pembangunan lestari

Download Pembangunan Lestari

Post on 23-Dec-2015

30 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Hasil dapatan kajian pembangunan di daerah semporna

TRANSCRIPT

BAB III

HASIL KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini pengkaji membentangkan hasil kajian di lapangan. Maklumat yang diperolehi melalui borang kaji selidik dianalisis dan diterangkan dalam bentuk jadual dan carta pai secara statistik deskriptif. Maklumat sekunder yang diperolehi daripada agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan kawasan setempat juga diterangkan dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, catatan permerhatian pengkaji sewaktu kerja lapangan juga dipersembahkan dalam bab ini. Bab ini akan menerangkan gambaran awal mengenai pengurusan pembangunan semasa yang berlaku di Perkampungan Air Mukim Simunul ini. Selain daripada itu, kajian mengenai pesetujuan responden bagi penempatan semula juga akan dilaporkan. Maklumat maklumat yang disertakan adalah berpandukan kepada kerangka konseptual kajian yang telah ditetapkan. Berdasarkan kerangka tersebut, angkubah perantara yang menjadi penghambat kepada angkubah bersandar diterangkan dan dihuraikan selanjutnya. Elemen kawasan dan masyarakat di dalam angkubah bersandar akan dianalis bagi mengetahui sama ada akan memberi kesan kepada kelestarian sosial di Perkampungan Air Mukim Simunul atau sebaliknya.Hasil kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini di akan digunakan dalam perbincangan pada bab seterusnya. 49

3.2MAKLUMAT TANAH PERKAMPUNGAN AIR MUKIM SIMUNULKeluasan keseluruhan Perkampungan Air Mukim Simunul adalah 128.57 ekar. Perkampungan ini mengandungi 9 buah kampung yang mana direkodkan sebanyak 2364 buah rumah air telah didirikan. Mengikut Akta Perancangan Wilayah Persekutuan (1982), di bawah Seksyen 2 (1), kepadatan boleh ditakrifkan sebagai penggunaan tanah yang dihitung atau dikira mengikut bilangan orang, unit kediaman atau bilik yang boleh dihuni atau apa apa gabungan daripada faktor faktor itu bagi satu kawasan tanah. Dalam konteks kajian ini, tanah adalah merangkumi kawasan laut yang dijadikan penempatan kampung air. Dengan maklumat keluasan tanah yang sedia ada dan juga bilangan rumah air yang didirikan, kepadatan kawasan perkampungan air ini dapat dikira berdasarkan kepada formula;Kepadatan = Bilangan Rumah / Luas KawasanOleh yang demikian, ringkasan kepadatan setiap kampung di Perkampungan Kampung Air Mukim Simunul disenaraikan seperti dalam Jadual 3.1.Jadual 3.1: Maklumat tanah bagi setiap kampung air di Mukim SimunulBILKAMPUNGLUAS (EKAR)BIL RUMAHKEPADATAN

