akademi pengajian islam universiti malaya kuala...

19
i ELEMEN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM GAGASAN NEGARA ZIKIR BRUNEI DARUSSALAM: KAJIAN TERHADAP AMALAN KEROHANIAN SEBAGAI ASAS PEMBANGUNAN KEROHANIAN GOLONGAN BELIA PERLU PERHATIAN (BPP) HAJAH MASURIYATI BT HAJI YAHYA TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2017

Upload: vuquynh

Post on 18-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

ELEMEN TAZKIYAH AL-NAFS DALAM GAGASAN

NEGARA ZIKIR BRUNEI DARUSSALAM: KAJIAN

TERHADAP AMALAN KEROHANIAN SEBAGAI

ASAS PEMBANGUNAN KEROHANIAN

GOLONGAN BELIA PERLU

PERHATIAN (BPP)

HAJAH MASURIYATI BT HAJI YAHYA

TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI

KEPERLUAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2017

ii

iii

ABSTRAK

Golongan belia adalah pemimpin generasi hari ini dan juga pelapis generasi pemimpin di

masa hadapan. Mereka merupakan subjek penting dalam perencanaan pembangunan

sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam yang

berhasrat membentuk sahsiah cemerlang golongan belia menerusi amalan kerohanian

sebagai metode rohaniah agar belia sentiasa ingat dan taat kepada Allah SWT. Golongan

Belia Perlu Perhatian yang menjadi fokus kajian ini sangat memerlukan pemulihan dan

bimbingan rohani yang menekankan amalan kerohanian sebagai elemen tazkiyah al-nafs

untuk membentuk peribadi insan yang soleh, beriman dan bertaqwa. Kajian ini bertujuan

mengkaji konsep tazkiyah al-nafs, gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam, bentuk

program pengukuhan gagasan Negara Zikir menerusi amalan kerohanian terhadap Belia

Perlu Perhatian, khususnya amalan zikrullah sebagai metode tazkiyah al-nafs. Kajian ini

mengaplikasikan reka bentuk konvensional yang menggabungkan kaedah kualitatif

(perpustakaan dan etnografi) dan kuantitatif (tinjauan soal selidik). Sampel kajian dipilih

secara rawak yang terdiri daripada golongan Belia Perlu Perhatian. Jenis kajian ini adalah

kajian korelasi dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social

Science (SPSS). Analisis kajian mendapati bahawa skor min bagi setiap komponen amalan

kerohanian yang menjadi asas kepada program dan aktiviti kerohanian golongan Belia Perlu

Perhatian berada pada tahap rendah. Manakala aras kekuatan hubungan di antara kesemua

komponen amalan kerohanian yang dianalisis melalui ujian Nilai Pekali Korelasi (r)

menunjukkan terdapatnya ketidakseimbangan dalam komponen amalan kerohanian

tersebut. Kajian ini membuktikan bahawa program dan aktiviti kerohanian sedia ada dalam

program pengukuhan Negara Zikir menerusi amalan kerohanian terhadap Belia Perlu

Perhatian khususnya amalan zikrullah sebagai metode tazkiyah al-nafs tidak mampu

mempertingkatkan pembangunan rohani sampel kajian terutama dari aspek

mempertingkatkan kawalan diri dalaman dan ia juga kurang berkesan dalam memberikan

perubahan akhlak belia tersebut secara maksimum. Justeru, kajian telah mencadangkan

penambahbaikan untuk dirujuk oleh para pelaksana, penyelaras dan penyusun program dan

aktiviti kerohanian yang terlibat dalam pengukuhan gagasan Negara Zikir tersebut untuk

menambahbaik program dan aktiviti kerohanian sedia ada dengan memperkukuhkan elemen

tazkiyah al-nafs khususnya amalan zikrullah. Hal ini adalah penting agar setiap program

dan aktiviti kerohanian yang dijalankan selaras dan seiring dengan matlamat gagasan

Negara Zikir Brunei Darussalam.

ABSTRACT

The youths are the leaders of today's generation and as backup for future leaders. They

are an important subject in the development plan of a country. This coincided with the

idea of National Remembrance of Brunei Darussalam to build an excellent personalities

of youths through spiritual practice as a spiritual method that youths always remember

and obey Allah the Almighty. The Youths Need Attention who became a focus of this

study are in need of restoration and spiritual guidance that emphasizes spiritual practice

as an element of tazkiyah al-nafs to form a righteous man, faithful and devoted. This

study aimed to examine the concept of tazkiyah al-nafs, the idea of National

Remembrance of Brunei Darussalam, the modes of programs in strengthening the idea

of National Remembrance through spiritual practices towards Youths Need Attention,

especially the zikrullah practices as a method of tazkiyah al-nafs. This study applied the

conventional design that combines qualitative methods (library and ethnographic) as

well as quantitative method (survey questionnaire). The samples were randomly

selected from the group of Youths Need Attention. Type of this research is a correlation

study and analyzed using software the Statistical Package for the Social Science (SPSS).

The analysis showed that the mean scores for each component of the spiritual practices

that form the basis of spiritual programs and activities of the Youths Need Attention in

low level. While the level of strength of the relationship between all components of

spiritual practices analyzed through the Test of Correlation Coefficient (r) indicating the

imbalance in the components of spiritual practices. This study proved that the existing

spiritual programs and activities in the strengthening programs of the idea of National

Remembrance through spiritual practices towards the Youths Needs Attention

particularly the zikrullah practices as a method of tazkiyah al-nafs unable to enhance the

spiritual development of the samples, particularly in terms of enhancing self-control

internally and it is also less effective in changing the characters of those youths’ to the

maximum level. Thus, the study suggested improvement to be referred by the initiators,

administrators and compilers of the spiritual programs and activities who are involved

in strengthening the idea of National Remembrance in improving the existing spiritual

programs and activities by intensifying the elements of tazkiyah al-nafs especially the

practices of zikrullah. It is important that all spiritual programs and activities conducted

pursuant and in line with the objectives of the idea of National Remembrance of Brunei

Darussalam.

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian

hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi

Muhammad SAW juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah rahmat dan

izinNya jua telah mengurniakan kesihatan sempurna, kesabaran dan kecekalan sehingga

akhirnya penulisan ini berjaya diselesaikan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan

berbanyak terima kasih khusus kepada Yang Mulia Prof Madya Dr Che Zarrina binti

Sa’ari selaku penyelia yang banyak memberi segala tunjuk ajar dan bimbingan tulus

ikhlas serta penuh kesabaran sepanjang tempoh menyempurnakan kajian ini. Berbanyak

terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam

yang memberikan pandangan dan pembaikan dalam pembentangan Laporan Kemajuan

Penyelidikan dan juga Pembentangan Hasil. Berbanyak terima kasih juga ditujukan

kepada semua pihak terlibat dalam memberikan maklum balas dan kerjasama untuk

menyempurnakan kajian ini terutama kepada pihak Kompleks Rumah Kebajikan

Belimbing Subok, Jabatan Penjara Jerudong, Pusat Al-Islah Kerakas Payau dan Biro

Kawalan Narkotik, Negara Brunei Darussalam.

Jutaan terima kasih ini juga khusus ditujukan kepada pihak Kerajaan KDYMM

dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam atas segala bentuk sumbangan dan

pembiayaan yang dikurniakan sepanjang tempoh menjalani pengajian di Universiti

Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Akhirnya berbanyak terima kasih ini diucapkan buat ayahanda Haji Yahya bin

Md Tahir dan bonda Hajah Misnah binti Haji Abang, ayah saudara Haji Suhaimi bin

Haji Abang serta suami Abdul Aziz bin Abdul Razak dan Ali Yahya yang lainnya, atas

doa restu kalian semua yang sentiasa mengiringi saya dan juga sokongan moral yang

sentiasa diberikan sepanjang tempoh menyelesaikan penulisan ini demi perkembangan

ilmu penyuluh masa depan. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran terbaik untuk

kalian semuanya di dunia dan di akhirat.

HAJAH MASURIYATI BT HAJI YAHYA No. 22 Spg 286-30-55-3-16-8 RPN Kg Lumut Jalan Seria-Kuala Belait KC5135

