pembangunan laman web sains prasekolah ...jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa dan...

28
PEMBANGUNAN LAMAN WEB SAINS PRASEKOLAH BERDASARKAN PENDEKATAN VISUAL DINAMIK NOR ASHIKIN BINTI ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PEMBANGUNAN LAMAN WEB SAINS PRASEKOLAH BERDASARKAN

    PENDEKATAN VISUAL DINAMIK

    NOR ASHIKIN BINTI ALIAS

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • PEMBANGUNAN LAMAN WEB SAINS PRASEKOLAH BERDASARKAN

    PENDEKATAN VISUAL DINAMIK

    NOR ASHIKIN BINTI ALIAS

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana

    Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

    Fakulti PendidikanUniversiti Teknologi Malaysia

    JUN 2012

  • iii

    DEDIKASI

    Khas buat,Bonda dan Ayahanda yang dikasihi,Zaliha Harun dan Alias Masrom,budi dan jasa kalian tidak akanku lupakan,berkat doa dan dorongan kalian,menjadi penawar semangatbagiku...

    teristimewa untuk,Abang, kakak dan adik tersayang,kau menjadi sumber inspirasiku,dalam menempuhi liku dan ranjau,kata perangsang mu ubat mujarabbagiku

    terima kasih untuk,rakan-rakankuHaafidhah, Najikhah, Nadwa, Busyra, Anis danFarhana,jasa kalian akan ku semat ianya dalam kalbu,akanku ingati sepanjang hayatku

  • iv

    PENGHARGAAN

    Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah

    kurnia serta keizinanNya dapat saya menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.

    Syukur Alhamdulilah dengan izinNya dapat saya menyiapkan pembangunan perisian

    ini dengan sempurna.

    Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih

    yang tidak terhingga kepada penyelia Puan Noor Azean Binti Atan di atas

    bimbingan dan tunjuk ajar serta teguran yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini

    dijalankan. Melalui bimbingan beliau, banyak perkara dapat dipelajari sehingga saya

    telah berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.

    Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga kerana

    telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya sepanjang pembangunan

    laman web pendidikan ini dijalankan. Terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-

    rakan yang telah banyak membantu memberi tunjuk ajar dan sokongan sama ada

    secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembangunan laman web ini.

    Semoga jasa baik kalian akan diberkati oleh Allah SWT.

  • v

    ABSTRAK

    Memahami konsep Sains merupakan cabaran yang besar dalam sesebuah

    pembelajaran. Sains merupakan sebuah mata pelajaran yang memerlukan seseorang

    pelajar itu membina kefahaman mereka sendiri melalui penglibatan dan bukanlah

    sekadar mendengar penjelasan daripada guru semata-mata. Dengan adanya teknologi

    masa kini, ianya dilihat membantu dalam menghadapi masalah pembelajaran sains.

    Perkara ini turut berlaku pada pembelajaran sains, murid prasekolah yang

    memerlukan satu kaedah yang berkesan dalam penyampaian kandungannya. Justeru,

    tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah laman web

    pembelajaran Sains Prasekolah bagi topik Diri Saya berdasarkan kepada strategi

    pembelajaran visual dinamik dengan penggunaan bersama elemen multimedia.

    Kaedah penyampaian berasaskan visual adalah penting dalam matapelajaran Sains

    murid prasekolah kerana bahan visual bukan sahaja memotivasikan pelajar, malahan

    ianya mampu memudahkan pembelajaran. Semua nota dan aktiviti yang

    dibincangkan di dalam laman web pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada

    Silibus Sains Prasekolah. Reka bentuk pembangunan laman web ini adalah merujuk

    kepada Model ASSURE. Perisian utama yang digunakan dalam pembangunan laman

    web ini adalah Macromedia Dreamweaver CS4, Adobe Professional CS4, Sony

    Sound Forge dan Adobe Photoshop CS4. Oleh yang demikian, diharapkan hasil

    pembangunan laman web pembelajaran Sains prasekolah bagi topik Diri Saya ini

    dapat membantu mereka mempelajari dengan lebih jelas serta menyokong kepada

    peningkatan pemahaman serta tahap visual murid prasekolah.

