pembangunan ict terkini

6
PEMBANGUNAN ICT TERKINI Perkembangan teknologi yang pesat telah mengubah haluan dan cara pengajaran yang tradisional. Pengajaran secara tradisional adalah berasaskan buku teks, gambarajah dan carta. Kini, cara yang dipraktikkan sejak dari dahulu lagi telah diambil alih kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi dan computer. Ini adalah kerana computer mempunyai kebolehan dalam mewujudkan simulasi dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pelbagai gadget telah diperkenalkan pada masa kini sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun. Di antara gadget yang terkini merangkumi pelbagai jenis peranti antaranya ialah peranti output, peranti input dan peranti peripheral. Berikut merupakan beberapa contoh gadget yang terkini : 1. Peranti Output RAJAH 1 : THINK PAD TABLET Lenovo memperkenalkan tablet perniagaan berasaskan Android pertama di dunia bersaiz 10.1 inci iaitu ThinkPad Tablet yang membolehkan akses kepada 250,000 aplikasi dalam Android Market.

Upload: zarra12

Post on 12-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

srgdhdghfgnfgnfggfh

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN ICT TERKINIPerkembangan teknologi yang pesat telah mengubah haluan dan cara pengajaran yang tradisional. Pengajaran secara tradisional adalah berasaskan buku teks, gambarajah dan carta. Kini, cara yang dipraktikkan sejak dari dahulu lagi telah diambil alih kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi dan computer. Ini adalah kerana computer mempunyai kebolehan dalam mewujudkan simulasi dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pelbagai gadget telah diperkenalkan pada masa kini sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun.Di antara gadget yang terkini merangkumi pelbagai jenis peranti antaranya ialah peranti output, peranti input dan peranti peripheral. Berikut merupakan beberapa contoh gadget yang terkini :1. Peranti Output

RAJAH 1 : THINK PAD TABLET Lenovo memperkenalkan tablet perniagaan berasaskan Android pertama di dunia bersaiz 10.1 inci iaitu ThinkPad Tablet yang membolehkan akses kepada 250,000 aplikasi dalam Android Market.

Gambar 2 : Iconia Tab W500 Acer mencuba nasib dengan teknologi terbaru yang dua alam, nak kata tablet pun tak, netbook pun tak dengan model Iconia Tab W500 yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 7 dan lengkap memori RAM yang ditawarkan pada 2GB

Gambar 3 : Blackberry Playbook Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.

Gambar 4 : Netbook Berkuasa Chrome Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun depan. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux.

Gambar 5 : Tablet Motorola Android 3.0 Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik2. Peranti Peripheral

Gambar 6 : 4 dalam 1 Printer Samsung Berupaya berfunsi sebagai mesin fotostat, mesin pengimbas, mesin printer dan mesin faks.3. Telefon Bimbit Terkini

Gambar 6 : Xperia Play Xperia Play, edisi terkini telefon pintar Sony Ericsson yang menggunakan sistem operasi Android dan dilengkapi kamera 5.0 megapiksel dan keunikan utamanya adalah pad kawalan permainannya yang boleh lungsur keluar dari bahagian belakang.

Gambar 7 : HTC EVO 3D HTC mencipta telefon baru iaitu EVO 3D yang memaparkan skrin 3D tanpa menggunakan kaca mata khas dibangunkan pada platform Android Gingerbread (2.3) dengan sistem skrin qHD 3D 4.3 inci.

Gambar 8 : Samsung Galaxy S III Samsung telah memperkenalkan siri Galaxy generasi ketiga yang saya rasakan mampu bersaing dengan iPhone akan datang. Samsung telah menambah baik telefon generasi ketiga ini daripada pelbagai sudut terutamanya dari segi performance dan design.

Gambar 8 : Samsung Galaxy Note Samsung memperkenalkan Galaxy Note iaitu telefon bersaiz 5.3 inci yang mengejutkan membolehkan anda melukis sesuatu di atasnya menggunakan pen stylus yang ditawarkan bersama telefon ini.

Gambar 9 : IPHONE 5 Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..* Sila muat turun nota di bawah sebagai rujukan anda * :perkembangan teknologi