pembongkaran sejarah sebenar

8

Click here to load reader

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 1/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

 Pembongkaran Sejarah Sebenar–Asal Bangsa Melayu?

Pembongkaran Sejarah Sebenar – Sedikit Mendalam Tentang Melayu.

Sebahagian pengkaji sejarah mengaku MELAYU adalah bangsa terawal, kenapa tidak Melayu

sendiri dan kenapa sebahagian besar EROPAH cuba menutup sejarah. Bangsa MELAYU adalahterdiri dari bugis, Jawa, Banjar, Minangkabau, orang-orang Asli di Malaysia dan lain-lain

negara. Jelas bahawa bangsa Melayu adalah salah satu kaum terbesar di dunia.

Disuatu ketika dahulu, di Asia Tenggara terdapat kawasan Kepulauan MELAYU, yangmerangkumi, Indonesia, Malaysia, Papua New Guine. dan lain-lain lagi. Bermakna, kini Eropah

memecahkan kepulauan tersebut kepada beberapa negara. Dipercayai sekiranya terlalu besarakan menyusah penjajahan mereka. Tulisan dibawah ini tidak diketahui ditulis oleh siapa,

namun ia adalah mengambil sedikit maklumat dari persidangan, seminar, pembentangan tesisdan sedikit merujuk kepada Hadis dan lain-lain. Orang Eropah ke angkasa lepas kerana

takutkan 'tahi bintang'. Eropah kaji bangsa MELAYU kerana takutkan bangsa Melayu, Keranaapa? Parang terbang sendiri, bas berjalan tanpa dipandu dan minyak diceduk hanya diperigi.

Sebelum Melayu menjajah dunia, Eropah datang untuk kononnya membantu kemerdekaan.

Selamatkan bangsa Melayu dan selamat membaca,

BERASAL DARI NUSANTARA

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawaasal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa

Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan

bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara

ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah

memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapatdicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada

satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang

menyebar ke tempat lain.

(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa

Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa

1 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 2: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 2/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W.

Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan katabahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam

kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia(Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaituThailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa

Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyaipersamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa

Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori

Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelahmengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster

(1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane

(1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambilkesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia

haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan

laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia

mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besarsekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan

mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran

tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu

daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau

gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehinggakemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di

Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta

tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru

bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) munculsekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan

Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo

wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun. Padamasa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang

Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, danFilipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah

dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada

pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan

2 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 3: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 3/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan,

Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsaKhmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes

 yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segalabahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telahdisebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama,

seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunantatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara

bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa

Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi"

 juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbezadengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang

diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.

Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan

 juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke

Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dariNusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan

tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataantersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa

ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa

bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di LautanPasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau

Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat

dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di KalimantanBarat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa

Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara

serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya

bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa

tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihathanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan

Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

3 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 4: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 4/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang

dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasaKampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur

berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan

bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet

 yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agakke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain.

Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan

Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu

Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di

Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut diantara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.

2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.

3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun. Jika tiga fosil tersebut dibandingkan

dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-

kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak

berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak

manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun.Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan

bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang

menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika

betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakahasal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada

hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambidan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden

(1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya,

iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannyakemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali

sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat.

Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara

Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik

lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai keduanya itu- yakni Al-Hassan dan Al-Hussein -

serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah Az-Zahra dan Sayyidina ‘Ali -kemudian

ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sedarjat.”

4 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 5: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 5/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

“ Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi’ (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati

keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan merekapada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati.” Dalam sebuah hadeeth Al-

Hakim berasal dari Zaid bin Arqam RA, Rasulullah SAW

menegaskan antara lain; “ …Mereka (ahlul-bait) adalah keturunanku, dicipta dari darahdagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yangmendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan

hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkansyafaatku (pertolonganku).”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Wasiatkanlah kebajikan bagi ahlul-baitku. Pada hari

kiamat esok kalian akan ku gugat mengenai ahlul-baitku. Orang yang kelak menjadi lawanku ia

menjadi lawan Allah, dan siapa yang menjadi lawan Allah ia akan dimasukkan ke dalam neraka.”

Telah termaklum kini bahawa para ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan cabang dari satu

keluarga istimewa yang dipilih oleh Allah SWT, iaitu pada jurai-jurai salasilah ke atas darikeluarga para anbiyya’ cabang Nabi Ibrahim a.s sehinggalah kepada jurai-jurai ke bawah, dan

mahkota terunggul keluarga nubuwwah ini tidak lain dari Nabi Muhammad SAW sendiri.

