pembangunan lestari pengertian dan pengukur

of 21 /21
TAJUK: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur Apakah pembangunan mampan ? Pembangunan mampan ialah “ pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. “ Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan social dan alam sekitar. EKONOMI SOSIAL ALAM SEKITAR PEMBANGUNAN MAMPAN

Author: mandalina-landy

Post on 19-May-2015

33.167 views

Category:

Economy & Finance


3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. TAJUK: Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur Apakah pembangunan mampan ? Pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masahadapan gabi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demikesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya. Pembangunan mampan merupakan pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengankeperluan-keperluan social dan alam sekitar.EKONOMISOSIALALAM SEKITARPEMBANGUNAN MAMPAN MENGIMBANGI PEMBANGUNAN EKONOMI DENGAN KEPERLUAN SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

2. DEFINISI PEMBANGUNAN MAMPAN Mengikut Brundtland Report 1987 : Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarangtanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampanharus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihanbahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White& Whitney, 1992) Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial,keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu carauntuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu,aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya perananaktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David drakakis-smith, 1995) Definisi pembangunan mampan antarabangsa Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987)mendefinisikan pembangunan mampan sebagai.pembangunan yang membolehkan generasi semasamemenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagimemenuhikeperluan mereka Definisi Pembangunan MampanMengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environmentand Development (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah : Pembangunan yangmemenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan dating untuk 3. memenuhi keperluan mereka Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunanmampan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung (carrying capacity) planetbumi Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satutema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan(equity) Aspek-aspek kemampanan untuk tujuan perancangan dan Kemampanan Ekologi dari segi KemampananEkonomi, Kemampanan Sosial, Kemampanan Budaya, Kemampanan Pertanian; Kemampanan AlamSekitar dan Kemampanan Bandar. Akta-akta berkaitan(pembangunan lestari/mampan)1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974-pencemaran udara (seksyen 20)-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)-pencemaran tanah (seksyen 24) -pencemaran perairan daratan (seksyen 25)-Pencemaran minyak (seksyen 29)2. Akta Perhutanan Negara 1984 - seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutansimpan.3. Akta Kerajaan Tempatan 1976- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yangmengeluarkan asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.4. Akta Taman Negara 1980- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan5. Akta Perikanan 1985 Indikator Pembangunan Lestari Mengikut Perspektif Malaysia 4. Berdasarkan Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam RancanganMalaysia Ke-7 (GOM 1996). Antara langkah langkah yang telah dimulakan semasa RancanganMalaysia ke-7 (1996 2000) ialah bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secaralestari. Menurut Rancangan Malaysia Ke-7 terdapat suatu keperluan bagi mengukuhkan pangakalan data alamsekitar (environmental database) dan sistem maklumat (information systems) dan ini menggambarkanhubungan antara alam sekitar dan pembangunan lestari dan membangunkan indikator bagi mengukurkelestarian pembangunan bertujuan bagi menyediakan pengukur untuk memantau dan menilai kemajuankearah pembangunan lestari di Malaysia. Konsep Pembangunan Lestari juga berhubungkait dengan banyak hal termasuk norma dan nilai yangcenderung berkembang di dalam tradisi dan budaya, dan juga berhubung dengan perbezaan alam sekitargeografi yang sudah tentu mempunyai lingkungan khusus. Saranan dalam Agenda 21 Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang mana pembangunanindikator boleh diharmonikan dengan koordinasi yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN). Walaupun Malaysia telah menyertai inisiatif yang di taja oleh UN bagi membangunkan indikator indikator pembangunan lestari, namun ia telah memilih untuk meneruskan formulanya tersendiri denganmewujudkan metodologi sendiri dan indikator indikator yang dipilih mempunyai refleksi yang amatrapat dengan keupayaan dan keperluan sebenar negara. Penggunaan indikator dalam perancangan agak biasa digunakan sebagai contoh, kadar literasi, akseskepada penjagaan kesihatan, nisbah doktoratau populasi dan sasaranya, selalu digunakan sebagai indikatordalam pembangunan 5 tahun Rancangan Malaysia. 