pemerolehan pembelajaran bermakna...

Download PEMEROLEHAN PEMBELAJARAN BERMAKNA …jurnalrite.weebly.com/.../1/3/...kognitif_pembelajaran_multimedia.pdf · menggabungkan pendekatan sensori-modaliti (Baddeley, ... kognitif merupakan

If you can't read please download the document

Upload: phamdien

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1

    PEMEROLEHAN PEMBELAJARAN BERMAKNA BERASASKAN

    TEORI KOGNITIF PEMBELAJARAN MULTIMEDIA

    ABDUL HADI BIN MAT DAWI, PhD

    Jabatan Teknologi Pendidikan,

    IPG Kampus Ipoh

    Pengenalan

    Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia telah dikemukakan oleh Mayer (2001). Teori ini adalah

    berdasarkan kepada Teori Beban Kognitif Sweller (Chandler & Sweller, 1991; Sweller, 1999), Teori

    Pengekodan Dual Paivio (Clark & Paivio, 1991; Paivio, 1986) dan Model Ingatan Kerja Baddeley

    (Baddeley, 1992). Mayer (2001) telah mencadangkan tiga andaian dalam Teori Kognitif Pembelajaran

    Multimedia iaitu (1) dua saluran pemprosesan maklumat; (2) kapasiti terbatas; dan (3) pemprosesan aktif.

    Ketiga-tiga andaian ini dijelaskan dalam Jadual 1.

    Jadual 1

    Andaian-Andaian Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

    Andaian Penjelasan Rujukan Berkaitan

    Dua Saluran

    Manusia mempunyai saluran pemprosesan

    maklumat visual dan maklumat auditori secara

    berasingan

    Paivio, 1986;

    Baddeley, 1992

    Kapasiti Terbatas Setiap saluran pemprosesan maklumat bagi

    manusia adalah terbatas bagi memproses

    sejumlah maklumat pada satu masa.

    Baddeley, 1992;

    Chandler & Sweller,

    1991

    Pemprosesan Aktif Manusia terikat dengan pembelajaran aktif

    melalui pemilihan maklumat kemasukan yang

    relevan, penyusunan maklumat terpilih kepada

    perwakilan mental dan mengintegrasikan

    perwakilan mental dengan pengetahuan lain

    Mayer, 1999

    Andaian-andaian Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) digunakan bagi

    menjelaskan proses pembinaan pengetahuan baru dalam pembelajaran multimedia. Mayer (2001) telah

    menggabungkan pendekatan sensori-modaliti (Baddeley, 1992) dan pendekatan mod persembahan

    (Paivio, 1986). Berdasarkan pendekatan sensori-modaliti, bahan dipersembahkan sama ada secara visual

    (animasi, grafik, teks) atau secara auditori (penceritaan atau bunyi). Pendekatan mod persembahan pula

    menjelaskan pembinaan model berasaskan piktorial (non - verbal) dan model berasaskan verbal dalam

    ingatan kerja. Sehubungan itu, Mayer (2001) mencadangkan bahan verbal dan visual diproses dalam

    sistem pemprosesan yang berbeza iaitu pada saluran auditori/verbal dan saluran visual/piktorial.

  • 2

    Berdasarkan kepada Model Ingatan (Baddeley, 1992) dan Teori Beban Kognitif (Chandler &

    Sweller, 1991; Sweller, 1999), Mayer (2001) menjelaskan bahawa kapasiti saluran pemprosesan

    visual/piktorial dan saluran pemprosesan auditori/verbal dalam ingatan kerja adalah terbatas. Oleh itu,

    beban kognitif perlu dikurangkan bagi memudahkan pembelajaran berlaku (Sweller, 1999). Beban

    kognitif merupakan jumlah sumber mental dalam ingatan kerja yang diperlukan bagi sesuatu tugasan

    (Clark & Mayer, 2003; Mayer, 2001; Sweller, 1999). Beban kognitif berpunca daripada kesukaran bahan

    pembelajaran (beban kognitif intrinsik) dan reka bentuk mesej pengajaran (beban kognitif ekstrinsik)

    (Mayer, 2001). Beban kognitif intrinsik tidak boleh diubahsuai melalui reka bentuk pengajaran.

