pelan operasi aktiviti persatuan bahasa melayu

22
PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU TAJUK/NAMA AKTIVITI: Taklimat Persatuan Bahasa Melayu OBJEKTIF :1. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin , mengurus dan mengoperasikan persatuan. 2. Melaksanakan kaedah dan strategi memimpin 3. Memupuk semangat bertoleransi dan kerjasama dalam kumpulan. MASA : 2 JAM SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN LANGKAH AKTIVITI MASA 1 Guru mengumpul murid dengan mencatat kehadiran 15 2 Pendaftran ahli-ahli baharu 15 3 Taklimat persatuan (fungsi persatuan, tanggungjawab ahli dan sebagainya) 20 4 Memperkenalkan guru penasihat dan AJK 15 5 Majlis suai kenal antara ahli 20 6 Membentangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 20 7 Pembahagian kumpulan 15 Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Upload: jeyshida

Post on 11-Aug-2015

788 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Panduan pengurusan Persatuan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Taklimat Persatuan Bahasa Melayu

OBJEKTIF :1. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin , mengurus dan

mengoperasikan persatuan.

2. Melaksanakan kaedah dan strategi memimpin

3. Memupuk semangat bertoleransi dan kerjasama dalam kumpulan.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru mengumpul murid dengan mencatat kehadiran 15

2 Pendaftran ahli-ahli baharu 15

3 Taklimat persatuan (fungsi persatuan, tanggungjawab ahli dan sebagainya) 20

4 Memperkenalkan guru penasihat dan AJK 15

5 Majlis suai kenal antara ahli 20

6 Membentangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 20

7 Pembahagian kumpulan 15

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Edaran maklumat kelab, Fail Persatuan dan Buku Catatan

Page 2: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Sudut Berinformasi Persatuan Bahasa Melayu

OBJEKTIF :1.Mengetahui penggunaan papan kenyataan.

2. Melaksanakan tugasan menyediakan bahan atau sumber.

3. Memupuk semangat bertoleransi dan kerjasama dalam kumpulan.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menetapkan bahan maklumat yang ingin dipamerkan di papan kenyataan dan menyediakan papan

kenyataan yang menarik minat murid.

20

2 Murid bekerja secara berkumpulan untuk menghias dan menceriakan apan kenyataan dengan menampalkan carta organisasi persatuan, peribahasa, pantun, syair, sajak, biodata dan sumangan tokoh bahasa, istilah bahasa dan sebagainya

40

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Kertas Warna, Reben, Gunting, Gambar dan Bahan Cetakan

Page 3: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Permainan Bahasa (Teka Silang Kata)

OBJEKTIF :1) Memperluas perbendaharaan kata

2) Menggunakan perbendaharaan kata dalam proses pembelajaran.

3) Memupuk semangat untuk bersaing secara sihat

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru mengumpul murid dengan mencatat kehadiran. 15

2 Guru menerangkan cara permainan tersebut 20

3 Dalam kumpulan, ahli-ahli melengkapkan kata dengan huruf yang sesuai hingga menjadi kata yang lengkap 60

4 Guru mengumumkan pemenang 15

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Set soalan Teka Silang Kata, Skema jawapan, Alat tulis

Page 4: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Pantun Teka-teki

OBJEKTIF :1) Mewujudkan budaya mencintai warisan bangsa.

2) Mempunyai kemahiran menggunakan pembayang untuk membina ayat

3) Memupuk kesedaran mencintai warisan bangsa.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Ahli memberi pelbagai contoh teka-teki 10

2 Guru menerangkan cara mencipta teka-teki berdasarkan pantun empat kerat 30

3 Dalam kumpulan, ahli mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap pantun teka-teki 30

4 Wakil kumpulan mempersembahkan pantun teka-teki masing-masing 30

5 Setiap kumpulan mempamerkan pantun teka-teki yang telah dihasilkan 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Buku Pantun, Buku Catatan, Alat tulis, LCD dan Komputer Riba

Page 5: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Bercerita

OBJEKTIF :1) Mengetahui teknik bercerita

2) Menyampaikan cerita dengan teknik yang betul

3) Memupuk keyakinan diri ahli.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menunjukkan tayangan bercerita 20

2 Guru berbincang tentang pertandingan bercerita yang telah ditonton 20

3 Ahli-ahli menyampaikan cerita berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka dengan cara yang bersahaja dan menarik

80

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD dan Skrip Cerita

Page 6: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Pengucapan Awam

OBJEKTIF :1) Mengetahui isu-isu semasa

2) Melaksanakan kaedah memperoleh maklumat melalui sumber yang relevan.

