teks ceramah kepimpinan pelajar

Upload: fia-era

Post on 10-Mar-2016

278 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ceramah

TRANSCRIPT

TEKS CERAMAH KEPIMPINAN PELAJAR (LEADERSHIP IS NOT THE PROVINCE OF THE CHOSEN FEW)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,selamat sejahteraSaudara pengacara majlis, pengerusi dan ahli jawatankuasa penganjur kursus kepimpinan pelajar tahun 2011, atau tahun 1432 Hijriyyah, seterusnya peserta kursus sekalian.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi justeru dengan Inayah dan Kurnia Ilahi dapat kita berhimpun bersama-sama dalam majlis ilmu yang begitu bermakna. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkongsi pandangan tentang ciri-ciri kepimpinan pelajar sekolah.

Sebelum memulakan perbincangan, saya minta para peserta menyediakan kertas dan pen untuk aktiviti santai minda kita yang pertama. Dengar baik-baik tugasan yang saya kehendaki. Kemahiran mendengar ialah antara ciri asas yang penting bagi seseorang pemimpin.

Pilih tiga angka antara 1 hingga 9, susun mengikut nilai yang besar ke nilai yang kecil, saya beri contoh ABC, A lebih besar daripada B, dan B lebih besar daripada C.

(penceramah menguji semua peserta menyebut susunan angka bagi memastikan tugasan dipenuhi, sambil meminta nombor yang berulang / yang sama ditukar kepada nombor lain)

Sekarang terbalikkan susunan angka tadi selari dengan angka asal. Kemudian ditolakkan. Contoh:

ABC - CBA _______ DEF _______

Katalah jawapannya DEF. Sekarang terbalikkan pula susunan DEF secara selari, iaitu FED. Kemudian campurkan semula dengan DEF. Contoh hitungan:

DEF + FED _______ ??? _______

(Uji jawapan 2, 3 orang peserta. Pasti sebahagian besar peserta akan kaget dengan jawapan. Penceramah merangkap pemudah cara seterusnya membimbing pelajar membuat beberapa kesimpulan)

1 Peserta memilih angka yang berbeza setiap orang, tetapi jawapan ??? - pemimpin menghormati pendapat yang berbeza; - kaedah / cara / pendekatan / langkah mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap ???

2 ??? mungkin satu wawasan, satu destinasi yang hendak dituju, impian yang dikongsi bersama-sama

3 Pemimpin menggembleng semua kekuatan (angka asal yang berbeza) dalam kalangan subordinat

4 Pemimpin mesti menggunakan komunikasi berkesan: cakap jelas, bahasa mudah difahami

5 Pemimpin ialah pendengar yang terbaik terhadap tema lisan / isyarat subordinat

Peserta yang dihormati,

Sekarang kita beralih kepada aktiviti kedua. Lihat gambar rajah yang dipaparkan dengan teliti. Semua segi empat yang peserta lihat ialah segi empat sama, iaitu panjang dan lebarnya sama ukuran.

Hitung jumlah segi empat sama yang peserta lihat

(Mungkin ada peserta spontan menjawab 16. Penceramah mengatakan "bagus", tetapi mungkin ada jawapan yang lain. Teruskan sehingga bilangan ?? disebutkan. Sekali bimbing peserta membuat beberapa kesimpulan).

1 Pemimpin menghargai pandangan subordinat yang sepintas lalu

2 Pemimpin membawa subordinat bukan sahaja melihat yang zahir (tersurat), tetapi juga yang tersembunyi (tersirat)

3 Pemimpin mempunyai kaedah untuk memancing dan merebut perhatian subordinat

4 Pemimpin mempamerkan teladan mencintai ilmu

5 Pemimpin senantiasa mempromosikan idea-idea yang hebat dan cemerlang

Peserta yang dimuliakan,

Terdapat banyak pendapat tentang kepimpinan. Ada orang kata pemimpin memang dilahirkan dengan bakat kepimpinan, atau seperti ungkapan John P. Kotter dalam bukunyaLeading Change, "in the most commonly historical model, leadership is the province of the chosen few".Dalam pemikiran cara lama, kepimpinan ialah milik segelintir manusia pilihan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an ra'iyyatih. au-kama qala.Tiap-tiap kamu ialah pemimpin, dan tiap-tiap seorang kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu.

Cerdik pandai Barat mengatakan kepimpinan ialah proses mempengaruhi orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dalam Islam, kepimimpinan ialah amanah keagamaan. Pemimpin dikehendaki melaksanakan amanah memegakkan agama dan menjalankan urusan dunia dengannya,iqamatuddin wa siyasatu'd-dunya bihi.

Dengan mengambil model kepimpinan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam, kita boleh menyenaraikan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan oleh para peserta:

1 Pemimpin cepat membaca keadaan atau situasi. Jalinkanrapportterlebih dahulu, menangi kepercayaan orang-orang yang dipimpin (subordinat)

2 Pemimpin sentiasa menyalakan harapan dan keyakinan, bukan mematahkan semangat yang masih berbaki

3 Pemimpin bertindak bijaksana, berhemah dan bersabar atas kesilapan dan kelambatan subordinat

4 Pemimpin mesti ikhlas, iaitu suka memberi (menolong), tetapi kurang menerima.

5 Kepimpinan melalui teladan, cakap serupa bikin

6 Istiqamah / konsisten / tekal; pendirian tidak mudak digugat

7 Selalu muhasabah diri. Mafhum hadith: Berbahagialah orang yang suka meneliti kelemahan dirinya dan tidak mempunyai masa untuk menelek-nelek kelemahan diri orang lain; dia bersedia memberi rezekinya yang berlebihan, serta bersedia mencegah kelebihan ucapannya."

8. Bijak: bertindak tepat pada masa, tempat dan sasaran (manusia). Keputusan tidak menyinggung perasaan.

9 Sabar dan tenang: kuat menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak bijak. Menang dalam banyak hal.

10 Tidak mungkir janji: menjaga kepercayaan subordinat

11 Adil, fairness,equity: meletakkan sesuatu pada tempatnya

12 Kemahuan yang kuat: dinamik, penuh daya usaha, aktif, sinergi, stamina tinggi

13 Cekap dalam membuat keputusan dan tindakan

14 Menghindari sebarang skandal dan konflik kepentingan peribadi

15 Memberi sumbangan kepada manusia demi mencapai keredaan Ilahi

Peserta yang dikasihi,

Telah banyak perkara yang kita bincangkan. Maka, sekarang saya mohon peserta menyatkan cara untuk mengaplikasi segala input yang kita peroleh menerusi slot ceramah ini dalam bentuk pelaksanaan kepimpinan pelajar di sekolah. Silakan...

