pembuatan - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/sektor pembuatan e-book.pdf · pengenalan...

36
PEMBUATAN Sektor PLWS KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PLWS PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI PRODUCTIVITY LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

Upload: others

Post on 23-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

PEMBUATANSektor

PLWS

KEMENTERIANSUMBER MANUSIA

PLWSPRODUCTIVITY-LINKEDWAGE SYSTEM

JABATAN PERHUBUNGANPERUSAHAAN MALAYSIA

PLWS

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)Bahagian Keharmonian Perusahaan JPPM

KEMENTERIANSUMBER MANUSIA

PLWSPRODUCTIVITY-LINKEDWAGE SYSTEM

JABATAN PERHUBUNGANPERUSAHAAN MALAYSIA

Ibu PejabatJABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIAAras 9, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5460Faks: 03-8889 2355E-mel: [email protected]

Laman Web Jabatan: http://jpp.mohr.gov.myLaman Web PLWS: www.plws.gov.my

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITIPRODUCTIVITY LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

Page 2: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG
Page 3: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA)

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITI PRODUCTIVITY-LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)

IBU PEJABATJABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

ARAS 9, BLOK D4, KOMPLEKS D,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5000 Fax: 03-8889 2355E-mail: [email protected] Website: http//jpp.mohr.gov.my

SEKTOR PEMBUATAN

Cetakan 2019

Page 4: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

KANDUNGAN

Penghargaan

Model-Model PLWS

Daftar Istilah

Industri-Industri di Bawah Sektor Pembuatan

Pengenalan

Elemen-Elemen PLWS

Ciri-Ciri Utama PLWS

Penutup

3

7

5

10

4

9

6

29

Page 5: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 3SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 3

PENGHARGAAN

Penerbitan buku Sektor Pembuatan ini adalah hasil daripada program attachment yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di beberapa buah syarikat yang terpilih. Pihak JPPM merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang terlibat bagi menghasilkan buku panduan ini. Diharap penerbitan buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.

Bahagian Keharmonian Perusahaan mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para peserta Bengkel Semakan Percetakan PLWS 2019 yang telah menyumbangkan idea, pendapat dan informasi serta membuat suntingan dalam penghasilan buku ini.

Puan Hasnah Binti YahyaPuan Saadiah Binti SaadPuan Samsida Binti Mohd SallehEncik Rossofi Bin Haji Tayib

Page 6: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI4

Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti atau Productivity Linked Wage System (PLWS) adalah satu sistem untuk mewujudkan kaitan yang rapat di antara upah dan produktiviti bagi meningkatkan daya saing syarikat dan seterusnya daya saing negara. Ia juga akan membantu menambahkan pendapatan pekerja serta meningkatkan pendapatan isi rumah. Ia akan memberi manfaat kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja sama ada yang berkesatuan atau tidak berkesatuan.

Selaras dengan polisi kerajaan iaitu menggalakkan pelaksanaan PLWS di semua industri di Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia telah dan akan mengambil langkah-langkah untuk mempromosikan PLWS secara lebih meluas melalui aktiviti-aktiviti seperti seminar, bengkel, dialog, lawatan industri, penyediaan garis panduan dan lain-lain.

PENGENALAN

Page 7: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 5

Gaji pokok Bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi unit masa kerja yang telah dilakukan, tidak termasuk premium, elaun-elaun dan lain-lain faedah tambahan.

Upah Apa-apa bayaran tunai yang dibayar kepada pekerja di atas kerja yang dilakukan.

Pendapatan Jumlah bayaran yang diperolehi termasuk gaji pokok, upah, kerja lebih masa, insentif, lain-lain faedah tambahan seperti makanan, pakaian dan hostel.

Produktiviti Daya pengeluaran serta satu pencapaian terhadap hasil

kerja yang dilakukan.

Bonus Bayaran tunai yang dibayar sebagai imbuhan tambahan kepada pekerja di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat.

DAFTAR ISTILAH

Page 8: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI6

CIRI-CIRI UTAMA PLWS

Ciri-ciri utama sistem PLWS adalah seperti berikut:

a. Upah hendaklah merangkumi kombinasi pendapatan bulanan dan lain-lain bayaran yang kerap dibayar, kenaikan gaji tahunan, bonus tahunan atau lain-lain bayaran tunai kepada pekerja;

b. Upah hendaklah mengandungi komponen tetap, termasuk gaji pokok dan komponen tambahan dalam bentuk bayaran boleh ubah;

c. Contoh ciri-ciri terpenting dalam komponen tetap dan boleh ubah adalah seperti berikut:

Komponen Tetap

• Gaji pokok• Kenaikan gaji tahunan• Bonus kontraktual (di mana berkaitan)

Komponen Boleh ubah

• Kenaikan gaji tahunan berdasarkan kepada peningkatan produktiviti atau berdasarkan formula pengagihan keuntungan

• Perubahan gaji pokok perlu mengambil kira faktor-faktor seperti kos sara hidup;

• Komponen tetap hendaklah menggambarkan nilai kerja dan bayaran kenaikan gaji tahunan adalah sebagai pengiktirafan tempoh perkhidmatan dan pengalaman para pekerja; dan

• Komponen boleh ubah boleh ditentukan dengan mengaitkannya kepada produktiviti dan prestasi individu, kumpulan kerja atau organisasi.

