pembelajaran berasaskan projek

15
BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA TUGASAN KUMPULAN (Pembelajaran Berasaskan Projek) NAMA NO MATRIK SAIFUL ANUAR BIN ISMAIL D20141067780 MOHD HAZIQ BIN AZMI D20141066829 NORHAYATI BINTI MAT REPIN D20141066848 NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI IBRAHIM D20141066818 SITI SOLEHAH BINTI MUING D20141066854 NOOR AKMA AZLINDAMARIA BINTI BUSU D20141066860 KUMPULAN : C NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN

Upload: king-rudolf

Post on 30-Jan-2016

112 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

............

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran Berasaskan Projek

BMK 3033 – KETERAMPILAN MEMBACA

TUGASAN KUMPULAN

(Pembelajaran Berasaskan Projek)

NAMA NO MATRIK

SAIFUL ANUAR BIN ISMAIL D20141067780

MOHD HAZIQ BIN AZMI D20141066829

NORHAYATI BINTI MAT REPIN D20141066848

NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI IBRAHIM D20141066818

SITI SOLEHAH BINTI MUING D20141066854

NOOR AKMA AZLINDAMARIA BINTI BUSU D20141066860

KUMPULAN : C

NAMA PENSYARAH :

PROFESOR MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN

Page 2: Pembelajaran Berasaskan Projek

1

BAHAGIAN A

1.0) DEFINISI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Menurut Thomas, R.Murray & et al. ( 1963) dalam bukunya menjelaskan bahawa hanya alat

bantu mengajar (BBM) yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar

memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap

sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.Manakala menurut Ngui Kuen Sang (1981)

menjelaskan bahawa kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya

ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran

adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan

Long ( 1982) pula menjelaskan bahawa BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu

bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau

dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.

Secara mudahnya BBM merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk

membantu dalam proses menyampaikan pengajaran pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar

merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,

dihidu, digunakan dan sebagainya

2.0) JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Arus pendidikan negara pada hari ini turut berubah dengan perkembangan dunia

teknologi maklumat. Dalam era teknologi maklumat masa kini penggunaan multimedia di

dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan satu perubahan yang besar berbanding

dengan cara tradisi iaitu penggunaan kapur tulis dan buku teks. Sehubungan dengan itu

pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan lagi

proses pengajaran dengan mengadakan kursus penyediaan bahan bantu mengajar (BBM). Kita

dapat lihat bahawa hari demi hari proses pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu proses

yang semakin kompleks dan penuh dengan cabaran. Hal ini disebabkan oleh kepantasan

teknologi serta tahap pemikiran generasi baharu dalam memproses maklumat dan mendapatkan

ilmu. Ianya menyebabkan kesukaran untuk menentukan kaedah dan pendekatan pengajaran

yang terbaik untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Menurut Mok Soon Sang (2000), banyak faktor yang menentukan ciri-ciri pengajaran yang

baik. Di antaranya ialah kecekapan pendidik mengawal kelas, strategi dan kaedah pengajaran

Page 3: Pembelajaran Berasaskan Projek

2

serta penggunaan BBM. Antara yang terpenting dalam penggunaan BBM kerana BBM

merupakan salah satu instrumen untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada

pelajar. Ini bermakna BBM membolehkan guru atau pengajar menyampaikan topik dengan

lebih mudah, lebih menarik dan lebih berkesan khususnya dalam bidang pembacaan. Manakala

pelajar pula dapat memahami topik tersebut dengan lebih mendalam serta boleh

mengaplikasikannya untuk tujuan pengajaran serta pembelajaran kepada orang lain khususnya

untuk bakal guru.

