pelajar ditahan ponteng sekolah

3
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm RKIB : 29/03/2011 103 pelajar ditahan ponteng sekolah Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA [email protected] KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku. Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga. Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak. Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar. Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru- baru ini . – utusan/Shaifudin Mohd Nor

Upload: sahari-mohamad-tahir

Post on 08-Nov-2015

53 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sdfgsdfg

TRANSCRIPT

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htmRKIB : 29/03/2011

103 pelajar ditahan ponteng sekolah

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT [email protected]

Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini . utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.

Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga.

Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak.

Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar.

Dalam usaha terus mengejar kecemerlangan akademik di negeri ini, Jabatan Pelajaran Terengganu menyedari penyimpangan sikap itu perlu turut diberi perhatian khusus.

Dalam operasi yang disasarkan kepada tiga buah sekolah menengah di sini baru-baru ini, 31 pelajar berjaya ditahan manakala sebilangan lagi berjaya melarikan diri.

Ada di kalangan mereka yang ditahan dikesan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.

Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah dan sebilangan daripada mereka terkejut dengan perlakuan anak-anak.

Operasi itu digerakkan oleh Jabatan Pelajaran negeri dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta guru sekolah.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar (kiri) memberi nasihat kepada pelajar sekolah yang ditahan ponteng sekolah.

Katanya, operasi itu juga boleh diibaratkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pihaknya dalam merangka pelbagai pendekatan menangani isu berkenaan.

Menurutnya, walaupun operasi itu pertama kali diadakan, beliau menyifatkannya sebagai berjaya.

Kejayaan ini bukan ditentukan oleh jumlah tangkapan walaupun kita berjaya menahan 103 pelajar sekolah yang ponteng sepanjang operasi ini. Apa yang ingin kita tekankan ialah mengenai usaha berterusan Jabatan Pelajaran negeri dalam membangunkan sahsiah pelajar, katanya kepada Utusan Malaysia.Jelas Razali, kesemua 103 pelajar itu yang terdiri daripada 98 lelaki dan lima perempuan akan dipanggil menghadiri kursus pembangunan kendiri yang dijalankan sekolah masing-masing secara berperingkat.

Kursus ini akan dijalankan secara berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa pelajar yang terlibat amat positif setakat ini.

Kita panggil ibu bapa ini ke sekolah selepas kita tangkap anak mereka kerana ponteng dan hampir kesemua mereka akur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini, kata Razali lagi.Tambah Razali, pihaknya akan meneruskan operasi yang sama selepas ini secara berkala.

Menurutnya, banyak faktor mendorong ke arah gejala itu termasuk pengaruh persekitaran, masalah diri pelajar diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya di samping interaksi guru dengan pelajar.

Justeru jelasnya, langkah mengatasi masalah itu bukan menjadi tanggungjawab jabatan dan sekolah semata-mata, tetapi perlu ditangani bersama ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara berterusan.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm#ixzz3buc7gqWI Utusan Melayu (M) Bhd