3) Mewujudkan komunikasi yang sihat.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menerangkan cara pengucapan awam yang menarik 20

2 Ahli menyediakan bahan berdasarkan tema yang diberi 40

3 Ahli menyampaikan pengucapan umum dengan cara yang menarik 40

4 Guru mengulas pengucapan awam ahli 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, LCD dan Teks ucapan

Page 7: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI :Syarahan / Pidato

OBJEKTIF :1) Meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu fakta berdasarkan tajuk

2) Berupaya menyediakan teks pidato dengan contoh yang relevan.

3) Memupuk keyakinan diri di hadapan khalayak.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menunjukkan tayangan pidato 20

2 Berbincang tentang pidato yang telah ditonton 30

3 Ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka dengan cara yang betul

dan menarik

40

4 Guru membuat ulasan tentang persembahan pidato 30

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : LCD, siaraya

Page 8: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Nyanyian

OBJEKTIF :1) Mengetahui pelbagai genre lagu yang mempunyai elemen moral dan pengajaran.

2) Dapat menyanyi dengan irama dan rentak yang betul.

3) Menyemai nilai estetika dan cintakan seni dalam jiwa murid.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan 10

2 Murida diberi kebebasan memilih lagu-lagu yang sesuai seperti lagu patriotik, lagu rakyat, lagu kanak-kanak atau

sebarang lagu yang berunsurkan moral dan pengajaran

30

3 Murid menyanyi lagu yang dipilih 60

Ulasan guru penasihat mengenai persembahan murid 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, lirik lagu dan siaraya

Page 9: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Sajak

OBJEKTIF :1) Mengetahui pelbagai jenis puisi.

2) Dapat mendeklamasikan sajak mengikut tema.

3) Menyemai nilai estetika dan menghayati keindahan bahasa.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Ahli-ahli menyatakan pelbagai jenis puisi yang diketahui 10

2 Ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak 20

3 Guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak 20

4 Ahli-ahli mengarang sajak 40

5 Ahli-ahli mendeklamasikan sajak dengan sebutan yang betul 30

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, Teks Sajak dan siaraya

Page 10: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Syair

OBJEKTIF :1) Mengetahui pelbagai jenis puisi.

2) Dapat melagukan syair dengan betul.

3) Menyemai nilai estetika dan menghayati keindahan bahasa.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menerangkan cara-cara mengarang syair yang baik. 20

2 Ahli-ahli mengarang syair. 40

3 Guru memperdengarkan syair. 10

4 Ahli-ahli melagukan syair dengan betul. 30

5 Guru merakamkan penyampaian syair yang betul 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, Teks syair dan Siaraya

Page 11: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Seni Lakon / Teater

OBJEKTIF :1) Mengetahui teknik Seni Lakon / Teater

2) Dapat menghayati watak dengan baik.

3) Mewujudkan semangat bekerjasama antara ahli

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru memberi penerangan sebelum aktiviti dijalankan 10

2 Ahli membentuk kumpulan 10

3 Setiap kumpulan memilih tajuk yang sesuai dan berbincang tentang watak 60

4 Latihan lakonan dengan bimbingan guru penasihat 40

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, LCD, Skrip dan Siaraya

Page 12: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI :Wawancara

OBJEKTIF :1) Mengetahui jenis wawancara

2) Mengaplikasi ciri-ciri wawancara yang baik

3) Mewujudkan komunikasi yang berkesan.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menetapkan tajuk wawancara. 10

2 Guru menerangkan ciri-ciri wawancara yang baik. 20

3 Aktiviti simulasi dijalankan 30

4 Aktiviti luar mewawancara tokoh-tokoh terpilih 40

5 Ahli membentangkan hasil wawancara 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, LCD/TV, Siaraya, Skrip dan Tempat wawancara

Page 13: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Menghasilkan Buku Skrap

OBJEKTIF :1) Mengetahui bahan atau sumber yang diperlukan.

2) Mengolah mengikut kreativiti bahan pengisian daripada sumber-sumber keratin akhbar,majalah atau sebarang

maklumat yang relevan

3) Menyemai sikap menghargai masa

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Murid bersedia dengan buku skrap dan bahan bermaklumat yang disediakan lebih awal (tiga minggu). 10

2 Guru menerangkan buku skrap yang ingin dihasilkan. 20

3 Ahli berbincang dan menghasilkan buku skrap dalam kumpulan. 60

4 Ahli mempersembahkan hasil buku skrap berdasarkan kreativiti masing-masing. 20

5 Guru membuat ulasan hasil kerja ahli 10

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Page 14: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Alatan : Buku skrap- bergantung kepada kreativiti ahli., Akhbar dan Majalah

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Permainan Sahiba

OBJEKTIF :1) Memperluas perbendaharaan kata

2) Menggunakan perbendaharaan kata dalam proses pembelajaran.

