sustainable ecotourism destination development in malaysia

9
1 Buku Program Syarahan Perdana ke-8 30 November 2020 (Isnin) 9.30 pagi | Universi Malaysia Sabah SYARAHAN PERDANA Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated Approach Disampaikan oleh: LIVE STREAM UMS KAMPUS RAHMAH TERAS KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN net UMS Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian FDr., DFRIHosM, DFRIT, IVPF Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

1

Buku ProgramSyarahan Perdana ke-8

30 November 2020 (Isnin)9.30 pagi | Universiti Malaysia Sabah

Syarahan PerdanaSustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia:An Integrated ApproachDisampaikan oleh:

LIVESTREAM

UMS KAMPUS RAHMAHTERAS KECEMERLANGAN DAN KEUNGGULAN

netUMS

Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian FDr., DFRIHosM, DFRIT, IVPF

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

Page 2: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

2

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dengan tajuk, ‘Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated Approach’.

Beliau merupakan seorang tokoh yang berpengalaman dan tidak asing dalam bidang pelancongan dan hospitaliti khususnya di negeri Sabah. Peranan beliau amat signifikan melalui sumbangan kepakaran yang diperlukan bagi membangunkan ekopelancongan yang mampan selari dengan hasrat kerajaan negeri Sabah selain dapat menyokong tujahan penyelidikan yang mana pelancongan merupakan antara bidang keutamaan UMS.

Secara umumnya, Majlis Syarahan Perdana ini adalah satu tradisi akademik yang sangat signifikan bagi seseorang profesor dan dianjurkan sebagai platform untuk menyebar luas ilmu pengetahuan, kepakaran, penemuan inovatif, juga sebagai bukti ketokohan dan kesarjanaan akademiknya. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan sebagai penghargaan serta pengiktirafan

kepada profesor sebagai pemikir yang telah banyak memberi sumbangan dan idea khususnya kepada dunia akademik, malah kepada negara dan masyarakat secara keseluruhannya.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dan pihak universiti amat berbangga dan mengiktiraf segala komitmen dan usaha gigih beliau. Saya berharap agar ketokohan serta kejayaan yang dicapai beliau akan menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada ahli-ahli akademik lain untuk turut berusaha ke arah kecemerlangan selaras dengan visi dan misi universiti.

Sekian dan terima kasih.

YBhg. Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun HinFASc, FRSC, FMIC, CChem., PJNNaib CanselorUniversiti Malaysia Sabah

PERUTUSAN NAIB CANSELOR

Page 3: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

3

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam UMS Kampus Rahmah.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan taufik dan hidayah-Nya, Majlis Syarahan Perdana Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian dapat dianjurkan dengan jayanya. Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat memberi sumbangan bermakna melalui kepakaran dan ketokohan beliau yang secara tidak langsung mampu mempertingkatkan imej Universiti Malaysia Sabah sebagai sebuah universiti yang disegani.

Sesungguhnya, Jabatan Pendaftar akan terus beriltizam dalam memastikan perkembangan kerjaya kakitangan akademik khususnya dengan meningkatkan tadbir urus yang cemerlang. Menjadi harapan saya agar majlis sebegini akan terus dianjurkan secara lebih kerap dan menjadi wadah kepada perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh semua.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Jabatan Pendaftar ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada jawatankuasa terlibat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya sehingga majlis ini dapat

direalisasikan. Semoga semangat dan kerjasama sebegini akan terus ditingkatkan lagi untuk masa-masa yang akan datang demi kecemerlangan universiti.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian atas syarahan yang disampaikan dan diharapkan dapat memberi input berguna kepada semua khususnya kepada pemain industri pelancongan di negeri Sabah.

Sekian dan terima kasih.

YBrs. En. Luqman Ridha AnwarPendaftarUniversiti Malaysia Sabah

PRAKATA PENDAFTAR

Page 4: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

4

9.00 pagi Ketibaan jemputan 9.10 pagi Ketibaan YBrs. Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian

Pemidato9.15 pagi Ketibaan YBrs. Profesor Dr. Rasid Mail

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)9.20 pagi Ketibaan YBhg. Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

Naib Canselor9.30 pagi Majlis bermula

Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” Bacaan doaTayangan video PemidatoPengenalan Pemidato oleh YBhg. Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin,Naib CanselorSyarahan Perdana oleh YBrs. Profesor Dr. Jennifer Chan Kim LianTajuk: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia: An Integrated ApproachPenyerahan Buku Pemidato kepada Naib CanselorNyanyian Lagu “Bertekad CemerlangJamuan makan

12.00 tengah hari Majlis selesai

ATUR CARA

Page 5: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

5

Profesor Dr. Jennifer Chan Kim Lian adalah Profesor Pelancongan dan Hospitaliti di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) merangkap Pengarah

Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo semenjak tahun 2015. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Strategik dan Akademik (2008 – 2014), Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (2000 – 2002).

