pembinaan modul sejarah

42
Sejarah dan Media Baharu: Pembinaan Modul Sejarah Shakila Yacob Jabatan Sejarah Universiti Malaya Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah 11-12 April, 2013

Upload: digitalsejarah

Post on 19-Jun-2015

1.342 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Seminar Media Baharu: Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, 11-12 April 2013 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Modul Sejarah

Sejarah dan

Media Baharu:

Pembinaan

Modul Sejarah

Shakila Yacob

Jabatan Sejarah

Universiti Malaya

Seminar

Media Baharu: Pengajaran dan

Pembelajaran Sejarah

11-12 April, 2013

Page 2: Pembinaan Modul Sejarah

Kandungan

Media Baharu

Proses Pembinaan Modul

Mencari topik

Menjalankan penyelidikan

Mendapatkan bahan:

Sekunder

Primer

Mengenalpasti pendekatan

Menentukan standard pencapaian murid

Menggunakan Kemahiran Berfikir (HOTS)

Aras Rendah

Aras Tinggi

Page 3: Pembinaan Modul Sejarah

Apa itu Media Baharu?

Page 4: Pembinaan Modul Sejarah

Media Baharu

Page 5: Pembinaan Modul Sejarah

Mencari topik

SILIBUS SEJARAH TINGKATAN LIMA

Nasionalisme

Penjajahan

Kemerdekaan

Dekolonisasi

Perlembagaan

Pembentukan Masyarakat Majmuk

Malaysia – Dasar Luar

Page 6: Pembinaan Modul Sejarah

Mencari topik

Menarik Minat

Pembentukan

Masyarakat

Majmuk atau

lebih terkini

pelbagai budaya

Sejarah Imigrasi

Sejarah Budaya

Demografi

Sejarah dan Isu semasa

Teaching History

with the News

Pendekatan

Retrospektif

Mengimbas

semula atau

meninjau kembali

Page 7: Pembinaan Modul Sejarah

Membina Budaya

Penyelidikan

Sikap ingin tahu

Mengintepretasi

maklumat

Menganalisis maklumat

Mencari penyelesaian

Berkongsi output:

Tulisan, laporan,

artikel dsbnya

Page 8: Pembinaan Modul Sejarah

Penyelidikan

Bahan Sekunder (Buku, Suratkhabar,

Artikel Jurnal dsbnya)

Bahan Primer (Koleksi peribadi: diari,

surat, dokumen rasmi kerajaan dsbnya)

Sumber: Arkib

Internet

Page 9: Pembinaan Modul Sejarah

Intepretasi

Bagaimana mengintepretasi bahan

bukti?

Rekod kerajaan, surat, diari;

Ucapan, gambar, koleksi peribadi;

Rakaman, memoir, minit mesyuarat,

artifak.

Sejarah lisan.

Page 10: Pembinaan Modul Sejarah

Mengenalpasti Pendekatan

Pendekatan Geografi

Pendekatan Statistik

Pendekatan Visual

Pendekatan Biografi

Pendekatan isu semasa

Pendekatan Naskhah Melayu Lama

Pendekatan Lisan

Sejarah Lisan (Oral History)

Page 11: Pembinaan Modul Sejarah

Pendekatan Geografi

Penggunaan PETA

Menggunakan aplikasi digital di Internet

Google Image

Google Map

Google Earth

Menggunakan bahan di Internet

Laman Perpustakaan

Laman universiti – koleksi peribadi

Contohnya koleksi peribadi – keluarga Barlow-

Boustead, Highland & Lowlands etc.

Cambridge University Library

Page 12: Pembinaan Modul Sejarah

Sejarah Tingkatan Lima

Bab 9: Malaysia dan Hubungan Antarabangsa

Hubungan dengan Indonesia

Menggunakan geografi dalam pengajian

sejarah

Mencari peta Malaysia –Indonesia sebelum

membincangkan isu serumpun (apa kaitan

serumpun dengan geografi, sejarah budaya

dsbnya?)

