pembentukan malaysia

2
6.1 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA 6.1.1 MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura 6.1.2 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan. Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan 6.1.3 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara- negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai PersekutuanMalaysia

Upload: cik-nury

Post on 15-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

6.1 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA 6.1.1 MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNISPengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecilPada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura6.1.2 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURAMenerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan Sabah dan Sarawak boleh disegerakan 6.1.3 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMIMelalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai PersekutuanMalaysia6.1.4 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.6.1.5 MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERAMenurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina akan menjadi 43.5%

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Malaysia

6.1    FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

 

6.1.1   MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura

membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup

masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan

Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat

apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh

Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil

Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis

semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman

kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh

mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat

penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di

Singapura

6.1.2   MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei

dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini

memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British

semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam

status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam

tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cuba mencapai kemerdekaan secara

berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam

tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan

Sabah dan Sarawak boleh disegerakan

 

6.1.3   PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama

ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara

anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang

miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan

ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.

Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada

Page 2: Pembentukan Malaysia

negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan

mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih

selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai PersekutuanMalaysia

6.1.4   MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini

tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan

Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut

dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor

pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%

sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia,

Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah

dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

6.1.5   MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan

wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada

Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum,

ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80%

penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah

Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan

masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana

anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang

Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum

Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%.

Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,

kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal

sebagai kumpulan terbesar