pemahaman bid'ah

11
1 PEMAHAMAN BID’AH DALAM SYARIAT ISLAM Oleh : Prof. Dr. Abdul Razzaq Abdul Rahman As-Asa‟diy Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, begitu juga para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahNya. Perbincangan mengenai topik bid‟ah telah mendapat perhatian para ulama‟ sejak zaman lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta maksudnya secara jelas dan mudah difahami. Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud bid‟ah. Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan ketaksuban kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam dituntut untuk kembali kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan kepatuhan secara menyeluruh serta bersih dari dorongan hawa nafsu. Di atas asas inilah saya memutuskan untuk menulis topik pemahaman bid‟ah berdasarkan nas-nas syariat serta jauh dari pengaruh kecenderungan dan bersikap memihak. Pengertian Bid’ah Persoalan : Apakah itu “bid‟ah”? Adakah terdapat apa yang dikatakan bid‟ah yang baik (hasanah) dan bid‟ah yang tidak baik (sayyi-ah)? Apakah bid‟ah al-haqiqiyyah (tidak mempunyai sebarang sandaran dalil syarie) dan bid‟ah al-idhafiyyah (perkara yang disyariatkan dari satu sudut, namun dari sudut yang lain tidak). Jawapan: Bid’ah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Upload: gua-syed-al-yahya

Post on 18-Dec-2014

678 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Bidaah Hasanah, Bidaah Dholalah

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman bid'ah

1

PEMAHAMAN BID’AH DALAM SYARIAT ISLAM

Oleh : Prof. Dr. Abdul Razzaq Abdul Rahman As-Asa‟diy

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

s.a.w, begitu juga para sahabat serta mereka yang mengikut jejak langkahNya.

Perbincangan mengenai topik bid‟ah telah mendapat perhatian para ulama‟ sejak zaman

lampau hinggalah ke hari ini. Ini kerana al-Quran al- Karim dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.

ke dua-duanya telah menyebutkan istilah ini beserta maksudnya secara jelas dan mudah

difahami. Namun demikian, kita melihat mutakhir ini terdapat unsur penyalahgunaan terhadap

istilah ini. Kita dapat melihat perbezaan pandangan seseorang dalam memahami maksud bid‟ah.

Ini dalam banyak keadaan disertai pula dengan sentimen-sentimen fanatik dan ketaksuban

kepada pandangan puak dan kumpulan sedangkan sepatutnya umat Islam dituntut untuk kembali

kepada kitab Allah dan sunnah nabi Muhammad s.a.w. dengan kepatuhan secara menyeluruh

serta bersih dari dorongan hawa nafsu. Di atas asas inilah saya memutuskan untuk menulis topik

pemahaman bid‟ah berdasarkan nas-nas syariat serta jauh dari pengaruh kecenderungan dan

bersikap memihak.

Pengertian Bid’ah

Persoalan :

Apakah itu “bid‟ah”? Adakah terdapat apa yang dikatakan bid‟ah yang baik (hasanah)

dan bid‟ah yang tidak baik (sayyi-ah)? Apakah bid‟ah al-haqiqiyyah (tidak mempunyai sebarang

sandaran dalil syarie) dan bid‟ah al-idhafiyyah (perkara yang disyariatkan dari satu sudut, namun

dari sudut yang lain tidak).

Jawapan:

Bid’ah dari segi bahasa bermaksud mengadakan sesuatu yang tidak pernah wujud

sebelumnya. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Page 2: Pemahaman bid'ah

2

"بذع انساث األسض"

Maksudnya: Allah telah menjadikan langit dan bumi ini tanpa ada contoh sesuatupun

sebelumnya. (*1/1 33\ 2أبذ : يادة : باح انشانص )

Sementara bid’ah dari segi istilah adalah mengadakan sesuatu yang tidak ada sebarang

sandaran dari sudut syariat sama ada dari al-quran, as-sunnah, ijmak dan qias serta tidak

termasuk di bawah kaedah-kaedah feqah dan prinsip-prinsip umum yang terdapat dalam Islam

atau dengan lain perkataan mengadakan sesuatu yang bercanggah dan bertentangan terus dengan

Islam.

