kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhada

Upload: karime-ezani

Post on 19-Feb-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    1/39

    KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK MENURUT

    PERSPEKTIF HUKUM SYARAK

    MOHAMMAD RAMZI BIN ZAKARIA

    ABSTRAK

    Peningkatan jenayah yang berkaitan dengan kes-kes kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan apabila pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa

    tidak mengambil peduli dan berhati-hati dalam setiap perkara yang berlaku terhadap anak-anak

    mereka. Hal ini dikenalpasti, apabila pelbagai bentuk atau jenis kecuaian dan pengabaian

    berlaku disebabkan daripada faktor-faktor tertentu yang memberi impak negatif kepada dirikanak-kanak.Sebagai solusinya, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan kadar

    kesalahan ini dengan membentuk satu rang undang-undang untuk perlindungan dan kebajikan

    kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dengan mengenalpasti satu undang-undangyang bersesuaian merujuk perspektif pelaksanaan hukum Syarak yang berdasarkan perincian

    dan penjelasan definisi asal kecuaian dan pengabaian tersebut.

    Kata-kata kunci : Kecuaian, Pengabaian, Ibu Bapa, Kanak-kanak, Hukum Syarak

    PENGENALAN

    Kecuaian dan pengabaian bukanlah satu kesalahan yang remeh di sisi undang-undang malahan ia

    merupakan satu kesalahan besar yang memberi kesan yang sangat buruk. Kita sering mendengar

    kecuaian ini berlaku di kalangan masyarakat sekeliling dan mereka juga akan dikenakan satu

    tindakan undang-undang atas perbuatan dan sikap mereka yang cuai walaupun terdapat

    tanggungjawab dan sifat hati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Pada masa kini, kes

    kecuaian yang melibatkan ibu bapa terhadap kanak-kanak kian menjadi-jadi walaupun ia

    merupakan satu perkara kecil dari sudut luaran tetapi ia menjadi serius apabila kes tersebut

    melibatkan nyawa, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak dicabuli. Begitu juga dengan

    pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak yang sering terjadi di kalangan ibu bapa yang selalu

    tidak mengendahkan perkara-perkara yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut sehinggakan

    anak-anak mereka terjebak dengan sesuatu kesalahan yang melanggari undang-undang.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    2/39

    KONSEP KECUAIAN DAN PENGABAIAN IBU BAPA TERHADAP KANAK-KANAK

    i) Definisi Kecuaian dan Pengabaian

    Kecuian dan pengabaian merupakan satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-

    undang Tort yang dikenali sebagai Tort kecuaian. Walaupun kesalahan ini tiada

    peruntukan dalam enakmen atau akta tertentu untuk sabitan seseorang, kesalahan ini boleh

    dibuktikan dengan keterangan dan bukti-bukti lain bagi mengukuhkan seseorang itu didapati

    bersalah apabila elemen-elemen kecuaian tersebut sempurna. Menurut Islam, perkataan

    kecuaian menurut bahasa Arab yang dikenali sebagai istilah tafrit atau taqsir.1

    Kedua-

    dua istilah ini dari sudut bahasa yang memberi maksud kecuaian atau kurang berhati-hati,

    iaitu seseorang telah gagal melakukan sesuatu tindakan dengan sempurna. Istilah tafritboleh

    dirujuk dalam al-Quran:

    Maksudnya: "(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata:

    sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku

    terhadap Allah serta Aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan

    (agama Allah dan penganut-penganutnya).2

    Manakala menurut dari sudut undang-undang, istilah tafrit merupakan suatu peninggalan

    daripada melakukan tindakan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras yang sepatutnya

    dilakukan atau suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang berhati-hati dan waras

    yang sepatutnya tidak dilakukan. Istilah maksud kecuaian dalam ulamak klasik tidak ditemui

    secara khusus, tetapi terdapat istilah yang digunakan untuk menggantikan istilah tafrit iaitu

    khata yang membawa maksud tidak sengaja atau tersilap.3

    Di samping itu, dalam penulisan

    fuqaha tidak terdapat perbahasan yang khusus yang membincangkan tentang kecuaian

    kecuali terdapat contoh-contoh berkaitan dengannya yang dinyatakan dalam bab-bab tertentu

    secara tidak terkumpul.

    ii) Definisi Ibu Bapa dan Kanak-kanak

    Perbahasan definisi ibu bapa di kalangan para ulamak tiada perbincangan sama secara umum

    atau khusus. Menurut Islam, kesahtarafan seorang anak bergantung konsep alwalad lil-

    firash iaitu anak berasal dari tempat tidur perkahwinan. Dalam hal ini, pasangan mestilah

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    3/39

    telah sah berkahwin dan anak yang lahir dari perkahwinan tersebut adalah anak kepada

    pasangan tersebut dan merekalah ibu bapa yang sah. 4

    Di dalam Islam adalah penting

    memastikan anak itu dikandung selepas pasangan berkahwin dan bukan sebelumnya. Dalam

    konteks perbincangan ini, ibu bapa adalah seorang lelaki dan perempuan yang telah

    berkahwin secara sah dan daripada perkahwinan itu, si perempuan melahirkan anak.

    Manakala Islam mentakrifkan kanak-kanak dengan berpandukan dalam kitab-kitab fiqh

    yang selalu digunakan iaitusabiy, ghulam dansaghirbagi kanak-kanak lelaki dan sabiyyah,

    jariyah dansaghirahbagi kanak-kanak perempuan.5

    Walau bagaimanapun terdapat beberapa

    perbahasan dan perbincangan para sarjana tentang maksud anak. Dalam syariat Islam,

    seseorang yang belum balil dikenali sebagai kanak-kanak (al-sabiy atau al-ghulam).6Hal ini

    dijelaskan dalam hadis ang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib dan Aishah r.a. bahawa

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

    Tiga orang yang tidak dikira sebagai tanggungjawab ke atas perbuatannya iaitu seorang

    yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurna, seorang kanak-kanak sehingga dia

    bermimpi (balil) seorang ang gila sehingga dia siuman.7

    Hadis menjelaskan bahawa kanak-kanak ialah seorang yang belum dewasa atau boleh

    diistilahkan sebagai orang ang masih di bawah umur balil. Manakala menurut Ibnu Manzhur

    Rahimahullah8mengatakan anak dalam daripada perkataan Ath-thiflu dan ath-thiflahyang

    bermaksud anak kecil. Manakala dari segi perkataan jamak dari perkataan ath-thifl adalah

    athfaal. Menurut Abu Haitsam9mengatakan anak adalah perkataan thifl bermaksud sejak ia

    lahir dari kandunagn ibunya hingga ia balil. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

    Maksudnya: ...kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak.10

    Az-Zajjaj11

    mengatakan perkataan thifl merupakan perkataan berbentuk tunggal dan

    apabila dijamakkan menjadi athfaal. Hal ini terbukti bahawa perkataan tersebut ditujukan

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    4/39

    kepada sekumpulan orang-orang yang memberi maksud masing-masing kalian terlahir dalam

    keadaan kanak-kanak. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

    Maksudnya: ...atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.12

    Orang Arab menyebutkan perkataan jaariyah yang bermaksud anak perempuan

    berdassarkan perkataan thiflah dan thifl iaitu anak atau anak perempuan. Perkataan

    Jaariyataan iaitu dua orang anak perempuan dengan sebutan thifl, begitu juga dengan

    perkataan Jaawaar iaitu beberapa orang anak perempuan. Manakala perkataan Ghilman

    bermaksud dua orang anak lelaki disebut sebagai thifl begitu juga perkataan ghulaam iaitu

    beberapa anak lelaki disebut thifl. Oleh itu dapat difahami bahawa orang Arab menggunakan

    perkataan anak dalam kalimah Arab iaitu thifl, thiflah, athfaal, thiflaani, thiflataani dan

    thiflaatun yang memberi makna yang sama.13

    Manakala bagi bayi yang baru lahir disebut sebagai thifl sama ada dalam bentuk

    perkataan tunggal atau jamak yang mempunyai persamaan dengan perkataan junub. Kalimah

    thifl merupakan anak kecil, sama ada lelaki ataupun perempuan. Boleh juga menggunakan

    kalimah thifl untuk anak lelaki dan thiflah bagi anak perempuan .14

    Oleh itu perkataan thifl

    yang dapat difahami adalah seorang anak sejak lahir hingga mencapai umur dewasa.

    Terdapat pendapat di kalangan fuqaha kanak-kanak dikategorikan tamyiz dengan

    menggambarkan sifat seorang kanak-kanak yang mumaiyiz, di mana perbuatan kanak-kanak

    itu seperti makan, minum dan bersuci bersendirian tanpa pertolongan orang lain.15

    Menurut

    Abu Zahrah, para fuqaha menjelaskan maksud tamiz ialah keupayaan memahami secara

    umum kesan-kesan daripada kontrak jual beli. Hal ini dapat dijelaskan bahawa daripada kesan

    menjual ialah barang yang dijual akan keluar daripada milik penjual dan kesan daripada

    membeli ialah barang yang dibeli akan menjadi pemilik pembeli sebagai pertukaran dengan

    wang yang dibayar kepada penjual. Di samping itu, tamyiz juga suatu keupayaan memahami

    bahawa menjual bererti keluar sesuatu daripada milik penjual, dan membeli bererti masuk

    sesuatu ke dalam milik pembeli.16

    Justeru, ibadat seorang kanak-kanak yang belum mumaiyiz

    dan orang gila tidak dikira sebagai sah kerana mereka tidak mempunyai sifat tamyiz.17

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    5/39

    Di samping itu, menurut para hukama, mengklasifikasikan kanak-kanak kepada dua

    peringkat iaitu sebelum dan sudah mumaiyiz. Setiap peringkat akan berlangsung selama tujuh

    tahun.18

    Dalam peringkat sebelum mumaiyiz, bermula sejak seseorang kanak-kanak

    dilahirkan sehingga umurnya hampir genap tujuh tahun. Kebiasaannya sepanjang peringkat

    ini, kanak-kanak tidak mencapai tamyiz, belum dapat berfikir untuk membezakan dengan

    sempurna antara perkara baik dan buruk, tidak dapat menjangkakan kesan bagi sesuatu

    tindakan atau perbuatan dan belum mempunai idrak (keupayaan memahami).19

    Peringkat kedua ini bermula apabila umur seseorang kanak-kanak itu genap tujuh tahun,

    kerana mulai umur tersebut barulah terdapat pada dirinya sifat tamyiz. Maka, para fuqaha

    menetapkan bahawa umur minimum wujudnya sifat tamyiz ialah tujuh tahun.20

    Penetapan

    umur tujuh tahun sebagai umur minimum bagi kanak-kanak mempunai sifat tamyiz

    merupakan pendapat yang terkuat, kerana terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh

    Abd al-Malik bin al-Rabi bin Sabrah dan ayahnya daripada datuknya yang bahawa

    Rasulullah S.A.W. bersabda:

    Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan

    pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun.21

    Hadith ini menyeru kita supaya mengajar kanak-kanak bersembahyang apabila berumur tujuh

    tahun, sedangkan untuk belajar, seseorang itu mestilah mempunyai daya berfikir. Di samping

    itu, hadith ini menunjukkan bahawa daya berfikir akan wujud apabila seseorang kanak-kanak

    itu mencapai umur tujuh tahun.22

    Kanak-kanak dalam peringkat ini dikenali sebagai kanak-kanak yang mumaiyiz

    kerana pada peringkat ini, kanak-kanak mulai dapat berfikir untuk membezakan antara

    perkara yang baik dengan yang buruk atau sudah mempunyai idrak. Walau bagaimanapun

    kemampuannya masih pada tahap yang lemah23

    dan kurang kalau dibandingkan dengan sifat

    tamyiz yang ada pada orang dewasa.24

    Peringkat ini akan berterusan sehingga sifat tamyiz sempurna iaitu apabila kanak-

    kanak itu telah balil25

    kerana tamyizbermula dalam bentuk yang belum sempurna dan akan

    berkembang menjadi sempurna apabila seseorang kanak-kanak itu menjadi balil. Oleh itu

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    6/39

    umur maksimum bagi tamyizialah umur balil.26

    Pada ketika itu tidak lagi dinamaikan kanak-

    kanak tetapi pemuda.27

    Oleh itu, tamyizyang digunakan pada kanak-kanak tidak bermaksud

    sudah berakal dengan sempurna, tetapi hanya boleh berfikir dan membezakan antara perkara

    yang buruk dengan yang baik.