5. Secara umumnya inidkator seperti keluaran dalam negara kasar dan pengukuran setiap sumber sumber dan aliran pencemaran tidak menyediakan indikator yang mencukupi bagi kelestarian. Indikator bagi pembangunan lestari adalah amat diperlukan bagi membuat keputusan yang kukuh dan berasas pada semua tahap kerajaan, maklumat kepada awam dan kemajuan pemantauan ke arah mencapai objektif penyeliaan sendiri kelestarian. Pembangunan dan pemilihaan indikator untuk digunakan harus dipertimbangkan dengan penjagaan ekstrim supaya ia secara tepat memberikan refleksi kepada status pembangunan lestari. Indikator bukanlah pengakhir bagi sesuatu perkara, tetapi hanya sebagai alat untuk membantu bagi mengukur kemajuan atau memberi gambaran bagaimana sesuatu perkara berada dalam suatu tempoh masa. Indikator indikator pembangunan lestari adalah menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan kearah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan sesbuah negara. Antara Usaha Global untuk membangunkan indikator pembangunan lestari Keperluan dalam usaha untuk menumpukan dan mengharmonikan indikator indikator pembangunan lestari telah meningkat semasa sesi pertama Suruhanjaya Mengenai Pembangunan Lestari PBB (CSD). INDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR KOMPONEN KEMAJUAN DESAKEMAJUAN BANDAR Kebolehan manusia seperti pengetahuanKebolehan manusia seperti daya bahasainggeris, berpengetahuan inovasi, kemahiran pengetahuan,Humanware komersial, berpendidikan universiti sertaberdikari, kreativiti, pengalaman, vokasional.minat dan tumpuan berdaya saing.Technoware Kemudahan seperti air, elektrik, telefon Kemudahan infrastruktur yang ada dan gas, memiliki komputer peribadi danseperti kelengkapan teknologi memiliki kenderaanpengangkutan maklumat, kelengkapan telekomunikasi 6. seperti lori, kereta, jip dan mesin dan penyiaran. Antaranya seperti generator atau jentera. Serta kelengkapan komputer, elektronik, telefon mudah pengawalan dan penyuburan pertanian alih, satelit dan sebagainya. dan penternakan para petani. Maklumatatau faktayang Maklumat yang diperolehi adalah dari didokmentasikan seperti carta, blue para cendekiawan, dokumentasi, latihan print dan spesifikasinya. Ianya juga dan kursus termasuk maklumat dari Inforware merupakansumbermaklumat, teknologi maklumat serta menonton penggunaan maklumat, cara kepekaan rancangan pertanian di televisyen serta terhadapkandungan maklumat mendengar rancangan pertanian di radio. tersebut. Penglibatan pertanian sepenuh masa Rangka kerja organisasi seperti sistem menyertai program 21 dan pertubuhan pengurusan teknologi dan maklumat, peladang kawasan serta keaktifan penyelidikan dan pembangunan bidang Orgaware berpersatuanseperti JKKK,PKK, tugas, fail kerjaya dan sebagainya. Ini JawatanKuasaPertanian dan termasuklah sistem organisasi sama ada Penternakan.close-close, open-close atau open-open.Sumber: (M. Razali & Fashbir 2000) dan (M. Razali & Yahaya 2003)ASPEK-ASPEK PENTING DALAM MENGUKUR PEMBANGUNAN MAMPAN/LESTARI Untuk Siapa Pembangunan diadakan. Individu/ Masyarakat. Pendapat individu/ masyarakat diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaanprogram-program untuk meningkatkan kualiti hidup individu/masyarakat di Malaysia. Selain itu jugaPihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan - keperluan individu/masyarakatsetempat. Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi adalah menjadi pengukur didalam pembangunan lestari ini. Akhir sekali kita perlu meningkatkan rasa bangga, cinta dantanggungjawab kepada alam sekitar ayang ada pada di sekeliling masyarakat. Persatuan/Syarikat/SektorSwasta. Mendedahkan kepada masyarakat dan sektor swasta berkenaan dengan isu-isu berkaitanpembangunan mampan/ lestari. Selain itu juga bagi menjelaskan bahawa pembangunan mampan/lestariadalah tanggungjawab bersama. 7. Wakil Kerajaan. Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. Selain itujuga bagi meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaatkepada semua. Akhir sekali ialah, mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkantadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaanawam, ketelusan, kepekaan,kesepakatan (consensus), keberkesanandan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) danwawasan strategik. Tujuan Pembangunan Ketelusan dan Kerjasama. Masyarakat telah diberi peluang sepenuhnya dan digalakkan untukmelibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan mengenai pembangunan pada pelbagaiperingkat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Selain itu juga proses membuat keputusan yangberkaitan perlu dilakukan secara tulus dan telus dan matlamat akhir ialah untuk mengukuhkanpenglibatan, tanggungjawab dan peranan pelbagai kelompok dari pelbagai peraingkat masyarakatberasaskan kepada proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan. Perkongsian Pintar. Perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dansemua pihak masyarakat dalam seluruh aspek dan asas untuk mengeratkan integrasi pelbagai pihak yangmempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan mampan. Tanggungjawab Bersama. Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihakmasyarakat berperanan dan berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantaupembangunan mampan dan berdasarkan pada matlamat, objektif dan aspirasi yang jelas untuk manfaatdan kesejahteraan bersama. Pendekatan Menyeluruh. Perkara ini perlu dilihat dan dikekati sebagai suatu kerangka yangberdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah. Kesatuan Ekosistem. Alam sekitar 8. dilihat sebagai suatu ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dansumber asli dan jika digunakan dengan bijaksana akan menjamin dan meningkatkan kesejahteraan dankeselamatan sosial.Keharmonian Masyarakat. Sentiasa mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatinterhadap golongan warga tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya dan tanpa membezakanjantina, taraf sosio-ikonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar. Mengambil Berat Terhadap Masa Depan. Merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurussumber-sumber semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya olehgenerasi akan datang di masa hadapan dan pembangunan yang menekankan penggunaan sumber aslisecara mampan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.Bentuk dan Isi Pembangunan Bangunkan indeks dan prestasi alam sekitar. Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (IPASM)diwujudkan bagi mengetahui sejauh mana pencapaian alam sekitar negara dalam konteks pembangunanlestari. Indeks boleh difahami sebagai pendekatan sistematik yang memberi nilai bagi mewakili sesuatutahap perbandingan dan pencapaian. Secara umumnya untuk mengukur pencapaian sesuatu bidang denganmenggunakan pendekatan indeks, bukanlah suatu yang baru bagi negara. Ia telah digunakan secara meluascontohnya dalam mengukur indeks inflasi, indeks keluaran dalam negara kasar, indeks pengangguran danindeks kualiti hidup. Terdapat beberapa indeks yang berkaitan dengan alam sekitar diwujudkandikebanyakan negara antaranya ialah Indeks Pencemaran Udara, Indeks Kualiti Air Sungai, IndeksPembangunan Lestari (Environmental Sustainability Index), Indeks Kebolehterancaman Alam Sekitar(Environmental Vulnerability Index) dan Greendex. 9. Terdapat tiga potensi dan kelebihan yang perlu di manfaatkan oleh Malaysia untuk membangunkanindeks prestasi alam sekitarnya sendiri. Pertama ialah, kewujudan institusi pengajian yang mengadakanprogram penyelidikan mengenai alam sekitar. Terdapat lebih kurang 13 IPTA yang menawarkan programyang berkaitan dengan alam sekitar. Kumpulan penyelidik dan pensyarah yang terdapat di Universitiberkenaan boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan program ini. Kebanyakan saintis di dalam negaratelah diiktiraf diperingkat antarabangsa. Kajian dan pembangunan boleh dilaksanakan diantara universitidan juga agensi kerajaan serta pertubuhan alam sekitar untuk membangunkan IPASM. Kedua ialah,kekuatan dari sumber data yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara data - data yang boleh digunakanadalah seperti laporan kualiti alam sekeliling yang mengandungi fakta dan statistik mengenai kualiti airsungai dan laut, status kualiti udara, serta penjanaan bahan buangan toksik dan berbahaya. Selain itu jugaterdapat laporan - laporan yang dikeluarkan setiap tahun oleh agensi kerajaan yang boleh digunakansebagai asas membangunkan IPASM. Ketiga