modul 2 sejarah pmr 2013

18
1 21/1 Sejarah 1 ¼ jam MODUL 1 PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 Satu jam lima belas minit _____________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

Upload: hoseni-abdullah

Post on 06-Dec-2015

259 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

1

21/1 Sejarah 1 ¼ jam

MODUL 1

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

2013

Satu jam lima belas minit

_____________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

Page 2: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

2

1Rajah di atas merujuk kepada kaedah pengkajian sejarah.

Apakah X?

A Tafsiran C Rekonstruksi

B Arkeologi D Saintifik

Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah

Persekutuan pada 1 Februari 2001

2 Mengapakah peristiwa di atas dianggap bersejarah oleh negara kita?

I Peristiwa tersebut penting dan bermakna

II Dilakukan di Putrajaya

III Melibatkan tokoh penting negara

IV Merupakan fakta yang tepat dan benar

A I dan II C II dan IV

B I dan IV D III dan IV

• Menternak binatang

• Bercucuk tanam

3 Apakah kesan daripada kegiatan di atas terhadap masyarakat Zaman Neolitik?

A Mula melakukan perdagangan secara tukaran wang

B Mula menetap dan mengamalkan hidup bermasyarakat

C Mula menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada logam

D Mula meninggalkan petempatan gua

• Mengamalkan cara hidup sara diri

• Memburu binatang liar

• Memungut hasil hutan

4 Maklumat di atas berkaitan dengan Zaman A Paleolitik C Neolitik

B Mesolitik D Logam

5 Zaman kegemilangan kerajaan Angkor berlaku semasa pemerintahan

A Hayam Wuruk C Raja Guatama

B Suryavarman II D Kaundinya

Page 3: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

3

6 Di manakah terletaknya pelabuhan utama Kerajaan Kedah Tua pada peringkat awal?

A Sungai Kedah C Sungai Muda

B Lembah Bujang D Sungai Mas

7 Rajah di atas menunjukkan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

Apakah P?

A Bentan C Riau

B Temasik D Johor

• Pokok bakau

• Pokok api-api

8 Apakah kelebihan pokok-pokok di atas pada pendapat Paramewara?

A Menjadi sumber bahan api utama

B Menjadi bahan untuk membuat rumah

C Menjadi benteng pertahanan

D Menjadi petunjuk bagi pelayar

9 Antara berikut, pembesar yang manakah akan menggantikan tugas raja apabila

baginda tiada di dalam negeri?

A Laksamana

B Bendahara

C Temenggung

D Penghulu Bendahari

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka;

terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu”

10 Maklumat di atas menggambarkan

A kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan

B pengembangan agama Islam

C kecekapan pembesar mentadbir Melaka

D perkahwinan antara pedagang dengan orang

tempatan

Page 4: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

4

• Bendahara

• Penghulu Bendahari

• Temenggung

• Laksamana

11 Pembesar kerajaan Melaka di atas dikenali sebagai

A Pembesar Berempat

B Pembesar Berlapan

C Pembesar Enam Belas

D Pembesar Tiga Puluh Dua

Baginda menyamar sebagai rakyat biasa untuk membanteras kejadian jenayah

12 Maklumat di atas berkaitan dengan kebijaksanaan pemimpin Melaka. Siapakah

pemimpin Melaka yang dimaksudkan?

A Sultan Mansor Shah

B Sultan Muzaffar Shah

C Sultan Alauddin Riayat Shah

D Raja Muhammad

• Mengarang surat rasmi raja

• Menggubal perjanjian

• Menjadi guru kepada anak-anak raja

13 Maklumat di atas berkaitan dengan tugas golongan cerdik pandai di istana Melaka.

Apakah golongan itu?