Negara Brunei Darussalam

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

ISI KANDUNGAN vi

TRANSLITERASI xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI JADUAL xv

SENARAI KEPENDEKAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN 1-50

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 1

1.3 Permasalahan Kajian 3

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Definisi Tajuk Kajian 8

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13

1.8 Justifikasi Kajian 14

1.9 Kepentingan Kajian 15

1.10 Ulasan Kajian Lepas 17

1.11 Metodologi Kajian 37

1.11.1 Pengumpulan Data 40

1.11.2 Penganalisisan Data 48

1.12 Organisasi Kajian 49

BAB 2 TAZKIYAH AL-NAFS 51-92

2.1 Pengenalan 51

2.2 Peringkat Perkembangan Amalan Kerohanian Islam 51

2.3 Definisi Tazkiyah al-Nafs 56

2.3.1 Tazkiyah al-Nafs menurut al-Quran dan al-Sunnah 57

2.3.2 Tazkiyah al-Nafs menurut pandangan Ulama Tasawuf 60

2.4 Mengenal al-Nafs 65

2.4.1 Penciptaan al-Nafs 65

2.4.2 Sifat al-Nafs 68

2.4.3 Peringkat sifat al-Nafs 69

2.5 Metode Tazkiyah al-Nafs 73

2.6 Proses Tazkiyah al-Nafs 84

2.7 Martabat Tazkiyah al-Nafs 87

2.8 Tujuan dan Matlamat Tazkiyah al-Nafs 89

2.9 Kesimpulan

92

BAB 3 GAGASAN NEGARA ZIKIR BRUNEI DARUSSALAM

DAN AMALAN KEROHANIAN DI NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM

93-167

3.1 Pengenalan 93

3.2 Definisi Zikir 93

3.3 Zikir Menurut al-Quran 96

3.4 Zikir Menurut al-Sunnah 101

3.5 Hukum Memperbanyakkan Zikir 103

3.6 Kategori Zikir 104

3.7 Perlaksanaan Zikir 107

3.8 Titah Negara Zikir 111

3.8.1 Definisi Negara Zikir 112

3.8.2 Istilah Negara Zikir 114

3.8.3 Teori Gagasan Negara Zikir 116

i. Hari Kebesaran Islam 118

ii. Tradisi Pengajian Ilmu Agama 118

iii. Tradisi Zikir 119

3.8.4 Kerangka Gagasan Negara Zikir 120

i. Zikrullah 122

ii. Khayr Ummah 131

iii. Mardatillah 136

iv Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafūr 137

3.9 Merealisasikan Gagasan Negara Zikir 145

3.9.1 Penerbitan 147

3.9.2 Seminar dan Program 147

3.9.3 Peraturan dan Undang-Undang 149

3.10 Amalan Kerohanian di Alam Melayu 151

3.11 Amalan Kerohanian di Brunei Darussalam 153

3.11.1 Amalan Zikir Tarekat Tasawwuf 156

3.11.2 Amalan Rātib 163

3.11.3 Amalan Zikir Mawlid Sharaf al-Anām 166

3.12 Kesimpulan 167

BAB 4 PROGRAM PENGUKUHAN NEGARA ZIKIR

MENERUSI AMALAN KEROHANIAN DALAM

KALANGAN GOLONGAN BELIA PERLU

PERHATIAN (BPP)

168-201

4.1 Pengenalan 168

4.2 Definisi Belia 168

4.2.1 Perbezaan Antara Belia dan Remaja 173

4.2.2 Martabat dan Kualiti Belia Islam 174

4.2.3 Ciri-Ciri Belia Islam 178

4.3 Dasar Belia Negara Brunei dan Matlamat 180

4.4 Profile Golongan Belia Perlu Perhatian (BPP) 182

4.5 Program Negara Zikir dan Aktiviti Kerohanian Golongan

Belia Perlu Perhatian (BPP)

184

4.5.1 Program dan Aktiviti Kerohanian Kompleks Rumah

Kebajikan (KRK) Belimbing, Subok

185

4.5.2 Program dan Aktiviti Jabatan Penjara Jerudong 191

4.5.3 Program dan Aktiviti Kerohanian Pusat Pemulihan

Al-Islah

195

4.5.4 Program dan Aktiviti Kerohanian Biro Kawalan

Narkotik (BKN)

197

4.6 Isu dan Cabaran Program Pembangunan Rohani 198

4.7 Kesimpulan 201

BAB 5 ANALISIS AMALAN KEROHANIAN SEBAGAI

METODE TAZKIYAH AL-NAFS DALAM

PEMBANGUNAN KEROHANIAN GOLONGAN BELIA

PERLU PERHATIAN (BPP)