ialah, keseriusan kerajaan dalam melaksanakan programpemantauan alam sekitar secara berterusan. Ini memberi kelebihan bagi negara untuk menilai indeksprestasi alam sekitar setiap tahun. Sehingga kini terdapat beberapa agensi kerajaan yang mengadakanprogram berterusan bagi memantau segmen alam sekitar utama seperti udara, air, ekosistem hutan dantanah tinggi. Pemantauan berterusan memberi maklumat dan data yang penting bagi mengesan sebarangperubahan yang berlaku terhadap petunjuk - petunjuk alam sekitar yang utama. Ini boleh memberigambaran yang jelas mengenai status prestasi alam sekitar semasa. Pembangunan IPASM di Malaysia sebenarnya dapat membantu memandu arah pembangunan negarake arah kelestarian. Terdapat enam manfaat yang boleh diambil oleh pembuat keputusan dan perancangpembangunan dengan adanya pembangunan IPASM. Pertama ialah, ia mampu mengenalpasti masalahsemasa dan memberikan prioriti kepada isu alam sekitar yang perlu diberikan keutamaan. Kedua ialah,kewujudan IPASM dapat merekodkan tren kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli. Tren 10. kawalan pencemaran dan pengurusan sumber asli mampu dikenalpasti melalui nilai indeks yang telahdibentuk. Ketiga; ialah, IPASM memberi maklumat tentang keberkesanan langkah yang telah diambil danmemberikan input bagi melaksanakan penambahbaikan. Keempat ialah, menyediakan perbandingan datagaris dasar dan indeks pencapaian merentasi pelbagai sektor. Kelima ialah, IPASM dapat menyediakanpetunjuk aras kelestarian pembangunan, ini membolehkan negara menetapkan sasaran pencapaian IPASMke arah mencapai matlamat pembangunan lestari dan menyelesaikan masalah alam sekitar berasaskansektor indikator yang terlibat. Yang terakhir ialah, dengan wujudnya IPASM negara dapat membentuksatu model polisi pembangunan alam sekitar yang baik dan dapat dicontohi dikalangan negara - negaramembangun.Cara/Strategi Pembangunan Mampan/ Lestari Penyertaan Dan Ketelusan. Ia akan melibatkan masyarakat tempatan termasuk swasta, pihakberkuasatempatan dan jabatan kerajaan lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang programLocal Agenda 21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. Melalui Usahasama. Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihakberkepentingan di semua peringkat program Local Agenda 21. Kebertanggungjawaban. Memastikanbahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil.Pendekatan Menyeluruh. Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengancara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. Peka Kepada Keupayaan. Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alamdan selaras dengan keupayaan alam sekitar. Kesaksamaan. Memastikan bahawa semua lapisan masyarakattempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang,diwakili dalam program Local Agenda 21. 11. Mementingkan Masa Hadapan. Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebih-lebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program Local Agenda 21.Hasil Yang Nyata.Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikanberterusan. Matlamat Pembangunan MampanPemuliharan Pembangunansumberfizikal PembangunanmampanKualiti alam Kesaksamaan sekitarsosialPenyertaan politik1) Pemuliharaan Sumber Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. 2. Pembangunan Fizikal 12. Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubunganmereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. membantu menyedarkan komuniti tentang peluangyang terdapat di kawasan tersebut. meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawakepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yangmelampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedaidan kehilangan pekerjaan. 3. Kualiti Alam SekitarMengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunanyang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan. mengurangkan ataumengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Carapembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan. 4. Kesaksamaan SosialMengelakkan pembangunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskinserta menggalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. mengurangkanpembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatukawasan. 