Sedangkan para ahlul-bait baginda sendiri duduknya pada jurai-jurai dari cabang Al-Hassan

dan Al-Hussein RA anhum, iaitu dua cucu kesayangan Rasulullah SAW dari puterinya FatimahAz-Zahra. Maha Suci Allah yang telah menganugerahi keistimewaan, kemuliaan dan ketinggian

kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Mengikut kesinambungan resam nenek moyang ahlul-bait dari kalangan Keluarga Nubbuwah

sehingga pada nenda mereka, baginda Rasulullah SAW, menjadi da’iee, pemerintah dan alim-

ulamak adalah tiga perkara yang tidak dapat dipisahkan; dan menjadi seperti darah daging

bagi diri para ahlul-bait. Sejarah membuktikan ramai dari mereka tampil sebagai ulamak,mubaligh serta pemerintah yang bertebaran di serata pelusuk muka bumi ini. Jazirah Arab,

benua Afrika, India, Asia dan Asia Tenggara dari zaman Khulafa’ Al-Rashidin sehinggalahkepada abad ini para ahlul-bait masih tetap memainkan peranan penting samada secara

langsung atau tidak langsung. Dan insya-Allah Ta’ala peranan ini akan terus berkekalan.

Jika kita mengakui beriman dan mencintai Allah SWT dan RasulNya SAW dengan sebenar-

benar iman, maka wajiblah kita mengambil berat akan apa diwanti-wantikan oleh bagindaRasulullah SAW : “Kalian kuingatkan kepada Allah akan ahlul-baitku” Tidakkah kita wajib

mengambil isyarat ini dengan penuh keikhlasan bagi menunjukkan kecintaan dan ketaatan kita

kepada Nabi kita ? Oleh itu sebagai menyambut seruan baginda, semestinyalah kita

memberikan penghormatan, kemuliaan dan keutamaan kepada para ahlul-bait, bukan atassifat mereka sebagai manusia seperti kita, tetapi semata-mata bagi menghormati dan

memuliakan diri mereka yang merupakan keturunan dari Rasulullah SAW sendiri.

Walaupun ahlul-bait tidak mewarisi kudrat kenabian dan kerasulan melalui keturunan mereka

di kalangan keluarga nubuwwah, dan mereka sememangnya terdedah kepada kelampauan

batasan syariah kerana mereka tidak maksum, namun hakikatnya, ini sama sekali tidak

menghilangkan jatidiri dan kudrati mereka sebagai anak cucu dari keturunan suci, iaitu

5 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 6: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 6/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

baginda Rasulullah SAW. Umat Islam yang kasih dan taat pada perintah baginda perlu lebih

berprihatin dalam urusan dengan ahlul-bait dan bersedia memaafkan segala kekeliruan dankesilapan mereka. Adalah terlebih afdhal jika umat Islam yang teraniayai itu memaafkannya

sebagai tanda cinta dan demi memuliakan nendanya, iaitu Rasulullah SAW yang terlalu amat

besar jasa baginda pada umat Islam. Jikalah umat Islam sedunia bersatu dalam usaha

membalas jasa-jasa Rasulullah SAW tidak akan ke mana dan pasti tidak kesampaian .

Bagi pihak ahlul-bait Rasulullah SAW pula, perlulah mereka menghargai anugerah Allah SWT 

 yang tak terhitung nilainya itu. Apakah mereka tidak mensyukuri dan merasa bangga denganhakikat bahawa asal mereka dari cabang-cabang pokok yang teramat baik bakanya, dan nama

wira-wira Islam yang tercatat dalam lembaranlembaran sejarah dari kalangan ahlul-bait

semuanya merupakan nenek moyang yang berkongsi nasab dan susur galur sehingga ke

Rasulullah SAW?

Sabda baginda : “ Setiap sebab dan nasab terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan

nasabku.” Sesungguhnya seseorang ahlul-bait yang dapat menghayati sejarah nenek moyang

mereka yang tampil ke saf terkehadapan dalam penampilan peribadi mulia serta usaha gigihmengembangkan Islam, patutlah merasa malu untuk merendahkan nama baik keturunan mulia

ini. Mereka seharusnya bertanggungjawab menjaga diri dan keluarga bagi menzahirkan

kesyukuran dan penghargaan atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT ini.

Tanggungjawab ini haruslah dipikul bagai menatang minyak yang penuh . Jika semua ahlul-bait

sedar akan peranan mereka, nescaya lebih mudahlah umat Islam mengambil mereka sebagaisuri teladan masyarakat sezaman, sebagaimana nenek moyang ahlul-bait di zaman dahulu

dicontohi. Insaflah! Umat Rasulullah SAW diibaratkan sebuah keluarga yang besar, dan

seharusnyalah ahlul-bait tampil terkehadapan bersama-sama dengan para alim ulamak sebagai

waris-waris Nabi dan penguasa-penguasa umat Islam lainnya, memegang panji-panji agama

sebagai ketua-ketua dalam sebuah keluarga yang besar ini . Merekalah yang semoleknya danberhak berada dalam saf hadapan, baik dalam menyebarkan seruan tauhid, dalam menjaga

maruah dan kehormatan agama dan juga dalam berjihad menentang musuh-musuh Allah SWT.

