tahap penguasaan pelajar tingkatan empat terhadap … · bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan...

26

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih
Page 2: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih
Page 3: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP

KOMPONEN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

(KBKK) DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK

FATTIMA ZAHARA BINTI ZABA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 4: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih
Page 5: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

iii

DEDIKASI

Buat mak dan abah yang dikasihi, Norillah Ismail dan Zaba Aman,

Abang dan adik-adik Omar Mokhtar, Hamizah Nadzira dan Hamizan Hakim,

Teristimewa, buat tunang tercinta, Khairul Nizam Latif,

Yang sentiasa memberi sokongan padu dan galakan yang tak terhingga,

Kehadiran kalian amat bermakna dalam hidupku…

“Success is the ability to go from failure to failure without losing your

enthusiasm”

Sir Winston Churchill

Page 6: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan

Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Marlina Bt Ali,

selaku penyelia PSM saya di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan kesabaran yang

dicurahkan ke atas saya sepanjang proses menyiapkan PSM ini. Jasa puan akan saya

kenang sampai bila-bila.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

sokongan dan galakan, pegawai-pegawai yang terlibat, guru-guru sekolah, guru-guru

praktikal dan para pelajar yang memberi banyak bantuan dan kerjasama dalam

tempoh kajian saya ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kalian.

Tidak ketinggalan ibu dan bapa serta tunang tersayang yang sangat banyak

memberi sokongan dan bantuan dari segi moral dan mental. Tanpa mereka, mungkin

sukar untuk saya siapkan laporan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 7: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan terhadap komponen

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam matapelajaran

matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah Kulai,

Johor. Seramai 100 orang pelajar pelbagai aliran yang terdiri daripada 60 orang

pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian

yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian diagnostik. Statistik deskriptif seperti

min, sisihan piawai dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t, ujian

ANOVA sehala dan ujian korelasi Pearson diaplikasikan dalam kajian ini

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0.

Keputusan kajian mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK

dalam matapelajaran matematik adalah lemah. Kajian mendapati tiada perbezaan

yang bererti di antara tahap penguasaan komponen KBKK yang dikaji merentas

jantina dan etnik pada aras bererti .05. Manakala bagi komponen membanding dan

membeza terdapat perbezaan yang bererti di antara pelajar Melayu dan Cina.

Dapatan kajian juga mendapati terdapat pertalian yang sederhana kuat bagi tahap

penguasaan terhadap komponen KBKK dengan pencapaian matematik pelajar dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Page 8: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

vi

ABSTRACT

This research was carried out to identify the level of critical and creative

thinking (KBKK) in mathematics among form four students at one of the school in

Kulai, Johor. There were 100 students from various stream consists of 60 male

students and 40 female students involved in this research. Diagnostic test used as the

instrument of the research. Descriptive statistics such as min, standard deviation and

percentage along with inferential statistics such as t-test, one way ANOVA and

Pearson correlation test applied in this study using Statistical Package for Social

Science version 15.0 software. The research found that students’ levels of critical

and creative thinking in mathematics are weak. Furthermore, there were no

significant differences between the levels of KBKK towards gender and ethnic at

alpha level .05. The data shows that for comparing and differencing component,

there were significant difference between Malay and Chinese students. Moreover,

there were relation for levels of KBKK and students’ mathematics achievement in

Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Page 9: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Senarai kandungan vii

Senarai jadual xii

Senarai rajah xiv

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 6

1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar 8

1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai 8

sesuatu yang rigid dan tidak berkembang

1.2 Penyataan Masalah 10

1.3 Objektif Kajian 10

Page 10: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.4 Persoalan Kajian 10

1.5 Kerangka Konsep 11

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.6.1 Kepentingan Kepada Pelajar 13

1.6.2 Kepentingan Kepada Guru 14

1.6.3 Kepentingan Kepada Kementerian 14

Pendidikan Malaysia

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Takrifan Operasi 15

1.9 Rumusan 20

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 21

2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif 21

2.1.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 22

2.1.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 25

2.2 Penerapan KBKK Dalam Matematik 27

2.3 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Dalam 28

Matapelajaran Matematik

2.3.1 Pertalian Antara Tahap Penguasaan 29

Komponen KBKK

Dalam Matapelajaran Matematik Merentas

Jantina, Etnik dan Pencapaian

2.4 Rumusan 34

Page 11: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

3 PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.0 Pendahuluan 35

3.1 Reka Bentuk Kajian 35

3.2 Sampel Kajian 36

3.3 Alat Kajian 36

3.4 Tatacara Kajian 38

3.5 Kajian Rintis 39

3.6 Kebolehpercayaan Alat Kajian 39

3.7 Analisis Data 40

3.8 Andaian 44

3.9 Batasan Kajian 44

3.10 Rumusan 45

4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 46

4.1 Analisis Data 46

4.1.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47

Terhadap Komponen KBKK

4.1.2 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 49

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.1.3 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.1.4 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 51

