pembentangan bab 4

Upload: mohd-izzat-abd-ghani

Post on 08-Mar-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pemikiran

TRANSCRIPT

SISTEM PEMERINTAHAN

4.0 : pemikiran tamadun islam zaman uthmaniah dan kontemporariMOHD HAMIZAN BIN FADZIL ( 03DET13F1026 )MUHAMMAD AMEERUL BIN SALIM (03DET13F1017)MUHAMAD MUZAKKIR BIN MUHD FAUZEE(03DET13F1018)MUHAMMAD FITRI BIN ROSLAN(03DET13F1011)Pemikiran tamadun islam zaman Uthmaniyyah dan kontemporariPengasas ialah Uthaman Bin Ertughul Bin SulaimanBerasal dari suku QayiBeliau merupakan seorang pemimpin yang telah terlibat dalam memerangi kaum Monggol.Beliau juga berjaya menumpaskan pihak Byzantine.Sultan Ali al-Din mengangkatnya sebagai Amir dengan nama Bad al-Shah Al UthmanKejayaan beliau menyebabkan empayar tersebut dikenali sebagai Empayar Uthmaniyah.Kehebatan Uthman yang memerintah Turki telah disambung oleh pemimpin-pemimpin yang lain.Tahap kegemilangan dicapai pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni (1520-1566)

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM DIZAMAN UTHMANIYYAHPada kurun ke-16,empayar Uthmaniyyah terus berkembang daripada segi wilayah dan kekuasaan ke afrika utara di barat daya dan Parsi di sebelah timurSemasa pertempuran di Chaldrin, tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Selim 1, telah memenangi petempuran dengan tentera Parsi.

Sultan Sulaiman 1 ,menaiki takhta pada tahun 1518 Beliau telah mengetuai beberapa siri ketenteraan di Balkan.Sulaiman merupakan seorang yang strategis yang hebatTentera uthamaniyyah berjaya menguasai Belgrade(1521), mengalahkan Hungary(1526) dan menyerang Vienna(1529)Kejayaan perluasaan kuasa Uthmaniyaah pada kurun ke16, atas faktor kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan disamping kesempurnaan sistem ketenteraan.Contoh yang terbaik kemahiran mereka berperang ialah semasa peristiwa penaklikan Contantinople(Istanbul) pada 1453.SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAHSISTEM PEMERINTAHANSULTAN Sultan pada kedudukan paling tertinggi

Mempunyai kuasa yang penuh dalam pentadbiran dan ketenteraan

Perlantikan sultan mengikut sistem feudal

Sistem feudal sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

SISTEM PEMERINTAHANWAZIRMerupakan orang paling berkuasa selepas sultan

Ditugaskan sebagai ketua pentadbiran dan penasihat sultan

Kuasa beliau telah digariskan oleh kanun name iaitu buku perlembagaan digubal pada zaman Sultan Muhammad II.

Diamanahkan memegang cop mohor sebagai wakil sultan

CONTOH COP MOHOR

Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera, cop dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakansunnah Rasulullahs.a.w. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda s.a.w kepada Maharaja Rom, Parsi, dan Mesir.

SISTEM PEMERINTAHANSYEIKH AL-ISLAM (MUFTI)Wujud pada zaman Sultan Selim I berpejabat di Istanbul

Tugas memberi fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama Islam

Pandangan beliau juga diambil kira dalam perlantikan pegawai-pegawai istana

SISTEM PEMERINTAHANKADIKetua agama bagi setiap wilayah

Berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan sivil menurut syariat islam

Hukum dilaksana berpandukan al-quran dan sunnahSISTEM PEMERINTAHANTENTERABeylerbey pangkat ketenteraan paling tinggi

Mempunyai kuasa yang meluas, malah putera mahkota terpaksa tunduk padanya

Juga digelar dengan gelaran pasha

SISTEM PEMERINTAHANBEYBetalion atau ketumbukan tentera

Ditugaskan membawa bendera (liwa) dalam sesebuah peperanganSISTEM PEMERINTAHANFIEFMerupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah

Fief bermaksud tanah kurniaan

Dinamakan tentera Fief kerana mereka dikurniakan tanah oleh kerajaan Uthmaniyah kerana jasa mempertahankan negara

Mengunakan tombak, pedang, panah, dan perisai sebagai senjata

Pakaian mereka adalah baju dan berserban serta menunggang kuda

Meniru sistem ketenteraan daripada sistem feudal kerajaan Byzantine

ZAMAN KEMUNCAK KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAHZAMAN KEMUNCAKZAMAN KEMUNCAKPENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPELUsaha menakluk Konstantinopel dilakukan agresif sejak zaman Khulafa al-Rashidin lagi

Kota konstantinopel telah ditakluk oleh Sultan Muhammad II bin Murad pada tahun 753H/1453M.

Ini merupakan jasa kerajaan Uthmaniyah yang paling besar dan paling menonjol kerana usaha kearah itu telah dilakukan oleh umat Islam sejak abad pertama hijrah.ZAMAN KEMUNCAKMEMPERTAHANKAN PALESTINEKetegasan Sultan Abdul Hamid II (1876M-1909M) dalam mempertahankan bumi Palestin.