1Dap Dap6.08477.73

2Ice Box5.6815627.46

3Simunul28.6146816.36

4Seri Jaya13.9418813.49

5Mesra14.2325317.78

6Batu Darat11.1728925.87

7Sejati18.0020511.39

8Sri Aman21.1123411.08

9Selamat9.7552453.74

JUMLAH128.57236418.39

Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014Secara keseluruhannya, kepadatan rumah di Perkampungan Air Mukim Simunul ini adalah 18.39. Dalam erti kata lain, secara anggaran terdapat 18 buah rumah air didirikan dalam satu ekar kawasan di perkampungan ini. Satu ekar adalah bersamaan dengan 4046.86 meter persegi. Oleh yang demikian, anggaran keluasan sebuah rumah kampung air di kawasan ini adalah 225 meter persegi. Daripada jadual yang disertakan, Kampung Dap Dap merupakan kampung yang paling kurang padat dengan nilai 7.73. Terdapat 47 buah rumah di dalam tanah berkeluasan 6.08 ekar. Kampung Ice Box pula mempunyai kepadatan 27.46 yang mana 156 buah rumah didirikan dalam kawasan seluas 5.68 ekar. Bagi Kampung Simunul yang mempunyai bilangan rumah 468 buah di dalam 28.61 ekar, kepadatannya adalah 16.36. Seterusnya bagi Kampung Seri Jaya yang berkeluasan 13.94 ekar dan mempunyai 188 buah rumah, kepadatannya adalah 13.49. Kampung Mesra mempunyai kepadatan 17.78 di mana 253 buah rumah dibina di dalam keluasan 14.23 ekar, manakala bagi Kampung Batu Darat 289 buah rumah dibina di atas 11.17 ekar menjadikan kepadatannya 25.87. Kampung Sejati mempunyai kepadatan 11.39 berdasarkan 205 buah rumah dalam keluasan 18 ekar. Bagi Kampung Sri Aman yang berkeluasan 21.11 ekar, sebanyak 234 buah rumah telah dibina. Ini menjadikan kepadatan rumah di Kampung Sri Aman adalah 11.08. Yang terakhir adalah Kampung Selamat dimana kepadatan rumah adalah paling tinggi iaitu 53.74 oleh kerana 524 buah rumah dibina di atas keluasan 9.75 ekar.Menurut maklumat yang diterima daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, pemilik rumah di Perkampungan Air Mukim Simunul tiada pemilikan tanah yang sah memandangkan kawasan perkampungan air in didirikan diatas tanah kerajaan dan juga pemilik individu. Tanah milik Kerajaan Negeri seluas 107.742 adalah merangkumi tanah kosong kerajaan, tanah rizab hutan simpan bakau, tapak penempatan pelarian, Tapak Rancangan Kampung Simunul dan lesen pendudukan sementara. Manakala selebihnya 20.828 ekar adalah merupakan tanah milik persendirian namun bukan penduduk perkampungan air ini. Pecahannya adalah 2.490 ekar dimiliki oleh Abdul Malik B Hindi dan dua yang lain, Pua & Lean Development Sdn Bhd memiliki 8.188 ekar, SESB 0.027 ekar, Rumah pam 0.136 ekar dan Keluarga Lean memiliki 10.000 ekar.Jadual 3.2: Status pemilikan tanah di Perkampungan Air Mukim SimunulBILSTATUS TANAHPEMILIKKELUASAN (EKAR)

1Tanah KerajanKerajaan Negeri78.000

2Rizab Hutan Simpan BakauKerajaan Negeri24.540

3Milik - 1275801188Abdul Malik B Hindi dan dua yang lain2.490

4Milik - 127502952Pua & Lean Dev0.188

5Milik - 127508703SESB0.027

6Milik - 127508696Rumah Pam0.136

7Milik - 127507975Pua & Lean Dev4.000

8Milik - 126168161Pua & Lean Dev4.000

9Milik - 127508687Keluarga Lean10.000

10Tapak Penempatan PelarianKerajaan Negeri2.000

11Tapak Rancangan Kampung SimunulKerajaan Negeri3.000

12Lesen Pendudukan SementaraKerajaan Negeri0.202

JUMLAH128.57

Sumber: Jabatan Tanah dan Ukur Sabah 20143.3LATAR BELAKANG RESPONDEN Dalam kajian ini, seramai 2,202 orang KIR yang menjadi responden telah memberikan kerjasama dalam menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan daripada jumlah keseluruhan 2,364 responden. Manakala sejumlah 162 orang KIR tidak dapat disoal selidik. Secara keseluruhannya 93 peratus KIR Perkampungan Air Mukim Simunul berjaya disoal selidik manakala 7 peratus tidak dapat dikaji oleh kerana mereka tiada di rumah sewaktu kajian ini dijalankan. Maklumat demografi yang diselidiki termasuklah kewarganegaraan, jantina, etnik warganegara, dokumen bukan warganegara, umur, agama, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan. Maklumat demografi responden Perkampungan Air Mukim Simunul secara keseluruhan dapat di jadualkan seperti berikut;Jadual 3.3: Latar Belakang Responden (Ketua Isi Rumah) Perkampungan Air Mukim SimunulDEMOGRAFIITEMBILANGANPERATUS (%)

