pembuktian hp kemahiran kreatif dan inovatif

14
Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34 KERTAS KERJA PROGRAM PESTA TANGLUNG UKM KE-34 TARIKH 1 JUNE HINGGA 10 DESEMBER 2013 TEMPAT DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK(DECTAR), UKM ANJURAN SEKRETARIAT PESTA TANGLUNG UKM KE-34 DENGAN KERJASAMA PUSAT KERBUDAYAAN UKM ANJURAN BERSAMA ARTISUKMA UKM TEMA “PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEHARMONIAN”

Upload: ymeenchia2793

Post on 07-Jul-2015

204 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

A143530 Chia Yee Meen Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi

TRANSCRIPT

Page 1: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

KERTAS KERJAPROGRAM PESTA TANGLUNG UKM KE-34

TARIKH1 JUNE HINGGA 10 DESEMBER 2013

TEMPATDEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK(DECTAR),

UKM

ANJURANSEKRETARIAT PESTA TANGLUNG UKM KE-34

DENGAN KERJASAMAPUSAT KERBUDAYAAN UKM

ANJURAN BERSAMA ARTISUKMA UKM

TEMA“PERSEFAHAMAN BUDAYA, ASAS KEHARMONIAN”

Page 2: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

KERTAS KERJAPROGRAM PESTA TANGLUNG UKM KE-34

(SEKRETARIAT PESTA TANGLUNG UKM KE-34)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar

untuk mengadakan sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

2.0 PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai

kaum dan etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keistimewaan dari beberapa

segi, terutamanya dari segi kebudayaan. Sehubungan dengan itu, kebudayaan

didefinisikan sebagai satu keseluruhan gagasan yang meliputi kepercayaan, nilai –

nilai, cara hidup, amalan, adat, dan juga segala aktiviti yang dijalankan oleh

sesebuah masyarakat. Lantaran itu, kebudayaan pelbagai etnik yang kukuh di

negara kita merupakan aset yang terpenting untuk memupuk perpaduan antara

rakyat Malaysia supaya proses pembangunan negara kita, Malaysia boleh berjalan

dengan lancar.

Tamadun sesebuah negara amatlah bergantung kepada tahap kebudayaan

negara tersebut. Di samping itu, tidak ada sesebuah negara yang dapat melangkah

kepada era yang lebih majmuk dan maju jika kebudayaannya tidak dapat

diwariskan dan dipertahankan. Selain daripada itu, Kebudayaan juga

melambangkan identiti negara tersebut, seperti mana kepelbagaian kebudayaan

yang melambangkan negara kita, Malaysia. Memandangkan kepentingan

kebudayaan dalam memastikan perwarisan tamadun negara kita, persefahaman

kebudayaan adalah amat penting, kepentingannya bukan sahaja penting dalam

negara kita yang berbilang kaum, tetapi juga penting dari segi internasional

kerana melalui persefahaman kebudayaan peperangan dan beberapa bencana

buatan manusia dapat dielakkan. Justeru, “Persefahaman Budaya Asas

Kebudayaan” akan dijadikan sebagai tema asas Pesta Tanglung UKM ke-34.

Page 3: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Maklumat – maklumat yang diperolehi akan dikemaskini, dianalisis dan

disusun semula supaya dapat memberi kesedaran kebudayaan kepada masyarakat

Malaysia. Melalui penganjuran Pesta Tanglung UKM ke-34, pihak kami berharap

dapat memberi satu kesedaran budaya kepada masyarakat Malaysia di samping

mempereratkan silaturahim antara kaum demi mencapai perpaduan nasional.

3.0 MISI

3.1 Memperkenalkan budaya- budaya Tiong Hua di kalangan mahasiswa dan

mahasiswi.

3.2 Menyatukan mahasiswa-mahasiswi berlainaan kaum melalui

persefahaman budaya.

3.2 Memperkenalkan dan meningkatkan imej UKM.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mendedahkan mahasiswa – mahasiswi kepada aktiviti kebudayaan supaya

dapat mempertingkatkan keprihatinan dan kesedaran mahasiswa –

mahasiswi terhadap kepentingan secara aktif dalam aktiviti bersifat

kebudayaan.

4.2 Menjalinkan tali silaturahim dan memupuk persefahaman kaum yang erat

di kalangan warga UKM dan masyarakat Malaysia umumnya.

4.3 Meningkatkan imej UKM di kalangan masyarakat luar.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memperkenalkan budaya Tiong Hua yang unik kepada masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum.