Beliau tegas dalam menolak hadiah Zionist yang jumlah berjuta-juta pound sterling untuk digantikan dengan tanah Palestin.ZAMAN KEMUNCAKMELINDUNGI WILAYAH-WILAYAH ISLAMMelindungi wilayah-wilayah Islam khususnya dunia Arab daripada colonial Eropah untuk beberapa lama.

Selepas kejatuhan Andalus, Eropah sentiasa mengintai peluang untuk menakluki negara-negara Islam.

Tetapi gagal kerana dilindungi Khalifah UthmaniyyahZAMAN KEMUNCAKMENDIRIKAN PAN ISLAMISMEPan-Islamisme awalnya aliran politik yang muncul ketika Perang Dunia II (April 1936).

Usaha mendirikan Pan-Islamisme dilakukan pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Supaya dapat mengimbangi gerakan Kristian dan Zionist, walaupun usaha tersebut gagal.ZAMAN KEMUNCAKMEMELIHARA KEUTUHAN BANGSAMemelihara keutuhan bangsa lain yang berada di bawah naugan khalifah Uthmaniyyah .

Walaupun berbeza agama, bangsa, budaya, adat serta corak kehidupan.

Tetapi mereka mendapat kebebasan untuk memilih corak hidup mereka.ZAMAN KEMUNDURANSetelah Sultan Abdul Hamid II dipecat, lalu dilantik Muhammad Rasyad sebagai penggantinya (1909-1918). Pada waktu tersebut pemerintahan Turki Uthmaniyyah sudah berada diambang kejatuhan.Peperangan Dunia I meletus dan Turki bergabung dengan Jerman. Nasib buruk menimpa Turki. Iaitu apabila mereka tewas dalam peperangan tersebut. Kemudian pada tahun 1918, Sultan Muhammad Rasyad turun daripada takhtanya, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Wahiduddin. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Wahiduddin, kekuasaan sultan telah dibatasi oleh Parti Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal.

ZAMAN KEMUNDURANSetelah Mustafa Kamal mengangkat dirinya sendiri sebagai pemimpin Turki. Dengan kekuasaannya sebagai pemimpin Turki, beliau telah memecat khalifah sebagai Panglima Angkatan Tentera. Seterusnya pada tahun 1922, beliau telah menggulingkan Sultan Wahiduddin dan digantikan oleh Abdul Majid bin Abdul Aziz.Pada tahun 1923, Mustafa Kamal Atartuk mengumumkan penubuhan Republik Turki dan menyepitkan kuasa khalifah dalam urusan keagamaan sahaja. Kemudian pada tahun 1924, Mustafa Kamal Atartuk mengisytiharkan penghapusan sistem khalifah dan khalifah telah dihalau keluar dari istana seterusnya diusir ke luar Negara. Dengan itu, maka berakhirlah kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah. Setelah selama lebih kurang empat abad lamanya.FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAHAntara faktor kejatuhan empayar ini adalah dari segi:Politik EkonomiSosialPengaruh luarPOLITIKFaktor ini merupakan faktor yang utama dalam kejatuhan empayar ini.Ia termasuk kelemahan kepimpinan,pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah.Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni,empayar ini mula memperlihatkan kejatuhannya.Hal ini adalah lantaran kelemahan sultan,baik dalam keperibadian serta kepimpinannya.Ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral.Empayar ini mempunyai pemimpin yang silih berganti.Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin adalah berdasarkan kekuatan.EKONOMIFaktor ini disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan.Jawatan pemungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara.Keadaan bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan dan membebankan rakyat.Perdagangan yang lembab juga merupakan faktor kejatuhannya.Kegiatan ini merupakan suntikan dalam membangun ekonomi empayar ini.Ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah.Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16,kerajaan Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India.Dalam pada itu,sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.Selain itu,kemunduran ekonomi juga disebabkan peperangan yang tidak pernah berhenti.Pendapatan yang kurang dan dibebankan denagn belanja negara yang semakin besar juga mendorong kepada kemelesetan ekonomi.SOSIALMasalah sosial seperti pemberontakan,penyelewengan ajaran Islam dan amalan rasuah berleluasa.Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemeritah dengan rakyat jelata.Keadaan dapat dilihat dalam kalangan puak kurdish,puak Druze di Syiria,tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria,Poland dan Safavi. Gejala rasuah juga semakin berleluasa.Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan.Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya.Gejala ini telah menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi.Keruntukan akhlak dan kurang penghayatan Islam juga mempengaruhi kejatuhan empayar ini.Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat,tahyul,amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu berjihad dan menegakkan amar makruf nahi mungkar.Golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan mengadakan pesta minuman keras,dendangan muzik dan para dayang.PENGARUH LUARKebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar ini.Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasan kuasa atau imperialisme Barat berlaku.Gerakan-gerakan renaisanse melahirkan perubahan yang besar dalam sejarah dunia.Peperangan demi peperangan telah berlaku yang memperlihatkan kekalahan empayar ini seperti dengan Austria sekitar tahun 1682-1689.Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary,Kota Budapest,wilayah Transilvania dan beberapa wilayah.Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam perang Peterwedan tahun 1716.Siri perjanjian dengan negara Eropah juga telah dibuat.Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah.Perdamaian Passarowit telah ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar,Belgrad,sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania.Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam.