pengajian hadith di institusi formal & non formal di...

17
HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014) Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di Malaysia Oleh: Muhammad Faidz Bin Mohd Fadzil * Dr. Fauzi Bin Deraman ** Selamat B. Amir *** Abstrak Kedudukan hadith sebagai sumber penting agama Islam telah mendorong hadith Nabi s.a.w. untuk terus-menerus dipelajari. Artikel ini merupakan suatu penelitian awal berkenaan dengan sumbangan institusi formal dan non formal yang terlibat dalam bidang hadith agar dapat dijadikan asas kepada usaha menjadikan pengajian hadith ini lebih bermanfaat dan komprehensif. Artikel ini turut memberi gambaran kepada pengembangan pengajian hadith yang berlaku serta membahaskan saranan-saranan yang perlu dilaksanakan agar merancakkan lagi pertumbuhan pengajian hadith dengan lebih pesat. Pendahuluan Hadith telah disepakati ijmak ulama bahawa ia merupakan sumber kedua utama Islam selepas al-Qur’n al-Karm. Para ulama telah bersependapat bahawa al-Qur’an mestilah ditafsirkan penerangannya melalui hadith-hadith yang telah dikenalpasti kesahihannya terlebih dahulu supaya penyelewengan dan penyimpangan yang jauh dari kebenaran dapat dihindari mereka yang ingin memahami sebaik mungkin isi kandungan sebenar al-Qur’an.1 Justeru itu, para ulama telah bertungkus-lumus untuk memelihara hadith Nabi s.a.w. daripada sebarang bentuk penyelewengan dan terus luput dalam kalangan umat * Calon pelajar sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. ** Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. *** Calon pelajar PhD di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 Abdul Hayei bin Abdul Sukor (2006), “Pengajian Hadis: Tradisi dan Permasalahannya di Malaysia”, dalam Haziyah Hussin et al. (eds.), Kelangsungan Pengajian Hadis: Cabaran Dan Masa Depan. Bandar Seri Putra: Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 49-63.

Upload: trananh

Post on 10-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Pengajian Hadith Di Institusi Formal �

& Non Formal Di Malaysia

Oleh:

Muhammad Faidz Bin Mohd Fadzil ∗∗∗∗

Dr. Fauzi Bin Deraman ∗∗∗∗∗∗∗∗

Selamat B. Amir ∗∗∗∗∗∗∗∗∗∗∗∗

Abstrak

Kedudukan hadith sebagai sumber penting agama Islam telah

mendorong hadith Nabi s.a.w. untuk terus-menerus dipelajari. Artikel

ini merupakan suatu penelitian awal berkenaan dengan sumbangan

institusi formal dan non formal yang terlibat dalam bidang hadith

agar dapat dijadikan asas kepada usaha menjadikan pengajian hadith

ini lebih bermanfaat dan komprehensif. Artikel ini turut memberi

gambaran kepada pengembangan pengajian hadith yang berlaku

serta membahaskan saranan-saranan yang perlu dilaksanakan agar

merancakkan lagi pertumbuhan pengajian hadith dengan lebih pesat.

Pendahuluan

Hadith telah disepakati ijmak ulama bahawa ia merupakan sumber

kedua utama Islam selepas al-Qur’�n al-Kar�m. Para ulama telah

bersependapat bahawa al-Qur’an mestilah ditafsirkan penerangannya

melalui hadith-hadith yang telah dikenalpasti kesahihannya terlebih

dahulu supaya penyelewengan dan penyimpangan yang jauh dari

kebenaran dapat dihindari mereka yang ingin memahami sebaik

mungkin isi kandungan sebenar al-Qur’an.1 Justeru itu, para ulama

telah bertungkus-lumus untuk memelihara hadith Nabi s.a.w. daripada

sebarang bentuk penyelewengan dan terus luput dalam kalangan umat

∗ Calon pelajar sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

∗∗ Prof. Madya di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

∗∗∗ Calon pelajar PhD di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1 Abdul Hayei bin Abdul Sukor (2006), “Pengajian Hadis: Tradisi dan Permasalahannya di

Malaysia”, dalam Haziyah Hussin et al. (eds.), Kelangsungan Pengajian Hadis: Cabaran

Dan Masa Depan. Bandar Seri Putra: Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian

dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 49-63.