    JENIS-JENIS KECUAIAN DAN PENGABAIAN

    Kecuaian dan pengabaian ibu bapa sering terjadi terhadap kanak-kanak atas kurang kepekaan

    dalam memberi perhatian pada setiap gerak-geri anak-anak ketika melakukan sesuatu sama ada

    di dalam atau di luar jagaan mereka. Sikap yang cuai, mengabaikan dan tidak ambil peduli akan

    mencetuskan satu sikap pengabaian fizikal yang memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak

    mudah terjebak sesuatu yang negatif tanpa pengetahuan mereka sehingga memberi kemudaratan

    kepada diri kanakkanak tersebut. Hal ini jelas menunjukkan sikap tidak perihatin dalam didikan,

    tanggungjawab yang diamanahkan dan peranan sebagai ibu bapa tidak sempurna. Maka ini akan

    menghasilkan suatu kesuraman akhlak anak-anak yang akan diperolehi apabila ibu bapa

    memandang remeh dengan tanggungjawab mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kadar peningkatan

    kerosakan akhlak anak-anak yang ditempatkan di pusat pemulihan kian meningkat dari tahun ke

    tahun atas punca kecuaian dan pengabaian ibu bapa dalam memberi peranan dan tanggungjawab

    yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka.

    Situasi kecuaian dan pengabaian ibu bapa sering berlaku dan amat jelas dalam kaca mata

    dunia di kalangan kanak-kanak apabila sesuatu keadaan yang tidak disedari berlaku di depan

    mereka sepertimana membiarkan anak-anak mereka dipukul atau didera oleh sesiapa sahaja sama

    ada dari segi fizikal, emosi, seksual, meninggalkan anak di suatu tempat tanpa pengawasan atau

    pantauan, tidak mengambil perhatian atau tahu tentang anak-anak dan berbagai-bagai lagi

    berlaku.

    Bagi keadaan kecuaian dan pengabaian dalam penderaan dapat diklasifikasikan kepada

    tiga pembahagian iaitu fizikal, seksual dan juga emosi. Ketiga-tiga jenis kecuaian dan

    pengabaian dalam penderaan ini berlaku atas sifat yang mementing diri sendiri dikalangan ibu

    bapa tanpa menghirau keadaan anak-anak tersebut. Oleh itu, penjelasan jenis-jenis kecuaian dan

    pengabaian di bawah skop penderaan akan dijelaskan lebih terperinci di bawah subtopik ini.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    7/39

    i. Fizikal

    Didikan dengan cara memukul menurut pendangan ibu bapa adalah merupakan didikan

    yang berbentuk pengajaran atau mendisiplinkan kepada anak-anak agar tidak mengulangi

    perbuatan yang dilakukan sebelum ini, tetapi pada hakikatnya dengan didikan berbentuk

    pukulan akan menyebabkan berlaku kecederaan sama kepada anak-anak tersebut boleh

    menyebabkan kecederaan yang amat serius sehingga menyebabkan kematian. Walaupun

    dari persepsi mereka dengan memukul adalah satu didikan tetapi jika pukulan itu

    melampaui batas dan memukul pada tempat yang bukan sepatutnya, ia boleh dikatakan

    kecuaian dalam penderaan.

    Di samping itu, kecuaian terhadap fizikal sering berlaku di kalangan anak-anak

    yang dilakukan oleh orang-orang yang tiada ikatan persaudaraan dengan kanak-kanak

    tersebut yang tidak perihatin dalam didikan. Ibu bapa atau penjaga yang tidak

    menghiraukan atau leka dengan perkara tersebut sehingga menebabkan anak-anaknya

    menjadi trauma dalam setiap sudut dan keadaan. Majoritinya penderaan ini dilakukan

    atas sikap atau sifat bagi memuaskan diri yang dilakukan dengan sengaja dan niat untuk

    mencederakan anak-anak tersebut. Pelbagai penderaan fizikal yang sering terjadi pada

    anak-anak antaranya menendang, menumbuk, meggoncang, menggigit, memukul hingga

    tidak sedarkan diri, mematahkan tulang, menyimbah air panas dan pelabagai penderaan

    fizikal lagi. Kesan penderaan fizikal ini telah memberi kesan yang nyata terhadap anak-

    anak antaranya lebam, cedera sama ada ringan atau parah, luka dan juga sehingga berlaku

    kematian anak itu sendiri. Kecuaian melalui penderaan juga sering berlaku dikalangan

    ibu bapa yang dalam keadaan tekanan atau gangguan jiwa yang tidak dapat dielakkan

    seperti yang berlaku di Lahat Datu Sabah, di mana seorang bapa menyembelih anaknya

    lalu menghirup darah tersebut.28

    Begitu juga berlaku kepada seorang bapa ang mengidap

    sakit mental yang telah mengelar hingga mati anak bongsunya dan mencederakan dua

    orang lagi anak perempuannya sehingga terputus jari yang berlaku di Bangi.29

    Kes-kes ini

    sering berlaku tetapi tiada peruntukan yang khusus bagi menjamin keselamatan dan

    perlindungan kanak-kanak tersebut. Walaupun kebanyakkan alasan yang diberikan

    merupakan alasan yang berbentuk positif tetapi pengukuhan dari sudut fakta masih

    diragui dalam memberi hujah. Sekiranya ibu bapa ang cuai menggunakan alasan yang

    sama, keadaan kanak-kanak tidak terjamin selamat atas sikap dan sifat yang cuai dan

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    8/39

    terabai. Hal ini juga dapat difahami kepuasan diri adalah satu prinsip ibu bapa yang tidak

    ambil peduli terhadap anak-anak yang suka mendera tanpa mengira masa dan hari agar

    memberi kebahagiaan serta keuntungan kepada mereka.

    Di samping itu, terdapat juga ibu bapa berfikiran dengan didikan melalui

    memukul, dapat mendisiplinkan dan membentuk jati diri anak-anak, tetapi pada

    hakikatnya mereka telah merosakkan diri anak-anak itu melalui emosi. Sifat ketegasan

    dalam ibu bapa atau penjaga boleh diserapkan dalam jiwa mereka tetapi perlulah

    ketegasan itu berunsur kasih sayang sehingga tidak mencederakan anakanak. Konsep

    pemahaman terutamanya dalam didikan anak-anak perlu dipertingkatkan dikalangan ibu

    bapa agar tekanan emosi anak-anak melalui kecuaian dalam penderaan dapat

    dikurangkan. Terdapat juga ibu bapa menyatakan memukul atau sebat kepada anak-anak

    itu adalah jalan penyelesaian dalam memberi pengajaran dan didikan, sedangkan mereka

    tidak mengetahui dengan memukul atau sebatan itu boleh menyebabkan cedera sama ada

    cedera dalaman atau luaran. Hal ini dapat dinyatakan bahawa terdapat kes penderaan

    dengan memberi alasan negatif bahawa perbuatan berkenaan yang dilakukan untuk

    mendisiplinkan anak tersebut dengan menggunakan ragum dan pengetip kertas tehadap

    anak-anak tersebut, tetapi pada dasarnya berunsur penderaan fizikal kepada anak itu

    sehingga mencederakan anggota badannya. Oleh itu, kecederaan fizikal yang dianggap

    oleh ibu bapa sebagai didikan adalah satu pendapat atau pandangan yang tidak relevan,

    seolah-olah dalam jiwa ibu bapa atau penjaga tidak mempunyai sifat kasih sayang dan

    konsep ilmu keibubapaan dalam memberi didikan. Maka peningkatan pengetahuan setiap

    ibu bapa sebelum menerima cahaya mata perlu dipertingkatkan agar generasi baru dapat

    menjalankan proses pembesaran dengan sempurna.

    ii. Seksual

    Kecuaian dan pengabaian melalui seksual terhadap anak-anak merupakan kecuaian dan

    pengabaian yang boleh dianggap penderaan zalim dengan menjejaskan masa depan anak

    itu sendiri. Kecuaian dan pengabaian seksual ini didefinisikan sebagai penglibatan kanak-

    kanak dalam aktiviti-aktiviti seksual yang mereka sepenuhnya faham apa yang dilakukan

    atau kanak-kanak berkenaan tidak faham kesan daripada keizinan yang diberikan atau

    sesuatu yang bercanggah dengan peranan sesebuah negara. Menurut Henry Kempe,

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    9/39

    kecuaian dan pengabaian seksual termasuk perbuatan mengadakan hubungan seks dengan

    kanak-kanak, rogol, sumbang mahram, mendedahkan kemaluan, seks sadis, pelacuran

    kanak-kanak dan gambar lucah kanak-kanak.30

    Di samping itu, perbuatan mencabul

    kehormatan seperti memegang, mencium atau meraba bahagian sulit kanak-kanak serta

    perlakuan seks luar tabii juga melakukan penderaan seksual.

    Tidak hairan pada masa kini ada ibu bapa atau penjaga tiada mengambil peduli

    terhadap anak-anak sehingga sanggup membiarkan anak-anaknya dilakukan penderaan

    seksual oleh orang yang tidak dikenali. Hal ini berdasarkan keratan akhbar yang

    mengemparkan satu isu di mana seorang ibu tunggal yang tergamak anaknya dirogol oleh

    teman lelakinya.31

    Di samping itu, ada juga sesetengah ibu bapa sanggup merakam aksi-

    aksi yang memalukan terhadap anakanak mereka sehingga hidup anak tersebut tertekan

    atas sikap ibu bapa yang sanggup membiarkan anaknya dicabuli maruah. Peningkatan kes

    kecuaian dan pengabaian penderaan seksual terhadap kanak-kanak dari tahun ke tahun

    telah menunjukkan peningkatan yang mendadak yang dilakukan oleh orang-orang yang

    terdekat terutamanya, ibu bapa, adik beradik, keluarga dan saudara.

    Kecuaian dan pengabaian seksual juga dapat dikenal pasti melalui kecuaian

    ibu bapa tanpa menyedari keadaan anaknya ketika berseorangan di mana kesempatan

    anak-anak dalam melihat atau menonton rancangan-rancangan yang berbentuk lucah

    sehingga mereka ada sifat keinginan mencuba melakukannya. Maka di sini bermulanya

    berlaku perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh anak-anak mereka tanpa

    disedari. Oleh itu, kerosakkan masa depan maruah anak-anak kian terjejas atas sikap

    tidak bertanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang tidak ambil peduli dan perhatian

    dalam mengawal sepenuhnya keadaan diri anak-anak sama ada anak tersebut tinggal

    bersendirian di rumah dengan keluarga atau sebaliknya. Justeru, kepekaan ibu bapa atau

    penjagaan perlu dipertingkatkan agar pengawasan diri dan sekeliling terjamin daripada

    sebarang kerosakan maruah anak tersebut.

    iii. Emosi

    Menurut Kasmini Kassim,32

    kecuaian dan pengabaian emosi adalah satu trauma psikologi

    yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu

    terganggu untuk jangka masa pendek ataupun panjang mengikut keamatan trauma yang

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    10/39

    berlaku. Kesan daripada kecuaian dan pengabaian emosi ini, perasaan tidak berdaya akan

    timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal,

    sistem badan menjadi lemah dan seterusnya membawa kepada kesakitan emosi apabila

    mengenang kembali perkara-perkara yang berlaku ke atas diri anak tersebut.