(setelah memperoleh beberapa pendangan peserta, penceramah bersedia untuk mengundur diri)

Tahniah dan terima kasih. Pemimpin pelajar mesti sentiasa terus mengukuhkan ilmu kepimpinan yang berkesan. Saidina Ali karamallahu wajhah pernah mengatakan, maksudnya "hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini." Pemimpin pelajar hendaklah sanggup melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaan kepimpinan yang diamanahkan.

Desa berseri wangi dan damai Sekalian pak tani sawah tumpuan Pemimpin bestari disenangi ramai Keredaan Ilahi itulah tujuan

Dengan kata-kata itu, saya akhiri dengan Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kembali kepada pengacara majlis.Posted byCIKGU AZHAR RODZIat4:32 AM

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik: Pamerkan air muka bertenaga Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa. AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR Tenang dan kawal diri Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati. Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah. Pilih yang positif, lupakan yang negatif Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin. Berkawan dengan sesiapa sahaja Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting. Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap. Berterus terang, telus dan jujur Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada. Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan. Sentiasa senyum Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka. Banyak memberi Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi. Berikan pujian Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia. Mempunyai prinsip Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah. Mempunyai keyakinan diri Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda. DARI JINGGO salah satu skill yang paling hebat dan sukar untuk dilaksanakan adalah KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA 4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.

Kita biasa mendengar keganasan fizikal - tapi bagaimana dengan KEGANASAN MULUT. KAJIAN MENYATAKAN TABIAT BANYAK MULUT ADALAH MASALAH SIKAP , BUKAN MASALAH KEPINTARAN. APA ITU KEGANASAN MULUT ini adalah sejenis kezaliman psikologi boleh menyebabkan kecederaan psikologi KAJIAN MENYATAKAN 2 jenis keganasan mulut BANYAK MULUT SERANGAN MULUT orang yang banyak mulut sangat sukar diyakini dan sangat skeptis.mereka sentiasa tidak percaya kepada apa2 yang mereka dengar.jadi , fikiran dan pendapat mereka sukar diubah. ORANG BEGINI - suka bercakap lepas - asal dia menang.suka mempertikai cakap orang lain.suka membuktikan orang lain salah. dapat membuktikan dirinya lebih pintar dari orang lain DAN LAGI mereka sentiasa tidak percaya kepada apa yang mereka dengar. fikiran dan pandangan sukar diubah. RENUNG2KAN sifat banyak mulut tiada kena mengena dengan IQ dan kelulusan, ini adalah persoalan sikap dan bagaimana kita.dalam kontek hubungan sosial ini merupakan satu kecelakaan. Kita mahluk sosial : kesilapan dan ketidakmampuan kita untuk belajar menggunakan mulut merupakan satu kecelakaan yang serius. KITA DIBERIKAN SATU MULUT DUA TELINGA. agar banyak mendengar dari banyak bercakap.

MODUL PENINGKATAN MOTIVASI UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJA DAN ORGANISASI

Ahli Kumpulan :BilNamaNo. Matrik

1Faizal Bin SallehBA09160357

2Nurfazira Bt ZakariaBA09110279

3Nur Azimah Bt Mohd FahriBA09110161

4Norhidayah Bt Mat AliBA09110144

5Norsyuhada Bt IsmailBA09110117

6Faizah Bt MohamadBA09110338

PRAKATAModulpeningkatan motivasi dalam organisasi ini digubah dan disusun untuk memberi panduan kepada fasilitator dan peserta program dalam mengendalikan program ini dengan berkesan dan dapat memberikan impak yang baik seperti yang telah diharapkan. Modul ini mengandungi 4 modul asas yang telah disusun mengikut urutan oleh 10 orang penggubal modul yang terdiri daripada 5 orang Pensyarah Hubungan Industri dan 5 orang Pelajar Hubungan Industri. Modul ini digubal secara keseluruhannya untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh Bahagian Pengurusan Produktiviti Hubungan Industri dan Kelab Hubungan Industri serta perlu dilaksanakan sepenuhnya bagi memberikankesan yang diharapkan. Kesan sebenar modul ini banyak bergantung kepada kemahiran fasilitator yang mengendalikannya. Oleh itu, fasilitator yang terlibat harus terlebih dahulu didedahkan kepada kemahiran, pengetahuan dan pengendalian latihan melalui kelompok dinamik. Semoga modul ini dapat memberikan sumbangan kepada pembentukan kumpulan pekerja yang mempunyai motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugas untuk peningkatan produktiviti dalam organisasi.Sekian dan Terima Kasih.

Cetakan Pertama: Mac 2010

@Cawangan Sekolah Sains SosialBahagian Penerbitan Universiti Malaysia SabahModul Program peningkatan motivasi dalam Organisasi Perkilangan ini disediakan dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran mengenai pengurusan organisasi berasaskan kepada pelaksanaan konsep motivasi. Sebarang pertanyaan dan cadangan untuk memperbaiki gaya penyampaian dan isis kandungan modul ini boleh dikemukakan kepada panel penulis dengan menggunakan alamat penerbit.

Alamat : Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

Telefon : 088-230119

PASUKAN PENGGUBAL MODUL

PENASIHAT:ENCIK AZIZAN BIN MORSHIDI Ketua Pensyarah Hubungan Industri Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri Jabatan Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial

PAKAR RUJUK :ENCIK FAUZIE BIN SARJONO Pensyarah Hubungan Industri Bahagian Analisis dan Gelagat Organisasi Jabatan Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial

PENGERUSI :FAIZAL BIN SALLEH Pengarah Pelaksana Program Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

KETUA PANEL :NURFAZIRA BINTI ZAKARIA Timbalan Pengarah Pelaksana Program Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

PENYELARAS:NUR AZIMAH BINTI MOHD FAHRI Ketua Fasilitator Program Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

TIMBALAN :NORHIDAYAH BINTI MAT ALI Timbalan Ketua Fasilitator Program Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

BENDAHARI :FAIZAH BINTI MOHAMMAD Timbalan Ketua Fasilitator ProgramNOOR SYUHADA BINTI ISMAILPembantu Ketua Fasilitator Pelajar Tahun Dua Hubungan Industri Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah

JADUAL PROGRAM PELAKSANAAN PENINGKATAN MOTIVASI DALAM ORGANISASI(semua kakitangan organisasi)

MASA / HARI8.00 9.3010.00 - 12.3012.30 1.301.30-4.304.30-5.30

HARI PERTAMAPendaftaran PesertaModul 1(Taklimat, Suai Kenal & Pertalian Kasih)Rehat / Makan Tengahari / SolatModul 2(Pengenalan Kepada Motivasi)

HARI KEDUAModul 3(Kenapa Perlu Motivasi)Modul 4(Implikasi Daripada Motivasi)Majlis Perasmian & Penutupan Program

MODUL PENINGKATAN MOTIVASIMODUL PENINGKATAN MOTIVASI INI MEMPUNYAI EMPAT OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI IAITU:I.Modul ini untuk mengenalpasti dan memahami konsep motivasi.II.Mengenal pasti faktor penyebab motivasi di tempat kerja.III.Mengenal pasti implikasi motivasi terhadap produktiviti pekerja.IV.