Isu Irian Jaya, dan Konfrantasi

-Mencari lokasi Irian Jaya

-Mengenalpasti lokasi berkaitan Konfrantasi

Page 13: Pembinaan Modul Sejarah

Isu serumpun

Konsep Nusantara – Malay Archipelago

Idea serumpun dalam konteks yang lebih

besar.

Menjadi pegangan asas dalam hubungan

antara kerajaan dan hubungan antara rakyat

kerana majoriti orang Melayu.

Ramai yang telah berhijrah dan

mengasimilasi dengan koumniti dan budaya

tempatan.

Namun, identiti rakyat Indonesia juga

berpecah mengikut garis geografi seperti

Java, Aceh, Sumatra, Sulawesi, Kalimantan.

Page 14: Pembinaan Modul Sejarah

Pendekatan Statistik

Statistik/Data – Banci penduduk,

rekod kematian, rekod kelahiran.

Bagaimana data/statistik membantu

memahami fenomena sejarah?

Perubahan demografi – demografi

politik contohnya semua ini berkait

dengan sejarah.

Page 15: Pembinaan Modul Sejarah

Pendekatan Visual

Menggunakan

video

Youtube

Menggunakan

imej

Imej Percuma

Imej sendiri

Compfight.com

Google Image

Menggunakan

gambar lama

Iklan lama

Surat khabar lama

Mempamirkan

koleksi anda di

pinterest

Meminta murid

membuat analisis

Page 16: Pembinaan Modul Sejarah

Penggunaan IKLAN

Sebagai sumber

sejarah

Pendekatan:

Analisis tekstual

Membuat

intepretasi

daripada

maksud yang

tersirat.

Apa yang

dipaparkan oleh

iklan?

Siapa golongan

pembaca/pengguna

yang disasarkan?

Apa strategi yang

digunakan?

Bagaimana iklan itu

mengambarkan era

tersebut?

Page 17: Pembinaan Modul Sejarah

Suratkhabar lama sebagai

sumber sejarah/pencetus minda

The Straits Times, 17 Jun 1907:

Among these present included His Excellency

the Governor and Miss Anderson, accompanied

by Mr. C. Severn, in a red Gregoire car; His

Highness the Sultan of Johore in his 50h.p. red

Mercedes; Mr. Broderick, who had with him the

Hon Captain Young and ladies, Mr. R. Pierce and

Mr. J.A. Hamilton, with Arrol-Johnstons; Messrs,

Dupire, J.L. Hope, and Mr. De Kester with De

Dions; Messrs, E.C. Ellis, who had with him Mr.

Justice Thornton and ladies, and Mr. T.C.B.

Miller and ladies, with two Darracqs; Mr. W.A.

Cascaden and Mr. N.N. Adis with Oldmobiles; Dr

G von Wedel with his De Dion Bouton; Dr.

Galloway who was driving his Albion; Mr. J. C.

Nicholson with his Wolseley; Mr. Wearne with a

Star car and one of the well known Reo busses

from the Orchard Road Garage.

Mereka yang hadir dalam pelancaran

kelab otomobil Singapura.

Model Kereta

buatan

mana?

Kenapa

banyak

model

diimpot ke

Tanah

Melayu awal

abad ke-20?

Kuasa beli –

golongan

mana?

Page 18: Pembinaan Modul Sejarah

Gre

at

Brita

in/B

ritish

•Talbot

•Arrol-Johnston

•Humber

•Argyll

•Swift

•Adam-Hewitt

•Albion

•Siddeley

•Rover

•Orlean

Ita

li

•Fiat

•Bianchi

Pe

ran

cis

•Citroen

•Peugeot

•Alfa Romeo

•Darracq

Je

rma

n •Opel

•Mercedes

Am

eri

ka

Sy

ari

ka

t

• Hudson

• Hupmobile

• Cleveland

• Willys-Overland

• Reo

• Star

• Studebaker

• T Ford

• Model TT (trak satu tan)