5. Penyertaan PolitikMenggalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini termasuklah didalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia mengamalkan system demokrasiberparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan 13. raya diadakan setiap 5 tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-perti politikyang bertanding.Objektif-objektif Pembangunan Mampan Terdapat beberapa objektif yang telah ditentukan di dalam pembangunan mampan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Objektif ini melibatkan ekonomi, sosial dan juga ekologi yang mana matlmatini merupakan garis panduan yang perlu dicapai dan diperolehi di dalam melaksanakan pembangunanmampan atau lestari.Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa keteria yang diambil penekanan di dalampembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkanpertambahan peluang pekerjaan, penggunaan yang meningkat, pelaburan asing serta kadar penggangurandan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapatditerima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketigaadalah kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang. Kecekapan initermasuklah pengagihan sumber yang cekap, dan mangawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.Objektif yang seterusnnya adalah sosial dimana aktiviti sosial perlulah selaras dengan pembagunanmampan yangdirancang. Objektif ini melibatkan kuasa yang dipegang oleh pemerintah di dalammembuat serta menggubal undang-undang, penyertaan daripada semua pihak di dalam aktiviti yangdilaksanakan di dalam pembangunan mampan, identiti kebudayaan yang harus dikekalkan sertapembangunan intitusi.Objekti yang terakhir adalah dari segi ekologi di mana objektif ini menekankan pemuliharaan sertapemeliharaan alam sekitar agar tidak terjejas. Objektif ini merangkumi keupayaan menampung 14. mambangunan yang dirancang serta kepelbagaian di dalam segala bentuk pembangunan agar ekologi yangtelah sedia ada tidak terjejas dan terancam. Kesimpulan Secara kesimpulan nya, pembangunan lestari atupun mampan merupakan pembangunan yangmemenuhi keperluan dan kehendak pengguna dari pelbagai aspek seperti perancangan bandar,mendapatkan makanan, dan pelbagai lagi tanpa menjejaskan alam sekitar. Pembangunan ini melibatkanpelbagai pihak antarnya kerajaan yang mengubah serta mengubal dasar bagi menjadikan pembangunan inireality yang selama ini digambarkan. Masyarakat juga tidak dapat lari dari menjadikan pembangunan iniberjaya kerana masyarakat merupakan kelompok mejoriti yang menyokong pelbagai dasar kerajaan bagimanjadikan alam sekitar yang yang sihat, pihak swasta juga perlulah memandang pembangunan lestari inimerupakan pembangunan yang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak, tanggung jawap kopratsocial yang berkaitan dengan pembagunan lestari diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentangkepentinggan pembangunan lestari ataupun mampan ini.Pihak kerajaan juga kini mula merancang kempen ini di peringkat kerajaan negeri sebagai contohnegeri Selangor yang kini giat mempunyai matlamat pembanguna mampan yang tersendiri. ltizamPembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhansebuah kerajaan negeri di Malaysia yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikanpembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan. Negeri Selangor mendokong secara rasminyakonsep pembangunan mampan melalui pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor danAgenda 21 Selangor. Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sekitar(1999) Stategi Pembangunan Mampan Selangor (2000) Agenda 21 Selangor (2001) Panduan PelaksanaanAgenda 21 Selangor (2002) 15. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan seperti contoh kempen kitar semula, cintailah sungaikita dan banyak lagi. Jika dilihat sejauh manakah keberkesanan serta perjalanan kempen ini yangdijalankan ini dapat membantu alam sekitar yang kian terceramar. Masyarakat hanya memandang rendahserta tidak melibatkan diri di dalam pelbagai kempen yang dijalankan, jester pihak kerajaan dan swastaperlu merancang stategi lagi yang difikirkan sesuai bagi menarik anggota masyarakat untuk menyertaikempen-kempen yang dijalankan. SUMBER RUJUKAN http://www.un.org/esa/sustdev/documents/agenda21/index.htmLaporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commission on Environment and Development (WCED), 1987,Laman Web Berita Bernama 6 September 2009Laman Blog Posted by AmanINDIKATOR BARU UNTUK MEMBEZAKAN KEMAJUAN DESA DAN KEMAJUAN BANDAR: Sumber: (M. Razali & Fashbir 2000) dan (M. Razali & Yahaya 2003)http://www.Majlis Pembandaran Pulau pinang.com (matlamat, pengukuran pembangunan mampan negeri pulau pinang)http:// www.online.pengajian Am 2008/2009Journal pengguna Malaysia 2008/2009 jilid 4 (pembangunan lestari)http://www.Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor