pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

7
MUHAMAD SUKRI BIN ABU HASSAN PISMP BA JAN 2011 Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti Bismillah..Assalamualaikum, sekalung aprisiasi buat saudara pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang peka dengan jarum jamnya, para pensyarah. Seterusnya, hadirin pengamal integriti yang saya kasihi sekalian. Sebelum bahtera berlayar jauh, sebelum sauh dilabuh, molek kiranya saya mengintepritasikan mauduk pidato saya iaitu: “ Pelajar Pewaris Kepimpinan Berkualiti “ Umum kita ketahui bahawa setiap pelajar adalah pewaris yang akan membangunkan sesebuah negara. Namun, adakah pelajar yang dikatakan sebagai pewaris dapat menjadi pemimpin yang berkualiti yang dapat membangunkan sesebuah negara? Bagi membangunkan sesebuah negara, kita memerlukan seseorang yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi mencakupi semua aspek iaitu kewibawaan, intelek, sahsiah dan rohani. Hadirin yang disayangi, Indikator saya yang pertama ialah “Pelajar Berwibawa, Teras Kepimpinan”. Pelbagai inisiatif telah diatur di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta bagi menggalakkan nilai-nilai kepimpinan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Bermula dengan tertubuhnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan pemimpin mereka. Hal ini telah mendidik golongan pelajar agar bersifat lebih rasional dan bijak dalam memilih pemimpin mereka. Bagi para calon yang bertanding, mereka perlulah mengadakan kempen dan mengemukakan manifestor yang realistik, poster dan sebagainya. Hal ini merupakan satu latihan awal untuk para pelajar memilih atau menjadi pemimpin yang hebat dan berkualiti. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lebih membanggakan lagi, melalui sistem di

Upload: ayahanda-uki

Post on 27-Oct-2015

185 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

teks syarahan

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

MUHAMAD SUKRI BIN ABU HASSANPISMP BA JAN 2011

Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti

Bismillah..Assalamualaikum, sekalung aprisiasi buat saudara pengerusi

majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang peka

dengan jarum jamnya, para pensyarah. Seterusnya, hadirin pengamal

integriti yang saya kasihi sekalian.

Sebelum bahtera berlayar jauh, sebelum sauh dilabuh, molek kiranya saya

mengintepritasikan mauduk pidato saya iaitu:

“ Pelajar Pewaris Kepimpinan Berkualiti “

Umum kita ketahui bahawa setiap pelajar adalah pewaris yang akan

membangunkan sesebuah negara. Namun, adakah pelajar yang dikatakan

sebagai pewaris dapat menjadi pemimpin yang berkualiti yang dapat

membangunkan sesebuah negara? Bagi membangunkan sesebuah

negara, kita memerlukan seseorang yang mempunyai kualiti kepimpinan

yang tinggi mencakupi semua aspek iaitu kewibawaan, intelek, sahsiah

dan rohani.

Hadirin yang disayangi,

Indikator saya yang pertama ialah “Pelajar Berwibawa, Teras

Kepimpinan”.

Pelbagai inisiatif telah diatur di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan

Swasta bagi menggalakkan nilai-nilai kepimpinan dalam institusi

pendidikan di Malaysia. Bermula dengan tertubuhnya Majlis Perwakilan

Pelajar (MPP) yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan

pemimpin mereka. Hal ini telah mendidik golongan pelajar agar bersifat

lebih rasional dan bijak dalam memilih pemimpin mereka. Bagi para calon

yang bertanding, mereka perlulah mengadakan kempen dan

Page 2: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

mengemukakan manifestor yang realistik, poster dan sebagainya. Hal ini

merupakan satu latihan awal untuk para pelajar memilih atau menjadi

pemimpin yang hebat dan berkualiti. Bak kata pepatah, melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Lebih membanggakan lagi, melalui sistem di

MRSM, pendedahan berbentuk demokrasi ini sudah diajar bermula di

tingkatan satu lagi. Bertitik tolak dari situlah, hari ini semakin banyak

sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengaplikasikan

sistem sebegini rupa. Hal ini merupakan satu bentuk reformasi yang baik

bagi bersama-sama kita melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti.