    Sebagai ibu bapa perlu memberi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak

    dengan didikan yang sempurna dan relevan agar jiwa dan perasaan anak tersebut tidak

    tertekan atas sikap ibu bapa yang memberi didikan dengan penuh kekerasan sehingga

    menyebabkan anak-anak terasa takut dan trauma terhadap sikap ibu bapa. Sifat dan sikap

    yang keras dalam didikan menyebabkan anak-anak menjadi ikutan apabila berada di luar

    jagaan ibu bapa, sehingga sanggup melakukan apa sahaja sehingga perasaan dalam jiwa

    anak tersebut terasa kepuasan. Ada juga sesetengah anak merasai jiwanya tertekan

    sehingga hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan sanggup bersendirian tanpa mendekati

    dengan orang yang berada dipersekitarannya.

    Kecuaian dan pengabaian emosi ini adalah satu kesalahan ibu bapa dalam

    menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu bapa. Di samping itu, kecuaian dan

    pengabaian ini juga kesan daripada kecuaian dan pengabaian fizikal atau seksual atas

    sikap kelekaan, kealpaan dan pengabaian ibu bapa itu sendiri dalam mengawasi anak-

    anaknya. Hal ini juga, kecuaian dan pengabaian emosi ini boleh menjejaskan keyakinan

    anak-anak dalam apa jua perkara sekalipun sehingga ketakutan dalam jiwa mereka sering

    menyelumbungi diri. Kehidupan anak tersebut akan menjadi terbantut apabila penderaan

    emosi tidak diubati dan dikawal dengan segera. Kecuaian dan pengabaian emosi ini amat

    membimbangkan kerana ianya berlaku tanpa disedari dan tidak dapat dipandang dengan

    mata kasar dalam amalan atau cara ibu bapa membesarkan anak-anak itu. Oleh itu, ibu

    bapa perlu bertindak positif dalam memberi didikan kepada anak-anak agar masa depan

    kehidupan anak tersebut terjamin dan juga keyakinan diri mereka akan terus meningkat.

    Kecuian dan pengabaian juga berlaku melalui keadaan-keadaan tertentu yang berkaitan dengan

    keperluan asasi diri kanak-kanak tersebut seperti makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan

    keperluan yang lain. Kejadian-kejadian ini sering berlaku terhadap kanak-kanak atas sikap ibu

    bapa yang tidak menghiraukan anak mereka sehingga ada yang sanggup mengemis demi untuk

    mencari makanan dan minuman serta ada juga yang sanggup melakukan kesalahan jenayah

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    11/39

    untuk menampung kehidupan diri mereka. Sikap kealpaan ibu bapa yang tidak

    bertanggungjawab terhadap kanak-kanak jelas menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

    Hal ini sepertimana berlaku di negeri Selangor, di mana dalam keratan akhbar ini telah

    menyatakan statistik pengemis kanak-kanak yang dapat diselamatkan dari tahun 2010 seramai 23

    orang, tahun 2011 seramai 43 orang dan tahun 2012 seramai 78 orang kanak-kanak.33

    Maka

    dengan jumlah ini tidak hairanlah angka sebenar pengemis kanak-kanak adalah luar jangkaan

    lebih besar daripada angka tersebut dari tahun ke tahun. Di samping itu, terdapat juga kejadian

    yang amat memalukan atas sikap ibu bapa yang cuai dan abaikan anak-anaknya dalam didikan

    atau sesuatu perkara, di mana di dalam satu keratan akhbar menyatakan seorang kanak-kanak

    berumur 12 tahun terlibat dengan pelacuran sehingga digelar pelacur termuda.34

    Hal ini tidak

    dapat dinafikan lagi dengan keburukan akhlak dan sivik yang dilakukan kanak-kanak tersebut

    atas kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang tidak mengendahkan setiap gerak-geri perjalanan

    serta hala tuju anak-anak mereka.

    Sikap kecuaian dan pengabaian juga dapat dilihat dari sudut kaca mata didikan ibu bapa

    terhadap kanak-kanak sama ada melalui menulis, mengajar, berdikari, menonton, mendengar

    atau sebagainya. Kadang-kala didikan ibu bapa ini adalah satu skop yang luar daripada landasan

    didikan yang telah ditetapkan, walaupun daripada pandangan mereka sendiri didikan yang

    mereka ajari adalah satu perkara atau ilmu yang berguna bagi menjamin masa depan anak-anak.

    Pada hakikatnya, didikan yang mereka ajari adalah satu didikan yang akan menjadi unsur-unsur

    negatif tanpa disedari. Hal ini dapat dilihat, peningkatan kes-kes juvana yang dilaporkan

    merupakan kesan daripada kecuaian dan pengabaian ibu bapa iaitu dari 3399 kes pada tahun

    2012 kepada 8704 kes pada tahun 2013.35

    Peningkatan yang melonjat tinggi menunjukkan telah

    berlaku permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut atas sikap ibu bapa yang alpa

    dan leka terhadap mereka. Apabila menemui kanak-kanak tersebut, ada di kalangan mereka

    memberi alasan-alasan yang menyedihkan dan memilukan sehingga mereka dengan mudah

    terjebak dengan kesalahan-kesalahan jenayah atas sikap ibu bapa yang kurang memberi kasih

    sayang, didikan dan sehingga ada diabaikan. Pada hakikatnya, mereka tidak mahu melakukan

    perkara-perkara tersebut tetapi atas dasar sikap ibu bapa yang cuai dan mengabaikan, mereka

    terpaksa mencari orang-orang yang terdekat sebagai tempat meluahkan perasaan dan

    menenangkan hati mereka yang dalam suasana pemasalahan. Hal ini jelas, ternyata peningkatan

    jenayah kanak-kanak berlaku adalah atas sumbangan kecuaian dan pengabaian ibu bapa itu

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    12/39

    sendiri yang kurang memberi sepenuhnya tumpuan dan perhatian anak-anaknya mereka sehingga

    tanpa mengetahui kehendak, keperluan, hala tuju dan kawan-kawan anak mereka dekati.

    Oleh itu, kecuaian dan pengabaian adalah satu kelahiran yang lahir daripada ibu bapa itu

    sendiri dalam separuh sedar sehingga mewujudkan sikap lalai, leka, alpa dan hilang kepekaan

    terhadap kanak-kanak. Tanggungjawab yang diamanahkan dan terletak ke atas kedua-dua bahu

    ibu bapa tidak menjadi imbang jika tumpuan dan perhatian tidak diberi dengan sepenuhnya

    terhadap kanak-kanak. Justeru, bagi mengurangkan peningkatan kecuaian dan pengabaian ini

    berterusan, satu statut perlu ditubuhkan dan dikuatkuasakan bagi melindungi dan menjamin

    kebajikan kanakkanak agar terselamat daripada kencaman pemusnahan hak diri mereka.

    FAKTOR-FAKTOR KECUAIAN DAN PENGABAIAN

    Kebanyakkan kes kecuaian dan pengabaian yang dilaporkan kepada pihak berkuasa majoritinya

    adalah terdiri daripada ibu bapa. Hal ini berlaku atas beberapa punca dikenalpasti pada diri ibu

    bapa itu sendiri yang memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Walaupun punca ini

    merupakan satu perkara yang kecil tetapi ia tetap memberi kesan yang amat besar kepada kanak-

    kanak.

    Punca atau faktor utama yang sering terjadi adalah disebabkan kekurangan ilmu di dalam

    jiwa.36

    Ilmu pengetahuan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu ilmu agama dan ilmu dunia.

    Dalam situasi pemasalahan ini, ilmu agama perlu ditekankan dalam jiwa ibu bapa. Ilmu agama

    merupakan ilmu yang menyentuh seluruh kehidupan manusia terutamanya dari segi akhlak,

    syariah dan akidah. Dari segi skop, ilmu agama ini banyak menekankan ilmu yang

    mengkhususkan berkaitan duniawi dan akhirat. Bagi membentuk kanak-kanak dengan sifat dan

    akhlak yang sempurna, ilmu agama tidak boleh diabaikan dan diketepikan oleh ibu bapa dalam

    memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kanak-kanak. Tetapi pada masa kini, majoriti ibu bapa

    banyak beranggapan bahawa ilmu agama adalah tidak penting dalam membentuk kanak-kanak.

    Sekiranya ilmu agama tidak diterapkan dalam jiwa kanak-kanak tersebut dari awal lagi, maka

    pengaruhpengaruh dari luar dan budaya-budaya yang tidak sihat akan mempengaruhi mereka,

    sehingga menyebabkan kanak-kanak itu sendiri melakukan perbuatan yang bertentangan oleh

    syarak dan undang-undang. Hal ini berdasarkan statistik yang menunjukkan pada tahun 2012,

    hanya 368 kanak-kanak atau pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah, namun jumlah itu

    meningkat kepada 542 pelajar pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak 47 peratus.37

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    13/39

    Di samping itu, keburukan akhlak dan moral kanak-kanak pada masa kini kian menjadi

    buruk atas sebab perhatian ibu bapa yang tidak sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Majoriti

    ibu bapa, menganggap anak-anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat malah juga sering

    yakin serta percaya dengan tingkah laku dan perbuatan yang anak mereka lakukan. Sedangkan

    pada hakikatnya anak-anak mereka sering melakukan perbuatan yang buruk sehingga boleh

    menyebabkan maruah keluarga dan agama tercemar tanpa kesedaran ibu bapa itu sendiri.

    Dengan sifat yang tidak mengambil tahu atau perhatian kepada kanak-kanak terutamanya dalam

    perkara yang berkaitan dengan kawan-kawan disisinya, gerak-gerinya dan perbuatan yang

    mereka lakukan apabila ketiadaan ibu bapa. Sekiranya pemantauan ibu bapa semakin jauh, maka

    risiko kemusnahan akhlak anak-anak semakin tinggi.

    Kecuaian dan pengabaian ini juga terjadi atas sikap sambil lewa, leka dan alpa ibu bapa

    itu sendiri berdasarkan laporan-laporan kes yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut. Tidak

    hairanlah kadar peningkatan kematian kanak-kanak dari tahun ke tahun meningkat atas sebab

    kesalahan dan pemasalahan ibu bapa itu sendiri.38

    Jika diteliti pada masa kini, ibu bapa sering

    membawa segala pemasalahannya ke rumah, bahkan lagi bagi memuaskan perasaannya atau

    menyelesaikan segala konflik masalah yang mereka hadapi, anak-anak sebagai mangsa keadaan

    mereka.

    Penyalagunaan dadah dan penggunaan alkohol dalam minuman di kalangan ibu bapa

    menyebabkan kanak-kanak sering terabai setiap masa.39

    Ibu bapa yang mengambil dadah dan

    penggunaan alkohol dalam minuman akan sentiasa tidak ada ruang masa yang secukupnya

    malahan mereka sering hayal apabila mengambil barang tersebut. Kadang-kala, mereka

    menjadikan anak-anak sebagai tempat memuaskan nafsu dan penganayaan. Hal ini berdasarkan

    kajian California yang menunjukkan ibu bapa yang menggunakan alkohol dalam minuman

    sering melakukan penderaan fizikal kepada kanak-kanak.40

    Secara tidak langsung, segala

    petunjukkan perbuatan yang ditonjolkan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada kanak-kanak,

    malahan juga terdapat sesetengah kanak-kanak menjadi trauma atau emosinya terganggu atas

    sikap ibu bapa itu sendiri.