3) Memupuk semangat untuk bersaing secara sihat

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru memberikan permainan sahiba kepada murid dan memberi penerangan tentang cara dan peraturan

permainan sahiba.

20

2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 10

3 Ahli kumpulan berusaha mengeja perkataan dengan betul dalam jangka masa yang ditetapkan 60

4 Ahli mencatat perkataan yang telah dihasilkan di dalam buku catatan. 30

Page 15: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Set permainan sahiba dan Papan skor

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Mesyuarat Agung

OBJEKTIF :1) Mengetahui perjalanan mesyuarat.

2) Membentangkan Laporan Tahunan mengikut susunan agenda.

3) Memupuk semangat kerjasama dan sikap menghormati keputusan mesyuarat .

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Ucapan pengerusi. 10

2 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas. 15

3 Membentangkan laporan tahunan. 20

4 Membentangkan dan menerima laporan kewangan. 15

5 Pembubaran jawantan kuasa lama dan melantik pengerusi sementara. 20

6 Melantik AJK baharu. 20

7 Pembentangan usul 20

Page 16: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Fail Persatuan dan Buku Catatan

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU

TAJUK/NAMA AKTIVITI: Lawatan Bermaklumat

OBJEKTIF :1) Menambah pengetahuan dan pengalaman.

2) Menulis laporan atau catatan mengenai tempat yang dilawati.

3) Memupuk semangat patriotik

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Setiausaha persatuan menghubungi pihak-pihak berkenaan. Mengikut

kesesuaian

2 Mendapatkan Sumber Kewangan

3 Mengedarkan surat kebenaran lawatan.

4 Mengurus pengangkutan

Page 17: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

5 Persediaan sebelum dan tatacara lawatan.

6 Tugasan yang perlu dilakukan.

7 Melawat tempat-tempat yang menarik dan berkaitan.

8 Ahli menyiapkan tugasan yang ditetapkan.

9 Ahli-ahli menghantar laporan

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Surat kebenaran, Pengangkutan, Buku catatan, Kamera/ Perakam video dan Alat tulis

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU.

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Bicara Berirama

OBJEKTIF :1) Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu Baku dan Bahasa Indah.

2) Meningkatkan penggunaan bahasa dari segi sebutan/nada/intonasi/tempo/jeda

3) Memupuk semangat bertoleransi, kerjasama,kesatuan dan harmonis dalam kumpulan.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Ahli menonton rakaman video bicara berirama. 20

2 Guru menerangkan syarat-syarat serta teknik bicara berirama. 20

3 Ahli-ahli menghayati dan menghafal teks. 30

4 Ahli-ahli menyampaikan bicara berirama. 30

Page 18: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

5 Guru merakamkan persembahan ahli. 20

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : CD, LCD, Skrip bicara berirama dan Siaraya

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU.

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Portal Bahasa Melayu

OBJEKTIF :1) Meningkatkan penguasaan tatabahasa dan penggunaan TMK dalam Bahasa Melayu .

2) Mengaplikasikan penggunaan TMK dalam aktiviti bahasa

3) Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi maya.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Guru menerangkan portal atau blog yang ingin dihasilkan. 30

2 Menyediakan blog @ portal bahasa berdasarkan kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru penasihat. 90

3 Ahli menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh sebulan.

Page 19: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Makmal Komputer atau Pusat Akses, Capaian Internet dan Web Percuma (Blogspot)

PELAN OPERASI AKTIVITI PERSATUAN BAHASA MELAYU.

TAJUK/NAMA AKTIVITI : Jamuan Akhir Tahun

OBJEKTIF :1) Mengetahui cara mengendalikan sesuatu majlis

2) Menyediakan tentatif program

3) Menghargai jasa dan sumbangan ahli.

MASA : 2 JAM

SASARAN : AHLI KELAB/PERSATUAN

LANGKAH AKTIVITI MASA

1 Menetapkan tarikh.

2 Mengedarkan kad undangan

Page 20: Pelan Operasi Aktiviti Persatuan Bahasa Melayu

3 Menyediakan tempat jamuan.

4 Menceriakan tempat jamuan.

5 Menyediakan menu dan atur cara.

6 Ucapan,jamuan dan penyampaian hadiah/sijil penghargaan

Pengukuhan : Aktiviti yang sesuai

Alatan : Sijil dan Cenderamata