Page 2: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Islam terutamanya di Nusantara ini. Pelbagai kaedah dan penyelesaian

telah dilakukan ulama dalam meneruskan kesinambungan ilmu hadith

dan antara usaha murni mereka yang kekal sehingga kini adalah

dengan mengadakan pengajian hadith sama ada di institusi formal

ataupun melalui institusi non formal khususnya di Malaysia.

Sejarah Perkembangan Pengajian Hadith di Malaysia1

Penulisan karya-karya Islam pada kurun ke-19 dan ke-20 di Malaysia

secara khususnya dan di Nusantara secara umumnya telah didominasi

oleh penulisan dalam bidang fiqah, aqidah dan tasawuf. Namun

begitu, fenomena ini tidak menghalang hadith-hadith Nabi s.a.w.

daripada terus tersebar dan berkembang, walaupun tidak dapat

dinafikan bahawa penulisan dalam bidang ini agak ketinggalan

berbanding penulisan dan penghasilan karya dalam bidang-bidang

lain.

Hadith yang menjadi keutamaan dalam syariat Islam, secara

tidak langsung telah memberi suntikan serta dorongan kepada umat

Islam agar mempelajari dan memahami hadith Nabi s.a.w. Ia tetap

menjadi sumber penghujahan dan pendalilan utama dalam kebanyakan

karya-karya Islam walaupun karya berkenaan bukanlah di bawah

kategori bidang hadith. Malahan boleh dikatakan hampir tiada karya

yang dihasilkan dalam bidang pengajian Islam yang tidak didukung

oleh argumen-argumen berteraskan hadith-hadith Nabi s.a.w.

Kurun ke-19 dan awal 20-an telah menyaksikan perkembangan

ilmu hadith yang agak perlahan berlaku di seluruh dunia termasuklah

di Tanah Melayu ketika itu melainkan di negara India dan Pakistan.

Shaykh A�mad Mu�ammad Sh�kir, seorang tokoh hadith Mesir

(m.1958) pernah menjelaskan fenomena kelesuan itu dengan

kenyataan beliau:

“Adapun di zaman kita ini, orang telah pun

meninggalkan sama sekali periwayatan hadith secara

keseluruhan. Setelah itu, mereka meninggalkan pula

penumpuan terhadap hadith-hadith kecuali segelintir

sahaja daripada mereka. Begitu sedikit sekali untuk

anda lihat dari kalangan mereka orang yang ahli untuk

1 Fauzi Deraman (2010), Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh, Karya dan Institusi, Kuala

Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h.

1-2.

Page 3: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

menjadi penuntut ilmu-ilmu al-Sunnah, dan amat jauh

sekali untuk anda dapati orang yang layak untuk

menjadi seorang al-muhaddith (ahli hadith). Adapun

darjat al-hafiz, ia sudah pun terputus jejaknya dan

telah ditutup oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani

(m.852H). Kemudian al-Sakhawi (m.902H) dan al-

Suyuti (m.911H) pula telah hampir untuk muncul

menjadi al-hafiz, dan kemudian tidak ada seorang pun

yang muncul sesudah mereka berdua itu.”1.

Kenyataan beliau tersebut, tidaklah memberi erti bahawa

pengajian hadith tidak dipelajari ketika itu. Realitinya, pengajaran dan

pengajian hadith tetap berlaku di institusi-institusi pengajian Islam di

dunia termasuklah di Malaysia walaupun fokus utama dan penekanan

pengajiannya berbeza-beza. Kitab-kitab hadith seperti Bulgh al-

Mar�m oleh Ibn �ajar (m.852H), Matn al-Arba‘�n dan Riya� al-

��li��n oleh Imam al-Naw�w� (m.656H), dan Mukht�r al-A��d�th

oleh Ahmad Hashimi telah pun digunapakai sebagai silibus pengajian

terutamanya di institusi pengajian tradisional iaitu pondok-pondok dan

juga di sekolah agama. Kemudian pada kurun ke-20, kitab �a��� al-

Bukh�r� dan �a��� Muslim pula mula dipelajari. Namun begitu,

kebanyakan karya-karya utama dalam pengajian hadith masih tidak

dipelajari.