• Chevrolet

• Buick

• Oldsmobile

• Oakland

• Pontiac

Model dan Buatan Kereta

Page 19: Pembinaan Modul Sejarah

Pasaran Automobil di Tanah Melayu

• Jalan dibina untul eksport bijih

timah dan getah

• Permintaan kereta tinggi oleh

Negeri-negeri Melayu

Kemudahan

Infrastruktur

• Peroleh keuntungan besar-

pegawai eksekutif dan

pemegang saham

• Menjadi pembeli dan pengguna

terawal

Kenaikan harga

timah dan getah

•Bangsa Eropah - pemilik lombong,

peladang dan pegawai syarikat

swasta dan kerajaan

•Bangsa Cina - pemilik lombong,

pemilik ladang getah dan pedagang

•Bangsa Melayu - golongan DiRaja

dan bangsawan

Golongan Pembeli

Page 20: Pembinaan Modul Sejarah

Iklan Automobil

Page 21: Pembinaan Modul Sejarah

Iklan Automobil

Page 22: Pembinaan Modul Sejarah

Cerita di sebalik gambar

Page 23: Pembinaan Modul Sejarah

Kapal Korek Pacific Tin

Dari Yukon, Alaska ke Kampar, Perak.

Di bawa masuk oleh syarikat Yukon Gold

Company (selepas itu Pacific Tin) yang

mengusahakan perlombongan emas

yang telah haus di Alaska.

Diubahsuai kapal korek dan melabur

dalam perlombongan bijih timah di Tanah

Melayu pada tahun 1920.

Page 24: Pembinaan Modul Sejarah

Kampar

Page 25: Pembinaan Modul Sejarah

Menentukan standard pencapaian

murid

Kemahiran Berfikir

Aras Rendah

Mengingati Mengenalpasti

Mencerita semula

Memahami Mengintepretasi

Memberi contoh

Membuat ringkasan

Membandingkan

Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi

Mengaplikasi Menjalankan

Melaksanakan

Menganalisis Membanding-beza

Menyusun

Mengaitkan

Mengkritik

Peringkat 1

Peringkat 2 Peringkat 4

Peringkat 3

Page 26: Pembinaan Modul Sejarah

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Peringkat 5

Page 27: Pembinaan Modul Sejarah

Sejarah Lisan Apa itu sejarah lisan? Perbualan, temubual yang direkodkan,

cerita pengalaman yang lalu yang mempunyai kepentingan sejarah.

“firsthand accounts of the past for the record, often precisely at the moment when the historical actors themselves, and with them their memories” - History Matters

Page 28: Pembinaan Modul Sejarah

Pendekatan Lisan Sebagai bukti sejarah: sumber,

idea atau perspektif baru mengenai pengalaman/sejarah

lalu:

Selalunya melibatkan orang biasa –

yang tidak dapat ditemui dalam penulisan awal atau

sedia ada.

Masa lalu dalam bentuk penulisan – ada yang

mempersoalkan keesahannya.

Sekarang wujud rekod digital – video, pita

rakaman dan semua ini dapat disimpan untuk

kegunaan generasi akan datang.

Page 29: Pembinaan Modul Sejarah

Intepretasi

Bagaimana anda menilai temubual yang dijalankan?

- Bagaimana anda memilih pengulas/tukang cerita anda?

(Etnik, majoriti/minorit, ideaologi, gender, usia-

semua aspek ini penting)

- kaitan beliau dengan peristiwa sejarah tersebut;

- kepentingan beliau dalam peristiwa tersebut

-keadaan mental beliau semasa temubual

- Lokasi temubual: Formal/Informal

- Apa soalan yang ditanya?

- Bagaimana soalan ditanya?

Dengar dengan baik

- Tanya soalan mengikut aliran jawapan yang diberikan.

