karnival prasekolah swasta 2017 - jpwpl.gov.my

26
Jalinan Khidmat Masyarakat Universiti Malaya dan SMK Labuan Labuan, 12 Okt – Universiti Malaya dan SMK Labuan telah mengadakan Program Khidmat Jalinan Masyarakat pada 11 Oktober bertempat di SMK Labuan dan Dewan SK Pekan Satu. Program yang diadakan di bawah Pusat Kecemerlangan Perniagaan, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya yang menawarkan khidmat jalinan masyarakat mereka kepada beberapa sekolah di Malaysia. Tawaran tersebut telah diterima baik oleh SMK Labuan memandangkan wujud keperluan untuk membantu pelajar khususnya yang berkaitan dengan kemahiran teknik menjawab Pengajian Perniagaan STPM dan Prinsip Perakaunan SPM. Selain daripada itu, program bersama Universiti Malaya ini juga dimanfaatkan untuk memotivasi pelajar serta mendedahkan kepada pelajar tentang peluang untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaya. Antara objektif program, pelajar mengetahui teknik menjawab soalan peperiksaan yang menepati skema jawapan, memperolehi maklumat tentang kaedah ulangkaji yang berkesan, mendapat tips untuk menguasai dan memahami teknik yang sukar, meningkatkan keyakinan mereka untuk menjawab soalan, mendapat dorongan untuk berusaha meningkatkan gred keputusan sekaligus meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam keputusan peperiksaan. Kemuncak program ini menjadi lebih bermakna kerana pihak Universiti Malaya dan SMK Labuan telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Jalinan Khidmat MasyarakatUniversiti Malaya dan SMK Labuan

Labuan, 12 Okt – Universiti Malaya dan SMK Labuan telah mengadakanProgram Khidmat Jalinan Masyarakat pada 11 Oktober bertempat di SMKLabuan dan Dewan SK Pekan Satu.

Program yang diadakan di bawah Pusat Kecemerlangan Perniagaan, FakultiPerniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya yang menawarkan khidmatjalinan masyarakat mereka kepada beberapa sekolah di Malaysia.

Tawaran tersebut telah diterima baik oleh SMK Labuan memandangkanwujud keperluan untuk membantu pelajar khususnya yang berkaitan dengankemahiran teknik menjawab Pengajian Perniagaan STPM dan PrinsipPerakaunan SPM.

Selain daripada itu, program bersama Universiti Malaya ini jugadimanfaatkan untuk memotivasi pelajar serta mendedahkan kepada pelajartentang peluang untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaya.

Antara objektif program, pelajar mengetahui teknik menjawab soalanpeperiksaan yang menepati skema jawapan, memperolehi maklumat tentangkaedah ulangkaji yang berkesan, mendapat tips untuk menguasai danmemahami teknik yang sukar, meningkatkan keyakinan mereka untukmenjawab soalan, mendapat dorongan untuk berusaha meningkatkan gredkeputusan sekaligus meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalamkeputusan peperiksaan.

Kemuncak program ini menjadi lebih bermakna kerana pihak UniversitiMalaya dan SMK Labuan telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of

Page 2: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Intent) yang bakal mengangkat SMK Labuan sebagai ‘Feeder College’kepada Universiti Malaya.

Encik Ismail (kanan) dan Dr Ahmad Zahiruddin (kiri) menandatanganiSurat Hasrat

Kandungan Surat Hasrat PraUniversiti SMK Labuan dan PusatKecemerlangan Perniagaan, Fakulti Pernigaan dan Perakaunan, UniversitiMalaya adalah seperti berikut :

PRAUNIVERSITI SMK LABUAN bersedia dan komited untukmembekalkan pelajar-pelajar dari aliran kemanusiaan dan sainsyang berkualiti dan berkelayakan untuk mengikuti pengajian diFakulti Perniagaan & Perakaunan.