A Ulama C Jurutulis

B Pengarang D Dayang

14 Maklumat di atas menerangkan tentang cara perluasan kuasa kerajaan Melaka. Apakah X di atas?

A Kerelaan raja negeri lain

B Tipu muslihat

C Pakatan dengan kuasa asing

D Penculikan puteri raja

Page 5: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

5

15 Apakah fungsi benda-benda di atas dalam masyarakat Melayu sebelum abad ke-15?

A Alat sukatan

B Mata wang

C Ufti

D Hadiah

16 Apakah nama lain bagi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824?

A Perjanjian 17 Mac 1824

B Persetiaan London

C Surat-surat Kew

D Perjanjian London

17 Apakah kepentingan pembukaan Terusan Suez?

A Memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu

B Menghubungkan England dengan Tanah Melayu

C Menggalakkan hubungan diplomatik

D Meningkatkan permintaan pasaran

18 Apakah hasil bumi yang dimiliki oleh Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

sehingga mendorong British untuk menguasai negeri-negeri tersebut semasa Revolusi

Perindustrian?

A Bijih timah C Sutera

B Petroleum D Lada Hitam

19 Mengapakah Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar terlibat dalam perbalahan di Sungai Ujong?

A Perebutan kawasan bijih timah

B Perebutan takhta di Sungai Ujong

C Perebutan tenaga buruh Cina

D Perebutan kuasa ke atas Sungai Linggi

Page 6: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

6

20 Siapakah X di atas?

A Martin Lister

B P.J. Murray

C J.P. Rodger

D Hugh Clifford

21 Rajah di atas merujuk kepada sistem pewarisan takhta di negeri Perak. Apakah jawatan

P di atas?

A Putera Sulong C Raja Muda

B Raja Bongsu D Putera Mahkota

22 Di manakah Perjanjian Pangkor ditandatangani?

A Di ibu negeri Negeri-Negeri Selat

B Di atas kapal British, H.M.S. Pluto

C Di atas kapal perang, H.M.S. Rinaldo

D Di istana Perak

23 Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan Johor menjadi negeri terakhir

menerima Penasihat British? A Kebijaksanaan rakyat

B Kemakmuran negeri

C Kemantapan ekonomi

D Kecekapan pemimpin

24 Apakah tujuan Penubuhaan Sarawak Rangers?

A Mengutip cukai

B Melicinkan pentadbiran

C Menjaga keselamatan Sarawak

D Mengawal hal ehwal luar negeri

Page 7: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

7

Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor

Sarawak sekiranya kebangkitan penduduk tempatan dapat ditamatkan.

25 Tawaran Raja Muda Hashim itu diibaratkan oleh James Brooke sebagai

A kera di hutan disusui anak di rumah mati kelaparan

B melepaskan batuk di tangga

C lempar batu sembunyi tangan

D bagai orang mengantuk disorongkan bantal

26 Rajah di atas menunjukkan Kronologi Perkembangan Pemerintahan di Sarawak.

Siapakah X di atas?

A Charles Brooke

B Charles Vyner Brooke

C Jepun

D British

• Dikutip dari gua batu kapur

• Mempunyai khasiat

• Dijual dengan harga yang tinggi

27 Maklumat di atas berkaitan dengan hasil hutan yang diperoleh di Sarawak. Hasil hutan

tersebut ialah A rotan

B getah jelutong

C damar

D sarang burung

Page 8: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

8

Perlembagaan ini merupakan perlembagaan

bertulis pertama di Sarawak yang

menggariskan pemberian kuasa

pemerintahan kepada Sarawak

28 Perlembagaan yang dimaksudkan di atas ialah

A Perlembagaan Sarawak

B Perlembagaan British

C Perlembagaan James Brooke

D Perlembagaan Kesultanan Brunei

29 Rajah di atas menunjukkan pembaharuan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji di Jepun.

Apakah tujuan utama pembaharuan tersebut dilakukan?