  • vi

    ABSTRACT

    The challenge in learning is to understand the concept of Science. Science is a

    subject that requires students to construct their own understanding through

    participation and not just learn it verbally from their teacher. The Science learning

    disabilities are solved with the present of current technology. This situation also

    occurs in the learning of Science, an effective tool in the delivery of content is

    needed by pre-school students. Hence, the purpose of this study was to develop a

    Science website for preschool students of the topic Myself based on dynamic visual

    learning strategies with multimedia elements. Visualization methods are important in

    science subjects especially for preschool children. It is just not motivating the

    students but also facilitate them in learning. All notes and activities discussed in this

    web site are based on pre-school science syllabus. This website are constructed based

    on ASSURE Model. The main software used in the development of this site is

    Macromedia Dreamweaver CS4, Adobe CS4 Professional, Sony Sound Forge and

    Adobe Photoshop CS4. Hopefully, the outcome from the development of this

    Science Preschool website for the topic Myself will help them learn more clearly and

    support to increase the level of visual understanding for pre-schoolers.

    .

  • vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA

    PENGAKUAN

    DEDIKASI

    PENGHARGAAN

    MUKASURAT

    ii

    iii

    iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiii

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan

    1.2 Latar Belakang Masalah

    1.3 Pernyataan Masalah

    1.4 Objektif Kajian

    1.5 Rasional Kajian

    1.6 Kepentingan Kajian

    1.6.1 Pelajar

    1.6.2 Guru

    1.6.3 Sekolah

    1.7 Skop Kajian

    1

    3

    9

    10

    11

    12

    12

    13

    13

    13

  • viii

    1.8 Definisi Istilah

    1.8.1 Pembelajaran

    1.8.2 Sains

    1.8.3 Komputer

    1.8.4 Internet

    1.8.5 Laman web

    1.8.6 Visualisasi

    1.8.7 Visual Dinamik

    1.9 Penutup

    14

    14

    14

    14

    14

    15

    15

    15

    15

    2 SOROTAN KAJIAN 17

    2.1 Pengenalan

    2.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di

    Sekolah Malaysia

    2.3 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di

    Prasekolah

    2.4 Gaya Pembelajaran Berasaskan Visual

    Dinamik

    2.5 Strategi Pembelajaran Berasaskan Visual

    Dinamik

    2.6 Model-Model Reka Bentuk Pengajaran dan

    Pembelajaran

    2.7 Model Pembangunan Prototaip Laman Web

    2.8 Penutup

    17

    18

    20

    22

    24

    26

    29

    31

    3 REKA BENTUK LAMAN WEB

    3.1 Pengenalan

    33

    33

  • ix

    3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

    3.2.1 Analisa Pelajar

    3.2.2 Menyatakan Objektif

    3.2.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan

    3.2.4 Menggunakan Media dan Bahan

    3.2.5 Memerlukan Penglibatan Pelajar

    3.2.6...Melakukan Penilaian dan

    Pengubahsuaian

    3.3 Reka Bentuk Laman Web

    3.3.1 Reka Bentuk Informasi

    3.3.2 Reka Bentuk Interaksi

    3.3.2.1 Carta Alir Laman Web

    3.3.2.2 Papan Cerita Laman Web

    3.3.3 Reka Bentuk Antaramuka

    3.4 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan

    Laman Web

    3.5 Penutup

    33

    34

    34

    35

    35

    39

    40

    40

    40

    41

    41

    41

    42

    42

    43

    4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB

    4.1 Pengenalan

    4.2 Paparan Antaramuka Gaya Pembelajaran

    Visual Dinamik

    4.2.1 Reka Bentuk Tetingkap

    4.2.2 Antaramuka Menu Utama Laman Web

    4.2.3 Antaramuka Menu Belajar

    44

    44

    45

    45

    45

    48

  • x

    4.2.3.1 Antaramuka Menu Badan Saya

    4.2.3.1.1 Antaramuka Menu

    Tubuh Saya

    4.2.3.1.2 Antaramuka Menu

    Kepala Saya

    4.2.3.1.3 Antaramuka Menu

    Deria Saya

    4.2.3.2 Antaramuka Menu Keluarga

    Saya

    4.2.3 Antaramuka Menu Aktiviti

    4.2.4 Antaramuka Menu Main

    4.2.5 Antaramuka Menu Video

    4.2.6 Antaramuka Menu Peta Lokasi

    4.2.7 Antaramuka Menu Hubungi Saya

    4.3 Ciri-ciri Perisian Pembelajaran Mutltimedia

    Dalam Laman Web

    4.3.1 Interaktif

    4.3.2 Mesra Pengguna

    4.3.3 Grafik dan Animasi

    4.3.4 Teks

    4.3.5 Audio

    4.5 Penutup

    49

    52

    57

    62

    64

    67

    69

    71

    72

    73

    73

    74

    74

    75

    76

    76

    76

    5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

    KESIMPULAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Ringkasan Laman Web Sains Diri Saya