    Faktor pemasalahan ekonomi keluarga juga menjadi salah satu punca berlakunya

    kecuaian dan pengabaian ibu bapa. Peningkatan harga barang dan pembayaran kos-kos yang

    berkaitan rumah, kereta, cukai, pembelanjaan anak-anak dan kos-kos lain merupakan

    pemasalahan-pemasalahan yang berkaitan dengan rumah tangga. Apa yang pasti, pendapatan

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    14/39

    yang diperolehi tidak dapat diseimbangkan dengan keadaan suasana keluarga yang diperolehi.

    Hal ini, apabila ekonomi keluarga tidak seimbang, tekanan dalam kehidupan akan terbentuk

    dalam jiwa ibu bapa, sehingga mereka sanggup mengarahkan anak-anak melakukan perbuatan

    mengemis dalam usia yang kecil bagi meringankan bebanan tanggungjawab mereka. Situasi

    begini boleh dikategorikan sebagai keluarga yang berpendapatan rendah atau dalam keadaan

    kemiskinan atas sebab taraf kehidupan yang tinggi untuk diperlukan. Hal ini berdasarkan kajian

    di dapati bahawa sebanyak dua pertiga punca ibu bapa dalam keadaan kemiskinan yang memberi

    kesan kepada kanak-kanak terlibat dengan jenayah.41

    Di samping itu, faktor kemiskinan

    kekeluargaan itu sendiri disebabkan kesusahan, kesempitan dan kepayahan yang terjadi akan

    menimbulkan tekanan terhadap ibu bapa atas sebab kemiskinan yang berlaku terhadap mereka,

    bahkan dengan kewujudan anak-anak tersebut akan menambahkan lagi kepayahan dan

    kesempitan mereka mencari keperluan serta kelengkapan yang diperlukan oleh kanak-kanak

    tersebut.42

    Maka secara tidak langsung akan wujud kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap

    kanak-kanak itu sendiri, di mana ibu bapa itu sanggup membiarkan anak-anaknya dalam keadaan

    tidak terurus dan kelaparan setiap masa. Hal ini berdasarkan kajian yang dijalankan di Korea

    iaitu sebanyak kamulatif 302 di antara umur 7 hingga 12 tahun dianayakan oleh ibu bapa mereka

    atas sebab kemisikinan hidup yang menjadi penghalang kehidupan mereka.43

    Ada juga, ibu bapa

    membiarkan anak-anak mereka mencari kelengkapan dan keperluan sendiri di merata tempat

    tanpa menghiraukan dan memantau setiap perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

    Hal ini dengan berdasarkan peningkatan kanak-kanak jalanan yang berlaku di Malaysia yang

    dapat diselamatkan iaitu 240 kes manakala 19 kes di bawah ke mahkamah pada tahun 2014.44

    Situasi kecuaian dan pengabaian juga boleh berlaku apabila kedua-dua pihak bekerja

    sehingga tiada ruang masa untuk bersama keluarga terutama kepada anak-anak yang

    memerlukan ruang masa kasih sayang dan bermesra bersama ibu bapa mereka. Kesibukan ibu

    bapa yang tidak menentu sehingga kadang-kala melampaui batasan waktu yang tidak dapat

    dijangka yang menyebabkan ibu bapa sering tiada ruang masa waktu yang sepenuhnya kepada

    anak-anak. Maka secara tidak langsung, perkara tersebut akan memberi kesan buruk terhadap

    anak-anak kerana kekurangnya kasih sayang dan perhatian kepada mereka dalam setiap masa.

    Apabila ibu bapa kurang memberi perhatian kepada anak-anak, maka anak-anak tersebut akan

    mencari orang-orang tertentu sebagai tempat berkongsi masalah seperti kawan-kawan atau orang

    yang tidak dikenali. Sebagai contoh kejadian yang berlaku terhadap seorang gadis yang tidak

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    15/39

    pernah mendapat kasih sayang seorang ibu pada usia kanak-kanak lagi sehingga gadis tersebut

    terjebak dengan perbuatan songsang pada peringkat remaja.45

    Perkara ini secara tidak langsung

    kerenganggan ibu bapa dengan anak-anak semakin jauh, malahan anak-anak mereka banyak

    bersama dengan kawan-kawan sehingga mereka berubah sikap atas ikutan kenalan kawan

    mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat, sikap dan perubahan kanak-kanak yang terlibat dengan

    perkara sosial sering meningkat sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut terlibat dengan

    jenayah. Hal ini merujuk peningkatan statistik bilangan kanak-kanak yang terlibat dengan

    kesalahan juvana iaitu sebanyak 8704 kes pada tahun 2013 berbanding dengan 3399 kes pada

    tahun 2012. Peningkatan ini sebanyak 5305 telah menunjukkan sebahagian kesan daripada punca

    kecuaian dan pengabaian ibu bapa dalam memantau anak-anak apabila ketiadaan di hadapan

    mereka.46

    Keluarga yang besar atau ramai merupakan salah satu faktor berlakunya kecuaian dan

    pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak.47

    Apabila mempunyai anak yang ramai, kepekaan

    ibu bapa akan terganggu jika tiada sifat berhati-hati dalam setiap perkara yang mereka lakukan

    sehingga berlaku kecuaian dan keabaian terhadap anak-anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang

    sibuk dengan kerjaya masing-masing yang tidak akan ada masa secukupnya untuk meluangkan

    masa bersama-sama anak-anaknya.

    Selain itu, kecuaian dan pengabaian ini terjadi adalah faktor keadaan di rumah. Apabila

    rumah tidak bersih dan selamat, jaminan kebajikan, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak

    tersebut akan terjejas. Hal ini sepertimana berlaku atas perbuatan meninggalkan kanak-kanak

    tanpa pengawasan adalah serius kerana terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian

    telah terperangkap dalam rumah apabila berlaku kebakaran.48

    Di samping itu, kanak-kanak akan

    mudah merasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk

    memenuhi masa mereka secara yang lebih berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana

    tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana setiap ahli keluarga sibuk dengan hal

    masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah antara ibu bapa. Keadaan ini akan

    menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk

    memenuhi lapangan mereka.

    Sehubung dengan itu, gangguan mental dan emosi ibu bapa merupakan salah satu faktor

    utama kecuaian dan pengabaian ibu terhadap kanak-kanak. Hal ini disebabkan tekanan perasaan

    yang dihadapi oleh ibu bapa itu sendiri apabila menerima sesuatu pemasalahan. Pemasalahan-

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    16/39

    pemasalahan yang diterima majoritinya diterima melalui di tempat kerja, situasi sekeliling, diri

    sendiri, tekanan hidup, keluarga dan sebagainya. Adapun juga, pemasalahan yang dihadapai oleh

    ibu bapa sendiri adalah berbentuk pemasalahan kecil namun apabila tidak diselesaikan dengan

    sempurna maka pemasalahan itu menjadi besar dan sukar untuk diselesaikan. Hal ini berdasarkan

    kajian yang dibuat berdasarkan rekod mahkamah pada tahun 1991 iaitu seramai 206 kanak-kanak

    telah diabaikan atau didera atas sikap gangguan emosi dan mental ibu bapa.49

    Di samping itu,

    gangguan mental dan emosi ini terjadi apabila keadaan ibu itu sendiri selepas melahirkan anak.

    Situasi ibu dalam keadaan pantang atau selepas bersaling, perlu memberi rehat yang secukupnya

    kerana tekanan darah dirinya yang rendah dan tubuh badan yang lemah. Apabila tidak dikawal

    dan menghadapi sesuatu pemasalahan, tekanan perasaan pada dirinya akan bertambah bahkan

    akan memberikan kesan yang amat besar kepada bayi yang dilahirkan. Hal merujuk kajian dibuat

    ke atas ibu yang sudah bersaling atau melahirkan anak di Jepun telah memberi layanan yang

    buruk kepada kanak-kanak pada umur 18 bulan lagi.50

    Penyakit mental51

    dan gila52

    merupakan salah satu punca atau faktor berlaku kecuaian

    dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. Masalah mental atau dikenali sebagai penyakit

    mental berlaku atas sebab-sebab tertentu dan kadang-kala tidak didapati punca berlakunya

    penyakit ini. Kebanyakkan masalah penyakit mental ini sering dikaitkan dengan masalah-

    masalah yang pernah berlaku ke atas ibu bapa yang trauma dengan kehidupan zaman silam

    mereka yang sering didera, diabaikan atau berlaku kecuaian oleh ibu bapanya sebelum ini.

    Pemasalahan mental yang tidak sihat ibu bapa ini akan menyebabkan kanak-kanak sering didera

    dan diabaikan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah satu perbuatan yang kecil.53

    Sehubung

    dengan itu, pemasalahan mental juga berlaku apabila keadaan ibu bapa itu sendiri yang

    menghadapi dan mempercayai dengan perkara-perkara pelik sehingga anak menjadi korban. Hal

    ini berdasarkan kejadian yang berlaku pada tahun 2014 di Bangi, seorang bapa dipercayai

    masalah mental telah mengelar anaknya ang berumur tujuh tahun sehingga mati.54

    Manakala

    bagi ibu bapa yang menghadapi penyakit gila, kanak-kanak sering terabai dalam pelbagai

    keadaan dan masa. Keadaan gila sama ada sekejap atau selama-lamanya, akan sentiasa

    memberikan kesan kanak-kanak dari segi keselamatan, kehidupan, keperluan diri dan berbagai-

    bagai lagi. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak sering terbiar di jalanan, malahan juga

    mereka mudah terjebak dengan gejalagejala sosial yang tidak sihat.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    17/39

    Faktor dan punca kecuaian dan pengabaian ini boleh diatasi dengan pelbagai langkah dan

    cara sekiranya si ibu dan bapa mengawasi setiap langkah dan hala tuju anak itu sendiri. Perkara-

    perkara ini juga dapat dikenal pasti punca utama berlaku adalah terhadap ibu bapa yang kurang

    kepekaan dalam semua sudut berlaku kepada kanak-kanak. Oleh itu, dengan berdasarkan faktor

    dan punca berlaku kecuaian dan pengabaian ini, ibu bapa perlu dibentukkan dengan ilmu-ilmu

    kekeluargaan terutamanya dalam memberi didikkan kepada anak-anak agar keselamatan dan

    kebajikan mereka terpelihara serta terjamin.

    KESAN-KESAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN

    Seorang kanak-kanak akan menjadi mangsa dalam kecuaian dan pengabaian akibat perlakuan ibu

    bapa yang tidak peka dan cuai terhadap tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas sebagai

    seorang ibu bapa. Kesalahan kecuaian dan pengabaian ini akan memberi impak yang buruk

    kepada kanak-kanak yang masih berusia kecil, walaupun ibu bapa menganggap anak-anak

    mereka yang masih kecil itu tidak matang dan belum pandai memikirkan perkara-perkara berlaku

    di sekelilingnya.

