pelan motor takaful komprehensif

2
Takaful Motor Komprehensif @ 01/01/2010 HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Etiqa Takaful Berhad (Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda menyertai Pelan Takaful Motor Komprehensif. Pastikan anda juga membaca terma-terma am dan syarat-syarat.) Pelan Takaful Motor Komprehensif 1 Januari 2010 1. Apakah produk ini? Sijil ini memberikan perlindungan takaful terhadap tuntutan dari pihak lain bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta benda pihak lain, dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan anda. 2. Apakah konsep-konsep Syariah yang digunapakai? Tabarru’ Sijil ini menggunapakai konsep Tabarru’, iaitu peserta bersetuju untuk memberikan bahagian yang ditentukan daripada sumbangan ke dalam Dana Takaful Am untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Wakalah Sijil ini juga menggunapakai konsep Wakalah, iaitu peserta melantik Pengendali Takaful untuk melabur serta menjaga pengurusan Dana Takaful Am ini. Pengendali Takaful berhak menerima upah wakalah untuk caj perkhidmatan tersebut. Nota: Pengagihan Lebihan Bersih Sekiranya terdapat lebihan bersih pada penghujung tahun kewangan, kami akan menerima lima puluh peratus (50%) daripadanya sebagai insentif kerana bertanggungjawab menguruskan Dana Takaful Am. Bakinya akan diperuntukkan untuk pengagihan kepada para peserta tertakluk kepada syarat-syarat di dalam sijil takaful ini. Lebihan ini tidak akan dibayar jika peserta telah membuat tuntutan atau membatalkan sijil sebelum tarikh tamatnya. 3. Apakah jenis-jenis perlindungan / manfaat yang diberi? Sijil ini melindungi: Kecederaan badan dan kematian Pihak Ketiga; Kerugian atau kerosakan harta benda Pihak Ketiga; dan Kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kebakaran yang bukan disengajakan, kecurian atau kemalangan Pilihan manfaat tambahan yang boleh anda beli dengan membayar sumbangan tambahan: Kerosakan cermin kenderaan; Perlindungan liabiliti penumpang; Kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh; Pemandu yang dinamakan; Semua pemandu untuk kenderaan Syarikat sahaja Tempoh perlindungan adalah satu tahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan takaful setiap tahun. 4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar? Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang dilindungi, kelayakan diskaun-tanpa-tuntutan (DTT) dan keperluan pengunderaitan sesebuah pengendali takaful. Contoh Pengiraan: Pemegang sijil persendirian Usia Kenderaan : 5 tahun Kapasiti Enjin : 1500 cc Amaun yand dilindungi : RM 30,000.00 Kelayakan Diskaun-Tanpa-Tuntutan : 30% Manfaat Tambahan : Kerosakan cermin kadapan dengan amaun RM 500.00 Anggaran jumlah sumbangan yang perlu anda bayar ialah RM 788.85 seperti berikut: Sumbangan Asas : RM 1,005.50 Tolak 30% Diskaun-Tanpa-Tuntutan : RM 301.65 RM 703.85 Tambah Manfaat Tambahan (Kerosakan cermin kenderaan) : RM 75.00 Jumlah Sumbangan : RM 778.85 Tambah Duti Setem : RM 10.00 Jumlah Sumbangan perlu di bayar : RM 788.85

Upload: dinct1978

Post on 16-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pelan Motor Takaful Komprehensif

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Motor Takaful Komprehensif

Takaful Motor Komprehensif @ 01/01/2010

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Etiqa Takaful Berhad

(Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda menyertai Pelan Takaful Motor Komprehensif. Pastikan anda juga membaca terma-terma am dan syarat-syarat.)

Pelan Takaful Motor Komprehensif

1 Januari 2010

1. Apakah produk ini?

Sijil ini memberikan perlindungan takaful terhadap tuntutan dari pihak lain bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta benda pihak lain, dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran atau kecurian kenderaan anda. 2. Apakah konsep-konsep Syariah yang digunapakai? Tabarru’

Sijil ini menggunapakai konsep Tabarru’, iaitu peserta bersetuju untuk memberikan bahagian yang ditentukan daripada sumbangan ke dalam Dana Takaful Am untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Wakalah

Sijil ini juga menggunapakai konsep Wakalah, iaitu peserta melantik Pengendali Takaful untuk melabur serta menjaga pengurusan Dana Takaful Am ini. Pengendali Takaful berhak menerima upah wakalah untuk caj perkhidmatan tersebut. Nota: Pengagihan Lebihan Bersih Sekiranya terdapat lebihan bersih pada penghujung tahun kewangan, kami akan menerima lima puluh peratus (50%) daripadanya sebagai insentif kerana bertanggungjawab menguruskan Dana Takaful Am. Bakinya akan diperuntukkan untuk pengagihan kepada para peserta tertakluk kepada syarat-syarat di dalam sijil takaful ini. Lebihan ini tidak akan dibayar jika peserta telah membuat tuntutan atau membatalkan sijil sebelum tarikh tamatnya.

3. Apakah jenis-jenis perlindungan / manfaat yang diberi?

Sijil ini melindungi: • Kecederaan badan dan kematian Pihak Ketiga; • Kerugian atau kerosakan harta benda Pihak Ketiga; dan • Kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kebakaran yang bukan disengajakan, kecurian atau

kemalangan Pilihan manfaat tambahan yang boleh anda beli dengan membayar sumbangan tambahan:

• Kerosakan cermin kenderaan; • Perlindungan liabiliti penumpang; • Kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh; • Pemandu yang dinamakan; • Semua pemandu untuk kenderaan Syarikat sahaja

Tempoh perlindungan adalah satu tahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan takaful setiap tahun. 4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?

Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar adalah berbeza bergantung kepada amaun yang dilindungi, kelayakan diskaun-tanpa-tuntutan (DTT) dan keperluan pengunderaitan sesebuah pengendali takaful. Contoh Pengiraan: Pemegang sijil persendirian

Usia Kenderaan : 5 tahun Kapasiti Enjin : 1500 cc Amaun yand dilindungi : RM 30,000.00 Kelayakan Diskaun-Tanpa-Tuntutan : 30% Manfaat Tambahan : Kerosakan cermin kadapan dengan amaun RM 500.00

Anggaran jumlah sumbangan yang perlu anda bayar ialah RM 788.85 seperti berikut:

Sumbangan Asas : RM 1,005.50 Tolak 30% Diskaun-Tanpa-Tuntutan : RM 301.65 RM 703.85 Tambah Manfaat Tambahan (Kerosakan cermin kenderaan) : RM 75.00 Jumlah Sumbangan : RM 778.85 Tambah Duti Setem : RM 10.00 Jumlah Sumbangan perlu di bayar : RM 788.85

Page 2: Pelan Motor Takaful Komprehensif

Takaful Motor Komprehensif @ 01/01/2010

5. Apakah yuran dan bayaran yang saya perlu bayar?

Jenis Jumlah

Upah Wakalah 25% daripada sumbangan

Duti Setem RM 10.00

Cukai Perkhidmatan untuk kenderaan yang didaftarkan atas nama Syarikat sahaja 5% daripada sumbangan

6. Apakah terma-terma dan syarat-syarat penting yang harus saya ambil perhatian?

• Kepentingan pendedahan – anda mesti menyatakan semua fakta yang berkaitan seperti sejarah kemalangan dan pengubahsuaian enjin kenderaan.

• Anda mesti memastikan kenderaan anda dilindungi pada amaun yang berpatutan. • Ekses sijil, iaitu jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sekiranya kenderaan anda rosak akibat kemalangan. • Ekses wajib sebanyak RM 400.00, iaitu jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sekiranya kenderaan anda

rosak akibat kemalangan dan dipandu oleh orang lain yang tidak dinamakan di dalam sijil anda atau yang di bawah umur 21 tahun atau pemegang lesen memandu latihan (Lesen L) atau pemegang lesen memandu percubaan (Lesen P).

• Jika anda ingin membuat tuntutan, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan: - a. Buat laporan kepada pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. b. Maklumkan kepada kami secepat mungkin kemalangan atau kerosakan yang berlaku bagi setiap tuntutan

yang ingin dibuat di bawah sijil anda. Makluman boleh dilakukan secara bertulis atau melalui panggilan telefon ke talian Khidmat Pelanggan kami 1300 88 1007.

c. Lengkapkan dan hantar borang tuntutan bersama dokumen sokongan yang lain secepat mungkin. 7. Apakah pengecualian-pengecualian di bawah sijil ini?

Sijil ini tidak melindungi sesetengah kerugian seperti: • Kematian anda atau kecederaan badan sendiri akibat kemalangan kenderaan; • Liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan anda; • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi, contoh banjir, ribut atau tanah

runtuh; dan • Kerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik,

kegagalan atau pecahan, peralatan atau program komputer yang gagal berfungsi. Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk contoh kontrak sijil untuk melihat keseluruhan pengecualian di bawah sijil ini. 8. Bolehkah saya membatalkan sijil saya?

Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Pengendali Takaful. Sewaktu pembatalan, anda layak untuk mendapat pengembalian sumbangan berdasarkan kadar pro-rata, di mana sebarang sumbangan minima dibayar di bawah sijil ini tidak boleh dipulangkan. 9. Apa yang patut saya buat sekiranya ada perubahan maklumat?

Adalah penting untuk anda menghubungi kami bagi sebarang perubahan maklumat bagi memastikan segala surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. 10. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan takaful motor, sila rujuk kepada buku kecil infoinsurans untuk Takaful Motor yang boleh didapati di semua cawangan kami atau anda boleh dapatkan salinan dari wakil takaful atau layari laman web www.insuranceinfo.com.my Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Etiqa Takaful Berhad (266243D) (Didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia) Level 19, Tower C, Dataran Maybank No 1, Jalan Maarof 59000 Kuala Lumpur Tel : +603 2297 3888 Faks : +603 2297 3800 E-mel : [email protected] Etiqa Oneline 1300 13 8888

11. Lain-lain jenis perlindungan takaful motor yang boleh didapati

• Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

NOTA PENTING: ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN KENDERAAN ANDA DILINDUNGI DENGAN NILAI YANG BERPATUTAN KERANA IA AKAN MENENTUKAN JUMLAH YANG BOLEH ANDA TUNTUT. JIKA KEMALANGAN, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA BERURUSAN DENGAN BENGKEL YANG DILULUSKAN. JIKA ANDA MEMILIKI PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF DAN ANDA TIDAK BERSALAH DALAM KES KEMALANGAN INI, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MENYERAHKAN TUNTUTAN ANDA KEPADA PENGENDALI TAKAFUL ANDA. ANDA HARUS BACA DAN FAHAMI KANDUNGAN SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ANDA ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Maklumat yang terkandung dalam helaian pendedahan ini adalah sah pada atau sehingga 1 Januari 2010.