pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

29
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PENGENALAN SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k- ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat. Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Zaman Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. 1 Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah membangun satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah fenomena yang pasti akibat arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang. 2 Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan manusia, globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi menjadikan segala-galanya milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikan globalisasi dengan maksud mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau 1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-21 2 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Upload: anonymous-rodehausfa

Post on 03-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PENGENALAN

SEJARAH tamadun dunia bermula dengan masyarakat pertanian yang

bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas

dan mudah. Dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat

industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada

hasil pengeluaran atau produksi komoditi. Kini masyarakat dunia di abad ke-21

telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-

ekonomi. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan

inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.

Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan

Zaman Kristian ataupun Zaman Umum seperti kalendar Gregory, Tempohnya

adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001

sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun

1.Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung

dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2099. Pada 2000,

ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan

perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun

diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan

permulaan abad ke-21.1

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta

luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology, ICT).

Salah satu cabaran negara adalah membangun satu sistem ekonomi yang

berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain.

Perubahan sistem ekonomi ini adalah fenomena yang pasti akibat arus perdana

yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu

daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang

berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.2

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abad_ke-21 2 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Page 2: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Kesan globalisasi adalah meluas dan infiniti. Dalam konteks kehidupan

manusia, globalisasi meliputi bidang politik, sosial, dan ekonomi. Globalisasi

menjadikan segala-galanya milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Yusof al-Qardhawi (2001), mendefinisikan globalisasi dengan maksud

mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau

kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Berdasarkan kefahaman ini,

globalisasi dikenali dengan pelbagai istilah seperti “dunia tanpa sempadan‟

(borderless world), “kampung global‟ atau “desa sejagat‟ (global village) dan

“dasar langit terbuka‟ (open sky policy) dan menjadi suatu fenomena baru dalam

mewujudkan ciri-ciri pensejagatan. Dalam erti kata yang lain, dunia dijadikan suatu

pentas yang kecil agar mudah terjangkau dalam waktu yang singkat.3

Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan bagaimana menyediakan

modal insan untuk menempuh segala cabaran abad ke-21 ini secara umumnya dan

cabaran globalisasi secara khasnya. Bermula dengan sistem pendidikan, kemahiran,

guru seterusnya pelajar abad ke-21, artikel ini menjelaskan apa yang perlu ada bagi

setiap aspek tersebut sabagai bekalan modal insan menghadapi cabaran ke 6

wawasan 2020 iaitu “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai

daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna

teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan”.

3 Ahamad Tarmizi b. Azizan dan Zoolcaphly b. Sahib. Komputer Dan Seni Di Era Globalisasi : Peranan Dan Cabaran.

Page 3: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Pendidikan Abad Ke 21

Di abad Ke-21 ini, seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau

negara sedang membangun dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi

mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Ramai pihak berpendapat

bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan

perkembangan bidang pendidikan. Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah

menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot

read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn. ' Menurutnya

pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar

yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara

kritikal.

Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat

dan bercirikan globally networked adalah sangat berkait rapat dengan

perkembangan ICT. Oleh itu sering dikatakan bahawa mana-mana negara yang

dapat menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT

maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah-olah memiliki kuasa

tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan ketinggalan

dalam persaingan di peringkat global ini. Menurut Thomas Friedman dalam bukunya

The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century pendidikan turut

memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi

dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini. 4

Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On

Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang

hidup harus berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk

tahu); ‘Learning to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar

untuk hidup bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat

4 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Page 4: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan

kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara

mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu

seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang

yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu

kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati

peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang

diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan

ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau

mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan

untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan,

menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja. 5

Manakala menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2012),

inovasi pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan

ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana

inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan

untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan

ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu memastikan

sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru

Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang

menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global.

Sehubungan dengan itu, demi memperkasakan pendidikan sebagai

pemangkin dan pembentuk insan yang serba lengkap untuk menempuh cabaran-

cabaran abad ke-21, banyak negara, samada negara-negara maju mahupun negara

membangun, membangunkan kecanggihan ICT sebagai pencetus minda pelajar

masa kini. Kecanggihan ICT melalui pelbagai aspek, dari segi pekakasan mahupun

perisian mampu menjana daya kognitif pelajar dan kemahiran psikomotor pelajar

dari pelbagai aspek.

