pendidikan swasta

49
1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi dan ledakan ilmu ini, rakyat Malaysia seperti rakyat negara lain juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu menjadikan kita sama seiring dalam meneroka penemuan- penemuan baru yang mengharumkan nama negara di mata dunia. Malahan ramai rakyat negara kita yang telah mencipta nama di luar negara. Menjadi impian Kerajaan Malaysia untuk memberi segala yang terbaik untuk semua rakyat. Pelbagai rancangan diatur dan pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan rakyat negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara lain. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula- formula baru bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Kemajuan pesat ekonomi negara turut menuntut kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan. Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara kita yang kurang menawarkan program-program tersebut. Selaras dengan pembangunan 1

Upload: puvaneswari-punis

Post on 12-Sep-2015

64 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Pendidikan Swasta

PAGE 32

1.0PengenalanDalam era globalisasi dan ledakan ilmu ini, rakyat Malaysia seperti rakyat negara lain juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu menjadikan kita sama seiring dalam meneroka penemuan-penemuan baru yang mengharumkan nama negara di mata dunia. Malahan ramai rakyat negara kita yang telah mencipta nama di luar negara. Menjadi impian Kerajaan Malaysia untuk memberi segala yang terbaik untuk semua rakyat. Pelbagai rancangan diatur dan pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan rakyat negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara lain. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula-formula baru bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Kemajuan pesat ekonomi negara turut menuntut kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan.

Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara kita yang kurang menawarkan program-program tersebut. Selaras dengan pembangunan negara, kerajaan telah membina institusi-institusi pengajian tinggi yang berteraskan sains dan teknologi. Oleh sebab tanggung jawab yang terlalu banyak kerajaan tidak mampu menyediakan peluang pendidikan untuk semua rakyat. Bagi memperlengkapkan kekosongan yang perlu diisi, kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-sama berganding bahu memikul tanggung jawab memajukan rakyat dalam memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kalau dahulu peranan institusi pendidikan swasta terlalu kecil bilanganaya dan hanya berfungsi sebagai satu alternatif kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan tempat di institusi-institusi tinggi awam, keadaan kini telah jauh berubah. Institusi pendidikan swasta mempunyai peranan dan tanggung jawab yang tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan institusi pengajian awam. Kini, institusi pengajian swasta tidak lagi sebagai pilihan kedua malah menjadi satu pilihan utama terutamanya kepada pelajar-pelajar dari golongan berpendapatan tinggi meneroka bidang-bidang baru dalam dunia pendidikan. Kemudahan yang serba lengkap serta penawaran kursus yang bersesuaian dengan permintaan semasa serta masa pengajian yang pendek menjadikan institusi pendidikan swasta tumpuan pelajar-pelajar dari golongan yang berkemampuan.

1.1Institut Pendidikan Swasta : Penubuhan , Pengurusan dan Operasi

Walaupun kerajaan tidak terlibat dalam membiayai kewangan institusi pendidikan swasta bukan bermakna kerajaan tidak terlibat langsung dalam urusan penubuhan dan pentadbiran institusi pendidikan swasta. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta terlibat secara langsung mengawasi penubuhan dan operasi serta menjalankan pemantauan bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan di institusi pendidikan swasta berterusan. Bagi memastikan perjalanan pengurusan dan operasi institusi pendidikan swasta bersesuaian dengan aspirasi dan cita-cita negara beberapa akta telah disediakan dan segala urusan pentadbiran institusi pendidikan Swasta adalah berikut iaitu Akta Pendidikan 1996, Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara dan Akta Perbadanan Tinggi Nasional 1997.

1.2Struktur Pendidikan Swasta

Mengikut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang menawarkan pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran. Kumpulan intitusi yang termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak -kanak, sekolah rendah dan menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah antarabangsa, sekolah perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran.

Kumpulan kedua pula ialah kolej-kolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta dan cawangan universiti swasta. Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Secara umumnya institusi pendidikan swasta di negara ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

1.2.1 Sekolah agama

Sekolah-sekolah swasta wujud dalam bentuk sekolah-sekolah agama. Contoh nya ialah TASKI, sekolah agama pondok yang terdapat dengan banyaknya di Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sekolah-sekolah ini disusun khas untuk orang ramai mendapat pendidikan dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi . Orang yang telah mencapai usia tua dan ingin mendalami bidang agama boleh mendapatkan pendidikan di sini. Pendidikan awam kurang (tidak) menyediakan peluang pendidikan di peringkat usia ini. Oleh itu di sinilah peranan IPTS memberi peluang itu kepada meraka yang berkenaan.

1.2.2 Sekolah Rendah dan Menengah Antarabangsa

Sekolah ini juga ditubuhkan oleh pihak swasta. Untuk melihat peranan sekolah ini, kita perlu melihat tujuan penubuhannya. Sekolah-sekolah Antarabangsa ini ditubuhkan untuk anak-anak diplomat yang bertugas di negara ini mendapat pendidikan mereka. Kurikulum yang mereka gunakan adalah sama bagi sekolah-sekolah antarabangsa lain di luar negara. Sekolah ini sangat berguna kerana sekiranya ibubapa mereka berpindah tugas ke negara lain, anak-anak mereka masih dapat menyambung pelajaran mereka di negara lain kerana kurikulum yang serupa. Oleh itu peranan IPTS ini sangat memberi manafaat kepada para diplomat.

1.2.3 Pusat Tuisyen

Pusat-pusat tuisyen swasta yang didirikan bagi memenuhi keperluan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Pusat tuisyen ini memberi pengkhususan bagi mata pelajaraan yang tertentu. Pelajar hanya perlu mendaftar bagi mata pelajaran yang mereka lemah dan perlukan bimbingan sahaja. Selain itu bagi pelajar yang tidak cukup latihan dan penerangan yang mereka dapati di sekolah kerajaan maka mereka akan dapat memenuhi cita rasa mereka itu di pusat-pusat tuisyen. Bahkan pusat-pusat tuisyen ini juga berperanan untuk membimbing pelajar yang tidak mendapat bimbingan di rumah. Ibubapa akan menghantar anak-anak mereka ke sini supaya anak-anak mendapat bimbingan yang lebih teratur terutama dari segi latihan tambahan di pusat-pusat tuisyen.

1.2.4 Pusat Latihan Komputer

Komputer memainkan peranan yang sangat penting dewasa ini. Celik IT, sebuah rumah satu komputer, kemudahan pengeluaran caruman KWSP untuk pembelian komputer dan pinjaman kewangan kerajaan dengan kadar yang rendah adalah langkah kerajaan menggalakkan bidang IT. Latihan-latihan yang disediakan oleh pusat latihan komputer memainkan peranan yang sangat penting.

Pusat-pusat latihan komputer ini menyediakan latihan komputer dari pelbagai aspek yang diperlukan oleh pelanggan mereka. Pelajar-pelajar lepasan sekolah atau sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, mereka berupaya mendapat latihan dengan lebih teratur dan terancang.