• Petunjuk-petunjuk yang digunakan hendaklah telus dan dapat diukur serta pertimbangan juga hendaklah diberikan berdasarkan kepada situasi semasa.

Page 9: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 7

MODEL-MODEL PLWS

PLWS boleh diasaskan kepada model-model seperti berikut:

Model Berasaskan Keuntungan Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; dan• Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Komponen boleh ubah pula terdiri daripada:

• Bayaranbonus Komponen ini berdasarkan kepada keuntungan syarikat. Formula

pengagihan keuntungan hendaklah dipersetujui oleh pihak pengurusan dan kesatuan serta dijelaskan dalam perjanjian kolektif atau melalui rundingan bagi syarikat yang tidak berkesatuan.

• Insentifupah Komponen ini akan dibayar apabila keuntungan yang diperolehi

melebihi suatu tahap keuntungan yang ditetapkan (threshold level). Tahap atau nilai keuntungan ini boleh dikira berdasarkan pulangan ke atas pelaburan dan juga purata keuntungan yang diperolehi dalam beberapa tahun yang lepas.

ModelBerasaskanProduktiviti Komponen tetap yang terdapat di dalam model ini terdiri daripada:

• Gaji pokok;• Kenaikan gaji tahunan; dan• Bonus kontraktual (jika berkaitan).

Page 10: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI8

Komponen boleh ubah bagi model produktiviti adalah seperti berikut:

• Pihak pengurusan dan pekerja / wakil pekerja akan berunding mengenai bayaran insentif yang sesuai berdasarkan peningkatan produktiviti bagi tahun berkenaan;

• Insentif upah bagi sesuatu tahun hendaklah sepadan dengan peningkatan produktiviti;

• Kenaikan gaji tahunan yang dibayar berdasarkan produktiviti boleh ubah yang berkala;

• Bayaran produktiviti yang berubah bergantung kepada prestasi syarikat. Jika prestasi merosot dengan ketara mungkin bayaran boleh ubah tidak akan dibayar;

• Pada peringkat permulaan, satu formula atau persefahaman perlu diwujudkan untuk membuat pelarasan bagi bayaran produktiviti boleh ubah;

• Syarikat-syarikat yang tidak mempunyai petunjuk-petunjuk produktivitinya sendiri boleh menggunakan petunjuk industri atau produktiviti negara atau petunjuk pertumbuhan ekonomi negara sebagai panduan bagi menentukan pelarasan gaji bagi tahun berkenaan; dan

• Petunjuk-petunjuk produktiviti yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada nilai ditambah setiap pekerja atau kaedah-kaedah lain.

Page 11: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 9

Model Gabungan

Model ini adalah gabungan Model Keuntungan dan Model Produktiviti. Contohnya, di dalam komponen boleh ubah iaitu bonus yang dibayar bergantung kepada produktiviti pekerja dan keuntungan syarikat.

ELEMEN-ELEMEN PLWS

Berikut adalah di antara elemen-elemen PLWS yang diguna pakai:-

i. Bonus Bukan Kontraktual Sistem bonus fleksibel yang ditentukan berdasarkan keuntungan

syarikat / prestasi pekerja atau kedua-duanya;

ii. Kenaikan Gaji Berasaskan Prestasi Kenaikan gaji bergantung kepada prestasi pekerja;

iii. Bonus Berasaskan Tahap Keuntungan Yang Dicapai Pemberian bonus bergantung kepada tahap keuntungan yang dicapai

oleh syarikat (threshold level);

iv. KadarPerUnit/Piece Rated System Bayaran upah berdasarkan kuantiti pengeluaran yang dihasilkan.

Bayaran insentif tambahan diberikan jika pengeluaran melebihi tahap yang disasarkan;

v. KombinasiBonusKontraktualdanBukanKontraktual Kombinasi kedua-dua bonus ini dibayar bergantung kepada

keuntungan syarikat dan / atau prestasi pekerja;

Page 12: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI10

vi. PencapaianIndividu/Kumpulan Insentif diberikan bergantung kepada prestasi pekerja / kumpulan

yang dinilai dari segi:

• Kuantiti; • Kualiti; dan • penggunaan masa • oleh pekerja / kumpulan dalam sesuatu proses pengeluaran;

vii. InsentifKedatangan Insentif diberikan berdasarkan rekod kehadiran pekerja;

viii. ElaunKemahiran Elaun diberikan kepada pekerja yang mempunyai kemahiran atau

pengetahuan yang diperlukan dalam pelaksanaan tugas; dan

x. Lain-lain insentifyangdiberikanmengikutkesesuaian sesebuahsyarikat.