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

Page 12: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.1.5 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.1.6 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 53

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik

4.1.7 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 54

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik

4.1.8 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 55

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik

4.1.9 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 56

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Etnik

4.1.10 Tahap Kemahiran Membanding dan Membeza 57

Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.1.11 Tahap Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 58

Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.1.12 Tahap Kemahiran Mencipta Analogi 59

Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.1.13 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 60

Pelajar Tingkatan Empat Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.2 Rumusan 61

Page 13: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 62

5.1 Ringkasan 62

5.2 Kesimpulan Kajian 63

5.3 Perbincangan 66

5.3.1 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap Komponen KBKK 66

5.3.2 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 67

Komponen KBKK Merentas Jantina

5.3.3 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 68

Komponen KBKK Merentas Etnik

5.3.4 Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap 69

Komponen KBKK Merentas Pencapaian

5.4 Cadangan 71

5.4.1 Cadangan Kepada Guru 71

5.4.2 Cadangan Kepada Pelajar 74

5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia 77

5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 78

RUJUKAN 81

LAMPIRAN

Lampiran A 84

Lampiran B 87

Lampiran C 89

Lampiran D 99

Page 14: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Komponen KBKK Mengikut Item 37

3.2 Tahap Pencapaian Mengikut Peratusan 41

3.3 Garis Panduan Guilford 42

3.4 Ujian Statistik Untuk Persoalan Kajian 43

4.1 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 47

Terhadap Komponen KBKK

4.2 Tahap Penguasaan Pelajar Tingkatan Empat 48

Terhadap Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

4.3 Ujian-t Kemahiran Membanding dan Membeza 49

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.4 Ujian-t Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan 50

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.5 Ujian-t Kemahiran Mencipta Analogi 51

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.6 Ujian-t Kemahiran Menyelesaikan Masalah 52

Pelajar Tingkatan Empat Merentas Jantina

4.7 Ujian ANOVA sehala Tahap Kemahiran 53

Membanding dan Membeza Merentas Etnik

Page 15: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

xiii

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.8 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 54

Menyusun Mengikut Turutan Merentas Etnik

4.9 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 55

Mencipta Analogi Merentas Etnik

4.10 Ujian ANOVA Sehala Tahap Kemahiran 56

Menyelesaikan Masalah Merentas Etnik

4.11 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 57

Membanding dan Membeza Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.12 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 58

Menyusun Mengikut Turutan Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.13 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 59

Mencipta Analogi Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

4.14 Ujian Signifikan Korelasi Tahap Kemahiran 60

Menyelesaikan Masalah Merentas

Pencapaian Matematik Pelajar

Page 16: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Kerangka Konsep Kajian 12

2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 24

2.2 Dua Komponen Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 26

Page 17: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang merealisasikan

matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Sewaktu melancarkan

Wawasan 2020 pada Februari 1991, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju, sangat penting untuk kita menggunakan

sepenuhnya apa yang berada di antara telinga kita, iaitu minda dan bukannya yang

berada di antara bahu kita, iaitu kekuatan atau yang berada di antara tapak kaki kita

iaitu sumber semulajadi (Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Ini

jelas menunjukkan bahawa pemikiran yang maju dan tahap intelektual yang tinggi

memainkan peranan penting bagi membangunkan negara ke arah mencapai negara

maju.

Dalam abad ke-21 ini, proses modenisasi dan perkembangan teknologi

berlaku dengan begitu pesat. Justeru, rakyat Malaysia mesti melengkapkan diri

dengan kemahiran-kemahiran yang boleh menggerakkan Malaysia ke arah matlamat

Wawasan 2020 dan mampu berfikir pada tahap yang tinggi. Ini kerana

pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada minda dan prestasi

Page 18: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

2

rakyatnya ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Dalam mencorakkan

masyarakat yang berdaya intelektual tinggi, sistem pendidikan amat memainkan

peranan penting dan bertanggungjawab dalam asas pembentukan dan perkembangan

minda masyarakat. Hasrat ini terkandung dalam Wawasan 2020 iaitu cabaran yang

keenam; membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya

cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan

sahaja dapat menentukan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap

pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan ( Tun Dr Mahathir,

1991).

Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana

dalam dunia pendidikan amat ditekankan proses melahirkan insan yang mempunyai

daya intelektual yang tinggi dan berakhlak mulia, seimbang dan bersepadu ( Nik

Azis Nik Pa, 1992). Penekanan juga diberikan untuk melahirkan individu yang dapat

berusaha secara sedar untuk menjayakan pembentukan insan dan warganegara yang

mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu seperti yang terkandung dan

dinyatakan dengan jelas dalam FPK :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003)

Sehubungan dengan itu, para pelajar iaitu generasi muda yang bakal meneraju

negara pada masa akan datang perlulah mempunyai persediaan yang secukupnya

dalam pembinaan intelek dan sahsiah yang tinggi. Mereka perlu memahirkan diri

Page 19: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

3

dan boleh menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dengan

sebaik-baiknya kerana KBKK merupakan asas kepada tahap intelektual yang tinggi.

Walaupun KBKK bukan merupakan suatu mata pelajaran yang terdapat

dalam sukatan matapelajaran di sekolah, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan

dalam semua matapelajaran agar pelajar dapat meningkatkan daya intelek mereka

seiringan dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS)

(Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Pelajar yang menepati FPK

seterusnya akan dapat memenuhi hasrat negara ke arah matlamat Wawasan 2020.

Pelajar umumnya menganggap matematik sebagai sesuatu yang telah tersedia

ada dan terpisah jauh dari aktiviti harian ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).

Sebagai contoh, mereka tidak dapat menghubungkaitkan matematik yang dipelajari

di sekolah dengan kehidupan seharian dan persekitaran mereka. Mereka tidak

menyedari bahawa matematik berada di sekitar mereka. Aplikasi-aplikasi matematik

banyak terdapat di sekeliling seperti aplikasi Teorem Pitagoras. Teorem ini bukan

sahaja berguna untuk membina segitiga seperti yang dipelajari dalam kelas, tetapi

aplikasinya melibatkan pembinaan bangunan, pengiraan panjang seperti mengira

panjang tiang bendera, kedalaman tasik dan sebagainya.

Satu lagi contoh yang mudah ialah peratus. Penggunaannya dalam kehidupan

amat meluas seperti dalam pengiraan potongan harga ketika belian barang-barang.

Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak menggunakan daya pemikiran mereka yang

sepatutnya sedangkan tahap intelektual yang tinggi amat diperlukan dalam

merealisasikan Wawasan 2020. Mereka juga tidak seharusnya hanya cemerlang

dalam peperiksaan tetapi tahu menggunakan pengetahuan yang dipelajari dan ia

dapat diterap dengan adanya komponen KBKK dalam pelajaran. Dasar Modal Insan

yang keenam menekankan tentang perkara ini;

Page 20: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

4

“Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi

yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan

pengetahuan.”

( Abdullah Ahmad Badawi, 2005)

Pandangan bahawa matematik adalah sesuatu yang statik (Allen dan

Johnston, 2004) serta menghafal boleh membantutkan pemikiran pelajar dan ini

memberi kesan dalam perkembangan intelektual mereka. Latif Samian (1994)

menyatakan bahawa matematik merupakan suatu aktiviti intelek yang

memberangsangkan. Jadi, jelas sekali bahawa matematik mampu meningkatkan

keupayaan pemikiran individu dan dengan penerapan KBKK, pelajar dapat

menaikkan tahap intelektual mereka.

Selain bertepatan dengan matlamat FPK dan Wawasan 2020, kepentingan

tahap intelektual juga terdapat dalam teras kedua Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK-9);

“Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa depan bergantung kepada

mutu modal insan yang dimiliki, bukan sekadar intelek tapi keperibadian.

Penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Persekitaran

yang menggalakkan untuk penyelidikan dan pembangunan. Selain itu

memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.”

( Abdullah Ahmad Badawi, 2005)

Oleh itu, para pelajar masa kini yang merupakan generasi masa hadapan

harus sedar kepentingan matematik dan penerapan KBKK dalam matematik.