    5.3 Perbincangan

    77

    77

    77

    79

  • xi

    5.3.1 Pembinaan Laman Web Berasaskan

    Objektif

    5.3.2 Pembinaan Laman Web Berasaskan

    Model ASSURE

    5.3.3 Pembangunan Laman Web

    Berdasarkan Strategi Pembelajaran

    Visualisasi Dinamik

    5.4 Kelebihan Laman Web Sains Diri Saya

    5.5 Kekurangan Laman web Sains Diri Saya

    5.6 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Dalam

    Pembangunan Laman Web

    5.7 Cadangan

    5.8 Penutup

    79

    80

    80

    81

    83

    84

    85

    86

    BIBLIOGRAFI

    LAMPIRAN

    87

    90

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO.

    JADUAL

    TAJUK MUKASURAT

    1 Strategi Pembelajaran Visual Dinamik Pada

    Keseluruhan Laman Web

    36

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

    Rajah 2.1

    Rajah 4.1

    Rajah 4.2

    Rajah 4.3

    Rajah 4.4

    Rajah 4.5

    Rajah 4.6

    Rajah 4.7

    Rajah 4.8

    Rajah 4.9

    Rajah 4.10

    Rajah 4.11

    Rajah 4.12

    Rajah 4.13

    Rajah 4.14

    Rajah 4.15

    Rajah 4.16

    Model Gerlach-Ely

    Paparan Menu Utama

    Segmen di Paparan Menu Utama

    Prinsip Persentuhan Pada Paparan Menu Utama

    Aspek Kawalan Pelajar Melalui Button Skip

    Paparan Menu Belajar Bagi Topik Badan Saya

    Perkumpulan Secara Visual Bagi Paparan Menu

    Badan Saya

    Prinsip Persentuhan Pada Paparan Topik Badan

    Saya

    Prinsip Persentuhan Pada Paparan Menu Belajar

    Paparan Menu Tubuh Saya

    Paparan Button Sebelum dan Selepas

    Perkumpulan Secara Visual Pada Paparan Menu

    Tubuh Saya

    Paparan Gambar Bagi Menu Tubuh Saya

    Paparan Ejaan Bagi Menu Tubuh Saya

    Paparan Fakta Bagi Menu Tubuh Saya

    Paparan Menu Kepala Saya

    Prinsip Modaliti Pada PaparanMenu Kepala

    28

    46

    47

    48

    49

    50

    51

    51

    52

    52

    53

    54

    55

    56

    57

    58

    59

  • xiv

    Rajah 4.17

    Rajah 4.18

    Rajah 4.19

    Rajah 4.20

    Rajah 4.21

    Rajah 4.22

    Rajah 4.23

    Rajah 4.24

    Rajah 4.25

    Rajah 4.26

    Rajah 4.27

    Rajah 4.28

    Rajah 4.29

    Rajah 4.30

    Rajah 4.31

    Rajah 4.32

    Rajah 4.33

    Rajah 4.34

    Saya

    Pautan Sebelum dan Selepas Pada Paparan Menu

    Kepala Saya

    Isyarat ataupun Cuing yang Digunakan Pada

    Menu Kepala Saya

    Prinsip Persentuhan dan Perkumpulan Secara

    Visual Pada Menu Kepala Saya

    Paparan Menu Deria Saya

    Perkumpulan Secara Visual Bagi Menu Deria

    Saya

    Paparan Anggota Keluarga

    Paparan Ejaan Anggota Keluarga

    Paparan Salasilah Keluarga

    Paparan Aktiviti Padankan Anggota Tubuh

    Paparan Aktiviti Kenal Pasti Anggota Tubuh

    Paparan Aktiviti Kenal Pasti Anggota Deria

    Paparan Menu Main

    Paparan Menu Video

    Paparan Menu Peta Lokasi

    Paparan Menu Hubungi Saya

    Paparan Menu Bagi Setiap Paparan

    Paparan Kawalan Pelajar Terhadap Isi

    Kandungan

    Paparan Penggunaan Warna dan Teks Yang

    Bersesuaian

    60

    61

    61

    62

    63

    65

    65

    66

    67

    68

    69

    70

    71

    72

    73

    74

    74

    75

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Sistem pendidikan iaitu melalui sistem persekolahan merupakan elemen yang

    penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat

    dari segi ekonomi, politik dan sosial (Mior Khairul Azrin, 2010). Pendidikan juga

    merupakan satu institusi sosial yang berperanan dalam menyediakan tenaga kerja pakar,

    profesional dan teknikal. Melalui pendidikan, sikap, nilai serta set minda seperti bersedia

    untuk menerima perubahan, inovasi dan penggunaan sains dan teknologi dalam bidang

    kerja dan kehidupan seharian dapat dibentuk terutamanya dikalangan generasi muda

    (Robiah et.al, 2001).

    Namun dalam mencapai hasrat pendidikan, sistem pendidikan di Malaysia telah

    menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan (Tan, 2010). Cabaran dan rintangan ini

    adalah bagi mengatasi setiap isu-isu dan masalah dalam sistem pendidikan di Malaysia.

    Antara isu pendidikan yang sering diperdebatkan adalah pengisian kurikulum dan ko-

    kurikulum bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Menurut Mior Khairul Azrin (2010),

    sekiranya pengisian dalam ko-kurikulum dan kurikulum mengikut keperluan rakyat,

    maka sebarang masalah tidak akan timbul. Hal demikian kerana pengisian kurikulum

    dan ko-kurikulum akan memberi kesan kepada pelajar sama ada positif atau negatif

    dalam membentuk jati diri dan disiplin pelajar.

  • 2

    Sungguhpun kurikulum di sekolah dan institusi latihan di anggap sesuai dan

    relevan, teknik pengajaran guru dinilai masih lagi kurang positif. Tiada halangan bagi

    guru memilih pendekatan dalam pengajaran mereka tetapi guru haruslah menyampaikan

    pengajaran dengan mengambil kira tahap pencapaian pelajar. Atas desakan

    tanggungjawab untuk menghabiskan silibus mengikut masa yang ditetapkan, ramai guru

    menggunakan pendekatan pengajaran sehala sahaja dan tidak melibatkan peranan pelajar

    secara aktif di bilik darjah (Robiah et.al, 2001).

    Di peringkat sekolah rendah pula, isu utama yang dibincangkan adalah masih

    terdapat pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira (Hafiza

    & Halimah, 2010). Selain itu, masalah membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah

    masih lagi berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian

    seperti memberikan kemudahan pendidikan yang sempurna dan berkualiti (Tamam et.al,

    2011).

    Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan

    Kebangsaan dimana kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun

    akan diberikan pendidikan awal sebelum mereka melangkah ke sekolah (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2001). Isu dan permasalahan yang terdapat ketika mengajar

    di peringkat prasekolah adalah celik huruf, kesukaran menguasai konsep nombor dan

    kurang pengetahuan dalam pengajaran sains awal (Imran Ariff et al, 2010). Sikap dan

    keyakinan guru-guru prasekolah dalam pengajaran sains awal turut menjadi isu bagi

    pendidikan Sains di prasekolah (Zuraida & Hashimah, 2004).

    Sains merupakan satu bidang keilmuan, hasil daripada usaha manusia untuk

    mencari penerangan yang rasional tentang fenomena alam semula jadi. Sains

    merangkumi tiga komponen utama iaitu proses, hasil dan sikap (Pusat Pembangunan

    Kurikulum, 2006). Sains juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang membolehkan

    manusia menerang dan memahami tabii alam. Sains bagi kanak-kanak prasekolah

    bermula apabila kanak-kanak ini sedar mereka dapat belajar berhubung alam kehidupan

  • 3

    mereka melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri. Pengetahuan mengenai sains

    membolehkan kanak-kanak prasekolah ini memahami fenomena yang terjadi di

    sekeliling mereka (Zurida et. al, 2003).