Hadirin sidang saksi bermisi yang saya yang hormati,

Indikator saya yang kedua ialah “ Pelajar Berintelektual, Pendidikan

Terjana”

Slot pidato di bawah akta AUKU 1971 juga telah dibenarkan semula

di mana-mana IPT. Slot ini dirancang untuk menggalakkan pemikiran yang

matang, kritis dan kritikal dalam kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk

melahirkan golongan yang bijak dan mempunyai tahap pemikiran yang di

luar kotak dan berintelektual tinggi. Selain itu, terdapat juga persatuan-

persatuan pelajar yang ditubuhkan bertujuan mengemukakan ideologi,

pemikiran dan luahan rasa golongan pelajar terhadap segala dasar-dasar

kerajaan. Misalnya, Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPSM) yang

sentiasa duduk semeja bersama-sama pemimpin negara membincangkan

isu-isu yang berteraskan institusi pendidikan dan hal pelajar. Hal ini

merupakan satu indikator yang baik dan memberangsangkan damlam

membentuk nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Hadirin yang saya hormati,

Indikator saya yang ketiga: “Sahsiah Unggul, Modal Insan Terbina”

Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial bermaharajalela, mat rempit dan bohsia

jadi idola, zina pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan, dipijak ditendang

tanpa ihsan, lebih menyedihkan hati, bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia

Page 3: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

moden kini, modal insan bermoral tinggi bukan lagi satu kemewahan tetapi satu

keperluan. Maka dalam membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan seimbang

kita aplikasikan, subjek Sivik dan Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian

kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid 1Sukan kita lancarkan, kempen budi

bahasa kita jayakan, bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan.

Lantaran itulah, sistem pendidikan kita terbukti cemerlang dalam melahirkan individu

yang kompetitif dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara. Sekadar menyebut

beberapa contoh, menerusi transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan lebih

ramai pelajar pintar seperti Nur Amalina Che Bakri, lebih ramai atlit muda seperti

Dato’ Nicol Ann David, lebih ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari, malah lebih

ramai idola remaja seperti Imam Muda Asyraf. Hakikatnya jelas, sahsiah unggul

dapat Melahirkan Modal Insan Gemilang yang berkualiti Demi Memacu Kejayaan

Negara Terbilang.

Ya, hadirin sekalian. Secara kesimpulannya, pendidikan cemerlang menjelaskan

kolerasi yang simbiotik antara institusi pendidikan berkualiti, golongan pendidik

berdedikasi dan kemenjadian pelajar bakal pemimpin turut berkualiti. Apabila

kesemua ramuan ini mampu kita adun bersama, maka pendidikan kita akan menjadi

lebih bermakna sekaligus dapat melahirkan pelajar sebagai pewaris pemimpin yang

berkualiti.

Akhir kalam, Sebagai Pelajar dan juga rakyat Malaysia suka untuk saya ingatkan ,

Pada hari ini, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang,

gemilang dan terbilang bukan bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang .

Ingat, jangan biar ayam direban disambar helang, jangan biarkan padi di tangan

menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama berjuang ke arah negaraku yang

semakin gemilang.

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Page 4: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx
Page 5: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

Sebelum bahtera berlayar jauh, sebelum sauh

dilabuh, molek kiranya saya mengintepritasikan

mauduk pidato saya iaitu:

“ Pelajar Pewaris Kepimpinan Berkualiti “

Umum kita ketahui bahawa setiap pelajar

adalah pewaris yang akan membangunkan

sesebuah negara. Namun, adakah pelajar yang

dikatakan sebagai pewaris dapat menjadi

pemimpin yang berkualiti yang dapat

membangunkan sesebuah negara? Bagi

membangunkan sesebuah negara, kita

memerlukan seseorang yang mempunyai kualiti

kepimpinan yang tinggi mencakupi semua

aspek iaitu kewibawaan, intelek, sahsiah dan

rohani.

Indikator saya yang pertama ialah “Pelajar

Berwibawa, Teras Kepimpinan”.

Pelbagai inisiatif telah diatur di

Institut Pendidikan Tinggi Awam dan

Swasta bagi menggalakkan nilai-nilai

kepimpinan dalam institusi pendidikan di

Malaysia. Bermula dengan tertubuhnya

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang

mengamalkan sistem demokrasi dalam

pemilihan pemimpin mereka. Hal ini telah

mendidik golongan pelajar agar bersifat

lebih rasional dan bijak dalam memilih

pemimpin mereka. Bagi para calon yang

bertanding, mereka perlulah mengadakan

kempen dan mengemukakan manifestor

yang realistik, poster dan sebagainya. Hal

ini merupakan satu latihan awal untuk para

pelajar memilih atau menjadi pemimpin

yang hebat dan berkualiti. Bak kata

pepatah, melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Lebih membanggakan lagi,

melalui sistem di MRSM, pendedahan

berbentuk demokrasi ini sudah diajar

bermula di tingkatan satu lagi. Bertitik tolak

dari situlah, hari ini semakin banyak

sekolah di bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia yang mengaplikasikan sistem

sebegini rupa. Hal ini merupakan satu

bentuk reformasi yang baik bagi bersama-

sama kita melahirkan generasi pemimpin

yang berkualiti.