KONSEP PELAKSANAAN1.Program ini dilaksanakan secara usaha sama antara Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri dengan Kelab Pensyarah Hubungan Industri di Universiti Malaysia Sabah.2.Penglibatan golongan pekerja dan majikan sebagai pelaksana program.3.Tumpuan kepada penyertaan ialah golongan pekerja bawahan, pertengahan dan atasan.

KAEDAH PELAKSANAANStrategi PelaksanaanProgram ini memerlukan peserta melibatkan diri secara langsung dalam setiap kegiatan yang dilaksanakan sepanjang perjalanan program. Ini akan membolehkan mereka mengalami, menghayati dan merasai dengan sepenuhnya setiap aktiviti yang dilakukan sebagai wahana untuk menerapkan proses pembelajaran dan menimba pengetahuan dalam sesebuah organisasi. Aktiviti-aktiviti yang akan diberi tumpuan semasa pelaksanaan program adalah seperti berikut:Aktiviti yang menumpukan kepada penglibatan peserta.Aktiviti yang melibatkan peningkatan motivasi diri para peserta.Aktiviti yang menggalakkan golongan pekerja berkongsi pengetahuan dan pengalaman.PEMILIHAN TEMPATTempat untuk melaksanakan atau mengadakan Program peningkatan motivasi dalam Organisasi ini telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang dikelolakan secara bersama antara Bahagian Pengurusan Produktiviti dan Hubungan Industri dan Kelab Pensyarah Hubungan Industri. Jawatankuasa Pelaksana akan memilih lokasi untuk mengadakan program ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SEkolah Sains Sosial.PEMILIHAN PESERTASeramai 100 orang peserta yang merupakan golongan pekerja bawahan, pertengahan dan atasan terlibat dalam program ini dimana pecahannya adalah seperti di bawah.60 Orang Pekerja Bawahan30 orang Pekerja Pertengahan10 orang Pekerja AtasanIMPAKPelbagai kebaikan yang diperolehi daripada program ini. Antaranya ialah:1.Peserta akan mempunyai pengetahuan yang luas tentang konsep motivasi dalam diri dan organisasi.2.Mampu meningkatkan produktiviti pekerja kerana pekerja lebih bermotivasi dalam melakukan pekerjaan mereka3.Peserta mampu untuk melakukan pekerjaan dengan teratur dan sistematik melalui peningkatan motivasi.ARAHAN DAN PERATURAN PROGRAM1.Peserta-peserta program ini adalah tertakluk kepada semua arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak penyelaras program, urusetia program dan juga tertakluk kepada arahan lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.2.Demi untuk menjaga dan mengawal disiplin serta menjaga perhubungan di antara peserta-peserta program dengan pihak pengurus / urusetia, perkara-perkara tersebut dibwah perlu dipatuhi :-

2.1Ketetapan Masaa)Masa mendaftar masuk programb)Masa program dijalankanc)Masa mendaftar keluar programd)Masa mendaftar semula program untuk hari keduae)Ceramah / taklimatf)Waktu rehat

2.2panggilan Kepada Fasilitator / Ketua/ UrusetiaBagi menceriakan lagi hubungan sepanjang program dan aktiviti berlangsung, para peserta tidak digalakkan menggunakan panggilan seperti untuk memanggil, menegur, member penghormatan dan sebagainya kepada semua pihak sama ada urusetia, pengurus dan fasilitator / ketua kumpulan. Antara panggilan tersebut adalah:-a)Tuan / puanb)Cik / encikRasional larangan seperti ini adalah untuk mengelakkan wujudnya jurang perbezaan antara peserta dengan pihak pengurus dan pesrta dengan peserta yang berbeza pangkat serta fasilitator / ketua dengan ahli kumpulan agar dapat berinteraksi dengan lebih mesra dan harmoni sepanjang program dan aktiviti berlangsung mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan para peserta melupakan seketika status mereka di dalam organisasi tersebut2.3Peraturan Pakaiana)Baju T lengan panjang / pendek (putih)b)Seluar slak ( hitam)c)Kasut (hitam atau putih)d)Stoking (putih atau hitam)

3.Perkara Perkara Yang Dilaranga)Dilarang merokok sepanjang program / latihan berlangsung.b)Dilarang merokok di tempat program / latihan dijalankan ( kecuali di tandas)c)Berborak sehingga mengabaikan aktiviti.d)Membuat bising yang berlebihan.e)Tidak mendengar arahan fasilitator / ketua.f)Melanggar arahan fasilitator / ketua.g)Bertengkar.

4.Arahan dan Peraturan Tambahana)Semua arahan secara lisan dari pihak pengurus program akan disampaikan melalui fasilitator atau ketua.b)Peraturan tambahan akan dikeluarkan sekiranya perlu dan mengikut keadaan.c)Apa-apa peraturan atau arahan yang tidak tercatat di dalam peraturan ini dan tidak bercanggah dengan program / aktiviti hendaklah diambil kira dan diparuhi seperti :-I.Menjaga adab berkomunikasi antara satu sama lain.II.Menjaga adab pergaulan antara satu sama lain.III.Menjaga keharmonian dan peradaban pelbagai kaum dan agama agar tidak wujudnya perselisihan faham atau konflik.