    Pelajar prasekolah ini bukan sahaja berminat dengan alam semula jadi malah

    teknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian turut menarik minat mereka.

    Antara teknologi yang mampu menarik minat kanak-kanak ini adalah televisyen,

    komputer, telefon dan pelbagai lagi (Zuraida et. al, 2003). Hillary (1991) dalam

    penulisan Zurina et. al (2008) menegaskan bahawa komputer akan dapat membantu guru

    dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    Selain berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran, penggunaan

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) membolehkan pelajar bukan sekadar

    menghafal fakta-fakta sahaja tetapi bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

    Disamping itu, penggunaan laman web merupakan kaedah alternatif dalam

    mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (Robiah & Sakinah, 2007).

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Sistem pendidikan di Malaysia telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan

    (Tan, 2010). Antara isu pendidikan adalah pengisian kurikulum dan ko-kurikulum bagi

    sekolah-sekolah di Malaysia. Menurut Mior Khairul Azrin (2010), sekiranya pengisian

    dalam ko-kurikulum dan kurikulum mengikut keperluan rakyat maka sebarang masalah

    tidak akan timbul. Hal ini demikian kerana pengisian kurikulum dan ko-kurikulum akan

    memberi kesan kepada pelajar sama ada positif atau negatif dalam membentuk jati diri

    dan disiplin.

  • 4

    Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan salah satu isu pendidikan yang hangat

    diperdebatkan sehingga ke hari ini. Perlaksanaan PPSMI telah mengakibatkan jurang

    pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar semakin ketara hingga akhirnya

    kabinet memutuskan untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 disertai dengan

    strategi untuk Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

    (MBMBMI) (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2010). Perlaksanaan PPSMI telah

    mendapat bantahan daripada pelbagai pihak atas faktor pelajar hilang minat terhadap

    mata pelajaran Sains. Hal ini kerana pengusaaan konsep Sains adalah lebih sukar dicapai

    bagi pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris terutamanya pelajar di kawasan luar

    bandar (Aziz & Yang, 2010). Justeru itu PPSMI telah dimansuh dan digantikan dengan

    MBMMBI bagi penambahbaikan lagi sistem pendidikan di dan Malaysia.

    Isu dalam bidang pendidikan yang berikutnya adalah merealisasikan Wawasan

    2020. Cabaran ke enam bagi Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik

    dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang

    kehadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang

    kepada tamadun saintifik teknologi masa depan. Bagi merealisasikan Wawasan 2020 ini,

    adalah diharapkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu sains dan teknologi dapat

    dicapai. Pembelajaran Sains yang berkesan akan menjadikan pelajar sebagai

    penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Aziz & Hui Ling,

    2007).

    Di peringkat sekolah rendah pula, isu utama yang dibincangkan adalah masih

    terdapat pelajar sekolah rendah yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira (Hafiza

    & Halimah, 2010). Selain itu, masalah membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah

    masih lagi berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian

    seperti memberikan kemudahan pendidikan yang sempurna dan berkualiti. Enam faktor

    utama yang menyumbang kepada masalah tidak boleh membaca ini adalah kaedah atau

    cara pengajaran guru, persekitaran, psikologi, individu, masa pengajaran dan teks yang

    digunakan. Faktor ini membawa kesan negatif kepada pelajar dan jika tidak diatasi,

  • 5

    masalah ini boleh menjejaskan masalah akedemik pelajar secara keseluruhannya

    (Tamam et.al, 2008).

    Pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan

    Kebangsaan dimana kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun

    akan diberikan pendidikan awal sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

    Selain itu, program pendidikan prasekolah hendaklah bersesuaian dengan perkembangan

    kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran mereka, membina sikap positif dan

    akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi

    yang optimum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

    Pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan telah menggantikan Kurikulum

    Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun 2003 dengan Kurikulum Standard

    Prasekolah Kebangsaan dan digunakan sehingga kini. Hal ini kerana, kurikulum

    kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu

    akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus

    utama teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2010).

    Bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,

    kerajaan telah memberi tumpuan kepada 4 sub-Dalam Bidang Keberhasilan Utama

    Negara (NKRA) dimana sub pertama bagi NKRA adalah pendidikan prasekolah.