KewarganegaraanWarganegaraBukan WarganegaraTidak Diketahui14007891363.5835.830.59

JantinaLelakiPerempuanTidak Diketahui14457322565.6033.201.10

Etnik Warganegara (1400)BajauSulukLain-LainTidak Diketahui118816938584.9012.102.700.40

Dokumen (Bukan Warganegara-789)IMM13Kad Pengenalan MerahKad Pengenalan HijauPasportKad Bancian PolisDokumen LainTiada Dokumen3151592393161632039.9220.152.9211.792.0320.665.64

Umur15 2930 4950 6970 Tahun Ke Atas358104569310616.2647.4631.474.81

AgamaIslam2202100.00

Tahap PendidikanPendidikan RendahPendidikan MenengahPendidikan TinggiTidak Diketahui767426094534.8019.30042.90

Taraf PerkahwinanBerkahwinBalu / DudaTidak Pernah BerkahwinBerceraiBerpisahTidak Diketahui180118710352332681.88.54.72.41.51.2

Sumber: Diolah dari Kajian Lapangan 2014Majoriti responden Perkampungan Air Mukim Simunul adalah Warganegara Malaysia yang sah, iaitu sebanyak 1400 orang atau bersamaan dengan 63.58 peratus. Namun begitu, responden bukan warganegara juga ramai iaitu 789 orang bersamaan dengan 35.83 peratus manakala tidak diketahui kewarganegaraan adalah seramai 13 orang atau 0.59 peratus. Daripada 789 responden yang bukan warganegara, 315 daripadanya adalah pemegang Dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13). Dokumen ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen bagi pelarian perang Filipina sejak tahun 1970. Pelarian perang dari Filipina yang melarikan diri ke Sabah, telah diberikan satu pas pengenalan yang istimewa (IMM13) yang membolehkan mereka menetap di Sabah. Pas ini telah diberikan dan boleh dilanjutkan sehingga masih aktif hingga kini. Selain itu, seramai 159 orang atau 20.15 peratus mempunyai Kad Pemastautin Tetap (Kad Pengenalan Merah). Kad ini dikeluarkan apabila seseorang immigran telah menetap lama di Malaysia. Seramai 93 orang atau 11.79 peratus adalah pemegang passport, 23 orang atau 2.92 peratus pemegang Kad Pemastautin Sementara (Kad Pengenalan Hijau). Kad ini diberikan pada mereka yang tidak mempunyai maklumat kewarganegaraan ibu/bapa dalam sijil lahir, walaupun mereka lahir di Malaysia.Seramai 16 orang atau 2.03 peratus mengguna pakai kad bancian polis sebagai dokumen mereka yang sah. Kad Bancian Polis adalah satu pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia pada tahun 2003 bagi membanci penduduk kampung air di seluruh Negeri Sabah. Di samping itu juga, seramai 163 orang responden atau 20.66 peratus mempunyai lain - lain dokumen seperti sijil lahir, surat mahkamah anak negeri, surat akaun penduduk asal oleh ketua kampung, kad bancian petugas khas dan kad klinik kesihatan. Manakala, seramai 20 orang atau 5.64 peratus memang benar-benar tidak mempunyai dokumen atau Pendatang Tanpa Izin (PTI).3.4MAKLUMAT SOSIO EKONOMI RESPONDENAntara perkara yang dikaji berdasarkan sosio ekonomi responden termasuklah jumlah pendapatan, taraf pekerjaan, sektor pekerjaan, jenis rumah yang diduduki, bilangan bilik tidur, anggaran nilai rumah, kemudahan dan pendaftaran bekalan air serta kemudahan dan pendaftan bekalan elektrik seperti di jadual;

Jadual 3.4: Sosio ekonomi responden (Ketua Isi Rumah) di Perkampungan Air Mukim SimunulPERKARAITEMBILANGANPERATUS (%)

Julat PendapatanBawah RM660RM661 - RM1,090RM1,091 RM1,500Lebih R