Beliau menyertai UMS pada bulan Ogos 1996 sebagai pensyarah, dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada 24 Julai 2008 dan seterusnya sebagai Profesor pada 17 Mac 2015. Berasal dari Alor Setar, Kedah, beliau telah menamatkan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Boon Teik pada tahun

PROFESOR DR. JENNIFER CHAN KIM LIAN

1973 dan seterusnya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultanah Asma 2 (1974 – 1977), Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah (1978 – 1979) dan High Park School, Toronto, Kanada (1981 – 1982).

Beliau mendapat pendidikan tinggi dari luar negara dan telah memperoleh ijazah dari University of Winnipeg, Manitoba, Kanada (1982 – 1984) dengan Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi (BA in Economics) dan kemudiannya Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dalam Pengurusan Industri Pelancongan (BBA in Travel Industry Management) dari Hawaii Pacific University, Amerika Syarikat (1985 – 1987). Seterusnya, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana di Monterey Institute of International Studies, California, Amerika Syarikat (1988 – 1989) dengan memperoleh Sarjana Pengurusan Perniagaan dalam Pengurusan Antarabangsa dan Pemasaran Antarabangsa (MBA in International Management and International Marketing). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom (2002 – 2005) dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam Pelancongan dan Hospitaliti (Doctor of Philosophy in Tourism and Hospitality) pada tahun 2005.

Beliau merupakan seorang penyelidik, perunding dan ahli akademik yang berpengalaman luas dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Bidang penyelidikan beliau termasuklah pembangunan destinasi ekopelancongan mampan, indikator

Page 6: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

6

pelancongan mampan dan bertanggungjawab, pembangunan sumber manusia pelancongan yang mampan, pemasaran destinasi pelancongan juga penyelidikan kualitatif dan kaedah gabungan (mixed-methods) dalam penyelidikan pelancongan. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan lebih 100 penerbitan berkaitan bidang pelancongan dan hospitaliti. Beliau juga berpengalaman luas sebagai perunding bagi pelbagai projek perundingan yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan swasta, di samping dijemput sebagai pembentang di persidangan antarabangsa.

Kepakaran beliau dalam pengurusan pelancongan dan hospitaliti telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan pelantikan sebagai editor bagi jurnal pelancongan dan hospitaliti berimpak tinggi dan Scopus (The Routledge Handbook of Tourism Experience Management and Marketing, Journal of Hospitality Management and Tourism). Jawatan yang disandang beliau di peringkat antarabangsa antara yang terkini ialah Board Member of Asian Ecotourism Network (semenjak 2019), Ahli Penasihat Malaysia oleh The World Gastronomy Institute (semenjak 2018) dan dilantik sebagai Pemegang Kerusi Profesor dalam bidang Pelancongan dan Pembangunan Modal Insan oleh Royal Institution Singapore dan salah seorang Fellow Royal Institute of Educators Singapore. Pencapaian beliau yang amat memberangsangkan ialah apabila dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Pelancongan dan Pengurusan oleh Yayasan Antarabangsa Venus pada tahun 2018.

Di peringkat kebangsaan, beliau merupakan Ahli Lembaga Penasihat Akademik dan Penilai Luaran Akademik untuk beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia dan juruaudit panel Senior MQA untuk program pelancongan dan perhotelan sejak 2009, selain dilantik sebagai panel pakar bagi penyediaan Standard Program: Hospitaliti, Pelancongan dan Kulinari oleh MQA. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyediakan modul latihan bagi kursus yang dikendalikan oleh AKEPT.