    Sebaliknya, beban kognitif ekstrinsik boleh diubahsuai melalui penyusunan isi kandungan bahan

    pengajaran (Mayer, 2001; Sweller, 1999). Oleh itu, beban kognitif ekstrinsik dalam pembelajaran

    multimedia boleh dikurangkan apabila elemen ekstraneous yang tidak relevan dikeluarkan daripada

    persembahan multimedia.

    Pembelajaran Konstruktivis Berasaskan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

    Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia menjelaskan pembinaan pengetahuan berlaku melalui proses

    aktif kognitif iaitu memilih maklumat yang relevan, menyusun maklumat menjadi perwakilan mental

    (model mental), dan mengintegrasikannya dengan pengetahuan sedia ada yang sesuai. Proses aktif

    kognitif ini merupakan aktiviti pembelajaran konstruktivis (Mayer, 2001). Pelajar masih boleh terikat

    dengan proses aktif kognitif walaupun persembahan media tidak melibatkan aktiviti hands-on (Mayer,

    2003). Seterusnya, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) ditunjukkan dalam Rajah 1.

    Persembahan Sensori Ingatan Ingatan Kerja Ingatan Jangka Multimedia Panjang Perkataan Telinga Pilih Bunyi Susun Model Perkataan perkataan Verbal Integrasi Pengetahuan Sedia Ada Gambar Mata Pilih Imej Susun Model Imej Imej Piktorial

    Rajah 1. Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001)

  • 3

    Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) mencadangkan unit sensori ingatan dan

    ingatan kerja dibahagikan kepada dua saluran iaitu saluran auditori/verbal dan saluran visual/piktorial

    sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3.

    Persembahan Sensori Ingatan Ingatan Kerja Ingatan Jangka Multimedia Panjang Perkataan Telinga Pilih Bunyi Susun Model Perkataan perkataan Verbal Integrasi Pengetahuan Sedia Ada Gambar Mata Pilih Imej Susun Model Imej Imej Piktorial

    Rajah 2. Saluran Verbal/Auditori Dalam Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

    Persembahan Sensori Ingatan Ingatan Kerja Ingatan Jangka Multimedia Panjang Perkataan Telinga Pilih Bunyi susun Model Perkataan perkataan Verbal Integrasi Pengetahuan Sedia Ada Gambar Mata Pilih Imej Susun Model Imej Imej Piktorial

    Rajah 3. Saluran Visual/Piktorial Dalam Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia

  • 4

    Pemerolehan Pembelajaran Bermakna

    Berdasarkan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) pembelajaran bermakna dalam

    persekitaran pembelajaran multimedia berlaku melalui lima peringkat iaitu:

    (a) Pemilihan perkataan yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja verbal. Peringkat ini melibatkan perubahan perwakilan sensori bunyi yang memasuki telinga kepada

    perwakilan dalaman bunyi perkataan dalam ingatan kerja. Maklumat verbal dalam bentuk suara

    diterima oleh telinga dan proses ini bermula secara langsung dalam saluran auditori/verbal.

    Sebaliknya, maklumat verbal dalam bentuk teks pada skrin komputer pula diterima oleh mata dan

    ditukarkan secara mental kepada bunyi untuk diproses melalui saluran auditori/verbal. Peringkat

    ini melibatkan penumpuan perhatian kepada perkataan yang relevan selepas melalui sensori

    ingatan disebabkan oleh kapasiti saluran sistem kognitif yang terbatas.

    (b) Pemilihan imej yang relevan untuk diproses dalam ingatan kerja visual. Peringkat ini melibatkan perubahan perwakilan sensori rangsangan visual yang memasuki mata

    kepada perwakilan dalaman imej visual dalam ingatan kerja. Proses ini bermula dalam saluran

    visual/piktorial tetapi boleh ditukarkan sebahagiannya secara mental ke saluran auditori/verbal.

    Peringkat ini melibatkan penumpuan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu yang relevan

    dalam mesej multimedia disebabkan oleh kapasiti saluran sistem kognitif yang terbatas.

    (c) Penyusunan perkataan yang dipilih ke dalam bentuk model mental verbal. Peringkat ini melibatkan penyusunan perkataan kepada perwakilan model verbal. Proses kognitif

    yang terlibat ialah penyusunan perkataan terpilih dengan membina hubungan di antara cebisan

    pengetahuan verbal.