INDUSTRI-INDUSTRI DI BAWAH SEKTOR PEMBUATAN

Industri-industri yang terlibat dalam sektor pembuatan terbahagi kepada dua iaitu:

i. Industri berasaskan sumber. Contoh industri berasaskan sumber adalah seperti pemprosesan makanan dan minuman, keluaran berasaskan kayu termasuk perabot dan kertas, industri kimia, industri petrokimia dan pemprosesan getah.

ii. Industri bukan berasaskan sumber. Contoh industri bukan berasaskan sumber adalah seperti elektronik, tekstil, pakaian, keluaran bukan logam dan perusahaan membuat jentera / mesin.

Page 13: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 11

Bagi tujuan perkongsian, buku panduan industri pembuatan ini menfokuskan kepada industri pembuatan berskala kecil, sederhana dan besar.

BentukPembayaranGaji

Secara umumnya di dalam sektor pembuatan kaedah pembayaran gaji adalah seperti berikut:

i. Gaji bulanan;ii. Gaji harian;iii. Kadar per unit (piece rated); daniv. Faedah-faedah tunai yang lain (bonus, elaun syif, elaun kedatangan,

subsidi pengangkutan dan makanan dll)

Walau bagaimanapun kaedah pembayaran gaji pekerja di sektor pembuatan adalah tertakluk kepada polisi dan amalan syarikat.

Perlaksanaan PLWS di dalam Sektor Pembuatan

Berikut adalah beberapa contoh syarikat di sektor pembuatan yang telah melaksanakan PLWS:-

a. Pelaksanaan PLWS dalam Industri Kecil

Syarikat A merupakan sebuah industri pembuatan berasaskan sumber berskala kecil dengan bilangan pekerja seramai 110 orang. Syarikat ini mengamalkan sistem bayaran bonus bukan kontraktual berasaskan Model Gabungan Elemen Produktiviti / Prestasi dan Keuntungan Syarikat. Syarikat juga membayar bonus tambahan secara tetap kepada setiap pekerja pada penghujung tahun dengan kadar yang ditentukan oleh syarikat (RM250.00).

BayaranBonus

Secara umumnya, jumlah bayaran bonus adalah bergantung kepada 2 faktor berikut:

Page 14: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI12

a. Prestasi/KeuntunganSyarikat

Sistem Bonus Keuntungan ini dibayar berdasarkan pencapaian keuntungan syarikat daripada keuntungan yang disasarkan.

b. PrestasiIndividu

Bayaran bonus bagi setiap pekerja akan dinilai oleh Pegawai Penilai berdasarkan penilaian prestasi yang dilakukan oleh pihak pengurusan. Penilaian prestasi dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun berdasarkan:

• pelaksanaan dan hasil kerja, • sikap • pengetahuan dan kemahiran • disiplin • tahap penyeliaan • penglibatan aktiviti syarikat

Contoh:

% Keuntungan PembayaranBonus(bulan) dicapaiv.Sasaran

≤79a 0 0.1 0.2 0.3 0.5

80 – 89 0 0.2 0.3 0.5 0.7

90 – 99 0 0.3 0.5 0.7 1.0

100 – 109 0 0.5 0.7 1.0 1.5

110 – 120 0 0.7 1.0 1.5 2.0

120 > 0 1.0 1.5 2.0 2.5

Prestasi < 49 50 60 70 85 Individu/Pekerja - - - - (%) 59 69 84 100

Rating F D C B A

Page 15: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 13

Kenaikan Gaji

Syarikat A memberikan kenaikan gaji tahunan semasa pekerja berdasarkan kaedah berikut:

a. panduan struktur tangga gaji minimum yang ditetapkan untuk kategori Eksekutif dan Bukan Eksekutif.

b. berdasarkan prestasi pekerja dan keuntungan syarikat.

Contoh:

Pengiraan kenaikan gaji berdasarkan panduan struktur tangga gaji.

