pemakaian undang-undang kecuaian dalam pengurusan ekologi

21
Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155 Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi dan Habitat Manusia di Melaka, Malaysia MUHAMMAD RIZAL RAZMAN 1 ,MAZALISAH MATSAH 2 ,JAMALUDDIN MD.JAHI 3 ,KADIR ARIFIN 4 ,KADARUDDIN AIYUB 4 &AZAHAN AWANG 4 ABSTRAK Undang-undang kecuaian memainkan peranan yang amat penting di dalam pengurusan persekitaran terhadap ekologi dan habitat manusia bagi menangani masalah pencemaran persekitaran yang berlaku pada masa kini. Pemakaian undang-undang kecuaian ini adalah untuk melindungi hak individu yang mengalami kecederaan, kerosakan dan kerugian akibat berlakunya pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada individu yang lain. Setiap individu yang mengalami masalah ini boleh membuat tuntutan yang munasabah ke mahkamah dengan membuktikan elemen-elemen penting di bawah undang-undang kecuaian iaitu tanggungjawab berhati-hati; pelanggaran tanggungjawab berhati-hati; kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian yang berpunca dari pelanggaran tanggungjawab berhati-hati; dan perhubungan munasabah yang dekat di antara kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian serta pelanggaran tanggungjawab berhati-hati. Maka, penggunaan undang-undang kecuaian ini adalah sebagai salah satu mekanisme untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius yang berlaku kepada ekologi dan habitat manusia. Sehubungan dengan itu, kertas ini akan mengupas tentang keberkesanan dan kerelevanan bagi mengenalpasti kesesuaian, kepentingan dan tahap pemakaian undang- undang kecuaian di dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar di negeri Melaka. ABSTRACT The law of negligence plays an important role in environmental management towards human habitat and ecology in order to tackle the problem of environmental pollution that occurs nowadays. The law of negligence is used to protect an individual that is suffering from injury, damage and loses due to the pollution of environment caused by other individual. Every individual that faces this problem will make a reasonable claim in court using with the proof of important element under the law of negligence that is a duty of care owed to the claimant by the defendant; a breach of this duty; damages resulting from this

Upload: lythuan

Post on 18-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologidan Habitat Manusia di Melaka, Malaysia

MUHAMMAD RIZAL RAZMAN1, MAZALISAH MATSAH

2, JAMALUDDIN

MD. JAHI3, KADIR ARIFIN

4, KADARUDDIN AIYUB4 & AZAHAN AWANG

4

ABSTRAK

Undang-undang kecuaian memainkan peranan yang amat penting di dalampengurusan persekitaran terhadap ekologi dan habitat manusia bagi menanganimasalah pencemaran persekitaran yang berlaku pada masa kini. Pemakaianundang-undang kecuaian ini adalah untuk melindungi hak individu yangmengalami kecederaan, kerosakan dan kerugian akibat berlakunya pencemaranalam sekitar yang berpunca daripada individu yang lain. Setiap individu yangmengalami masalah ini boleh membuat tuntutan yang munasabah ke mahkamahdengan membuktikan elemen-elemen penting di bawah undang-undang kecuaianiaitu tanggungjawab berhati-hati; pelanggaran tanggungjawab berhati-hati;kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian yang berpunca dari pelanggarantanggungjawab berhati-hati; dan perhubungan munasabah yang dekat di antarakecederaan, kerosakan dan/atau kerugian serta pelanggaran tanggungjawabberhati-hati. Maka, penggunaan undang-undang kecuaian ini adalah sebagaisalah satu mekanisme untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yangsemakin serius yang berlaku kepada ekologi dan habitat manusia. Sehubungandengan itu, kertas ini akan mengupas tentang keberkesanan dan kerelevananbagi mengenalpasti kesesuaian, kepentingan dan tahap pemakaian undang-undang kecuaian di dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar dinegeri Melaka.

ABSTRACT

The law of negligence plays an important role in environmental managementtowards human habitat and ecology in order to tackle the problem ofenvironmental pollution that occurs nowadays. The law of negligence is used toprotect an individual that is suffering from injury, damage and loses due to thepollution of environment caused by other individual. Every individual that facesthis problem will make a reasonable claim in court using with the proof ofimportant element under the law of negligence that is a duty of care owed to theclaimant by the defendant; a breach of this duty; damages resulting from this

Page 2: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

136 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

breach of duty; and reasonably proximate connection between the breach andthe injury. Thus the uses of this law of negligence are one of the mechanisms forsolving the problem of environmental pollution that is becoming serious to thehuman habitat and ecology surroundings. Therefore, this paper will reveal thesuitability and relevancy of the use law of negligence to solve the problem ofenvironmental pollution in Malacca.

PENGENALAN

Alam sekitar merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya yangperlu dipelihara, dijaga serta diuruskan oleh manusia dengan baik dansempurna. Ini kerana terdapat kompenan-kompenan penting di dalamsistem proses semulajadi alam sekitar seperti atmosfera, litosfera,hidrosfera dan biosfera yang saling berinteraksi untuk mencapaikeseimbangan dinamik. Namun begitu, sistem proses semulajadi yangsaling berinteraksi antara sistem kegunaan manusia sering menimbulkankonflik yang boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.Kemerosotan alam sekitar ini sering mengganggu kehidupan manusiadan hidupan yang lain di muka bumi ini serta mendatangkan pelbagaimasalah pencemaran alam sekitar. Masalah pencemaran alam sekitaryang berlaku di Malaysia bukan lagi satu fenomena yang baru pada masakini dan ianya semakin bertambah teruk akibat pembangunan yang pesatserta pertumbuhan perindustrian yang banyak tidak kira sama ada dikawasan bandar mahupun di luar bandar. Keghairahan dan kesungguhanuntuk membangunkan negara tanpa memikirkan impak jangka panjangtelah menyebabkan berlakunya banyak masalah pencemaran alam sekitarseperti pencemaran air sungai, pencemaran marin, pencemaran udara,pencemaran bunyi bising, pencemaran tanah, pencemaran sampah sarapdan pencemaran toksik yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflikyang lebih serius. Ini adalah berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusiaitu sendiri seperti aktiviti perindustrian, aktiviti petempatan, aktivitipertanian, aktiviti pembandaran, aktiviti perlombongan dan sebagainya.Oleh itu, masalah persekitaran yang sering berlaku boleh mendatangkanpelbagai kesan negatif kepada ekologi dan habitat manusia.