A Meluaskan pengaruh Jepun

B Menguatkan angkatan tentera Jepun

C Melaksanakan dasar ekonomi monopoli

D Memodenkan Jepun

30 Jepun dianggap sebuah kuasa yang besar setelah kemenangannya dalam

A Perang Jepun-Korea

B Perang China-Jepun

C Perang Dunia Pertama

D Perang Rusia-Jepun

31 Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat

serentak di

I Singgora III Melaka

II Kota Bharu IV Kuala Lumpur

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

32 Negara manakah yang telah memberi bantuan kepada pihak Jepun untuk memasuki

Tanah Melayu?

A Thailand C Indonesia

B Filipina D India

Page 9: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

9

33 Maklumat di atas berkenaan dengan pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan oleh

pendatang Jepun di Tanah Melayu. Mengapakah mereka melakukan pekerjaan

tersebut?

A Mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain kerana tidak fasih berbahasa Melay

B Rakyat tempatan masih kurang mahir dalam bidang pekerjaan tersebut

C Mudah untuk mereka mendapatkan maklumat perisikan

D Mereka tidak mempunyai kelayakan akademik

• Mengenakan catuan bekalan makanan

• Penanaman ubi kayu digalakkan

34 Maklumat di atas merupakan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun semasa

pemerintahannya di Tanah Melayu. Mengapakah pentadbiran tentera Jepun mengambil

langkah-langkah di atas?

A Menggalakkan perusahaan pertanian

B Menyelesaikan masalah kekurangan makanan

C Mengatasi masalah inflasi

D Menyuburkan tanah untuk pertanian

Wabak penyakit semaian merebak terutama

penyakit beri-beri yang disebabkan oleh

kekurangan zat makanan.

35 Mengapakah keadaan di atas terjadi selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

A Jepun memberi terlalu banyak ubat-ubatan

B Rakyat Tanah Melayu mengabaikan kesihatan

C Rakyat Tanah Melayu enggan mendapatkan rawatan

D Jepun tidak memberi perhatian terhadap kesihatan penduduk di Tanah Melayu

15 Ogos 1945 - Jeneral Seishiro Itagaki telah menyerah kalah kepada tentera

Bersekutu di Singapura

36 Apakah kesan penting peristiwa di atas terhadap Tanah Melayu?

A Perpaduan kaum dicapai

B Menaikkan semangat tentera

C Kemunculan kuasa politik yang radikal

D Semangat kebangsaan semakin menyemaraK

Page 10: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

10

37 Perjuangan Leftenan Adnan dalam mempertahankan negara menjadi kenangan kita.

Beliau telah gugur dalam pertempuran semasa mempertahankan negara daripada

penjajahan

A British

B Jepun

C Portugis

D India

38 Siapakah yang dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama?

A Sir Henry Gurney

B Sir Ralph Hone

C Sir Edward Gent

D Sir Gerald Templer

39 Berdasarkan rajah di atas, apakah Y?

A Mewujudkan sebuah bangsa Melayu yang kuat

B Membanteras ancaman Komunis

C Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

D Menggalakkan kemasukan imigran

40 Rajah di atas menunjukkan tentang struktur pentadbiran Malayan Union di peringkat

pusat. Q di atas ialah

A Dewan Perwakilan C Majlis Undangan

B Mahkamah D Majlis Pusat

Page 11: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

11

41. Jadual berikut merujuk kepada penubuhan PKM.

Tahun Tempat Peristiwa

1930

Tanah Melayu

Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)

Apakah matlamat penubuhan parti tersebut? A Menubuhkan sebuah kerajaan Republik Komunis B Melindungi buruh-buruh Cina daripada penindasan kongsi gelap C Melatih anggota baru untuk menyebarkan fahaman komunis D Membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British secara kekerasan

42. Maklumat berikut menunjukkan pandangan Sir Gerald Templer mengenai langkah membanteras komunis.

Apabila Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, beliau menyedari bahawa penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya membanteras pengaruh komunis.