StrukturGajiBukanEksekutif

Jawatan Gred Minima Maksima Kenaikan Kategori

Juruteknik 10 T10 2190 4790 100

Juruteknik 9 T9 1910 4300 90 Penyelia Juruteknik 8 T8 1720 3900 80 & Penolong

Juruteknik 7 T7 1550 3420 70 Penyelia

Juruteknik 6 T6 1400 2880 60

Juruteknik 5 T5 1250 2400 50

Juruteknik 4 T4 1160 2100 45 Penolong Juruteknik 3 T3 1080 1760 45 Penyelia &

Juruteknik 2 T2 1040 1500 40 Juruteknik

Juruteknik 1 T1 1000 1300 40

Page 16: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI14

StrukturGajiEksekutif

Jawatan Gred Minima Maksima Kategori

Eksekutif 8 E8 10000 - Senior Eksekutif 7 E7 8000 20000 Manager

Eksekutif 6 E6 7000 15000 & Manager

Eksekutif 5 E5 5000 12000

Eksekutif 4 E4 3500 9000 Manager,

Eksekutif 3 E3 2500 7500 Senior Executive

Eksekutif 2 E2 2000 6000 & Executive

Eksekutif 1 E1 1500 3500

Contoh:

Pengiraan kenaikan gaji berdasarkan prestasi pekerja dan keuntungan syarikat. Kenaikan gaji diberi mengikut gred dan tangga gaji.

Kategori Merit Markah

≤ 80% > 80% Prestasi Point Sasaran Profit Sasaran Profit

Cemerlang 85 – 100 A 1.5x 2x

Baik 70 – 84 B 1.25x 1.5x

Sederhana 60 – 69 C 1x 1.25x

Sederhana 50 – 59 D 1x 1x

Perlukan < 49 F 1x 1x Pembaikan

Nota: Penilaian prestasi pekerja dilakukan berdasarkan pelaksanaan dan hasil kerja, sikap, pengetahuan dan kemahiran, disiplin, tahap penyeliaan dan penglibatan aktiviti syarikat.

Page 17: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 15

Gaji Kadar Per Unit (Piece Rated)

Syarikat A turut melaksanakan penggajian pekerja mengikut kadar output atau pengeluaran (piece rated) terutamanya untuk seksyen pemotongan. Pembayaran gaji secara piece rated membantu syarikat dalam meningkatkan pengeluaran dan produktiviti syarikat.

Contoh:

Jenis Buah Kadar / Unit (RM / kg)

Buah A 0.80

Buah B 0.80

Buah C 0.50

Buah D 0.40

Buah E 0.4

Buah F 0.4

Lain-lain 0.4

Sasaran Output (Tan Metrik) Pencapaian Sebenar (%) Insentif (RM)

Mengikut Plan > 100% 70

Mengikut Plan 91 – 100 50

Mengikut Plan 80 – 90 30

Mengikut Plan < 80 0

c. InsentifPencapaianIndividudanKumpulan

Syarikat A memperkenalkan insentif sasaran pengeluaran kepada individu dan kumpulan bagi pencapaian pengeluaran yang ditetapkan. Insentif ini dibayar secara sama rata setiap tiga bulan.

Contoh:

Page 18: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI16

Contoh Pengiraan:

Syarikat A telah meperolehi keuntungan sebanyak 110% daripada sasaran yang ditetapkan. Abu merupakan seorang Juruteknik 4 dengan gaji sebanyak RM2,100.00 sebulan. Tahun 2018, pencapai prestasi kerja perayu adalah 75%. Di samping menjalankan tugasan sebagai Juruteknik 4, Abu juga melakukan kerja-kerja di bahagian pemotongan di luar waktu kerja biasanya dengan memotong sebanyak 50 kg kedondong, 40 kg buah betik dan sengkuang sebanyak 60 kg.

Bayaran Bonus Abu:

RM2,100.00 x 1.0 bulan = RM2,100.00Kenaikan Gaji Bukan Eksekutif: = RM45.00Kenaikan gaji berdasarkan prestasi: RM45.00 x 1.5 kali = RM67.50Upah Piece rated: 50 kg x 0.80 = RM40.00     40 kg x 0.40 = RM16.00 = RM80.00 60 kg x 0.40 = RM24.00Bonus tahun 2018 = RM2,100.00 Gaji baru diterima Januari 2019 = RM2,100.00 + RM45.00 + RM67.50 = RM2,212.50Upah Piece rated – Januari = RM80.00Jumlah pendapatan bulan Januari 2019: RM2,100.00 + RM2,212.20 + RM80.00 = RM4,392.50InsentifKedatangan

Insentif yang dibayar kepada pekerja yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan. Contoh:

- Tiada cuti kecemasan atau sijil cuti sakit untuk bulan semasa.- Setiap hari cuti kecemasan atau sijil cuti sakit yang diambil akan

kehilangan kelayakan sebanyak 50% daripada jumlah insentif yang diberikan.