Sehubungan dengan itu, pengurusan alam sekitar yang baik dancekap dapat menangani segala masalah pencemaran alam sekitarterhadap ekologi dan habitat manusia yang semakin meruncing diMalaysia. Menurut Jamaluddin (1993 & 2001), pengurusan alam sekitarboleh dibahagikan kepada dua iaitu pengurusan alam sekitar melaluikaedah bukan perundangan dan pengurusan alam sekitar melalui kaedah

Page 3: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 137

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

perundangan. Pengurusan alam sekitar melalui kaedah bukanperundangan termasuklah garis panduan-garis panduan, kod amalan,pemonitoran, perancangan, dasar awam, pendidikan serta penyelidikandan pembangunan (Jamaluddin 2001). Manakala pengurusan alam sekitarmelalui kaedah perundangan pula boleh dibahagikan kepada duabahagian iaitu pengurusan alam sekitar menerusi undang-undang awamdan pengurusan alam sekitar menerusi undang-undang persendirian (Ball& Bell 1991; Muhammad Rizal 2001). Walau bagaimanapun, salah satucara yang terbaik untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitaryang berlaku dengan mengambil tindakan undang-undang bagi menjaminkeselamatan, kesejahteraan dan keamanan masyarakat sejagat.

Oleh yang demikian, undang-undang boleh diklasifikasikan kepadadua bahagian iaitu Undang-undang Awam dan Undang-UndangPersendirian. Undang-Undang Awam adalah undang-undang yangmengawalselia dan mentadbir hubungan di antara sesebuah negaradengan seseorang individu atau sekumpulan individu seperti Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling, Undang-undang jenayah dansebagainya (Muhammad Rizal 2002). Undang-Undang Persendirian pulaadalah undang-undang yang mengawalselia dan mentadbir hubungan diantara seseorang individu atau sekumpulan individu dengan seseorangindividu atau sekumpulan individu yang lain, misalnya seperti Undang-Undang Kontrak dan Undang-Undang Tort (Muhammad Rizal 2002).Oleh itu, undang-undang boleh dijadikan sebagai mekanisme untukmengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius.

Bagaimanapun, pemakaian undang-undang terhadap penjagaan danpemuliharaan alam sekitar amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraanhidup masyarakat sejagat. Perundangan alam sekitar juga merupakan satualat undang-undang yang digunapakai bagi pengawalan alam sekitardaripada dicemari, mengalami kemerosotan ataupun dicemari semula(Jamaluddin 1993). Sehubungan dengan ini, undang-undang alam sekitarberkaitan dengan ekologi dan habitat manusia perlu dijalankan secarapratikal bagi menetapkan aktiviti manusia yang dilakukan secaralangsung atau tidak langsung untuk mengawal punca-punca pencemaranagar dapat mengurangkan kemerosotan kualiti ekologi dan habitat.Undang-undang awam dan undang-undang persedirian di Malaysiamemainkan peranan yang penting di dalam konteks perlindunganpencemaran alam sekitar (Muhammad Rizal 2002). Undang-undang bagiperlindungan alam sekitar bukan hanya terletak kepada undang-undangawam sahaja tetapi juga merangkumi undang-undang persendirian (Ball& Bell 1995; Muhammad Rizal 2002). Sehubungan dengan itu, kertas ini

Page 4: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

138 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

lebih memfokuskan kepada undang-undang kecuaian di dalammenangani pencemaran alam sekitar secara khususnya di Melaka.

UNDANG-UNDANG KECUAIAN

Undang-undang kecuaian merupakan salah satu daripada undang-undangtort yang boleh digunapakai oleh seseorang individu yang mengalamikecederaan, kerosakan atau kerugian yang berpunca daripada individulain. Namun begitu, kecuaian yang berlaku adalah suatu peninggalandaripada melakukan sesuatu yang mana seseorang yang waras,berpandukan pertimbangan yang munasabah dalam peradaban manusia,akan lakukan, atau melakukan sesuatu yang mana seseorang yang warasdan berhemat tidak melakukannya (Mohd Radzali 2001). Oleh itu,langkah berwaspada yang munasabah perlu diambil untuk mengelakkanperbuatan-perbuatan yang mendatangkan musibah serta diduga bolehberkemungkinan besar boleh mencederakan individu atau jiran. Olehyang demikian tanggungjawab untuk membuktikan kecuaian terletak dibahu plaintif. Ia perlu mempunyai keterangan yang munasabahberhubung dengan kes kecuaian untuk membolehkan kes tersebutdibicarakan dan dibentangkan kepada juri untuk membuat tuntutan dimahkamah.

Kecuaian sebagai tort didefinisikan sebagai perlanggaran kewajipanundang-undang untuk berjaga-jaga oleh defendan yang mengakibatkankerosakan yang tidak diinginkan kepada plaintif. Menurut definisi yangdiberikan oleh Lord Wright di dalam kes Loghelly Iron & Coal vM’Mullan [1934] AC 1, 25:

“Negligence means more than heedless or carelessconduct ….. it properly connotes the complex of duty,breach and damage thereby suffered by the person towhom the duty was owing.”

Berdasarkan kepada definisi di atas, jelas di sini bahawa kecuaianmerupakan suatu perbuatan yang melebihi dari suatu perbuatan kelalaiandan perbuatan yang tidak berhati-hati. Ia mempunyai hubung-kait yangrapat dengan konsep-konsep tanggungjawab, pelanggaran tanggungjawabserta kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian yang dialami olehseseorang (Muhammad Rizal 2002).

Sehubungan dengan itu, terdapat empat elemen-elemen pentingyang digunapakai di dalam undang-undang kecuaian adalah sepertiberikut:

Page 5: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 139

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Tanggungjawab berhati-hati dipertanggungjawabkan ke atasindividu (defendan) yang menyebabkan kecederaan, kerosakandan/atau kerugian ke atas individu lain (plaintif);

Wujudnya pelanggaran terhadap tanggungjawab yang tersebut diatas;

Wujudnya kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian yangberpunca dari pelanggaran tanggungjawab yang tersebut di atas;

Wujudnya perhubungan munasabah yang dekat di antarakecederaan, kerosakan dan/atau kerugian serta pelanggarantanggungjawab yang tersebut di atas (Salleh 1999; MuhammadRizal 2002).