1.2.5 Pusat Bahasa

Bahasa Melayu adalah bahasa utama di Malaysia. Tetapi berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu kelebihan yang mendatangkan faedah sosial dan ekonomi. Pusat-pusat mempelajari pelbagai bahasa yang diperlukan sangat penting di sini. Orang ramai boleh mempelajari bahasa-bahasa yang mereka perlukan di pusat-pusat bahasa ini dalam tempoh yang singkat.

1.2.6 Sekolah Gaya Pos

Ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak mempunyai masa yang sesuai kerana kekangan masa bekerja? Ingin meningkatkan kemahiran diri tetapi terbelenggu dengan tugas-tugas seharian? Jawapan bagi persoalan ini ialah Sekolah Gaya Pos. Sekolah ini menyediakan penerangan pelajar menerusi gaya pos , iaitu dengan mengirimkan nota-nota kepada pelajar. Pelajar-pelajar mempunyai pilihan memilih masa yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Mereka tidak terikat dengan jadual waktu. Pilihan mereka dengan menyertai Sekolah Gaya Pos ini sangat memenuhi kehendak mereka. Di sinilah letaknya peranan IPTS memenuhi keperluan mereka.

1.3Kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta

Mengikut Akta Pendidikan 1996, kurikulum yang terdapat di peringkat prasekolah adalah diwajibkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Bahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu mengajarkan bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran.

Sekolah rendah swasta sepenuh masa melaksanakan sukatan pelajaran berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBRS) dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa-bahasa lain juga boleh diajar. Begitu juga bagi sekolah menengah sepenuh masa yang mengunakan Sukatan Pelajaran yang desediakan oleh Kementerian Pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sekolah ini juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua. Terdapat satu lagi kategori sekolah swasta iaitu sekolah menengah Cina yang menggunakan kurikulum persendirian dan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama. Bagi sekolah antarabangsa dan sekolah Ekspatrait, kurikulum yang digunakan ialah kurikulumnya yang tersendiri berpandukan kurikulum luar negara. Sekolah-sekolah ini menyediakan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan di luar negara.

1.4Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

IPTS yang dikendalikan oleh pihak swasta menawarkan kursus untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mendapatkan sijil. diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang. Secara amnya terdapat dua kategori IPTS mengikut status mereka iaitu :

a. IPTS yang bukan bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan.

b. IPTS yang bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan.

Kumpulan IPTS yang perlu berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ialah institut pengajian tinggi swasta, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti swasta dan pusat pengajian jarak jauh.

1.5Program-program yang ditawarkan oleh IPTS

Selaras dengan kemajuan negara dan permintaan tenaga semasa, IPTS menawarkan pelbagai program yang bersesuaian dan memenuhi cita rasa dan kemampuan para pelajar.

Antara program yang ditawarkan ialah :

1.5.1 Penyediaan Pendidikan untuk Peperiksaan Luar Negara

Antaranya A level anjuran badan-badan peperiksaan Associated Examining Board(AEB), Cambridge, London atau Oxford, Canadian Grade X111, South Australian Matriculation Examination. (Kolej Taylor, Damanasara , Bandar Utama , Sunway). Kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan ini adalah bertujuan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

1.5.2 Program Profesional

Bidang-bidang yang ditawarkan dalam bidang ini ialah bidang pengurusan, perakaunan, pemasaran, pengajian bank dan teknikal. Pelajar-pelajar akan dianugerahkan kelulusan peringkat diploma atau ijazah atau ahli bersekutu. Peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan pofesional dalam negara adalah seperti The Malaysian of Certificate Public Accountant (MACPA), Malaysia Intitut of Accountant (MIA). Chartered Institute of Management Accounting (CIMA). Institut yang menawarkan kursus-kursus tersebut antaranya ialah Kolej Stamford, Kolej RIMA, Systematic Business School dan Institut Teknologi Federal.

1.5.3 Program Pemindahan Kredit

Terdapat dua cara pemindahan kredit yang ditawarkan oleh IPTS. Cara yang pertama ialah pelajar-pelajar perlu belajar dalam negeri untuk mendapatkan sekurang- kurangnya 60 jam kredit dan melanjutkan pelajaran ke tahun dua atau tahun tiga ke Universiti luar negara. IPTS tempatan menggubal kurikulum berasaskan kehendak Universiti luar negara. Pilihan yang kedua ialah pelajar-pelajar mengambil peperiksaan peringkat diploma di IPTS tempatan dan mendapat pengecualian pengajian bagi tahun pertama dan tahun kedua kursus ijazah universiti luar negeri yang mengiktiraf diploma tersebut.

1.5.4 Program Kembar

Melalui program kembar ini IPTS tempatan mengadakan hubungan langsung dengan sesebuah universiti luar negara untuk menawarkan kursus ijazah universiti tersebut. IPTS tempatan boleh berkembar dengan dengan beberapa universiti luar negara. Para pelajar boleh memilih menjalani kursus sama ada sebahagian daripada kursus tersebut dijalankan di IPTS tempatan dan sebahagian lagi di universiti luar negara. Program Berkembar merupakan pilihan yang paling digemari oleh para pelajar kerana para pelajar boleh memilih sama ada belajar sepenuhnya di IPTS tempatan dan mendapat ijazah yang sama dengan IPTS kembarnya di luar negara. Pilihan ini bukan sahaja mengurangkan kos perbelanjaan pembelajaran pelajar, tetapi juga mengurangkan pengaliran wang negara ke luar. Bagi pelajar yang berkemampuan dan bercita-cita untuk belajar ke luar negara, mereka berpeluang menyambung pelajaran di IPTS luar negara mengikut kadar tahun pilihan mereka.

1.5.5 Program Ijazah Luaran

Dalam program ini para pelajar dikehendaki mendaftarkan diri sebagai pelajar external sesebuah universiti. IPTS menyediakan kemudahan kelas tutorial. Antara kolej yang menawarkan program ini ialah Institute Crecent (dalam bidang undang-undang) dan Kolej Stamford.

1.5.6 Pengajian Jarak Jauh

Program ini adalah program terbaru yang menawarkan pendidikan peringkat ijazah dan ijazah sarjana. Program ini dijalankan dengan kerja sama universiti luar negeri. Organisasi perniagaan tempatan menyediakan kemudahan bilik kuliah dan pensyarah tempatan serta kemudahan perpustakaan. Kuliah diberikan secara pos dengan bimbingan pensyarah tempatan dengan mengadakan kelas dua kali seminggu. Pada akhir semester pensyarah universiti berkenaan akan datang membimbing pelajar-pelajar atau pelajar sendiri datang ke universiti berkenaan.Pendidikan jarak jauh ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai eksekutif mempertingkatkan kelulusan tanpa meninggalkan keluarga dan kerjaya.. Antara organisasi tempatan yang menyediakan program tersebut adalah Malaysian Strategic Consultant dengan Universiti Deakin (Australia), RAYMA Management Consultant dengan Universiti Strathlyde (UK)

2.0 Peranan Jabatan Pendidikan Swasta

Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) adalah merupakan satu jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan ini dahulunya dipanggil sebagai Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru (BPSG) yang telah beroperasi sejak dari tahun 1961. Mulai 1 Oktober 1995 BPSG telah dijadikan sebagai sebuah jabatan yang dikenali sebagai JPS dan diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. JPS bertanggungjawab kepada segala aspek pengurusan penubuhan, pendaftaran dan pengawalseliaan institusi pendidikan swasta (IPS) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). JPS bertanggungjawab dalam mempastikan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan swasta adalah selaras dan selari dengan Dasar Pendidikan Negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama dengan unit pendidikan swasta di Jabatan Pendidikan Negeri (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).

