pembentukan awan dan kerpasan

20
PEMBENTUKAN AWAN DAN KERPASAN

Upload: haralhaj

Post on 01-Jul-2015

902 views

Category:

Education


13 download

DESCRIPTION

Geografi STPM Bahagian A

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan awan dan kerpasan

PEMBENTUKAN AWAN DAN KERPASAN

Page 2: Pembentukan awan dan kerpasan

PEMBENTUKAN AWANAwan terdiri daripada hablur ais atau titisan air yang amat halus (0.02 hingga 0.06 mm) yang terapung di udara.

Ia terbentuk di lapisan atmosfera yang ketinggiannya kurang daripada 12200 m.

Terbentuk disebabkan proses pemeluwapan pada aras yang tinggi.

Nukleus higroskopik bertindak sebagai nukleus pemeluwapan.

Awan dikelas berdasarkan bentuk dan aras ketinggian

Page 3: Pembentukan awan dan kerpasan

KUMPULAN AWAN TINGGI (6100 – 12000 M)

Awan Sirus•Nipis seperti sutera.•Membentuk jalur-jalur di langit.•Tidak mengganggu pancaran cahaya matahari.•Memberi gambaran cuaca•Tidak tersusun (cuaca baik).•Tersusun (cuaca buruk).

Awan Sirustratus

•Lebih lengkap•Membentuk kalungan mengelilingi matahari atau bulan.•Membantu mengecam ribut.

Awan Sirokumulus

•Berbentuk bulat dan padat.•Berkumpul-kumpul dan berbaris.•Dikenali sebagai awan sisik.

Page 4: Pembentukan awan dan kerpasan

KUMPULAN AWAN PERTENGAHAN (1200 - 6100 M)

Awan Altostratus

• Hamparan nipis dan serata di permukaan langit.

• Seragam dan berwarna kelabu kebiru-biruan.

• Matahari kelihatan tompok cerah.

• Dikaitkan dengan kejadian cuaca buruk.

Awan Altokumulus • Tersusun berjalur, terpisah-

pisah, gelombang dan rapat-rapat seperti sfera atau glob.

• Keputih-putihan atau agak kelabu.

• Memberi gambaran cuaca yang sederhana baik.

Page 5: Pembentukan awan dan kerpasan

KUMPULAN AWAN RENDAH (KURANG1200 M)

Awan Stratokumulus

• Berbentuk sfera besar dan tersusun rapat.

• Mempunyai lapisan rendah yang berwarna kelabu.

• Cuaca baik dan cerah.

Awan Stratus

• Padat dan berwarna kelabu tua.

• Awan seragam yang rendah dan kelihatan seperti kabus.

Awan Nimbustratus• Awan tumpat,

tebal dan rendah.• Tidak mempunyai

bentuk tertentu.• Awan yang gelap

dan mempunyai lapisan yang jelas.

• Awan hujan yang membawa hujan berterusan.

Page 6: Pembentukan awan dan kerpasan

KUMPULAN AWAN TEGAK (1200 – 12000 M)

Awan Kumulus

• Awan putih berkepul-kepul seperti kapas.

• Mempunyai dasar yang rata dan permukaan atas yang beralun.

• Mengambarkan cuaca yang baik dan terdapat di kawasan tropika lembap.

Awan Komulunimbus

• Awan tumpat.• Mempunyai dasar yang rata

dan berkembang secara menegak.

• Kelihatan pada waktu petang di kawasan tropika lembap.

• Dikenali sebagai awan ribut dan hujan perolakan disertai kilat dan petir.

Page 7: Pembentukan awan dan kerpasan

KABUS DAN KABUTTerbentuk apabila proses pemeluwapan berlaku hampir dengan permukaan bumi.• Lebih padat dan mempunyai saiz titisan air yang

lebih besar.• Jarak penglihatan kurang daripada satu kilometer.

Kabus dan kabut berbeza dari segi kepadatannya.• Kurang padat dan mempunyai saiz titisan air yang

lebih halus.• Jarak penglihatan antara satu hingga dua kilimeter.

Kabut

Kabus

Tidak melibatkan penyejukan adiabatik.

Page 8: Pembentukan awan dan kerpasan

JENIS-JENIS KABUT

Kabut alir lintang

• Terbentuk apabila kumpulan udara panas dan mempunyai banyak lembapan bergerak ke atas permukaan yang sejuk.• Udara panas akan terpeluwap.

Kabut sinaran

• Terbentuk pada lewat malam dan awal pagi apabila suhu permukaan bumi sejuk akibat kehilangan haba.

Kabut perenggan

• Terbentuk apabila kumpulan udara panas tropika bertemu dengan kumpulan udara sejuk kutub.• Udara panas naik ke atas dan udara sejuk akan tenggelam.• Gabungan ini akan membentuk kabut.

Page 9: Pembentukan awan dan kerpasan

JENIS-JENIS KABUT

Kabut wap

• Terbentuk apabila kumpulan udara sejuk mengalir di atas kawasan panas.

• Permukaan panas mempunyai banyak wap air akan terpeluwap.

• Sering berlaku di kawasan pinggir pantai dan gurun.

Kabut bukit

• Terbentuk apabila angin meniup awan stratus ke puncak bukit.

• Terjadi akibat pemeluwapan wap air hasil daripada proses sejatan dan perpeluhan hutan tebal di kawasan bukit.

Page 10: Pembentukan awan dan kerpasan

KERPASAN

konsep

• Proses jatuhan titisan air dari awan ke bumi.• Lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk

cecair atau pepejal.

Pembentukan kerpasan

• Berkait rapat dengan proses pemeluwapan.• Proses pemeluwapan akan mudah terbentuk apabila terdapat nukleus higroskopik dan kelembapan bandingan yang tinggi.• Bintik-bintik air hasil pemeluwapan akan terapung-apung dan bercantum membentuk awan.• Bintik-bintik dalam awan yang telah tepu akan turun sebagai kerpasan.