Di peringkat universiti, beliau juga berperanan sebagai Ketua Projek Agenda Kritikal 2 – Pembelajaran dan Pengajaran, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Akademik UMS dan Panel Penilai Geran Penyelidikan Dalaman UMS serta Program Latihan dan Pembangunan Staf UMS. Pada masa ini, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Pelancongan dan Inovasi Sosial dan Jawatankuasa Pelaksana Geopark Nasional The Trust Area Committee serta Ahli Jawatankuasa Ilmiah Pakar Lapangan Kinabalu yang dilantik untuk merealisasikan pengiktirafan UNESCO Global Geo Park. Sesuai dengan kepakaran dan sumbangan yang diberikan, beliau turut menerima Anugerah Penyelia Pascasiswazah Terbaik UMS (2011), memenangi pingat perak dalam Kategori Penyelidikan dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi UMS (2010) selain Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2000, 2006 dan 2012.

Page 7: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

7

Syarahan ini mengetengahkan perspektif baharu destinasi ekopelancongan mampan melalui pendekatan bersepadu dengan mengemukakan beberapa faktor penting yang harus

dipertimbangkan bagi mempertingkat dan memperkukuhkan kemampanan sesebuah destinasi ekopelancongan. Rangka kerja destinasi ekopelancongan mampan dikemukakan yang menggabungkan dimensi mampan dan pengalaman, konsep penciptaan bersama dan enam fasa pembangunan destinasi ekopelancongan sepertimana dalam kriteria pembangunan mampan yang mana telah diabaikan dalam pengurusan sesebuah destinasi ekopelancongan.

Kandungan syarahan ini memberi tumpuan kepada kemunculan ekopelancongan, kepentingannya dalam bidang pelancongan mampan dan kesalinghubungan ekopelancongan, pembangunan mampan dan pelancongan mampan. Di samping itu, turut dikemukakan adalah berkenaan isu kontekstual, jurang dan masalah yang dihadapi oleh destinasi ekopelancongan yang mampan.

Secara umumnya, syarahan ini menyumbang kepada pembangunan dan pengurusan destinasi ekopelancongan mampan dengan mencadangkan rangka kerja bersepadu, holistik dan praktikal. Rangka kerja ini terdiri daripada komponen utama yang berkaitan, juga faktor-faktor bagi menentukan kemampanan destinasi dalam cara yang inklusif. Produk dan pengalaman ekopelancongan dikaitkan dengan parameter alam sekitar, alam semula jadi, budaya dan sosial di dalam tapak tersebut. Cadangan rangka kerja ini akan memberi manfaat kepada pengurusan destinasi ekopelancongan dan pemegang taruh yang terlibat.

Kesimpulannya, syarahan ini menawarkan pemahaman yang berharga, mendalam dan secara tepat bagi destinasi ekopelancongan mampan, juga pendekatan teori yang kukuh kepada pengurusan destinasi tersebut untuk ahli akademik dan pemain industri pelancongan.

SINOPSIS SYARAHAN

Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia:An Integrated Approach

Page 8: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

8

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur

Floor Manager Pn. Jumiati Pajakkai

Pembaca DoaUstaz Yusri Sumin

Jawatankuasa Keurusetiaan MajlisPn. Jumiati Pajakkai Pn. Nenny Irwani DamsahPn. Arnah @ Zubaidah SainudinPn. Elizabeth Martin Jawatankuasa Pengarang Biodata Rasmi PemidatoDr. Jakaria Dasan

Juruacara MajlisDr. Tini Maizura Mohtar

Jawatankuasa Buku SyarahanPn. Lindsy Lorraine MajawatEn. Marshell Kanam GomborEn. Nataniel Ebin

Jawatankuasa Buku ProgramEn. Kamarul Mizal MarzukiEn. Nataniel Ebin

Jawatankuasa KewanganEn. Razmi Awang Osman

Jawatankuasa Penyediaan JubahEn. Razmi Awang Osman

Jawatankuasa Media dan PublisitiEn. Che Hasruddin Che HasanEn. Mohd Affzanizam Mohd AminPn. Faezah Mohamad Dun Jawatankuasa JamuanDr. Tini Maizura MohtarPn. Hasmawateh AminuddinCik Arny Azryanna Poniran

Jawatankuasa KeselamatanLt. Kolonel Abdul Talib ArifinInsp/Pb. Rakam Singh A/L Karam Singh

Juruacara Teknikal & ICTEn. Suprianto Mohd NoorEn. Ak Hazrin Pg. ApongEn. Zainuddin HashimEn. Allen Kayner Ongut MajambunEn. Johaidi IsmailEn. Musaab Umair Ambotola

Jawatankuasa PameranProf. Madya Dr. Janice Nga Lay HuiEn. Ujin MatjinEn. Ridhwan Sapli

Page 9: Sustainable Ecotourism Destination Development in Malaysia

9