Berdasarkan takrif dan pengertian ini, maka apa-apa saja perkara baru yang diadakan,

perlu dilihat dan dipastikan. Jika terdapat di sana dalil-dalil dari al-quran, as-sunnah, ijmak, atau

qias maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at. Jika sekiranya tidak terdapat apa-apa dalil dari

sumber syar‟iat yang disebutkan sebelum ini, maka dilihat pula adakah ia termasuk di bawah

mana-mana kaedah daripada kaedah-kaedah umum Islam atau tidak. Jika sekiranya ia termasuk

di bawah mana-mana kaedah ini, maka ia dikira sebagai mengikut syari‟at dan tidak dinamakan

bid‟ah. Jika sekiranya tidak termasuk, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan sesat.

Dengan pengertian ini, kita mampu menyelaraskan tuntutan-tuntutan nas yang memberi

peringatan tentang pembaharuan dan larangan bid‟ah dengan nas-nas lain yang menyebutkan

tentang suruhan menunjukkan teladan jalan kehidupan yang baik serta galakan kepadanya,

seperti sabda Rasulullah s.a.w.:

عهكى بانسع انطاعت إ حأيش عهكى عبذ دبش فإ ي عش يكى قسش اخخالفا كثشا فعهكى بسخ ست "

"عضا عها باناجز إاكى يذذثاث األيس فإ كم بذعت ضالنت. انخهفاء انشاشذ ي بعذ

(*1/2 Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan menurutnya: Hadis Hasan Soheh/ Ruyadhus Solihin Bab Al Muhaafazoh a‟las

sunnah.)

Maksudnya:

“Wajib ke atas kamu dengar dan patuh sekalipun ketua yang dilantik ke atas kamu itu

seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup di kalangan kamu pasti dia akan

melihat banyak berlaku pertelingkahan. Dalam keadaan itu kamu hendaklah mengikut sunnahku

Page 3: Pemahaman bid'ah

3

dan sunnah Khulafak ar-Rasyidin selepas dariku. Gigitlah sungguh-sungguh dengan geraham

kamu dan hindarkanlah diri kamu dari sesuatu yang diada-adakan kerana setiap bid‟ah yang

diada-adakan itu adalah sesat.”

Dalam satu riwayat yang lain disebutkan :

كم بذعت ف اناس

Maksudnya :

“Setiap sesuatu yang sesat itu tempatnya adalah neraka.”

Manakala tentang galakan menunjukkan teladan yang baik dinyatakan seperti sabda Rasulullah

s.a.w :

ي س ست فعه صسا صس ي عم با إن ي س ست دست فه أجشا أجش ي عم با إن و انقايت)

(و انقايت

Maksudnya:

“Barang siapa yang menunjukkan teladan yang baik maka dia akan mendapat ganjaran

pahala untuk dirinya dan pahala orang yang beramal denganya sehingga hari kiamat. Dan barang

siapa yang menunjukkan teladan yang jahat maka dia akan menanggung dosa untuk dirinya dan

dosa sesiapa yang melakukannya sehingga hari kiamat. ” (*2/1 Hadis ini riwayat Muslim/ Lihat Riyadhus

Solihin: Bab Sesiapa yang mengajar sunnah yang baik)

Apabila kita memerhatikan pembahagian di atas, kita mendapati bahawa bahagian yang

pertama hadis ini menggalakkan kita mengajar satu contoh dan teladan yang baik. Ini kerana

kebaikan itu adalah dari asas- asas Islam. Oleh sebab itu, si pelakunya akan mendapat ganjaran

pahala. Sementara bahagian kedua pula menyebutkan celaan terhadap orang yang mengajar

kejahatan di mana pelakunya akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya.

Dan bahagian kedua inilah yang disebut sebagai bid‟ah yang sesat seperti yang dinyatakan dalam

hadis pertama.

Page 4: Pemahaman bid'ah

4

Pengertian dan pembahagian ini adalah bersumber dari sabda Rasulullah s.a.w.:

"ي أدذد ف أيشا زا يا نس ي ف سد"

(*2/2 Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim / Lihat Riyadhus Solihin: Bab Larangan dari perkara bid‟ah.)