Page 19: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 17

Contoh:

Bulan Elaun Bulanan (RM) Jumlah Terkumpul (RM)

Januari 50.00 50.00

Februari 50.00 100.00

Mac 50.00 150.00

April 50.00 200.00

Mei 50.00 250.00

Jun 50.00 300.00

Julai 50.00 350.00

Ogos 50.00 400.00

September 50.00 450.00

Oktober 50.00 500.00

November 50.00 550.00

Disember 50.00 600.00

Elaun Pelbagai Tugas (multi-tasking)

Elaun ini dibayar kepada pekerja yang menjalankan tugas lain di samping tugas utamanya. Contoh: Pekerja di Seksyen Kawalan Kualiti dan R & D membantu dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan untuk pembangunan produk di samping tugas-tugas hakikinya dalam kawalan kualiti produk. Jumlah elaun ditetapkan oleh pihak syarikat.

Elaun Bimbingan Mengajar

Elaun ini dibayar kepada pekerja yang menjalankan kerja-kerja mengajar atau melatih pekerja lain secara formal mengenai bidang yang berkaitan. Jumlah elaun ditentukan oleh syarikat berdasarkan jenis latihan yang diberikan.

Page 20: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI18

ii. Pelaksanaan PLWS dalam Industri Sederhana

Syarikat B adalah sebuah syarikat pembuatan berskala sederhana yang telah beroperasi melebihi 70 tahun dengan bilangan pekerja seramai 61 orang. Syarikat ini telah melaksanakan tiga kaedah pengukuran / perkongsian keuntungan atau pencapaian, iaitu:

a. Perkongsian peningkatan produktiviti (Productivity Gain Sharing).

b. Standard Hour Plan Technique, dan c. Straight Piece Work.

Syarikat ini juga menjalankan pengiraan gaji dengan menggunakan sistem yang mengandungi elemen-elemen seperti berikut:

i. StandardMinuteValue(SMV) – tempoh masa standard yang diperlukan oleh seseorang pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja;

ii. Yield Rate – satu harga standard yang ditetapkan oleh pihak majikan berdasarkan tahap kesukaran setiap jenis kerja yang dilakukan;

iii. WorkingMinute – tempoh masa bekerja normal sehari syarikat ini ialah 500 minit; dan

iv. Output – bilangan produk yang dapat disiapkan oleh seorang pekerja.

Hasil daripada gabungan elemen-elemen di atas, maka terbentuklah satu formula iaitu PieceWork Earning (PWE) untuk mengira pendapatan seseorang pekerja.

Struktur upah Syarikat B adalah seperti berikut:

• Komponen tetap:

Gaji Asas = RM1,100.00 sebulan Elaun kehadiran = RM80.00 sebulan

Page 21: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 19

• Komponen berubah:

Piece Work Earning (PWE) Tabung Pelaburan Great Game of Business (GGOB) Bonus Skim pelaburan pekerja

PerkongsianPeningkatanProduktiviti

a. Tabung Pelaburan:

i. Faedah Kesetiaan (LoyaltyBenefit)

Kaedah ini digunakan untuk menggalakkan penglibatan daripada kakitangan terutamanya dari kategori bukan eksekutif.

Kaedah:

• Pelaburan minima sebanyak RM10.00 dan Maksima RM700.00.

• Pekerja digredkan berdasarkan kehadiran dan prestasi individu.

• Return of Investment = Total Due Interest + Profit sharing ratio, di mana Interest ditetapkan oleh bank dan keuntungan dikira berdasarkan peratusan (%) daripada Net Profit Before Tax Excluding all Extraordinary items (NPBTEE).

Contoh:

NPBTEE adalah RM100,000.00 dan margin keuntungan adalah 5% daripada jualan bersih, maka keuntungan yang dikongsi bersama penyumbang adalah 5% x RM100,000.00 = RM5,000.00.

ii. BayaranDividen

Keuntungan yang dibayar kepada penyumbang / pelabur dengan mengambil kira prestasi pekerja berdasarkan kehadiran terbaik dan penilaian prestasi.

Page 22: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI20

Jabatan / Pelaburan 2017 2018 2019 Nama Bulanan (RM)

Pengeluaran 400 2,800 3,900 3,300

Teknikal 650 - 4,200 3,300

Pentadbiran 700 6,200 5,900 5,900

Contoh:

b. BayaranInsentif

i. StandardHourPlanTechnique

Insentif yang dibayar kepada pekerja yang melakukan kerja-kerja bagi jawatan yang kosong. Pembayaran adalah sebanyak 1/3 daripada gaji asas jawatan yang kosong.

