protected] Abstrak Pemikiran tahaluf siyasi (TS) terbentuk dalam gerakan politik Islam. TS bermaksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Gerakan politik Islam pula adalah satu gerak kerja masyarakat yang dilakukan secara berkumpulan dan tersusun bertujuan mengembalikan Islam kepada kepimpinan masyarakat dan hala tuju kehidupan (Yusuf al-Qardhawi, 1992). Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satunya gerakan politik Islam di Malaysia (Abdul Hadi Awang, 2012; Abu Bakar Hamzah, 1992; Ahmad Fadli Shaari, 2008). Gerakan ini sinonim dengan TS . PAS telah memerintah negeri Kelantan selama 24 tahun daripada tahun 1990 sehingga tahun 2014. Persoalannya, bagaimana PAS boleh mengekalkan pemerintahannya selama 24 tahun di negeri Kelantan? Adakah kekalnya pemerintahan PAS ini disebabkan pemerintahan tersebut menggunakan TS dalam sistem pentadbiran negeri Kelantan? Daripada persoalan-persoalan tersebut, tumpuan dalam kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti pemikiran TS PAS selaku gerakan Islam yang mentadbir negeri Kelantan. Kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Kemudian, analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data-data tersebut. Hasilnya, terdapat tiga pemikiran TS PAS di negeri Kelantan. Pertama, PAS boleh berada di bawah sistem pemerintahan pusat yang berasaskan 1 Kertas kerja yang akan dibentangkan di Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI), anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Pulau Pinang pada 10-14 Jun 2015. 2 Mohd Syahmi Mohd Miswan merupakan calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Upload: mohd-syahmi

Post on 14-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mengamalkan Tahaluf dalam pentadbiran. Bagaimana tahaluf yang dilakukan PAS di Kelantan?

TRANSCRIPT

PEMIKIRAN TAHALUF SIYASI PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

DI KELANTAN

Mohd Syahmi Bin Mohd Miswan

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang

E-mail: [email protected]

Abstrak

Pemikiran tahaluf siyasi (TS) terbentuk dalam gerakan politik Islam. TS bermaksud kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Gerakan politik Islam pula adalah satu gerak kerja masyarakat yang dilakukan secara berkumpulan dan tersusun bertujuan mengembalikan Islam kepada kepimpinan masyarakat dan hala tuju kehidupan (Yusuf al-Qardhawi, 1992). Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satunya gerakan politik Islam di Malaysia (Abdul Hadi Awang, 2012; Abu Bakar Hamzah, 1992; Ahmad Fadli Shaari, 2008). Gerakan ini sinonim dengan TS. PAS telah memerintah negeri Kelantan selama 24 tahun daripada tahun 1990 sehingga tahun 2014. Persoalannya, bagaimana PAS boleh mengekalkan pemerintahannya selama 24 tahun di negeri Kelantan? Adakah kekalnya pemerintahan PAS ini disebabkan pemerintahan tersebut menggunakan TS dalam sistem pentadbiran negeri Kelantan? Daripada persoalan-persoalan tersebut, tumpuan dalam kertas kerja ini dilakukan untuk meneliti pemikiran TS PAS selaku gerakan Islam yang mentadbir negeri Kelantan. Kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder. Kemudian, analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data-data tersebut. Hasilnya, terdapat tiga pemikiran TS PAS di negeri Kelantan. Pertama, PAS boleh berada di bawah sistem pemerintahan pusat yang berasaskan federalisme (Shaikh Mohd Noor Alam, 1988); kedua, Islamisasi urus tadbir negeri Kelantan; dan ketiga, membuka peluang ekonomi kepada golongan bukan Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2015). Kata Kunci: Tahaluf Siyasi, PAS, Gerakan Islam, Pemikiran, Kelantan. Kertas kerja yang akan dibentangkan di Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam (WAPI), anjuran Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM, Pulau Pinang pada 10-14 Jun 2015.

Mohd Syahmi Mohd Miswan merupakan calon Ijazah Kedoktoran di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.