BORANG PENDAFTARAN PESERTABUTIRAN PERIBADI PESERTA

Nama penuh:(HURUF BESAR) :--

Umur

No. Kad Pengenalan://

Islam

Agama

Tarikh Lahir:

buddha

Hindu

Lelaki

Perempuan

Jantina : : Islam

Kristian

Melayu

India

Lain-lain

Bumiputra

Cina

Kaum:

Lain-lain (Nyatakan):________________________

Alamat tetap:

Negeri: _____________________ Poskod:

Telefon: (R) (H/P)Email: _________________________________________ (Jika ada)Ya

Tidak

Pernah mengalami sebarang penyakit kronik?Jika ya, sila nyatakan: _________________________________

MODUL 1: ICE-BREAKINGTAKLIMAT, SUAI KENAL DAN PERTALIAN KASIH1.PENGENALAN MODUL2.OBJEKTIF3.KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN4.PANDUAN FASILITATORAKTIVITI 1: TAKLIMATAKTIVITI 2: PEMBENTUKAN KUMPULANAKTIVITI 3: SUAI KENALAKTIVITI 4: PERTALIAN KASIH5.RUMUSAN

1.PENGENALAN1.1 Taklimat kursus adalah amat penting dalam menguruskan program agar program yang dijalankan berjalan lancar dan mengikut ketetapan yang telah dirancang. Taklimat program ini penting untuk peserta kerana segala maklumat mengenai program yang dijalankan dapat diketahui dan memahami program yang dijalankan. Dalam taklimat kursus ini akan diterangkan perkara-perkara berikut :

Latar Belakang ProgramObjektif /programMaklumat Kursus ProgramPenyertaanJadual Pelaksanaan ProgramPelantikan:a)Ketua Pesertab)Naib Ketuac)Ketua Kumpuland)Pembantu Ketua Kumpulane)JawatankuasaKEPERLUAN / PEMBABITAN 3.1 Jangkamasa: 2 JAM 30 MINIT 3.2 Saiz Satu Kumpulan: 10 ORANG (10 KUMPULAN) 3.3 MetodologiCeramah RingkasPermainan Simulasi

3.4 ALAT BANTUJadual KursusPeraturan KursusBorang Maklumat PesertaTanda NamaSistem SiaranKerusi dan MejaKertasPenAKTIVITI 2: SUAI KENALOBJEKTIF UNITMengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mendalam di samping menjalin hubungan yang baik dan mesra agar lebih mudah berinteraksiMengenali fasilitator dengan lebih baik supaya dapat mengurangkan halangan dalam berinteraksi.Mengetahui dan memahami kepentingan suaikenal dalam membentuk pasukan yang mantap serta membina hubungan yang baik agar dapat memberikan kerjasama semasa melakukan aktiviti berpasukan.LANGKAH-LANGKAHPeserta akan diarahkan agar berada dalam kumpulan mengikut warna fail yang telah diberikan kepada mereka semasa mereka mendaftar. Mereka akan membuat bulatan mengikut kumpulan warna fail tersebutFasilitator memaklumkan kepada semua peserta bahawa sesi berkenalan adalah penting untuk semua peserta dan petugas untuk mereka mengenali ahli dalam kumpulan.Fasilitator akan menerangkan sesi suai kenal adalah dalam bentuk permainan seperti:MINDA KUI.Peserta akan menggunakan kertas bersaiz A4 yang terdapat di dalam fail dan akan dibahagikan kepada empat bahagian dan diarahkan menulis SATU PERSATU perkara berikut diatas kertas berkenaan:Nama penuhNama panggilan yang ringkasUmurTempat asal

II.Setiap kumpulan akan mempunyai ahli seramai 10 orang dalam satu bulatan. Setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator.III.Fasilitator meminta semua peserta untuk memperkenalkan diri sendiri dalam kumpulan mengikut apa yang tercatat diatas kertas mereka.IV.Kemudian fasilitator akan meminta setiap ahli kumpulan untuk memperkenalkan ahli kumpulan mereka yang lain. Siapa yang dapat mengingati ahli kumpulan dengan betul betul seperti yang telah diberitahu dan dapat mengingati semua ahli dalam kumpulannya adalah seorang yang mempunyai ingatan yang kuat dan mendapat gelaran raja minda.V.Moral permainan adalahPeserta akan termotivasi untuk mengingati semua ahli kumpulannya berbanding ahli lain untuk mendapatkan gelaran raja minda.Melalui permainan ini juga akan membolehkan setiap ahli dalam kumpulan mengenali dan mengingati tentang ahli kumpulan mereka yang lain.

PENCIPTAAN AJAIBI.Setiap ahli kumpulan akan diminta untuk melantik penghulu dan penghuluwati bagi memudahkan proses dalam kumpulan tersebut.II.Kemudian setiap peserta akan diberi satu kad manila dan marker pen untuk menghasilkan logo dan nama kumpulan berdasarkan daripada gabungan semua ahli kumpulan.III.Seterusnya wakil kumpulan akan diminta untuk menerangkan matlamat dan objektif logo yang telah dihasilkan.IV.Penilaian akan ditentukan mengikut kreativiti logo, kerelevanan matlamat dan objektif serta gabungan nama yang paling unik untuk menentukan pemenang bagi permainan ini.V.Penghulu atau penghuluwati diberi tanggungjawab menjaga logo mereka dan mesti membawa logo tersebut setiap kali berkumpul. Kumpulan yang hilang, rosak atau tertinggal akan dikenakan hukuman.VI.Moral permainan adalah:Sikap kerjasama dan saling membantu dalam sesebuah organisasi samaada pekerja bawahan atau pihak atasan.Sikap pihak atasan menjaga kepentingan ahli organisasi. Ketua kumpulan akan bertindak sebagai penjaga logo dalam memastikan kumpulan dibawahnya tidak dikenakan hukuman.Perkongsian pendapat yang membawa manfaat kepada organisasi. Setiap ahli dalam kumpulan akan menyumbangka pendapat tentang gabungan nama mereka bagi membentuk nama kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.RUMUSANSalah satu bahagian terpenting dalam mana-mana program ialah aktiviti suai kenal. Ia merupakan nadi untuk menggerak dan menjayakan sesuatu program. Sesi suai kenal yang efektif akan dapat mewujudkan suasana yang selesa dan ceria kepada perjalanan program dan peserta. Suai kenal perlu juga berlaku antara peserta dan pelaksana program bagi memastikan keberkesanan program.Tahap suai kenal di kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi dapat menghasilkan keberkesanan dan kejayaan organisasi tersebut. Suai kenal dapat mengurangkan halangan psikologi antara sesama peserta dan antara peserta dengan pelaksans program seterusnya menggalakkan interaksi yang terbuka dan mesra. Ianya akan mewujudkan suasana yang lebih selesa dan ceria.

