pembentukan imej dan penampilan diri yg positif

49

Upload: abunaeem

Post on 15-Apr-2016

171 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

• Memberi kesedaran tentang kepentingan dan kesan imej individu terhadap organisasi.

• Menggalakkan peserta untuk berubah ke arah pembentukan imej yang lebih positif.

• Meningkatkan ketrampilan dalam profession dan peribadi.

Definasi IMEJ

• Satu gambaran atau pernyataan dalam imaginasi atau ingatan (tidak semestinya di dalam bentuk yang boleh dilihat).

• Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain.

IMEJPakaian

Layanan

Duduk

Berjalan

Kesihatan

Personaliti

Kekemasan Diri

Bercakap

Hemah Diri

Kebersihan

Pengetahunan

Sikap

Satu gambaran atau pernyataan dalam imaginasi atau ingatan (tidak semestinya di dalam bentuk yang boleh dilihat).

Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain

Imej• Imej merupakan pandangan,

gambaran dan persepsi terhadap seseorang oleh individu yang lain berdasarkan pandangan pertama.

• Jika dari pandangan pertama imej seseorang itu tidak menarik pada pandangan atau pandangan orang lain, ini akan menjejaskan perhubungan atau komunikasi seterusnya antara individu yang berkenaan dengan orang lain.

• Apa yang anda lihat pada kali pertama adalah tanggapan yang anda akan berikan tentang apa yang anda nampak.

• Jika pandangan pertama adalah cantik dan menarik, secara psikologinya anda akan menilaikan seterusnya yang baik tentang apa yang anda lihat berdasarkan persepsi pertama. Begitu juga sebaliknya.

IImej bukan hanya terletak pada cara berpakaian, malah imej juga dinilai dari segi personaliti yang meliputi gaya bercakap, berjalan, makan, duduk, ketawa, hemah diri, dan juga kesihatan.

Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan imej yang positif ialah:

Hemah diri ialah cara pembawaan diri seseorang individu melalui amalan-amalan bagi santapan rohani, setiap yang beragama

hendaklah patuh pada ajaran agama mereka termasuk menjauhi diri dari melakukan sifat-sifat yang menjadi

‘dosa’ dalam agama masing-masing.

PAKAIAN YANG SESUAI: WARNA FESYEN

BENTUK BADANMAJLISCUACAUMUR

Kebersihan pakaian penting bagi mengelakkan bau yang kurang enak. Pemakaian aksesori dan bauan (minyak wangi) adalah penyumbang imej pakaian. Aksesori dan minyak wangi diguna sederhana. Agar anda tidak kelihatan ‘Walking Christmas Tree’ kerana terlalu banyak aksesori.

Faktor ini ada kaitan dengan cara berpakaian. Pakaian dan aksesori hendaklah disesuaikan dengan :

Aspek umur, Warna, Jenis majlis dan sebagainya.

Orang lain boleh menilai diri kita dari gaya kita berjalan.

Orang yang berjalan ‘hentak kaki’ imej yang gelojoh dan kasar!.

Orang yang terlalu ‘mendada’ memberikan imej yang sombong,

manakala orang berjalan ‘terlalu menunduk’ (boleh tunduk tetapi tidak keterlaluan) akan dikatakan sebagai tidak berkeyakinan diri dan mempunyai personaliti yang lemah.

Bercakap hendaklah bersopan dan ada gaya (bukan gaya yang dibuat-buat seperti pelakon filem). Seperti seni lukisan, percakapan juga mempunyai seni yang tertentu. Apabila kita berkomunikasi atau bercakap, mesti pastikan suara kita ada NADA, INTONASI, VOLUME, dan SEBUTAN yang betul. Di samping itu juga apabila kita bercakap dan berkomunikasi, kita hendaklah tahu menghormati orang yang sedang kita bercakap. (ini termasuk jangan banyak bercakap hingga orang lain tidak ada peluang bercakap!).

Cara duduk ini lebih ditekankan kepada kaum perempuan. bagaimanapun lelaki juga tidak boleh lari dari mematuhi tertib duduk. Sebagai wanita yang bersopan, bersila dan kaki terbuka adalah kurang senang diterima dan dianggap sebagai kurang tertib.

Seseorang wanita hendaklah duduk dengan cara ‘bersimpuh/bertimpuh’ apabila terpaksa duduk di lantai. Apabila duduk di kerusi pula, wanita seharusnya menutup rapat kaki untuk kelihatan lebih anggun dan tertib. Di samping itu juga kita tidak seharusnya duduk bersilang kaki di depan tetamu.

Cara dan gaya kita melayan tetamu atau pelanggan juga adalah penting kerana apabila kita melayan dengan kasar, pelanggan akan lari. Oleh itu, imej organisasi akan terjejas. Layanan ini hendaklah mengambilkira dari aspek perwatakan, senyum, bersedia dengan maklumat yang mungkin diperlukan oleh pelanggan, bersopan, menghormati orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. (Ini termasuk ‘eye-contact’ yang betul). Aspek ini adalah terpenting semasa kita berinteraksi di majlis-majlis dan juga semasa melayani pelanggan di kaunter.