    Kesan kecuaian dan pengabaian ini boleh dikenalpasti kepada dua bahagian iaitu melalui

    fizikal63

    dan perlakuan kanak-kanak itu sendiri.55

    Menurut Harvey, kesan-kesan melalui fizikal

    dapat diklasifikasikan kepada empat bahagian berdasarkan kajiannya antaranya pembesaran yang

    terbantut, sering keadaan yang tidak sempurna iaitu sering berasa lapar dan letih malahan juga

    keadaaan diri kanak-kanak itu kotor dan tidak terurus. Perkara ini kesan daripada pengabaian ibu

    bapa itu sendiri yang tidak mengambil peduli kepada kanak-kanak itu sendiri. Pada hari ini, juga

    dapat dilihat dengan kanak-kanak itu sendiri punca utama mereka meminta duit di pesisiran

    jalanan adalah kerana mereka perlu makan dan minum atas sebab kelaparan melampaui. Di

    samping itu, apabila kejadian kecuaian dan pengabaian sering berlaku, pembesaran anak-anak

    menjadi terbantut di mana kanak-kanak akan terasa trauma apabila berada di sisi ibu bapa

    mereka. Malahan mereka juga merasai keselamatan dan kebajikan mereka tidak terjamin. Hilang

    kepercayaan terhadap ibu bapa ini akan memberi kesan kepada anak-anak sehingga

    menyebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan menjadi punca berlaku kecuaian dan

    pengabaian ini. Walaupun, jika dilihat kecuaian dan pengabaian ini berlaku tanpa disedari,

    kematian anak-anak itu sendiri boleh berlaku atas sebab tanggungjawab ibu bapa yang tidak peka

    dan memandang perkara sesuatu itu remeh. Malahan mereka tidak berfikir panjang sebelum

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    18/39

    perkara-perkara buruk berlaku seperti seorang kanak-kanak yang berlaku di pantai Port Dickson

    pada 9 Desember 2013 jam 6.30 petang, di mana ibu bapa tersebut sanggup membawa anak-

    anak yang di bawah umur menaiki banana boat sehingga membawa maut,56

    sedangkan jika

    difikirkan, ia akan membawa ancaman bahaya kepada anak-anak itu sendiri. Begitu juga dengan

    perkara-perkara lain, di mana berlaku atas sebab ibu bapa yang tidak tahu ke mana dan di mana

    anak-anak mereka berada tanpa pantauan yang teliti dalam setiap tindakan dan perkara yang

    dilakukan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan peningkatan kes-kes kematian

    kanak-kanak dan taburan kematian kanak-kanak dari tahun ke tahun meningkat di Malaysia.

    Kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang tidak mengenal pasti anak-anak mereka apabila ibu

    bapa berada dalam keadaan sesuatu yang kesibukkan sehingga apabila disedari mendatangkan

    maut kepada anak-anak itu sendiri. Kes-kes ini dapat dilihat dengan paparan-paparan akhbar

    yang sering menjadi tajuk menghayati hati dan kesedihan di khalayak umum seperti kes seorang

    ibu cuia terhadap anaknya sehingga membawa maut di mana si ibu tersebut telah meninggalkan

    anak tersebut selama enam jam di dalam kereta ketika si ibu tersebut bertugas sebagai guru bagi

    menghadiri mesyuarat di sekolah sehingga lupa anaknya ada di sisinya.57

    Walaupun tiada

    pensabitan terhadap ibu tersebut, tetapi ibu tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atas sebab

    kesalahan perbuatannya.

    Bagi kesan melalui perlakuan kanak-kanak dapat dijelaskan oleh Hervey, di mana punca

    kanak-kanak merayau-rayau tanpa tujuan, mencuri makanan atau meminta makanan adalah

    punca daripada kecuaian dan pengabaian ibu bapa itu sendiri yang tidak menyediakan

    kelengkapan yang sempurna. Dalam perkara ini tidak boleh disalahi kepada kanak-kanak tetapi

    boleh disalahi ibu bapa itu sendiri yang tiada memberi kelengkapan yang perlu terhadap anak-

    anak mereka. Kadang-kala punca anak-anak itu menjadi agresif dan terlibat dengan aktiviti-

    aktiviti sosial yang tidak sihat adalah kesan daripada ibu bapa yang tidak pantau setiap gerak-geri

    perjalanan dan langkah anak-anak itu pergi sama ada di dalam atau diluar jagaan mereka.

    Perbuatan-perbuatan yang tidak sihat telah mengambarkan kekecewaan anak-anak itu sendiri

    terhadap ibu bapa mereka sendiri yang sering tidak memberi perhatian kepada mereka. Malahan

    juga, mereka sering diabaikan kasih-sayang pada setiap masa, di mana ibu bapa mereka sering

    berada dalam keadaan kesibukkan kerja masing-masing sehingga tiada ruang masa yang khusus

    kepada anak-anak mereka.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    19/39

    Kecuaian dan pengabaian ibu bapa kepada kanak-kanak menjadi perkara yang amat

    kritikal pada masa kini. Walaupun jika dilihat perkara ini terjadi dengan tidak sengaja atau tanpa

    disedari, tetapi ia tetap boleh dikatakan satu kesalahan yang besar dan boleh disabitkan di bawah

    kesalahan kecuaian dan pengabaian. Justeru, kesan-kesan di atas jelas menerangkan kecuaian

    dan pengabaian berlaku kepada kanak-kanak sama ada kecuaian dan pengabaian itu berlaku

    secara sedar atau tidak.

    PELAKSANAAN HUKUMAN KECUAIAN DAN PENGABAIAN DI BAWAH AKTA

    KANAK-KANAK 2001 DAN HUKUMAN SYARAK

    Kewujudan Akta Kanak-kanak 2001 merupakan satu jalan inisiatif bagi mengurangkan kadar

    kesalahan ini. Di samping itu, kesalahan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak juga

    diteliti dan dianalisis dari sudut perspektif pelaksanaan hukum Syariah. Penjelasan kedua-dua

    sabitan diperjelaskan dengan terperinci di bawah tajuk ini seperti berikut:

    i) Pensabitan Sivil di bawah Akta Kanak-kanak 2001

    Undang-undang yang diperuntukkan untuk perlindungan kanak-kanak menunjukkan bahawa

    kerajaan telah mengambil serius bagi membasmi penganayaan, kecuiaan, pengabaian,

    penderaan dan jenayah yang mensabitkan kanak-kanak. Dalam kes bagi kecuaian dan

    pengabaian kanak-kanak terdapat beberapa statut yang diperuntukkan bagi menjamin

    keselamatan, kebajikan dan perkembangan kanak-kanak tersebut yang melibatkan kes-kes

    kecuaian dan pengabaian ibu bapa atau pihak-pihak tertentu terhadap kanak-kanak.

    Menurut Seksyen 31 (1)(a) dan (b) Akta 611 memperuntukan mana-mana orang yang

    merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak :

    (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengancara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau

    yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan

    sedemikian; atau

    (b) yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan ataumembenarkannya dianiayai sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan

    boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak

    melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

    Merujuk peruntukan ini, menaniayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan

    merupakan jenis-jenis perbuatan berbeza. Walau bagaimanapun, keempat-empat jenis

    perbuatan ini dapat didefinisikan dengan satu persatu. Menganiayai merupakan satu

    perbuatan yang dilakukan dengan cara menindas, menyeksa atau menyakiti seseorang dengan

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    20/39

    cara yang zalim. Manakala mengabaikan dapat dijelaskan sebagai satu perbuatan seseorang

    yang tidak memberikan perhatian tanpa mengendahkan tanggungjawab ke atasnya.

    Membuang merupakan mencampak atau meningkirkan seseorang itu daripada dekati diri

    kepadanya, dan mendedahkan ialah membiarkan atau mendedahkan seseorang itu daripada

    ancaman-ancaman yang membahayakan dirinya sehingga menyebabkan emosi terganggu.

    Berdasarkan keempat-empat jenis perbuatan ini, kesalahan ini sering terjadi di kalangan ibu

    bapa sama ada dalam sedar mahupun tidak sedar ketika anak-anak disisinya. Hal ini

    sepertimana berlaku atas perbuatan meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan adalah

    serius kerana terdapat kes kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian telah terperangkap

    dalam rumah apabila berlaku kebakaran.58

    Di samping itu, terdapat kes seorang bapa telah

    meninggalkan anaknya bersendirian dalam kereta yang enjinnya masih hidup dan kereta

    berkenaan kemudiannya dilarikan pencuri.59 Kecuaian dan pengabaian ibu bapa juga jelas

    kelihatan apabila terdapat satu kes di paparan akhbar yang bertajuk kanak-kanak digilis

    sebuah treler 10 tayar yang dipandu oleh bapanya sendiri. Kejadian berlaku di Pontian

    berdekatan dengan rumah mangsa ketika bapanya ingin bergerak ke tempat kerjanya.60

    Berdasarkan subseksyen 31 (2) (a), (b) dan (3) Akta 611 menyatakan bahawa mahkamah:

    (a) hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam

    subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di

    bawah subseksyen itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan

    baik selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan(b)boleh memasukkan dalam bon yang disempurnakan di bawah perenggan (a)apa-apa

    syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

    (3) Jika seseorang yang diperintahkan supaya menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuanbaik di bawah subseksyen (2) tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu, dia boleh didenda

    selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selanjutnya selama tempoh

    tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

    Peruntukan subseksyen 31 (2) dan (3) menjelaskan bahawa pihak-pihak yang disabitkan

    di bawah seksyen 31 (1) (a) dan (b) boleh dikenakan bon dengan berdasarkan budibicara

    mahkamah. Bon yang dimaksudkan di sini adalah satu pelepasan ke atas pelaku yang

    diberikan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk berkelakuan baik dalam tempoh tertentu

    yang wajar ditentukan oleh Mahkamah. Bon ini disempurnakan oleh ahli keluarga pelaku

    atau sesiapa sahaja untuk menjamin ke atas pelaku dan sekiranya syarat-syarat bon tersebut

    tidak dipenuhi, maka denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak

    melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    21/39

    Menurut seksyen 31(4) Akta 611 Akta 611 memperuntukan iaitu seseorang ibu atau bapa

    atau penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara

    seseorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah mengabaikannya dengan cara yangmungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi jika, sungguhpun

    dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan

    atau pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu daripada sumber-sumbernyasendiri, dia tidak berbuat demikian.

    Penjelasan peruntukan seksyen 31(4) ini menyatakan bahawa ibu bapa atau pihakpihak

    bertanggungjawab sering melakukan kecuaian dan pengabaian apabila penyediaan daripada

    segala lengkapan yang diperlukan kanak-kanak tidak disediakan dengan sempurna sehingga

    menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal atau emosi. Hal ini

    sepertimana berlaku dalam satu kejadian ke atas seorang kanak-kanak OKU yang diabaikan

    oleh ibunya sendiri yang tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya sehingga

    menyebabkan fizikal kanak-kanak tersebut terjejas walaupun si ibu telah menyediakankelengkapan dari segi penempatan dan makanan kepada anaknya itu.

    61

    Subseksyen 31 (5) (a) dan (b) menyatakan seseorang boleh disabitkan atas suatukesalahan terhadap seksyen ini walaupun

    (a) penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yang berkenaan atau

    kemungkinan penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan kanak-kanak yangberkenaan telah dielakkan melalui tindakan orang lain; atau

    (b) kanak-kanak yang berkenaan telah mati.