Jabatan Pendidikan Swasta bertanggungjawab ke atas semua aspek penubuhan dan pendaftaran serta pengawalseliaan pendidikan swasta dari peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan bidang pendidikan swasta memainkan peranan dalam menambahkan peluang mendapat pendidikan khususnya di peringkat "tertiari" bagi semua golongan masyarakat (Jabatan Pendidikan Swasta 2001). Pendidikan swasta semakin memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan "supplementary" dan "complementary" kepada institusi pendidikan di Malaysia di semua peringkat, khususnya di peringkat pendidikan tinggi. Di antara objektif utama Jabatan Pendidikan Swasta ialah : (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).i. Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta berkualiti, bertaraf dunia dan relevan dengan keperluan negara.

ii. Memastikan semua pengurusan penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang ditetapkan.

iii. Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan yang cekap dan berkesan.

iv. Memastikan keseluruhan prasarana istitusi pendidikan swasta berkualiti.

v. Menjadikan pendidikan sebagai satu industri.

3.0 Peranan Pendidikan Swasta Terhadap Dasar Pendidikan Negara.

Pada masa kini institusi pengajian tinggi awam tidak dapat menampung permintaan pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan. Menurut Menteri Pendidikan :

"Kerajaan tidak dapat menampung kekurangan kira-kira 150,000 tempat belajar diperingkat pendidikan tinggi, beliau seterusnya menerangkan bagi setiap 100 orang yang layak, pusat pendidikan tinggi di negara ini hanya mampu menawarkan tempat kepada 33 atau 34 pelajar sahaja" ( Berita Harian 1992 )

Ini menimbulkan masalah untuk menempatkan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang jumlahnya terlalu sedikit, berbanding lulusan cemerlang atau terbaik kedua-dua peperiksaan peringkat sekolah itu (Massa 1997).

Langkah yang telah diambil oleh pihak IPTS dengan menggabungkan institusinya dengan universiti luar negara yang menawarkan program berkembar di mana kursus-kursus profesional seperti undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan telah ditawarkan. Langkah ini merupakan satu langkah yang bijak di mana yuran pengajian yang rendah tetapi dengan kualiti yang sama dengan IPTA menjadikan IPTS sebagai alternatif utama untuk pelajar meneruskan pengajiannya (Massa 1998).

Dengan ini juga institusi pendidikan swasta dapat membantu IPTA dalam melatih tenaga profesional dan mahir bagi menampung permintaan sektor perindustrian dan perdagangan yang sedang pesat membangun. Misalnya pada tahun 1990 hingga 1997, Malaysia memerlukan kira-kira 300,000 pekerja terlatih dalam sektor perkilangan (Berita Harian 1993).

Begitu juga mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 - 2000, Malaysia memerlukan tambahan jurutera seramai 30,100 orang, pembantu jurutera seramai 122,900 orang dan 600 orang lagi bagi pegawai perubatan dan kesihatan menjelang tahun 2000. Dalam seruannya, Timbalan Menteri Pendidikan Dr.Fong Chan Onn telah menyeru supaya sektor swasta mendirikan lebih banyak institusi pendidikan bagi menampung permintaan terhadap pendidikan tinggi (The Sunday Star 1993).

Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Sulaiman Daud menyeru agar sektor swasta memainkan peranan yang lebih cergas dalam pembangunan pendidikan negara, khususnya menyediakan kursus yang tidak dapat disediakan oleh kerajaan (Berita Harian 1992). Mengikut Rancangan Malaysia Keenam (1991) pada tahun 1985, dianggarkan seramai 60,000 pelajar telah belajar di institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan pelajar Malaysia yang ramai di luar negeri ini telah mengakibatkan pengaliran keluar tukaran wang asing kira-kira RM1.2 billion setahun, tetapi dengan tertubuhnya institusi pengajian swasta telah menyebabkan fenomena pelajar ke luar negara berkurangan. Misalnya pada tahun 1990, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri telah menurun kepada 52,000 orang sahaja (Kerajaan Malaysia 1991). Sehubungan itu, institusi pendidikan swasta yang tumbuh seperti cendawan pada akhir-akhir ini, selain dapat memberikan kemudahan pendidikan kepada pelajar-pelajar tempatan, juga dapat menarik dan memberi peluang belajar kepada pelajar-pelajar luar negeri khasnya kepada pelajar-pelajar Asean. Ini disarankan oleh Perdana Menteri sendiri agar :

"Institusi pendidikan swasta berusaha menarik penuntut bukan saja daripada dalam negara bahkan juga dari luar negara, Beliau seterusnya berkata, bahawa kita mampu daripada segi kepakaran untuk menyediakan segala kemudahan peringkat tinggi bagi rantau Asia Tenggara" (Utusan Malaysia 1993)

Setakat ini, menurut sumber Kementerian Pendidikan, cuma terdapat 4,000 pelajar asing menuntut di negara ini, itu pun termasuk di pusat pengajian tinggi awam ( Massa 1998 ) Menerusi institusi pengajian swasta, pemilihan menerusi pencapaian akademik untuk kemasukan atau pengambilan tidaklah diperketatkan seperti di IPTA, kerana yang penting untuk mereka iaitu setiap pelajar berkemampuan menampung kos pembelajaran dan mengambil kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan sekolah. Selain peranan-peranan yang tersebut di atas institusi pendidikan swasta juga berperanan sebagai pelengkap dan bukan pesaing kepada pendidikan awam. Dengan maksud yang lain institusi pendidikan swasta lebih peka terhadap kehendak pelajar dan masyarakat dalam menawarkan apa - apa kursus (Massa 1997).4.0 Implikasi Kebaikan

Penubuhan pendidikan swasta di negara ini telah banyak membantu negara dari aspek menyediakan prasarana pendidikan dan ekonomi negara. Pendidikan swasta secara tidak langsung bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan swasta memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pendidikan negara, khususnya dalam melahirkan golongan profesional dan tenaga mahir, memberi peluang pendidikan kepada pelajar yang layak dan menjimatkan kos.