Definisi Formal dan Non Formal

i. Definisi Formal2

Formal membawa erti menurut peraturan tertentu iaitu sama ada dari

segi bentuk, ciri-ciri, cara, dan sebagainya yang sudah diterima atau

yang dianggap wajar, menurut aturan, menurut adat kebiasaan atau

pun rasmi.

ii. Definisi Non Formal3

Perkataan non formal atau informal membawa erti yang sama iaitu

tidak formal. Ia bermaksud tidak mengikut cara yang sudah menjadi

kebiasaan atau yang sudah ditetapkan.

1 Ibid.

2 (t.p.) (2005), Kamus Dewan Edisi Keempat, Hajah Noresah bt. Baharom et. al, c. 1, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 414.

3 Ibid. h. 576.

Page 4: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Sekiranya difahami daripada pengertian di atas, institusi

pengajian formal membawa maksud badan atau organisasi seperti

universiti, maktab dan sebagainya yang ditubuhkan untuk tujuan

pembelajaran dengan mengikuti sistem pengajian atau aturan rasmi

yang telah diterima dan sudah ditetapkan oleh pihak institusi terbabit.

Manakala institusi non formal membawa maksud sedikit berbeza iaitu

institusi yang memiliki sistem pengajian yang berbeza daripada

institusi formal.

Namun begitu pengertian sebenar yang ingin diketengahkan

penulis di sini bagi kedua-dua perkataan ini adalah lebih membawa

maksud kepada perbezaan bagi institusi pengajian yang bersifat

moden dan tradisional. Hakikatnya definisi kedua-dua institusi

terbabit adalah hampir sama maksud. Namun perbezaan ketara adalah

dari sudut sistem pengajian yang lebih bersistematik bagi institusi

formal berbanding institusi non formal. Penulis tidaklah

menyatakan bahawa institusi non formal tidak bersistematik, tetapi

hakikatnya ia mempunyai sistem yang tersendiri dan tradisi. Dalam

pengertian lain, maksud institusi formal di sini boleh juga difahami

dengan membawa maksud institusi yang lebih kepada sistem

pengajian secara moden dan institusi non formal pula adalah institusi

pengajian yang dijalankan secara tradisional.

Skop Kajian

Kajian ini akan memfokus kepada institusi pengajian atau institusi

pendidikan yang mana melibatkan dua sistem pengajian yang berbeza

iaitu secara formal dan non formal. Institusi pendidikan yang bersifat

formal adalah institusi yang memiliki sistem pengajian teratur dan

bersistematik seperti sekolah menengah, institusi pengajian tinggi,

kolej dan sebagainya. Manakala institusi yang bersifat non formal

adalah sebaliknya dan contoh-contoh institusi pengajian non formal

adalah institusi pengajian tradisional seperti sekolah pondok, masjid

ataupun surau. Dua buah institusi yang berbeza dari segi sistem

pengajiannya akan diketengahkan dalam kajian ini sebagai

perbandingan awal dan melihat manfaat yang boleh didapati daripada

kedua-dua institusi berkenaan.

Institusi Formal

Institusi-institusi formal yang melibatkan pengajian hadith

kebanyakannya adalah terdiri daripada sekolah-sekolah menengah dan

Page 5: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

institusi-institusi pengajian tinggi seperti universiti, kolej-kolej dan

sebagainya. Institusi-institusi formal di Malaysia boleh dikategorikan

kepada dua iaitu:

i. Sekolah Menengah

ii. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)

a) Sekolah Menengah Sekolah-sekolah di Malaysia kebanyakannya adalah di bawah pentadbiran kerajaan yang mana sistem pendidikan persekolahan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya sebahagian sekolah-sekolah dalam negara adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri dan tidak kurang juga di bawah tadbir persendirian. Subjek atau matapelajaran terutamanya yang melibatkan subjek pengajian hadith di sekolah-sekolah menengah seluruh negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diselaraskan. Misalnya, subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah1 dan subjek Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tidak ketinggalan juga silibus bagi sekolah-sekolah agama di bawah seliaan Jabatan Agama Islam negeri turut menyumbang kepada perkembangan ilmu hadith. Misalnya, penulis membawa satu contoh silibus di bawah seliaan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) iaitu2:

i. Tingkatan Satu & Dua: Nu Mukhtarah min al-Sunnah al-Nabawiyyah karangan Hamzah Ibr�h�m al-Jabal�, Mushaw� ‘Uthm�n ‘Ab�d dan +aha Mu�ammad al-Sakat.

