pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia

17
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Hub etnik 09/09/08

Upload: mukmin-soleh

Post on 13-Jun-2015

1.297 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hub etnik

09/09/08

Page 2: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Pengenalan

• Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-kepentingan lain.

• Justeru, tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni.

Page 3: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

INTEGRASI POLITIK

• Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan terhadap kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara.

• Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan.

• Keadaan; negara yang mengamalkan integrasi politik tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum.

• Proses: integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara.

Page 4: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…

• Oleh itu, satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik adalah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.

• Pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah negara hendaklah mempunyai semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik bagi memastikan penyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.

• Ini telah dibuktikan pada peringkat awal di mana parti orang Melayu (UMNO), parti kaum Cina (MCA) dan parti kaum India (MIC) telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan.

Page 5: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Parti perikatan

• Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. Satu keistimewaan Malaysia, parti-parti politik perkauman telah dapat mencipta hubungan kerja antara satu sama lain.

• Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. Dari kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, yang dapat mencipta suara-bulat untuk membentuk kerajaan (Tunku Abdul Rahman, 1987).

Page 6: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

UMNO

• Kumpulan yang paling berpengaruh dalam Perikatan ialah UMNO.

• Ia berjaya menarik minat org Melayu krn kemampuannya menggembleng pendapat menentang Malayan Union.

• Aktiviti ini dijalankan menerusi orang2 Melayu dalam perkhidmatan kerajaan kerana mereka dapat menggunakan struktur pentadbiran di setiap negeri bagi mobilisasi politik.

• Pegawai2 kanan Melayu dalam kerajaan menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat daerah, kemudian mendapat bantuan dari penghulu, untuk membangkitkan orang kampung supaya bertindak.

• Menerusi tindakan itu, UMNO berjaya menggunakan pemimpin2 Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik semasa.

Page 7: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

MCA• Parti kedua terbesar dalam Perikatan. • Prinsip utama parti ini mengekalkan keharmonian kaum etnik

melalui penyesuaian antara satu sama lain. • MCA dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat

Cina. Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina disuarakan.

• Pada peringkat awal, MCA menghadapi kesulitan kerana parti ini dikatakan hanya memberi tumpuan kepada para usahawan dan golongan profesional yang berpendidikan Barat. MCA terpaksa mendapatkan lebih ramai penyokong terutamanya dari kalangan persatuan merga dan kesatuan sekerja.

• Presidennya yang berwibawa, Tun Tan Cheng Lock, berjaya melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh UMNO

Page 8: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…• Dengan arus perjalanan masa, MCA berusaha meluaskan

pengaruhnya. Parti ini menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh baru hasil dari sistem pendidikan Cina. Mereka dikatakan lebih cenderung kepada politik perkauman.

• Apabila golongan muda ini mencabar kemampuan pergerakan MCA dalam Parti Perikatan, golongan tua telah menggantung keahlian para pemimpinnya.

• Kerana pertarungan kuasa yang wujud dalam MCA maka muncul pula kelompok ketiga. Walaupun golongan ini bersimpati dengan tuntutan perkauman sayap radikal parti itu, mereka juga merasakan amat penting mengekalkan hubungan baik dengan UMNO agar dapat mengekalkan kedudukan MCA dalam Perikatan.

• Kelompok ini muncul pada 1957 di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu & disokong oleh golongan kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar-bandar.

Page 9: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…• Tahun 1958, Dr Lim terpilih sebagai Presiden MCA & memberi

jaminan kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan UMNO.

• Dlm P/raya 1959, merupakan pilihanraya 1 bagi pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen. Menjelang pilihanraya tersebut, pemimpin-pemimpin baru MCA cuba mendapatkan layanan baik sepertimana dalam pilihanraya 1955.

• Pada masa itu, MCA diperuntukkan kurang sedikit dari separuh bilangan kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang-orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi.

• Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang baru.

• Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr. Lim mendesak supaya MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.

Page 10: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb..• Tuntutan tersebut dibuat secara terbuka yang kelihatan kepada

umum sebagai satu kata dua. Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA itu lalu beliau menjawab dengan pengumuman bahawa UMNO akan bertanding tanpa MCA. Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan.

• Namun, MCA mula mengalami krisis dalaman. Dr Lim yang pada masa itu menjadi Presiden MCA telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan. Hanya anggota-anggata MCA yang diterima oleh Tunku bertanding atas tiket Perikatan dalam pilihanraya Persekutuan 1959.

• Hasil dari krisis Julai ini, Perikatan menjadi sebuah parti yang teguh. Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu

Page 11: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

• Hanya anggota-anggata MCA yang diterima oleh Tunku shj, bertanding atas tiket Perikatan dalam pilihanraya Persekutuan 1959.

• Hasil dari krisis Julai ini, Perikatan menjadi sebuah parti yang teguh.

• Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak dijauhkan oleh orang-orang Melayu.

Page 12: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

MIC

• Kongres India Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam Perikatan.

• Ia mempunyai bilangan pengundi yang kecil iaitu hanya 7.4% daripada jumlah pengundi pada tahun 1959.

• Pada peringkat awal penubuhannya, MIC tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari orang-orang India sendiri.

• Ini kerana kebanyakan mereka merupakan buruh dari kelas bawahan sedangkan kebanyakan pemimpin MIC terdiri daripada golongan profesional.

• Pada tahun 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan juga menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 13: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…

• Namun, MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah MIC menyertai Perikatan pada tahun 1955.

• MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO.

• Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India dalam Perikatan.

Page 14: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…

• Menurut Means , kejayaan MIC dalam Perikatan pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan peribadi yang erat antara Tunku dan presiden MIC pada waktu itu iaitu V.T. Sambathan.

• Beliau merupakan seorang tuan punya ladang getah dan mendapat pendidikan dalam kedua-dua aliran Tamil dan Inggeris.

• Apabila terdapat sesetengah ahli yang berfahaman radikal dan perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan dengan UMNO, mereka telah disingkirkan dari parti tersebut.

• Pada tahun 1958, pimpinan golongan lama mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis Kebangsaan Perikatan.

Page 15: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

P/raya Persekutuan 1959

• Menjelang pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959, Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul Rahman.

• Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang mantap disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif ;kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Page 16: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb… • Apabila MCA menuntut agar asas untuk mendapatkan

kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli iaitu membolehkan semua kaum yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara, maka

• UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dengan syarat MCA menerima beberapa permintaan UMNO iaitu dasar pelajaran, iaitu mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di semua sekolah dan mewujudkan satu ‘kurikulum Malaya’ yang sama bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.

• MCA dan MIC juga bersetuju dengan nisbah 4:1 antara Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

• UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang berat sebelah.

Page 17: Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Samb…• Dengan itu, Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan

ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu. • Perikatan tetap memegang tampuk kekuasaan kerana sikap

pragmatisme para pemimpinnya, kemampuan mereka menenggelamkan perbezaan kaum semasa pilihanraya dan kesanggupan pemimpin-pemimpin bekerja sebagai satu pasukan.

• Latar belakang pendidikan dan sosial yang sama di kalangan para pemimpin utama parti menyebabkan mereka mampu menyelesaikan permasalahan yang timbul.

• Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh mendapat kerusi begitu banyak untuk mencabar Parti Perikatan kerana parti ini mendapat mandat untuk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang bersaingan serta bermusuhan.