Kedatangan para ahlul-bait Rasulullah SAW ke Alam Nusantara berpunca dari beberapa

masalah, antaranya, latar belakang politik yang wujud di bumi Arab. Sesungguhnya ahlul-bait

Rasulullah SAW sentiasa menjadi sasaran kedengkian dari ramai pihak di atas statusistimewa yang dimiliki. Khalifah-khalifah dari Daulah Umayyah dan Abbassiyyah sentiasa

mencari peluang menghambat, mengusir, menindas dan melakukan berbagai bentuk kekejaman

kepada mereka kerana merasakan tidak selamat pada jawatan pemerintah selagi kaum

kerabat ahlul-bait ada di kalangan mereka, apatah lagi para ahlul-bait sentiasa mendapat

ihsan dan simpati dari kebanyakan umat Islam yang insaf akan zuriat mereka dari titisandarah Rasulullah SAW.

Berlebih lagi, ahlul-bait sentiasa sahaja mensohorkan diri sebagai tokoh-tokoh terunggul

dengan sifat kepahlawanan, kependetaan, menguasai lautan ilmu dan firasat serta

dianugerahkan Allah SWT ilmu-ilmu ladunniy, berbakat sebagai pemimpin dan penguasa,

selain menjadi darah dagingnya untuk membuat usaha dakwah dan tabligh dengan penuhkeikhlasan.

6 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 7: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 7/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Para ahlul-bait yang datang sebagai mubaligh yang mukhlisin di bumi Nusantara sehinggakan

begitu mudah sahaja diterima oleh masyarakat tempatan yang melihat pada diri merekasifat-sifat kemuliaan, keunggulan dan teristimewa yang dikira tidak layak diberikan status

awam dalam masyarakat. Penduduk tempatan merasa rugi jika tidak dapat memenafa’atkan

ilmu dan kepimpinan mereka, lalu merasa amat besar hati jika para mubaligh ahlul-bait ini

dapat diberikan status istimewa sebagai raja, pemerintah atau sekurang-kurangnya menjadipenasihat dan ketua agama bagi mereka.

Dalam memperkatakan mengenai nasab Rasulullah SAW dalam sejarah pemerintahan umatIslam, dua perkara perlu ditekankan semula. Iaitu soal ‘kepekatan’ daulah zuriat Rasulullah

SAW yang ‘mengatasi dan menguasai’darah-darah lain , serta hakikat bahawa para ahlul-bait

pun tidak terlepas dari perkiraan sebab dan akibat yang mendatangkan keputusan dan

hukuman dari Kerajaan Langit.

Dalam konteks ini, perhatikan misalan-misalan yang terang dan nyata yang dapat dibuktikan

dalam beberapa peristiwa sejarah kehidupan ahlul-bait Rasulullah SAW di istana Raja-Raja

Melayu dan peristiwa musibah yang melanda sebahagian dari mereka yang melampaui dalambatasan syariat agama Allah SWT.

Kemasukan ahlul-bait Rasulullah SAW ke istana raja-raja Nusantara khasnya, dan Alam

Melayu ‘amnya, telah mencelikkan mata dan hati kita betapa bumi timur jauh ini ‘redup’dengan kehadiran cucu cicit Rasulullah SAW yang menjadi para penguasa, pembesar dan

‘alim-ulamak negeri, selain bercampur gaul dengan masyarakat tempatan, menjalani kehidupandengan segala pengalaman buruk baiknya masing-masing.

Dalam menghuraikan sejarah kemasukan ahlul-bait ke istana Raja-Raja Melayu, tidak dapat

tidak kita perlu memahami konsep dan takrif Daulah Raja-Raja yang sering dikaitkan dengan

diri raja-raja yang memerintah. Hakikatnya, konsep Daulah Raja-Raja ini bukan metos ataumistikal, melainkan ianya ujud seperti yang dibuktikan dalam lembaran-lembaran sejarah

Raja-Raja Melayu dan Alam Nusantara lainnya. dan berada di dalam batasan lingkungan hukumsyari’ee.

