pembinaan negara bangsa

2
4.0 KESIMPULAN Kunci utama di dalam proses pembinaan negara Malaysia adalah berasaskan kepada perpaduan. Perpaduan menjadi menjadi matlamat utama sesebuah negara untuk menjamin kelestarian kehidupan bermasyarakat. Perpaduan menjadi suatu yang penting bagi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah, pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku. Oleh yang demikian, perpaduan kaum adalah satu kewajipan di dalam membentuk negara bangsa. Ini kerana tanpa suasana yang aman dan harmoni, ia akan melambatkan proses pembinaan negara bangsa. Secara tidak langsung Wawasan 2020 yang ditetapkan oleh Tun Dr. Mahathir berkemungkinan tidak dapat kita dikecapi. Tidak dinafikan di dalam era globalisasi kini, kita berdepan dengan 1001 cabaran yang sedikit sebanyak menggugat proses pembinaan negara bangsa. Pepatah ada menyatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa waja hendaklah sentiasa mendokong segala dasar yang dapat membantu mempercepatkan pembinaan negara bangsa. Bagi merealisasikan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan perlu mengorak langkah maju kehadapan dengan cara merangka semula dasar-dasar yang mulai goyah. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-uarkan

Upload: hafiz-yatin

Post on 23-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Rumusan

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Negara Bangsa

4.0 KESIMPULAN

Kunci utama di dalam proses pembinaan negara Malaysia adalah berasaskan

kepada perpaduan. Perpaduan menjadi menjadi matlamat utama sesebuah negara

untuk menjamin kelestarian kehidupan bermasyarakat. Perpaduan menjadi suatu yang

penting bagi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti

Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang

sangat rendah, pertelingkahan antara kaum akan sering berlaku.

Oleh yang demikian, perpaduan kaum adalah satu kewajipan di dalam

membentuk negara bangsa. Ini kerana tanpa suasana yang aman dan harmoni, ia akan

melambatkan proses pembinaan negara bangsa. Secara tidak langsung Wawasan 2020

yang ditetapkan oleh Tun Dr. Mahathir berkemungkinan tidak dapat kita dikecapi.

Tidak dinafikan di dalam era globalisasi kini, kita berdepan dengan 1001 cabaran

yang sedikit sebanyak menggugat proses pembinaan negara bangsa. Pepatah ada

menyatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kita sebagai rakyat Malaysia

yang berjiwa waja hendaklah sentiasa mendokong segala dasar yang dapat membantu

mempercepatkan pembinaan negara bangsa.

Bagi merealisasikan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan perlu

mengorak langkah maju kehadapan dengan cara merangka semula dasar-dasar yang

mulai goyah. Dasar-dasar seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar

Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan dan diuar-

uarkan seluruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayatioleh segenap rakyat

tanpa mengira kaum.

Tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran dan minda

yang celik perlu sedar akan hakikat ini. Kita perlu berganding bahu tanpa mengira warna

kulit, agama mahupun budaya di dalam soal ini. Ini kerana di dalam soal ini kita semua

memegang satu gelaran yang sama iaitu ‘Bangsa Malaysia’. Penyatuan semua rakyat

amat diperlukan di dalam pembinaan negara bangsa. Oleh hal yang demikian, kita perlu

mengimarahkan dasar-dasar yang telah dirangka kerajaan dengan cara menghayati

setiap prinsip yang ada. Ini kerana rakyatlah yang menjadi penentu kepada tercapai

ataupun tidak pembinaan negara banggsa.

Page 2: Pembinaan Negara Bangsa