4.1Menampung Pemintaan

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan SPM / SPVM / STPM diumumkan terdapat peningkatan dalam bilangan pelajar yang lulus dengan baik. Pelajar-pelajar ini berkelayakan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Permasalahan yang timbul ialah bilangan IPTA yang sedia ada tidak berkemampuan untuk menampung dan menempatkan bilangan lambakan pelajar itu (Massa 1998 ). UKM, UPM, UiTM, UTM, UIA , USM, UNIMAS dan IPTA-IPTA yang lain walaupun bilangannya semakin bertambah namun masih belum cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini. Pelajar-pelajar ini terpaksa mengambil alternatif lain. Jawapan yang dicari-cari bagi menghadapi fenomena ini ialah IPTS. IPTS yang menjalankan program berkembar dengan universiti luar negara dan menawarkan kursus-kursus yang profesional merupakan pilihan bijak pelajar ini. Tambahan pula kualiti kursus yang ditawarkan itu hampir sama dengan IPTA. Faktor ini menjadi tarikan kepada pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Sasaran unjuran pembangunan sumber tenaga Malaysia yang dibuat menjelang tahun 2020 ialah 40% daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan di peringkat universiti (Massa 1998). IPTS bersama-sama dengan IPTA memikul tanggungjawab ini secara bersama IPTA. Langkah ini juga bertujuan untuk merintis satu perubahan bagi membentuk imej Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai golongan elit pendidikan tinggi yang akan dapat memainkan peranan penting dalam memodenkan pembangunan sosial dan ekonomi negara ( Massa 1997).

4.2 Melatih Tenaga Profesional

Apabila menerima masuk pelajar-pelajar ini dengan kursus-kursus bertaraf profesional yang ditawarkan oleh IPTS secara tidak langsung institusi berperanan membantu melahirkan tenaga profesional dan mahir. Permintaan terhadap tenaga profesional dan mahir semakin meningkat dengan pesat pada dekad ini , terutama dalam sektor perindustrian dan perdagangan . Sebagai contoh mengikut Rancangan Jangka Panjang ke Dua 1991 2000, Malaysia memerlukan tambahan jurutera seramai 30,000, pembantu jurutera seramai 122,900 orang dan 600 orang lagi pegawai perubatan dan kesihatan pada tahun 2000 ( Berita Harian 1993).

4.3 Pelengkap Bukan Pesaing

IPTS juga menawarkan kursus-kursus yang tidak terdapat di IPTA. Kehadiran IPTS di arena pendidikan kebangsaan berfungsi sebagai pelengkap kepada institusi pendidikan yang sedia ada.

4.4 Penjimatan Kos Kerajaan / Tajaan

IPTS juga mampu untuk menjimatkan tanggungan kewangan kerajaan / tajaan. Sebelum ini , sekiranya kerajaan memerlukan pakar-pakar dalam bidang tertentu namun kursus tersebut tidak ditawarkan di sini, maka pelajar tersebut terpaksa dihantar ke luar negara ( Massa 1998 ) Ini bermaksud pengaliran wang keluar. Sila rujuk pada Carta di bawah

Yuran Pengajian Satu Tahun Akademik yang dikenakan Oleh Institusi Swasta Tempatan dan Universiti Luar Negara mengikut Kursus

Bidang KursusKolej Swasta TempatanUniversiti-Universiti Luar Negara

Amerika SyarikatUnited Kingdom

Kejuruteraan

Ekonomi

Pengurusan Perniagaan

Perakaunan

Undang-undang

Sains Komputer

RM10500

RM9500

RM5400

RM9000

RM7500

RM5400RM25000

(RM14500)

RM25000

(RM15500)

RM25000

(RM19000)

RM25000

(RM16000)

RM25000

(RM175000)

RM25000

(RM16000)RM35000

(RM24500)

RM30000

(RM20500)

RM30000

(RM24600)

RM30000

(RM21000)

RM35000

(RM27500)

RM35000

(RM29600)

Sumber: Prospektus kolej-kolej swasta tempatan mengenai yuran pengajian dan The British Council Education Guide (Dalam kurungan ialah kos yang boleh dijimatkan)Peranan penting IPTS di sini ialah dengan twinning program, linkage, transfer program yang diadakan dengan universiti luar negara menyebabkan pelajar boleh melanjutkan pelajaran mereka di tanah air. Bayangkan sekiranya satu sesi akademik di USA ialah RM25000, jika tiga sesi bermaksud RM75000. Maksudnya jika pelajar tersebut melanjutkan pelajaran di IPTS bayarannya hanyalah RM30000. Kos yang dibayar di luar negara ini tidak termasuk kos sara hidup pelajar terbabit.

4.5 Kos Tanggungan Ibubapa

Kejatuhan nilai ringgit, kemelesetan ekonomi dan kelembapan ekonomi dunia mengakibatkan kos pengajian di luar negara meningkat dua kali ganda. Ini menyebabkan ibubapa beralih pandangan ke universiti tempatan. Permintaan memasuki IPTA telah melebihi dari tempat yang ditawarkan. Mampukan IPTA menampung jumlah mereka yang ramai itu? Jawapannya ialah IPTS. Kini IPTS bukan hanya menampung pelajar lepasan sekolah malah pelajar yang terpaksa kembali meneruskan pelajaran di tanah air setelah kos hidup di luar negara meningkat ( Massa 1998). Walaupun kerajaan, ibubapa terpaksa membelanjakan wang untuk pembelajaran pelajar-pelajar itu tetapi tiada pengaliran keluar wang negara. Di sinilah peranan IPTS menyumbang dalam mengurangkan kos negara.

4.6Menambahkan Pendapatan NegaraKini terdapat 4,452 pelajar asing yang menuntut di negara ini yang membawa pendapatan sebanyak RM53 juta (Massa 1998). Jumlah ini akan menjadi lebih besar jika diambil kira jumlah yang perlu dibayar oleh pelajar tempatan. Oleh itu ini menjanjikan sumber pendapatan negara yang memberikan pulangan yang lumayan. Jika diberi perhatian yang lebih dengan mengawal selia kualiti IPTS maka sejumlah besar tukaran wang asing akan dapat diselamatkan.

4.7Pemindahan Teknologi dan Kepakaran

Menerusi program berkembar yang dijalankan oleh IPTS dengan universiti luar negara akan menyebabkan pemindahan teknologi dan kepakaran berlaku. Pemindahan ini akan berlaku apabila pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar turut serta melibatkan diri dalam penyelidikan bersama yang dijalankan di negara ini.