202-256

5.1 Pengenalan 202

5.2 Pembinaan Item Soal Selidik 202

5.3 Populasi dan Persampelan Kajian 204

5.4 Instrumen Kajian 205

5.4.1 Kesahan Kandungan Instrumen 205

5.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 209

5.4.3 Taburan Data 211

5.5 Maklumat Demografi Responden 212

5.5.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 213

5.5.2 Taburan Responden Mengikut Umur dan Ugama 213

5.5.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa/ Puak

dan Daerah

214

5.5.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 215

5.5.5 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Formal 215

5.5.6 Taburan Responden Berdasarkan Pendidikan Ugama 216

5.6 Program Pengukuhan Negara Zikir Menerusi Amalan

Kerohanian Dalam Kalangan Golongan Belia Perlu Perhatian

(BPP) Di Brunei Darusalam

217

5.6.1 Analisis Komponen Amalan Kerohanian 220

5.6.2 Kekerapan Penyertaan Golongan Belia Perlu Perhatian

(BPP) dalam Program dan Aktiviti Kerohanian

224

5.6.3 Analisis Hubungan Program dan Aktiviti Kerohanian 226

5.7 Analisis Amalan Kerohanian Sebagai Elemen Tazkiyah al-

Nafs Dalam Pembangunan Kerohanian Golongan Belia Perlu

Perhatian (BPP)

227

5.7.1 Amalan Solat 227

5.7.2 Amalan Puasa 229

5.7.3 Amalan Zakat 231

5.7.4 Amalan Membaca al-Quran 234

5.7.5 Amalan Wirid, Zikir dan Istighfar 237

5.7.6 Amalan Doa 239

5.7.7 Muhasabah Diri 241

i. Penyesalan dan Taubat 244

ii. Akhlak Terpuji 246

5.8 Analisis Kesan Amalan Kerohanian Sebagai Program

Pengukuhan Negara Zikir Dalam Kalangan Golongan Belia

Perlu Perhatian (BPP)

250

5.8.1 Kesan Amalan Rātib al-‘Attās Dalam Program

Pengukuhan Negara Zikir

250

5.8.2 Kesan Amalan Zikir Mawlid Sharaf al-Anām

Sokongan Program Pengukuhan Negara Zikir

251

5.8.3 Kesan Amalan Utama Dalam Pengukuhan

Negara Zikir

252

5.9 Perbincangan dan Cadangan Penambahbaikan 253

BAB 6 PENUTUP 257-264

6.1 Pengenalan 257

6.2 Rumusan 257

6.3 Implikasi Kajian 260

6.4 Penutup 264

BIBLIOGRAFI

266-287

LAMPIRAN

SENARAI TRANSLITERASI

I. Konsonan

Arab Roman Contoh Transliterasi

Ta’lif أتليف ’ ,a ءا ،

Beirut بريوت B ب

Ta‘lim تعليم T ت

Thawrah ثورة th ث

Jama‘ah مجاعة j ج

Hadith حديث h ح

Khaldun خلدون kh خ

Dar دار d د

Dhiyad داير dh ذ

Risalah ىسالة r ر

Ziyarah زايرة z ز

Sirah سرية s س

Sharif شريف sh ش

Saf صف s ص

Dabit ضابط d ض

Tariq طارق t ط

Zilal ظالل z ظ

Ahd‘ عهد ‘ ع

Ghayah غاية gh غ

Fikr فكر f ف

Qusur قصور q ق

Kuttab كتاب k ك

Lisan لسان l ل

Masjid مسجد m م

Nazariyyah نظرية n ن

Wasala وصل w و

Hadaf هدف h هـ

Yamin ميني y ي

II. Vokal Pendek

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

--- --- a ت ن قـ qanata

--- --- i لم salima س

--- --- u جعل ju‘ila

III. Vokal Panjang

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

ب a ا ، ى bab, kubra كـبر ى، ب

wakil و كيرل i ي

surah سورر ة u و

IV. Diftong

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Transliterasi

Qawl ل ور ـق aw ور _

رير خ ay ير _ khayr

ة و قـ uww _ و quwwah

ب ر ع iy, i _ ي ‘arabiy/i

SENARAI RAJAH

Rajah 1.11 (a) Proses Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Rajah 1.11 (b) Aliran Metodologi Kajian

Rajah 1.11.1 (a) Proses Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Rajah 3.8.4 (a) Kerangka Negara Zikir

Rajah 4.5 Komponen Amalan Kerohanian Golongan Belia Perlu Perhatian

(BPP)

SENARAI JADUAL

Jadual 4.5.1 (a) Rumah dan Penempatan Kompleks Rumah Kebajikan (KRK)

Belimbing Subok

Jadual 4.5.1 (b) Program dan Aktiviti Kerohanian KRK

Jadual 4.5.1 (c) Jadual Kelas Penghuni dan Residen KRK

Jadual 4.5.2 (a) Program Bimbingan Banduan Penjara Jerudong

Jadual 4.5.2 (b) Aktiviti Kerohanian Banduan Penjara Jerudong

Jadual 5.4.1 (a) Pakar Semak Kandungan Instrumen Kajian

Jadual 5.4.1 (b) Komentar dan Saranan Panel Pakar Terhadap Instrumen Kajian

Jadual 5.4.2 (a) Instrumen Kajian Berdasarkan Nilai Kebolehpercayaan Alfa

Cronbach

Jadual 5.4.2 (b) Interpretasi Nilai Kebolehpercayaan Alfa Cronbach

Jadual 5.4.3 Taburan Data berdasarkan Skewness dan Kurtosis

Jadual 5.5 Profil Golongan Belia Perlu Perhatian (BPP)

