Download - pegenalan,sejarah swasta
![Page 1: pegenalan,sejarah swasta](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082322/5695d0081a28ab9b0290a689/html5/thumbnails/1.jpg)
1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, masyarakat Malaysia seperti masyarakat negara lain juga pasti tidak
mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kecemerlangan dalam
pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu membolehkan kita seiring dalam menjelejahi
penemuan-penemuan baharu yang mengharumkan nama negara di arena dunia. Dalam bidang
pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula-formula baharu bagi memastikan
rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Adalah menjadi hasrat Kerajaan
Malaysia untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat jelatanya mahupun pendidikan.
Sejurus dengan impian kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang terbaik untuk
semua, sektor swasta turut sama menyumbang kepada usaha tersebut. Banyak institusi
pendidikan swasta atau ringkasnya IPS, beroperasi di seluruh negara bagi menyediakan
peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara antarabangsa
Seiring dengan pembangunan negara, kerajaan telah mewujudkan institusi-institusi pengajian
tinggi yang berasaskan sains dan teknologi. Namun tanggungjawab yang terlalu banyak
menyebabkan kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pendidikan untuk semua rakyat.
Justeru itu, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-
sama berganding bahu memikul tanggungjawab memarakan rakyat dalam memperolehi
pendidikan yang sewajarnya. Kalau dahulu fungsi institusi pendidikan swasta terlalu sedikit
dan hanya berfungsi sebagai satu alternatif kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan
tempat di institusi-institusi tinggi awam, keadaan kini telah jauh berubah. Institusi pendidikan
swasta mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tidak kurang pentingnya jika
dibandingkan dengan institusi pengajian awam.
Kini, IPS tidak lagi sebagai pilihan kedua malah menjadi satu pilihan utama terutamanya
kepada pelajar-pelajar dari golongan berpendapatan tinggi meneroka bidang-bidang baru
dalam dunia pendidikan. Kemudahan yang serba lengkap serta penawaran kursus yang
bersesuaian dengan permintaan semasa serta masa pengajian yang pendek menjadikan
institusi pendidikan swasta tumpuan pelajar-pelajar dari golongan yang berkemampuan.
“Permintaan gunatenaga yang tinggi terhadap tenaga kerja profesional dan mahir oleh sektor
perindustrian dan perdagangan menjelang tahun 2020 apabila Malaysia menjadi negara
perindustrian dan negara maju adalah menjadi faktor utama kepesatan perkembangan
pendidikan swasta pada masa sekarang ini dan ditambah dengan galakan dan gesaan dari
![Page 2: pegenalan,sejarah swasta](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082322/5695d0081a28ab9b0290a689/html5/thumbnails/2.jpg)
kerajaan agar sektor swasta melabur di dalam pendidikan dengan menubuhkan institusi
pendidikan swasta”. Ini dinyatakan oleh En Lee Meow Fatt, yang menegaskan ;
"Malaysian Incorporated and vision 2020 and the shortage of skilled manpower have often
been cited as rationale for the establishment of private institution". (The Star, 2 August 1992).
1.1 SEJARAH
Pendidikan swasta telah wujud di Malaysia semenjak tahun 1950an. Pada ketika itu banyak
sekolah pondok didirikan untuk mengajar pelajar-pelajar sebagai persediaan untuk
menyambung pelajaran di luar negeri khususnya dalam bidang agama. Pada awal 1970an,
perkembangan semasa peranan dan fungsi sistem pendidikan telah mewujudkan sekolah
swasta bagi menampung pelajar-pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat menengah.
Tahun 1980an telah menyaksikan suatu perubahan yang penting di mana pendidikan swasta
turut sama menyediakan peluang pendidikan di peringkat pendidikan tinggi sebagai alternatif
kepada mereka yang tidak terpilih memasuki institusi-institusi pendidikan tinggi awam
(IPTA). Pada hari ini pendidikan swasta di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat
dengan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).
1980
IPTS telah berkembang dengan pesatnya pada tahun sejak 1980-an. IPTS telah menawarkan
![Page 3: pegenalan,sejarah swasta](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082322/5695d0081a28ab9b0290a689/html5/thumbnails/3.jpg)
kursus-kursus pengajian di peringkat sijil dan diploma secara kerjasama dengan universiti
atau badan professional dari luar Negara seperti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat
(AS), Kanada, Australia dan New Zealand.