5.0 Implikasi Keburukan Pendidikan Swasta

Terdapat beberapa kesan keburukan yang wujud dalam proses perlaksanaan pendidikan swasta di negara ini khususnya dalam penubuhan institusi pengajian tinggi. Di antara keburukan yang wujud ialah :

5.1 Pengambilan pelajar yang tidak seimbang

Kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi adalah tidak seimbang. Pelajar pelajar Melayu khususnya terlalu sedikit dalam insitusi pengajian tinggi swasta. Jumlah pelajar bumiputera di IPTS pada tahun 1997 ialah kira kira 4,200 orang daripada 84,000 pelajar (Zainal 1997). Bilangan ini hanya merangkumi 5% daripada jumlah pelajar di seluruh IPTS. Pada tahun 1998 jumlah pelajar bumiputera ialah kira kira 26,500 daripada 176,047. Bilangan ini hanya merangkumi 15% daripada jumlah pelajar di IPTS. Manakala di IPTA pula jumlah pelajar bumiputera ialah 30,250 orang daripada 55,000 orang pelajar (Zainal 1997). Secara keseluruhannya jumlah pelajar bukan bumiputera di seluruh pusat pengajian tinggi ialah 104,550 berbanding 34,450 pelajar bumiputera (Zainal 1997). Menurut Ghazali (1993), 80% pelajar pelajar IPTS adalah terdiri daripada satu kaum tertentu sahaja. Fenomena ini akan menyebabkan wujudnya jurang dalam perpaduan di antara kaum di negara ini.

5.2 Pendidikan swasta telah melahirkan pendidikan tinggi dwisistem

Mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1995, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pengajian dalam sistem pendidikan kebangsaan KECUALI sekolah jenis kebangsaan yang ditubuh di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh menteri daripada sub-seksyen ini (MDC 1996). Mengikut Zainal (1996)," kecuali " dalam seksyen tersebut melibatkan 1290 buah SRJK Cina dengan jumlah seramai 581,000 pelajar, 544 buah SJK Tamil dengan pelajar seramai 96,120 orang, 60 buah Sekolah Bebas Cina dan lebih 250 buah IPTS yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Implikasinya, ia akan menjejaskan matlamat menseimbangkan ekonomi antara kaum dan penubuhan bangsa Malaysia. Ini disebabkan pihak swasta lebih komited dengan bukan bumiputera yang lebih daya saing dalam semua segi berbanding kaum bumiputera (Zainal 1996).

Soal bahasa amat penting bagi bumiputera khususnya orang Melayu. bahasa Inggeris akan menjadi bertambah penting pada abad ke 21 , dan ia mempunyai nilai ekonomi dalam sektor swasta. Kesan peningkatan bahasa Inggeris dan kejatuhan keagungan bahasa Melayu akan menyebabkan pelajar-pelajar Melayu luar bandar yang terdidik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsan akan tersisih. Menjelang 2020 nanti, sudah pasti ramai di antara mereka akan tercicir dalam persaingan (Isahak 1994). Selain dari itu, kesan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 akan menyebabkan bahasa Melayu akan jatuh nilai ekonominya dalam tempoh 15-20 tahun lagi. Kedua-duanya juga akan mewujudkan sekurang-kurangnya dua kumpulan pelajar dan siswazah iaitu satu aliran kebangsaan dan satu aliran Inggeris dengan kemungkinan kumpulan ketiga dari aliran Cina (Zainal 1998).

5.3 Konflik dengan dasar pendidikan negaraKesan negatif daripada penubuhan IPTS juga adalah status dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu akan tercabar. Pemisahan yang jelas di antara pengajian ilmu kemanusiaan umpamanya bahasa, sastera, sejarah dan falsafah dengan pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi. IPTS lebih berminat kepada pengajian yang kedua itu, kerana kepentingan ekonomi dan pasaran dan menganggap bahawa pengajian ilmu-ilmu kemanusian itu kurang ada gunanya ( Anwar Ridwan 1995 ). Isu ini dihangatkan lagi dengan kemasukkan pelajar ke IPTS yang tidak mempunyai kredit di dalam bahasa Melayu yang dibangkitkan oleh Kesatuan Guru Bahasa Melayu Se Malaysia (KGBMS) di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 11 Julai 1998.

Sikap memandang sepi kepada bahasa kebangsaan yang berlaku di IPTS ini perlu dibendung agar tidak berlaku di kejadian membelakangkan Bahasa Melayu kerana ini bererti membelakangkan Dasar Pendidikan Negara. Seksyen 41(1) Akta IPTS yang menetapkan bahawa hanya Bahasa Melayu yang boleh menjadi bahasa pengantar di IPTS merupakan langkah yang bijak dalam menegakkan DPK. Namun kelonggaran yang diberikan dalam Seksyen 41(3)(a) dan Seksyen 41(3)(b) dengan membenarkan IPTS memohon pengecualian menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab sebagai bahasa pengantar telah menyebabkan ia menjadi tandatanya kepada masyarakat. Sikap membelakangkan bahasa Melayu oleh IPTS bererti membelakangkan Dasar Pendidikan Negara.

5.4 Kebanyakan IPTS dimiliki oleh satu kaum

Satu lagi masalah yang sering di timbulkan ialah kebanyakan kolej swasta ini dimiliki oleh satu kaum sahaja atau dimiliki oleh syarikat sendirian berhad yang dikuasai oleh satu kaum sahaja, begitu juga dari segi jumlah pelajar yang mengikuti kursus-kursus di kolej swasta adalah majoritinya dari satu kaum sahaja, ini telah dinyatakan oleh Lee Meow Fatt dalam ceramahnya di ceramah Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM di UKM Bangi pada 2 Ogos 1992 yang berjudul "Private Educational Institution" menyuarakan kebimbangan dan menyatakan bahawa masalah yang sering timbul semasa penubuhan IPTS ialah kebanyakkan IPTS ini dimiliki oleh satu syarikat atau syarikat sendirian berhad sahaja begitu juga dengan jumlah pelajar yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja dimana fenomena ini akan menyebabkan jurang perpaduan wujud, pada hal kita melihat sektor pendidikan adalah merupakan satu alat untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

5.5 Kualiti kurikulum yang boleh dipersoalkan

Seperkara lagi ialah kewibawaan kualiti tenaga pengajar di IPTS yang boleh dipertikaikan. Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa terdapat IPTS di negara ini yang menggunakan khidmat pensyarah yang kurang wibawa (Berita Harian 1997). Naib Presiden Kolej Unitek Malaysia, Petaling Jaya, Rosli Yusof dalam kenyataannya menyatakan bahawa pihaknya turut menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar terutama di bidang kejuruteraan dan komputer. (Massa 1997) Sikap IPTS ini amat mendukacitakan kerajaan dan akan membantutkan rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf antara bangsa.

6.0 Isu Isu dan Cabaran Pendidikan Swasta

Terdapat beberapa isu yang wujud dari pendidikan swasta di negara ini. Isu yang wujud ini memberikan cabaran kepada kerajaan supaya masalah ini dapat di atasi dengan baik . Di antara isu dan cabaran yang wujud ialah :

6.1 Menggadai Maruah Pendidikan Tinggi

Menurut Prof. Neil Buxton, Naib Canselor Universiti Hertfordshire, di United Kingdom ,

Universiti adalah sebahagian daripada institusi nasional negara. Jika separuh daripada universiti itu dimiliki oleh orang asing, ini bermakna sebahagian daripada kemerdekaan anda pergi ke seberang laut ( Massa.1998 )

Pendapat ini disuarakan oleh beliau kerana beliau bertaangggapan bahawa IPTS ini merupakan sebahagian daripada institusi nasional mereka dan kepentingan nasional mereka adalah bercanggah dengan kepentingan nasional kita. Jadi peranan IPTS sebagai pusat penyebar ilmu dan melahirkan insan yang berguna kini di persimpangan jalan. Kini pendidikan sebagai alat penting untuk melahirkan sebuah kerajaan bersatu yang dikawal dengan sempurna telah terusik. Cuma pendidikan di peringkat menengah dan rendah sahaja yang masih lagi belum terusik.