Page 30: Pembinaan Modul Sejarah

Tragedi 13 Mei 1969

Bagaimana guru meletakkan insiden ini

dalam konteks antarabangsa?

Apakah pendekatan yang boleh

digunakan?

Pendekatan statistik

Page 31: Pembinaan Modul Sejarah

Penyediaan Konteks

• Bagaimana guru meletakkan insiden ini dalam konteks

antarabangsa?

• Isu perkauman merupakan isu yang besar dan perlu diberi

perhatian agar masing-masing berhati-hati agar tidak

menyentuh sensitiviti kaum lain.

• Lihat sahaja bagaimana konflik perkauman yang berlaku di

serata dunia dalam lipatan sejarah. Ia berlaku akibat

hasutan – contohnya di Balkan, Rwanda-Burundi,

pembahagian India dan sebagainya.

• Corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara perlu

adil untuk semua rakyat pada tahap and peratus yang

berpatutan dan tidak melampaui batas.

Page 32: Pembinaan Modul Sejarah

Parti Politik

Kerusi Yang

Dimenangi

1969 2008

Perikatan/BN 66 140

DAP 13 28

Gerakan 8 -

PPP 4 -

PMIP/PAS 12 23

PKR 31

JUMLAH 103 222

Peratus kemenangan parti

pemerintah:

(1969) = 64%,

(2008) = 63%

Peratus kemenangan parti

pembangkang:

(1969) = 36%,

(2008) = 37%

Perbandingan Keputusan Pilihanraya tahun 1969 dan

2008

Pendekatan Statistik

Statistik dalam Sejarah:

Apakah keputusan PRU ke-13?

Page 33: Pembinaan Modul Sejarah

http://jebatmustdie.wordpress.com

Page 34: Pembinaan Modul Sejarah

Intepretasi Sejarah Lisan

Penggunaan Blogspot/Wordpress: banyak menceritakan

pengalaman penulis – salah satu sumber sejarah

lisan.

Untuk Mengesahkan

Bandingkan dengan:

Temubual lain mengenai subjek

berkenaan

Sumber dokumentari yang lain

Bukan untuk mencari fakta tetapi lebih

kepada intepretasi peristiwa sejarah.

Page 35: Pembinaan Modul Sejarah

Pembentukan

masyarakat

pelbagai

budaya

Sejarah Sosial

Sejarah

Pelbagai

Budaya

Sejarah Migrasi

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Gabungan Pelbagai Disiplin

Komponen Utama: Disiplin

Sejarah

Disiplin Pelengkap

Geografi

Antropologi

Sosiologi

Statistik

Page 36: Pembinaan Modul Sejarah

Cabaran Polarisasi dalam Masyarakat

Pelbagai Budaya

Geografi

Semenanjung

Sabah/Sarawak

Identiti

Melayu

Bukan Melayu

Agama

Islam

Bukan Islam

Ekonomi

Jurang Pendapatan

Bandar/Luar Bandar

Miskin/ Kaya

Sosial

Jurang Generasi

Generasi Y

Generasi X

Muslim

@

Malaysian

@

Melayu

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan

Sekolah WAWASAN?

Mana Dulu?

Page 37: Pembinaan Modul Sejarah

CABARAN HUBUNGAN

ANTARABANGSA/Diplomatik

Pelajar akan

menganalisis isu

dan perdebatan

berkaitan

kontroversi

Malaysia-Indonesia

Mengajar menggunakan

berita semasa

Sejarah Migrasi Orang

Jawa ke Tanah

Melayu

Page 38: Pembinaan Modul Sejarah

Pendekatan Naskhah Melayu Lama

Konsep Kecantikan Mengikut Manuskrip Melayu Lama

Kecantikan Fizikal

Kecantikan Tun Fatimah iaitu anak Bendahara Seri Maharaja

turut dinyatakan dalam manuskrip Sulalatus Salatin.

Kecantikan Tun Fatimah disifatkan mempunyai rupa paras

yang cantik dan bercahaya seperti bulan purnama.