PUSAT KECEMERLANGAN PERNIAGAAN, FAKULTI PERNIAGAAN &PERAKAUNAN, UNIVERSITI MALAYA bersedia membimbing parapelajar PRAUNIVERSITI SMK LABUAN mencapai kecemerlangan dalampelbagai aspek, dengan sasaran jangka panjang menjadikanPRAUNIVERSITI SMK LABUAN sebagai “Feeder College” utama yangberupaya menyumbang ramai calon siswa iaitu pelajar-pelajarlepasan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) melanjutkanpelajaran ke UNIVERSITI MALAYA, tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan universiti sedia ada.

PRAUNIVERSITI SMK LABUAN dan UNIVERSITI MALAYA melalui PUSATKECEMERLANGAN PERNIAGAAN, FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN &PERAKAUNAN akan sentiasa bekerjasama, komited melalui programyang disusun untuk membantu melahirkan pelajar-pelajar yangberkualiti dalam bidang pengurusan perniagaan & perakaunanserta bidang berkaitan.

Page 3: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Pegawai Universiti Malaya yang hadir ialah Pengarah PusatKecemerlangan Perniagaan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Dr AhmadZahiruddin Yahya dan Fellow, Pusat Kecemerlangan Perniagaan FakultiPerniagaan dan Perakaunan, Dr Jumaat Abd Moen.

Sumber Berita : SMK Labuan

Kem SMART 3M LINUS2.0 PemulihanKhas 2017

Labuan – Kem SMART 3M LINUS2.0 Pemulihan Khas Peringkat WilayahPersekutuan Labuan Tahun 2017 telah diadakan pada 9 Oktober 2017bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kampung ganggarak, W.P. Labuan.

Kem yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini melibatkan 86 orang muridPemulihan Khas dari semua sekolah rendah di W.P. Labuan.

Kem Smart 3M ini merupakan program yang pertama kali dilaksanakan diperingkat negeri, di mana sebelum ini dikenali sebagi Kem Serlah MindaPemulihan Khas yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Page 4: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Kem ini bermatlamat memberi peluang kepada murid-murid Pemulihan Khasmenonjolkan potensi diri mereka dalam aktiviti berbentuk gabungankokurikulum dan kurikulum.

Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada muridPemulihan Khas mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa danmengira.

Encik Raisin Saidin (belakang, tengah), Puan Maimoon( kanan) dan EncikGhaffar(kiri) bersama peserta Kem SMART 3M LINUS2.0 Pemulihan Khas

Dalam ucapan perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Encik RaisinSaidin, Pengarah Jabatan Pendidikan WP. Labuan, menyokong pelaksanaankem ini kerana aktiviti yang dilaksanakan membantu dalam menggalakkanpembinaan bahan inovasi dan rekacipta di kalangan guru Pemulihan Khasdi Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau juga berpesan agar tiada murid yang tertinggal dalam prosespembelajaran terutama murid-murid Pemulihan Khas.

Kehadiran dan penglibatan ibu bapa murid-murid dalam sebarangaktiviti Pemulihan Khas begitu bermakna. Saya terharu dengansikap dan keprihatinan ibu bapa ini yang sentiasa memberiharapan kepada anak-anak mereka. Aktiviti dalam kumpulan kemini juga menyemarakkan elemen2 4C dalam pembelajaran abad ke21, katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada sektor peneraju SektorPengurusan Sekolah dan Sektor Pengurusan Akademik dan komitmen guru-guru Pemulihan Khas dari 17 buah sekolah rendah di labuan yang telahmenjayakan kem yang julung kali diadakan.

Page 5: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Terima kasih juga kepada Guru Besar semua sekolah yg telah memastikankehadiran murid-murid sekolah masing-masing.

Turut hadir pada majlis perasmian penutupan, Puan Maimoon Hj Matnoh,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Encik Mohamed Al Ghaffar MohamedMaidin, Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri, Pegawai-Pegawai FasiLINUSdan wakil-wakil Guru Besar Sekolah Rendah Wilayah Persekutuan Labuan.