5.2 Mengenali budaya kaum-kaum lain melalui persefahaman budaya

Page 4: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

6.0 TEMA

6.1 “PERSEFAHAMAN BUDAYA ASAS KEBUDAYAAN”

Ungkapan ini akan dijadikan sebagai tema persatuan. Ini disebabkan

persefahaman budaya merupakan satu jalinan hubungan yang dapat

membimbing dan memupuk semangat kekitaan pelbagai kaum Malaysia.

Melalui cara ini, pihak kami dapat mengurangkan prasangka dan

ketidaksefahaman antara kaum sehingga mewujudkan suasana

keharmonian di antara masyarakat terutamanya dalam negara kita yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan.

7.0 ANJURAN

Sekretariat Pesta Tanglung Universiti Kebangsaan Malaysia ke-34

Artisukma Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 PERSEDIAAN (TARIKH, MASA DAN TEMPAT)

8.1 Majlis Pengenalan Pesta Tanglung Kolej Tun Syed Nasyid

Tarikh : 24 September 2012

Masa : 3pm - 9.30pm

Tempat : Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir, UKM

8.2 Majlis Perlancaran Pesta Tanglung UKM ke-34

Tarikh : 27 September 2013

Masa : 7pm -11pm

Tempat : Dewan Gemilang, UKM.

8.3 Sesi Temuduga Peserta dan Kem Peserta 1

Tarikh : 1 Oktober 2013

Masa : 8am -6pm

Tempat : Pusanika, UKM.

Page 5: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

8.4 Temuduga Pengacara Majlis

Tarikh : 15, 16, 17 Oktober 2013

Masa : 5pm – 11pm

Tempat : Bilik kuliah FSSK, Bilik kuliah FEP

8.5 Kem Peserta 2

Tarikh : 18, 19, 20 Oktober 2013

Masa : 8am – 10pm

Tempat : Pusanika, UKM

8.6 Kem Peserta 3

Tarikh : 1, 2, 3 November 2013

Masa :8am – 10pm

Tempat :Pusanika ,UKM.

8.7 Mesyuarat bahagian

Tarikh : 6, 13, 20, 27 Oktober 2013 ;

3, 10, 17, 24 November 2013

Masa :11pm – 2pm

Tempat :Bilik kuliah FEP, Bilik kuliah FSSK, Pusanika.

8.8 Malam Penghargaan

Tarikh : 13 Desember 2013

Masa : 7pm -11pm

Tempat : Dewan Besar Kolej Keris Mas, UKM

9.0 AKTIVITI UTAMA (TARIKH, MASA DAN TEMPAT)

9.1 Malam Persembahan Pentas

Tarikh : 6 Desember 2013

Masa : 7pm -12am

Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak(DECTAR) dan

Page 6: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Panggung Seni, UKM

10.0 PUBLISITI

10.1 Publisiti dalam kawasan Kampus

Cara membuat publisiti dalam kawasan kampus adalah melalui Poster, di

mana poster yang akan dilekatkan oleh pihak Sekretariat adalah poster

yang disahkan oleh pihak Universiti dan mengikut format yang dibenarkan

oleh pihak Universiti. Poster- poster akan dilekatkan pada papan notis

yang sah pada kawasan kampus di sekitar fakulti- fakulti, kolej kediaman,

dan juga bangunan Pusanika.Selain daripada poster, risalah- risalah juga

akan diedarkan di kawasan kampus untuk meningkatkan keberkesanan

publisiti mengenai aktiviti- aktiviti pihak Sekretariat Pesta Tanglung UKM

ke- 33. Seperti poster, risalah- risalah juga adalah mengikut format yang

dibenarkan oleh pihak Universiti.

Kemudian bunting- bunting juga akan diletakkan dalam kawasan kampus

untuk menimbulkan suasana yang lebih meria dan mantap di samping

meningkatkan keberkesanan yang lebih tinggi. Selain itu, kita akan

membuat publisiti melalui media massa seperti internet.

10.2 Publisiti di luar kawasan Kampus

Poster, risalah dan juga bunting akan digunakan dalam usaha membuat

publisiti di luar kawasan kampus. Selain itu, kita akan membuat publisiti

melalui internet dan radio. Tujuan berbuat demikian adalah sama, iaitu

mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai senarai aktiviti- aktiviti

pihak Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke- 34.

Sasaran pihak Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke- 34 ialah orang awam

di mana aktiviti utama, iaitu malam persembahan pentas adalah terbuka

kepada orang awam, ini adalah untuk meningkatkan nama dan reputasi

Universiti Kebangsaan Malaysia.