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,

liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi

5 http://abihulwa.blogspot.com/2009/05/pendidikan-abad-ke-21.html

Page 5: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program

pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti

semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan,

pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil

perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-

2010) KPM.

Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi

maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan

nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi,

termasuk institusi pendidikan. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia,

Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai

kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah

mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara

dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga

kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya

saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan

terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di

Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun

1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan

pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area

Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan

kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada

pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat

sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

Page 6: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar

mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi

sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik

darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi

secara elektronik dengan rakan dan guru.

Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,

kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya

kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar

dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka

melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam

perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara

global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini.

Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif

diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri

tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi:

1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat

2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa

antara bangsa

3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan

Seharian

4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,

menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.

5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan

budaya.

Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di

Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan

Page 7: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk

memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global

terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mana bahasa

Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam

bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis,

Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan

menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player

secara lebih berkesan.6

Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam

pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar

kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan

perkembangan teknologi, sosial, serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama

ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan mengabungkan serta memberikan

terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir,

pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Serta pengurusan sekolah yang efektif.7

“DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang

diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,

kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”.

Mukadimah Akta Pendidikan 1996

ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai

proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul (Davitt, 2005). ICT dianggap

berperanan sebagai alat untuk mengajar dan belajar, sambungan serta media

pertukaran. Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih melalui penggabungan

pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi pendidikan, dan

menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan. 8

6 Habib Mat Som Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud .Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Universiti Malaya7 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Page 8: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada sekarang telah mengetengahkan

peranan ICT dalam pnp, kerajaan juga telah merancang lagi perubahan bagi

memantapkan ICT dalam pendidikan di Malaysia. Antara Sebelas anjakan utama

untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2013-2025) ialah, Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan

kualiti pembelajaran di Malaysia

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui

1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik

bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran

dalam mata pelajaran kritikal pada 2013

Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan

berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih

khusus

Sepanjang dekad yang lalu, Kementerian telah membelanjakan lebih

daripada RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif

pendidikan, seperti Sekolah Bestari. Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal

paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.

ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses pembelajaran ilmu

dan kemahiran berfikir yang luas Namun demikian, potensi ini belum dizahirkan. ICT

akan memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 buah

sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik dan

interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar sendiri dan mempunyai

pilihan yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/guru besar dan guru

juga mempunyai akses kepada sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan

antarabangsa yang dapat meningkatkan kualiti amalan mereka. ICT akan sentiasa

menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sekolah, tanpa jurang pemisah

antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan dilengkapkan

8 Johari Surif et al. Tahap Amalan Dan Pengintegrasian Ict Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains. Universiti Teknologi Malaysia.

Page 9: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

dengan kemahiran yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara

berkesan dan bermakna.9

Antara kaedah pembelajaran ICT adalah melalui web. Web 2.0 adalah istilah

umum yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian

maklumat interaktif yang beroperasi melalui media internet dengan bantuan

pelayar web dan tidak perlu proses instalasi terlebih dahulu seperti umumnya kita

gunakan sehari-hari. Sebuah laman Web 2.0 memberi penggunanya bebas untuk

berinteraksi atau berkolaborasi antara satu sama lain dalam komuniti maya.

Berbeza dengan laman web dimana pengguna terhad kepada pasif melihat

kandungan yang diciptakan untuk mereka. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman

web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman

perkongsian grafik.10

Menurut Khan (1997), pembelajaran berasaskan web merupakan program

pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan ciri dan sumber web

untuk menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang bermakna dan

menyokong pembelajaran. Relan & Gillani (1997) mendefinisikan pembelajaran

berasaskan web sebagai aplikasi strategi-strategi pembelajaran kognitif dalam

persekitaran pembelajaran konstruktif dan kolobratif menggunakan kemudahan

web. Disebabkan terdapat pelbagai kemudahan ini membolehkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan lebih berkesan.11

Di negara-negara maju sangat canggih kerana hanya berfokus kepada ICT di

bilik darjah. Contohnya, di Amerika Syarikat Dr Michael Wesch, seorang ahli

Lembaga Penasihat bagi Sekolah abad ke-21, mencetus fenomena masyarakat

sosial baru yang mana membangunkan banyak alatan Web 2.0 seperti Jott, Twitter,

YouTube (terdapat juga TeacherTube, SchoolTube, dan StudentTube), Diigo dan

Google Earth untuk kegunaan bilik darjah. Beliau juga menerangkan cara

penggunaan web 2.0 dalam bilik darjah serta menekankan amalannya di bilik

darjah.