Hakikatnya, Daulah Zuriat, Daulah Institusi Raja-Raja dan Daulah Peribadi merupakan

sebahagian dari cabang yang mewujudkan konsep atau istilah Daulah Raja-Raja ini. Tegasnya,

Daulah Raja-Raja amat berkait rapat dengan hubungan antara raja-raja umat Islam yangmemerintah dengan Raja bagi Kerajaan Langit dan Bumi, iaitu Allah SWT. Hubungan itu di

meteri melalui institusi yang merangkum raja-raja tersebut, serta tahap keperibadian dan

pengamalan agama mereka. Berlebih lagi daulah seseorang raja bertambah ‘pekat’ jika ia

mempunyai hubungan kekeluargaan dengan baginda Rasulullah SAW .

Oleh itu seseorang raja yang teguh pegangan dan pengamalan agamanya serta beramanah

dalam fungsinya yang sebenar akan mendapat daulah yang ‘bisa’ dan ‘berbadi’, kerana AllahSWT sendiri berada di belakang pemerintah yang adil. Jika ia berketurunan Rasulullah SAW,

maka ‘subsidi’nya akan bertambah. Sebaliknya bagi raja yang tidak beramanah dengan

peranannya sebagai wakil Allah dan RasulNya, dan rakyat yang gagal memelihara Institusi

Raja-Raja dari pencabulan mana-mana pihak hatta dari raja-raja sendiri sekalipun, maka

7 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005

Page 8: Pembongkaran Sejarah Sebenar

8/14/2019 Pembongkaran Sejarah Sebenar

http://slidepdf.com/reader/full/pembongkaran-sejarah-sebenar 8/8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Allah SWT sendiri akan menghakis daulah Institusi Raja-Raja dan memutuskan naunganNya.

Maka jadilah raja-raja berkerajaan tanpa daulah, dan rakyat pula sebagai anak-anak yatim yang kehilangan identiti serta daulah bangsa dan agamanya.

Lembaran-lembaran sejarah menjadi bukti akan kecemerlangan bangsa Melayu sebagai

bangsa yang berdaulat dan disegani apabila raja-rajanya berpegang pada fungsi sebenarmereka sebagai wakil Allah dan RasulNya SAW setelah ketiadaan sistem pemerintahanberkhalifah yang berakhir selepas era Khulafa’ Ar-Rashidin. Raja-Raja Melayu sebagai

tunggak pemelihara bangsa dan agamanya, yang mengambil Islam sebagai asas pemerintahan,dan dengan gandingan para alim ulamak, para pembesar beserta rakyat jelata; menyebar,

menegak, memelihara dan membela syariat Islam serta Daulah Islamiyyah mereka dengan

sendirinya menjamin naungan dan pertolongan dari Allah SWT sendiri.

Semoga Allah SWT mengembalikan naunganNya pada Institusi Raja-Raja Melayu sebagaitunggak pemelihara identiti bangsa dan agamanya. Semoga Allah SWT memilih bangsa Melayu

dan raja-raja mereka untuk khidmat agamaNya serta mengampuni, memuliakan dan akhirnya

meningkatkan darjat bangsa Melayu di hari akhirat kelak melalui wasilah Rasulullah SAW yang menjadi nenda bagi sebahagian besar Raja-Raja Melayu kita !!

“Ya Allah! Limpahkan selawat kepada Sayyidina Muhammad dan kepada Aal (ahlul-bait dan

kerabat) Muhammad.”

Nota:

Sedar tidak sedar, banyak keistimewaan dan sejarah bangsa kita, yang tidak terdapat dalamkhutub-khanah di Malaysia. Kerana terus dipupuk bahawa, sejarah Melayu hanya bermulanya

MELAKA, dan orang EROPAH yang membuka. Namun sedarkah kita bahawa, kebanyakan

peristiwa berlaku di depan mata tidak diambil berat contohnya: -

1. Sedarkah kita bahawa, anak hasil perkahwinan China dan India, anaknya pasti berwajah

MELAYU, dan

2. Sedarkah kita bahawa bukan semua bangsa, ‘TEGAK BULU ROMA’ menjadi sifat semula jadi, jika tidak percaya, bertanyalah pada teman Cina atau India kita. Anda akan tahu siapa

kita dan apa keistimewaan bangsa kita. banyak lagi tentang Melayu akan didedahkan. Sifat

tersebut memberi saya semangat untuk terus mencari fakta sejarah Bangsa Melayu

sebenarnya. Peringatan dari saya, BERBANGGA DAN MARTABATKAN BAHASA MELAYU,PASTI KAN BAHASA INGGERIS HANYA UNTUK SEKADAR KITA TAHU.

 “SELAMATKAN DAN MARTABATKAN BANGSA MELAYU, BAGI MEMENANGIISLAM” 

 Adaptasi dari : http:/www.trangnukite.com

8 PaRaDoX / [email protected]© All Right Reserved Presented 2005