konsep pentadbiran awam & swasta

16
KONSEP PENTADBIRAN AWAM & SWASTA

Upload: ar-rayyan

Post on 24-Jan-2018

1.945 views

Category:

Leadership & Management


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

KONSEP

PENTADBIRAN AWAM

& SWASTA

Page 2: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Pentadbiran Pengurusan

Perlaksanaan sesuatu tugas

yang telah ditetapkan ke arah

mencapai matlamat tertentu.

Contoh : Pentadbiran

sesebuah negara adalah

bertujuan mencapai

kesejahteraan ekonomi,

politik, dan sosial.

Satu proses yang menyatukan

sumber-sumber dan

menggunakannya melalui

proses-proses perancangan,

pengorganisasian, penstafan,

pengarahan, pengawalan, dan

belanjawan, ke arah pencapaian

matlamat sesebuah organisasi.

Donnelly : Melibatkan

penyelarasan berbagai aktiviti

untuk mendapat hasil yang tidak

mampu dicapai oleh individu

yang bertindak secara sendirian.

Page 3: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

PENTADBIRAN AWAM

Gordon dan Milakovich : Pentadbiran awam didefinisikan sebagai

segala proses, organisasi, dan individu yang terlibat dalam

perlaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau

dikeluarkan oleh badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, di

samping terlibat dalam proses penggubalan undang-undang dan

peraturan yang berkenaan.

Definisi Klasik Dwight Waldo :

a) Sebuah organisasi yang mengurus manusia dan benda-benda untuk

mencapai tujuan-tujuan kerajaan atau sesebuah oganisasi.

b) Satu `seni sains pengurusan' sebagaimana yang dapat dikaitkan

dengan hal ehwal sebuah negeri atau Negara.

Page 4: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Pentadbiran Awam bermotifkan kebajikan

( social service-oriented ) dan kurang mementingkan

keuntungan.

Berperanan melaksanakan polisi-polisi awam

secara langsung dan keputusan-keputusan yang

dibuat oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, pentadbiran awam terletak di

bawah kawalan secara langsung oleh kerajaan yang

mana dikenali juga sebagai perkhidmatan awam.

Page 5: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Pentadbir (Administrator)

Seseorang pentadbir awam wajar `melakukansesuatu yang sepatutnya (Do right things).

Hal ini kerana, segala tindakan yang dilakukanoleh seorang pentadbir awam adalahberdasarkan apa yang telah ditetapkan olehpihak yang berautoriti dan bertanggungjawab.

Contohnya, segala tindakan seorang pegawaiawam mestilah berdasarkan polisi-polisi danperaturan seperti akta, prosedur (tatacara), pekeliling, dan arahan.

Seseorang pegawai awam hanya bolehbertindak dalam bidang kuasanya (intra-vires).

Page 6: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Skop Pengurusan Awam

o Pengurusan awam merupakan satu bentuk

pengurusan yang berada yang berada dalam

pentadbiran awam.

o Dikenali juga - perkhidmatan awam berfungsi

melaksanakan dasar-dasar awam kerajaan.

o Perkhidmatan awam merupakan satu badan

yang sah di sisi undang-undang ( legitimate )

kerana ianya ditubuhkan di bawah peruntukan

Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan.

Page 7: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Fungsi2 Pengurusan AwamTerdapat 2 fungsi :

1) Pengurusan Sumber Manusia

• Melibatkan proses-proses pengambilan, perancangan, pembangunan, dan hubunganantara sumber manusia dalam sektor awam.

• Proses-proses sumber manusia melibatkanaktiviti-aktiviti - pengrekrutan, pemilihan, latihandan pembangunan, pentadbiran pampasan danfaedah, gaji dan upah, hubungan perusahaan, dandisiplin kakitangan sektor awam.

Page 8: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

2) Pengurusan Sumber Bukan Manusia

• Di dalam apa jua bentuk organisasi, pengurusansumber bukan manusia juga merupakan satuaspek yang perlu diberi perhatian.

• Ini disebabkan dengan semata-matamenguruskan sumber manusia tidak bolehmenjamin organisasi akan mencapaimatlamatnya.

• Dalam sektor awam, pengurusan sumber bukanmanusia adalah melibatkan beberapaaspek pengurusan, iaitu pengurusan kewangan,pengurusan projek, dan pengurusan aset.

