pembuka kata

2
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya mengikuti dan menyiapkan buku laporan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bagi tahun 2014 yang telah berlansung selama 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei 2014. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang iaitu En. The Pang Eng, Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Tjoeng Pit Chin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Fuzi b. Md Saad, Penolong Kanan Kokurikulum Cik Soundradevi A/P Arumugam dan juga Penolong Kanan Tingkatan Enam Cik Choo Li Suan kerana sudi berkongsi pengalaman mereka serta membantu saya sepanjang progam ini berjalan. Tidak lupa juga kepada mentor saya iaitu Cik Suriana bt. Mat Daud kerana banyak meluangkan masa dan tenaga dalamn usaha membimbing saya sepanjang tempoh program ini berlansung. Tanpa bimbingan dan dorongan beliau, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan laporan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan program ini. Saya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak pentadbiran, rakan-rakan guru dan staf-staf SMPKP yang begitu peramah dan sudi memberikan bantuan pada setiap masa. Hasil tunjuk ajar mereka membolehkan saya mempelajari perkara- perkara baru dalam profesion perguruan. Di samping itu, program ini membantu saya mendekatkan diri dengan budaya sekolah dalam masa yang begitu singkat.

Upload: zahida-amin

Post on 30-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sekolah

TRANSCRIPT

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya mengikuti dan menyiapkan buku laporan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bagi tahun 2014 yang telah berlansung selama 3 bulan bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei 2014.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang iaitu En. The Pang Eng, Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Tjoeng Pit Chin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Fuzi b. Md Saad, Penolong Kanan Kokurikulum Cik Soundradevi A/P Arumugam dan juga Penolong Kanan Tingkatan Enam Cik Choo Li Suan kerana sudi berkongsi pengalaman mereka serta membantu saya sepanjang progam ini berjalan. Tidak lupa juga kepada mentor saya iaitu Cik Suriana bt. Mat Daud kerana banyak meluangkan masa dan tenaga dalamn usaha membimbing saya sepanjang tempoh program ini berlansung. Tanpa bimbingan dan dorongan beliau, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan laporan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fasilitator yang banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan program ini.

Saya berasa amat bersyukur dan berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pihak pentadbiran, rakan-rakan guru dan staf-staf SMPKP yang begitu peramah dan sudi memberikan bantuan pada setiap masa. Hasil tunjuk ajar mereka membolehkan saya mempelajari perkara-perkara baru dalam profesion perguruan. Di samping itu, program ini membantu saya mendekatkan diri dengan budaya sekolah dalam masa yang begitu singkat.

Akhir sekali, setelah hampir empat bulan berada di sekolah ini, sememangnya saya merasakan diri saya amat bertuah kerana telah terpilih untuk ditempatkan di sekolah yang begitu tenang, damai dan harmoni sepanjang masa. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga SMPKP kerana telah sudi menerima diri saya sebagai sebahagian daripada warga SMPKP. Maka dengan ini, saya berjanji akan memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap pekerjaan saya dan sentiasa akan berusaha menaikkan nama dan taraf SMPKP di mata masyarakat, bangsa dan negara.Sekian, terima kasih.