pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

7
DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM ( HHHC9301) KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA (A146385) PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION ) TARIKH : 25 & 27 MEI 2015 ( 8 – 11 MALAM ) TEMPAT : MAKMAL KHAS 1, FTSM, UKM ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM PENASIHAT PROGRAM : DR. SHEREENA BINTI MOHD ARIF KETUA PENGARAH : MOHD AFAA BIN AHMAD JAWATAN : AJK PROTOKOL & PESERTA

Upload: ct-safiyah

Post on 04-Aug-2015

229 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

DOKUMEN PEMBUKTIAN KONTRAK PEMBELAJARAN KOKURIKULUM

( HHHC9301)

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

NAMA : SITI SAFIAH RASYIDAH BT MUSTAPA (A146385)

PROGRAM : BENGKEL GAFE ( GOOGLE APPLICATION FOR EDUCATION )

TARIKH : 25 & 27 MEI 2015 ( 8 – 11 MALAM )

TEMPAT : MAKMAL KHAS 1, FTSM, UKM

ANJURAN : KELAB INFORMATIK FTSM, UKM

PENASIHAT PROGRAM : DR. SHEREENA BINTI MOHD ARIF

KETUA PENGARAH : MOHD AFAA BIN AHMAD

JAWATAN : AJK PROTOKOL & PESERTA

 

Page 2: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

LATAR BELAKANG PROGRAM

Bengkel GAFE ini dirancang di peringkat kelab sebagai platform bagi memberi persedian kepada aktiviti yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang iaitu Bengkel pengajaran Google untuk guru. Dan apa yang dipelajari daripada bengkel GAFE ini akan diaplikasikan pada bengkel pengajaran untuk guru yang mana ahli kelab Informatik sendiri yang akan mejadi tenaga pangajar semasa bengkel itu berlangsung nanti.

Selain itu, bengkel GAFE yang bertemakan “ INSPIRING GOOGLE KNOWLEDGE ˮ ini juga merupakan salah satu langkah Kelab Informatik dengan kerjasama seorang pelajar UKM iaitu SC Kim yang menjadi Google Student Ambassador (GSA) bagi memperkenalkan dan mendedahkan kepada ahli kelab tentang aplikasi Google. Melalui program ini ahli kelab akan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang sedia ada dalam menggunakan produk Google dan berkongsi pengetahuan yang mereka perolehi dengan yang lain.

Page 3: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

MISI PROGRAM : Mengadakan bengkel GAFE sebagai satu platform persediaan untuk ahli kelab

mempelajari dan berkongsi pengetahuan yang diperoleh dengan yang lain.

VISI PROGRAM : Mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam Bengkel GAFE yang akan datang

iaitu GAFE untuk guru.

OBJEKTIF PROGRAM : Mempromosikan produk Google serta memberi pendedahan kepada ahli kelab

tentang aplikasi Google. Memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang Google Student Ambassador

(GSA) . Melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dalam menggunakan teknologi

maklumat yang ada pada masa kini.

 

 

Page 4: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

TUGAS YANG DILAKSANAKAN

Mendapatkan tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti.

- Mencari tempat yang mempunyai kemudahan untuk menggunakan

komputer dan akses Internet.

  Menyiapkan surat tempahan makmal untuk melakukan aktiviti.

- Menyiapkan satu surat tempahan makmal untuk mendapatkan

kelulusan daripada Dekan FTSM.

Page 5: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

HASIL PEMBELAJARAN

Saya dapat belajar macam mana untuk menguruskan maklumat yang mana selain daripada menyimpan maklumat di dalam pendrive ataupun hard disk, kita juga boleh menggunakan Google Drive untuk menyimpan, membuat dan berkongsi maklumat dengan yang lain.

walaupun saya pernah menggunakan aplikasi Google seperti Hangout tetapi saya tidak mengetahui bahawa ianya adalah salah satu produk Google sehinggalah saya sertai Kelab Informatik ini.

Di samping itu, saya juga dapat belajar mengenai incognito windows yang mana 2 users boleh gunakan satu komputer pada satu masa.

Mengetahui cara untuk membuat tema latar belakang dan juga untuk bookmark perkara penting.

Page 6: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Selain itu, saya juga dapat belajar benda baru mengenai produk- produk Google yang mana saya boleh gunakan dan aplikasikannya ke dalam kehidupan seharian dan juga menerapkannya ke dalam pembelajaran sepanjang hayat saya.

Dan yang terakhir, apa yang saya lihat dengan adanya kemahiran pengurusan maklumat dalam diri seseorang maka sesuatu maklumat tersebut pasti akan tersusun dengan lebih teratur, mudah difahami dan senang dicapai. Begitu juga dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang mana ia mengembangkan potensi seseorang itu untuk melalui proses pembelajaran yang berterusan.

Page 7: Pembuktian hp pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

KESIMPULAN

Program ini memberi banyak kesan terhadap diri saya terutamanya dari aspek pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Malah ia bukan sahaja memberi kesan pada masa yang singkat tetapi ianya juga memberi kesan pada jangka masa yang panjang yang mana pengetahuan yang saya perolehi dalam bengkel ini akan terus digunakan dan dimanfaatkan pada masa akan datang.