Sehubungan dengan itu, mereka wajar memberi perhatian terhadap beberapa pekara

yang melibatkan perspektif tentang tujuan mencari dan mempelajari matematik;

Page 21: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

5

a) Perspektif matematik tulen

Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kecekapan pelajar dalam

menganalisis struktur matematik dan menemui serta mengembangkan

pengetahuan matematik yang baru. Matematik dipelajari untuk mengembangkan

disiplin matematik.

b) Perspektif matematik gunaan

Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam

memahami dan memerihalkan fenomena matematik dalam situasi sebenar dan

dalam menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dalam

bidang sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain.

c) Perspektif matematik konsepsi

Pendidikan matematik bertujuan mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam

memahami struktur, saling hubungan, prinsip, ruangan dan konsep matematik.

Tumpuan pembelajaran adalah kepada pemahaman dan bukan kepada pengiraan.

d) Perspektif kemahiran asas.

Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam

kemahiran asas terutama sekali dalam kemahiran mengira.

e) Perspektif bersepadu sejagat

Pendidikan matematik bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam

menjalankan amanah sebagai hamba dan pewaris Tuhan yang bertugas mengejar

kebaikan dunia dan akhirat.

( Nik Azis Nik Pa, 1992: m/s 6)

Berdasarkan kelima-lima perspektif di atas amat jelas sekali kepentingan

matapelajaran matematik dalam menjana generasi muda ke arah matlamat Wawasan

2020 dan KBKK merupakan komponen yang sangat perlu diterapkan dalam

matapelajaran tersebut.

Page 22: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

6

Oleh itu penyelidik berpendapat bahawa satu kajian harus dijalankan

bertujuan untuk mengetahui tahap KBKK di kalangan para pelajar dalam mata

pelajaran matematik.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam masa lima dekad kebelakangan ini, kurikulum matematik sekolah di

Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yang signifikan. Kurikulum ini telah

melalui tiga peringkat, iaitu matematik tradisi, matematik moden dan matematik

seperti dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ada sekarang.

Sebelum itu, ia dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM)

( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).

Setiap perubahan yang berlaku adalah menurut perkembangan semasa dan

keperluan masyarakat ketika itu. Pendidikan KBSM yang diperkenalkan dan

dilaksanakan secara berperingkat pada pertengahan tahun 80-an merupakan

kesinambungan pendidikan KBSR. Setiap perubahan kurikulum matematik,

daripada bentuk tradisi kepada bentuk KBSM dilakukan secara terancang

berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan kefahaman matematik yang

lebih canggih dan mencabar (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Kurikulum

terdahulu lebih tertumpu kepada kaedah latih tubi dan kemudian ia diperbaharui

dengan penerapan unsur-unsur KBKK.

Menurut Marzita Puteh (2002), pada tahun 1991, purata markah Matematik

bagi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia adalah di bawah 50%,

manakala pada 1992 hanyalah 52.3%. Terdapat peningkatan pada 1993 iaitu 52.3%

tetapi ia kembali jatuh kepada 51.9% pada 1994. Keputusan ini jelas menunjukkan

bahawa terdapat kepincangan dalam kefahaman pelajar terhadap matapelajaran

Page 23: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

7

matematik yang dipelajari di sekolah dan mempengaruhi pencapaian Matematik

mereka. Dengan perkembangan yang agak membimbangkan ini, Kementerian

Pelajaran telah memutuskan untuk menaikkan tahap pencapaian pelajar dalam

Matematik, dan salah satunya ialah penerapan unsur KBKK.

Penerapan unsur KBKK dalam Matematik yang telah diperkenalkan dalam

silibus adalah selari dengan perkembangan teknologi. Lebih-lebih lagi pada era

teknologi maklumat dalam abad ini, kefahaman dan kemahiran matematik tidak

hanya terhad kepada kebolehan menjalankan algoritma seperti operasi asas tambah,

tolak, darab dan bahagi sebagaimana yang terkandung dalam matematik tradisi tetapi

juga peringkat kefahaman yang jauh lebih tinggi. Namun masih terdapat segelintir

perkara yang menghalang perkembangan KBKK di kalangan pelajar di mana perkara

ini mesti dikesan dengan segera untuk mencari jalan penyelesaiannya.