Oleh itu, terdapat beberapa kes yang telah dibawa ke mahkamah diMalaysia yang berkaitan dengan tindakan undang-undang kecuaian didalam menangani masalah pencemaran alam sekitar. Di antara contohkes yang berkaitan dengan isu alam sekitar di Malaysia seperti kes MCGowan & Anor v Wong Shee Fun & Anor [1966] 1 MLJ 1, kes PacificTin Consolidated Corporation v Hoon Wee Thim [1967] 2 MLJ 35, kesGuan Soon Tin Mining v Wong [1969] 1 MLJ 99, kes Woon Tan Kan vAsia Rare Earth Shd. Bhd. [1993] 1 AMR 7:244 dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kes-kes yang berkaitan dengan isu masalah alam sekitarmasih kurang digunapakai oleh individu di bawah undang-undangkecuaian secara meluas di Malaysia. Ini adalah kerana di dalam MalayanLaw Journal hanya terdapat 13 kes dari tahun 1933 sehingga 2002 yangberkaitan dengan isu alam sekitar (Mazalisah & Muhammad Rizal 2003).

Selain itu, sesuatu tindakan yang dibuat di bawah undang-undangkecuaian terdapat kelebihan dan kelemahannya. Kelebihan yang terdapatdi dalam undang-undang kecuaian jika sesuatu tindakan dibuat di bawahundang-undang kecuaian ialah pihak menuntut “Plaintif” tidak perlumembuktikan mempunyai hak terhadap tanah berkenaan. Selain itu,plaintif tidak juga perlu membuktikan bahawa orang awam yang lainmengalami kerugian berpunca dari kecuaian defendan berkenaan (Wolf,White & Stanley 2002). Kelemahan di dalam undang-undang kecuaianini berlaku jika sesuatu tindakan dibuat undang-undang kecuaian ialahmahkamah menunjukkan keengganan untuk menerima tuntutan yangberkaitan dengan kerugian ekonomi semata-mata “pure economic loss.”Mahkamah akan hanya menerima tuntutan yang dibuat berdasarkankepada kecederaan yang mengalami serta kerosakan dan kerugian padaharta benda. Selain itu, mahkamah menunjukan ketegasan di dalam buktipembuktian. Kelazimannya, pihak menuntut “plaintif” menghadapimasalah semasa ingin membuktikan wujudnya perhubungan munasabah

Page 6: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

140 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

yang dekat di antara kecederaan, kerosakkan dan/atau kerugian sertapelanggaran tanggungjawab yang tersebut di atas (Wolf, White & Stanley2002). Justeru, kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam undang-undang ini dapat menghadkan tindakan yang dibuat oleh pihak yangmenuntut dan boleh digunapakai secara lebih meluas di Malaysia padamasa hadapan.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan melihat tahappemakaian undang-undang kecuaian terdapat pencemaran alam sekitarterhadap ekologi dan habitat manusia di Melaka secara khusus.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu dataprimer dan data sekunder. Data primer merupakan data yang diperolehisemasa menjalankan kajian di lapangan. Dalam kajian ini, penyelidikmenggunakan persampelan secara rawak dengan menggunakan perisianMinitab. Penyelidik bebas memilih sampel untuk mengelakkan pemilihansampel yang bias. Dalam kajian ini, populasi sasaran adalah terdiridaripada firma-firma guaman di Negeri Melaka. Setiap firma guaman diMelaka perlu memilih seorang peguam untuk mewakili populasi di dalampenyelidikan ini. Jumlah populasi firma guaman di Negeri Melaka adalahsebanyak 135 buah. Sehubungan dengan itu, sebanyak 41 buah sampeltelah diambil daripada jumlah populasi firma guaman iaitu 135 buah yangterdapat di Negeri Melaka. Saiz sampel yang dipilih di dalampenyelidikan ini adalah sebanyak 30 peratus dari saiz populasi keranabilangan populasi dalam kajian adalah kecil. Kajian ini juga telahmenggunakan borang kajiselidik untuk mendapatkan data dan maklumat.Kaedah ini dapat menjimatkan kos, tenaga dan masa yang dijalankan didalam kajian ini. Kajian ini juga, menggunakan data sekunder iaitu kajianyang dijalankan di perpustakaan. Data sekunder diperlukan untukmendapatkan teori, konsep, takrifan, data, kes, peluasan ilmu, idea baru,kajian lepas dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperolehidaripada buku-buku akademik, jurnal, artikel, internet, kertas seminar dansebagainya didapati daripada perpustakaan Tun Seri Lanang,perpustakaan Undang-undang UKM, perpustakaan Jabatan Alam Sekitardan sebagainya.

Selain itu, analisis data merupakan aspek yang penting untukmendapatkan hasil kajian daripada data mentah yang diperolehi semasa

Page 7: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 141

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

menjalankan kajian di lapangan. Borang kajiselidik yang diperolehisemasa di lapangan mesti dianalisis untuk mendapatkan keputusan bagimasalah yang dikaji. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan perisianstatistical package for social science SPSS untuk menganalisis borangkajiselidik yang diperolehi semasa di lapangan. Perisian Minitab jugadigunakan untuk membuat pemilihan sampel. Analisis data dalam kajianini menggunakan kaedah statistik seperti kekerapan, purata min, khikuasa dua, ANOVA dan korelasi. Ia adalah bertujuan untuk melihatperhubungan, perbezaan, perkaitan dan peramalan mengenai data yangdiperolehi bagi mendapatkan hasil kajian. Oleh itu, analisis datamerupakan perkara yang penting untuk memproses data mentah bagimendapatkan hasil kajian.

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG KECUAIAN DI NEGERIMELAKA

Hasil dapatan kajian ini adalah untuk menjawab permasalahan dan tujuankajian ini yang terdiri daripada ciri-ciri dan skop penggunaan undang-undang kecuaian; kesesuaian penggunaan undang-undang kecuaian dantahap kesedaran di kalangan peguam tentang kepentingan undang-undangkecuaian di dalam pengurusan alam sekitar. Namun begitu, analisis initelah dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu latar belakang kajian;ciri-ciri dan skop undang-undang kecuaian; kesesuaian undang-undangkecuaian di dalam pengurusan alam sekitar dan tahap kesedaran peguamtentang kepentingan undang-undang kecuaian di dalam pengurusan alamsekitar. Justeru, hasil kajian yang diperolehi bertujuan untukmendapatkan data yang lebih tepat dan sahih.