Encik Raisin Saidin (tengah) bersama Puan Maimoon mencuba stesen JomMengail Perkataan

Sumber Berita : Puan Maznah Embran

Page 6: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Karnival Prasekolah Swasta 2017

Labuan, 10 Oktober – Buat julung kalinya, Karnival Prasekolah Swasta2017 Peringkat Negeri Labuan dengan matlamat utamanya untuk memberikanpeluang meningkatkan dan melahirkan kanak-kanak yang berpotensi daripelbagai aspek perkembangan serta pembelajaran melalui pendedahansecara aktif dalam aktiviti yang menyeronokkan.

Karnival ini juga bertujuan memastikan 100% Prasekolah Swasta diWilayah Persekutuan mempunyai permit pendaftaran yang sah berdaftardengan Jabatan Pendidikan WP Labuan (JPWPL).

Program anjuran Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah,JPWPL dengan kerjasama Sekolah Antarabangsa Labuan dan Tadika-tadikaSwasta telah berlangsung di Ruang Legar Anggerik Kompleks UjanaKewangan pada 8 Oktober yang lalu.

Page 7: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

YB Datuk Rozman (tengah) bersama Encik Raisin dan peserta karnival

Bersandarkan tema, “Anakku Genius,Permata Hatiku“, tadika-tadika telahmenunjukkan bakat yang ada pada setiap kanak-kanak yang berumur 4+ dan5+ dalam pelbagai acara seperti bercerita dan membaca lancar dalamBahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Choral Speaking, tarian tradisionaldan moden.

Selain itu, booth pameran 14 buah tadika yang berdaftar di bawahKementerian Pendidikan Malaysia juga disediakan untuk ibu bapamengenali dan memilih tadika yang bersesuaian dengan kemahuan dankeperluan masing-masing.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Yb Datuk Rozman Bin Datuk HjIsli, Ahli Parlimen WP Labuan, yang turut dihadiri oleh Encik RaisinSaidin, Pengarah Pendidikan WP Labuan dan Puan Maimoon binti HjMatnoh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPWPL dan barisan pengelola-pengelola tadika swasta.

Page 8: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Sumber Berita : Zaliha Mohd Salleh

Page 9: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2017Peringkat Negeri Sabah dan Labuan

Labuan, 9 Oktober – Buat julung kalinya, Karnival Kimia (K2M) 2017Peringkat Negeri Sabah dan Labuan telah diadakan di WilayahPersekutuan Labuan dengan matlamat utamanya untuk memberikanpendedahan tentang Kimia dalam kehidupan seharian.

Program anjuran Institut Kimia Malaysia Cawangan Sabah dan W.P.Labuan, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan W.P. Labuan dan PerbadananLabuan telah berlangsung di Dewan Kolej Matrikulasi Labuan pada 7Oktober yang lalu.

Bersandarkan tema, “Sustainability & Diversity through Chemistry“, K2Makan menghubungkaitkan kimia dengan beberapa aspek kehidupan sepertimakanan dan pemakanan, air dan tenaga, persekitaran dan perubahaniklim.

Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan, untuk mencapai empatmatlamat utama iaitu meningkatkan kesedaran orang awam terhadapkeupayaan bidang kimia dalam memenuhi keperluan dunia, menggalakkanminat bidang kimia di kalangan generasi muda, menjana keghairahan demikreativiti masa hadapan untuk bidang kimia dan meraikan pencapaianMarie Curie dan sumbangan wanita dalam bidang kimia.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Bashir Aliasyang turut dihadiri oleh Dr. Jenny Lee, Pengerusi Institut KimiaMalaysia, Cawangan Sabah, Tuan Haji Rithuan Hj Mohd Ismail, TimbalanKetua Pegawai Eksekutif ( Perbandaran ) , Perbadanan Labuan dan PuanNorismah Ab Moin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPWPL.

Page 10: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Pelajar-pelajar yang menyertai Karnival Kimia 2017

Karnival Pendidikan Bijak Dan BakatPrasekolah Peringkat W.P. Labuan2017

Labuan, 5 Oktober – Karnival Pendidikan Bijak Dan Bakat PrasekolahPeringkat W.P. Labuan tahun 2017 telah diadakan pada 2-5 Oktober 2017dan bertempat di Dewan SK Layang-Layangan. Majlis penutupan telahdisempurnakan oleh Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan WilayahPersekutuan Labuan.

Dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa :

“Prasekolah merupakan asas pendidikan yang paling pentingsebelum mereka memulakan pendidikan rendah tahun satu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Research OrganisationEvaluation OECD (2011) terdapat kaitan antara pendidikan

Page 11: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

prasekolah dengan pendapatan isi rumah dan keberhasilan lainyang membawa manfaat sepanjang hayat. Justeru kerana itudalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) amatmenekankan peningkatan enrolmen dan kualiti prasekolah secaraserentak.Ini bagi memastikan murid-murid yang berada di tahun1 semuanya pernah melalui pendidikan prasekolah sama adaprasekolah yang dikelolakan oleh Kementerian PendidikanMalaysia mahupun diusahakan oleh pihak swasta.”

Puan Diah Mohd Yussof (kiri) Ketua Unit Prasekolah bergambar kenanganbersama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Puan Maimoon binti Matnoh

Berikut adalah antara keputusan pertandingan sempena karnival tersebut:

Pemenang Lego:1. SK Layang Layangan2.SK Sungai Bedaun3.SK Bebuloh

Pemenang Hafazan:Lelaki:1.SK Pantai2.SK Membedai3.SK Bukit Kalam

Perempuan:

Page 12: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

1.SK Pekan Satu2.SK Patau Patau3.SK Sungai Lada

Keputusan membina perkataan dalam bahasa melayu1.SK Pekan Dua2.SK Kerupang3.SK Lubok Temiang

Pemenang Nyanyian Solo1. Ayla Syuhada Binti Joe Hellmy(SKK Rancha Rancha)

2 Nur Nashwa Alyaa bt Muhammas Ameran (SK Tanjung Aru)

3. Nurfasha arianna bt abu bakar (SK Pantai)

Page 13: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

LICER 2017 Platform KongsiPembelajaran Lebih Berinovasi

LABUAN, 2 Okt – Labuan International Conference On EducationalResearch (LICER) 2017 merupakan platform terbaik bagi guru-gurukhususnya di Labuan berkongsi pengalaman mengajar serta membentangkankertas kerja mereka khususnya bentuk pembelajaran yang lebih inovatifdan kreatif yang diamalkan pada abad ke-21 ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, EncikRaisin Saidin, LICER telah mengundang pembentang-pembentang kertaskerja yang berpengalaman khususnya tentang cara pembelajaran yanglebih inovatif dari Thailand, Korea Selatan, Brunei serta Vietnam yangboleh dikongsi dan dipraktikkan oleh guru-guru di sini.

“LICER ini diharap mampu mencungkil kebolehan tenaga pengajar dalammenghasilkan kertas kerja dan kajian yang memberi impak yang berkesankepada para pelajar dalam suasana pembelajaran abad ke-21 yang lebihkreatif dan berinovasi.

Page 14: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Encik Raisin Saidin (kanan)dan Datuk Sulaiman (dua darikiri) ketika ditemui pemberita

“Hasil kajian yang berjaya telah dipraktikkan di sekolah masing-masingyang akan dibentangkan pada LICER kali ini bagi tujuan perkongsianilmu serta membentuk jaringan komunikasi yang baik antara peserta danpara pembentang kertas kerja”, ujar Encik Raisin Saidin lagi semasaMajlis Perasmian LICER 2017 tersebut di sini, petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar danPembangunan), Datuk Sulaiman Wak berkata kementeriannya amatmengalakkan para pengajar sentiasa berfikir di luar kotak dalammenghasilkan budaya pembelajaran yang lebih kreatif serta menggalakkanbudaya pembelajaran inovasi dalam kelas.

Datuk Sulaiman memuji Jabatan Pendidikan Labuan yang meneruskankesinambungan dalam menganjurkan LICER 2017 ini yang pada masa yangsama dapat menjadikan pulau bebas cukai tersebut sebagai “HubEducation Research” kementeriannya di negara ini.