BBM berperanan sebagai alat pengukuhan dan pengayaan ilmu pengetahuan kepada

pelajar di mana ianya membantu pelajar mengingati pelajaran yang diajar dan seterusnya

meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995). Ini bermakna

BBM adalah saling berkaitan dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan (Abdul Malek Bilal Sidek, 1995) . Bagi pensyarah atau guru, penggunaan BBM akan

menjimatkan tenaga dan masa. Pensyarah atau guru yang biasa menggunakan kaedah kuliah

atau 'chalk and talk' mungkin akan kehabisan suara dan masa. Hal ini boleh diatasi dengan

teknik pengajaran yang sesuai iaitu dengan cara menggunakan BBM.

Secara umumnya, BBM boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu media elektronik dan

media bukan elektronik. Media elektronik meliputi bahan seperti radio, televisyen, alat

perakam kaset, video, projektor slaid, filem, projektor lutsinar, CD interaktif dan komputer.

Manakala media bukan elektronik pula terdiri daripada buku , modul, majalah, jurnal, buku

log, carta, papan gulung, kad imbasan ,model dan bahan maujud serta peralatan yang digunakan

dalam sesuatu mata pelajaran untuk menyampaikan isi penting dalam pengajaran mata

pelajaran tersebut khususnya dalam aktiviti pembacaan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa

terdapat pelbagai peralatan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh golongan

pendidik untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar. Sebagai seorang

pengajar, seseorang itu perlu peka dengan perkembangan dan perubahan teknologi yang

berkaitan dengan pendidikan. Pengajar juga harus sedar, penggunaan BBM dalam sesuatu

pengajaran dan pembelajaran merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang ingin

disampaikan oleh pihak pendidik kepada pelajar. Arus pendidikan kini mengalami perubahan

besar dengan penggunaan peralatan bahan bantu mengajar dalam teknologi komputer dalam

pelbagai bidang pembelajaran.

Justeru itu, penggunaan BBM dapat menolong pendidik menyampaikan pengajaran

dengan lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan untuk melibatkan diri

Page 4: Pembelajaran Berasaskan Projek

3

mereka dalam proses pembelajaran tersebut. Penggunaan pelbagai bentuk BBM iaitu gabungan

antara cara atau alat tradisional dan juga alat berbantukan teknologi komputer yang sesuai dapat

memberi motivasi kepada pelajar untuk lebih cenderung dengan pengajaran pensyarah serta

lebih memahami isi pelajaran secara teori dan praktik semasa proses PdP berlangsung.

3.0) KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting

ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik

minat pelajar dalam semua matapelajaran di sekolah terutamanya matapelajaran yang sukar

untuk difahami . Bahan bantu mengajar merupakan instrumen dalam membantu pemahaman

para pelajar. Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia

pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat

besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan

pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru

yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Murid akan

lebih memahami setiap pengajaran yang disampaikan kerana bahan bantu mengajar

sememangnya bersifat menarik dan tertarik dengan dihiasi pelbagai hiasan-hiasan yang dapat

menarik minat murid untuk lebih belajar. Seseorang murid akan lebih tertarik untuk belajar

sesuatu matapelajaran jika cara penyampaian sesuatu pelajaran itu menarik minat mereka

khususnya terhadap pelajaran yang sukar untuk difahami secara lisan dimana matapelajaran

tersebut memerlukan cara pembelajaran yang khusus contohnya matapelajaran matematik,

sains dan juga subjek-subjek yang melibatkan teori serta amali.

Kedua, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

adalah untuk mengetengahkan konsep. Oleh itu, pelajar dapat melihat sendiri tunjuk cara dan

bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran dalam

bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk setiap matapelajaran , dapat

membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah. Sesuatu konsep lebih mudah

untuk diterangkan dengan adanya bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar seperti bahan

berbentuk replika atau reka bentuk sesuatu yang dapat mengambarkan keadaan sebenar

contohnya replika tanah runtuh dapat memberi gambaran kepada murid untuk lebih memahami

konsep tanah runtuh. Kebiasaannya bahan bantu mengajar yang berbentuk begini dapat

menarik minat murid kerana bentuknya yang menarik.

Page 5: Pembelajaran Berasaskan Projek

4

Ketiga, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar.

Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu

mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu

mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang

disampaikankan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004)

juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar

untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan

ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang dilah dirancang.

Hal ini sesuai dengan konsep belajar sambil bermain. Seperti yang diketahui bermain

merupakan perkara yang amat menyeronokkan bagi seseorang kanak-kanak. Oleh itu bahan

bantu mengajar yang digunakan perlulah menarik.

Keempat, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara

untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan

bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat membantu

guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Ini juga mengajar guru

untuk lebih bersifat kreatif untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru perlu

sentiasa mengambil berat dan mengikut peredaran semasa. Guru tidak boleh ketinggalan dalam

menyampaikan tugasan kepada seseorang murid. Oleh itu bahan bantu mengajar yang

digunakan perlulah bersesuaian dan menepati setiap ciri-ciri matapelajaran yang hendak

diajarkan. Pembelajaran tidak hanya bergantung kepada buku teks semata-mata kerana

pembelajaran merangkumi semua aspek dimana murid perlu mengetahui dan meneroka setiap

matapelajaran yang diajar. Oleh itu bahan bantu mengajar amat sesuai dan diperlukan bagi

melahirkan seorang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bahan bantu mengajar ini amat penting kerana sememangnya dapat membantu murid

dan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan satu

proses pembelajaran yang menyeronokkan dimana wujud interaksi antara guru dan murid

semasa proses pembelajaran dijalankan. Bahan bantu mengajar ini dapat amat membantu

khususnya kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Sememangnya bahan

bantu mengajar membawa pelbagai kebaikan kepada guru dan juga murid dalam proses

pembelajaran.

Page 6: Pembelajaran Berasaskan Projek

5

4.0) KELEMAHAN ALAT BANTUAN MENGAJAR

Beberapa kajian lepas telah mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi masalah atau halangan

pada penggunaan bahan sumber di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian Rohrlick (

1972) mengenalpasti enam halangan berikut yang terdapat pada alat bantuan mengajar.

Pertama sekali, kekurangan guru yang terlatih dalam menggunakan sumber. Terdapat

sebahagian guru yang kurang menguasai bahan alat bantuan mengajar di dalam kelas. Mereka

tidak dapat memanipulasikan alat bantuan mengajar tersebut untuk bahan pengajaran mereka.

Hal ini menyebabkan terdapat murid yang kurang jelas dengan pembelajaran mereka pada hari

itu. Di samping itu, susuanan bilik darjah yang tidak memuaskan, kekurangan bahan yang baik,

tiada bahan apabila diperlukan, kekurangan maklumat, sukar mengaitkan bahan dengan

pengajaran, pelajar menganggap bahan sebagai hiburan, kekurangan masa belajar, bahan

sumber tidak begitu berkesan, bahan dalam keadaan buruk dan sukra menggantikan bahan

sumber.

Crowther (1978) menyatakan bahawa kekurangan masa dan ketidakupayaan

menghasilkan bahan adalah faktor yang menghalang penggunaan sumber. Di Malaysia,

beberapa pengkaji telah membuat kajian dalam bidang ini. Fatimah (1980) telah membuat

kajian terhadap 262 orang guru di Negeri Sembilan telah mendapati bahawa kekurangan bilik

yang tidak memuaskan untuk menggunakan bahan sumber, kekurangan alatan, keadaan bilik

yang tidak memuaskan, beban mengajar guru terlalu berat, kekurangan masa merancang

menggunakan bahan sumber dan kesukaran mendapatkan bahan sumber yang sesuai.

Sim (1986) pula menyatakan bahawa kekurangan kemudahan, kelemahan dalam

perancangan dan kekurangan latihan merupakan halangan dalam penggunannya. Jemaah Nazir

Sekolah Persekutuan (1987) juga mendapati halangan seperti kekurangan kemudahan fizikal,

kekurangan bahan sumber pendidikan, kelemahan dalam pentadbiran sekolah, kekurangan

guru terlatih dalam bidang ini, sikap guru yang negatif terhadap alat bantuan mengajar, serta

tiada bimbingan atau penyelidikan daripada guru besar.