9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)10 Nur Fadzilah Binti Othman. Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia . Universiti Teknologi Malaysia. 201011 Khairun Nadwa Binti Md Tahir. Kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) Melalui Web Terhadap Prestasi Dan Persepsi Pelajar Dalam Matapelajaran Fizik Peringkat Universiti. Usm. 2007

Page 10: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Malah, di Asia Tenggara pendidikan abad ke -21 juga berfokus kepada

Teknologi Maklumat (ICT). Misalnya, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di

Singapura telah menggantikan buku dengan komputer tablet iPad yang bertujuan

membuat perubahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (NTD Televisyen)

(Venthan, 2006; Singapore School Trials iPad as Textbook Replacement, 2012).

Pelbagai kaedah pembelajaran yang digunakan dan dirancang dalam proses

pembinaan insan serba lengkap bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Ada yang

telah diaplikasikan, ada juga akan diaplikasikan. Namun yang demikian, akhirnya ia

akan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran yang sesuai iaitu kemahiran

abad ke-21 yang kan dibincangkan dibab yang seterusnya.

Kemahiran Abad Ke 21

Berdasarkan cabaran pendidikan Malaysia ke arah K-ekonomi, ia menuntut

agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker,

celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada

peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi selaras

dengan perkembangan era dunia abad ke-21 yang sagat mencabar. Oleh yang

demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program

pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.12 Kemahiran yang dimaksudkan inilah yang dibincangkan

dibab ini.

12 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Page 11: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk

tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat

melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang

diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-

21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem

pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,

mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang

mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.”

YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin.

Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-

kanak memerlukan kemahiran yang lebih daripada 3M (menulis, membaca,

mengira) setelah mereka menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi

pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi menjadi

semakin penting. Kebanyakan negara menerima konsep kemahiran abad ke- 21

sebagai paksi kurikulum, namun definisi konsepnya belum dipersetujui. Menteri

Pendidikan Singapura menyatakan bahawa individu yang lengkap dengan

kemahiran abad ke- 21 merupakan individu yang mempunyai keyakinan diri,

mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif, dan merupakan

warganegara yang prihatin. Di Finland, kemahiran abad ke-21 berteraskan

perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media

dan komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap

persekitaran, menitikberatkan kesihatan diri dan masa depan yang lestari.

Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang

sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk

bersaing pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan

bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat

ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran

berfikir, berkomunikasi, dan bekerja secara berpasukan. Kurikulum sekolah rendah

dan menengah yang dikaji semula akan memastikan keseimbangan pengetahuan

Page 12: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

yang penting dengan kemahiran berfikir, dan nilai untuk memastikan kejayaan

murid pada masa akan datang. 13

Gambar 1 . Standard Kemahiran Abad Ke-21

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang

banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi.

Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan

teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar

sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan

kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM

memerlukan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh

13 Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. September 2012. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 13: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri

(self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (self-placed).14

Kebanyakan kemahiran abad ke 21 adalah berdasarkan kepada pendedahan

terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan

mengira, literasi abad ke 21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan

utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman

sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas

maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital

sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau

informasi. Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi

kognitif, meta kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young

1997). Menurut OECD (2006), salah satu pendekatan yang dicadangkan ialah

sekolah-sekolah memberikan wadah agar kemahiran abad ke-21 diasah supaya

murid-murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi pengetahuan.

Kemahiran ini berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan,

penyesuaian, analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong

oleh teknologi maklumat dan komunikasi. 15

Malah, sumber terbaik yang membina kemahiran komunikasi interaktif

seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah

menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon

pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti

Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal

perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Di peringkat antarabangasa, LLC mengiktiraf keperluan kritikal untuk

membangunkan kemahiran abad ke 21 di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun,

dipercayai bahawa pendidikan ini tidak menghadkan pembangunan profesional dan

reka bentuk kurikulum sedia ada. Kemahiran abad ke 21 yang dipelajari melalui

kurikulum, ia merupakan disiplin, bersepadu, berasaskan projek, dan banyak lagi,

termasuk dalam kurikulum berasaskan projek dengan menggunakan tujuh

14 http://ml.scribd.com/doc/39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran 15 Wan Alfida Suleiman . Mengasah Kemahiran Literasi Digital . Sekolah Rendah Beacon