    Terdapat tujuh teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang

    berkualiti dan berkemampuan iaitu penubuhan jawatankuasa penyelarasan prasekolah

    kebangsaan dan bahagian prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM), Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, menyeragamkan

    bantuan kepada murid prasekolah kerajaan serta meningkatkan kualiti guru dan

    pembantu guru. Teras yang berikutnya adalah menambah bilangan kelas prasekolah di

    kawasan miskin bandar, luar bandar dan pendalaman, meningkatkan Perkongsian Pintar

  • 6

    Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah serta mewujudkan Sistem maklumat

    Prasekolah Kebangsaan (NKRA, 2009).

    Namun masih lagi terdapat pelbagai isu dan masalah yang berlaku pada P&P

    prasekolah. Antara isu dan permasalahan peringkat prasekolah adalah celik huruf,

    kesukaran menguasai konsep nombor dan kurang pengetahuan dalam pengajaran sains

    awal (Imran Ariff et. al, 2010). Sikap dan keyakinan guru-guru prasekolah dalam

    pengajaran sains awal turut menjadi isu bagi pendidikan Sains di peringkat prasekolah.

    Keberkesanan kurikulum Sains banyak bergantung kepada guru-guru yang berada di

    bilik darjah. Bagi melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan, guru-guru

    diharapkan faham, menghayati serta mampu melaksanakan kurikulum seperti mana yang

    dihasratkan. Guru-guru juga merupakan teras kepada suasana pembelajaran sains di

    sekolah (Zurida & Hashimah, 2004).

    Dalam pembelajaran Sains, kanak-kanak tidak hanya mendengar penjelasan

    daripada guru sebaliknya mereka membina kefahaman sendiri melalui penglibatan. Bagi

    kanak-kanak, dunia ini dipenuhi dengan pelbagai fenomena, perkara misteri dan benda

    yang menarik yang perlu diterokai dan difikirkan. Mereka sememangnya berminat

    mempelajari alam kehidupan mereka. Malah, kanak-kanak ini tidak hanya berminat

    dengan alam semulajadi sahaja. Mereka turut berminat dengan hasilan teknologi yang

    digunakan dalam kehidupan seharian seperti komputer, internet, televisyen, permainan

    video dan segala macam peralatan canggih (Zurida et.al, 2003).

    Pada era globalisasi dan digital masa kini, perubahan kaedah pengajaran dan

    pendidikan dituntut atas faktor perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

    Perkembangan ini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi

    pemangkin dan alat utama dalam menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya

    membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli, 2000).

  • 7

    Sedar akan hakikat ini, kerajaan telah memperkenalkan konsep e-Pembelajaran

    yang telah membuka dimensi baru dalam pendekatan proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia. Berlainan dengan konsep pembelajaran

    tradisional, fokus utama dalam e-Pembelajaran adalah pelajar. Pelajar bertanggungjawab

    terhadap pembelajaran mereka dan mereka perlulah berdikari pada masa-masa tertentu.

    Guru juga berperanan sebagai fasilitator yang akan membantu dan membimbing pelajar

    dalam mempelajari sesuatu perkara (Robiah & Sakinah, 2007).

    Kajian membuktikan bahawa komputer akan dapat membantu guru dalam

    melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pembelajaran

    berasaskan multimedia turut memberi kepelbagaian dalam pendidikan disamping

    sokongan kepada kaedah pembelajaran tradisional seperti syarahan, pembacaan,

    perbincangan dalam kumpulan dan banyak lagi (William, 2008).

    Selain itu, penggunaan multimedia membawa kepada gaya pembelajaran

    visualisasi dimana visual membawa peranan yang penting dalam proses penyampaian

    maklumat dan pengetahuan. Terdapat dua tujuan utama penggunaan visual iaitu untuk

    menyampaikan sesuatu idea serta menjana, melahirkan dan mecangkup idea-idea baru

    (Norasikin et. al,2011). Malah, dalam persembahan sesuatu maklumat visual turut

    digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan proses. Perkara-perkara ini amat

    penting dalam proses pembelajaran Sains terutamanya bagi pelajar prasekolah.

    Menurut Mohd Daud (2004). Visualisasi didefinisikan sebagai keupayaan

    membayangkan rupabentuk dan memutarkan bayangan tersebut dari pelbagai arah.