AKTIVITI 3 PERTALIAN KASIHOBJEKTIF UNITObjektif unit ini ialah untuk meningkatkan jalinan kemesraan dan semangat setiakawan dalam kumpulan yang kecil serta memahami kepentingan pembentukan dan pembinaan sesuatu kumpulan bagi melaksanakan misi dan visi yang telah ditetapkan oleh kumpulan.Menghayati semangat kerja berpasukan dan memahami kebolehan, keupayaan dan potensi yang ada pada setiap ahli kumpulan.Mempelajari dan mengaplikasikan ilmu berbentuk kepimpinan yang berkaitan dengan aktiviti berkumpulan.LANGKAH-LANGKAHPeserta akan diarahkan agar berada dalam kumpulan masing-masing dan pertandingan akan dimulakan :

SIAPA PALING PANTASDalam permainan ini setiap kumpulan akan duduk dalam barisan mengikut kumpulan masing-masing.Penghulu dan penghuluwati akan berada di barisan paling hadapan dan diikuti oleh ahli kumpulan yang lain. Fasilitator akan menyediakan gambar di hadapan dan penghulu akan dipanggil untuk mengenalpasti gambar tersebut. Selepas itu, penghulu harus menerangkan kepada ahli di belakangnya tentang gambar tersebut dan ahli tersebut akan memberitahu kepada ahli yang seterusnya sehingga kepada ahli yang terakhir. Peserta yang terakhir akan melakar gambaran yang telah disampaikan.Fasilitator kemudian akan membandingkan antara lakaran yang asal dengan hasil lakaran daripada peserta yang terakhir. Kumpulan yang paling mirip hasil lakaranya dengan lakaran asal akan dikira sebagai pemenang.Moral permainan ini ialah:Melihat sejauh mana ahli dalam organisasi dapat menyampaikan maklumat yang telah diberikan kepada mereka untuk disampaikan kepada ahli yang lain.Fokus terhadap kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka supaya maklumat yang diberikan tidak lari daripada maklumat asal.

SEBULAT SUARAFasilitator akan memberikan setiap kumpulan dengan nama negara dan kumpulan tersebut mesti ingat negara masing-masing dan juga negara kumpulan lain.Fasilitator akan menentukan kumpulan yang mana patut memulakan permainan ini dan kumpulan tersebut akan menyebut nama negara kumpulan seterusnya.Sekiranya kumpulan seterusnya lambat untuk menyambung daripada kumpulan yang menyebut negara mereka menyebabkan mereka akan kalah dan dikeluarkan dari permainan ini.3 Kumpulan yang terakhir akan dikira sebagai pemenang.Moral permainan ini ialah:Melihat sejauh mana kerjasama antara ahli kumpulan untuk lebih peka terhadap kerja yang diberikan.Melihat sejauh mana ketelitian ahli kumpulan dalam melakukan kerja berkumpulan

SEPAKAT MEMBAWA BERKATFasilitator akan memberikan 20 batang pen kepada setiap kumpulan.Selepas diberikan 20 batang pen, setiap kumpulan perlu membina satu logo dengan hanya menggunakan 20 batang pen tersebut sahaja.Logo yang dibina mestilah tidak menyentuh tentang isu-isu sensitif seperti semangat perkauman dan sebagainya.Logo yang berasaskan kepada konsep 1 Malaysia adalah lebih digalakkan untuk menunjukkan kesepaduan dalam kumpulan.Penilaian logo adalah berdasarkan kepada keunikan logo, kerelevenan reka bentuk logo, maksud di sebalik logo, kekemasan logo dan motif penciptaan logo tersebut. Konsep logo yang bersifat perpaduan atau 1Malaysia adalah lebih diutamakan.Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada perkara-perkara seperti yang disebutkan dalam perkara Lima (v).

Nota Tambahan:Permainan yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan perlu dijaga adab susila dan kesopanannya.Setelah selesai permainan, kumpulan yang memenangi permainan tersebut perlu diumumkan sebagai dorongan kepada peserta lain utnuk bersaing dalam permainan yang lain.Moral permainan adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan semangat setiakawan di kalangan peserta serta mengurangkan halangan perhubungan di kalangan peserta.

RUMUSANMeningkatkan hubungan persahabatan antara ahli kumpulan yang baru dikenali.Mewujudkan daya saing yang positif di kalangan para peserta dalam kumpulan dan persaingan yang sihat di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.Memupuk semangat kerja secara berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan.Memupuk semangat permuafakatan dan semangat saling tolong menolong antara satu sama lain di dalam kumpulan.Memupuk semangat menjiwai pengorbanan demi mencapai kemenangan bersama.

MODUL 2 : PENGENALAN KEPADA MOTIVASI1.PENGENALAN MODUL2.OBJEKTIF3.KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN4.PANDUAN FASILITATOR AKTIVITI YANG DIJALANKANAKTIVITI 1: ADAKAH AKU BERMOTIVASIAKTIVITI 2: GAME : JUTAWAN RIAAKTIVITI 3: CERAMAH MENGENAI MOTIVASI5.RUMUSAN1.0 PENGENALAN1.1. Modul ini bermatlamat satu alternative mempertingkatkan motivasi para pekerja ke arah satu pendekatan pembangunan produktif agar ianya selari dengan pembangunan negara dari segi sumber ekonomi. Mengapa para pekerja harus mempunyai nilai motivasi yang tinggi dalam diri mereka? Apakah langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan nilai motivasi dalam diri pekerja?.1.2. Secara umumnya, faktor motivasi sering dikaitkan dengan nilai ganjaran yang disediakan oleh sesebuah organisasi di tempat kerja. Pekerja akan lebih bermotivasi apabila mereka diberikan ganjaran dalam segenap kerja yang telah mereka lakukan.1.3. Motivasi merupakan satu variabel perantara yang digunakan sebagai alat untuk menjelaskan faktor faktor dalaman individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku kea arah suatu tujuan tertentu. Motivasi juga berhubungan dengan kekuatan (dorongan) dalam diri manusia.1.4. Motivasi juga boleh dinilai dalam motivasi organisasi iaitu kesanggupan untuk mengikhtiarkan tahap usaha yang tinggi ke arah pencapaian matlamat organisasi bersertakan dengan kemampuan usaha tersebut untuk memenuhi keperluan individu

1.5. Pengenalan dan pemahaman tentang motivasi secara mendalam terhadap para pekerja bagi meningkatkan nilai motivasi dalam diri pekerja dengan harapan dapat membantu organisasi dalam memaksimumkan hasil pengeluaran produktiviti sesebuah organisasi di samping dapat menjana taraf ekonomi pekerja itu sendiri.

2.0 OBJEKTIF2.1 Memberi kefahaman kepada para pekerja berkenaan dengan konsep motivasi dan bagaimana untuk meningkatkan nilai motivasi dalam diri setiap individu.2.2. Memahami tahap motivasi dalam diri sendiri khususnya kepada para pekerja.2.3. Menyedarkan para pekerja mengenai kepentingan motivasi dalam diri pekerja dalam meningkatkan produktiviti kerja.2.4 Membentuk personaliti yang positif dan nilai keyakinan diri yang tinggi.