Jadual 5.5.6 (a) Keperihatinan Golongan Belia Yang Tidak Bersekolah Ugama

Dalam Hal Keagamaan

Jadual 5.5.6 (b) Alasan Bersekolah Ugama bagi Golongan Belia Yang Tidak

Bersekolah Ugama

Jadual 5.6.1 (a) Skor Min Komponen Amalan Zikrullah

Jadual 5.6.1 (b) Interpretasi Nilai Min Skala Likert Mengikut Lima Tahap

Jadual 5.6.1 (c) Nilai Korelasi Pearson

Jadual 5.6.1 (d) Interpretasi Aras Kekuatan Nilai Pekali Korelasi ‘r’

Jadual 5.6.2 (a) Penyertaan Program Kerohanian Berdasarkan Jantina

Jadual 5.6.2 (b) Penyertaan Aktiviti Kerohanian Berdasarkan Jantina

Jadual 5.6.3 Korelasi antara Program Kerohanian dan Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.1 Amalan Solat Sebelum dan Selepas Menyertai Program dan

Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.2 Amalan Puasa Sebelum dan Selepas Menyertai Program dan

Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.3 Amalan Zakat Sebelum dan Selepas Menyertai Program dan

Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.4 Amalan Membaca Al-Quran Sebelum dan Selepas Menyertai

Program dan Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.5 Amalan Wirid, Zikir dan Istighfar Sebelum dan Selepas

Menyertai Program dan Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.6 Amalan Berdoa Sebelum dan Selepas Menyertai Program dan

Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.7 Muhasabah Diri Sebelum dan Selepas Menyertai Program dan

Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.7 (i) Penyesalan dan Taubat Sebelum dan Selepas Menyertai Program

dan Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.7 (ii) Peningkatan Akhlak Sebelum dan Selepas Menyertai Program

dan Aktiviti Kerohanian

Jadual 5.7.7 (a) Hasil Analisis Ujian-t Program Dan Aktiviti Kerohanian

Golongan Belia Perlu Perhatian (BPP)

Jadual 5.8.1 Kesan Amalan Rātib al-‘Attās dalam Pengukuhan Negara Zikir

Jadual 5.8.2 Kesan Amalan Zikir Mawlid Sharaf al-Anām dalam Pengukuhan

Negara Zikir

Jadual 5.8.3 Kesan Amalan Utama (Fadail al-‘Amāl) sebagai Pengukuhan

Negara Zikir

SENARAI KEPENDEKAN

AS - ‘Alayh al-Salam

BKN - Biro Kawalan Narkotik

BPP - Belia Perlu Perhatian

DBN - Dasar Belia Negara

JAPEM - Jabatan Pembangunan Masyarakat

JPM - Jabatan Perdana Menteri

KDYMM - Kebawah Duli Yang Maha Mulia

KRK - Kompleks Rumah Kebajikan

MOAS - Masjid Omar ‘Ali Saifuddien

NDP - Parti Pembangunan Kebangsaan

OYDP - Orang Yang Dalam Pengawasan

PMQ - Pembudayaan Membaca al-Quran

RA - Radhiallahu ‘An

SAW - Sallahu ‘Alaihi Wassalam

SRRB - Silsilah Raja-Raja Berunai

SWT - Subhanahu Wata‘ala

TAI - Tarekat Ahmadiyah Idrisiyah

TQN - Tarekat Qadiriyah Naqsyabandiyah

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Titah Negara Zikir

LAMPIRAN B Silsilah Tariqat Qadiriyah

LAMPIRAN C Sukatan Pelajaran Pusat Pemulihan

LAMPIRAN D Program Pembelajaran Ugama Bahagian Kerohanian dan Akhlak

Penjara Jerudong

LAMPIRAN E Soal Selidik

LAMPIRAN F - Surat Kebenaran Temubual Kompleks Rumah Kebajikan

(KRK)

- Surat Kebenaran Membuat Tinjauan Jabatan Penjara

Jerudong dan Temu Bual

- Aturan 336 – Aturan –aturan Penjara Penggal 51

BIBLIOGRAFI