    Keupayaan ini merupakan pendekatan pembelajaran yang patut diserapkan ke dalam diri

    pelajar agar mereka dapat mencari penyelesaian dalam masalah yang diberi. Dengan

    adanya keupayaan tambahan seperti visualisasi, pelajar tidak hanya menggunakan

    memori ingatan sepenuhnya untuk menghafal fakta-fakta tetapi visualisasi dapat

    membantu pelajar menjalankan proses imaginasi dalam penyelesaian masalah. Selain

    itu, kebolehan adalah satu bentuk kecerdasan yang membolehkan seseorang itu mencipta

  • 8

    gambaran mental dan mengamati dunia visual. Mereka ini mempunyai kepekaan

    terhadap warna, garis, bentu dan ruang (Ramlah, 2002).

    Seganchuk (1997) dalam penulisan Zaidatun et.al (2007) menjelaskan bahawa

    visual juga terdapat dalam dua bentuk yang ditafsir sebagai Visual Statik dan Visuali

    Dinamik. Visual Statik tidak berubah dan memberi apa-apa perubahan pada bila-bila

    masa dan visual ini adalah agak terhad. Manakala Visual Dinamik mempunyai peranan

    yang tinggi dimana elemen grafik yang dipaparkan boleh berubah bila-bila masa dan

    situasi. Malah, ciri interaktif yang dimiliki oleh multimedia membenarkan pengguna

    berinteraksi dengan media secara aktif. Selain itu, pembelajaran visual dinamik juga

    merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan elemen-elemen multimedia

    secara visual. Penggunaan visual dinamik ini mampu menarik minat pelajar untuk

    belajar (Chandler, 2009). Visual dinamik juga merupakan satu teori pembelajaran yang

    menggunakan pendekatan teori bebanan kognitif di mana ianya digunakan bagi

    mengurangkan bebanan kognitif dalam minda pelajar ketika pembelajaran berlangsung

    (Chandler, 2004).

    Kajian yang dijalankan oleh Mohamed et.al (2005) telah mengetengahkan lima

    strategi yang boleh digunakan bagi menghasilkan reka bentuk pengajaran berasaskan

    gaya pembelajaran visual dinamik. Strategi-strategi tersebut adalah kawalan pelajar,

    perkumpulan secara visual, prinsip modaliti, isyarat ataupun cuing dan prinsip

    persentuhan. Penggunaan multimedia dalam pendidikan membolehkan pelajar

    menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi menerusinya (Robiatul &

    Halimah, 2010).

    Oleh yang demikian, pembangun ingin merekabentuk dan menghasilkan laman

    web pembelajaran Sains prasekolah bertajuk “Diri Saya” berdasarkan gaya kepada

    strategi pembelajaran visual dinamik dengan menggunakan elemen multimedia.

  • 9

    1.3 Pernyataan Masalah

    Kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun merupakan mereka yang

    layak untuk memasuki prasekolah (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2001). Pada

    peringkat umur ini, mereka sememangnya berminat mempelajari alam kehidupan tetapi

    mereka masih belum faham hubungan, sebab dan akibat daripada fenomena-fenomena

    yang terjadi di sekeliling mereka (Zurida et. al, 2003). Zol Azlan (2000) dalam

    penulisan Yang (2008) menyatakan bahawa cabaran pembelajaran Sains ialah

    memahami konsep Sains (Yang, 2008).

    Selain itu, pembelajaran menggunakan satu kaedah sahaja seperti syarahan turut

    akan menyebabkan murid hilang minat terhadap mata pelajaran ini. Bagi menepati

    tujuan ini, kepelbagaian teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan

    sesuai dengan kebolehan pelajar, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira

    (Zurina et. al, 2008). Guru-guru juga merupakan teras kepada suasana pembelajaran

    Sains di sekolah (Zurida & Hashimah, 2004).

    Pelajar prasekolah ini tidak hanya berminat dengan fenomena alam semulajadi

    sahaja. Mereka turut berminat dengan teknologi masa kini yang digunakan dalam

    kehidupan seharian mereka seperti komputer, internet, televisyen, permainan video dan

    segala macam peralatan canggih (Zurida et.al, 2003). Hillary (1991) dalam penulisan

    Zurina et. al (2008) menegaskan bahawa komputer akan dapat membantu guru dalam

    melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    Penggunaan komputer juga akan dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar.