1990
Pada tahun 1990-an perkembangan pendidikan tinggi swasta semakin meningkat apabila
semakin banyak IPTS menawarkan kursus pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah
dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, komputer, dan teknologi
maklumat melalui program kerjasama dengan United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia,
New Zealand, Kanada dan Perancis. Program kerjasama ini dijalankan melalui Program
Berkembar, Program Pindahan Kredit, Program Pengiktirafan Luar (Advance Standing
Programme), dan Program Profesional. Program berkembar 1+2, 2+2 atau 3+1 yang
dijalankan ketika ini memerlukan pelajar meneruskan pengajian di tahap kedua selama satu
atau dua tahun terakhir di universiti luar negara.
Kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997 telah memberikan impak yang signifikasi kepada
perkembangan pendidikan tinggi swasta tempatan. Dengan pengurangan penghantaran secara
besar-besaran pelajar tajaan kerajaan ke luar negara, IPTS bukan bertaraf universiti telah
dibenarkan untuk mengendalikan kursus pengajian dengan kerjasama universiti luar negara di
UK, Australia, New Zealand dan Perancis melalui program 3+0, di mana pelajar dapat
menamatkan keseluruhan pengajian di IPTS tempatan.
2000
Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 32 IPTS telah diberi kelulusan mengendalikan program
3+0. Pengendalian program ini telah memberikan pengalaman berguna kepada IPTS dalam
mengendalikan kursus pengajian di peringkat ijazah pertama dan dalam masa yang sama telah
berjaya menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian tinggi di
Malaysia.
1.2 PENUBUHAN DAN PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Pendidikan swasta adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi
pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ia
dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi
![Page 4: pegenalan,sejarah swasta](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082322/5695d0081a28ab9b0290a689/html5/thumbnails/4.jpg)
pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya. Ringkasnya kesemua institusi pendidikan berkenaan perlu berdaftar
dengan Kementerian berkaitan terlebih dahulu sebelum dibenar beroperasi.
Mengikut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan secara umum terbahagi kepada
dua kategori iaitu kategori yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang menawarkan
pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran. Kumpulan intitusi yang
termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak -kanak, sekolah rendah dan
menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah antarabangsa, sekolah
perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran adalah di bawah seliaan dan
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara umumnya ini adalah seperti yang
dinyatakan di bawah.
Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan
penilaian yang dicadangkan.
Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan.
Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran
Sekolah Ekspatriat
Sekolah Antarabangsa
Pusat tuisyen yang menyediakan bantuan pelajaran kepada para pelajar mengikut
Kurikulum Kebangsaan
Pusat bahasa, pusat latihan komputer, pusat kemahiran/ perdagangan, sekolah gaya
pos dan lain-lain
Kumpulan kedua pula ialah kolej-kolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta dan
cawangan universiti swasta. Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda
dan ijazah sarjana di bawah kawalan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
IPTS di Malaysia dikategorikan kepada dua kategori iaitu IPTS bertaraf Universiti dan IPTS
bukan bertaraf Universiti. Bagi IPTS bertaraf Universiti terdapat tiga kategori iaitu IPTS
![Page 5: pegenalan,sejarah swasta](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082322/5695d0081a28ab9b0290a689/html5/thumbnails/5.jpg)
bertaraf Universiti, Kolej Universiti, Kampus Cawangan Universiti Luar Negara dan bagi
IPTS yang bukan bertaraf Universiti pula ialah IPTS berstatus Kolej. Sejajar dengan
pertambahan jumlah IPTS jumlah kerjasama yang terjalin antara IPTS tempatan juga semakin
berkembang dengan pertambahan bilangan negara luar yang menjalinkan kerjasama dengan
IPTS tempatan. Antara negara-negara luar yang menjalinkan kerjasama dangan IPTS
tempatan ialah seperti United Kingdom, Australia, USA, Canada, New Zealand, Ireland,
Perancis, Mesir, Indonesia dan juga India.
Kini IPTS bukan sahaja memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pendidikan
tinggi swasta malahan sebagai pemangkin bagi merealisasikan Malaysia sebagai hab
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
3.o