Latar Belakang Kajian

Di dalam kajian ini, responden terdiri daripada 41 orang peguam yangmewakili firma-firma guaman yang telah dipilih secara rawak di seluruhNegeri Melaka. Wakil responden adalah di kalangan peguam yang terdiridaripada lelaki dan juga perempuan. Seramai 41 orang wakil respondentelah dipilih secara rawak di mana respondan lelaki merupakan cerapanyang tertinggi iaitu seramai 21 orang ataupun 51.2 peratus berbandingdengan responden perempuan iaitu seramai 20 orang ataupun 48.8peratus. Namun begitu, responden yang dipilih terdiri daripada kaumMelayu adalah sebanyak 73.2 peratus, Cina iaitu 12.2 peratus dan Indiaiaitu 14.6 peratus. Pada masa kini, kaum Melayu telah mula ramai

Page 8: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

142 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

menceburkan diri di dalam bidang perundangan setanding dengan bangsalain.

Selain itu, tempoh pengalaman sebagai peguam adalah amat pentingbagi seseorang peguam untuk menjadi lebih professional di dalamkerjaya yang diceburinya. Namun begitu, wakil respondan “peguam”yang mempunyai tempoh pengalaman 4 – 6 tahun merupakan cerapanyang tertinggi iaitu 31.7 peratus. Manakala tempoh pengalamanrespondan yang kurang dari 3 tahun dengan 7 – 9 tahun adalah sama iaitu26.8 peratus. Kemudian ia diikuti dengan tempoh pengalaman 10 – 12tahun iaitu 4.9 peratus dan pengalaman lebih dari 12 tahun iaitu 9.8peratus. Jumlah keseluruhan tempoh pengalaman respondan mengikutmin purata ialah 2.4. Oleh itu, faktor umur amat penting kerana semakinmeningkat umur seseorang peguam semakin banyak pengalaman yangdiperolehi. Hal yang demikian kerana umur mempengaruhi tempohpengalaman seorang peguam yang mewakili firma guaman tersebut(Jadual: 1).

Jadual 1. Taburan silang umur dengan tempoh pengalaman respondensebagai peguam

Umur(Tahun)

Pengalaman (Tahun)Jumlah< 3 4 - 6 7 – 9 10 -12 > 12

< 25 0 0 0 0 0 025 –29 9 3 0 0 0 1230 – 34 1 9 7 0 0 1735 – 40 0 1 0 2 2 5

> 40 1 0 4 0 2 7Jumlah 11 13 11 2 4 41

Sumber: Kerja Lapangan

Sehubungan dengan itu, firma guaman merupakan lokasi kajianyang sangat penting untuk mendapatkan data di dalam kajian ini. Olehitu, sebanyak 41 buah firma guaman telah dipilih daripada keseluruhanyang terdapat di negeri Melaka di mana mewakili 39 buah firma guamandi Melaka Tengah, 1 firma guaman di Alor Gajah dan 1 firma guaman diJasin. Firma guaman yang dikaji merupakan firma guaman peguambeladan peguamcara yang dimiliki secara individu, rakan kongsi ataupunsyarikat. Firma guaman yang terdapat di Melaka ada yang merupakancawangan firma guaman yang terdapat di Johor, Kuala Lumpur dansebagainya. Setiap firma guaman mempunyai peguamnya sendiri untukmembantu anakguam menyelesaikan kes-kes di dalam undang-undangpersendirian atau kes berhubung dengan undang-undang awam. Di dalam

Page 9: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 143

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

kajian ini, didapati firma guaman yang dikaji mempunyai seorangpeguam sebanyak 19.5 peratus iaitu 8 orang, 2 orang peguam sebanyak26.8 peratus iaitu 11 orang, 3 orang sebanyak 29.3 peratus iaitu 12 orang,4 orang peguam sebanyak 7.3 peratus iaitu 3 orang dan lebih dari 5 orangpeguam sebanyak 17.1 peratus iaitu 7 orang. Oleh itu, peguam yangbekerja di firma guaman mesti membuat latihan guaman terlebih dahuluuntuk menimba ilmu di dalam bidang perundangan sebelum memasukialam pekerjaan di firma guaman.

Firma guaman yang terdapat di Negeri Melaka ada yang telahberoperasi semenjak tahun 70-an lagi untuk menyelesaikan kes yangberlaku kepada individu. Namun begitu, di dalam kajian ini firma yangtelah beroperasi lebih dari 12 tahun iaitu sebanyak 11 buah firma atau26.8 peratus (Rajah 1). Oleh itu, jumlah purata operasi firma guamanyang terdapat di Negeri Melaka ialah 3.00. Kes-kes yang terdapat difirma-firma guaman tersebut adalah berdasarkan kepada bidangkemahiran seseorang peguam untuk mengendalikan sesuatu kes.

26.8%

9.8%

19.5%

19.5%

24.4%> 12 tahun

10 - 12 tahun

7 - 9 tahun

4 - 6 tahun

< 3 tahun

Rajah 1. Tempoh operasi firma guamanSumber: Kerja Lapangan

Kes-kes yang dikendalikan oleh firma guaman adalah melebihi dari200 kes iaitu 61.0 peratus kes sejak mula beroperasi. Namun begitu,terdapat firma yang sejak mula beroperasi sehingga kini mempunyai lebih

Page 10: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

144 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

dari seribu kes. Oleh yang demikian, firma-firma guaman yang terdapatdi Negeri Melaka banyak mengendalikan kes-kes yang berkaitan denganundang-undang persendirian dan undang-undang awam. Undang-undangawam yang dikendalikan oleh firma guaman ialah kes pembelaan yangmewakili anakguam sebagai peguambela. Manakala kes-kes di dalamundang-undang persendirian adalah seperti undang-undang kontrak danjuga undang-undang tort. Undang-undang tort yang dikendalikan olehfirma guaman terdiri daripada undang-undang kacauganggu persendirian,undang-undang pencerobohan, Tanggungan Keras “The rule of Ryland vFletcher” dan undang-undang kecuaian. Selain itu, terdapat firmaguaman yang mengendalikan kes-kes seperti perundangan perbankan,perundangan jual beli tanah atau rumah, perundangan kes kemalanganjalan raya dan sebagainya. Firma-firma guaman juga mengendalikan kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah untukmenyelesaikan kes-kes yang berkaitan tuntutan dan dakwaan yang dibuat.Oleh itu, bilangan kes-kes yang dikendalikan oleh firma guaman diMelaka terdapat di dalam Jadual 2.