Manuskrip Syair Siti Zubaidah Perang China

Kecantikan Siti Zubaidah dikatakan memiliki rambut yang

panjang dan lebat, kening teratur dan hitam, mata hitam

bersinar, hidung yang mancung dan berleher jinjang. Selain

itu, Siti Zubaidah juga memiliki tubuh badan yang ramping

dan berdada bidang.

Hikayat Seri Kelantan: kecantikan luar dan dalam

Puteri Saadong diceritakan kecantikannya melalui rupa

paras yang sangat cantik, setia, berbudi bahasa, lemah

lembut, memiliki keistimewaan, kehebatan dan sifat yang

luar biasa.

Page 39: Pembinaan Modul Sejarah

Peta Minda

Kesan kecantikan

Positif

Menyelesaikan pertikaian

dan pergaduhan

Menimbulkan keinsafan

Melahirkan zuriat

pemerintahan

Membuktikan Kesetiaan

Menggambarkan

kepahlawanan

Negatif

Mencetuskan Peperangan

Kehancuran negeri

Kebinasaan kepada keluarga

dan negara

Page 40: Pembinaan Modul Sejarah

Kecantikan dan Tamadun Melayu

Kesan positif kecantikan yang dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin

adalah menyelesaikan masalah dan pertikaian.

Kisah Tun Kudu yang mempunyai rupa paras yang cantik menjadi isteri

kepada Sultan Muzaffar Syah. Namun, kecantikannya juga telah menambat

hati Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali. Bagi mengekalkan keamanan dan

mengelakkan peperangan dan pertikaian, Sultan Muzaffar Syah sanggup

menceraikan Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Bendahara Seri Nara

Diraja Tun Ali.

Kecantikan juga memberi kesan kepada sifat kepahlawanan seorang

wanita. Kesan ini dapat dilihat dalam manuskrip Syair Siti Zubaidah

Perang China. Siti Zubaidah yang digambarkan sebagai seorang yang

cantik, lemah lembut dan bersopan santun mempunyai sifat kepahlawanan

yang tinggi dalam Tamadun Melayu. Siti Zubaidah dikatakan mempunyai

sifat kepahlawanan kerana rasa tekad dan berani menyertai serangan ke

atas China bagi menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal Abidin daripada

tawanan Ratu China.

Page 41: Pembinaan Modul Sejarah

Kecantikan dan Tamadun Melayu

Kesan negatif kepada Tamadun Melayu.

Kecantikan boleh mencetuskan peperangan antara negeri

akibat perebutan perempuan. Keadaan ini dapat dilihat

dalam kisah Tun Teja Ratna Benggala, anak Bendahara

Pahang dalam manuskrip Sulalatus Salatin.

Kecantikan Tun Teja telah memikat hati Sultan Mahmud

Syah walaupun pada masa tersebut Tun Teja telah menjadi

tunangan Sultan Abdul Jamal. Namun begitu, Hang Nadim

telah melarikan Tun Teja ke Melaka untuk sultan Mahmud.

Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Sultan Abdul

Jamal sehingga hampir berlaku peperangan.

Begitu juga dengan kisah kecantikan Puteri Saadong yang

membawa peperangan dan pertumpahan darah di Tanah

Serendah Sekebun Bunga (nama lain Kelantan).

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah telah

menimbulkan kemarahan Raja Siam yang mempunyai perasaan

terhadap Puteri Saadong sehingga menyerang Kelantan.

Page 42: Pembinaan Modul Sejarah

RUMUSAN Metodologi Pengajaran & Pembelajaran

Sejarah akan mengalami transformasi yang besar apabila media baharu diaplikasikan dan digunapakai sebaiknya.

Pembinaan modul menjadi lebih mudah, kreatif dan inovatif

Generasi Y yang mahir teknologi akan berminat mempelajari sejarah melalui media baharu.

Menyedari kerelevanan sejarah dalam hidup.