Contoh:

Gaji Asas Pekerja A: RM1,500.00

Jawatan / pekerja diperlukan – 4 orang Jawatan diisi – 3 orangGaji asas jawatan yang kosong = RM1,500.00Insentif dibayar: RM1,500.00 / 3 / 3 – RM166.67 / orang

Maka gaji diterima oleh Pekerja A:Gaji Asas: RM1,500.00 + RM166.67 = RM1,667.67

ii. StraightPieceWork

Insentif yang dibayar kepada pekerja individu yang melakukan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 23: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 21

Contoh Pengiraan:

Pendapatan seorang pekerja menggunakan sistem piece rated (conventional line):

Output = 30 kali sebulan

Measurable target / SMV = 2 jam per masa (tempoh masa mencuci tangki peram)

Insentif (Yield Rate) = RM13.00 (ditetapkan oleh pihak majikan).

Working Minute = 120 minit

Jumlahkadarkerja/unitsebulanadalah:

   30 kali x RM13.00 = RM390.00 sebulan

Maka, pendapatan sebulan pekerja adalah:

  Gaji asas (RM1,100.00 + piece work rated (RM390.00)  = RM1,490.00 BayaranBonus

Syarikat B melaksanakan bayaran bonus berdasarkan Model Berkongsi Keuntungan di mana syarikat menetapkan kaedah pembayaran berdasarkan agihan keuntungan syarikat berikut:

50% – Pemegang Saham, dan 50% – Pekerja Syarikat

Bayaran bonus dibayar kepada kakitangan tetap syarikat dan Internship, pelajar & kakitangan kontrak (Red Packet).

Contoh:

Tahun 2019 : Top performer dibayar 4.2 bulan gajiTahun 2019 : Average performer dibayar 2.3 bulan gaji

Page 24: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI22

Tahun 2018 : Top performer dibayar 6 bulan gaji Tahun 2018 : Average performer dibayar 3.5 bulan gaji

iii. Pelaksanaan PLWS dalam Industri Besar

Syarikat C merupakan sebuah syarikat berskala besar yang mengeluarkan produk pembuatan berasaskan sumber getah. Syarikat ini mempunyai bilangan pekerja seramai 160 orang. Sistem upah yang diamalkan adalah seperti berikut:

• Gaji Pokok

Penetapan gaji pokok dipengaruhi oleh pasaran buruh semasa khususnya di kalangan sektor yang sama.

• Bonus Tahunan

Syarikat membuat pembayaran bonus berdasarkan prestasi syarikat dan prestasi pekerja (individu dan kumpulan) sebagaimana berikut:

a. Bonus Berdasarkan Prestasi

Pembayaran bonus adalah faktor boleh ubah dan menjadi budi bicara majikan berdasarkan tiga (3) elemen berikut:

 SHE (Safety, Health &     KPI     EBITDA    Environment)

Ukuran: Ukuran: Ukuran:

• Kecederaan Kemalangan • Kos pengeluran • Global

• Proses keselamatan • Laporan/Aduan • Division kemalangan Threshold = 100% Threshold: 90% group EBITDA (Earning before interest, taxes, depreciation and amortization)

Page 25: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 23

Pengiraan Bonus Berdasarkan Prestasi

ContohElemenPrestasiIndividu

Skala pencapaian prestasi:

1 – Consistently Exceed Target Performance2 – Above Target Performance 3 – On Target Performance 4 – Below Target Performance 5 – Consistently Fails Target Performance

  1 2   3      4     5

1%

12%

81%

Potongan 50% daripada bayaran bonus

Tiadabayaranbonus

6% 1%

Page 26: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI24

Contoh:

Tempoh: 1.1.2019 hingga 31.12.2019Bonus Level 8 = Sasaran bonus 16% hingga 23%

    Keterangan

Gaji Sasaran Keputusan Bayaran (%) (RM) (RM) (RM)

EBITDA Asia

(MYR) 6.40 175,902,000 233,991,000 15,952.97

KPI Pasir Gudang

KPI Kos Tetap Pengeluaran 3.20 27,437,000 26,465,000 3,809.66

KPI Aduan / 1000 penghantaran 3.20 5.00 4.50 3.809.66

SHE Pasir Gudang NBR

SHE laporan kecederaan / tahun 0.8 1.00 1.00 952.42

SHE laporan kecederaan / quarter 1.00 0.00 3.00* 714.31

SHE laporan kemalangan / tahun 0.8 1.00 1.00 952.42

SHE proses keselamatan kemalangan / quarter 0.8 0.00 3.00* 714.31

JumlahBayaranKasar 26,9054.75

• No. of quarter in which the goal was reached  GrossTotalPayout:RM26,905.75

Page 27: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 25

Kenaikan Gaji Berdasarkan Prestasi

Syarikat C telah mengamalkan bayaran kenaikan gaji dengan menggunakan konsep asas prestasi kerja kakitangan yang dinilai seperti di bawah.

