pelan sukaneka

Upload: skyra-nsmn

Post on 07-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pelan sukaneka

TRANSCRIPT

1. Pengenalan Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaanya kanak kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan fizikal bagi murid murid prasekolah seperti Pusat Asuhan Tunas Tunas Islam (PASTI) ini. Walaupun objektif jangka masa pendek adalah untuk menghiburkan para peserta, namun permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka ini, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial yang diingini seperti kepantasan, daya tenaga, ketangkasan serta kemahiran. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti program ini. 2. Matlamat Permainan sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif. 3. Objektif Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta, dan ibubapa dengan ahli jawatankuasa penganjur Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta Membentuk peserta agar sentiasa berfikiran positif Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing Melahirkan nilai nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin dan bertanggungjawab 4. Tarikh, Masa Dan Tempat 12hb April 2014 Sabtu Bermula Jam 8.00 Pagi Di Perkarangan Pejabat Adun Temangan, Pondok Hidayah Machang 5. Sasaran / Penglibatan Pelajar PASTI Kawasan Machang (630 Orang) Ibubapa Pelajar PASTI Kawasan Machang Ahli Jawatankuasa PASTI Cawangan (18 Buah PASTI) Guru PASTI Kawasan Machang Jumlah = 1500 Orang 6. Jawatankuasa Induk Penaung - En. Muhammad Khairul b. Che Khalid Penasihat - En. Mohd Romli b. Ismail - Pn. Suhadai bt Shaari Pengarah - En. Syed Hussin b. Syed Hassim Timb. Pengarah - En. Ahmad Faizan b. Che Hassim Setiausaha - En. Mohd Nasir Jamaluddin b. Ab Rahman Bendahari - En. Afzanizan b. Arif Sukan - En. Rosni b. Derashid Persegaran - En. Zahari b. Ismail - Puan Tuan Khasiah bt Tuan Kob Juri / Pengadil - En. Zahari b. Ismail (Cikgu) Pengacara - En. Alias b. Kadir - En. Ahmad Tajuddin b. Hj Mukhtar Persiapan Tempat - En. Suhaimi b. Mustapha - En. Ahmad Zaki b. Junoh Hadiah - Puan Hasnah bt Jusoh - Puan Idawati bt Mat Noh Jurufoto - En. Hazizi b. Deraman Ahli jawatankuasa - Puan Rahani bt Ibrahim - Puan Rafiah bt Mat - Puan Marizan bt Abdullah - Puan Narizam bt Yusof - Puan Rosnani bt Ibrahim 7. Acara Sukaneka 4 Tahun o Lumba lari bawa botol air (4 orang) o Kerusi berirama (seorang) o Isi guli dalam botol (4 orang) o Lari bawa punding kacang (4 orang) o Kutip coklat paling banyak (2 orang) 5 Tahun o Lumba lari bawa aiskrim besar (4 Orang) o Isi air dalam botol (4 orang) o Lari memecahkan belon (4 orang) o Lari bawa bola dalam sudu (4 orang) o Baling bola dalam bakul (4 orang) 6 Tahun o Lumba lari bawa bola (4 orang) o Susun tin ikut nombor (4 orang) o Pancing ikan (4 orang) o Pijak kotak hitam (4 orang) o Tarik bola dengan gelung rotan (4 orang) Keluarga PASTI o Risik lidi paling banyak dan kemah o Lari ikat kaki o Balingan belon berair o Motor lambat Bapa dan ahli jawatankuasa PASTI (lelaki) o Bowling padang (5 orang) o Titi sepak takraw (5 orang) o Pijak bata (4 orang) o Tarik tali (10 orang) o Kupas buah epal terpanjang (terbuka) Ibu dan ahli jawatankuasa PASTI (perempuan) o Bowling padang (5 orang) o Bola jaring (5 orang) o Kail botol (4 orang) o Cucuk benang dalam lubang jarum (terbuka) 8. Tentatif Program 8.00 pagi - Pendaftaran peserta 8.15 pagi - Ketibaan ibubapa - Ketibaan dif dif jemputan - Ketibaan perasmi 8.30 pagi - Ucapan pengerusi majlis - Perarakan masuk kontinjen - Nyayian lagu PASTI - Bacaan doa selamat - Bacaan ikrar oleh para peserta 9.10 pagi - Ucapan aluan Pengerusi PASTI Kawasan Machang :- En. Muhammad Khairul b. Che Khalid - Ucapan aluan Ketua Pemuda PAS Kawasan Machang :- En. Zainul Amin b. Mat Zin - Ucapan perasmian oleh Pengarah PASTI Kelantan :- Ust. Ahmad Fadhli b. Saari - Pelancaran gimik perasmian - Cabutan bertuah 10.00 pagi - Acara sukaneka bermula 12.30 tengahari - Majlis peramian penutup dan penyampaian hadiah oleh :- YB Dato Dr Mohamed Fadzli b. Hj Hassan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Temangan) - Jamuan tengahari dan bersurai 9. Anggaran Perbelanjaan Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah 1. Hadiah Johan Naib Johan Ketiga RM 2500.00 2. Persegaran 1000 orang RM 4 RM 4000.00 3. Banner, banting, backdrop - - RM 500.00 4. Khemah, kerusi, pentas - - RM 300.00 5. P.A system - - RM 200.00 6. Peralatan Sukaneka RM 500.00 7. Baju t-shirt urusetia dan guru 100 helai RM 30 RM 3000.00 8. Cabutan bertuah 50 unit RM 20 RM 1000.00 9. Lain lain RM 500.00 Jumlah RM 12,000.00 10. Penutup Diharapkan agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sehubungan dengan itu, sumbangan daripada pihak YB / Dato / Datin / Tuan / Puan amat diperlukan bagi menjayakan program ini.