pelaksanaan kontrak

Upload: radieopascal

Post on 17-Jul-2015

124 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PELAKSANAAN KONTRAK MAKSUD : Penyempurnaan penuh atau penyempurnaan lengkap kewajipan seseorang dalam kontrak. Jika perlaksanaan sesuatu kontrak tidak sempurna atau tidak lengkap, pihak lain tidak diwajibkan membuat apa-apa bayaran atau melaksanakan kewajipannya. Seksyen 38 (1) AK : Pihak-pihak suatu kontrak wajib melaksanakan atau wajib menawar untuk melaksanakan janji mereka masing-masing, melainkan jika pelaksanaan sedemikian itu telah dilepaskan atau dimaafkan oleh peruntukan-peruntukan Ordinan ini atau mana-mana undangundang lain. Seksyen 38(2) AK : janji-janji adalah mengikat wakil-wakil pembuat janji- pembuat janji apabila matinya pembuat janji itu sebelum pelaksanaanya, melainkan jika ternyata niat yang berlawanan dengan kontrak itu.

PRINSIP AM PELAKSANAAN DI BAWAH KONTRAK

PELAKSANAAN SELURUH KONTRAK

PELAKSANAAN SEBAHAGIAN KONTRAK

(1) Pelaksanaan keseluruhan kontrak Keseluruhan kontrak adalah penyempurnaan keseluruhan kerja oleh kontrak semua syarat terdahulu telah dipenuhi untuk bayaran Kes : Re Moore & Co v Landaeur & Co [1921] 2 KB 519

Defendan bersetuju untuk membeli buah-buahan dalam tin sebanyak 3000 tin yang dimuatkan dalam pek 30 tin. Plaintif menghantar sebahagian dari pesanan dalam pek 24 tin. Diputuskan defendan berhak untuk menolak kesemua pesanan (pelepasan kontrak)

Kunchi Raman v Goh Bros Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 89 Mahkamah Pulau Pinang memutusjab bahawa plaintif berhak mendapatkan bayaran setakat mana ia telah melaksanakan kerjanya di bawah kontrak oleh sebab sebahagian besar kerja itu telah dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun, defendan berhak mendapatkan gantirugi kerana kecacatan dan peninggalan kerja.

Cutter v Powell [1795] 6 TR 320 Defendan berjanji akan membayar Cutter 30 Guineas jika ia boleh berkhidmat dengannya sehingga pelayaran berakhir di pelabuhan Liverpool. Kira-kira 2 minggu sebelum akhir pelayaran, Cutter telah meninggal dunia. Apabila isteri Cutter menuntut bayaran yang dijanjikan, mahkamah telah menolak tuntutan itu dengan alasan bahawa pelaksanaan penuh kontrak iatu adalah satu syarat terdahulu untuk mendapatkan bayaran.

2) Pelaksanaan sebahagian besar kontrak (substantial performance) Pihak yang telah dapat melaksanakan sebahagian besar kewajipannya boleh menuntut bayaran berasaskan quantum meruit. Akan tetapi hak mendapatkan bayaran ini tertakluk kepada beban membayar gantirugi kepada pihak lain disebabkan kegagalannya menyudahkan baki kontrak berkaitan. Jika pihak yang tercedera (defendan) menerima pelaksanaan sebahagian besar kontrak, plaintif boleh menuntut berasaskan quantum meruit. Syarat quantum meruit adalah jika pihak tercedera ada pilihan untuk menerima atau menolak pelaksanaan sebahagian besar. Kes :

Sumpter v Hedges [1898] 1 QB 673 Plaintif bersetuju membina sebuah bangunan untuk defendan. Setelah kerja binaan dijalankan plaintif telah kehabisan modal. Ini menyebabkan kerja tidak dapat disudahkan. Ia menuntut bayaran berasaskan quantum meruit tetapi tuntutan itu telah ditolak oleh mahkamah.

Tong Aik ( Far East) Ltd. V Eastern Minerals & Trading Ltd [1963] MLJ 322 Plaintif dikehendaki menjalankan kerja dan membekalkan bahan binaan kepada defendan. Apabila plaintif menuntut bayaran, defendan berhujah bahawa kontrak berkenaan adalah satu kontrak lump sum dan oleh sebab plaintif telah gagal mematuhi syarat-syarat kontrak, ia tidak berhak mendapat bayaran.

Winslow J memutuskan bahawa, berdasarkan fakta kes, kontrak berkenaan adalah jenis boleh bahagi dan oleh itu plaintif berhak mendapatkan bayaran bagi bahan binaan yang telah diserahkan kepada defendan. Andainya kontrak ini bukan kontrak boleh bahagi, plaintif tetap berhak mendapatkan bayaran atas prinsip quantum meruit oleh sebab defendan telah memilih untuk mengambil manfaat dari kerja yang telahpun dijalankan oleh plaintif setakat ini.

Haji Hasnan v Tan Ah Kian [1963] MLJ 175 Perayu telah menandatangani satu kontrak membina jalan. Ia kemudian melantik responden sebagai kontraktor kecil untuk menjalankan kerja berkenaan. Kerja itu perlu disiapkan sebelum 30 Mei 1960. Pada 27 Mei, perayu membuat pemeriksaan dan mendapati kerja responden tidak memuaskan. Pada 30 Mei, perayu menamatkan kontrak tersebut dan melantik orang lain untuk menyudahkannya. Pada 4 Jun, responden memohon lanjutan masa untuk menyudahkan kerja tetapi permintaan itu ditolak oleh perayu.

Responden menuntut bayaran bagi kerja yang telah dijalankan serta harga binaan yang telah dibekalkan olehnya ke tapak kerja. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa, berdasarkan fakta kes masa tidak menjadi syarat penting dalam kontrak dan oleh itu perayu tidak berhak menamatkan kontrak itu. Responden boleh mendapatkan bayaran berasaskan quantum meruit.

Building Estates Ltd v Connor [1958] MLJ 173 Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan bahawa dalam satu kontrak kump sum membina rumah kediaman, kegagalan kontraktor (plaintif) menyiapkan rumah itu mengikut spesifikasi dan pelan tidak boleh dijadikan asas bagi defendan menolak kewajipannya membayar harga setakat mana kerja telah dapat disiapkan. Walaubagaimanapun, defendan berhak menolak dari jumlah itu nilai yang perlu dibelanjakan olehnya untuk membaiki kecacatan dan menyudahkan bahagian kerja yang tertinggal.

MASA PELAKSANAAN