Maksudnya :

“Barang siapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami ini sesuatu yang bukan

darinya maka ia adalah tertolak (tidak diterima).”

Dalam suatu riwayat yang lain:

"ي عم عال نس عه أيشا ف سد"

Maksudnya:

“Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang tiada kaitan dengan ajaran kami maka

ianya adalah tertolak (tidak diterima).” (*2/3 Hadis riwayat Muslim / Lihat Riyadhus Soolihin: Bab Larangan dari

perkara Bid‟ah).

Hadis ini menjelaskan bahawa perbuatan mengadakan-adakan amalan itu tidak terlepas dari

terbahagi kepada dua keadaan:

1. Perbuatan mengada-adakan yang ditolak kerana bertentangan dengan ajaran agama seperti

yang dinyatakan oleh nas hadis, dan

2. Perbuatan mengada-adakan yang boleh diterima apabila ianya menepati serta selari dengan

agama. Ini diambil dari mafhum mukholafah (pemahaman bertentangan yang tersirat daripada

lafaz) dari hadis nabi. Ini kerana apa yang difahami dari hadis : “Barang siapa yang

mengamalkan sesuatu amalan yang menepati ajaran kami maka dia adalah diterima. Dan

yang dimaksudkan dengan " أمرنا" ialah agama secara keseluruhan merangkumi ibadat dan

muamalat.

Yang dimaksudkan dengan lafaz "ست" pula ialah jalan dan cara. Ia juga meliputi urusan

ibadat dan muamalat. Dari sini jelaslah bahawa apa-apa jua amalan yang diada-adakan yang

bertepatan dengan kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah).

Sementara apa jua amalan yang diada-adakan tetapi bercanggah dengan nas-nas agama atau

Page 5: Pemahaman bid'ah

5

kaedah-kaedah syarak, maka ia dikira sebagai bid‟ah dan termasuk dalam sunnah yang tidak baik

(sayyi-ah).

Jelaslah di sini bahawa pembahagian bid‟ah kepada hasanah (baik) dan sayyi-ah (buruk)

atau pun pembahagian bid‟ah kepada hakikiyyah dan idhafiyyah seperti mana yang dilakukan

oleh Imam as-Shatibiy dalam kitab “I‟tisom” atau pembahagian bid‟ah kepada wajib, sunat,

haram, makruh, dan harus seperti yang dilakukan oleh Imam al „Eiz Bin Abdus Salam di mana

ianya adalah merupakan pembahagian dari sudut bahasa sahaja.

Adapun dari segi syarak, setiap apa saja yang bertentangan dengan asas-asas serta

perkara pokok dalam Islam, maka ia dikira sebagai bid‟ah yang sayyi-ah. Adapun apa saja yang

selari dan tidak bertentangan maka ia dikira sebagai sunnah yang baik (hasanah) dan diterima

disudut syarak.

Jenis-Jenis Ibadat Yang Datang Daripada Nabi s.a.w.

Ibadat yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. terbahagi kepada dua:

Pertama:

Apa yang disebutkan dari Nabi s.a.w. yang terikat dengan masa, tempat, bilangan,

keadaan, serta situasi tertentu. Dalam semua keadaan ini, ianya perlu dilakukan seperti mana

ianya didatangkan tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan dan perubahan. Dan

barang siapa yang menokok tambah serta merubah bercanggah dengan apa yang didatangkan,

maka ia dianggap seorang yang melakukan perbuatan bid‟ah. Ini seperti dalam persoalan-

persoalan pokok ibadat, bilangan rakaat, bilangan hari-hari puasa dan masanya, peraturan haji

dan umrah, kadar-kadar pengiraan zakat, jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat, dan persoalan-

persoalan yang berkait dengan akidah serta yang seumpama dengannya.