Pencapaian Prestasi

PIR 5 4 3 2 1 Q1 Q2 Q3 Q4 Q5

PerformanceRating Increase %

TheQuartile Increase%

Syarikat C telah memulakan pengiraan kenaikan gaji pada tahun 2019 dengan menggunakan konsep Merit Matrix Increement.

Semua Pekerja Rating Kenaikan gaji 2019 (berdasarkan kedudukan gaji) (%)

1 3 – 12

2 2 – 10

3 1 – 7

4 0 – 1

5 0

Page 28: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI26

Contoh:

Andaian peruntukan kenaikan gaji diluluskan sebanyak 5%.

KenaikangajitidakberdasarkanMeritMatrix

PerformanceRating PIR 5 4 3 2 1 Q1 0% 0 – 1% 5 – 7% 8 – 10% 10 – 12% Q2 0% 0 – 1% 4 – 6% 7 – 9% 9 – 11% Q3 0% 0% 3 – 5% 5 – 7% 7 – 9% Q4 0% 0% 2 – 4% 3 – 5% 5 – 7% Q5 0% 0% 2 – 3% 2 – 4% 3 – 5%

  EmployeeA Year 0 Year 1 Year 2 Year 3 Year 4 Year 5 Year 6

Rating 3 3 3 3 3 3

Gaji Asas baru 4000 5000 5250 5513 5788 6078 6381

Kenaikan % 0 5 5 5 5 5 5

Jumlah kenaikan 0 260 263 276 289 304 319

Gaji Asas baru 4000 5250 5513 5788 6078 6381 6700

  EmployeeB Year 0 Year 1 Year 2 Year 3 Year 4 Year 5 Year 6

Rating 3 3 3 3 3 3

Gaji Asas baru 7000 8000 8320 8653 8999 9359 9733

Kenaikan % 0 4 4 4 4 4 4

Jumlah kenaikan 0 320 333 346 360 374 389

Gaji Asas baru 7000 8320 8653 8999 9359 9733 10123

Perbezaan 3000 3070 3140 3211 3281 3352 3422

Page 29: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 27

  EmployeeA Year 0 Year 1 Year 2 Year 3 Year 4 Year 5 Year 6

Rating 3 3 3 3 3 3

Gaji Asas baru 4000 5000 5250 5513 5788 6078 6381

Kenaikan % 0 5 5 5 5 5 5

Jumlah kenaikan 0 260 263 276 289 304 319

Gaji Asas baru 4000 5250 5513 5788 6078 6381 6700

  EmployeeB Year 0 Year 1 Year 2 Year 3 Year 4 Year 5 Year 6

Rating 3 3 3 3 3 3

Gaji Asas baru 7000 8000 8400 8820 8999 9261 10210

Kenaikan % 0 5 5 5 5 5 5

Jumlah kenaikan 0 400 420 441 463 486 511

Gaji Asas baru 7000 8400 8820 9261 9724 10210 10721

Perbezaan 3000 3150 3308 3473 3647 3829 4020

Insentif“Zero”CutiSakit

Insentif dibayar kepada pekerja yang tidak mengambil cuti sakit, cuti hospitilization, cuti bersalin dan cuti sakit berlanjutan (prolonged illness) pada tahun semasa. Kadar bayaran ditetapkan oleh pihak majikan.

Elaun Panggil Balik (CallBackAllowance)

Elaun yang dibayar kepada pekerja yang dipanggil bekerja selepas waktu kerja berakhir, selain tuntutan perjalanan dan tol.

KenaikangajitidakberdasarkanMeritMatrix

Page 30: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI28

Contoh:

  Kategori Gred kerja Kelayakan (RM / time)

Site: Pasir Gudang

Eksekutif & Staf G3 – E1 40.00

Kategori Elaun Tempoh Memangku

Eksekutif & 10% daripada gaji Minima 30 hari. Pengiraan ke atas asas jawatan yang purata jika tidak dipangku mencukupi tempoh

Staf RM200.00 / bulan 30 hari

Elaun Memangku Kerja (ActingAllowance) Elaun yang dibayar kepada pekerja yang menjalankan tugas bagi jawatan yang melebihi jawatan sedia ada. Contoh:

Elaun Siap Siaga (StandbyAllowance)

Elaun dibayar kepada pekerja yang ditugaskan untuk “standby” (siap siaga). Contoh kadar yang ditetapkan adalah RM55.00 seminggu, selain bayaran kerja lebih masa, tuntutan perjalanan dan tol.

Page 31: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 29

PENUTUP

Sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti merupakan suatu sistem yang boleh membawa manfaat bersama kepada pihak majikan dan para pekerja. Sekiranya sistem ini dapat diamalkan, bukan sahaja pekerjaan akan terjamin, malahan ganjaran kepada pekerja, prestasi syarikat dan pencapaian ekonomi negara akan meningkat. Sistem ini juga boleh menjamin suasana perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan.