    Selain itu, mempelajari matapelajaran Sains bukan dengan menghafal semata-mata

    (Zurida et.al, 2003). Malah, dalam persembahan sesuatu maklumat visual turut

    digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan proses. Perkara-perkara ini amat

    penting dalam proses pembelajaran Sains terutamanya bagi pelajar prasekolah. Menurut

  • 10

    Mohd Daud (2004), visualisasi didefinisikan sebagai keupayaan membayangkan

    rupabentuk dan memutarkan bayangan tersebut dari pelbagai arah. Keupayaan ini

    merupakan pendekatan pembelajaran yang patut diserapkan ke dalam diri pelajar agar

    mereka dapat mencari penyelesaian dalam masalah yang diberi. Dengan adanya

    keupayaan tambahan seperti visualisasi, pelajar tidak hanya menggunakan memori

    ingatan sepenuhnya untuk menghafal fakta-fakta tetapi visualisasi dapat membantu

    pelajar menjalankan proses imaginasi dalam penyelesaian masalah.

    Selain itu, ciri interaktif yang dimiliki oleh multimedia membenarkan pengguna

    berinteraksi dengan media secara aktif. Visual dinamik merupakan satu teori

    pembelajaran yang menggunakan pendekatan teori bebanan kognitif di mana ianya

    digunakan bagi mengurangkan bebanan kognitif dalam minda pelajar ketika

    pembelajaran berlangsung (Chandler, 2004). Kajian yang dijalankan oleh Mohamed

    et.al (2005) telah mengetengahkan lima strategi yang boleh digunakan bagi

    menghasilkan reka bentuk pengajaran berasaskan gaya pembelajaran visual dinamik.

    Strategi-strategi tersebut adalah kawalan pelajar, perkumpulan secara visual, prinsip

    modaliti, isyarat ataupun cuing dan prinsip persentuhan.

    Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi membangunkan sebuah laman

    web pembelajaran Sains Prasekolah bagi topik Diri Saya berdasarkan strategi

    pembelajaran visual dinamik bersama elemen multimedia.

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif umum kajian ini adalah untuk membangunkan laman web pendidikan

    bagi pelajar prasekolah bagi tajuk “Diri Saya”. Objektif khusus kajian ini adalah:

  • 11

    i. Untuk merekabentuk dan menghasilkan sebuah laman web pembelajaran Sains

    prasekolah bertajuk “Diri Saya” berdasarkan strategi pembelajaran visual

    dinamik bersama elemen multimedia.

    1.5 Rasional Kajian

    Sains dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang membolehkan manusia menerang dan

    memahami tabii alam. Pada peringkat umur pelajar prasekolah, mereka menghadapi

    masalah dalam membuat hubungan atau perkaitan mengenai fenomena alam semulajadi

    (Zurida et. al, 2003). Masalah yang sering dihadapi semasa perlaksanaan P&P subjek

    Sains adalah memahami konsep Sains (Yang, 2008).

    Penerapan elemen multimedia dalam pembelajaran akan mampu meningkatkan

    kebolehan visual seseorang pelajar. Malah, dalam persembahan sesuatu maklumat visual

    turut digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan proses. Perkara-perkara ini amat

    penting dalam proses pembelajaran Sains terutamanya bagi pelajar prasekolah. Visual

    dinamik merupakan satu teori pembelajaran yang menggunakan pendekatan teori

    bebanan kognitif di mana ianya digunakan bagi mengurangkan bebanan kognitif dalam

    minda pelajar ketika pembelajaran berlangsung (Chandler, 2004). Bagi setiap

    pembelajaran yang berkesan, jumlah bebanan kognitif mestilah tidak melebihi sumber

    mental pelajar. Kajian yang dijalankan oleh Mohamed et.al (2005) telah

    mengetengahkan lima strategi yang boleh digunakan bagi menghasilkan reka bentuk

    pengajaran berasaskan gaya pembelajaran visual dinamik. Strategi-strategi tersebut

    adalah kawalan pelajar, perkumpulan secara visual, prinsip modaliti, isyarat ataupun

    cuing dan prinsip persentuhan.

    1.muka depan.pdf2.pdf3.pdf4.pdf5.pdf6.pdftak penuh.pdf