Seramai 88 orang pembentang kertas kerja serta 108 peserta dariseluruh negara yang menyertai LICER kali ini yang bertemakan “ToEncourage Innovation and Promote A Research Society in 21st Century”.

Sumber Berita : Uda Bayas, 29 September 2017

Page 15: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Sepetang Bersama Timbalan MenteriPendidikan I

LABUAN, 29 Okt – YB Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan telahmenghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1, diDewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan yang dihadiri oleh 700 orangguru sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam ucapannya, YB Dato’ P. Kamalanathan berkata sumbangan guru-gurumendidik anak bangsa di serata negara merupakan jasa dan pengorbananyang tidak ternilai harganya.

Katanya, dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individuyang membina dan membentuk kualiti individu murid dalam aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan dan aspirasi negara.

“Matlamat membina negara bangsa hanya dapat direalisasikanmelalui Pendidikan Abad Ke-21 yang telah dilaksanakan untukmelahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek.Pembelajaran berpaksikan murid boleh memberi ruang danpeluang kepada murid mengetengahkan ketrampilan diri danmereka”

Page 16: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Sesi soal jawab YB Dato’ P.Kamalanathan bersama guru-guru Labuan

YB Dato’ P. Kamalanathan juga mengajak guru-guru agar berusahabersungguh-sungguh bagi menjadikan sistem pendidikan negara merupakansistem pendidikan yang terbaik di dunia dan dapat melahirkan sebuahnegara bangsa yang aman, harmoni dan bersatu padu.

Sementara itu, dalam ucapan aluan, Pengarah Pendidikan JabatanPendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidin berkatawarga Jabatan Pendidikan WP Labuan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan kemenjadian murid yang bakal menjadi nadipenggerak negara di masa mendatang.

Hasilnya beberapa kejayaan yang dicapai samada di peringkat kebangsaanmahupun antarabangsa dalam pelbagai acara yang dikongsikan melaluiportal JPWPL Sana Sini.

“Pendidikan yang berkualiti banyak ditentukan oleh pihakguru. Jika kualiti guru dapat ditingkatkan ke tahap yanglebih tinggi, pastilah pendidikan kita dapat mencapai tahapgemilang. Untuk itu kami berusaha meningkatkan kualitiPembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan melaksanakanpembangunan pendidikan yang berterusan berkaitan pembelajaranabad ke 21”, katanya lagi.

Hadir sama Pengarah KML, Tuan Haji Mohd Yusof Samad, Yang DipertuaMajlis Pengetua Sekolah Malaysia, Labuan, Encik Omar Baki Matusin danYang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan, Encik Jaafar Matusin, Ketua-ketua Sektor, Pengetua dan Guru Besar.

Page 17: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Guru-guru yang hadir Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan I

Cetus Minat Murid Belajar MelaluiICT

Labuan 25 September – Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajarancetus minat murid untuk belajar di dalam kelas.

Page 18: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Demikian pembentangan oleh Cikgu Hazniza Basri dari Sekolah KebangsaanBebuloh dalam perkongsian ilmu pengajaran dan pembelajaran (PdP) abadke 21 di Majlis Perhimpunan Bulan September Jabatan Pendidikan WilayahPersekutuan Labuan pada khamis lalu, bertempat di Bahagian TeknologiPendidikan Negeri Labuan.

Beliau banyak mengambil peluang untuk menggunakan kemudahan ICTsekolah dan aplikasi ICT seperti Frog VLE, Quizizz termasuk perisianGoogle dalam PdP dengan dibantu oleh Guru Penyelaras Bestari sekolah,Cikgu Mohd Reno Idris.

Cikgu Hasniza telah dianugerahkan sebagai Guru Tauladan bagi amalanPdPc abad ke 21 bagi bulan September 2017.

Pada mulanya, Agak sukar untuk melaksanakan PdP menggunakanICT kerana perlu mengambil masa yang lama untuk persiapansegala peralatan ICT berfungsi untuk digunakan oleh murid.Tetapi lama-kelamaan, ianya telah menjadi rutin dan hanyamengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja untuk memulakan PdPmenggunakan ICT.