    Peruntukan 31(5) ini menjelaskan penderitaan atau kecederaan adalah satu perkara yang

    berbeza sehingga boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Penderitaan merupakan

    kesusahan atau penanggungan seseorang menghadapi kesakitan yang dialami sama ada

    dalam bentuk fizikal mahupun mental. Manakala kecederaan iaitu sesuatu kelukaan yang

    dialami oleh seseorang atas perbuatan orang lain atau sebab-sebab tertentu. Penjelasan

    kedua-dua perkara ini, akan menyebabkan kesihatan kanak-kanak terganggu jika mereka

    mengalami penderitaan atau cedera ke atas diri mereka sama luaran atau dalaman. Hal ini

    sepertimana berlaku seorang anak ketagih syabu sejak awal usia kecil lagi atas sebab tiada

    kasih sayang oleh ibu bapanya dan hidup anak tersebut selalu disisihkan sehingga anak

    tersebut menderita dan kecewa atas sikap ibu bapanya yang tidak peduli atas dirinya.62

    Kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak juga boleh berlaku apabila ibu bapamenjadikan kanak-kanak sebagai mengemis di jalanan atau tempat-tempat tertentu. Merujuk

    seksyen 32 Akta 611 menyatakan kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis yang

    melibatkan mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    22/39

    kanak atau, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak,

    membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud:

    (a) mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi,bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau

    (b) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram

    perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkankesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan

    selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Peruntukan seksyen 32 ini menjelaskan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-

    kanak berbentuk mengemis iaitu mengarahkan kanak-kanak meminta sedekah, menyanyi

    di jalanan bagi memperolehi pendapatan atau perbuatan-perbuatan yang seumpamanya

    dengan perbuatan mengemis, maka ia merupakan satu kesalahan undang-undang dan

    boleh disabitkan di bawah seksyen ini. Jika diteliti peruntukan ini, pensabitan hukuman

    yang dinyatakan begitu longgar malahan denda yang diberikan terlalu rendah. Hal ini

    kerana, peratusan pengemis di kalangan kanak-kanak semakin meningkat atas desakan

    ibu bapa itu sendiri kepada anak mereka. Kejadian ini berlaku di Ampang, apabila

    seorang ibu tergamak menyuruh anaknya meminta sedekah di khalayak masyarakat

    umum.63

    Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang

    berpatutan yang diperuntukan seksyen 33 Akta 611 merupakan satu kecuaian dan

    pengabaian yang melibatkan mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa ataupenjaga atau orang yang pada masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak,

    yang meninggalkan kanak-kanak itu:

    (a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutanbagi kanak-kanak itu;

    (b) selama suatu tempoh yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau

    (c) dalam keadaan yang tidak berpatutan memandangkan semua hal keadaan, melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit

    atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Pengabaian yang dinyatakan dalam peruntukan ini adalah bermaksud pengabaian

    yang berbentuk peninggalan dengan sengaja iaitu kanak-kanak tersebut ditinggal

    bersendirian dengan tidak diberikan perhatian sepenuhnya dan tanpa menghiraukan

    kanak-kanak itu sehingga terjejas kehidupan dirinya. Hal ini sepertimana berlaku ke atas

    pada Jun 2014, seorang wanita yang didakwa di Mahkamah Seksyen atas dua tuduhan di

    bawah seksyen ini atas kesalahan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa

    pengawasan sehingga kesihatan dan kehidupan anak tersebut terjejas.64

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    23/39

    Merujuk kejadian-kejadian dan kes-kes yang dilaporkan, peruntukan di dalam

    statut telah dinyatakan dengan jelas bagi melindungi kanak-kanak tersebut daripada

    sebarang perkara-perkara berbahaya yang membawa kepada maut. Menurut seksyen 33

    memperuntukkan sekiranya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak meninggalkan kanak-

    kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang sepatutnya, maka ia merupakan satu

    kesalahan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak yang boleh dihukum penjara

    tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

    Berdasarkan peruntukkan ini, pensabitan hukuman yang dinyatakan dalam

    seksyen ini telah mengambarkan peningkatan kadar kecuaian dan pengabaian ibu bapa

    atau penjaga sering terjadi setiap hari. Kewujudan peruntukkan ini agar tindakan boleh

    diambil terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai dan abai dalam menjalankan tugas serta

    tanggungjawab kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Di samping itu, peruntukan

    ini juga dapat dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan ibu bapa lebih

    bertanggungjawab terhadap kanak-kanak di bawah kawalan mereka. Sebagai contohnya

    kejadian-kejadian yang sering kali terjadi iaitu kanak-kanak yang ditinggalkan

    bersendirian di dalam kereta atau di rumah. Hal ini dapat dilihat melalui kaca mata kita

    sendiri dengan kejadian-kejadian yang dipaparkan dalam akhbar dan menjadi tajuk

    perbincangan di dalam corong-corong radio dan televisyen. Dengan peruntukan sedia ada

    ibu bapa atau penjaga akan sering berhati-hati dalam semua tindakan mereka agar tidak

    tersasar menyebabkan hilang kepekaan setiap gerak-geri kanak-kanak lakukan. Oleh itu,

    peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam seksyen 31 hingga 33 ini merupakan satu

    langkah dan iniasitif kerajaan, tetapi perlu dikuatkuasakan dan diperketatkan hukuman

    dalam peruntukan tersebut, agar pemeliharaan kanak-kanak itu terjamin dan terjaga

    supaya proses pembesaran mereka berjalan dengan sempurna.

    ii) Pensabitan di bawah hukum syarak

    Walaupun pensabitan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak tidak diperuntukan

    di Malaysia di dalam enakmen syariah, tetapi terdapat kesesuaian hukuman yang boleh

    disabitkan kepada pesalah atas kealpaan dan keabaiannya. Begitu juga, jika diteliti

    kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap

    kanak-kanak tiada dinyatakan dengan khusus dalam al-Quran dan Hadis tetapi hanya

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    24/39

    menyatakan kesalahan-kesalahan berkaitan hukum-hakam sekiranya ibu bapa tidak

    menjalankan tanggungjawab ke atas anak-anak mereka. Hukuman hudud dan qisas yang

    digambarkan dalam al-Quran hanya dinyatakan kesalahan-kesalahan tertentu dan

    merupakan kesalahan amat besar yang melanggar atau mencabuli hak Allah dan hak

    manusia. Manakala, bagi pesabitan hukuman tazir merupakan peruntukkan hukuman

    yang dikeluarkan oleh pemimpin di sesebuah Negara atau tempat berdasarkan kesesuaian

    kesalahan yang dilakukan bagi mensabitkan hukuman tersebut. Hal ini secara tidak

    langsung, telah menjadi pencanggahan di antara pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan

    hukuman ini dalam menjamin hak-hak tersebut.

    Tunjang utama dalam pelaksanaan hukum bagi sesuatu pensabitan tersebut akan

    berdasarkan lima prinsip utama yang menjadi panduan pelaksanaan hukuman.

    Agama,nyawa, akal, harta dan maruah merupakan prinsip maqasid syariah yang wajib

    dijaga dan dipelihara setiap manusia. Apabila dikaitkan kesalahan kecuaian dan

    pengabaian, prinsip nyawa, maruah dan akal dikaitkan dalam pensabitan sesuatu

    hukuman ke atas pesalah. Jadi, wajarkah kesalahan kecuaian dan pengabaian ibu bapa

    boleh di sabitkan hukuman qisas dan diat? Oleh itu, bagi menentukan kesesuaian

    pensabitan hukuman tersebut, penerangan hukuman qisas dan diat perlu diteliti serta

    diperincikan agar dapat difahami bagi menentukan kesesuain pensabitan hukuman

    tersebut.

    Apabila dikaitkan dengan pembunuhan dan kecederaan seseorang, pensabitan

    hukuman qisas dan diat menjadi kesesuaian dalam pelaksanaan hukuman tersebut.

    Malahan juga penerapan hukuman qisas dan diat di dalam al-Quran telah

    menggambarkan hukuman-hukuman tertentu seperti hukuman bunuh balas bunuh dan

    cedera balas cedera. Kesalahan pembunuhan menurut Islam terbahagi kepada tiga

    bahagian iaitu pembunuhan dengan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja. Apabila

    merujuk ketiga-tiga jenis hukuman tersebut, kesalahan kecuaian dan pengabaian tersebut

    dapat disesuaikan dengan pembunuhan tidak sengaja. Walau bagaimanapun para ulama

    telah berselisihan berpendapat tentang jenis-jenis pembunuhan tersebut ada yang

    mengatakan satu dan ada juga mengatakan dua jenis. Seluruh fuqaha bersepakat, tidak

    ada qisas dalam pembunuhan tidak sengaja dan serupa sengaja, tetapi pelaku tersebut

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    25/39

    dikenakan dua pembalasan sahaja iaitu pembalasan asal iaitu diat dan kifarah, dan

    pembalasan tambahan iaitu halangan pewariasan dan wasiat.

    Sebelum memastikan kewajaran permasalahan tersebut, pengetahuan tentang

    pembunuhan tidak sengaja ialah pelaku tidak bermaksud atau niat memukul dan

    membunuh. Pembunuhan tanpa niat iaitu pembunuhan yang dilakukan oleh seseorang

    tanpa niat membunuh dan tidak bertujuan membunuh.65

    Menurut Mazhab Hanafi, semua

    pembalasan pembunuhan seumpama sengaja adalah sama seperti pembalasan

    pembunuhan tidak sengaja iaitu kifarah, diat dan halangan pewarisan serta wasiat.

    Pembunuhan secara tidak langsung, menurut Mazhab Hanafi seperti penggali lubang

    dikenakan satu pembalasan sahaja iaitu diat. Tidak ada kifarah dan halangan pewarisan

    dan wasiat.66

    Manakala menurut jumhur, ia adalah seperti pembunuhan tidak sengaja.67

    Sehubung dengan itu, puasa pula adalah salah satu daripada dua pilihan kifarah yang

    termaktub dalam al-Quran yang menyatakan pembalasan pembunuhan tidak sengaja.

    Firman Allah S.W.T.:

    ...68

    Maksudnya: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja,

    maka hendaklah ia mermedekakan seorang hamba perempuan yang beriman serta

    membayar diat yang diserahkan kepada ahlinya, kecuali jika mereka menyedekahkan dan sesiapa yang tidak mendapatinya, maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut.

    Berdasarkan ayat di atas menjelaskan tiga jenis kifarah iaitu pertama pembunuhan

    seorang Muslim di Negara Islam tanpa sengaja, kedua pembunuhan di Negara yang

    berperang sedang keimanannya belum tahu lagi dan ketiga pembunuhan seorang mu

    ahid sedangkan ia adalah seorang kafir dhimmi.69

    Merujuk dalil di atas juga

    menunjukkan bahawa diat pada keadaan bunuh tanpa niat ini dibayar oleh keluarga

    pembunuh adalah berdasarkan faktor bahawa diat bagi bunuh hampir sengaja dibayar

    oleh keluarga pembunuh. Oleh itu dalam kes bunuh tanpa niat, hukuman ini sudah tentu

    ini lebih tepat dilaksanakan. Menurut Imam Syafie, kifarah pembunuhan yang tersalah

    atau tidak sengaja, tidak dapat mencari hamba untuk dimerdekakan dan tidak mampu

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    26/39

    berpuasa dua bulan berturut-turut disebabkan tua iaitu sakit tua yang menyebabkan

    kesusahan yang sangat kuat, makadiharuskan ke atasnya memberi makanan kepada enam

    puluh orang miskin dengan memberi satu cupak makanan setiap seorang.70

    Manakala

    ulama-ulama fuqaha selain daripada Imam Syafie berpendapat bahawakifarah pembunuh

    yang tersalah atau tidak sengaja tetap dikenakan dua hukuman tersebut iaitu

    mermedekakan seorang hamba, jika tidak mampu mermedekakan, maka hendaklah

    berpuasa dua bulan berturut-turut. Hukuman tersebut tidak boleh ditukarkan dengan

    kifarah yang lain kerana tidak didapati dalil selain daripada dua jenis kifarah tersebut.71

    Pensabitan hukuman qisas ini terhadap pelaku pembunuhan atau pelukaan akan terhapus

    apabila kifarah tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya ke atas mangsa atau keluarga

    mangsa.