Gan (1990) dalam kajiannya telah menyenaraikan tujuh halangan yang diberi oleh

responden seperti kekurangan masa untuk menyediakan alat bantuan mengajar kerana beban

tugas mengajar, kekurangan orang terlatih untuk mentadbir pusat sumber sekolah serta masa

juga tidak mencukupi, tidak ada tempat disediakan untuk alat pandang dengar, bahan sumber

yang terdapat di sekolah tidak mencukupi, kesukaran dalam mengganti atau membaiki bahan

Page 7: Pembelajaran Berasaskan Projek

6

sumber yang hilang atau rosak, tiada kursus dalam perkhidmatan untuk guru menggunakan alat

bantuan seta kekurangan kemudahan untuk guru menghasilkan alat bantuan mengajar.

Normah dan Ismail (1990) telah membuat kajian tentang alat bantuan mengajar dalam

pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia. Salah satunya adalah alat bantu mengajar

kadang-kadang tidak mencukupi atau sesuai, guru kurang mahir menggunakan alat bantuan

mengajar serta penyediaan alat bantuan mengajar memerlukan masa.

Hon Yew Pin (1996) telah membuat kajian terhadap penggunaan bahan sumber dalam

pengajaran Bahasa Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di daerah Seremban,

Negeri Sembilan darul Khusus telah mengenal pasti beberapa kelemahan alat bantuan

mengajar. Salah satunya ialah guru-guru kurang cekap menggunakan alat bantu mengajar di

sekolah, tidak ada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan alat bantu mengajar dan

peranan guru akan berkurangan apabila menggunkan bahan bantu mengajar.

Kesimpulan,terdapat pelbagai kelemahan alat bantuan mengajar yang dihadapi oleh

guru dan murid di sekolah.Oleh itu,kita mestilah sentiasa membaiki kelemahan yang terdapat

dalam alat bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan lebih baik.

5.0) MENGAPA BAHAN BANTUAN MENGAJAR DIPERLUKAN

Bahan bantu mengajar mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam membantu

meningkatkan kemahiran membaca oleh kalangan pelajar. Menurut Abdul Rahman Abdul

Rashid, (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam

proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat

mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran

Bahasa Malaysia. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif

ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu

kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan bantu

mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu. Oleh hal yang demikian terdapat

banyak sebab mengapa bahan bantu mengajar sangat diperlukan.

Sebab-sebab bahan bantu mengajar penting adalah kerana bahan bantu mengajar dapat

memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan pembacaan dikalangan pelajar.

Bahan bantu mengajar dalam bentuk replika dapat memberi gambaran awal dan dapat menarik

minat pelajar untuk membaca sesuatu perkara tersebut. Sebagai contoh bahan bantu mengajar

seperti replika tanah runtuh (rujuk rajah 1.0) adalah salah satu jenis bahan bantu mengajar yang

Page 8: Pembelajaran Berasaskan Projek

7

dapat dilihat dan dapat disentuh, melaluai replika ini pelajar dapat melihat kejadian tanah

runtuh dalam bentuk 3 dimensi, pelajar juga dapat merasai sendiri permukaan tanah yang

bercerun dengan sentuhan tangan. Hal ini menarik minat pelajar untuk mengetahuai dengan

membaca secara lebih lanjut mengenai kejadian tanah runtuh ini seperti punca dan kesan

kejadian tanah runtuh ini melaluai artikel yang telah disediakan oleh guru selepas melihat dan

merasai sendiri replika kejadian tanah runtuh tersebut. Bahan bantu mengajar seperti replika

ini membantu memberi gambaran dalam pembacaan pembaca. Contohnya dalam teknik SQ3R

pada bahagian tinjauan pelajar dibenarkan untuk melihat bahan ilustrasi seperti replika ini

untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar mengenai bahan yang dibaca

selain dapat mempercepatkan pembacaan pelajar setelah mendapat gambaran melaluai melihat

bahan bantu mengajar seperti replika ini.

Rajah 1.0 : Model/replika Bahan Bantu Mengajar

Sumber : Aktiviti Kelas

Selain itu, sebab bahan bantu mengajar ini penting dan diperlukan ialah kerana ianya

dapat memberi gambaran sebenar dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam

dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar seperti video mengenai sesuatu pembelajaran

membantu pelajar untuk melihat kejadian sebenar yang berlaku dan ianya dapat memberi

gambaran awal kepada pelajar samaada sebelum atau selepas pembacaan sesuatu

pembelajaran. Sebagai contoh guru ingin memberi penerangan mengenai kejadian tanah

melaluai pembacaan menggunakan teknik SQ3R (survey, question, read, recite, and review),

guru tersebut juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti video (rujuk rajah 2.0)

kejadian tanah runtuh yang sebenar dan menayangkannya sebelum menggunakan SQ3R

tersebut. Video (bahan bantu mengajar) ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar

mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku dan hal ini meningkatkan kejayaan teknik

Page 9: Pembelajaran Berasaskan Projek

8

pembacaan SQ3R setelah pelajar mendapat gambaran awal tentang kejadian ini dan memahami

kejadian yang berlaku ini. Video (bahan bantu mengajar) ini juga meransang minat pelajar

untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai kejadian tanah runtuh. Hal ini juga tepat dengan

kenyataan Rasihidi Azizan & Abdul Razak Habib, (1998) yang menyatakan bahawa

penggunaan bahan bantu mengajar merupakan sebahagian daripada usaha guru bagi

memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran yang seterusnya

menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh pelajar.

Rajah 2.0 : Video Kejadian Tanah Runtuh di Taiwan

Sumber : Truthloader (Youtube), 2013

Bahan bantu mengajar juga adalah penting kerana ianya menjimatkan masa untuk

meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar ini seperti bahan

bantu mengajar yang menggunakan gambar dapat memberi gambaran kepada pelajar untuk

memahami sesuatu perkara seterusnya ianya menjimatkan masa kerana pelajar lebih cepat

memahami sesuatu perkara dalam pembacaan dengan adanya bahan bantu mengajar seperti

gambar. Sebagai contoh, seorang guru ingin menjelaskan mengenai kejadian tanah runtuh

kepada pelajarnya melaluai pembacaan sesuatu artikel dan guru tersebut menggunakan gambar

(rujuk rajah 3.0) sebagai bahan bantu dalam pengajarannya. Bahan bantu mengajar ini

mempercepatkan proses pembacaan kerana pelajar telah lihat dan mendapat gambaran

mengenai kejadian tanah runtuh ini setelah melihat gambar ini, gambaran ini penting kerana

untuk membaca, pelajar perlu tahu apa itu kejadian tanah runtuh, sekirannya pelajar tidak

mendapat gambaran awal, pelajar akan membaca secara berulang-ulang untuk mengetahuai

Page 10: Pembelajaran Berasaskan Projek

9

serta memahami mengenai perkara yang dibacanya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahan

bantu mengajar seperti gambar sangat diperlukan dalam pengajaran dan pembacaan oleh

pelajar. Buktinya dalam teknik SQ3R di bahagian tinjauan guru menetapkan masa yang

singkat untuk murid membaca bahan bacaan seperti artikel untuk pelajar membacanya, oleh itu

ianya memerlukan bahan bantu mengajar dalam bentuk ilustrasi seperti gambar untuk memberi

gambaran kepada pelajar untuk membaca mengenai sesuatu artikel tersebut. Gambaran ini

menjimatkan masa pembacaan oleh pelajar kerana pelajar sudah faham mengenai perkara yang

dibacanya itu menyebabkan pelajar mampu membaca sesuatu bahan bacaan seperti artikel

dengan lebih cepat.