Tidak dapat dinafikan sejak kebelakangan ini sudah banyak IPTS yang telah membelakangkan agenda nasional, tetapi atas nama kehadiran ijazah berkembar dengan IPTS asing, ini merupakan satu usaha komersial yang menguntungkan, melahirkan tenaga mahir dan pakar, kepincangan ini telah diketepikan (Chamil Wariya 1998). Jadi ini membuktikan kepada kita dalam jangka masa panjang, kehadiran dan kewujudan IPTS asing ini akan menyebabkan kebebasan Malaysia terbang ke sebarang laut , jika dilihat dalam konteks akademik.

Pandangan Prof. Neil Buxton ini perlu dinilai secara kritis. Mengapakah beliau mengambil sikap yang nampaknya tidak menyenangi penubuhan terlalu banyak kampus cawangan pusat-pusat pengajian tinggi asing ini ? Dan mengapakah sebagai orang asing, beliau meminta kerajaan Malaysia agar lebih berhati-hati dalam isu ini ? Apakah yang tersurat disebalik peringatan beliau ini ? Rasional beliau jika diteliti dengan mendalam membolehkan kita membuat interpretasi bahawa universiti-universiti asing yang tidak berada di bawah kawalan kita akan menyebabkan kita kehilangan kawalan ke atas mereka dan secara tidak langsung akan menyebabkan kepentingan nasional kita akan turut terjejas.

Kenyataan Prof. Neil Buxton di atas selari dengan pendapat Dr. Anwar Ridzwan 1995, bahawa kelonggaran di IPTS ini akan menyebabkan sesuatu kerajaan itu semakin kehilangan kawalan dan suara terhadap institusi pendidikan negara. (Dewan Budaya 1995). Perlu wujud kesedaran bahawa kemungkinan kebebasan kita mengawal IPTS ini akan tercabar sedikit masa lagi. Tidak dapat dinafikan juga penjajahan semula melalui bentuk akademik semakin berleluasa tetapi tidak begitu terasa. Keghairahan untuk mendapatkan kelulusan yang diiktiraf dan kononya mengikuti piawaian antara bangsa akan membuatkan kita berasa gelap mata (Massa 1998 ).

6.2 Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tergugat.

Umumnya kita mengetahui bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di IPTS sedangkan bahasa Melayu yang diletakkan taraf sebagai bahasa Kebangsaan berada di kelas kedua sahaja. Begitulah nasib bahasa Melayu ketika ini. Walau bagaimanapun teradapat Seksyen 41(3)a, yang membenarkan pihak IPTS memohon kepada Kementerian Pendidikan pengecualian penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Manakala Seksyen 41(3)b pula, membenarkan bahasa Arab bagi pengajian Agama Islam.

Pengecualian di dua Seksyen ini memperlihatkan kepada kita ketidaktegasan pihak kementerian dalam mendaulatkan imej bahasa Melayu di IPTS. Mengapakah perlu diberi pengecualian ? Apakah bahasa Melayu itu sendiri tidak mampu menjadi wahana dan wacana kepada perkembangan dunia keilmuan di IPTS ? Sehingga bilakah kita harus berbangga dengan perlaksanaan bahasa Melayu di IPTA sahaja ? Kita harus mempunyai keyakinan bahawa tidak perlu pengecualian dalam apa jua peringkat perlaksanaannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa IPTS yang digerakkan oleh tokoh korporat dan swasta lebih kepada acuan keperluan mereka sendiri. Ini selari dengan kehendak pasaran dunia pekerjaan yang menuntut penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pengamalnya. Bahasa Melayu akan terus dipinggirkan. Sejauhmana akta yang sedia ada berjaya mengekang fenomena ini daripada terus menular ?

Menurut Anwar Ridhwan, dalam Seminar Pengkoporatan Institut Pendidikan Tinggi Swasta di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 1995, sejak akhir-akhir ini semacam terdapat satu perubahan secara halus yang seolah-olah membolehkan beberapa matapelajaran diajar dalam bahasa Inggeris (Dewan Budaya 1995). Bagaimanakah nasib bahasa Melayu dan bahan-bahan terbitan dalam bahasa Melayu yang dicetak oleh DBP sejumlah 15,000 naskah untuk IPTA dan IPTS menjelang tahun 2020. Nyata bahasa Melayu akan menjadi bahasa kelas kedua di IPTS. Dengan ini hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang telah dibatasi dan dihadkan jangkauannya.

Jika dianalisis secara kritis, ternyata pengaruh bahasa Inggeris ini mempunyai kesan jangka panjang yang amat berbahaya kepada Dasar Bahasa Kebangsaan. Menurut Prof. Abdullah Hasan (1996), jika di peringkat IPTS menggunakan bahasa Inggeris, bagaimana dengan peringkat sekolah menengah, rendah, pra-sekolah, tadika-tadika dan sebagainya ? Adakah golongan bumiputera disediakan untuk bersaing dalam menggunakan bahasa antarabangsa ini ? Kita berasa bimbang golongan bumiputera akan terus tertinggal dan terpinggir dalam arus kemajuan sistem pendidikan yang kita cipta sendiri. Oleh itu kami berpendapat mesti diwujudkan satu kesinambungan penguasaan bahasa Inggeris ini sebagai persediaan untuk ke universiti kelak. Pihak kerajaan perlu konsisten dengan dasar yang ingin dibentuk. Sekiranya kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak IPTS untuk menggunakan bahasa Inggeris maka kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sekurang kurangnya untuk subjek teknikal di peringkat sekolah menengah. Dasar ini akan menjadikan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera untuk bersaing dari kedudukan yang sama dalam persaingan pendidikan di IPTS.

Lazimnya pelajar yang menguasai bahasa Inggeris ialah pelajar dari taraf sosio ekonomi yang tinggi. Bagaimanakah dengan nasib pelajar luar bandar yang gagal berbuat demikian. Kesan jangka panjangnnya ialah pelajar akan selalu didoktrinasikan dengan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu.

6.3 Semangat Patriotisme Kehilangan Arah

Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Kolej Swasta, Sekolah Swasta dan sebagainya tidak mementingkan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan. Ini amat bertentangan dengan agenda pendidikan nasional negara. Sedangkan sejarah merupakan subjek teras untuk peringkat sekolah. Di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan sekolah-sekolah kerajaan pula melihat kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks yang nasional dan mewajibkan semua pelajar mengambil subjek ini di peringkat SPM dan mata pelajaran Tamadun Islam di peringkat pengajian tinggi yang turut memaparkan pergerakan sejarah sesuatu bangsa.

