(pengubahan 1) 2035 · bengkel technical working group. kajian rancangan struktur . negeri selangor...

2
Bengkel Technical Working Group KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR (PENGUBAHAN 1) 2035 19 Julai 2012 Dewan Kompleks Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam 8.00 Pagi – 1.00 Petang Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dalam proses penyediaan Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor (Pengubahan 1) 2035, selaras dengan peruntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). PERANAN ANDA Peranan anda di dalam Program Technical Working Group (TWG) secara aktif adalah dialu-alukan. Luangkan sedikit masa anda untuk memberi pandangan dan cadangan serta bersama-sama kita merancang masa depan Negeri Selangor melalui…. 9 Tinjauan terhadap isu-isu di dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor 2020. Apakah status isu-isu tersebut pada masa kini? Adakah ia masih lagi relevan atau tidak? 9 Pandangan anda terhadap isu-isu perancangan selain daripada isu-isu RSN 2020. Adakah perkara terbaru yang menjadi isu di Negeri Selangor dan isu-isu yang berkait dengan pelaksanaan dasar RSN 2020.

Upload: others

Post on 05-Nov-2019

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bengkel Technical Working Group

KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR

(PENGUBAHAN 1) 2035

19 Julai 2012

Dewan Kompleks Rumah EXCO,Seksyen 7, Shah Alam

8.00 Pagi – 1.00 Petang

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangordalam proses penyediaan Kajian Rancangan StrukturNegeri Selangor (Pengubahan 1) 2035, selaras denganperuntukan Seksyen 11, Akta Perancangan Bandar danDesa 1976 (Akta 172).

PERANAN ANDA

Peranan anda di dalam Program Technical Working Group(TWG) secara aktif adalah dialu-alukan. Luangkan sedikitmasa anda untuk memberi pandangan dan cadanganserta bersama-sama kita merancang masa depanNegeri Selangor melalui….

Tinjauan terhadap isu-isu di dalam Rancangan StrukturNegeri (RSN) Selangor 2020. Apakah status isu-isutersebut pada masa kini? Adakah ia masih lagi relevanatau tidak?

Pandangan anda terhadap isu-isu perancangan selaindaripada isu-isu RSN 2020. Adakah perkara terbaruyang menjadi isu di Negeri Selangor dan isu-isu yangberkait dengan pelaksanaan dasar RSN 2020.

MASA PERKARA8.00 pg – 8.30 pg :  Pendaftaran Peserta

8.45 pg – 9.00 pg :  Kata‐kata AluanTN. HJ. MOHD ZAKI BIN IBRAHIM(Pengarah JPBD Negeri Selangor )

9.00 pg – 9.20pg :  Taklimat oleh ‐ ANZ Planners Sdn. Bhd. 

9.20 pg – 9.45 pg :  Minum Pagi

9.45 pg – 12.30 tgh :  PERBINCANGAN

12.30 tgh – 1.00 ptg :  RUMUSAN

1.00 ptg  :  Makan Tengahari 

ATURCARA MAJLIS

LATAR BELAKANG

Berdasarkan subseksyen 11, Akta 172, pengubahan kepada sesuatuRancangan Struktur hendaklah dibuat setiap 5 tahun seiring denganpenyediaan rancangan pembangunan lima tahun negeri. 

Selangor terletak di tengah‐tengah Semenanjung Malaysia dibahagian pantai barat dan mengelilingi Wilayah PersekutuanKuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri Selangor terdiri daripadasembilan (9) daerah iaitu Daerah Gombak, Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langatdan Hulu Selangor serta merangkumi dua belas (12) PihakBerkuasa Tempatan.

Selangor secara umumnya mempunyai bentuk muka bumi yanglandai dan terletak antara banjaran bukit bukau dan SelatMelaka. Negeri Selangor meliputi kawasan seluas 795,736hektar. Kedudukan geografi Selangor dan kekayaan sumbersemula jadinya menjadikan Selangor sebagai salah sebuahnegeri yang terkehadapan dari segi pembangunan ekonomi diMalaysia.

Rancangan Struktur Negeri sedia ada iaitu RSN Selangor 2020telah diwartakan pada 14hb. Jun 2007, No. Warta 1541. RSNSelangor 2020 merupakan satu dokumen perancangan yangmemandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruhnegeri Selangor

Subseksyen 11(1), “Suatu rancangan struktur yang telah mulaberkuatkuasa hendaklah tertakluk kepada kajian semula tiap‐tiaplima tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunanlima tahun Negeri, dan kajian semula itu hendaklah berhubung

dengan seluruh Negeri itu.