    Manakala, dari aspek kemaafan sekiranya pemberian maaf itu diberi oleh mangsa

    atau ahli waris tersebut, maka akan gugur hukuman qisas dan kifarah.72

    Menurut Imam

    Syafie dan Imam Ahmad, memaafkan disini ertinya mengugurkan qisas atau diat tanpa

    imbalan apa-apa. Sedangkan menurut Imam Malik dan Abu Hanifah, pemaafan terhadap

    diat itu boleh dilaksanakan bila ada kerelaan pelaku. Hal ini dapat dijelaskan. Pemaafan

    adalah suatu pemaafan qisas tanpa imbalan apa-apa dan ada juga memaafkan diat itu

    bukan satu pemaafan melainkan pendamaian. Maka orang yang berhak memaafkan qisas

    tersebut adalah orang yang berhak menuntutnya.73

    Pembunuhan tanpa niat boleh diklasifikasikan kepada dua jenis hukuman iatu

    hukuman agama (akhirat) dan hukuman duniawi (mahkamah). Bagi hukuman agama

    ialah diampunkan tanpa sebarang dosa dan hukuman. Hal ini kerana perbuatan yang

    dilakukan merupakan tidak sengaja dan tanpa sebarang niat. Bagi pensabitan hukuman di

    dunia, keluarga pembunuh wajib membayar diat dalam tempoh tiga tahun, secara

    meringankan dalam bentuk lima jenis unta iaitu 20 ekor anak unta betina makhadh, 20

    ekor anak unta betina labun, 20 ekor anak unta jantan labun, 20 ekor anak unta hiqqah

    dan 20 ekor unta jazaah.74 Berdasarkan klasifikasi pembahagian diat ini, merupakan

    pendapat Mazhab Hanafi dan Hanbali. Sementara menurut Mazhab Maliki dan Syafie

    menetapakn 20 ekor unta bani labun di tempat 20 ekor unta bani makhad.75

    Para fuqaha telah bersepakat bahawa diat pembunuhan tidak sengaja dikenakan

    terhadap penjaga secara ansuran selama tiga tahun .76

    Hal ini berdasarkan keputusan yang

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    27/39

    dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam diat pembunuhan tidak sengaja ke atas

    penjaga77

    dan juga tindakan Saidina Umar serta Ali yang telah meletakkan pembayaran

    diat ini ke atas tanggungan aqilah selama tiga tahun.78

    Menurut pendapat ulama Mazhab Hanafi, pembayaran secara bertangguh hanya

    meliputi tanggungan bersama penjenayah dan penjaga. Namun jumhur ulama menyatakan

    pembayaran diat perlu dibayar dengan segera dan tidak boleh ditangguhkan oleh penjaga.

    Hal ini kerana ia merupakan ganti rugi kerosakan, maka perlulah dibayar dengan kadar

    segera atas kerosakan yang ditanggung olehnya.79

    Di samping itu, kifarah pembunuhan

    tidak sengaja, diwajibkan pada harta pembunuh tersebut dan tiada sesiapa pun yang

    menanggung apa-apa bersamanya.80

    Tujuan kifarah ini diadakan sebagai menebus

    kesalahan penjenayah dan tidak akan dikifarahkan dengan tindakan orang lain kerana ia

    merupakan satu ibadah.81 Menurut para fuqaha telah bersepakat tentang kewajipan

    kifarah pembunuhan tidak sengaja jika mangsa yang terbunuh bukannya seorang kafir

    dhimmi dan hamba. Walau bagaimanapun, jumhur ulama selain Mazhab Maliki

    menyatakan kifarah tidak diwajibkan dengan pembunuhan seorang kafir dhimmi. Hal ini

    kerana, secara umumnya tidak mempunyai nilai darah seseorang itu disebabkan

    kekufurannya.

    Apabila diteliti penjelasan pensabitan hukuman qisas, dapat difahami bahawa

    terdapat elemen-elemen yang perlu dipenuhi bagi melaksanakan pensabitan tersebut iaitu

    niat dan pelakuan. Hal ini merujuk kesalahan kecuaian dan pengabaian, elemen-elemen

    untuk pensabitan hukuman qisas tidak dipenuhi malahan terdapat unsur-unsur keraguan

    atau dikenali syak dalam kesalahan tersebut. Sekiranya sesuatu kesalahan tersebut

    didapati keraguan dan tidak mencapai tahap yakin atau zhan maka pensabitan hukuman

    qisas bertukar kepada pelaksanaan hukuman tazir. Hal ini kerana, apabila sesuatu

    kesalahan mempunyai keraguan yang munasabah dan elemen-elemen tidak mencukupi

    atas kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan tersebut akan disabitkan di bawah

    hukuman selain qisas.

    Kesalahan kecuaian dan pengabaian ibu bapa merupakan satu kesalahan yang

    amat serius dalam undang-undang, malah kesalahan ini telah menyentuh tiga prinsip

    utama dalam maqasid syariah iaitu nyawa, akal dan maruah. Di samping itu, kesalahan ini

    berlaku tanpa disedari dan tiada mempunyai sebarang elemen niat untuk mengenakan

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    28/39

    atau melakukan ke atas pesalah malahan kejadian itu jadi dengan sendirinya atas kecuaian

    dan pengabaian ibu bapa.

    Penelitian pelaksanaan hukuman qisas amat teliti dari aspek niat dan perbuatan

    tersebut. Walau bagaimanapun, pensabitan hukuman qisas dan diat ini tidak boleh

    disabitkan ke atas ibu bapa yang melakukan kecuaian dan pengabaian ke atas anak-

    anaknya walaupun sehingga berlaku kematian anaknya itu. Hal ini kerana, sepertimana

    telah diterangkan bahawa kecuaian dan pengabaian ibu bapa berlaku adalah atas sebab

    tanpa niat dan situasi yang tidak dijangka ke atas anak-anak mereka.

    Kecuaian dan pengabaian berlaku melalui pelbagai keadaan tanpa disedari ibu

    bapa ketika mereka terleka seketika atau menegur dan mendidik anak-anak mereka.

    Walau bagaimanapun, sebab utama pelaksanaan qisas juga tidak boleh dikenakan ke atas

    ibu bapa adalah kerana mereka mempunyai hak dan tanggungjawab dalam mendidik

    anak-anak mereka sekiranya anaknya itu melakukan kesalahan-kesalahan tertentu, maka

    ibu bapa boleh menghukum tetapi bukan satu perbuatan yang zalim. Hal ini sepertimana

    berlaku ke atas anak Saidina Umar yang berzina, lalu Saidina Umar telah menghukum

    anaknya itu sebanyak 100 kali sebatan malah beliau sendiri yang memukul anaknya demi

    melaksanaan hukuman Allah tersebut. Maka jelaslah pelaksanaan hukuman yang

    dilakukan ibu bapa itu tidak akan disabitkan qisas dan diat walaupun menyebabkan

    kematian. Oleh itu, ibu bapa hanya boleh dikenakan pensabitan hukuman tazir yang

    ditentukan oleh pemenrintah dalam menentukan hukuman ke atas kesalahan ibu bapa itu

    sendiri.

    Pensabitan hukuman tazir merupakan satu pelaksanaan hukuman yang ditentukan

    oleh pemenrintah sesuatu tempat itu sendiri. Bagi melaksanaan pensabitan hukuman

    tersebut, pemenrintah akan melihat dan mendengar segala keterangan-keterangan yang

    diberi serta segala pembuktian yang boleh mengukuhkan lagi keterangan tersebut. Untuk

    pelaksanaan tazir ke atas ibu bapa terhadap kesalahan kecuaian dan pengabaian, amat

    sukar ditentukan pensabitan hukuman ini. Hal ini kerana, pembuktian dan keterangan

    akan diteliti dengan lebih terperinci terhadap kemudaratan yang dilakukan atas kecuaian

    dan pengabaian ibu bapa ke atas anak-anak tersebut. Hal ini sepertimana firman Allah

    Taala iaitu:

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    29/39

    Maksudnya: Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orangyang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengantiada sebarang alasan yang benar. mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa

    yang tidak berperi sakitnya.82

    Manakala daripada Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

    Maksudnya: Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang

    kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan). 83

    Kemudaratan yang dipertekan dalam hadis ini adalah kemudaratan yang melibat

    lima asas utama maqasid syariah apabila salah satunya dicabuli atau dilanggari. Lima

    tunjang utama maqasid itu adalah agama, maruah, harta, akal dan nyawa. Kelima-lima ini

    telah menjadi panduan para pemenrintah dalam menentukan aras pensabitan hukuman ke

    atas pesalah-pesalah tersebut.

    Pensabitan pelaksanaan hukuman tazir terhadap kesalahan kecuaian dan

    pengabaian oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak perlu diteliti dari segi pembuktian bagi

    menyokong keterangan tertuduh dan saksi. Hal ini kerana, Islam mengambil berat

    terhadap pensabitan bagi kesalahan tersebut terutamanya apabila ia melibatkan ibu bapa

    itu sendiri. Hal ini merujuk kaedah bermaksud bahaya

    khusus ditanggung untuk mencegah bahaya umum.84

    Penjelasan kaedah ini dapat diteliti

    dengan lebih terperinci apabila sesuatu bahaya atau ancaman yang ditanggung dalam

    sesuatu perkara perlu diatasi dengan kadar segera agar bahaya dan ancaman yang

    dihadapi dalam sesuatu perkara tidak menjadi besar. Merujuk penjelasan dan penggunaan

    kaedah ini dapat difahami, walaupun kecuaian dan pengabaian ini merupakan satu skop

    yang khusus dan bukan satu kesalahan jenayah, tetapi tindakan dan perbuatan ini boleh

    berubah menjadi satu kesalahan jenayah apabila terdapat unsur-unsur yang membabitkan

    perkara utama dalam maqasid syariah terutamanya nyawa, maka pemenrintah boleh

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    30/39

    mengambil tindakan dengan seadil-adilnya berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti

    yang kukuh sebagai sokongan.

    Pensabitan sesuatu hukuman tazir ke atas ibu bapa amat diteliti berbanding

    dengan pensabitan hukuman ke atas pesalah-pesalah lain. Hal ini kerana salah satu sebab

    penelitian ini di ambil kira adalah, kebanyakan perkara berlaku bukanlah satu niat dan

    perbuatan yang disengajakan malahan juga, ibu bapa mempunyai hubungan yang kuat ke

    atas anak-anak tersebut. Di samping itu, hukuman rotan yang dikenakan ke atas anak-

    anak oleh ibu bapa adalah satu didikan bukan satu deraan agar memberi pengajaran dan

    ingatan kepada anak-anak tersebut supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut. Justeru

    jelaslah bahawa Islam amat teliti dalam menentukan sesuatu pensabitan hukuman ke atas

    ibu bapa walaupun perbuatan kesalahan itu melibatkan nyawa, malahan Islam akan

    melihat sejauh mana pembuktian yang dapat mengukuhkan pensabitan kesalahan

    kecuaian dan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut.

    KESIMPULAN

    Pemasalahan demi pemasalahan yang masih tiada jalan penyelesaian atas sebab kelemahan pihak

    berkuasa yang tiada ketegasan dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Walaupun

    perkara ini telah diketengahkan agak begitu lama, tetapi perbuatan pihak berkuasa menganggap

    satu kejadian yang tidak sengaja dan merupakan satu takdir yang tidak dapat dielakkan. Memang

    jika difahami ia merupakan satu takdir dan ketentuan maha berkuasa, tetapi sebagai hamba

    manusia, kita perlu mencari satu jalan penyelesaian bagi kesalahan tersebut agar tiada

    pengulangan, malahan menjadi satu pengajaran dan iktibar kepada masyarakat sekeliling agar

    sedar dan berhati-hati setiap tingkah laku atas perbuatan mereka. Punca dan faktor

    penguatkuasaan yang menjadi persoalan dan dapat dikenalpasti dalam kajian ini. Jika perkara ini

    tidak diketengahkan dan diselesaikan dengan segera, maka persoalan demi persoalan akan

    menjadi tubi-tubi diutarakan oleh masyarakat. Apa guna adanya peruntukkan jika tidak

    dikuatkuasakan? Apa guna adanya pihak berkuasa atau pihak pengadilan jika tidak menjalankan

    amanah dan menegakkan keadilan? Adakah ingin membiarkan kanak-kanak ini terus dalam

    kemusnahan? Maka semua itu ada jawapan-jawapan yang khusus perlu dijawab dengan segera

    agar kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terjamin. Di samping itu, Majlis Agama dan NGO-

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    31/39

    NGO Islam perlu bersatu bagi mencadangkan satu jalan dan langkah bagi membanteraskan kes

    kecuaian dan pengabaian di kalangan orang Islam. Justeru, bagi membanteraskan segala jenayah

    ke atas kanak-kanak dan mengurangkan kadar kematian serta kecederaan kanak-kanak tersebut,

    pihak berkuasa perlu bertindak dengan segera dan membuat penelitian yang halus agar

    kesalahan-kesalahan tersebut tidak berulang dari semasa ke semasa. Kesuaian dan pengabaian

    ibu bapa terhadap kanak-kanak boleh dibanteraskan sekiranya ada pihak-pihak tertentu

    mengambil jalan penyelesaian yang pantas dan sistematik.