Bagi sesetengah individu, penjagaan kebersihan diri dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh dan tidak perlu diberi tumpuan. Sebenarnya, penjagaan kebersihan adalah tuntutan yang harus diberi tumpuan utama bagi mengelakkan dari dianggap ‘pengotor’. Penjagaan kebersihan termasuk penjagaan pakaian (luar dan dalam), stokin, kulit, kasut, rambut, kuku, misai dan janggut. Pernahkah anda mendekati seseorang yang mempunyai bau badan atau stokin yang busuk?. Anda lari atau mendekati… kalau anda sendiri pula yang begini, anda rasa ada orang yang akan mendekati?.

Badan yang sihat, otak pun cergas. Kesihatan termasuk dari segi mental dan juga fizikal. Kalau asyik tidak bertenaga untuk bekerja, orang lain akan melihat kita sebagai lemah, malas, lembab, dan sebagainya. Jika anda sakit, seharusnya anda terus berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Amalkan pemakanan yang sihat. Jalani ujian pemeriksaan tahap kebersihan. Di samping itu, lakukan senaman ‘regular’ setiap hari. Pastikan anda cukup rehat bagi mengembalikan tenaga yang hilang. Wajah anda akan sentiasa berseri dan ‘mood’ pun akan stabil. (Kuranglah marah-marah dan ‘tension’ di pejabat atau di majlis-majlis.

Seseorang individu akan dihormati jika ia mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai sesuatu yang penting. Sebagai contoh, seorang pelayan pejabat (PAR) akan lebih dihormati jika ia lebih berpengetahuan dalam aspek-aspek keagamaan, percetakan, ehwal semasa, dan sebagainya. Bagaimana untuk tambah pengetahuan ialah melalui pembacaan yang banyak. Galakkan diri untuk jadikan membaca itu sebagai satu hobi. Bagi yang berkemampuan, dicadangkan untuk khaskan sejumlah peruntukan untuk membeli buku, tidak kira apa juga tajuknya, asalkan ia membantu dalam meningkatkan pengetahuan.

Personaliti merangkumi cara kita ‘membawa diri’ dikhalayak ramai. Periksa diri kita…

Adakah kita bercakap dengan penuh yakin?

Adakah kita berhati-hati dengan tutur kata kita apabila bercakap dengan orang lain atau kita ikut sedap mulut sahaja?

Adakah kita membuat lawak yang kurang sesuai bagi sesuatu majlis?

Adakah kita menghormati pendapat orang lain semasa berkomunikasi?

Sikap ialah bagaimana kita memindahkan ‘mood’ kita pada orang lain. Bila anda optimis dan menerima kejayaan orang lain, anda telah memindahkan sikap positif, dan orang lain akan memberi maklumbalas yang baik. Sebaliknya, bila anda pesimis dan menjangkakan yang buruk, sikap anda sentiasa negetif; dan orang akan menjauhi anda. Sikap adalah bagaimana anda melihat sesuatu perkara secara mental.

~> Maruah dan harga diri

Pengaruh

Keyakinan diri

Keyakinan orang lain

Komunikasi berkesan

~> Keyakinan pelanggan

Kepuasan pelanggan

Imej organisasi

Komunikasi berkesan

Kerjasama berkesan

Pengaruh

MENGAPA PERLU IMEJ

5 ASPEK IMEJ

TERTIB DIRI

- sopan santun

- adab pergaulan

` adab perbualan

PERSONALITI

- kekemasan diri

- kebersihan rohani / jasmani

- pembawaan

-perhubungan manusia

-komunikasi berkesan

-sikap profesional

PENGETAHUAN

- mahir dalam bidang tugas

- boleh selesai masalah

- ada pertimbangan diri

SIKAP DAN AMALAN

- profesional

-bertanggungjawab

- kreatif

- tidak emosional

- yakin diri

- disiplin

- kerjasama

- hormat

KOMUNIKASI

- 2 hala

- kumpulan

- senyum

- mesra

24 CARA MENYAKINKAN DIRI DALAM PENAMPILAN

Berpakaian seperti yang anda senangi.

Jangan berfikir yang bukan-bukan.

Tinggalkan majlis secara bergilir-gilir.

Jangan mencampuri snobbisme orang lain.

Jangan membicarakan soal zodiak.

Katakan ‘ tidak ’ kalau memang tidak

Jangan libatkan diri dengan gosip.

Bersikap sewajarnya.

Apa harus dibuat jika anda sedang melakukan diet.

Berdebat secara terhormat.

Jangan membuat orang tercenggang.

Keluar rumah dengan persediaan yang rapi.

Jangan berlagak sombong di tempat orang.

Berdandan kena pada tempatnya.

Jangan jadikan diri papan iklan.

Wang jangan dijadikan topik perbualan.

Di mana kita berada , ada tukang nilai.

Hindari kata-kata kasar dan humor yang lucah.

Tepat waktu.