Page 14: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

kemahiran hidup yang diperjuangkan oleh Tony Wagner dalam bukunya, Jurang

Pencapaian Global:

• Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

• Kerjasama merentasi Rangkaian dan Memimpin oleh Pengaruh

• Ketangkasan dan Penyesuaian

• Inisiatif dan keusahawanan

• Komunikasi Berkesan Lisan dan Bertulis

• Mengakses dan Menganalisis Maklumat

• Rasa ingin tahu dan Imaginasi

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah salah satu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia

mampu memupuk kemahiran abad ke 21. Contohnya, topik-topik tertentu dalam

mata pelajaran Sejarah dan Sains diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar

mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi

pembelajaran berasaskan projek seperti ini, juga menggalakkan komunikasi

interaktif. Pelajar dapat berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek

bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat

media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.

Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia

abad ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk

media, budaya, maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama

dengan pelajar dari seluruh dunia dalam projek bermakna, kehidupan sebenar

adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar boleh

mempelajari bahawa melalui kerjasama, bukan persaingan, mereka boleh

bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Pelajar akan

menggunakan teknologi, termasuk Internet, dan kerjasama global untuk

menyelesaikan isu-isu kritikal.

Dalam membincangkan potensi pembelajaran berasaskan Web, Hill (1997)

menyatakan bahawa pembelajaran Web memberi peluang kepada pelajar untuk

memperolehi strategi berfikir pada aras tinggi dengan menggalakkannya memikir

secara mencapah serta dengan adanya pandangan dari pelbagai perspektif. Bonk

Page 15: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

dan Reynolds (1997) turut menegaskan bahawa pembelajaran berasaskan Web

yang konstruktivis, di mana pelajar digalakkan menyatakan pendapat dan idea

masing-masing, menjalankan refleksi, meneroka sumberpengetahuan yang

pelbagai serta mengenal pasti kecondongan dan kekuatan hujah, adalah tunggak

kepada pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi. Pendapat ini disokong oleh

kajian yang dijalankan oleh Sanders dan Morrison-Shetlar (2001) yang mendapati

bahawa komponen Web yang memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi

secara tak-sinkroni antara satu sama lain, mempunyai kesan positif tinggi terhadap

pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis.16

Selain itu, melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga penting. Semua

pelajar diwajibkan menyertai pasukan beruniform. Tindakan ini dapat membantu

pelajar mengasah kemahiran literasi alaf digital (terutama kesedaran global),

kemahiran komunikasi efektif dan kemahiran pemikiran inventif melalui

pembabitan mereka dalam aktiviti-aktiviti berkaitan. Pendekatan pembelajaran

perlu dijuruskan kepada perkembangan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

dan yang boleh menghasilkan pelajar yang berdikari (independent learners).

Jelas sekali, bahawa pembangunan abad ke 21 dalam kalangan pelajar

memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku

di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di

peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di

kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula

program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah

pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke 21.

Guru Abad Ke-21

Pengetahuan Isi Kandungan Kurikulum

16 Tina Lim Swee Kim . Pembelajaran Berasaskan Web: Kesan Pendekatan Konstruktivis Berbanding Pendekatan Langsung. Maktab Perguruan Ipoh Perak

Page 16: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Guru abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan kurikulum

yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajar diketahui

oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan kurikulum yang perlu

difokuskan ialah:

Kesediaan guru untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara

terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

bermakna pengetahuan guru tentang isi kandungan kurikulum merupakan

kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam

fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat

tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran berkenaan. Hal ini bermakna

setiap guru seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya

bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu

perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan

proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat

dibina. Hal ini bermakna setiap guru perlu mengukuhkan kefahaman

konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara

logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap

pemikiran pelajar.

Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru perlu menguasai ilmu mata pelajaran dan

ilmu pedagogi. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan

sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan

faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru.

Hal ini bermakna tanpa menguasai kandungan kurikulum, boleh mengganggu

pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru banyak bergantung

kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa

Page 17: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan

kurikulum yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan

dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai

pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan,

setiap guru sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran

mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan

strategi mengajar. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat

memahami bahawa guru mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui

sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain

melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.

Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,

terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik

darjah. Selalunya guru-guru akan menggunakan pendekatan konvensional

dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik,

induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada

pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif,

kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara

pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri,

kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran,

penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan

masalah.

Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sewajarnya setiap guru mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas

kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi

penekanan oleh guru. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan,

penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan

Page 18: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan

tidak digalakkan digunakan oleh guru.

Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan

sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada

pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran

merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah

mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik

mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah,

perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan

permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi

pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian

serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran

atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika

seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada

sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak

berhasil.

Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi

jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan,

pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu

rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar

kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah

yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran

yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan

semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan

serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan

bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran

itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah

mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan

Page 19: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran

dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kesimpulannya, dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan

pembelajaran, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan seperti kaedah

praktis, perbincangan, soal jawab dan sebagainya. Selepas kaedah yang hendak

digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh komplemen dengan

kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya.

Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi

pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi.

Pengetahuan Guru Tentang Ciri Pelajar

Guru yang baik ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai

kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang

mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya.

Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru

memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan setiap ciri pelajarnya17. Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh

menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif

dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek:

Maklumat umum tentang pelajar berkenaan: Hal ini bermaksud setiap guru

bukan fungsinya untuk mengajar sahaja, tetapi juga mengambil berat akan

hal-hal berkaitan dengan pelajar yang diasuhnya. Mengambil berat ini amat

penting jika guru berkenaan menjadi guru kelas pada setiap pelajar tersebut.

Pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar: Setiap pelajar adalah berbeza

tahap kognitifnya. Guru perlu memahami setiap pelajarnya itu adalah

berbeza tahap kognitifnya. Sudah tentu apabila menyoal (aras soalan),

17 (Zamri 2011, Wood 2002)

Page 20: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

memberi tugasan (mudah atau sukar), memberi arahan main peranan

(sebagai ketua, pembentang, pencatat) dan sebagainya, maka guru-guru

perlu mengambil keupayaan pelajar tersebut untuk menjawab soalan,

menyiapkan tugasan, kemampuan bertindak ketika main peranan dan

sebagainya.

Pengetahuan tentang sikap pelajar: Faktor sikap amat penting dalam

menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat

mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah

pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Justeru, setiap guru perlu

memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah difahami pelajar.

Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap

pelajar terhadap mata pelajaran.

Memahami Psikologi Pembelajaran

Guru perlulah memahami dan menguasai sepenuhnya psikologi

pembelajaran untuk mengawal dan membentuk sikap pelajar. Teori-teori psikologi

pembelajaran yang dipelajari perlulah digunakan semula dan diaplikasikan kepada

pelajar. Sebagai seorang guru perlu memahami sepenuhnya psikologi pembelajaran

dan mengetahui kegunaannya bagi setiap masalah pelajar.

Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik

menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk

belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era

globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada

pandangan jauh dan luar biasa.

Memiliki Kemahiran Kaunseling

Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan

perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama

manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan

masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

Menggunakan Teknologi Terkini

Page 21: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari

internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul

serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era

digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu

pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu

dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan

projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan

komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek

bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat

media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti

kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah

menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon

pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti

Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal

perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar

memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku

di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di

peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di

kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula

program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah

pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah

dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai

pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan

dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi

mekanisme urusan haria

Page 22: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya

menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk

memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti,

asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat

patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia

yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak

manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Page 23: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Pelajar Abad Ke-21

Bijak menyoal

Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sudah sedia maklum

bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu,

pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru.

Yakin berkomunikasi

Pelajar yang yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru.

Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi

kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk

pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21

perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih berkomunikasi di dalam kelas.

Dahagakan ilmu

Pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi

oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu

mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi

dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru.

Menjana idea

Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan

perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa

menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap

pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu, untuk

bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar kita haruslah sentiasa

menjana idea mereka.

Berkemahiran kritis

Page 24: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Berkemahiran kritis sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak

harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era

teknologi ini, maklumat sangat mudah diperolehi tetapi tidak semua maklumat

adalah adalah benar. Oleh itu, berkemahiran berfikir dengan kritis adalah penting

supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang

diperolehi.