ii. Tingkatan Tiga: Al-A��d�th al-Mukhtarah karangan Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw�

iii. Tingkatan Empat: Fat� al-Mubdi’ bi Shar� Mukhtaar al-Zubayd� karangan Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw�

1 Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, http://www.moe.gov.my/?id=48&lang=my,

10 Januari 2011.

2 Penulis memperolehi maklumat daripada faksimili Bahagian Pelajaran Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, no.faks: 047317784, 2 Disember 2009. Lihat

juga; Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Sukatan Pelajaran Thanawi1

Tingkatan3,

http://202.188.163.164/bpendidikan/index.php?option=com_docman&task=doc_details&It

emid=28&gid=5, 6 Januari 2011; dan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak,

Sukatan Pelajaran Thanawi2 Tingkatan4,

http://202.188.163.164/bpendidikan/index.php?option=com_docman&task=doc_details&It

emid=28&gid=6, 6 Januari 2011 bagi maklumat tambahan.

Page 6: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

iv. Tingkatan Lima (Sukatan STAM): Fat� al-Mubdi’ bi Shar� Mukhtaar al-Zubayd� oleh Shaykh ‘Abd Allah al-Sharqaw� Hampir kesemua sekolah menengah di bawah seliaan Jabatan

Agama Islam negeri menggunakan silibus daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

b) Institusi Pengajian Tinggi i. Institusi Pengajian Tinggi Awam1

Institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pengajian hadith adalah seperti berikut:

a) Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

b) Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

c) Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

d) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

e) Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

f) Unit Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

ii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta2 Institusi-institusi pengajian tinggi swasta yang terlibat adalah:

1 Sila lihat; Academy of Islamic

Studies,http://apium.um.edu.my/department/F&U_intro.html. Lihat; Fakulti Pengajian

Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, http://pkukmweb.ukm.my/~fpi/jabatan.htm. Lihat

juga; Kulliyyah of Islamic Reveal Knowledge & Human Sciences, International Islamic

University Malaysia, http://www.iium.edu.my/irkhs/v2/index.php/quran-a-sunnah. Lihat;

Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,

http://www.usim.edu.my/usim/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Item

id=146. Lihat; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin,

http://www.fki.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemi

d=83&lang=ms. Lihat juga Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia,

http://www.hum.usm.my/default.asp?menu=112&hum=0, 16 Disember 2010.

2 Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor,

http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=12&Ite

mid=72. Lihat; Kolej Universiti Insaniah,

http://www.kuin.edu.my/v3m/index.php?option=com_content&view=article&id=157&Ite

mid=189&lang=bm. Lihat; Kolej Islam Darul Ridzuan, http://www.kiperak.edu.my/, 16

Disember 2010.

Page 7: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

a) Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Selangor.

b) Jabatan Hadis, Kulliyyah Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah, Kedah.

�� ������������������ ��!�"��� �#�$���%�&�����'�$����

Silibus Pengajian Hadith Subjek atau matapelajaran yang dijadikan silibus bagi pengajian hadith di institusi pengajian tinggi adalah seperti berikut: �

INSTITUSI SUBJEK

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya1

Man�hij al-Mu�add�th�n Dir�sah al-As�n�d Kajian Teks Hadith Al-Jar� wa al-Ta‘d�l Mukhtal�f al-�ad�th Pengajian al-Quran dan al-Hadith Dalam Aplikasi ICT