Undang-undang kecuaian merupakan kajian yang utama dan pentingdi dalam kajian ini. pemakaian undang-undang kecuaian di firma-firmaguaman di negeri Melaka masih terlalu kurang. Berdasarkan kajian yangdijalankan mendapati bahawa 1 – 50 kes merupakan cerapan yangtertinggi iaitu 56.1 peratus dan cerapan yang terendah adalah 51 – 100kes dan 151 – 200 kes iaitu 7.3 peratus (Rajah 2). Oleh itu, jumlah purataundang-undang kecuaian ialah 2.7.

Jadual 2. Bilangan dan peratusan kes yang dikendalikan oleh firma guaman

Kes (Undang-Undang)

Bilangan dan Peratus (%) Jumlah0 1-50 51-

100101-150

151-200

>200

Sejak mulaoperasi

1(2.4)

6(14.6)

3(7.3)

4(9.8)

2(4.9)

25(61.0)

41(100)

MahkamahTinggi

3(7.3)

12(29.3)

7(17.1)

2(4.9)

7(17.1)

10(24.4)

41(100)

MahkamahRendah

1(2.4)

10(24.4)

3(7.3)

2(4.9)

6(14.6)

19(46.3)

41(100)

Awam 4(9.8)

21(51.2)

3(7.3)

5(12.2)

1(2.4)

7(17.1)

41(100)

Persendirian 1(2.4)

17(41.5)

4(9.8)

5(12.2)

2(4.9)

12(29.3)

41(100)

Tort 4(9.8)

20(48.8)

4(9.8)

5(12.2)

1(2.4)

7(17.1)

41(100)

Page 11: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 145

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

KacaugangguPersendirian

12(29.3)

22(53.7)

3(7.3)

0(0)

2(4.9)

2(4.9)

41(100)

Pencerobohan 12(29.3)

23(56.1)

3(7.3)

1(2.4)

0(0)

2(4.9)

41(100)

TanggunganKeras

14(34.1)

23(56.1)

2(4.9)

1(2.4)

1(2.4)

0(0)

41(100)

Kecuaian 5(12.2)

25(61.0)

3(7.3)

0(0)

3(7.3)

5(12.2)

41(100)

Sumber: Kerja Lapangan

Namun begitu, undang-undang kecuaian mempunyai hubungandengan tempoh operasi kerana firma guaman kurang menggunakanundang-undang ini secara meluas di dalam membuat tuntutan yangdisebabkan kecederaan, kerugian dan kerosakkan terutama di dalammenangani isu alam sekitar. Kebanyakan kes yang dikendalikan olehfirma-firma guaman adalah di dalam undang-undang kecuaian ialah keskemalangan jalan raya. Berdasarkan analisa khi-kuasa yang dibuat ke ataskes undang-undang kecuaian mendapati bahawa chi-square adalah33.195 di mana nilai Asymp. Sig. .000 dengan dk = 5 dan ia adalahsignifikan berdasarkan paras keertian. Oleh itu, kajian tentang kesundang-undang kecuaian ini boleh diterima kerana wujud perhubunganyang hampir.

Bilangan Kes Undang-Undang Kecuaian

> 200151 - 20051 - 1001 - 500

Pera

tusan

70

60

50

40

30

20

10

0

Rajah 2. Kes undang-undang kecuaian di MelakaSumber: Kerja Lapangan

Page 12: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

146 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Pandangan Terhadap Ciri-Ciri & Skop Undang-Undang Kecuaian“Negligence”

Pemakaian undang-undang kecuaian adalah untuk membuat tuntutan kemahkamah di atas kerosakan, kecederaan dan kerugian yang dialami olehseseorang individu. Di dalam undang-undang kecuaian, terdapat empatelemen penting yang digunapakai untuk membuat tuntutan ke mahkamahberdasarkan kepada pembuktian kecuaian yang dilakukan. Empat elemenyang penting di bawah undang-undang kecuaian adalah seperti berikutiaitu tanggungjawab berhati-hati yang dipertanggungjawabkan ke atasindividu (defendan) yang menyebabkan kecederaan, kerosakan dan/ataukerugian ke atas individu lain (plaintif); wujudnya pelanggaran terhadaptanggungjawab yang tersebut di atas; wujudnya kecederaan, kerosakandan/atau kerugian yang berpunca dari pelanggaran tanggungjawab yangtersebut di atas; wujudnya perhubungan munasabah yang dekat di antarakecederaan, kerosakkan dan/atau kerugian serta pelanggarantanggungjawab yang tersebut di atas (Salleh 1999; Muhammad Rizal2002).

Jadual 3. Bilangan dan peratusan elemen-elemen di dalamundang-undang kecuaian

ElemenYa Tidak TidakTahu/

T.PastiJumlah

Bil. % Bil % Bil % Bil %Tanggungjawabberhati-hati

36 87.8 4 9.8 1 2.4 41 100

PelanggaranTanggungjawabBerhati-hati

40 97.6 0 0 1 2.4 41 100

Kecederaan,Kerosakkan &

40 97.6 0 0 1 2.4 41 100

KerugianPerhubunganMunasabah

37 90.2 3 7.3 1 2.4 41 100

Sumber: Kerja Lapangan

Berdasarkan kajian yang dijalankan ini, didapati bahawa respondenbersetuju dengan elemen-elemen yang dinyatakan berdasarkan cerapanyang tertinggi dibuat iaitu sebanyak 87.8 peratus bersetuju dengantanggungjawab berhati-hati yang dipertanggungjawabkan ke atas individu(defendan) yang menyebabkan kecederaan, kerosakan dan/atau kerugian

Page 13: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 147

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

ke atas individu lain (plaintif) Manakala cerapan yang terendah adalah2.4 peratus dan peratusan elemen yang seterusnya terdapat dalam Jadual3. Pandangan responden terhadap ciri-ciri dan skop di dalam undang-undang kecuaian adalah penting kerana keempat-empat elemen yangdinyatakan perlulah dibuktikan di bawah pemakaian undang-undang ini.Peguam-peguam di firma guaman menggunakan elemen ini untukmembantu anakguam di dalam membuat tuntutan di bawah undang-undang ini.

Berdasarkan analisa korelasi yang dibuat mendapati keempat-empatelemen ini adalah untuk melihat hubungan kesignifikan di dalam kajianini. Hasil analisis pembolehubah elemen yang dikaji menunjukkankesemuanya nilai probability signifikan ialah .000 (p=.000) iaitu lebihkecil dari 0.01 iaitu keertian hubungan aras ujian. Ini menunjukkan nilaimata korelasi yang mempunyai hubungan dengan tanggungjawab berhati-hati ialah pelanggaran tanggungjawab ialah .703, kecederaan, kerosakanatau kerugian ialah .703 dan perhubungan munasabah ialah .633 (Jadual4). Oleh itu, ini menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang positifdan signifikan antara keempat-empat data yang diuji dengan kekuatansederhana.