Kedua:

Apa yang datang dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk perintah, saranan, galakan,

pesanan dan ianya tidak terikat dengan bentuk, masa, tempat, keadaan dan bilangan tertentu dan

tidak terdapat di sana larangan dalam melakukannya pada sesuatu masa yang tertentu. Maka

dalam hal ini, umat Islam bebas memilih masa dan tempat yang sesuai, serta situasi yang baik

Page 6: Pemahaman bid'ah

6

untuk dia melaksanakannya. Apa yang penting ialah tidak menyandarkan pilihan yang dibuatnya

dalam melakukan semua ini – sama ada dari segi masa, situasi dan tempat - kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Pilihan ini hanyalah diasaskan kepada satu keizinan umum yang diberikan

oleh syarak. Samalah halnya seperti kita mengerjakan sembahyang sunat mutlak, puasa mutlak,

zikir, pembacaan al-Quran, berdoa, berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad

s.a.w., memberi sedekah makanan, menyembelih seseekor binatang dengan niat bersedekah serta

bertaqorrub kepada Allah dan seumpamanya.

Andai kata seseorang muslim hendak mewajibkan dirinya menunaikan solat sunat dalam

sesuatu masa tertentu yang bukan masa yang dilarang, maka solatnya ini tidak boleh dianggap

sebagai suatu yang bid‟ah. Demikian juga jika dia membiasakan berdoa dengan doa tertentu di

masa yang tertentu, atau dia membiasakan diri dengan membaca sejuzuk al-Quran setiap hari di

masa-masa yang tertentu, maka yang demikian juga tidak boleh dikira sebagai perbuatan bid‟ah.

Begitulah juga halnya dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

tidak dikira bid‟ah selama mana dia tidak menyandarkan apa yang dilakukannya itu kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Sekiranya dia menyandarkan perbuatannya itu kepada Nabi Muhammad,

maka ketika itu apa yang dilakukan itu menjadi bid‟ah kerana dia telah mengada-adakan sesuatu

terhadap nabi dan ia juga dalam masa yang sama merupakan rekaan dan pendustaan terhadap

Nabi Muhammad s.a.w.

Pengurangan Dan Penambahan Dalam Perkara Yang Telah Dihadkan Oleh Syarak

Pengurangan dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak dalam soal ibadat-ibadat

yang telah difardhukan adalah haram dan dikira sebagai bid‟ah yang merosakkan ibadat.

Contohnya seperti pengurangan bilangan rakaat solat, atau hari-hari berpuasa, atau bilangan

pusingan mengelilingi ka‟bah semasa tawaf, atau bilangan tempat melontar jamrah, atau

mempermainkan kadar yang wajib dikeluarkan semasa berzakat serta kadar nisabnya, atau

mengurangkan perkara rukun dalan sesuatu ibadat.

Adapun perkara yang merupakan penambahan maka ia terbahagi kepada dua iaitu:

a) Penambahan Muttasilah

b) Penambahan Munfasilah

Page 7: Pemahaman bid'ah

7

Penambahan Muttasilah(bersambungan) :

Penambahan yang berkait terus pada satu ibadat tertentu ia merupakan bid‟ah dan sesat seperti

penambahan ruku‟, atau sujud atau penambahan satu rakaat sempurna dengan sengaja atau

penambahan lafaz tertentu melebihi susunan lafaz yang telah disebutkan oleh hadis Nabi

Muhammad s.a.w. dalam susunan lafaz azan dengan melakukan penambahan lafaz yang

menjejaskan susunan asal serta gaya bahasa dan lafaz seumpama penambahan lafaz saiyidina

sebelum lafaz Muhammad s.a.w. dalam masa azan. Ini kerana, ia menjejaskan lafaz asal dan

gaya bahasanya seperti mana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Jika sekiranya tidak berlaku perubahan pada gaya bahasa, dan tidak dilakukan dengan niat untuk

menyempurnakan lagi ibadat dari sebarang kekurangan, tetapi hanya sekadar untuk melahirkan

rasa penghormatan dan bersikap sopan – seperti menambah lafaz saiyidina sebelum menyebut

lafaz Muhammad s.a.w. semasa berselawat seperti dalam selawat Ibrohimiyyah – maka ianya

bukan suatu yang ditegah dan penambahan seumpama itu tidak dinamakan bid‟ah.

Penambahan Munfasilah (berasingan):

Penambahan yang tidak berkait terus dalam sesuatu ibadat tertentu, sama ada ia ibadah yang

ditegah ataupun ibadah yang tidak ditegah. Adapun ibadah yang ditegah, maka melakukannya

dianggap bid‟ah seperti mengerjakan solat sunat selepas solat subuh dan solat asar. Begitu juga

jika kita mengadakan satu lagi solat fardhu selain dari solat lima waktu yang telah difardhukan

tanpa ada dalil yang memfardhukannya.