Rajah 3.0 : Gambar Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Nanas

Sumber : Zakie Ahmad, 2013

Di samping itu, bahan bantu mengajar juga penting dan diperlukan kerana ianya dapat

meningkatkan keseronokkan murid dengan guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam pembacaan. Bahan bantu mengajar seperti dadu dapat mewujudkan

suasana menarik dalam pembelajaran. Sebagai contoh, guru menyediakan bahan bantu

mengajar seperti dadu, dadu tersebut digunakan untuk tujuan bertanyakan soalan kepada

pelajar, nombor-nombor yang terdapat pada dadu tersebut mewakili soalan 5W1H (What,

Who, When, Why, Where dan How) iaitu apabila pelajar membaling dadu ini, ianya dapat

bertanyakan sesuatu soalan mengenai pembelajaran pada hari tersebut, soalan-soalan ini boleh

diselitkan semasa penggunaan sesuatu teknik pembacaan seperti teknik SQ3R yang

menyelitkan bahagian pertanyaan murid kepada guru. Contohnya, murid membaling dadu dan

nombor yang diperoleh adalah 2, number 2 mewakili soalan ‘who’, pelajar boleh tanya apa

Page 11: Pembelajaran Berasaskan Projek

10

sahaja soalan mengenai ‘who’ seperti ‘siapakah yang terlibat dalam menangani masalah

kejadian tanah runtuh di Malaysia?”. Bahan bantu mengajar ini jelas membantu memudahkan

perjalanan penggunaan teknik pembacaan ini dan menjadikannya ianya menarik kerana pelajar

dapat berinteraksi bersama guru membuat aktiviti seperti membaling dadu, bertanyakan soalan,

dan pelajar lebih mudah memahami perkara yang dibaca setelah berinteraksi dengan guru.

BAHAGIAN B

TEKNIK SQ3R (SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, AND REVIEW)

Menurut Dahlia Janan, 2012, setiap murid mengharapkan untuk mendapatkan manfaat

semaksimum yang boleh daripada pembacaan mereka. Setiap orang boleh membaiku kaedah

pembacaannya. Antara teknik yang boleh menimbulkan kesan pembacaan yang mendalam

ialah menggunakan teknik SQ3R. Pada asasnya kaedah ini menggalakkan seseorang menyoal

diri mereka sendiri apa yang telah dibaca dan cuba menjawab sendiri soalan-soalan yang boleh

menguji kefahaman dan keupayaan mengingat bahan yang dibaca. Teknik ini mengandungi

dua tujuan utama iaitu menyediakan murid-murid dengan cara atau pendekatan membaca yang

sistematik dan meningkatkan kefahaman membaca murid-murid.

1) SURVEY (TINJAUAN)

Tinjauan adalah bahagian paling pertama dalam teknik SQ3R. Menurut Dahlia Janan, 2012

pada bahagian ini guru membantu murid akan meneliti judul buku, sub tajuk, perenggan

awal, susunan jadual, bahan ilustrasi, gambar rajah dan pertunjuk bahan bacaan. Langkah

ini dilakukan mengikut urutan iaitu urutan pertama guru menetapkan masa untuk membuat

tinjauan, seterusnya murid diarahkan membaca perenggan pertama dan perenggan akhir

sepenuhnya. Akhir sekali, perenggan-perenggan lain murid diajar hanya membaca setiap

pertama dan ayat terakhir dalam perenggan tersebut. Matlamat utama langkah tinjauan ini

adalah untuk membolehkan pembaca mengambil sejumlah besar maklumat daripadanya

dalam jangka masa yang pendek. Selain itu, peringkat ini memberi gambaran keseluruhan

tentang bahan yang dibaca.

Contoh yang boleh diberikan adalah contohnya guru memberi artikel mengenai

kejadian tanah runtuh kepada pelajar, guru tersebut memberinya masa selama 15 minit

untuk membaca tajuk, perenggan pertama dan perenggan akhir mengenai artikel tersebut.