    (d) Penyusunan imej yang dipilih ke dalam bentuk model mental visual. Peringkat ini melibatkan penyusunan imej kepada perwakilan model piktorial. Proses kognitif

    yang terlibat ialah penyusunan imej terpilih dengan membina hubungan di antara cebisan

    pengetahuan piktorial.

    (e) Pengintegrasian perwakilan verbal dan visual dengan pengetahuan sedia ada. Peringkat ini melibatkan integrasi model visual dengan model verbal dan pengetahuan sedia ada

    yang relevan daripada ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku dalam ingatan kerja visual dan

    verbal serta melibatkan penyelarasan di antara kedua-duanya. Pengetahuan sedia ada boleh

    digunakan bagi membantu menyelaraskan proses integrasi.

    Menurut Mayer (2001), kelima-lima peringkat proses aktif kognitif di atas berlaku berulangkali

    segmen demi segmen dalam keseluruhan pembelajaran multimedia. Pengetahuan baru yang terbina akan

    disimpan dalam ingatan jangka panjang (Clark & Mayer, 2003; Mayer, 2003).

    Kesimpulan

    Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (Mayer, 2001) berupaya menjelaskan pemerolehan

    pembelajaran bermakna dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Sehubungan, terdapat beberapa

    prinsip reka bentuk dan pembangunan multimedia berasaskan teori ini. Implikasi teori ini kepada

    pemerolehan pembelajaran bermakna ialah dari segi keperluan pelajar menilai dan memilih imej dan

    bunyi yang paling relevan. Pelajar perlu memberi perhatian ke atas pembinaan struktur hubungan yang

  • 5

    mudah disebabkan kapasiti ingatan kerja yang terbatas. Proses ini bergantung kepada usaha pelajar

    membina rantaian sebab dan akibat di kalangan pengetahuan verbal. Proses ini juga bergantung kepada

    usaha pelajar membina rantaian sebab dan akibat di kalangan pengetahuan piktorial.

    Rujukan

    Abdul Hadi Mat Dawi. (2005). Kesan animasi 3D terhadap pembelajaran Lukisan Ortografik di

    kalangan pelajar sekolah menengah. Unpublished PhD Thesis. Universiti Sains Malaysia

    Alessi, S. M., & Trollip, S. R. (2001). Multimedia for learning: Methods and Development.

    Massachusetts: Allyn & Bacon.

    Baddeley, A. D. (1992). Working memory. Science, 255, 556-559.

    Baddeley, A.D. (1999). Human memory. Boston: Allyn and Bacon.

    Clark, J. M., & Paivio, A. (1991). Dual coding theory and education. Educational Psychology Review, 3,

    149 - 210.

    Clark, R. C., & Mayer, R. E. (2003). e-learning and the science of instruction: Proven guidelines for

    consumers and designers of multimedia learning. San Francisco: Pfeiffer.

    Lee, W. W., & Owens, D. L (2000). Multimedia based instructional design: Computer based training.

    San Francisco, CA: Jossey-Bass Pfeiffer.

    Mayer, R. E. (1999). Designing instruction for constructivist learning. Dalam C.M.

    Reigeluth (Ed.), Instructional design theories and models. NJ: Erlbaum.

    Mayer, R. E. (2001). Multimedia learning. New York: Cambridge University Press.

    Mayer, R. E. (2003). The promise of multimedia learning: Using the same instructional design methods

    across different media. Learning and Instruction, 13(2003), 125 139.

    Paivio, A. (1971). Imagery and verbal processes. New York: Holt, Rinehart & Winston.

    Paivio, A. (1986). Mental representations: A dual coding approach. New York: Oxford University Press.

    Schnotz, W., & Lowe, R. (2003). External and internal representations in multimedia Learning.

    Learning and Instruction, 13(2003), 117 123.

    Sweller, J. (1994). Cognitive load theory, learning difficulty, and instructional design. Learning and

    Instruction, 4, 295-312.

    Sweller, J. (1999). Instructional design in technical areas. Victoria, Australia: ACER Press.

    Toh, S. C. (2002). Multimedia learning: What works and what doesnt. Dalam Instruksi dan

    Pembelajaran Berasaskan Teknologi, Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 15, Kangar,

    Perlis, Anjuran Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, 6 9 September 2002.