Walau bagaimanapun situasi ini berbeza di IPTS. Mereka tidak melihat subjek ini dari perspektif nasional. Oleh itu tiada subjek ini ditawarkan di mana-mana IPTS mahupun kolej swasta. Menurut Puan Maharom Mahmood, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan semasa membentangkan Kertas Kerja dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah di Kuala Lumpur Oktober 2001, beliau menekankan :

Pendidikan Sejarah akan dapat membawa kita mengenal jati diri / asal usul bangsa kita serta boleh menanam sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara

Di sini kita dapat membuat interpretasi bahawa mata pelajaran Sejarah ini sangat penting dan masih relevan dalam konteks kepentingan nasional. Apakah generasi yang akan terdidik dengan kurikulum IPTS ini akan melupakan sejarah asal-usul bangsa mereka ? IPTS juga pada hakikat telah meminggirkan subjek keagamaan dan moral. Kesemua subjek ini dilihat sebagai tidak mempunyai market value yang baik. IPTS lebih mementingkan nilai ekonomi dalam menawarkan kursusnya ? Hakikatnya, nilai patriotik akan terus malap dalam jiwa generasi yang belajar di IPTS. Kita bimbang akan lahir generasi yang lupa sejarah bangsa mereka sendiri.

6.4 Kurikulum IPTS gagal dimantau

Menurut Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus, setiap kurikulum yang hendak ditawarkan mesti mendapat kelulusan dari Menteri Pendidikan dahulu mengikut seksyen 38 Akta IPTS dan memenuhi prasyarat Seksyen 39 Akta IPTS (Massa 1998 ).Isunya ialah sejauhmanakah pihak Jabatan Pendidikan Swasta yang dipertanggungjawabkan berjaya memantau samada sukatan kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan prasarana dan lain-lain yang disediakan oleh IPTS, kolej-kolej mahupun sekolah-sekolah swasta ? Kita sering mendengar masalah ini dibangkitkan di media massa. Realitinya, kurikulum di IPTS atau di Kolej Swasta tidak mencapai standard piawaian yang ditetapkan. Wujud kepelbagaian kurikulum di peringkat sekolah-sekolah swasta. Jika dilihat secara terperinci, pendidikan di peringkat pra sekolah atau tadika swasta turut mempunyai kurikulum yang tidak seragam. Oleh itu persoalannya disini, bagaimanakah agenda pendidikan nasioanl akan dicapai jika tidak wujud keseragaman dalam kurikulum ini ?

Menurut Chamil Wariya (1998) . Umumnya Kementerian Pendidikan terlalu bergantung kepada undang-undang dalam memantau IPTS mahupun kolej atau sekolah swasta ini. Tetapi berdasarkan realiti semasa, undang-undang tidak semestinya bersifat mencegah dan mengawal dan terdapat banyak undang-undang yang diwujudkan gagal dimanfaatkan. Kebergantungan kepada undang-undang bukanlah tindakan yang bijak.

Dalam aspek kurikulum juga telah berlaku pengasingan yang jelas antara subjek kemanusiaan seperti sejarah, sastera, bahasa dan lain-lain dengan pengajian ilmu ekonomi, sains dan teknologi ,sains dan sebagainya. Kolej swasta dan IPTS luar lebih berminat menawarkan subjek aliran kedua. Ini selari dengan tuntutan pasaran kerja ketika ini. Jelas pengasingan ini akan menjadikan subjek ini terus dipinggirkan dan akan hilang arahnya di masa hadapan. Pelajar-pelajar tidak lagi mempunyai ruang untuk mengasuh minda berkarya dan sebagainya. Sedangkan subjek kemanusiaan ini juga mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membentuk peribadi dan pemikiran pelajar.

6.5 Kedudukan Pelajar Bumiputera Terpinggir

IPTS mahu pun kolej swasta tidak mempunyai kuota yang khusus untuk pelajar bumiputera. Kemasukan ke IPTS dan kolej-kolej Swasta ini bergantung kepada kemampuan kewangan pelajar tersebut. Jika dilihat jumlah pelajar bumiputera di IPTS mahu pun kolej swasta amat minima. Mereka tiada kemampuan dari segi kewangan. Kadar yuran yang terlalu tinggi menyebabkan mereka lebih tertumpu kepada IPTA. Menurut Datuk Khalid Yunus ( Massa 1998 ) :

langkah menetapkan kuota bukan langkah yang sesuai. IPTS mempunyai entiti sendiri. Yang kementerian boleh lakukan ialah mengambil tahu sahaja

Bagaimana nasib pelajar bumiputera di IPTS. Dikhuatiri kelak sektor IPTS akan menjadi industri yang tidak menguntungkan khalayak terbanyak di negara ini. Kita juga bimbang suatu ketika nanti IPTS akan diidentifikasikan untuk bukan bumiputera dan IPTA untuk bumiputera. Segala-galanya bukan suatu yang mustahil untuk berlaku. Oleh itu langkah awal perlulah diambil agar nasib pelajar bumiputera di IPTS dan Kolej Swasta akan terbela.

6.6 Tergugatnya Kebudayaan Kebangsaan

Pendidikan Swasta mengenepikan dan tidak memberi penekanan elemen budaya kebangsaan dalam kurikulum mereka. Yang pasti pendidikan swasta lebih menjurus ke arah melahirkan individu yang lebih materialistik dan individualisitik. Menurut Anwar Ridhwan (1995) :

Perkembangan Pendidikan Swasta yang tidak terkawal telah mempercepatkan kerosakan budaya kebangsaan. Penobatan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama menggagalkan fungsi bahasa kebangsaan tersebut.

Jelas Pendidikan swasta akan terus meminggirkan budaya bangsa kita. Langkah-langkah menuju ke status negara maju menjelang 2020 mula menyaksikan bahawa nilai kehidupan kini lebih bersandarkan kepada unsur-unsur material. Kian terbentuk masyarakat yang liberal. Sampai bilakah satu budaya kebangsaan akan dapat diwujudkan? Kita bimbang kewujudan dan peminggiran budaya kebangsaan di kalangan generasi di IPTS ini akan mempercepatkan lenyapnya budaya kebangsaan suatu masa nanti.