Fakuti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia2

Kajian Hadith Kajian Hadith Masa Kini Metodologi al-Quran dan al-Hadith

Fakulti Ilmu Wahyu, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia3

Dir�s�t al-Naiyyah min Sunan al-Tirmidh� A��d�th al-A�kam li al-�ad�th Tadw�n al-Sunnah Ma‘ayir Naqd al-�ad�th Takhr�j al-�ad�th Mab�di‘ al-Ta‘amul ma‘a al-Sunnah Ittij�h�t al-Mu‘�irah f��Dir�s�t al-Sunnah Al-Jar� wa al-Ta‘d�l Al-Shar� al-Maw�‘� li al-�ad�th Al-I‘j�z f� al-Sunnah: Inimitability Elements in Sunnah Dir�sah al-�ad�th al-Nabaw�

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal

Abidin4

Ulm al-�ad�th I Ulm al-Had�th II Takhr�j al-�ad�th �ad�th al-Maw�‘iy

1 Bagi maklumat selanjutnya, sila rujuk Buku Panduan Ijazah Dasar, Tahun Akademik

2010/2011, terbitan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2 Bagi maklumat selanjutnya, sila rujuk; Fauzi Deraman (2010), Pengajian Hadith Di

Malaysia: Tokoh, Karya dan Institusi, terbitan Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

3 International Islamic University Malaysia, http://www.iium.edu.my/anr/leaflet/IRKhs.pdf,

13 Januari 2011. Sila lihat; Ikatan Mahasiswa al-Amin Malaysia (IKMA Malaysia),

http://ikmalaysia.blogspot.com/2009/05/study-plan-for-quran-sunnah-studies.html, 10

Januari 2011.

4 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), op.cit.

Page 8: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Unit Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Sains Malaysia1

Science of Hadith Critical Analysis on Hadith Texts The Methodology of Muhaddithin Study on Sources and Status of Hadith The Narrators of Hadith

Akademi Islam, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor2

Mu�al�� al-�ad�th Ulm al-�ad�th Pengantar Syarah Hadith ‘Ilm Takhr�j al-�ad�th Metodologi Ahli Hadith ‘Ilm Rij�l al-�ad�th Al-�ad�th al-Maw�’� Dir�s�t al-As�n�d

Kulliyyah Usuluddin, Kolej

Universiti Insaniah3

Al-�ad�th Ulm Al-�ad�th A��d�th al-A�k�m Al-�a��th al-Ta�l�l� ‘Ilm al-Rij�l Wa Man�hij al-Mu�adith�n Al-�ad�th al-Maw�‘� Al-Fikr al-Isl�m� al-�ad�th

Kolej Islam Darul Ridzuan4

Al-�ad�th Al-Ta�l�l� I Al-�ad�th Al-Ta�l�l� II Ulm Al -�ad�th I Ulm Al -�ad�th II Ulm Al -�ad�th III Al-�ad�th Al-Maw�‘� I Al-�ad�th Al-Maw��� II Takhr�j Al-�ad�th Man�hij Al-Mu�addith�n

Institusi Non Formal Institusi non formal boleh dikategorikan kepada beberapa pecahan iaitu:

i. Masjid dan surau ii. Madrasah

iii. Sekolah pondok iv. Organisasi atau Pertubuhan

a) Masjid dan Surau

Institusi masjid dan surau pada masakini telah memainkan peranan

yang penting dalam penyebaran hadith. Kuliah-kuliah hadith yang

1 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, op.cit.

2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=141&Itemid=

187, 10 Januari 2011.

3 Kolej Universiti Insaniah, op.cit., 16 Disember 2010.

4 Kolej Islam Darul Ridzuan, op.cit., 16 Disember 2010.

Page 9: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

disampaikan di masjid dan surau di seluruh negara masih terus

dianggap berperanan besar dalam mendedahkan hadith kepada

peringkat umum. Kebiasaannya pengajaran hadith berlangsung

sesudah solat Subuh atau Maghrib. Sungguhpun begitu, tidak dapat

dinafikan bahawa masih banyak lagi masjid dan surau yang tidak

menawarkan pengajian hadith. Kemungkinan juga adalah disebabkan

kekurangan tenaga pengajar yang berkelayakan dan berautoriti dalam

bidang pengajian hadith ataupun penumpuan pengajaran lebih kepada

bidang-bidang lain seperti bidang tasawuf, akidah, fiqah dan

sebagainya. Tidak dinafikan usaha-usaha yang diambil masyarakat

Islam dalam proses memahami dan mendalami ilmu-ilmu Islam

adalah tepat, iaitu bermula dengan tauhid dan diikuti dengan fiqah dan

tasawuf, namun yang mencacatkan proses tersebut ialah dari segi

pendekatan.