Bersikap tenang.

Berjalan dengan memandang ke hadapan.

Jangan mudah terpengaruh.

Yakini dengan pendapat diri sendiri.Hadapi sesuatu dengan santai / tenang.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMIKIRAN YANG

POSITIF• Kenalpasti dan hadapi ‘negatif’ dalam

kehidupan dan uruskan dengan betul• Cari dan sebarkan perkara positif• Pilih hasil positif• Guna ‘positive self-talk’• Kenalpasti dan jauhi ‘pembawa kuman

negatif ’ - elak dijangkiti

Pilih Hasil Positif Sahaja

• Kawal diri anda dari mereka yang merosakkan fikiran• Elakkan membaca sesuatu yang ‘tidak berharga’ dan juga

cerita-cerita negatif» Mental- “Saya perlu belajar dari sesiapa yang tahu…”

• Jangan dengar khabar-khabar negetif dan juga berunsur ‘umpat’

» Elak tonton filem ganas (violent)» Gantikan ‘self-talk’ yang negetif kepada positif» Selalu guna perkataan ‘affirmative’. Contohnya;» Kerohanian- “saya bersyukur pada Tuhan…”

Mengenali kuman negatif• Tidak boleh• Mengapa pula saya?• Saya tidak tahu• Tidak mahu• susahnya• saya tiada masa• Bencinya• Masalah• Mesti tidak elok

jangan hanya merenungi pintu yang tertutup hingga tidak nampak pintu yang terbuka

Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain masih terbuka

PINTU POSITIF

Sebarkan Yang Positif Sahaja

• Galakkan kemesraan dan anda akan menerima tindakan yang sama

• Hadapi kehidupan dengan minat ada matlamat/ arahtuju

• Lihat hanya yang baik sahaja pada seseorang

• Berurusan dengan manusia seolah-olah menapis/ mendulang emas

FIKIRAN POSITIF

AMBIL NOTA

BERTANYA

PEKA MEMERHATI

BEBASKAN FIKIRAN

SEDIA BELAJAR

MENDENGAR

BERKONGSI

MENGAPA POSITIF??

• Tenang• Berjaya• Melihat masalah sebagai peluang• Buat keputusan secara rasional• Fikiran sihat• Komunikasi yang lebih berkesan• Perhubungan manusia yang baik

PERHUBUNGAN SESAMA PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIAMANUSIA

Objektif sesi•Menggalakkan peserta berkomunikasi dengan lebih berkesan•Memberi kefahaman tentang konsep komunikasi berkesan•Membantu peserta mengenalpasti halangan-halangan komunikasi

Definisi• Ikatan, jalinan antara manusia, tidak kira sama ada pertentangan atau kerjasama• Kaedah/cara untuk memahami sikap manusia bagi mendapat kerjasama• Satu seni untuk melahirkan semangat kekitaan dalam usaha mencapai sesuatu objektif• Satu cara untuk mewujudkan suasana yang sihat antara individu atau kumpulan

TUJUAN PERHUBUNGANMANUSIA

KERJASAMA

KESEFAHAMAN

KEPERCAYAAN

KEADAAN HARMONI

Ciri-Ciri Penting Manusia

• NILAI

• SIKAP

• TABIAT BERBEZA

• FAHAMAN BERLAINAN

TEMA ASAS PERHUBUNGAN MANUSIA

• Perbezaan individu

• Individu secara menyeluruh

• Perilaku bersebab (motivasi)

• Maruah

• Komunikasi

• Empati

Racun perhubungan manusia

•Bina sempadan•Tunjuk mood tidak menentu•Tidak memeriksa diri•Guna/layan orang macam alat•Singkir penentang•Kelompok sama taraf•Guna bahasa istimewa•Terlalu tekankan peraturan•Dichotomise•Tidak menghargai orang lain

PENAWAR PERHUBUNGAN MANUSIA

• Sentiasa ceria dan riang! - bijak menyerikan suasana - beri salam/sapaan dengan ikhlas dan senyum

• Hindar perasaan yang tidak menyenangkan terhadap orang lain - jangan buruk sangka - berfikir secara positif

• Hormati perbezaan orang lain -fizikal -pemikiran -latarbelakang -pendapat

Tahu Hargai Jasa Orang Lain

murah dengan terima kasih beri penghargaan buat orang seronok untuk bantu lagi

Jangan bebankan masalah pada

orang lainorang lain ada masalah sendiritidak semua orang suka dengar

masalah orang lain

Sensitif pada Sensitif pada mood orang lainmood orang lain

tahu sesuaikan cara pendekatantahu masa untuk buat jenaka

dengan ikhlas tanpa balasankegembiraan orang yang dibantu-

kepuasan anda

Sedia bantu orang lain

Buat orang rasa yakin

Belajar jadi pendengar yang baik

Hargai Keistimewaan

Orang Lain

Ada Sense Of Humour

Semasa komunikasi, kerap sebut nama

orang yang mendengar

one-to-one atau one-to-twoorang akan rasa penting

SEKIAN Terima kasih