Page 9: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Elemen Penting DalamPengurusan Awam

Elemen Kawalan

a) Kawalan Perlembagaan ( Undang2 tertinggi negara)

-Perlembagaan menetapkan pelantikan jawatanpegawai-pegawai awam,segala atur cara ( procedure)dan bidang kuasa fungsi pengurusan awam.

-Perlembagaan menjelaskan kewujudanperkhidmatan awam sebagai badan yang akanmelaksanakan segala keputusan kerajaan.

-Kakitangan awam pula dilantik melalui sebuahbadan yang dinamakan Suruhanjaya.

Page 10: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

b) Kawalan Legislatif ( Badan pembuat undang2 )

• Peringkat Persekutuan

• Peringkat Negeri

- Badan pembuat keputusan diperingkat

Persekutuan ialah Parlimen. Parlimen membuat

undang-undang yang dipanggil `akta' dan

digunapakai di seluruh Persekutuan.

- Badan pembuat keputusan di peringkat negeri

ialah Dewan Undangan Negeri (DUN). DUN

membuat undang-undang yang

dipanggil`enakmen' dan digunapakai dalam

negeri-negeri di mana undang-undang itu dibuat

sahaja.

Page 11: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

c) Kawalan Eksekutif ( Badan yang melaksanakan segalaundang-undang dan keputusan yang dibuat oleh badanperundangan )

- Perlaksanaan undang-undang ini bagaimanapundibuat melalui badan yang dinamakan birokrasi.

- Eksekutif akan menggariskan segala proses dantatacara perlaksanaan kepada birokrasi melaluibeberapa cara seperti arahan, pekeliling, dan polisikerajaan.

- Perlanggaran terhadap peraturan-peraturan ini bolehmenyebabkan pegawai-pegawai perkhidmatan awamdisabitkan dengan kesalahan tatatertib dan salah lakudalam pentadbiran.

Page 12: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

d) Kawalan Judisiari ( Badan kehakiman dalam

negara )

- Badan kehakiman berfungsi menterjemahkan

segala undang-undang yang dibuat oleh

legislatif, dan memutuskan sama ada undang-

undang tersebut dipatuhi oleh badan yang

melaksanakannya (eksekutif).

- Kawalan kehakiman ini wujud dalam bentuk

terjemahan undang-undang serta keputusan

yang dibuat oleh badan berkenaan dalam

perkara-perkara tertentu.

Page 13: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

PENTADBIRAN SWASTA

Definisi :

Satu proses menyatukan

sumber-sumber dan

menggunakannya melalui

aktiviti dan proses ke arah

mencapai matlamat organisasi.

Page 14: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Pengurusan swasta ini biasanya mementingkan

keuntungan ( profit-oriented ).

Pengurusan swasta berada di luar kawalan

langsung kerajaan.

Konsep pengurusan swasta perlu mengikut garis

panduan atau polisi-polisi kerajaan, tetapi dalam

menjalankan operasi ia lebih mengikut keputusan

yang dibuat sendiri melalui Lembaga Pengarah

ataupun pemegang2 syer organisasi tersebut.

Page 15: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Pengurus ( Manager )

Seseorang pengurus biasanya mengatur sumber-sumber mengikutkehendak dan keperluan organisasi ( Do things right ).

Hal ini disebabkan, dalam sektor swasta pengurus2 lebihmempunyai autonomi untuk membuat keputusan yang akanmemberi keuntungan kepada organisasi.

Dalam sektor swasta tidak ditekankan konsep melebihi bidangkuasa ( ultra-vires ).

Seseorang pengurus boleh menunjukkan kebolehan dan kreativitiuntuk menyumbangkan idea-idea yang boleh memberikeuntungan kepada organisasi.

Pengurus-pengurus sektor swasta biasanya mempunyai laluankerjaya yang lebih baik, kerana peningkatan dalam kerjayamereka lebih didasarkan kepada kemahiran, pengetahuandankeupayaan ( skills, knowledge, and abilities ).

Page 16: Konsep Pentadbiran Awam & Swasta

Kesimpulan….

Konklusinya, jelas bahawa pengurusan(yang dijalankan oleh perkhidmatan awam)adalah menjalankan fungsi-fungsi pentadbiranawam negara.

Pentadbiran awam juga merupakan sebuahorganisasi, dalam konteks yang lebih luas dan saizyang lebih besar dari organisasi swasta.

Pentadbiran awam juga mempunyai strukturorganisasi dan hierarki individu yangmenjalankan tugas-tugas tertentu.