Pembelajaran ilmu tauhid, fiqah ataupun tasawuf tanpa

merujuk kepada hadith yang sahih serta tiada tumpuan yang khusus

dalam pengajian hadith sedikit sebanyak telah membantutkan usaha

murni agar penyebaran dan pendedahan hadith yang berautoriti

kepada masyarakat awam terus-menerus berlaku.1 Tinjauan awal pada

masakini di masjid-masjid dan surau mendapati bahawa pengajaran

hadith yang dilakukan adalah berdasarkan penggunaan kitab-kitab

popular iaitu Hadith 40 dan Riy�� al-��li��n karangan Imam al-

Naw�w�, Bulgh al-Mar�m oleh Ibn �ajar dan Mustika Hadith yang

telah diterbitkan oleh Pusat Islam Jabatan Perdana Menteri.2

Namun begitu, usaha-usaha pengajaran hadith menggunakan

kitab-kitab hadith muktabar sudah menampakkan hasilnya apabila ia

telah mula diajar di beberapa buah masjid di Malaysia. Sebagai contoh

Dr Abdul Hayei Abdul Sukor mengajar hadith-hadith �a��� al-

Bukh�r� di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, Selangor dan beliau

turut mengajar di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala

Lumpur.3 Dr N�r Abd� Gudle pernah mengajar �a��� al-Bukh�r� di

1 Mohd Muhiden Abd. Rahman (2007), “Tradisi Pengajian Hadis di Nusantara”, dalam Mohd

Fauzi Hamat et al., Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 123-133.

2 Fauzi bin Deraman (2009), “Pengajian Hadith di Malaysia: Suatu Tinjauan”, dalam

Mustaffa Abdullah et l. (2009), Khazanah al-Qur’an & al-Hadith Nusantara, c. 1, Kuala

Lumpur: Fauzul Na’im Sdn. Bhd, h. 213-236.

3 Mohd Nizar B. Mohd Nazir, Kakitangan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Temubual pada 15 Oktober 2009.

Page 10: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

Begitu juga Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Radzi B. Othman pernah

mengajar �a��� al-Bukh�r� di salah sebuah masjid di Kepala Batas,

Pulau Pinang. Namun begitu, kuliah tersebut telah lama terhenti yang

mana hanya dari jilid yang pertama hingga jilid yang keempat sahaja

daripada kitab� �a��� al-Bukh�r� sempat dipelajari sepanjang tempoh

13 tahun beliau mengajar di sana. Kini, kuliah �a��� al-Bukh�r� yang

disampaikan beliau beserta �a��� Muslim diteruskan lagi di Masjid

Abdul Kadir, Butterworth, Pulau Pinang.1 Dr. Asri Zainul Abidin

pernah mengajar kitab �a��� al-Bukh�r� di Masjid Kampong Kawasan

Melayu.2 Imam Hj. Abd. Aziz Mohd Nor al-Hafiz mengajar �a��� al-

Bukh�r� di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur.3 Ustaz Shofwan

Badrie di PERKIM Bangsar dan Ustaz Mohd. Zain Noh mengajar

kitab yang sama di Surau Taman Melewar, Gombak.4 Selain itu, di

Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, turut diadakan kuliah �a���

al-Bukh�r� oleh Ustaz Hj. Khairul Anuar dan kitab Matn Ibn Ab� Jamrah oleh Ustaz Hj. Zamri Hashim.5 Penulis turut mendapat

maklumat bahawa kitab Hashiyyah Al-Shaykh Mu�ammad Al-

Shanwan� ‘al� Mukhtaar Ibn Ab� Jamrah (Ringkasan �a��� al-

Bukh�r�) diajar di Masjid Negeri Sabah oleh Ustaz Hj Muhammad

Akmal Othman.6 Kitab Fat� al-B�r� yang merupakan syarah kepada

�a��� al-Bukh�r� telah diajar oleh Prof. Dr. Ab� al-Layth al-Khayr

Ab�d� di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

pada setiap hari Isnin dan Selasa selepas waktu Asar.