11.0 CADANGAN PERASMI

Page 7: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

11.1 Perasmian Pembukaan Majlis Perlancaran Pesta Tanglung UKM ke-34

11.2 Perasmian Pembukaan Malam Persembahan Pentas Pesta Tanglung UKM

ke-34

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

• Jumlah Exco = 26 orang

• Jumlah Ahli Jawatankuasa = 300 orang

• Jumlah Peserta Malam Persembahan Pentas = 100orang

• Jumlah Penonton Persembahan Pentas = 3000 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Sila Rujuk Lampiran A

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Majlis Pengenalan Pesta Tanglung Kolej Tun Syed Nasyid

Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Pesta Tanglung UKM ke-34 kepada

mahasiswa-mahasiswi Kolej Tun Syed Nasyid yang baru memasuki UKM.

14.2 Majlis Perlancaran Pesta Tanglung UKM ke-34

Majlis perlancaran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan Pesta Tanglung

UKM kepada mahasiswa-mahasiswi yang baru memasuki UKM. Selain itu,

program juga bertujuan untuk mengumunkan penaja-penaja utama dan media-

media utama Pesta Tanglung UKM ke-34 kepada masyarakat.

14.3 Sesi Temuduga Peserta dan Kem Peserta 1

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan minat-minat mahasiswa

mahasiswi dalam bidang lakonan dan tarian. Peserta-peserta yang berjaya dipilah

Page 8: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

melalui sesi temuduga ini akan terlibat dalam persembahan pentas Pesta Tanglung

UKM ke-34. Barisan jurulatih adalah diupah daripada Tea Theather.

14.4 Temuduga Pengacara Majlis

Sesi temuduga ini bertujuan untuk memilih Barisan Pengacara Majlis yang

berbakat dan berpotensi untuk menjadi Pengacara Maljis bagi program-program

yang akan dijalankan.

14.5 Kem Peserta 2

Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari.

Latihan ini adalah bertujuan untuk membuat penyediaan untuk Malam

Persembahan Pentas.

14.6 Kem Peserta 3

Kem Peserta adalah bertujuan untuk melatih para pelakon and para penari. Kem

ini adalah bertujuan untuk menjalankan Full Rehearsel untuk Malam

Persembahan Pentas.

14.7 Mesyuarat Bahagian

Mesyuarat Bahagian ini bertujuan untuk menyampaikan infomasi kepada ahli-ahli

jawatan kuasa dan juga menjalankan perbincangan serta Brainstorm.

14.8 Malam Persembahan Pentas

Malam Persembahan Pentas ini juga merupakan aktiviti utama Pesta Tanglung

UKM ke-34. Segala persiapan dalam program ini adalah dilaksanakan oleh

mahasiswa-mahasiswi UKM seperti teknikal, hiasan pentas, pakaian peserta dan

juga peserta-peserta persembahan pentas. Persembahan pentas ini berdasarkan

satu konsep yang berkaitan dengan budaya Tiong Hua. Ini juga bertujuan untuk

memperkenalkan budaya Tiong Hwa kepada kaum-kaum lain.

14.9 Malam Penghargaan

Page 9: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Malam Penghargaan bertujuan untuk merayai Pesta Tanglung UKM ke-34 telah

berjaya menjalankan semua aktiviti dan mengenang jasa semua ahli jawatankuasa

dan peserta Pesta Tanglung UKM ke-34.

15.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat

menyurat, sila hubungi:

Pejabat Urusan,

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Urusetia ARTISUKMA

d/a : Pusat Kebudayaan

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Aras 3, Bangunan DECTAR

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan

E-mel : [email protected]

16.0 SYOR/PENUTUP

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34 akan berusaha dengan sedaya upaya demi

mancapai objektif, tema dan konsep yang pihak sekretariat perjuangkan. Pihak

sekretariat berharap pihak Hal Ehwal Pelajar dapat meluluskan program Pesta

Tanglung ini. Pihak sekretariat juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak

Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Mahasiswa Univerisiti Kebangsaan Malaysia dan

pihak – pihak berkenaan supaya segala aktiviti pihak sekretariat dapat berjalan

dengan lancar dan juga dapat mencapai objektif Pesta Tanglung.

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34 akan mencuba sedaya upaya

sentiasa berusaha demi mewujudkan persefahaman budaya di kalangan warga

Page 10: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

kampus yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pihak kami berharap dapat

memupuk minat warga kampus UKM untuk melibatkan diri dalam aktiviti –

aktiviti kebudayaan yang begitu berfaedah dan bermakna yang dianjurkan oleh

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34.