3.0 KEPERLUAN SESI3.1 Jangkamasa :120 minit (2jam)

3.2 Saiz Kumpulan :100 orang (10 kumpulan)

3.3 MetodologiCeramah RingkasPerbincangan dalam Kumpulan

3.4 Alat BantuHelaian kertasPenPensilpemadamMarker penKertas majongManila kadGuntingKertas A4Lcdprojektor

AKTIVITI 1 : ADAKAH AKU BERMOTIVASIOBJEKTIF SLOT :Selepas mengikuti aktiviti ini peserta dapat memahami :Mengenalpasti tahap motivasi dalam diri mereka.Adakah mereka memerlukan orang boleh membantu mereka dalam meningkatkan motivasi.

LANGKAH-LANGKAHFasilitator memulakan sesi dengan mengucapkan kata kata aluan dan penghargaan kepada peserta atas kesudian untuk menyertai aktiviti ini.Fasilitator mengedarkan pen & kertas A4 kepada setiap ahli kumpulanSetiap peserta diberikan 15minit bagi menjalankan aktiviti iniSeterusnya setiap peserta dikehendaki membentangkan apa yang ditulis dalam kertas tersebut.Masa yang ditetapkan kepada adalah 40 minit bagi fasilitator menjalankan aktiviti ini.

RUMUSAN

Permainan ini dapat meningkatkan nilai motivasi yang tinggi dalam diri setiap individu untuk mengecapi kejayaan dalam setiap langkah perjuangan hidup.Ganjaran boleh dijadikan sebagai senjata untuk meningkatkan nilai motivasi dalam setiap diri individu.Nilai-nilai positif dan nilai negatif pasti ada pada setiap peserta & bagaimana mereka mengendalikannya.

AKTIVITI 2 :JUTAWAN RIA GAMEOBJEKTIF SLOTSelepas mengikuti slot ini peserta dapatMeningkatkan keyakinan diri masing masing.Mempunyai strategi tersendiri dengan diri sendiri supaya dapat meningkatkan motivasi.Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri.

LANGKAH-LANGKAH

Fasilitator akan memilih 5 orang dalam setiap kumpulan untuk main permainan ini.Fasilitator akan memberi penerangan berkaitan dengan cara permainan ini dan mengarahkan peserta bermain dengan mengunakan strategi masing-masing. Permainan ini merupakan permainan di mana mereka dikehendaki memulakan bisnes dengan pembahagian modal yang sama rata dalam setiap peserta yang bermain.Masa yang diperuntukan bagi permainan ini adalah 60 minit.Fasilitator meminta peserta yang selebihnya menggantikan peserta yang dikesan sudah kalah dalam permainan.

RUMUSAN

Permainanini bertujuan bagi meningkatkan keyakinan dalam diri peserta untuk mencapai apa yang dihajati.Dengan strategi masing-masing adakah mereka mampu memenangi permainan ini.Dalam permainan ini, mereka akan bermotivasi untuk mengumpul wang sebanyak mungkin bagi meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan motivasi dalam diri mereka bagi menandingi peserta yang lain.Setiappermainan mempunyaibeberapaperaturandanandapastimelupakanhal-hallainketikacuba untukmenangpermainan.

AKTIVITI : 3 CERAMAH MENGENAI MOTIVASI

OBJEKTIF SLOTSelepas mengikuti slot ini :

Peserta akan dapat mengenalpasti konsep motivasi secara menyeluruh.Peserta juga akan didedahkan dengan aktiviti aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi mereka.Mengenal pasti kekurangan diri seseorang & meningkatkan pencapaian dalam meningkatkan produktiviti dengan memotivasikan diri sendiri.

LANGKAH-LANGKAH

Penceramah jemputan iaitu pakar pakar motivasi disediakan bagi memberikan ceramah berkaitan dengan motivasi.Fasilitator menyediakan bahan keperluan penceramah.Fasilitator mengedarkan kertas A4 dengan Pen, kertas majong, marker pen.

KAEDAHPeserta akan diberi ceramah mengenai motivasi .Penyediaan slide yang kreatif , boleh menarik minat peserta untuk mendengar ceramah.

RUMUSANMembolehkan peserta mengetahui konsep motivasiPeserta dapat mengetahui kepentingan untuk bermotivasi.Peserta juga didedahkan dengan penggunaan teori yang berkaitan dengan motivasi.

MODUL 3 : KENAPA PERLUNYA MOTIVASI DIRI?

1.PENGENALAN MODUL2.OBJEKTIF3.KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN4.PANDUAN FASILITATORAKTIVITI 1: KENAL JATI DIRIAKTIVITI 2: BERMOTIVASIKAH AKU?5.RUMUSAN

1.PENGENALAN1.1Modul ini bertujuan untuk mengenalpasti kenapa seseorang pekerja itu memerlukan motivasi di tempat kerja?. Mengapa seseorang itu perlu mengenal apa itu motivasi? Mengapakah seseorang itu perlu mengetahui bagaimana cara untuk memotivasikan diri mereka? Ramai individu sebenarnya kurang mengetahui mengapa mereka kurang bermotivasi di tempat kerja. Ini kerana, mereka sebenarnya tidak memperolehi apa yang sebenar mereka mahukan atau inginkan daripada pihak pengurusan.1.2Sekiranya pihak pengurusan dapat memenuhi kehendak pekerja, masalah pekerja yang kurang bermotivasi tidak akan berlaku.1.3Seseorang individu sebenarnya bukan semuanya dari latarbelakang yang kaya. Oleh itu, pihak pengurusan perlu pertimbangkan masalah ini supaya pekerja lebih bermotivasi dalam apa-apa hal yang berkaitan kerja. Ini juga bukan sahaja memberi semangat kepada pekerja tersebut malahan memberi keuntungan kepada organisasi tersebut.1.4Pengenalan dan pemahaman tentang kenapa perlunya motivasi di tempat kerja akan membolehkan peserta dapat mempersiapkan diri mereka untuk meningkatkan lagi prestasi yang sedia ada bagi meningkatkan produktiviti mereka dalam organisasi. Justeru itu, para peserta akan dapat memperbaiki diri dan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

2.OBJEKTIFMemberi kefahaman kepada para peserta tentang kenapa perlunya motivasi dalam diri pekerja.Mengenali peribadi diri para peserta.Menjana pemikiran yang positif para peserta kearah pembentukan jati diri yang unggul.Faedah yang diperolehi dijadikan sebagai motivasi dalaman.Membentuk para peserta kearah yang lebih matang dalam berhadapan suatu situasi apabila diri kurang bermotivasi.

3.KEPERLUAN SESI3.1 Jangkamasa : 120 Minit (2 Jam)3.2 Saiz Kumpulan : 1O Orang (15 Kumpulan)3.3 MethodologiCeramah RingkasPerbincangan KumpulanLDKLakonan3.4 Alat BantuWarnaPenBotolGuntingMarker penKertas A4 berwarna

AKTIVITI 1 : KENAL JATI DIRIOBJEKTIF UNITSelepas mengikuti unit ini, peserta akan dapat :Mengenal jati diri.Mengenalpasti kelemahan, kekuatan dan potensi diri.Mengukuhkan nilai-nilai yang baik dan mengamalkannya.LANGKAH-LANGKAHFasilitator memulakan sesi dengan melakukan ice breaking bersama semua peserta.Fasilitator akan mengajukan pertanyaan kepada para peserta berhubung pengalaman mereka melukis:-Siapa suka melukis?-Siapa yang pernah melukis?*Masa yang diambil ialah 5 minit.Fasilitator mengedarkan kertas A4 berwarna kepada para peserta dan mengarahkan para peserta mewarnakan kertas tersebut mengikut warna yang digemari oleh para peserta.Fasilitator mengarahkan para peserta melukis gambar yang mewakili ciri-ciri diri sendiri di setiap warna bagi mewakili peribadi mereka.*Masa yang diambil ialah 5 minit.Fasilitator mengarahkan setiap peserta memberitahu kenyataan diri yang sudah dilukis di atas kertas A4 berwarna dan menerangkan perkaitannya dengan warna yang mewakili kenyataan diri peserta tersebut.Selepas semua peserta telah membentangkan kenyataan-kenyataan tersebut, peserta diminta berfikir sebentar mengenai peribadi diri masing-masing.Fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti tersebut.*Langkah ini mengambil masa 15 minit.KAEDAHBerikan kertas A4 berwarna kepada para peserta dan arahkan mereka supaya mewarnakan kertas tersebut mengikut warna kegemaran mereka.RUMUSANMuhasabah serta mengenal jati diri adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian manusia.Manusia lebih suka bercerita mengenai perkara yang baik-baik sahaja mengenai dirinya tapi tidak berani mencerikan kelemahan diri mereka.Menerima pendapat dan pandangan rakan-rakan merupakan cara terbaik dalam memperbaiki kelemahan diri.Menjadi diri sendiri adalah perkara yang terbaik.

AKTIVITI 2 : BERMOTIVASIKAH AKU?OBJEKTIF UNITSelepas mengikuti unit ini, peserta akan dapat:I.Lebih motivasi diri.II.Bersikap matang ketika dalam keadaan kurang bermotivasi.LANGKAH-LANGKAHFasilitator memulakan sesi dengan menayangkan video yang memaparkan situasi-situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keadaan kurang motivasi.Fasilitator mengarahkan semua peserta untuk menyenaraikan faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami keadaan tiada motivasi dalam diri selain daripada faktor-faktor yang telah dipaparkan dalam pertunjukkan video.Fasilitator mengarahkan para peserta melipatkan kertas yang ditulis dan memasukkannya kedalam botol.Fasilitator mengarahkan para peserta di dalam setiap kumpulan bertukar-tukar botol dengan kumpulan yang lain.Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan menyenaraikan semula isi kandungan lipatan kertas di dalam botol yang diperolehi dari kumpulan lain.Fasilitator meminta setiap kumpulan melakonkan beberapa babak lakonan yang menunjukkan satu situasi dimana seseorang itu sedang mengalami masalah untuk bermotivasi.

KAEDAHFasilitator menunjukkan video yang memaparkan situasi-situasi yang boleh menyebabkan kurang motivasi, setiap kumpulan diminta melakonkan babak-babak dimana adanya situasi seseorang sedang mengalami masalah dan menyebabkan tiada motivasi disamping mempamerkan penyebab-penyebab kejatuhan motivasi seseorang individu .RUMUSANSetiap individu pasti berhadapan dengan satu situasi yang boleh menyebabkannya kurang bermotivasi semasa bekerja.Faktor-faktor penyebab kurang motivasi boleh muncul dari faktor dalaman atau faktor luaran seperti persekitaran, budaya, diri individu dan banyak lagi.Nilai-nilai positif yang ada pada diri harus dipegang dengan teguh dalam menghadapi satu situasi yang sukar.Berfikir positif dapat membantu mengeluarkan diri dari satu keadaan yang sukar seterusnya dapat mematangkan seseorang dalam berhadapan kehidupan seharian.

MODUL 4 : IMPLIKASI DARIPADA MOTIVASI1. PENGENALAN MODUL2.OBJEKTIF3. KEPERLUAN SESI / PEMBABITAN4. PANDUAN FASILITATOR AKTIVITI YANG DIJALANKANAKTIVITI 1: MENGELAK PEMIKIRAN NEGATIFAKTIVITI 2: SEMANGAT BERKUMPULAN.5.RUMUSAN1.0 PENGENALAN1.1 Modul ini bertujuan untuk menjelaskan kepada peserta apa yang dimaksudkan dengan kesan daripada motivasi. Jika dalam sesebuah organisasi yang memberikan satu motivasi yang tinggi kepada pekerja maka hasil produktiviti dalam pekerjaan tersebut juga akan meningkat. Peningkatan produktiviti akan lebih menguntungkan majikan itu sendiri.1.2 Dalam impikasi daripada motivasi , sesi kaunseling merupakan salah satu cara yang berkesan dan dapat membntu pekerja.1.3 Modul program turut diselitkan dengan aktiviti dan gerak kerja luar bagi memberi peluang kepada semua peserta merasai sendiri pengalaman belajar bersama peserta lain sebagai satu terapi motivasi melalui pembentukan kumpulan (team building).1.4 Peserta akan didedahkan kepada kaedah-kaedah berkomunikasi dengan berkesan, mengetahui teknik-teknik mengurus kumpulan dan organisasi, membina pasukan dan menggalakkan motivasi dan mengenalpasti cara kepimpinan. Kursus akan dijalankan melalui ceramah, main peranan dan aktiviti yang merangsang minda. Cara ini merupakan salah satu teknik untuk memberikan motivasi dalam organisasi

2.0 OBJEKTIF KURSUSDi akhir program ini, peserta kursus akan dapat:2.1 Mengetahui cara-cara yang bersesuaian untuk mengasilkan motivasi dalam pekerjaan.23 Memahami dan mengaplikasikan mengurus motivasi ditempat kerja.24 Menggunakan kaedah-kaedah berkomunikasi dengan berkesan25 Membina pasukan dan menggalakkan motivasi.26 Mengenalpasti stail kepimpinan.3.0 KEPERLUAN SESI/ PEMBABITAN3.1 Jangkamasa : 150 minit (2 jam 30 minit)3.2 Saiz Kumpulan : 10 orang ( 10 kumpulan )3.3 Methodologi/ Pengendalian KursusKursus ini akan dikendalikan dengan menggunakan kombinasi kaedah berikut:Ceramah Ringkas dan diselang-selikan dengan permainan akademikLatihan dalam kumpulanKerja berkumpulan (LDK)Sesi Soal dan JawabOutdoor/Indoor Aktiviti3.4 Alat BantuanHelaian KerjaLCD dan ProjektorKertas A4 dan pen