Seterusnya, perenggan-perenggan lain murid diajar hanya membaca setiap pertama dan

Page 12: Pembelajaran Berasaskan Projek

11

ayat terakhir dalam perenggan tersebut. Melaluai bahagian pertama ini murid dapat

mengambil sejumlah besar maklumat mengenai tanah runtuh di dalam artikel tersebut

dalam jangka masa yang pendek dan peringkat ini memberi gambaran keseluruhan tentang

tanah runtuh yang dibaca.

2) MEMBINA SOALAN (QUESTION)

Menurut Dahlia Janan, 2012, analisis sub tajuk atau membina soalan adalah bahagian yang

melibatkan guru dan pelajar iaitu guru akan mencatatkan semua subtajuk di papan putih

atau menayangkannya untuk membantu murid memahami secara keseluruhan judul bab.

Teknik ini sama dengan langkah dua dalam SQ3R, iaitu teknik membina soalan. Murid

dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan. Penukaran subtajuk dalam

bentuk soalan ini lebih memudahkan murid untuk memahami tujuan spesifik pembacaan

bagi setiap subtajuk tersebut. Pada peringkat ini, murid akan dikehendaki membina soalan-

soalan sendiri dalam minda mereka yang jawapannya boleh diperolehi dalam bahan yang

hendak dipelajari itu. Contohnya, bagi subtajuk “ Tanah Runtuh” ditukarkan dalam bentuk

soalan menjadi “ Apakah punca berlakunya tanah runtuh? “. Melalui soalan ini, murid

menjadi lebih jelas tentang maklumat yang hendak dicari. Soalan-soalan yang dibina boleh

menggunakan prinsip 5W + 1 H. Ianya merangkumi kata tanya seperti :

1. What : Apa

2. When : Bila

3. Why : Mengapa

4. Who : Siapa

5. Where : Di mana

6. How : Bagaimana

Soalan-soalan ini dibuat secara sumbangsaran kelas atau kumpulan kecil atau individu.

Jika soalan itu dicadangkan oleh kelas, guru mencatatkan cadangan murid di papan putih

dan dibincangkan kesesuainnya. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan pada peringkat awal.

Jika murid sudah biasa, aktiviti individu lebih sesuai. Sama ada soalan-soalan tersebut

dibina secara kelas atau individu, teknik ini dapat membantu murid membaca dengan lebih

berkesan, terutamanya apabila murid diarahkan membaca teks dengan lebih terperinci.

Selain itu juga teknik ini juga membantu melatih murid berfikir dan meningkatkan

keyakinan diri ketika bertanya.

Page 13: Pembelajaran Berasaskan Projek

12

3) READING

Menurut Dahlia Janan,2012 langkah seterusnya ,selepas membina soalan ialah ,murid

membaca secara imbas dengan teliti .Pada peringkat ini,pembaca membaca dengan tujuan

untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibentuk dalam langkah

kedua.Pembaca boleh menggaris jawapan berdasarkan soalan-soalan yang telah dibina

tadi.Penglibatan secara aktif semasa membaca adalah penting kerana murid boleh

memperoleh faedah semaksimun daripadanya.Ketika kita membaca,pastikan kita

menandakan idea utama dan idea sokongan dalam setiap perenggan.Gunakan tanda-tanda

yang berlainan untuk membezakan idea utama dengan idea-idea yang berlainan.Selain

itu,mengenalpasti frasa atau ayat-ayat yang tidak difahami.

Contohnya,murid mestilah membincang dan membina sebuah penyataan yang ringkas

dan padat untuk mengesan idea utama.Sebagai contohnya,idea utama dalam petikan tanah

runtuh ialah punca berlakunya tanah runtuh dan juga langkah untuk mengatasi kejadian

tersebut.Bagi punca berlakunya tanah runtuh ialah hujan yang banyak dan aktiviti

pembalakan manakala langkah mengatasinya ialah ,pihak berwajib mestilah membuat

pemeriksaan struktur tanah ,melihat cerun samada stabil atau tidak dari semasa ke semasa.