Cikgu Hasniza sedang membentangkan perkongsian ilmu PdP abad ke 21

Dalam ucapan penutup di majlis tersebut, Pengarah Jabatan PendidikanWilayah Persekutuan Labuan Encik Raisin Saidin memuji Cikgu Haznizadan berharap semua guru dapat menerapkan elemen ICT dalam PdP keranaianya merupakan anjakan yang ke 7 Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia 2013-2025 iaitu Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan KualitiPembelajaran di Malaysia.

Kita sentiasa memberi ruang dan peluang kepada guru-guru

Page 19: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Labuan berkongsi ilmu dan kemahiran terutamanya pembelajaranabad ke 21 bagi menjadi contoh dan amalan kepada guru-gurulain dalam menghasilkan kemenjadian murid sebagai salah satuaspirasi untuk memacu negara di masa akan datang.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sektor, Pengetuadan Guru Besar di atas kejayaan jabatan dan sekolah sepanjang bulanOgos yang lepas.

Beliau juga memohon agar pihak sekolah dapat menjejaki kejayaan murid-murid dari semasa ke semasa bagi melihat hasil kemenjadian murid dimasa akan datang.

Pada majlis tersebut juga diadakan bacaan ikrar Perkhidmatan Awam danikrar Integriti Perkhidmatan Awam, penyampaian anugerah dan sijil,‘staff of the month’ .

Tidak lupa penyampaian kad dan hadiah hari lahir serta pemotongan kekkepada warga pendidikan yang lahir pada bulan September, diakhiridengan nyanyian ‘Di sini lahirnya sebuah cinta’ dan ‘Aku Negaraku’.

Sumber Berita : Cikgu Nizam, SPA

Majlis Perkongsian Ilmu

Page 20: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Kewartawanan dan Penulisan Berita

LABUAN, 18 September – Seramai 30 ahli jawatankuasa Portal JPWPLSana Sini yang terdiri dari guru sekolah dan kakitangan JabatanPendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL) telah mengikuti BengkelPenulisan Berita Asas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Botanikal,JPWPL, pada jumaat lalu.

Bengkel selama tiga jam itu dikendalikan oleh Ahli Fotografi KananUniversiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Encik Azri OnnOthman, dibantu oleh Puan Siti Zahara binti Mohammad, Pegawai SISC+Bahasa Melayu (Menengah), JPWPL.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Encik Raisin Saidin yang hadirpada majlis tersebut berharap jawatankuasa laman web jabatan dansekolah dapat dimantapkan lagi melalui penambahbaikan dalam penulisanberita.

“Menjadi harapan jabatan agar peserta bengkel dapatmemantapkan lagi penulisan berita di dalam portal JPWPL SanaSini, laman web sekolah masing-masing, termasuk media cetak”,katanya.

Menurut Penyelaras Program, Encik Zait Mohd Shafie, bengkel anjuranSektor Pengurusan Maklumat itu bertujuan untuk mendedahkan pesertamengenai kaedah penulisan berita yang baik untuk dimasukkan ke dalamportal JPWPL Sana Sini, laman web rasmi sekolah dan media cetak.

Peserta yang hadir fokus mendengar taklimat dari penceramah

Page 21: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan ribuanterima kasih dan penghargaan kepada Encik Azri Onn di atas sumbanganperkongsian ilmu yang diberikan dalam menjayakan bengkel ini.

Kembara UPSR 2017, Fikirkan Boleh,Engkau Boleh !

Bermula 4hb September di sekolah SK Sungai Lada dan berakhir di SKPekan Dua pada 8 September, Kembara UPSR 2017 mampu merangsangmotivasi calon UPSR Wilayah Persekutuan Labuan.

Kembara ini merupakan anjuran Majlis Guru Besar (MGB) WP Labuan dengankerjasama Jabatan Pendidikan WP Labuan.