Page 6: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

Indikator saya yang kedua ialah “ Pelajar

Berintelektual, Pendidikan Terjana”

Slot pidato di bawah akta AUKU 1971

juga telah dibenarkan semula di mana-mana

IPT. Slot ini dirancang untuk menggalakkan

pemikiran yang matang, kritis dan kritikal dalam

kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk

melahirkan golongan yang bijak dan mempunyai

tahap pemikiran yang di luar kotak dan

berintelektual tinggi. Selain itu, terdapat juga

persatuan-persatuan pelajar yang ditubuhkan

bertujuan mengemukakan ideologi, pemikiran

dan luahan rasa golongan pelajar terhadap

segala dasar-dasar kerajaan. Misalnya,

Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia

(GPSM) yang sentiasa duduk semeja bersama-

sama pemimpin negara membincangkan isu-isu

yang berteraskan institusi pendidikan dan hal

pelajar. Hal ini merupakan satu indikator yang

baik dan memberangsangkan damlam

membentuk nilai-nilai kepimpinan dalam

kalangan pelajar.

Hadirin yang saya hormati,

Indikator saya yang ketiga: “Sahsiah Unggul,

Modal Insan Terbina”

Sedarkah kita bahawa hari ini gejala sosial

bermaharajalela, mat rempit dan bohsia jadi idola, zina

pula dianggap biasa, bayi dihumban tanpa kasihan,

dipijak ditendang tanpa ihsan, lebih menyedihkan hati,

bapa dicaci, ibu dimaki. Jelaslah, dalam dunia moden

kini, modal insan bermoral tinggi bukan lagi satu

kemewahan tetapi satu keperluan. Maka dalam

membentuk ketrampilan modal insan, pendidikan

seimbang kita aplikasikan, subjek Sivik dan

Kewarganegaraan kita mantapkan, pengisian

kokurikulum kita perhebatkan, Dasar 1Murid 1Sukan

kita lancarkan, kempen budi bahasa kita jayakan,

bahkan disiplin pelajar kita tingkatkan.

Lantaran itulah, sistem pendidikan kita terbukti

cemerlang dalam melahirkan individu yang kompetitif

dan dinamik bagi mewarisi kepimpinan negara.

Sekadar menyebut beberapa contoh, menerusi

transformasi pendidikan, kita mampu menghasilkan

lebih ramai pelajar pintar seperti Nur Amalina Che

Bakri, lebih ramai atlit muda seperti Dato’ Nicol Ann

David, lebih ramai tokoh belia seperti Zuraidi Komari,

malah lebih ramai idola remaja seperti Imam Muda

Asyraf. Hakikatnya jelas, sahsiah unggul dapat

Melahirkan Modal Insan Gemilang yang berkualiti Demi

Memacu Kejayaan Negara Terbilang.

Page 7: Pelajar pewaris kepimpinan berkualiti.docx

Ya, hadirin sekalian. Secara kesimpulannya,

pendidikan cemerlang menjelaskan kolerasi

yang simbiotik antara institusi pendidikan

berkualiti, golongan pendidik berdedikasi dan

kemenjadian pelajar bakal pemimpin turut

berkualiti. Apabila kesemua ramuan ini mampu

kita adun bersama, maka pendidikan kita akan

menjadi lebih bermakna sekaligus dapat

melahirkan pelajar sebagai pewaris pemimpin

yang berkualiti.

Akhir kalam, Sebagai Pelajar dan juga rakyat

Malaysia suka untuk saya ingatkan , Pada hari

ini, impian kita adalah untuk menjelmakan

bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang

bukan bangsa yang kecundang, pincang dan

terbuang . Ingat, jangan biar ayam direban

disambar helang, jangan biarkan padi di tangan

menjadi lalang, mari bangkit dan sama-sama

berjuang ke arah negaraku yang semakin

gemilang.

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah

wassalammualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.