Apakah tindakan beliau untuk mengatasi masalah tersebut? A Melancarkan perang saraf B Menyerang secara gerila C Mengadakan perang dingin D Berperang dengan senjata lama

43. Apakah kesan politik semasa Zaman Darurat?

I Penyerahan kuasa kepada kaum Melayu II Pengharaman gerakan berhaluan kiri III Kelonggaran syarat kerakyatan IV Penubuhan parti UMNO A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 12: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

12

44. Senarai berikut menerangkan ciri-ciri sekolah vernakular.

Dibiayai oleh kerajaan British

Dibina di kawasan luar bandar

Persekitaran sekolah yang daif

Sekolah vernakular yang dimaksudkan ialah A sekolah Cina B sekolah Tamil C sekolah Melayu D sekolah Inggeris

45. Senarai berikut merujuk kepada laporan pelajaran.

Laporan Barnes 1951

Laporan Razak 1956

Apakah persamaan kedua-dua laporan tersebut? A Mewajibkan pendidikan sekolah rendah B Memperuntukkan pelajaran bahasa ibunda di semua sekolah C Memberi latihan perguruan yang sama di semua sekolah D Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah rendah

Lim Peng San dilahirkan di Singapura. Bapanya merupakan seorang peniaga barangan logam yang kaya.

46. Menurut syarat kerakyatan Persekutuan, Lim Peng San layak mendapat kerakyatan

secara A naturalisasi B permohonan C mengangkat sumpah D kuat kuasa undang-undang

47 Rajah berikut menerangkan peristiwa selepas Rombongan Merdeka berlepas ke London.

X mungkin sekali ialah A Perjanjian London B Persetujuan London C mesyuarat kemerdekaan D persefahaman kemerdekaan

Rombongan Merdeka

Rundingan London X

Page 13: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

13

48. Pernyataan berikut berkait dengan sebuah peristiwa bersejarah.

Tepat pada jam 12 tengah malam 30 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera Union Jack telah diturunkan.

. Apakah kepentingan peristiwa tersebut? A Melambangkan tamatnya penjajahan British di Tanah Melayu B Membuktikan British mengembalikan kepentingannya kepada Tanah Melayu C Mengesahkan Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan secara

rasmi D Menandakan orang Melayu mendapatkan semula ketuanan mereka terhadap Tanah

Melayu

49. Mengapakah beberapa perkara dalam draf perlembagaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid terpaksa dipinda? A Memuaskan hari semua pihak yang terlibat B Bertentangan dengan dasar kerajaan British C Tidak selaras dengan perlembagaan negara Komanwel D Ahli-ahli suruhanjaya sendiri tidak sepakat mengenai perkara tersebut

50. Apakah nilai murni yang diamalkan semasa Suruhanjaya Reid dijalankan? I Toleransi II Ketegasan III Keberanian IV Permuafakatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

51. Jadual berikut menunjukkan pegawai British yang ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan pembesar tempatan.

Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu

Penyerahan Sarawak kepada British

Harold MacMichael X

X ialah A Arden Clarke B Duncan Stewart C Richard Newbould D Gerard T.MacBryan

Page 14: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

14

”Sarawak adalah hak kami, leburkan koloni”

52 Apakah peristiwa yang berkait rapat dengan kata-kata tersebut?

A Penabalan Anthony Brooke B Pembentukan parti-parti politik C Pembunuhan Gabenor Sarawak D Penyerahan Sarawak kepada British

53. Petikan berikut ialah sebahagian daripada sajak tulisan Lidros.

Wahai pemuda bercita suci Kekalkan Sarawak negara kita yang asli Meskipun bagaimana ancaman terjadi Hendaklah sehidup semati

Apakah sumbangan penulis tersebut kepada sejarah negeri Sarawak? A Menubuhkan Rukun Tiga Belas B Mengetuai gerakan pembunuhan gabenor C Menubuhkan Barisan Pemuda Melayu Sibu D Mengorbankan diri untuk menamatkan penjajahan

54. Rajah berikut menunjukkan langkah ke arah berkerajaan sendiri di Sarawak.

X ialah A Majlis Tertinggi B pilihan raya umum C Majlis Perundangan D pindaan perlembagaan

55. Dialog berikut mungkin diucapkan pada tahun 1960-an.

A : Penubuhan Malaysia penting dalam menjamin keselamatan dan kestabilan negara.

