pegenalan,sejarah swasta

7
1.0 PENGENALAN Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia seperti masyarakat negara lain juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu membolehkan kita seiring dalam menjelejahi penemuan-penemuan baharu yang mengharumkan nama negara di arena dunia. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula- formula baharu bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Malaysia untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat jelatanya mahupun pendidikan. Sejurus dengan impian kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang terbaik untuk semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa Seiring dengan pembangunan negara, kerajaan telah mewujudkan institusi-institusi pengajian tinggi yang berasaskan sains dan teknologi. Namun tanggungjawab yang terlalu banyak menyebabkan kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pendidikan untuk semua rakyat. Justeru itu, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab memarakan rakyat dalam memperolehi pendidikan yang sewajarnya. Kalau dahulu fungsi

Upload: christopher-ingram

Post on 10-Apr-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah tentang pendidikan swasta

TRANSCRIPT

Page 1: pegenalan,sejarah swasta

1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia seperti masyarakat negara lain juga pasti tidak

mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kecemerlangan dalam

pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu membolehkan kita seiring dalam menjelejahi

penemuan-penemuan baharu yang mengharumkan nama negara di arena dunia. Dalam bidang

pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula-formula baharu bagi memastikan

rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Adalah menjadi hasrat Kerajaan

Malaysia untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat jelatanya mahupun pendidikan.

Sejurus dengan impian kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang terbaik untuk

semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi

pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan

peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa

Seiring dengan pembangunan negara, kerajaan telah mewujudkan institusi-institusi pengajian

tinggi yang berasaskan sains dan teknologi. Namun tanggungjawab yang terlalu banyak

menyebabkan kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pendidikan untuk semua rakyat.

Justeru itu, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-

sama berganding bahu memikul tanggungjawab memarakan rakyat dalam memperolehi

pendidikan yang sewajarnya. Kalau dahulu fungsi institusi pendidikan swasta terlalu sedikit

dan hanya berfungsi sebagai satu alternatif kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan

tempat di institusi-institusi tinggi awam, keadaan kini telah jauh berubah. Institusi pendidikan

swasta mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tidak kurang pentingnya jika

dibandingkan dengan institusi pengajian awam.

Kini, IPS tidak lagi sebagai pilihan kedua malah menjadi satu pilihan utama terutamanya

kepada pelajar-pelajar dari golongan berpendapatan tinggi meneroka bidang-bidang baru

dalam dunia pendidikan. Kemudahan yang serba lengkap serta penawaran kursus yang

bersesuaian dengan permintaan semasa serta masa pengajian yang pendek menjadikan

institusi pendidikan swasta tumpuan pelajar-pelajar dari golongan yang berkemampuan.

“Permintaan gunatenaga yang tinggi terhadap tenaga kerja profesional dan mahir oleh sektor

perindustrian dan perdagangan menjelang tahun 2020 apabila Malaysia menjadi negara

perindustrian dan negara maju adalah menjadi faktor utama kepesatan perkembangan

pendidikan swasta pada masa sekarang ini dan ditambah dengan galakan dan gesaan dari

Page 2: pegenalan,sejarah swasta

kerajaan agar sektor swasta melabur di dalam pendidikan dengan menubuhkan institusi

pendidikan swasta”. Ini dinyatakan oleh En Lee Meow Fatt, yang menegaskan ;

"Malaysian Incorporated and vision 2020 and the shortage of skilled manpower have often

been cited as rationale for the establishment of private institution". (The Star, 2 August 1992).

1.1 SEJARAH

Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak

sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk

menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an,

perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkan sekolah

swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah.

Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta

turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai alternatif

kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi awam

(IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat

dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

1980 

IPTS telah berkembang dengan pesatnya pada tahun sejak 1980-an. IPTS telah menawarkan

Page 3: pegenalan,sejarah swasta

kursus-kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti

atau badan professional dari luar Negara seperti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat

(AS), Kanada, Australia dan New Zealand.

1990  

Pada tahun 1990-an perkembangan pendidikan tinggi swasta semakin meningkat apabila

semakin banyak IPTS menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah

dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, komputer, dan teknologi

maklumat melalui program kerjasama dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia,

New Zealand, Kanada dan Perancis. Program kerjasama ini dijalankan melalui Program

Berkembar, Program Pindahan Kredit, Program Pengiktirafan Luar (Advance Standing

Programme), dan Program Profesional. Program berkembar 1+2, 2+2 atau 3+1 yang

dijalankan ketika ini memerlukan pelajar meneruskan pengajian di tahap kedua selama satu

atau dua tahun terakhir di universiti luar negara.

Kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997 telah memberikan impak yang signifikasi kepada

perkembangan pendidikan tinggi swasta tempatan. Dengan pengurangan penghantaran secara

besar-besaran pelajar tajaan kerajaan ke luar negara, IPTS bukan bertaraf universiti telah

dibenarkan untuk mengendalikan kursus pengajian dengan kerjasama universiti luar negara di

UK, Australia, New Zealand dan Perancis melalui program 3+0, di mana pelajar dapat

menamatkan keseluruhan pengajian di IPTS tempatan.

2000 

Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 32 IPTS telah diberi kelulusan mengendalikan program

3+0. Pengendalian program ini telah memberikan pengalaman berguna kepada IPTS dalam

mengendalikan kursus pengajian di peringkat ijazah pertama dan dalam masa yang sama telah

berjaya menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi di

Malaysia.

1.2 PENUBUHAN DAN PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA

Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi

pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ia

dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi

Page 4: pegenalan,sejarah swasta

pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan

yang dibuat di bawahnya. Ringkasnya kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar

dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.

Mengikut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan secara umum terbahagi kepada

dua kategori iaitu kategori yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang menawarkan

pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran. Kumpulan intitusi yang

termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak -kanak, sekolah rendah dan

menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah antarabangsa, sekolah

perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran adalah di bawah seliaan dan

tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya ini adalah seperti yang

dinyatakan di bawah.

Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan

penilaian yang dicadangkan.

Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan.

Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran

Sekolah Ekspatriat

Sekolah Antarabangsa

Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut

Kurikulum Kebangsaan

Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya

pos dan lain-lain

Kumpulan kedua pula ialah kolej-kolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta dan

cawangan universiti swasta. Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda

dan ijazah sarjana di bawah kawalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

IPTS di Malaysia dikategorikan kepada dua kategori iaitu IPTS bertaraf Universiti dan IPTS

bukan bertaraf Universiti. Bagi IPTS bertaraf Universiti terdapat tiga kategori iaitu IPTS

Page 5: pegenalan,sejarah swasta

bertaraf Universiti, Kolej Universiti, Kampus Cawangan Universiti Luar Negara dan bagi

IPTS yang bukan bertaraf Universiti pula ialah IPTS berstatus Kolej. Sejajar dengan

pertambahan jumlah IPTS jumlah kerjasama yang terjalin antara IPTS tempatan juga semakin

berkembang dengan pertambahan bilangan negara luar yang menjalinkan kerjasama dengan

IPTS tempatan. Antara negara-negara luar yang menjalinkan kerjasama dangan IPTS

tempatan ialah seperti United Kingdom, Australia, USA, Canada, New Zealand, Ireland,

Perancis, Mesir, Indonesia dan juga India.

Kini IPTS bukan sahaja memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan

tinggi swasta malahan sebagai pemangkin bagi merealisasikan Malaysia sebagai hab

kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.

3.o