Kitab hadith muktabar lain yang dijadikan pengajian dalam

kuliah adalah kitab �a��� Muslim. Kuliah disampaikan oleh Maulana

Asri B. Yusoff yang diadakan di Masjid Langgar, Kota Bharu.7

Kuliah �a��� Muslim juga turut diajar di Dewan Serbaguna, Menara

Polo Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang mana aktiviti ini telah

1 Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Othman, Prof. Madya dan Ketua Pengajian Islam di Pusat

Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Temubual

pada 1 Disember 2011.

2 Fauzi bin Deraman (2009), op.cit.

3 Penulis merujuk kepada jadual kuliah dalam Kalender Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala

Lumpur, Tahun 2009.

4 Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia, http://www.al

nidaa.com.my/papar.php?id=8&action=view, 30 Oktober 2009.

5 Jadual Kuliah Bulanan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, Bulan Empat 2009.

6 Masjid Negeri Sabah, http://www.sabah.org.my/mns/main.htm, 30 Oktober 2009.

7 Darul Kautsar, http://www.darulkautsar.net/page.php?pg=16, 30 Oktober 2009.

Page 11: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

dianjurkan oleh Pertubuhan Al-Khadem di Sungai Kayu Ara, Petaling

Jaya.1

Selain itu, antara penemuan terbaru yang didapati penulis

adalah Kitab Sunan al-Tirmidh� telah diajar di Masjid Muadz bin

Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur oleh Ustaz Masyadi B.

Masyuti,2 dan Ustaz Hilmi Abdul Rahim turut mengajar kitab yang

sama di Surau Al-Hidayah BK2, Bandar Kinrara, Puchong3 dan di

Surau al-Mawaddah, Shah Alam.4 Kitab Sunan Ab� D�wud juga

didapati telah mula diajar di beberapa buah tempat dalam negara

antaranya di Masjid Muhammadi, Kota Bharu yang diajar oleh

Maulana Asri Yusoff.5 Selain itu, kitab syarah bagi Sunan al-Tirmidh� iaitu kitab Ba�r al-Madh� yang dikarang oleh Sheikh al-Marbawi turut

diajar di kebanyakan masjid. Misalnya, di Masjid Jamek Kampung

Baru, Kuala Lumpur diajar oleh Imam Hj. Abd. Aziz Mohd Nor al-

Hafiz,6 Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail,

Damansara, diajar oleh Ustaz Muhammad Syahid B. Mohd Noh7 dan

Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim di Masjid Negeri Sabah8.

Kemudian, diikuti pula kitab-kitab hadith yang lain dan

antaranya Bulgh al-Mar�m diajar oleh Imam Hj. Abdullah di Masjid

Kampung Baru, Kuala Lumpur.9 Begitu juga di Masjid al-

Mukarramah, Bandar Sri Damansara yang disampaikan oleh Ustaz

Johari.10 Prof. Madya Dr. Habeeb Rahman Ibramsa dari Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mengajar syarah bagi

kitab Bulgh al-Mar�m iaitu kitab Subul al-Sal�m di Masjid Wilayah,

1 Pertubuhan Al- Khaadem, http://www.al-khaadem.com.my/get-involved.html, 10 Januari

2011. Pertubuhan ini telah diasaskan pada tahun 1984 dan telah didaftarkan oleh

sekumpulan sukarelawan sebagai NGO pada tahun1992. Presiden bagi pertubuhan ini

adalah Ustaz Hussain Yee.

2 Ustaz Shahrizan B. Daud, Ketua Imam, Masjid Muadz B. Jabal, Wangsa Maju. Temubual

pada 12 Oktober 2009.