Jadual 4. Tanggungjawab berhati-hati mempunyai hubungan denganelemen-elemen yang lain di dalam undang-undang kecuaian

Perkara Mata korelasi Prob.signifikansi

Kekuatanhubungan

Pelanggarantanggungjawab

.703 .000 Sederhana

Kecederaan dankerugian

.703 .000 Sederhana

KerosakkanPerhubunganmunasabah

.633 .000 Tinggi

Signifikan pada aras keertian 0.01 (2 arah), N 41Sumber: Kerja Lapangan

Justeru, keempat-empat elemen ini merupakan ciri-ciri dan skopyang penting di dalam pemakaian undang-undang kecuaian yangdigunapakai oleh responden di dalam menyelesaikan kes yang berhubungtanggungjawab berhati-hati.

Justeru, pandangan peguam terhadap ciri-ciri dan skop undang-undang kecuaian adalah baik kerana respondan-respondan yang dikaji

Page 14: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

148 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

dapat menerima elemen-elemen undang-undang kecuaian. Kesignifikandi dalam bahagian ini adalah di tahap sederhana. Hal yang demikiankerana ciri-ciri dan skop undang-undang kecuaian ini amat pentingkepada peguam dalam mengendalikan kes berhubung undang-undangkecuaian.

Kesesuaian Undang-Undang Kecuaian Di Dalam PengurusanPersekitaran

Undang-undang kecuaian boleh digunapakai di dalam pengurusanpersekitaran dengan lebih meluas untuk mengatasi masalah pencemaranalam sekitar. Pemakaian undang-undang kecuaian di dalam pengurusanalam sekitar masih kurang dan tidak dipraktikan di firma-firma guamandi negeri Melaka. Namun begitu, sebanyak 58.5 peratus respondan difirma guaman mencadangkan kepada anakguam untuk menggunakanundang-undang kecuaian untuk membuat sesuatu tuntutan. Walaubagaimanapun, ada di kalangan respondan tidak bersetuju tentangpemakaian undang-undang kecuaian di dalam pencemaran alam sekitaradalah kerana agak berat beban pembuktian di dalam tuntutan undang-undang kecuaian dan kebanyakan kes isu alam sekitar akan dirujukkepada pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Alam Sekitar untuk lebihterjamin dan mudah untuk diambil tindakan. Namun begitu, sebanyak63.4 peratus respondan menyatakan ianya tahu terdapat keputusan-keputusan mahkamah terdahulu yang menyokong penggunaan undang-undang kecuaian di dalam tuntutan yang berhubungan denganpencemaran alam sekitar. Kes-kes yang dinyatakan oleh respondan iaituMC Gowan & Anor v Wong Shee Fun & Anor [1966] 1 MLJ 1, kesPacific Tin Consolidated Corporation v Hoon Wee Thim [1967] 2 MLJ35, kes Guan Soon Tin Mining v Wong [1969] 1 MLJ 99, kes Woon TanKan & 7 YL v Asia Rare Earth Shd. Bhd. [1993] 1 AMR 7:244, Sedleigh– Denfield Vo’callaghan dan kes Halsey v Petroleum (1961).

Oleh itu, berdasarkan kajian yang dijalankan mendapat bahawa 63.4peratus responden menyatakan bahawa anakguam yang membuattuntutan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dapatmenggunakan keempat-empat elemen di bawah undang-undang kecuaian.Ini adalah penting bagi seorang peguam untuk membantu anakguamnyadi dalam kes yang berhubung dengan tuntutan yang dibuat. Sebanyak63.4 peratus responden yang menyatakan pada kebiasaannya mahkamahmembenarkan firma guaman membuat tuntutan yang berkaitan denganpencemaran alam sekitar di bawah undang-undang kecuaian. Selain itu,sebanyak 56.1 peratus respondan menyatakan tidak terdapat kes yang

Page 15: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 149

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

berkaitan dengan pencemaran alam sekitar di Melaka. Namun begitu,hanya 26.8 peratus sahaja respondan yang menggunakan undang-undangkecuaian di dalam tuntutan yang berkaitan pencemaran alam sekitar.

Namun begitu, terdapat juga kes yang diselesaikan di luarmahkamah oleh syarikat-syarikat besar untuk menjaga imej keranamereka mampu membayar ganti rugi yang lebih tinggi. Manakala adajuga kes yang masih menunggu kepada kes perbicaraan. Oleh itu, datatentang kesesuaian undang-undang kecuaian terdapat di dalampengurusan alam sekitar di dalam Jadual 5. Pemakaian undang-undangkecuaian untuk membuat tuntutan di mahkamah memerlukan kos yangtinggi dan memerlukan bukti yang kukuh tentang kecuaian yang berlaku.Walau bagaimanapun, di dalam kajian ini ia tidak begitu penting bagiresponden kerana ianya adalah tidak berkaitan iaitu sebanyak 73.2peratus.

Jadual 5. Kesesuaian undang-undang kecuaian di dalam pengurusanalam sekitar di Melaka

KesesuaianYa Tidak Tidak

BerkaitanJumlah

Bil. % Bil % Bil % Bil %Tuntutan 24 58.5 8 19.5 9 22.0 41 100KeputusanMahkamah

26 63.4 3 7.3 12 29.3 41 100

EmpatElemen

18 43.9 12 29.3 11 26.8 41 100

KebenaranMahkamah

26 63.4 5 12.2 10 24.4 41 100

Kejayaanmembantu

11 26.8 7 17.1 23 56.1 41 100

AnakguamKos 7 17.1 4 9.8 30 73.2 41 100

Sumber: Kerja Lapangan 2003

Selain itu, analisis korelasi yang dijalankan untuk membuktikanhubungan kesignifikan tentang kesesuaian undang-undang kecuaian didalam pengurusan persekitaran. Hasil analisis pembolehubah tuntutandengan keputusan mahkamah dan kebenaran mahkamah yang dikajimenunjukkan nilai probability signifikan ialah .000 (p=.000) iaitu lebihkecil dari 0.01 iaitu keertian hubungan aras ujian. Manakala hasiltuntutan dengan empat elemen yang dikaji menunjukkan nilai probability

Page 16: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

150 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

signifikan ialah .015 (p=.015) dan kejayaan membantu anakguammenunjukkan nilai probability signifikan ialah .039 (p= .039) iaitu lebihkecil dari 0.05 iaitu keertian hubungan aras nilai.