B : Ya, kita mesti selamatkan dua buah wilayah daripada jatuh ke tangan komunis.

X

Majlis Tempatan

Penyusunan pentadbiran

Page 15: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

15

Wilayah yang menerima ancaman komunis di atas ialah I Sabah II Brunei III Sarawak IV Singapura A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

56. Jadual berikut menunjukkan perubahan pendirian parti terhadap penubuhan Malaysia.

Parti politik

Pendirian terhadap Malaysia

Awal Akhir

PANAS Menentang Menyokong

SNAP Menentang Menyokong

Pasok Momogun

Menentang Menyokong

Mengapakah perubahan pendirian berlaku? A Menamatkan penjajahan B Ancaman ideology komunis C Tuntutan Filipina ke atas Sabah D Desakan daripada kerajaan British

57. Jadual berikut merujuk kepada penubuhan sebuah jawatankuasa di Tanah Melayu.

Tarikh Jawatankuasa

1961

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

Apakah tugas JPPM? A Meninjau pendapat penduduk B Menerangkan penubuhan Malaysia C Menggubal Perlembagaan Malaysia D Mengadakan pungutan suara rakyat

Page 16: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

16

58. Petikan berikut menggambarkan hubungan antara Tanah Melayu dengan Indonesia.

”...Suasana itu kini telah memuncak, seakan-akan menyatakan bahawa ikatan-ikatan sejarah, keturunan dan agama yang sudah terjalin berabad-abad lamanya antara Tanah Melayu-Indonesia adalah khayal belaka...”

Ibrahim Mahmood

Hubungan tersebut ada kaitan dengan peristiwa A darurat B Gestapo C konfrontasi D bantahan PBB

59. Mengapakah Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan mengeluarkan Singapura

daripada gagasan Persekutuan Malaysia?

A Menjamin keamanan negara B Mengatasi masalah pentadbiran C Mewujudkan keseimbangan ekonomi D Mengetatkan syarat kewarganegaraan

60. Konsep berikut dikemukakan oleh Lee Kuan Yew.

Konsep Malaysian Malaysia

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep tersebut? I Menafikan institusi raja II Hak sama rata untuk semua kaum III Menyokong hak istimewa orang Melayu IV Menentang Parti Perikatan dalam Pilihan raya A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 17: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

17

JAWAPAN SOALAN LENGKAP PMR MODUL 2

BIL JAWAPAN BIL JAWAPAN

1 B M/S 12 31 A M/S 7

2 B M/S 5 32 A M/S 6

3 B M/S 25 33 C M/S 14

4 A M/S 21 34 B M/S 34

5 B M/S 33 35 D M/S 37

6 D M/S 39 36 D M/S 27

7 B M/S 47 37 B M/S 47

8 C M/S 48 38 C M/S 48

9 B M/S 59 39 C M/S 49

10 A M/S 61 40 C M/S 51

11 A M/S 58 41 A M/S 88

12 C M/S 83 42 A M/S 98

13 C M/S 79 43 C M/S 108

14 A M/S 82 44 C M/S 126

15 B M/S 155 45 A M/S 129

16 B M/S 19 46 B M/S 133

17 A M/S 31 47 A M/S 151

18 A M/S 33 48 A M/S 160

19 D M/S 40 49 A M/S 155

20 C M/S 43 50 B M/S 156

21 C M/S 34 51 D M/S 176

22 B M/S 36 52 D M/S 179

23 D M/S 63 53 D M/S 183

24 C M/S 85 54 D M/S 186

25 D M/S 78 55 D M/S 205

26 A M/S 81 56 A M/S 209

27 D M/S 88 57 B M/S 214

28 A M/S 86 58 C M/S 220

29 D M/S 3 59 A M/S 226

30 D M/S 3 60 A M/S 226

Page 18: Modul 2 Sejarah Pmr 2013

18