Manakala ibadah yang tidak ditegah, sekiranya seorang muslim melakukannya dengan

keyakinan darinya bahawa ibadat yang ada tidak sempurna dan mesti disempurnakan

dengan penambahan itu, maka pengerjaan amalan ini dikira sebagai bid‟ah lagi haram.

Jika sekiranya dia melakukan penambahan ini dengan menganggapnya sebagai satu ibadat

yang terasing dan mendapat keizinan umum dari syarak, maka ia tidaklah dikira

penambahan yang ditegah selama mana dia tidak menyandarkan amalan itu kepada Nabi

Muhammad s.a.w.

Page 8: Pemahaman bid'ah

8

Contoh penambahan ini ialah seperti menambah jumlah harta yang hendak diberi kepada

golongan fakir semasa mengeluarkan zakat.

Contoh lain ialah seperti mengadakan sembahyang sunat dua rakaat selepas solat fardhu dengan

niat mengerjakan sembahyang sunat dan ianya dikerjakan pada masa yang bukan masa yang

dilarang.

Begitu juga dengan penambahan selawat kepada Nabi s.a.w. selepas sebutan zikir

“ "انهى أج انسالو يك انسالو حباسكج حعانج ا را انجالل اإلكشاو"

Termasuk juga seperti penambahan bacaan zikir-zikir dan banyak doa-doa yang ma‟thur.

Begitu juga dengan apa yang disebut sebelum azan dan selepasnya sebagai mengisyaratkan telah

masuk waktu.

Beberapa Kaedah Syarak

Terdapat beberapa kaedah umum dalam Islam di antaranya:

bermaksud tidak memudharatkan diri sendiri dan tidak pula boleh ال ضشس ال ضشاس .1

memudharatkan orang lain. Kaedah ini mengharamkan apa saja masalah yang membawa kepada

berlakunya kemudharatan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain walaupun tidak

terdapat di sana nas daripada al-Quran atau as-Sunnah.

"افعم انخش نعهكى حفهذ" .2 : Ayat ini menyuruh melakukan apa saja bentuk kebaikan sama ada

kepada diri sendiri atau pun kepada orang lain selagi mana tidak merupakan sesuatu yang

dilarang oleh syarak dengan larangan yang khas atau perlakuan tersebut tidak membawa kepada

sesuatu mafsadah atau kerosakan yang nyata pada masa akan datang.

3. Kaedah انضشسة حبخ انذزساث" ”: Apa saja yang membawa kemudaratan dan bahaya akan

mengharuskan perkara yang dilarang. Bermaksud apa saja yang dilarang oleh syarak diharuskan

melakukannya dalam keadaan terpaksa dan mempunyai mudarat. Ini kerana terdapat beberapa

hukum dalam masalah ‘dhoruroh’ (keadaan terpaksa yang mempunyai mudarat). Pengharusan

ini pula dibenarkan hanya sekadar melepaskan kemudaratan dan tidak lebih dari itu. Dan

‘dhoruroh’ pula ialah suatu keadaan yang mana keselamatan manusia atau binatang atau anggota

Page 9: Pemahaman bid'ah

9

badan atau kesihatan manusia bergantung kepadanya, sekiranya jika tidak dilakukan perkara

yang terlarang tersebut maka ia akan membawa kerosakan jiwa atau kebinasaan anggota tubuh

badan atau membawa kepada sakit yang berpanjangan dan melambatkan proses penyembuhan.

Maksudnya: Apabila berlakunya pertembungan .إرا حعاسض انذالل انذشاو ف أيش سجخ انذشاو ادخاطا .4

di antara halal dan haram maka hukum yang diberatkan ialah hukum haram.

5. يا دشو أخز دشو إعطائ Maksudnya: Sesuatu yang diharamkan kita mengambilnya maka kita juga

diharamkan memberinya.

Maksudnya : Keterangan pembuktian hendaklah dilakukan انب عه انذع ان عه ي أكش .6

oleh orang yang mendakwa dan sumpah dilakukan oleh orang yang menolak dakwaan.

