pembelajaran abad ke 21

15
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu: Open up lessons ; Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama semua guru di sekolah. Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua. Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid. Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru. Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran. Think outside the classroom box; Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing mengadap guru. Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan

Upload: sangkelabu

Post on 21-Nov-2015

76 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

penerangan serba sedikit mengenai pembelajaran kelas abad 21

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN ABAD KE-21Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakanoleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:Open up lessons;Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama semua guru di sekolah.Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua.Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalurigid.Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru.Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran.Think outside the classroom box;Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing mengadap guru.Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi sokongan.Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid.Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulansepertiperbincangan,eksperimen dan kajian.Get personal;Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow learners).Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai.Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.Tap into students digital expertise;Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih.Generasi sekarang secara semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat.Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration).Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagaishowcasesterbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.Get real with projects;Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf (lebih dari sekali),perbincangan/sumbangsaran/kritikan danpersembahan/pameran.Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru.Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.Expect (and help) students to be teachers;Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya.Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasidan jati diri murid tersebut.Help (and expect) teachers to be students;Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan.Untuk itu, platform yang sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau jabatan.Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.Measure what matters;Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era digital sekarang.Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh, menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting.Begitu juga dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif.Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.Work with families, not just children;Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid.Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid.Sebagai contoh, Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau pameran.Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.Power to the student;Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran.Melibatkan murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan pembelajaran.Kemahiran pembelajaran danpembelajaran (PdP) yang terdapatdalam abad ke-21 ialah:i. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)iii. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah:i. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)ii. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)iii. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)iv. Literasi Maklumat (Information Literacy)v. Literasi Media (Media Literacy)vi. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology Literacy)vii. Fleksibilitidan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)viii. Berinisiatifdan Mempunyai HaluanDiri (Initiative and Self-Direction)ix. KemahiranSosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)x. ProduktivitidanAkauntabiliti (Productivity and Accountability)xi. KepimpinandanTanggungjawab (Leadership and Responsibility)

Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

i. Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)ii. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogiiii. Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong merekaiv. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)v. Memiliki kemahiran kaunselingvi. Menggunakan teknologi terkiniManakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:i. Berupaya membuat hubung-kaitii. Bijak menyoaliii. Yakinberkomunikasiiv. Mengambil risikov. Dahagakan ilmuvi. Ingin tahuvii. Menjana ideaviii. Fleksibelix. Tidak berputus asax. Mendengar dan membuat refleksixi. Berkemahiran kritisxii. Menguasai kemahiran literasixiii. Berani mencubaxiv. Mampu berfikir sendirixv. Membuat inisiatifxvi. Mampu bekerja dengan orang lainxvii. Membuat perubahanxviii. Berintegritixix. Berkeperibadian tinggi

BILIK DARJAH ABAD KE-21Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:

i. Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.ii. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:Bilik darjah sebagai bilik sumber

i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).ii. Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) Instant Access / Interactive/ dilengkapi LCD dan / ataudirect projector/ Papan putih /soft board.iii. Hasil kerja murid dipamerkan.Bilik darjah berasaskan mata pelajaran(Subject-based Classroom-SBC)i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).ii. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikaliii. Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant Access/ Interactive/ dilengkapi LCD dan / ataudirect projector/ Papan putih /soft board.iv. Hasil kerja murid dipamerkan.v. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosongvi. Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)vii. Lorong bermaklumatviii. Ruang santaiKOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid.PLC merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan jugapihak sekolah dengan komuniti luar. PLC menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran danpartnership.Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker & Mary, 2006)Terdapat tiga (3) Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan pembelajaran murid, berlakunya budaya kolaboratif dan berfokuskan kepada pencapaiaan.Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dilaksanakan dengan berkesan.Antara strategi pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada peringkat sekolah atau kluster PLC ialah:

i. Jejak Pembelajaran (Learning Walks)ii. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksiiii. (Peer Coaching/ Instructional Coaches)iv. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)v. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)vi. Perkongsian amalan terbaik (Best practises)vii. Pengajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching)viii. Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support System)ix. Coaching Partnershipx. Cross visits

JADUAL PELAKSANAAN (TIMELINE)Bil.PerkaraTarikh Pelaksanaan

1.Bengkel Kerja Penyediaan ModulProfessional Learning Community(PLC) Pembelajaran Abad Ke-21 OlehSIPartners+ danSISC+10 Sept.&14 Sept. 2014

2.Bengkel Kerja Pemurnian Modul PLC Pembelajaran Abad Ke-21 olehSIPartners+ danSISC+.15 Sept. 2014

3.Pembentangan Kertas Kerja Modul PLC Pembelajaran Abad Ke-21 olehSIPartners+ danSISC+ kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor (PPJ)18 Sept. 2014

4.Taklimat Pembelajaran Abad Ke-21 Kepada KPPD Oleh PPJ / Penyelaras DTP Negeri13 Okt. 2014

5.Taklimat Pembelajaran Abad Ke-21 kepada Pengetua dan Guru Besar Peringkat Daerah Oleh KPPD / Penyelaras DTP DaerahNov. 2014

6.Taklimat Pembelajaran Abad Ke-21 (overview) kepada PGB sekolah sasaran oleh KPPDNov. 2014

7.Taklimat dan Perbengkelan Pedagogi Abad Ke-21 kepada PGB / PK Kurikulum olehSIPartner+ danSISC+Dis. 2014

8.Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di semua sekolah Jan. Nov. 2015

9.Pemantauan Pelaksanaan Fasa 1 oleh JPN / PPDFeb. 2015

10.Penilaian Impak Fasa 1 oleh JPN / PPDMac 2015

11.Pemantauan Pelaksanaan Fasa 2 oleh JPN / PPDJun. 2015

12.Penilaian Impak Fasa 2 oleh JPN / PPDJulai 2015

13.Pemantauan Pelaksanaan Fasa 3 oleh JPN / PPDOkt. 2015

14.Penilaian Impak Fasa 3 oleh JPN / PPDNov. 2015

15.Laporan dan Pembentangan Program oleh KPPDKepada PPJDis. 2015

KOS SUMBERPeruntukan di bawahDistrict Transformational Program(DTP)SASARANSekolah - sekolah yang berada pada band / skor komposit rendah dan sekolah yang boleh dijadikan Sekolah Rujukan (Live Lab) seperti SBT, SKK, Sekolah Amanah serta yang mempunyai amalan terbaik dalam daerahPENUTUPProgram Pembelajaran Abad Ke-21 berasaskan PLC ini merupakan satu program komprehensif yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di negeri Johor.Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan sekolah terutamanya guru-guru yang terlibat secara langsung dengan murid-murid di dalam kelas.Untuk itu, guru-guru perlu dibantu dan diberi kemahiran abad ke-21 memandangkan mereka ialah tunjang bagimelahirkan modal insan yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.