Seramai 1234 orang calon akan menduduki peperiksaan UPSR di tujuhbelas sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan bermula 11September hingga 14 September dan 18 September 2017.

Dalam pengembaraan UPSR yang berlangsung seminggu di semua sekolahrendah, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, EncikRaisin Saidin berkesempatan untuk memberi kata-kata perangsang dan

Page 22: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

motivasi bagi membakar semangat anak-anak murid UPSR 2017 dalammenghadapi peperiksaan kelak.

Kembara Permata Kasih UPSR 2017, SK Bukit Kalam

Beliau sentiasa mengingatkan mengenai harapan ibu bapa masing-masingyang mengimpikan keputusan yang terbaik daripada semua calon. Guru-guru telah menjalankan tugas mengajar dengan baik dan kini segalakeputusan peperiksaan terletak dibahu calon sendiri samada ingincemerlang A dalam semua mata pelajaran atau mendapat lulus semua matapelajaran.

Setelah enam tahun bersekolah, besarlah harapan saya yangmewakili warga pendidikan agar semua calon UPSR 2017 WilayahPersekutuan Labuan lulus dan menguasai tahap minimum UPSR.Keputusan cemerlang semua A adalah satu bonus kepada anak-anak sekalian, tetapi apa yang lebih penting anak-anaksekalian lulus dan menguasai semua mata pelajaran. Ciptalahsejarah kecemerlangan yang akan anda kenang sehingga akhirhayat anda.

Page 23: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Kembara Permata Kasih UPSR 2017, SKK SK Rancha-Rancha

Beliau juga mengharapkan pihak sekolah fokus dalam melahirkankemenjadian murid sebagai salah satu aspirasi untuk memacu negara dimasa akan datang.

Pada saat-saat terakhir menjelang peperiksaan ini, Encik Raisinmengingatkan anak-anak UPSR 2017 agar sentiasa berdoa, menjagakesihatan, sentiasa menunjukkan kasih sayang, taat dan patuh kepadaibu bapa serta menghormati guru-guru mereka.

Setelah kita telah bertungkus lumus dan berusaha, jangan lupauntuk berdoa dan memohon restu daripada kedua ibu bapa sertaguru-guru anda. Hargailah jasa dan pengorbanan merekamembesar dan mendidik anda sekalian. Akhirnya, insyaAllahkejayaan menanti di hadapan anda.

Page 24: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Chaiyok, Chaiyok, Fight for the best ! UPSR 2017 SJK(C) Chung Hwa

Sementara itu, YDP Majlis Guru Besar (MGB) Labuan, Encik Jaafar HajiMatusin mengingatkan calon UPSR agar sentiasa tenang dan teliti dalammenjawab setiap soalan yang diberikan.

Setiap soalan mempunyai markah yang amat bernilai untukmenentukan gred yang anda perolehi bagi setiap matapelajaran. Sebagai contoh, alangkah ruginya anak-anaksekalian, sekiranya hanya memerlukan 1 markah sahaja untukmendapat gred A dalam matematik akibat tidak meneliti soalandengan baik.

Suntikan kata-kata semangat daripada Encik Raisin kepada calon UPSR SKTanjung Aru

Page 25: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang tidak pernah kenal ertipenat lelah, putus asa dan sentiasa memikirkan kaedah terbaik sertasanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi memastikan kejayaancemerlang anak-anak murid Labuan.

Pihak jabatan dan sekolah sentiasa mendoakan agar semua calon UPSR2017 diberikan akal fikiran yang cerdas dan boleh menjawab dengantepat semasa peperiksaan dijalankan dan mendapat keputusan yangcemerlang kelak.

Kepada Semua Calon UPSR :

Fikirkan Boleh. Engkau Boleh Lakukannya. SelamatMaju Jaya UPSR 2017.

Pasti Boleh! Kembara UPSR 2017 SK Pekan Satu

Page 26: Karnival Prasekolah Swasta 2017 - jpwpl.gov.my

Nukilan pembakar semangat kepada calon UPSR SK Pantai

Hadiah berupa alat tulis kepada calon UPSR SKK SK St Anne