Page 11: Pembentukan awan dan kerpasan

JENIS-JENIS KERPASAN

Hujan

•Titisan air (cecair) yang jatuh dari awan komulunimbus.•Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk bergantung kepada jenis hujan.

Hujan batu (hail)

•Titisan air yang membeku apabila proses pemeluwapan berada di bawah takat beku.•Turun dari awan komulunimbus yang tinggi dan disertai ribut petir dengan arus udara yang lembap.

Hujan beku (steet)

•Titisan air hujan yang menjadi beku apabila jatuh melalui lapisan udara yang sejuk berhampiran permukaan bumi•Bintik-bintik ais yang jernih dan kecil.

Page 12: Pembentukan awan dan kerpasan

JENIS-JENIS KERPASAN

Embun

• Wap air yang terpeluwap menjadi titisan air dan melekat pada daun dan rumput pada waktu pagi.

• Pembetukan embun dibantu oleh keadaan daun dan rumput yang menyejuk pada waktu malam hari yang terang.

Salji• Titisan air yang beku dan menghasilkan bentuk hablur ais akibat proses pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu di bawah takat beku.

• Wujud di kawasan iklim sejuk dan iklim pergunungan.

• Terjadi akibat takat atau paras beku terlalu hampir dengan permukaan bumi.

Page 13: Pembentukan awan dan kerpasan

MEKANISME PEMBENTUKAN HUJAN PEROLAKANPancaran

cahaya matahari memana

skan permukaan bumi.

Udara mengala

mi proses

pengembangan

dan menjadi ringan.

Jisim udara yang naik akan

mengalami

proses penyejuk

an.

Haba pendam

akan terbebas

dan menghas

ilkan titisan

air

Titisan akan

mencapai takat

tepu dan membentuk awan komuluni

mbus

Hujan perolakan akan turun dan

disertai kilat dan

petir

Kilat terbentuk kerana pertembungan

cas positif dan

negatif air

hujan.

Petir terbentuk akibat perlangg

aran awan.

Terjadi pada waktu petang

dan malam.

Page 14: Pembentukan awan dan kerpasan

HUJAN PEROLAKAN

Page 15: Pembentukan awan dan kerpasan

CIRI-CIRI HUJAN PEROLAKAN

-KEADAAN SIANG YANG SANGAT PANAS -HUJAN TURUN PADA WAKTU PETANG -DISERTAI KILAT DAN PETIR -AWAN KOMULONIMBUS -HUJAN LEBAT DAN SINGKAT

Page 16: Pembentukan awan dan kerpasan

MEKANISME PEMBENTUKAN HUJAN BUKIT/OROGRAFIBerlaku kenaikan

udara panas melalui cerun

banjaran gunung yang selari

dengan pantai.

Angin lembap dari laut

mengandungi banyak wap air

dipaksa naik dan mengalami penyejukan adiabatik

Wap air yang mencapai takat

suhu mengembun dan kelembapan bandingan 100%

Wap air mengalami

pemeluwapan dan membentuk

awan.

Awan yang telah tepu akan

menurunkan hujan.

Jumlah hujan yang turun bergantung

kepada kelajuan angin, sudut angin dan

perbezaan suhu antara daratan dengan lautan

Page 17: Pembentukan awan dan kerpasan

HUJAN BUKIT/RELIF

Page 18: Pembentukan awan dan kerpasan

CIRI-CIRI HUJAN BUKIT/RELIF

- TERJADI APABILA ANGIN LEMBAP DARI LAUT DIPAKSA NAIK APABILA TERDAPAT RINTANGAN SEPERTI BUKIT

- HUJAN AKAN BERLAKU DI CERUN YANG MENGHADAP ANGIN

- KAWASAN KERING DAN TIDAK BERHUJAN DIKENALI KAWASAN LINDUNGAN HUJAN

Page 19: Pembentukan awan dan kerpasan

TEORI PEMBENTUKAN KERPASAN(TEORI BERGERON FENDEISEN)

Kelembapan bandingan udara lebih tinggi di

permukaan ais berbanding dengan

permukaan air.

Apabila suhu jatuh ke takat beku, tekanan wap atmosfera akan

jatuh dengan cepat di atas permukaan ais berbanding dengan

permukaan airIni menyebabkan tekanan wap tepu di permukaan air lebih tinggi daripada wap

tepu pada permukaan ais yang menghasilkan cerun tekanan dari arah

air ke ais.Jika titisan air lampau sejuk dan hablur ais berada berhampiran

dalam awan, titisan air tersejat dan terlekat

pada hablur ais.

Dalam teori ini, wap air yang tersejat akan terus berubah kepada bentuk

ais dalam proses pemeluwapan. Apabila

hablur ais semakin besar dan berat, ia akan

menjadi tepuTarikan graviti akan

menyebabkan hablur ais ini jatuh dari awan.

Hablur ais akan berubah bentuk kepada titisan

air apabila melalui suhu panas dan turun ke permukaan bumi sebagai hujan.

Page 20: Pembentukan awan dan kerpasan

TEORI PEMBENTUKAN HUJAN(TEORI PERLANGGARAN)

Berlaku perlanggaran hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan dan bercantum

Hablur dan bintik air yang mempunyai pelbagai saiz menyebabkannya mempunyai kelajuan yang berbeza

Titisan air yang lebih besar akan jatuh dengan pesat dan menyerap titisan lebih kecil ke dalam ekornya.

Kurang berkesan dalam arus udara menegak yang perlahan kerana proses pemeluwapan perlahan. Titisan airnya kecil dan turun sebagai hujan renyai-renyai