Kejayaan pelaksanaan sistem upah ini amat bergantung kepada komitmen pihak pengurusan dan sambutan serta kerjasama dari pihak pekerja. Komunikasi dua hala berasaskan penilaian yang adil dengan kriteria yang telus serta usaha gigih berterusan pihak berkuasa boleh memastikan kejayaan pelaksanaan sistem upah ini secara meluas.

Page 32: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI30

CATATAN

Page 33: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI 31

CATATAN

Page 34: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

SISTEM UPAH YANG DIKAITKANDENGAN PRODUKTIVITI32

CATATAN

Page 35: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Tingkat 8, Menara PERKESO,281, Jalan Ampang, 50536KUALA LUMPURTel : 03-4257 9911 Faks : 03-4257 2682E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanPulau Pinang,Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth,PULAU PINANGTel : 04-3231 481 Faks : 04-3231 462E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanPerak,Tingkat 4, Blok C,Bangunan Persekutuan Ipoh,Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,30450 Ipoh,PERAKTel : 05-2418 422 Faks : 05-2416 981E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanSelangor,Menara Bank Rakyat Shah AlamTingkat Bawah & MezzanineNo. 1, Jalan Indah 14/840000 Shah Alam,SELANGOR DARUL EHSANTel : 03-5650 1600/1609 Faks : 03-5510 7817E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Johor,Tingkat 2 & 3, Blok A,Wisma Persekutuan,Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru,JOHORTel : 07-2243 011 Faks : 07-2220 671E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanKelantan,Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Bayam,15536 Kota Bharu, KELANTANTel : 09-7441 144 Faks : 03-7461 355E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanNegeri Sembilan,Tingkat 3, Wisma Persekutuan,Jalan Dato’ Abd. Kadir,70000 Seremban, NEGERI SEMBILANTel : 06-7624 946 Faks : 06-7638 946E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanTerengganu,Tingkat 12, Wisma Persekutuan,20200 Kuala Terengganu, TERENGGANUTel : 09-6221 516 Faks : 09-6235 628E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Melaka,Tingkat 3, Menara Persekutuan,Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh,MELAKATel : 06-2345 045 Faks : 06-2345 033E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan PerusahaanKedah/Perlis,Aras 5, Zon B, Wisma Persekutuan,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,06550 Bandar Muadzam Shah, KEDAHTel : 04-7307 535 Faks : 04-7321 026E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Pahang,Tingkat 7, Wisma Persekutuan,Jalan Gambut, 25532 Kuantan, PAHANGTel : 09-5164 785 Faks : 09-5165 352E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Sarawak,20-01 & 20-02, Aras 20, Somerset Gateway,Kuching, No. 9, Jalan Bukit Mata,93100 Kuching, SARAWAKTel : 082-418 112 Faks : 082-419 121E-mel : [email protected]

Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Sabah,Tingkat 4, Block C, Bangunan KWSP,Peti Surat 11304, 88814 Kota Kinabalu,SABAHTel : 088-270 369 Faks : 088-270 368E-mel : [email protected]

Penolong Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Kluang,Tingkat 2, Bangunan Persekutuan,Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang,JOHORTel : 07-7722 188 Faks : 07-7727 953E-mel : [email protected]

Penolong Pengarah,Jabatan Perhubungan Perusahaan Muar,Tingkat 3,Bangunan Kementerian Sumber Manusia,Jalan Othman, 84000 Muar,JOHORTel : 06-9521 116 Faks : 06-9535 528E-mel : [email protected]

Page 36: PEMBUATAN - jpp.mohr.gov.myjpp.mohr.gov.my/files/pdf/Sektor Pembuatan e-Book.pdf · Pengenalan Elemen-Elemen PLWS Ciri-Ciri Utama PLWS Penutup 3 7 5 10 4 9 6 29. SISTEM UPAH YANG

PEMBUATANSektor

PLWS

KEMENTERIANSUMBER MANUSIA

PLWSPRODUCTIVITY-LINKEDWAGE SYSTEM

JABATAN PERHUBUNGANPERUSAHAAN MALAYSIA

PLWS

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM)Bahagian Keharmonian Perusahaan JPPM

KEMENTERIANSUMBER MANUSIA

PLWSPRODUCTIVITY-LINKEDWAGE SYSTEM

JABATAN PERHUBUNGANPERUSAHAAN MALAYSIA

Ibu PejabatJABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIAAras 9, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 W.P. PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5460Faks: 03-8889 2355E-mel: [email protected]

Laman Web Jabatan: http://jpp.mohr.gov.myLaman Web PLWS: www.plws.gov.my

SISTEM UPAH YANG DIKAITKAN DENGAN PRODUKTIVITIPRODUCTIVITY LINKED WAGE SYSTEM (PLWS)