1.1.1 Budaya menghafal di kalangan pelajar

Menurut Wan Zah Wan Ali (1994), budaya menghafal dan hanya menunggu

maklumat dari guru telah sebati dengan diri pelajar kerana mereka beranggapan

budaya ini lebih mudah dari berfikir. Dengan menghafal, pelajar dapat menjawab

soalan peperiksaan tanpa memerlukan high order thinking skill. Dalam matematik

tradisi (KLSM), latih-tubi amat ditekankan. Pendekatan ini selari dengan teori

pembelajaran tingkah laku. Ia sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan

pelajar dari segi mengulangkaji algoritma atau prosedur matematik tetapi ia tidak

dapat menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas. Akibatnya pengajaran

matematik memberi pelajar “hasil pemikiran matematik” dan bukannya “proses

pemikiran matematik” ( Noor Azlan Ahmad Zanzali, 2004).

Page 24: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

8

Gaya tradisi ini masih lagi sebati dalam pemikiran pelajar sedangkan KBSM

yang menekankan KBKK telah digubal. Untuk maju, pelajar memerlukan pemikiran

yang beraras tinggi yang dapat dipupuk melalui pendidikan KBKK ( Som Hj. Nor

dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 2003). Budaya menghafal tidak lagi relevan kerana

pelajar perlu berfikir dengan tahap intelektual yang tinggi seiring dengan

perkembangan semasa dalam merealisasikan Wawasan 2020.

1.1.2 Pelajar menganggap matematik sebagai sesuatu yang rigid dan tidak

berkembang

Allen dan Johnston-Wilder (2004) menyatakan bahawa anggapan negatif

yang popular di kalangan pelajar tentang matematik ialah matematik adalah sesuatu

yang rigid iaitu kaku dan tidak berkembang. Matematik dilihat sebagai suatu yang

telah tersedia ada dan tugas guru adalah untuk memindahkan apa yang telah tersedia

ada dalam buku teks dengan kaedah paling berkesan kepada murid-muridnya ( Noor

Azlan Ahmad Zanzali, 2004). Tugas pelajar pula ialah untuk menyerap sebaik

mungkin kandungan matematik yang disampaikan oleh guru (Nik Azis Nik Pa,

1992). Anggapan ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengembangkan KBKK

dalam diri mereka seperti yang cuba diterapkan melalui mata pelajaran tersebut.

Selain itu ia juga menyebabkan pelajar berfikir bahawa matematik adalah tidak

penting dan seterusnya membawa kepada pemikiran bahawa matematik adalah

matapelajaran yang susah.

Budaya menghafal dan anggapan negatif yang berterusan terhadap matematik

seperti ini boleh merencat perkembangan KBKK di kalangan pelajar. Perkara ini

akan menular berterusan sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi. Ini dikhuatiri akan mengganggu proses sistem pendidikan dalam

menghasilkan individu yang selaras dengan FPK dan menepati kehendak negara

dalam merealisasikan wawasan Malaysia ke arah negara maju.

Page 25: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

9

1.2 Penyataan Masalah

Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan dibahagian latar

belakang masalah, dengan itu penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap

penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam matapelajaran matematik.

1.3 Objektif Kajian

Bagi menjawab penyataan masalah di atas, penyelidik telah membentuk

beberapa objektif kajian :

1.3.1 mengenalpasti tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK dalam

matematik.

1.3.2 membandingkan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar merentas

jantina, etnik dan pencapaian dalam matematik.

Page 26: TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP … · Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Jutaan terima kasih

10

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Apakah tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

membanding dan membeza merentas jantina?

1.4.3 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

menyusun mengikut turutan merentas jantina?

1.4.4 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

mencipta analogi merentas jantina?

1.4.5 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

menyelesaikan masalah merentas jantina?

1.4.6 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

membanding dan membeza merentas etnik?

1.4.7 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

menyusun mengikut turutan merentas etnik?

1.4.8 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

mencipta analogi merentas etnik?

1.4.9 Adakah terdapat perbezaan min yang bererti di antara tahap kemahiran

menyelesaikan masalah merentas etnik?

1.4.10 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran membanding dan

membeza merentas pencapaian Matematik pelajar?

1.4.11 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyusun mengikut

turutan merentas pencapaian Matematik pelajar?

1.4.12 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran mencipta analogi

merentas pencapaian Matematik pelajar?

1.4.13 Adakah terdapat pertalian di antara tahap kemahiran menyelesaikan masalah

merentas pencapaian Matematik pelajar?