    NOTA

    1. Lane, Edward William, 1984. An Arabic-English Lexicon. Juzuk 2. England:The Islamic

    Texts Society Trust. Madkur, Muhammad Salam. 1976. Usul al-Fiqh al-Islam. Kaherah:

    Dar al-Nahdah alArabiyyah.

    2. Surah al-Zumar :56

    3. Abdul Basir Mohamad. 2009. Undang-undang Tort Islam. Selangor: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. hlm. 362.

    4. Azrina Sobian. 2007. Keluarga Islam Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa.

    Selangor: MPH Group. hlm. 247.

    5. al-Suyuti, Jalal al-Din Abd al-Rahman. (t.t). al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid wa

    Furu Fiqh al-Shafiiah. Kaherah: al-Halabi. hlm. 240.

    6. Ibn Nujaym, Zayn al-Abidin bin Ibrahim bin Nujaym. 1968. Al-Ashbah wa al-Nazair

    Ala Madhab Abi Hanifah al-Numan. Abd al-Aziz Muhammad al-Wakil (pntjm).

    Kaherah: Muassah al-Halabi. hlm. 306.

    7. Abu Daud, Sunan Abi Daud, Sohih Riwarihi, Kitab al-Hudud, Babul Fi Majmuni

    Yashriku Au Yusibu Haddan, Bab , No. 4398

    8. Ibn Manzur, Jamal al-Din Abu al-Fadl Muhammad Bin al-Mukarram Bin Ali Bin

    Ahmad Bin Abi al-Qasim. (t.t.). Lisan al-Arab. Kaherah: Dar al-Marifah. hlm. 1233.

    9.

    Abu Abdillah Ahmad Bin Ahmad al-Isawi. 2008. Eksiklopedia Anak Tanya Jawab

    Tentang Anak Dari A Sampai Z. Jakarta: Darus Sunnah Press. hlm. 58.

    10. Surah Ghaafir ayat 67

    11.Op.cit. 58

    12.Surah an- Nur ayat 31

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    32/39

    13.Op.cit.

    14.Ibid. 59

    15.al-Qalyubi, Shahab al-Din Ahmad Bin Ahmad Bin Salamah al-Qalyubi al-Misri1. 1965.

    Hashiyah. Edisi ke-3. Jil 1. Kaherah:Mustafa al-Halabi. hlm. 121.

    16. Abu Zahrah, Muhammad. (t.t). al-Jarimah wa al-Uqubah. Kaherah: Dar Fikr al-Arabi.

    hlm. 462.

    17.Op.cit. 50

    18.al-Maqdisi, t.t:81

    19.Abd al-Qadir Awdah. (t.t). al-Tashri al-JinaI al-Islam Muqaranan bi al-Qanun al-

    Wadi. Jil. 1. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi. hlm. 601.

    20.Op.cit. hlm. 462

    21.

    Abu Daud, Sunan AbiDaud, Sohih Riwarihi, Kitab al-Taharah, Babul Nahyi Anil Solati

    Fi Mabaraki Al-Ibilli, No. 495.

    22.Salam Madkur, 1976:81

    23.Op.cit. hlm. 602

    24.al-Shawkani, Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1979. Irshad al-Fuhul ila Tahqiq

    alHaqMinIlm al-Usul. Beirut:Daral-Marifah. hlm. 11.

    25.Op.cit. hlm. 462

    26.Madkur, 1976:81

    27.Op.cit. 306

    28.Rajmah, 2014.

    29.Ibid.

    30.Christina Lyon dan Peter de Cruz. 1993. Child Abuse. 2nded. Bristol: Jordan and Sons

    Limites Cik Rosma Che Abu Bakar. 2009. Emak Suruh Minta Sedekah. Utusan

    Malaysia. 04 Desember. Connie Burrows Horton, Tracy K. Cruise. 2001. Child Abuse

    and Neglect. New York: The Guilford Press. hlm. 11.

    31.

    Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia.

    21September.

    32.Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terlindung. Siri

    Syarahan Perdana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    33.Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    33/39

    34. Rosmalinda. 2010. Pelacur 12 Tahun Tawar Khidmat Di Australia.Kosmo. 4 Januari.

    35.Anon. 2014. Eksploitasi Kanak-kanak Penguatkuasaan Dipertingkatkan. Utusan

    Malaysia.04 Mac.

    36.Connie & Tracy, 2001:14

    37.Anon. 2014. Eksploitasi Kanak-kanak Penguatkuasaan Dipertingkatkan. Utusan

    Malaysia.04 Mac.

    38.Nancy, Bridget & Michelle, 2014

    39.Michael S. Jellinek, J. Michael Murphy, Francis Poitrast, Dorothy Quinn & Sandra J.

    Bishop. 1992. Serious Child Mistreatment In Massachusetts: The course of 206Children

    Through The Courts.Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 2.179-185.

    40.Bridget Freisthler, Megan R. Holmes & Jennifer Price Wolf. 2014. The Dark Side of

    Social Support: Understanding The Role Of Social Support, Drinking Behaviors And

    Alcohol Outlets For Child Physical Abuse. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38.

    Issue 6. 1106-1119. Bryan A. Garner. 1999. Blacks Law Dictionary. Edisi Ke-7.

    Minnessota: West Group, St. Paul.

    41.Carol G. Taylor, Dennis K. Norman, J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy

    Quinn, Francis G. Poitrast & Mariln Goshko. 1991. Diagnosed Intellectual And

    Emotional Impairment Among Parents Who Seriously Mistreat Their children:

    Prevalence Type And Outcome In a Court Sample. Journal Child Abuse &Neglect. Vol.

    15. Issue 4. 389-401.

    42. Connie & Tracy, 2001:14

    43.Jinah Kim & Kwanghuk Kim. 2014. Behavioral And Musical Characteristics Of The

    Children Who Are Exposed To Child Maltreatment And Poverty In South Korea: a

    Survey. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 38. Issue 6. 1023-1032.

    44.Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling. 2013. Gersang Kasih Ibu. Harian Metro.

    20 Julai.

    45.

    Ibid.

    46.Connie & Tracy, 2001:14

    47. Tukiran, 2003

    48.Carol G. Taylor, Dennis K. Norman, J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy

    Quinn, Francis G. Poitrast & Mariln Goshko. 1991. Diagnosed Intellectual And

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    34/39

    Emotional Impairment Among Parents Who Seriously Mistreat Their children:

    Prevalence Type And Outcome In a Court Sample. Journal Child Abuse &Neglect. Vol.

    15. Issue 4. 389-401.

    49.Takeo Fujiwara, Mari kasahara, Hiromi Tsuji & Makiko Okuyama. 2014. Association of

    Maternal Developmental Disorder Traits With Child Mistreatment: A Prospective Study

    In Japan.Journal Child Abuse & Neglect.

    50. Sandra J. Bishop, J, Michael Murphy, Michael S. Jellinek, Sister Dorothy Quinn &

    Judge Francis G. Poitrast. 1992. Protecting Seriously Mistreated Children: Time Delays

    In A Cour Sample. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 16. Issue 4. 465-474.

    51.J. Michael Murphy, Michael Jellinek, Dorothy Quinn, Gene smith, Francis G. Poitrast &

    Marilyn Goshko. 1991. Substance Abuse And Serious Child Mistreatment:Prevalence,

    Risk, And Outcome In A Court Sample.Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 15. Issue

    3. 197-211.

    52.Megan R. Holmes. 2013. Aggressive Behavior Of Children Exposed To Intimate Partner

    Violence: An Examination Of Maternal Mental Health, Maternal Warmth And Child

    Maltreatment. Journal Child Abuse & Neglect. Vol. 37. Issue 8. 520-530.

    53.Rahmah.Op.cit.

    54.Rahmah.Op.cit.

    55.Anon. 2011. Ibu Tunggal Di Dakwa Subahat Biar Anak Dirogol. Utusan Malaysia. 21

    September.

    56.Harvey Wallace. 1996.Family Violence, Legal, Medical and Social Perspectives. United

    States: Allyn and Bacon. hlm. 85.

    57. Anon. 2013. Pendapatan Pengemis Cecah RM300 Sehari. Utusan Malaysia. 15 Oktober.

    58.Angelina Sinyang. 2013. Kanak-kanak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta. Utusan

    Malaysia.19 Julai.

    59.Tukiran. Op.cit.

    60.

    Anon, 2013

    61.Zikri, 2013

    62.Nor Afzan Mohamad Yusof. 2014. Hentikan Pengabaian Kanak-kanak.Berita Harian.26

    Jun.

    63.Amir & Yusmizal, 2013

  • 7/23/2019 Kecuaian Dan Pengabaian Ibu Bapa Terhada

    35/39

    64.Anon. 2014. Ibu Remaja OKU Didakwa Atas Dua Tuduhan.Berita Harian.27 Jun

    65.Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali ash-Sarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.

    Jil. 8. Kuala Lumpur:Pustaka Salam. hlm. 1906.

    66.Wahbah al-Zuhaili. 1989.Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.

    67. Wahbah al-Zuhaili. 1989.Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.

    68. Surah an-Nisa ayat 92

    69.Wahbah al-Zuhaili. 1989.Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 328.

    70.Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam

    Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur:Darul

    Marifah. hlm. 540.

    71.Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman dalam

    Perundangan Islam Berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Ctk. 1. Kuala Lumpur:DarulMarifah. hlm. 540.

    72.Abu Mazaya Al-Hafiz, Abu Izzat al-Shafi. 2003.Fiqh Jenayah Islam. Kuala Lumpur:

    alHidayah Publication. hlm. 210.

    73.H.A. Djazuli. 2000.Fiqh Jenayah. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada. hlm. 156.

    74.Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho, Ali ash-Sarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie.

    Jil. 8. Kuala Lumpur:Pustaka Salam. hlm. 1915.

    75.Al-Shawkani, Muhammad Bin Ali. 1900. Nayl al-Awtar. Jil. 7. Al-Qahirah: Darl

    alHadith. hlm. 76.

    76.Ibn Qudamah, Muafi al-Din Abdullah Bin Ahmad. 1994.Al-Mughni. Jil. 7. Beirut: Darl

    al-Kutub al-Ilmiah. hlm. 770.

    77.Al-Shawkani, Muhammad Bin Ali. 1900. Nayl al-Awtar. Jil. 7. Al-Qahirah: Darl

    alHadith. hlm. 80.

    78.Al-Zuile, Abdullah Bin Yussof. 1995.Nasb al-Rayah. Jil. 4. Al-Qahirah: Darl al-Hadith.

    hlm. 334.

    79.

    Wahbah al-Zuhaili. 1989.Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir. hlm. 329.

    80.Wahbah al-Zuhaili. 1989.Fiqh Islamiah. Jil. 6. Damsyik: Darl Fiqir