Berkeperibadian tinggi

Pelajar abad ke-21 akan lebih sempurna dengan keperibadian yang tinggi. Seorang

pelajar tidak harus mempunyai kemahiran yang tinggi sahaja. Berkeperibadian

tinggi sangat perlu pada diri pelajar. Pada abad ke-21 kita dapat lihat ramai pelajar

yang semakin jauh daripada keperibadian tinggi ini. Keadaan ini berlaku kerana

mereka banyak belajar sendiri daripada kemudahan ICT dan tanpa perlu berjumpa

dengan orang lain. Dleh itu, keperibadian tinggi perlulah disebabkan dalam diri

pelajar abad ke-21 supaya diri mereka selaras dengan kemahiran dan keperibadian

yang tinggi

Pelajar dan Internet

Walaupun masih ramai pelajar tidak berpeluang untuk menikmati kemudahan

internet terutamanya di kawasan pendalaman, namun sebagai pelajar abad ke-21

mereka harus mengambil peluang dengan bijak untuk memperoleh maklumat di

internet.

Revolusi maklumat yang akan mewujudkan Era Maklumat akan membawa

perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada cara hidup kita, cara bekerja

dan tatacara melihat dunia secara global. Negara kita telah berjaya melihat akan

kemunculan pelajar abad ke-21 yang dipengaruhi dengan ganerasi berilmu dan

bermaklumat tersebut. Kemajuan dalam teknologi Komputer pada hakikatnya akan

memastikan bahawa revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih

mendalam serta menyeluruh.

Terdapat beberapa kelebihan pembelajaran menggunakan Internet:

a) Peluang pembelajaran melalui Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia

tidak tertakluk kepada lokasi tertentu, sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.

Page 25: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

b) Internet juga menyediakan ruang dan maklumat pembelajaran dan perkongsian

dengan kepada golongan professional dalam bidang tertentu, seperti kejuruteraan,

perubatan, farmasi, teknologi, komputer dan sebagainya.

c) Kemudahan Internet juga memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat yang

dahulunya hanya dipersembahkan melalui kaedah konvensional sahaja, iaitu buku,

majalah, surat khabar, rencana tertentu, jurnal dan buletin. Melalui Internet,

sumber-sumber tersebut turut disediakan dalam bentuk World Wide Web. Sumber-

sumber begini biasanya disediakan oleh pihak institusi pengajian tinggi, badan-

badan pemikir dan pusat penyelidikan dalam bidang tertentu. Ianya bukan sahaja

untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar sekolah, kolej dan universitI,

malah ia juga turut oleh dimanfaatkan oleh semua golongan orang yang berminat.

d) Dalam pencarian sejumlah kecil maklumat, seperti ensiklopedia dan kamus, ia

mudah dilaksanakan. Tetapi bagi mencari sejumlah maklumat yang besar, langkah

mencari dan memilih mungkin agak sukar bagi pengguna yang masih lagi belum

memahami teknik pencarian maklumat dalam Internet. Internet menyediakan satu

perisian atau aplikasi yang dinamakan enjin carian bagi memudahkan proses

pencarian anda terhadap topik tertentu. Walaupun begitu, perlukan sedikit

kemahiran penggunaan enjin carian bagi memastikan bahawa maklumat yang betul

dapat diperolehi.

Di dalam abad ke-21, internet menawarkan maklumat yang pelbagai untuk

tujuan pembelajaran. Ruang siber yang ada terbuka luas untuk penerokaan

pengetahuan. Apa yang penting ialah maklumat ini perlu diproses dan dianalisis

untuk mendapat manfaat semaksimum yang mungkin.

Page 26: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

Kesimpulan

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut

menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang

sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang

kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan

inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai

kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa

kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang

dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia

akan menemui jalan kegagalan.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih

besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan

teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman

kini. Namun, kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan

komunikasi masih lagi berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru

memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan

ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar.

Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan

dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan

Page 27: pembelajaranabadke21-121226103748-phpapp02.docx

keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dikalangan guru dan

pelajar18.

Rujukan

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya. 2007. Pendidikan Moden Jepun:

Ketaksamaan dan Kepelbagaian. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara

Malaysia Berhad.

Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and

Integrated Thinking in Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility

Hypertexts: The Panteon Project. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4),

371-406.

Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan

Kemahiran Asas. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar:

PanduanTeknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rosie Turner-Bisset. 2007. Pengajaran Pakar. Terj. Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Wood, J.W. 2002. Adapting instruction to accommodate students in inclusive

setting: Including all students. New York: Pearson Education Inc.

Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

18 (Lima et al., 2004; Rabe & Cadorna-Carlow, 2007)