Ini menunjukkan nilai mata korelasi yang mempunyai hubungantuntutan dengan keputusan mahkamah iaitu .591, empat elemen iaitu.377, kebenaran mahkamah iaitu .599 dan kejayaan membantu anakguamiaitu .324 (Jadual 6). Jumlah N dalam data ini ialah 41. Oleh itu, inimenunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang positif dan signifikanantara data yang diuji terdapat kekuatan skala yang lemah dan sederhana.Secara umumnya, kesesuaian pemakaian undang-undang kecuaian amatperlu untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar.

Jadual 6. Hubungan antara tuntutan dengan keputusan mahkamah empatelemen, kebenaran mahkamah dan kejayaan membantu anakguam

Perkara Mata korelasi Prob.signifikansi

Kekuatanhubungan

Keputusanmahkamah

.591** .000 Sederhana

empat elemen .377* .015 LemahKebenaranmahkamah

.599** .000 Sederhana

Kejayaanmembantuanakguam

.324* .039 Lemah

** Signifikan pada paras keertian 0.01 (2 arah), N 41* Signifikan pada paras keertian 0.05 (2 arah), N 41

Sumber: Kerja Lapangan 2003

Justeru, pemakaian undang-undang kecuaian di dalam menanganiisu pencemaran masih di tahap yang rendah dan hanya terdapat 3 kessahaja yang terdapat di Melaka dan dibawa ke muka pengadilan. Tahapkesesuaian undang-undang kecuaian di dalam pengurusan alam sekitar diMelaka masih kurang dan perlu digunakan dengan lebih meluas padamasa hadapan.

Page 17: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 151

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Tahap Kesedaran Peguam yang Berkhidmat di dalam FirmaGuaman tentang Kepentingan Penggunaan Undang-UndangKecuaian di dalam Pengurusan Alam Sekitar

Tahap kesedaran peguam yang berkhidmat di dalam firma guamantentang penggunaan undang-undang kecuaian di dalam pengurusan alamsekitar masih berkurangan. Di dalam kajian ini, sebanyak 85.4 peratuspeguam yang mengetahui bahawa undang-undang kecuaian sesuai danboleh digunapakai di dalam pengurusan alam sekitar bagi menanganimasalah anakguam berhubung dengan tuntutan pencemaran tidakdipraktikan sepenuhnya di firma-firma guaman. Sehubungan dengan itu,sebanyak 65.9 peratus responden yang menyatakan bahawa peguam-peguam di firma guaman responden mengetahui bahawa undang-undangkecuaian sesuai dan boleh digunapakai di dalam pengurusan persekitaranbagi menangani masalah anakguam mereka berhubung dengan tuntutanpencemaran alam sekitar. Namun begitu, terdapat 75.6 peratus respondandi firma guaman tidak menyediakan program-program perbincangan dankesedaran mengenai kepentingan undang-undang persendirian kerana iajuga merangkumi undang-undang kecuaian di dalam pengurusanpersekitaran kepada peguam-peguam. Ini menyebabkan di kalanganpeguam tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dan kurang ilmupengetahuan tentang pemakaian undang-undang kecuaian di dalammenangani masalah alam sekitar. Namun begitu, sebanyak 43.9 peratussahaja firma guaman yang menggalakkan peguam-peguamnyamenggunakan undang-undang kecuaian di dalam menangani masalahanakguam berhubung dengan tuntutan pencemaran alam sekitar. (Jadual7 terdapat tahap kesedaran peguam dengan lebih terperinci).

Jadual 7. Tahap kesedaran peguam

Tahap kesedaranYa Tiada Tidak Tahu Jumlah

Bil. % Bil % Bil % Bil %Mengetahuikesesuaian

35 85.4 3 7.3 3 7.3 41 100

Sesuai dandigunapakai

27 65.9 0 0 14 34.1 41 100

Perbincangan danKesedaran

5 12.2 31 75.6 5 12.2 41 100

Galakkan 18 43.9 15 36.6 8 19.5 41 100Sumber: Kerja Lapangan 2003

Page 18: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

152 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Pemakaian undang-undang kecuaian di dalam pencemaran alamsekitar masih tidak mencukupi di dalam menangani masalah pencemaranalam sekitar. Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati sebanyak41.5 peratus adalah mencukupi, 46.3 peratus tidak mencukupi dan 12.2peratus adalah tidak tahu. Selain itu, pandangan seseorang peguambergantung kepada pengalaman yang diperolehi semasa berkhidmat disesebuah firma guaman. Namun begitu, terdapat taburan silang antarapengalaman dengan pandangan di dalam Jadual 8.

Tahap kesedaran peguam juga masih kurang di dalam pemakaianundang-undang kecuaian di dalam menangani isu alam sekitar. Oleh halyang demikian, tahap kesedaran peguam adalah amat penting dan perludiberi pendedahan yang lebih meluas menerusi pelbagai program-program yang boleh dianjurkan oleh firma-firma guaman tersebut.

Jadual 8. Taburan silang pengalaman dengan pandangan

Pengalaman(Tahun)

PandanganJumlah

MencukupiTidak

Mencukupi TidakTahu

< 3 5 6 0 114 – 6 6 7 0 137 – 9 3 3 5 1110 – 12 1 1 0 2> 12 2 2 0 4Jumlah 17 19 5 41

Sumber: Kerja Lapangan 2003

Ujian ANOVA yang dijalankan menunjukkan pemakaian undang-undang kecuaian bagi tuntutan anakguam terhadap pencemaran alamsekitar adalah tidak di dorong oleh faktor tempoh pengalaman peguam(nilai P = .358), kejayaan firma guaman dalam tuntutan kes yangsedemikian (nilai P = .973), program kesedaran yang diadakan firmaguaman (nilai P = .843) dan galakkan daripada pihak firma guaman (nilaiP = 808). Ini kerana nilai hasil perbezaan min adalah tidak signifikan.Hal yang demikian kerana mungkin terdapat faktor-faktor lain yang lebihpenting dalam undang-undang kecuaian. Pemakaian undang-undangkecuaian dalam bahagian ini adalah tidak signifikan dan mungkinterdapat faktor-faktor lain.