AKTIVITI 1 : MENGELAK PEMIKIRAN NEGATIFPENGENALAN:Terdapat 5 orang Kaunselor yang bertauliah diminta untuk memberi taklimat untuk mengelakkan pemikiran ynag nagetif kepada peserta. Cara terbaik untuk mengelakkan peserta dijangkitipemikiran negatifadalah dengan berdiam diri, tetapi cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Selain itu juga peserta diajar cara-cara mengelakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif.OBJEKTIF UNIT:Selepas mengikuti unit ini peserta akan dapat:Mengetahui cara-cara untuk meneglakkan diri dari berfikiran negatif dan sentiasa bersifat positif dalam diri.Peserta akan mengetahui kesan-kesan buruk dan baik motivasi kepada diri sendiri.Peserta akan menerima input yang berguna terutamanya berkaitan dengan cara-cara meningkatkan motivasi diri.

LANGKAH-LANGKAHLangkah 1: perkongsian ilmu dalam bentuk pertanyaan soalan dalam meningkatkan motivasi diri.Soalan boleh ditanya untuk pelbagai tujuan. Pendengar yang kurang bermotivasi biasanya berhati-hati untuk menanya soalan yang sesuai. Peserta yang mungkin sedikit malu mungkin menghadapi masalah dan tidak dapat menerangkan masalahnya dengan jelas. Untuk menangani keadaan sedemikian, penasihat perlu bertanya secara lembut untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Langkah 2: kata-kata mencerminkan diriKaunselor mesti berhati-hati agar tidak melakukan penghakiman terhadap peserta yang bermasalah untuk meningatkan motivasi diri. Sesetengah soalan mungkin boleh mengelirukan atau menyakitkan hati pekerja,dan menurunkan motivasi untuk melakukan kerja terutamanya jika pekerja tersebut sedang berada dalam keadan emosi. Usaha mencerminkan kata-kata seseorang peserta (walaupun tanpa menggunakan perkataan yang tepat) boleh menjadi satu teknik yang berkesan jika dilakukan dengan baik, malah ianya dapat menggalakkan peserta untuk terus bercakap tanpa mengganggu aliran fikirannya. Pada masa yang sama, penggunaan teknik ini dapat membuktikan kepada peserta bahawa kaunselor sedang mendengar dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh pekerja.1.Body languagePenggunaan isyarat badan tanpa menggunakan perkataan atau bahasa badan (body language) boleh membekalkan banyak maklumat mengenai keadaan emosi dan minda pekerja. Misalnya, seorang peserta enggan bertentangan mata dengan kaunselor atau kelihatan resah semasa bercakap dengan kaunselor mungkin sedang bercakap bohong atau cuba menyembunyikan sesuatu daripada kaunselor.2. pengurusan motivasiKaunselor akan memberikan cara-cara kepada peserta untuk membina jati diri, kecekalan dan tabah dalam meningkatkan motivasi. Di samping itu, kaunselor turut menerangkan Kemahiran pengurusan kendiri seperti:Kajian kegiatanpengurusan masapengurusan strategikKAEDAHTemu duga sehala dengan peserta, berkomunikasi secara berkesan akan memberi rangka / pelan pengurusan motivasi yang berkesan kepada peserta.RUMUSANMusabah dan mengenal diri adalah penting dalam proses kehidupan ini.Kita sering bercerita tentang kelebihan dan kebaikan yang ada dalam diri kita berbanding dengan menghebahkan keburukan diri sendiri.Nilai negatif perlu dikenalpasti dan dikurangkan.Nilai positif harus dikekalkan dan dimantapkan dengan jati diri.Nilai negatif boleh merosakkan diri sekiranya kita tidak berupaya mengatasikannya.

AKTIVITI 2 : SEMANGAT BERKUMPULANPENGENALAN:Aktiviti ini sesuai untuk semua golongan sama ada yang diperingkat muda dan juga berusia . Aktivitil ini bertujuan untuk menguji peserta dalam memahami, meningkatkan motivasi dan meningkatkan kemampuan diri dari segi membuat keputusan dan semangat bekerjasama, perkongsian idea di antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan setiap konflik yang dihadapi. Setiap ahli perlu melakukan pengorbanan demi mencapai kejayaan. Ianya juga bertujuan untuk membina semangat berpasukan dalam diri setiap ahli. Sementara itu ia untuk meningkatkan motivasi diri kepada peserta.OBJEKTIF UNITSelepas mengikuti unit ini peserta akan dapat:Membina semangat berpasukan untuk saling bekerjasama bagi meningkatkan prestasi melalui sikap persaingan secara positif.Menguji daya kreativiti peserta dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.Untuk mengelakkan dari bersifat negatif terhadap motivasi yang diberiakanUntuk mengenalpasti jenis-jenis motivasi yang membina.Untuk melihat sikap toleransi, bekerjasama, percambahan fikiran, pemikiran kreatif dan konsep kendiri peserta.LANGKAH-LANGKAH/PROSEDUR1.Fasilitator akan mengarahkan peserta untuk menghasilkan satu bulatan yang sederhana2. kemudian fasilitator akan memberikan sebiji telur kepada peserta dan mengarahkan peserta supaya memusingkan telur tersebut keatas lantai dengan berhati-hati agar telur tersebut tidak pecah.3. telur tersebut hendak lah dipusing selama lebih kurang 5 minit4. apabila masa yang diberikan telah tamat, peserta perlu menghentikan pusingan telur.5. seterusnya, fasilitator akan meminta setiap peserta untuk menerangkan apa yang dihadapi semasaoleh peserta semasa memusing telur tersebut, sama ada pusing dengan penuh perasaan ataupun ada sifat ragu-ragu dalam diri.

RUMUSANKerjasama amat penting untuk mencapai sesuatu kejayaan.Perancangan yang teliti akan menghasilkan sesuatu kerja yang baikDaya kreativiti yang tinggi akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Perancangan aktiviti amat penting untuk memastikan matlamat tercapai.Setiap perancangan dan kerja akan menghasilkan kejayaan apabila mendapatSokongan dan kerjasama daripada semua ahli kumpulan

RUMUSAN KESELURUHANDalam semua aktiviti yang dilakukan memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, kesan motivasi sama ada positif mahupun negatif cuba diselesaikan dalam modul ini.