4) RECITE

Ricite ialah menceritakan kembali bacaan yang telah dibaca.Dalam hal ini ,terdapat dua

langkah iaitu jika pembaca dapat menceritakan kembali bacaan yang telah dibaca maka

sebagai pembaca yang berjaya memahami teks.Pembaca yang memahami teks dapat

meneruskan langkah review pada tahap terakhir.Manakala,pembaca yang tidak dapat

menceritakan kembali bacaan yang telah dibacanya merupakan pembaca yang gagal

memahami teks.Pembaca ini akan mengulang bacaan sehingga dapat memahami isi

kandungan dalam teks.

Sebagai contohnya,dalam artikel tanah runtuh.Murid akan membaca teks tanah runtuh

dan kemudian guru akan menanyakan soalan atau memberi arahan kepada murid tersebut

supaya menceritakan apa yang dibca dan difahami oleh murid tersebut.Jika murid gagal

menceritakan kembali apa yang dibaca dalam teks kepada orang lain,ini bermakna murid

tersebut gagal memahami teks dan murid tersebut mestilah mengulangi bacaan teks

berkatan tanah runtuh sehingga dapat menceritakan isi kandungan teks tersebut kepada

orang lain.

Page 14: Pembelajaran Berasaskan Projek

13

5) REVIEW

Review juga dikenali sebagai teknik ulang atau mengulang kaji iaitu menyusun maklumat

yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

Peringkat terakhir ini ialah menyemak semula yang bertujuan untuk melihat sama ada

pembaca telah Berjaya mengingat perkara yang sudah dibaca atau tidak. Kedua, untuk

menilai beberapa banyakkah isi bacaan yang sudah dapat dirakamkan dalam minda murid.

Peringkat ini, mengutamakan aktiviti mengulang kaji bahan-bahan yang sudah dibaca dan

dipelajari. Hal ini dilakukan dengan banyak melalui penyemakan semula catatan yang

sudah dubuat semasa membaca atau membaca semula bahagian-bahagian bahan itu.

Perkara penting dalam langkah terakhir ini ialah hendaklah dilakukan dengan penuh

sistematik dan tersusun bukannya dilakukan dalam keadaan cemas dan tidak berhubung

kait. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori

jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jika anda baca sepintas lalu sahaja,

maklumat itu semua hanya akan singgah di memori jangka masa pendek anda sahaja.

Langkah terakhir ini memerlukan anda untuk :

Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda

fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Jika anda rasa

anda yang anda tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat yang

berkenaan dan cari maklumat tersebut.

Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, atau

bayangkan apa yang anda baca tadi sebenarnya diceritakan oleh guru anda.

Bayangkan anda melihat tayangan gambar dan penerangan itu dari awal hingga

akhir.

Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan di

sekolah anda. Bayangkan, jika soalan itu benar-benar keluar, apa yang akan

anda jawab.

Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat

apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda tidak perlu

tulis cantik-cantik seperti menulis nota yang lengkap. Anda cuma perlu

menuliskan isi-isi penting yang telah anda pelajari menggunakan ayat anda

sendiri.

Page 15: Pembelajaran Berasaskan Projek

14

RUJUKAN

Atan Long. (1981). Padagogi : Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran

Bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : KPM

Dahlia Janan. (2012). Terampil Berbahasa. Selangor : Seri Lanang Jaya Rohani.

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Modul BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA. Tanjong

Malim. UPSI.

Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Bhd.

Ngui Kuan Sang. (1981). Pengunaan Alat Pandang Dengar Dalam Pengajaran. Suara

Pendidik, Vol. 7 No. 4.

R. Murray Thomas, Sherwin G. Swartout & et al. (1963). Integrated Teaching Materials,

How To Choose, Create, And Use Them. New York : Revised And Enlarged

Impression.

Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah

dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Zakie Ahmad. (2013). Lapan kereta tertimbus tanah runtuh di Bukit Nanas. Diperoleh

daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130507/je_06/Lapan-kereta-

tertimbus-tanah-runtuh-di-Bukit-Nanas.