Akhir kata, pihak kami amat berterima kasih atas sokongan dan bantuan

pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar selama ini.

“ PERSEFAHAMAN BUDAYA ASAS KEHARMONIAN ”

Page 11: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Disediakan Oleh,

-----------------------------------------( NEO JO CHIERN )Ketua PengarahPesta Tanglung UKM ke-34 Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

.....................................................ROSLAN ABD SALAMPenolong KetuaPusat KebudayaanJabatan Perkhidmatan PelajarUniversiti Kebangsaan MalaysiaMerangkap Penasihat Urusetia ARTISUKMA03-8921 5343 / 5342

Diluluskan oleh,

.....................................................DRS. RAFIE HJ. MOHAMMADKetua Pusat KebudayaanJabatan Perkhidmatan PelaarUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Page 12: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

03-8921 5240 / 5342

Page 13: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

LAMPIRAN ASTRUKTUR ORGANISASI

SEKRETARIAT PESTA TANGLUNG UKM KE-34

PenaungY.Bhg.Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

PengerusiY.Bhg. Prof. Ir Dr Othman A.Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

PenyelarasTimbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

PenasihatDrs. Rafie Mohammad

KETUA Pusat Kebudayaan, UKM

Timbalan PenasihatEncik Roslan Abd. Salam

Penolong Ketua Pusat Kebudayaan JPPel, UKM

Ketua PengarahNeo Jo Chiern, FST/3, A138443

Timbalan Ketua PengarahNg Cheng Jun, FTSM/3, A134307

Ketua SetiausahaWoo Si Kuan, FEP/3, A135986

BendahariYap Wen Jin, FST/3, A138406

Pengarah PenyelidikanLee Hui Ming, FST/3, A138231

Pengarah Perhubungan AwamLee Sin Yee, FEP/3, A136642

Pengarah ProgramYeo Yong Jiet, FKAB/3, A136389

Penolong Bendahari : Dick Lee Wei Hao, FST/2, A139834

Penolong Pengarah Penyelidikan : Ivan Tioh Hon Soon, FTSM/2, A142039

Page 14: Pembuktian HP Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sekretariat Pesta Tanglung UKM ke-34

Penolong Pengarah Perhubungan Awam : Tey Boon Ho, FST/2, A139928

Penolong Pengarah Program 1 : Tan Chia Sin, FST/2, A141413

Penolong Pengarah Program 2 : Teoh Thye Sun, FST/2, A139366

Setiausaha Kewangan 1 : Bong Lui Sing, FEP/2, A139537

Setiausaha Kewangan 2 : Chua Bao Xiang, FST/2, A140057

Setiausaha Kewangan 3 : Teh Jit Ming, FKAB/2, A142561

Setiausaha Penerbitan 1 : Ang Sze Wei, FSSK/2, A141057

Setiausaha Penerbitan 2 : Tan Chun Keat, FTSM/2, A142215

Setiausaha Pameran 1 : Siew Chir Chuan, FSSK/2, A140704

Setiausaha Publisiti 1 : Amy Gan Chiou Yin, FSSK/2, A140337

Setiausaha Publisiti 2 : Seng Mei Yen, FST/2, A142019

Setiausaha Protokol 1 : Yeow Hong Yee, FSSK/2, A139098

Setiausaha Protokol 2 : Yap Choy Lay, FSSK/2, A142426

Setiausaha Program Internal Dan : Kuey ChewYi, FSSK/2, A140853

Pakaian Solekan 1

Setiausaha Program Internal Dan : Teo Jing Xin, FST/2, A140304

Pakaian Solekan 2

Setiausaha Program Internal Dan : Chong Jui Ni, FSSK/2, A140673

Pakaian Solekan 3

Setiausaha Eksternal 1 : Lim Jia Ying, FSK/2, A140351

Setiausaha Eksternal 2 : Khor Jai Ying, FSK/2, A140423

Setiausaha Eksternal 3 : Yip Yee Ern, FSK/2, A140024

Setiausaha Eksternal 4 : Teo Yi Ching, FSK/2, A142748

Setiausaha Teknikal 1 : Leow Zhi Yeong, FTSM/1, A142207

Setiausaha Teknikal 2 : Yap Li Ting, FSSK/2, A142350

Setiausaha Alatan Dan Hiasan Pentas 1 : Lee Yee Ching, FSSK/1, A140754

Setiausaha Alatan Dan Hiasan Pentas 2 : Ng Lei Voon, FSSK/2, A139999