7.0 Rumusan dan Cadangan

Secara umumnya pendidikan swasta memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun perlu ada kawalan dan pemantauan dibuat ke atas perlaksanaan pendidikan swasta agar ianya tidak bertentangan dengan dasar dan falsafah pendidikan negara untuk masa yang akan datang. Penulisan ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil demi kebaikan bersama dalam proses perlaksanaan pendidikan swasta di negara ini. Beberapa cadangan yan diberikan adalah seperti di bawah :

a. Dasar kurikulum pendidikan swasta harus sesuai dengan falsafah pendidikan negara di mana keutamaan harus diberi kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Seterusnya ilmu yang berteraskan nilai nilai moral dan patriotisme perlu diberikan perhatian.

b. Untuk pendidikan tinggi khususnya untuk memastikan tidak wujud pola pengambilan pelajar yang tidak seimbang maka setiap IPTS diminta untuk mengadakan kursus yang membolehkan pelajar mendapat bantuan PTPN.

c. Untuk membantu pengusaha IPTS bumiputera disarankan supaya kerajaan bekerjasama dengan IPTS bumiputera bagi penubuhan sesebuah kolej komuniti di sesebuah negeri.

d. Dicadangkan supaya ditubuhkan satu Tabung Penyelidikan dan Pembangunan bagi tujuan tenaga pengajar di IPTS menjalankan R&D. Satu bentuk perkongsian perlu dibentuk di antara IPTA dan IPTS dalam program R&D.

e. Penubuhan IPTS sewajarnya tidak berdasarkan komersial sahaja. Mereka perlu menawarkan kursus yang masih kekurangan di negara ini walaupun ianya ditawarkan oleh IPTA.

f. Pihak JPS perlu memastikan yang pihak IPTS memberikan keutamaan kepada bahasa Melayu dan menyediakan kursus yang mempunyai nilai kenegaraan dan patriotisme. Contoh pihak JKR telah menetapkan setiap spesifikasi lukisan pembinaan perlu dibuat dalam bahasa Malaysia dan pihak swasta yang ingin berurusan dengan JKR terpaksa akur kepada peraturan ini.

g. Kerajaan negeri juga digalakkan memainkan peranan dalam pembangunan industri pendidikan bersama pihak swasta dengan membangunkan kemudahan infrastruktur yang sesuai.

h. LAN perlu menggunakan ahli ahli panel yang betul betul layak dan mempunyai mindset yang lebih professional dalam menjalankan tugas tugas penilaian kursus pengajian dan pemantauan kualiti.

i. Pihak LAN perlu mengadakan perbincangan dengan pihak JPA supaya semua kursus kursus pengajian yang telah diakreditasi oleh LAN secara otomatik diiktiraf oleh JPA.

j. Memastikan guru guru yang benar komited dalam bahasa Inggeris dihantar ke kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu.

Diharapkan cadangan yang diberikan oleh kumpulan ini akan dijadikan sebagai panduan untuk pembentukan dasar yang sesuai berhubung dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Diharapkan dasar yang dibentuk nanti akan mengambilkira kepentingan semua pihak di negara ini.

Rujukan

Abdullah Othman. 1998. Penubuhan Sekolah Sekolah dan Institusi - Institusi Pendidikan Swasta Masa Kini Jenis, Perundangan dan Dasar. Kertas dikemukakan dalam kursus penyelia unit perhubungan dan pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri. IAB.

Abu Zahari Abu Bakar. 1991. Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd.

Atkinson. 1983. The Economics of Education. London : Hodder and Staughton.

Anwar Ridhwan. 1995. Pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi Implikasi terhadap Bahasa dan Budaya Kebangsaan. Dalam Dewan Budaya Julai 1995. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. 1986. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Negara.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. 1992. Perangkaan Pendidikan 1990. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita Harian. 1993. 10 Mei.

Berita Harian. 1998. 16 Julai .

Berita Harian. 1992. 4 November .Chamil Wariya. 1998. Menggadai Maruah Pendidikan Tinggi. Massa. Utusan Publications.Kuala Lumpur.

Education Planning and Research Division. 1968. Education Statistics of Malaysia 1938 1964. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Education Planning and Research Division. 1990. Education in Malaysia 1989. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

EPRD. 1989. Education in Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. 1990. Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Malaysia. 1988. Kementerian Pendidikan. PPK.

Ghazali Othman. 1993 . Kesan Bandingan IPS Dalam Pembangunan Negara. Seminar Pengurusan Pendidikan . IAB. 25 -27 Nov.

Hj. Shahril Hj. A. Karim. Pendidikan swasta menjelang Wawasan 2020. Kertas dibentangkan di Seminar Nasional ke 2 Pengurusan Pendidikan. IAB. 26 28 Nov.

Isahak Haron . 1992. Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia sebagai Negara Industri dalam Abad ke 21, Pidato Umum Aminuddin Baki Kali ke 4, UPM.

Jabatan Pendidikan Swasta. 2001. (atas talian)

http://www.studymalaysia.com/jps/bm/ (28 Disember 2001).

Kerajaan Malaysia. 1991. Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Kuala Lumpur : Percetakan Negara.Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia. Kuala Lumpur : DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Education In Malaysia. Kuala Lumpur : EPRD.

Lee Meow Fatt. 1992. Private Educational Institution. Their Regulation in Full Filling National Mission and Vision . Kandungan ceramah Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM di UKM, Bangi pada 2 Ogos.

Lee Pau Wing. 1993. Pendidikan Tinggi di Malaysia dalam Sharil et al. , Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor.

Maharom Mahmood. 2001. Kurikulum Sejarah Ke Arah Memperkukuh Usaha Pemupukan Semangat Patriotik Di Kalangan Murid. Kertas kerja Persidangan Pendidikan Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik Kertas2. 8 12 Oktober. Kuala Lumpur.

Majalah Dewan Budaya. 1995. Julai Majalah Massa.1997. 6 Disember Majalah Massa. 1997. 2 Ogos.

Utusan Malaysia. 1998. 17 Jun.

Utusan Malaysia. 1993. 30 April.MDC .1996. Akta Pendidikan 1995. MDC. Kuala Lumpur

The Sunday Star. 1993. 17 Jan.Zainal Abidin Wahid .1996. Liberalisasi Pendidikan Gugat Masa Depan Melayu. Tamadun. Mac.

Satu kajian kualitatif telah dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan pentadbir sekolah terhadap pelaksanaan program TFM ini. Seramai 236 orang golongan pentadbir terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan kaunselor terlibat dalam temu bual

kumpulan fokus. Dapatan menunjukkan bahawa golongan pentadbir sekolah menerima

baik dan bersedia menjana program kerjasama pintar antara KPM dengan pihak swasta

demi meningkatkan mutu pendidikan negara dan profesionalisme keguruan. Mereka yakin

program ini akan berjaya sekiranya fellow TFM menjiwai profesion keguruan dan

seterusnya memilih untuk terus berada dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Penglibatan sektor swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan di beberapa

negara telah dikenal pasti sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan lagi kualiti

pendidikan dalam negara-negara tersebut. Kolaborasi antara sektor swasta dan sektor

awam ini juga dikenali sebagai perkongsian pintar bagi membolehkan sektor swasta. memainkan peranan yang lebih signifikan dalam sistem pendidikan negara. Secara

umumnya perkongsian sektor swasta-awam boleh didefinisikan sebagai:

A partnership by definition involves two or more parties committed to a

common task, sharing risk and yielding a reward to all the partners. The

service goals need to be achieved more efficiently together than alone.

Successful public-private partnerships enable both parties to do what

they do best to achieve a common goal. (Schiller, 2002:2).