Page 19: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 153

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

KESIMPULAN

Pemakaian undang-undang kecuaian di dalam pengurusan alam sekitarterhadap ekologi dan habitat manusia amat sesuai digunapakai pada masakini di Malaysia amnya dan di Melaka khususnya. Ini kerana pengurusanalam sekitar melalui undang-undang kecuaian merupakan cara yangterbaik dan berkesan untuk menampakkan hasilnya bagi mengatasimasalah pencemaran alam sekitar terhadap ekologi dan habitat manusia.Keberkesanan dan kerelevenan pemakaian undang-undang kecuaian didalam menangani pencemaran alam sekitar yang digunapakai dalampengurusan alam sekitar terhadap ekologi dan habitat manusia adalahsangat sesuai dan bertepatan pada masa kini. Keberkesanan pemakaianundang-undang kecuaian di Melaka apabila terdapat 3 kes yang dibawake mahkamah oleh peguam di dalam membantu tuntutan anakguamnyaterhadap pencemaran alam sekitar. Namun begitu, kerelevenanpemakaian undang-undang kecuaian adalah dari sudut pengetahuan,kefahaman dan penerimaan peguam di firma-firma guaman berkenaankonsep serta elemen undang-undang ini. Undang-undang kecuaian masihkurang digunakan oleh masyarakat di dalam menangani isu alam sekitarterhadap ekologi dan habitat manusia. Pemakaian undang-undangkecuaian di dalam menangani pencemaran alam sekitar membolehkanseseorang individu membuat tuntutan yang munasabah di ataskecederaan, kerugian dan kerosakkan yang berlaku kepada individu. Inidapat mengurangkan beban dan kemalangan yang berlaku denganmembuat tuntutan yang setimpal di mahkamah. Namun begitu, setiapmasalah pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh diselesaikandengan mengambil tindakan melalui undang-undang kecuaian.

Justeru, pemakaian undang-undang kecuaian di dalam menanganipencemaran alam sekitar terhadap ekologi dan habitat manusia bolehdiperluaskan penggunaannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, sikap danpersepsi masyarakat yang hanya tahu membuat aduan kepada JabatanAlam Sekitar perlu diubah dengan menggunapakai undang-undangkecuaian bagi membolehkan individu atau masyarakat mendapat tuntutanyang sewajarnya tentang masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku.Oleh itu, kesesuaian pemakaian undang-undang kecuaian di dalammenangani masalah pencemaran alam sekitar terhadap ekologi danhabitat manusia amat releven dan signifikan digunapakai pada masa kiniserta di dalam jangkamasa yang panjang. Namun begitu, pemuliharaandan penjagaan alam sekitar amat perlu untuk generasi yang akan datangdapat menikmatinya.

Page 20: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

154 Muhammad Rizal Razman et al.

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

RUJUKAN

Ball, S. & Bell, S. 1991. Environmental law. London: Blackstone Press Limited.Ball, S. & Bell, S. 1995. Environmental law: third edition. London: Blackstone

Press Limited.Jamaluddin Md. Jahi. 1993. Perundangan alam sekitar dan pentadbirannya di

Malaysia. Dlm. Sham Sani, Abdul Samad Hadi & Jamaluddin Md. Jahi(pnyt.). Alam Sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Bangi:UNESCO/UKM. Hlm. 379-404.

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Kesejahteraan manusia dan undang-undang alamsekitar di Malaysia. Dlm. Katiman Rostam, Abd Rahim Md. Nor, JunaidiAbu Bakar, Kadaruddin Aiyub & Mohd Ekhwan Toriman (pnyt.).Pembangunan, perbandaran dan alam sekitar. Bangi: Fakulti SainsKemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM. Hlm. 279-293.

Jamaluddin Md. Jahi. 2001. Pengurusan alam sekitar di Malaysia: dariStockholm ke Rio de Janeiro dan seterusnya. Syarahan Perdana UniversitiKebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazalisah Matsah & Muhammad Rizal Razman. 2003. Pemakaian undang-undang kecuaian di dalam menangani pencemaran alam sekitar di Melaka.Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Sahid, Kadir Ariffin, Mohd JailaniMohd Nor, Kamaruzzaman Sopian & Md. Pauzi Abdullah (pnyt.).Pengurusan persekitaran 2003. Prosiding Seminar KebangsaanPengurusan Persekitaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UniversitiKebangsaan Malaysia. Hlm. 362-369.

Mohd Radzali Masrum. 2001. Maksim dan ungkapan undang-undang. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Rizal Razman. 2001. The law of negligence and environmentalprotection: Malaysian legal perspectives. Proceedings SEAGA 6,International Conference. Hlm. 1-6.

Muhammad Rizal Razman & Syahirah Abdul Shukor. 2001. Malaysian legalsystem: A basic guide. Malaysia: Mc-Graw Hill.

Muhammad Rizal Razman. 2002. Pemakaian undang-undang kecuaian dalammenangani pencemaran alam sekitar di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md.Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin & Muhammad Rizal Razman(pnyt.). Isu-isu persekitaran di Malaysia. Bangi: Pusat PengajianSiswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 61-76.

Muhammad Rizal Razman & Jamaluddin Md. Jahi. 2002. The principle oftransboundary liability and environmental protection: international legalperspectives. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd. Jailani Mohd Nor,Kamaruzzaman Sopian, Ismail Sahid dan Abdul Hadi Harman Shah(pnyt.). Realising AGENDA 21. Proceedings international conference onenvironmental management: Ten year after Rio. Hlm.155-161.

Page 21: Pemakaian Undang-Undang Kecuaian dalam Pengurusan Ekologi

Muhammad Rizal Razman et al. 155

Malaysian Journal of Environmental Management 10(2) (2009): 135 - 155

Norchaya Talib. 1997. Tort in Malaysia. Kuala Lumpur: University of MalayaPress.

Rogers, W.V.H. 1989. Winfield and Jolowicz on Tort. London: Sweet &Maxwell.

Salleh Buang.1999. Undang-undang kecuaian di Malaysia. Terj. Asiah Mohd.Yusof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Azlan Ahmad & Mohsin Hingun. 1998. Principles of the law of tort inMalaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.

Weir, T. 1983. Negligence for ‘A’ level. London: Sweet & Maxwell.Wolf, S., White, A. & Stanley, N. 2002. Principles of environmental law: third

edition. London: Cavendish Publishing Limited.

1 Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber AlamFakulti Sains dan TeknologiUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

E-mail: [email protected]

2 Kampus KesihatanUniversiti Sains MalaysiaKubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.

3 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

E-mail: [email protected]

4 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & PersekitaranFSSK, Universiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.