.Sesuatu perkara dikira berdasarkan tujuannya األيس بقاصذا .7

Maksudnya : Beramal dengan nas-nas hukum itu lebih baik dari إعال انكالو خش ي إانا .8

mengabaikannya.

Sebahagian ulama‟ dan fuqaha‟ Islam telah menyusun banyak buku menyentuh persoalan

kaedah-kaedah seperti Seikh I‟z Bin Salam, Ibnu Rejab Al Hambali, Ibnul Liham, AlI”laaiy,

Imam Sayuti, dan Ibnu Nujaim dalam kitab al- Ashbah Wa Al- Nazoir dan ramai lagi.

Kaedah-kaedah ini merupakan ciri yang melambangkan keluasan Islam dan

kesempurnaannya. Berdasarkan kaedah-kaedah ini, apa saja yang berlaku sehinggalah ke hari

Kiamat maka Islam akan mampu meletakkan hukuman yang tertentu kepadanya sama ada wajib,

sunat, haram, makruh atau pun harus. Ini dilakukan dengan melihat kepada kelas dan kumpulan

kaedah mana yang sesuai untuk hukum tersebut sekalipun nas bersikap berdiam diri tanpa

menerangkan hukumnya. Kesemua kaedah-kaedah ini dikeluarkan (istinbat) sama ada dari ayat

al-Quran ataupun dari sunnah Nabi Muhammad SAW.

Page 10: Pemahaman bid'ah

10

Sesuatu Yang Tidak Dilakukan Oleh Rasulullah Dan Sahabat Tidak Bermakna Tidak

Syarie Jika Dilakukan

Persoalan:

Apabila tidak terbukti dari Nabi bahawa baginda melakukan sesutu amalan atau pun tidak

terbukti adanya di kalangan para sahabat melakukan amalan tersebut dan apabila ada pula

seseorang hendak melakukannya maka adakah itu dikira sebagai bid‟ah kerana ianya tidak

dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. mahu pun para sahabat?

Sesiapa yang berpandangan bahawa itu suatu yang bid‟ah maka pandangannya adalah

salah dari dua sudut:

Pertama:

Sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh nabi tidak membawa erti bahawa perkara

tersebut syarie dilakukan atau syarie meninggalkan, malah baginda membiarkan sesuatu perkara

itu dalam keharusan asalnya. Sebagaimana tidak melakukan perbuatan itu tidak menjadi dalil

pensyariatan hukum syarak, maka begitu juga ia tidak menjadi dalil tegahan daripada

melakukannya selama mana tidak terdapat nas yang menegahnya.

Setelah itu dilihat pula adakah ia termasuk di bawah mana-mana kaedah daripada kaedah-

kaedah syarak boleh dikiaskan dengan sesuatu yang ada sandaran nas untuk membolehkan kita

menghukumnya sebagai syarie atau pun sebaliknya. Jika ia termasuk dalam perkara yang ditolak

oleh kaedah syarak atau bertentangan dengan nas maka ketika itu kita akan mengatakan ianya

sebagai bid‟ah.

Kedua:

Pandangan yang menyebutkan: “Kalau perkara ini baik dan dibolehkan maka sudah tentu

mereka yang dahulu dan jauh lebih baik dari kita akan melakukannya” merupakan pandangan

yang menjadikan syariat Islam jumud dan kaku serta membataskan kesyumulan Islam kepada

perkara yang hanya berlaku di kurun yang pertama di kalangan umat Islam sedangkan

hakikatnya adalah sebaliknya.

Page 11: Pemahaman bid'ah

11

Sesungguhnya syariat Islam tidak pernah lemah dalam memberikan pandangan dan

hukumnya terhadap setiap amalan yang dilakukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah dan asas-

asas yang terdapat dalam Islam sama ada amalan tersebut termasuk dalam bab muamalat atau

pada sesetengah bab ibadat yang tiada penetapan dan pembatasan tertentu di sudut syarak.

* Artikel ini merupakan sedutan dari kertas yang dibentangkan dalam Seminar Pemurnian Akidah 2010 anjuran

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.