3 Al-Fikrah.net, http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5985.html, 2 November 2009.

4 Ibid., http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=7895.html, 2 November 2009.

5 Darul Kautsar, op.cit., 30 Oktober 2009.

6 Penulis merujuk Kalender Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tahun 2009.

7 Ustaz Muhammad Syahid B. Mohd Noh, Imam 1, Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun

Dr. Ismail, Damansara. Temubual pada 4 November 2009.

8 Masjid Negeri Sabah, op.cit.

9 Rujuk nota kaki no. 21.

10 Jadual Kuliah Pengajian Masjid al-Mukarramah,

http://www.masjidalmukarramah.org/jadual%20pengajian/jadual_kuliah, 30 Oktober 2009.

Page 12: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Jalan Duta.1 Pemantapan ilmu mu�al�� al-�ad�th turut tidak

ketinggalan untuk diusahakan antaranya halaqah ulum hadith di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diadakan di bilik

EDU LR5, dengan berpandukan kitab Tadr�b al-R�w� Shar� Taqr�b

al-Naw�w� karangan al-Im�m Suy���, kuliah tersebut disampaikan

saudara Hameedullah B. Mohd Asri dari Darul Kautsar.2 Kitab-kitab

yang dinyatakan di atas merupakan kitab-kitab muktabar dalam

bidang hadith yang sememangnya harus didedahkan kepada

masyarakat Islam di Malaysia.

Kitab-kitab jawi yang mengandungi hadith-hadith Nabi s.a.w.

dalam bentuk terjemahan Melayu jawi lama turut diajar di kebanyakan

masjid di Malaysia. Misalnya, kitab Muhimmah, Penawar Bagi Hati

dan banyak lagi kitab-kitab jawi lain yang mana kebanyakannya

merupakan terjemahan daripada kitab-kitab Arab dan sebahagian lain

adalah hasil penulisan ulama Nusantara sendiri.3 Namun begitu, apa

yang ingin diingatkan ialah kewujudan hadith-hadith yang tidak

berautoriti di dalam kitab-kitab jawi lama seharusnya tidak dipandang

remeh. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada tenaga

pengajar kitab-kitab jawi tersebut supaya menjelaskan status dan

darjat hadith-hadith yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat

supaya hadith-hadith yang terlalu daif dan palsu tidak tersebar luas

kepada masyarakat Islam di Malaysia.4

b) Madrasah

Tidak dilupakan sumbangan madrasah-madrasah di bawah kelolaan

Jamaah Tabligh yang turut menyumbang kepada perkembangan

pengajian hadith di Malaysia. Antara madrasah-madrasah tersebut

ialah Madrasah al-Quran Kubang Bujuk di Kuala Terengganu.

Penubuhan Madrasah ini adalah hasil cetusan daripada ijtimak

(perhimpunan) tabligh dunia yang telah diadakan di Padang Hiliran

pada bulan November / Disember 1982. Sistem pengajian adalah sama

seperti di madrasah-madrasah lain terutamanya di India dan Pakistan

iaitu kelas Hafiz dan kelas ‘Alim. Pelajar-pelajar yang tamat daripada

1 En. Tarzidi b. Ahmad Tarmizi, Pegawai Tadbir, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala

Lumpur. Temubual pada 8 Oktober 2009.

2 al-Fikrah.net, http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=8082.html, 2 November 2009.

3 Kitab Muhimmah membawakan isu-isu munakahat dengan mendatangkan hadith-hadith

yang berkaitan. Kitab ini telah dikarang oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fatani.

4 Ibid.

Page 13: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

kelas Hafiz boleh menyambung pengajian mereka di kelas ‘Alim.

Tempoh pengajian bagi kelas ‘Alim adalah selama 8 tahun dengan

satu tahun diperuntukkan untuk dawrah al-�ad�th.1

Madrasah lain yang dikelolakan oleh Jamaah Tabligh yang

turut melibatkan pengajian hadith adalah Madrasah Miftah al-‘Ulum

yang diletakkan di bawah pengurusan Masjid al-Jami‘ Bandar Baru

Seri Petaling. Ia telah ditubuhkan pada 1 Jun 1995 yang mana pada

peringkat permulaan ia dimulakan dengan kelas Hafiz. Kemudian,

berkembang dengan penubuhan kelas ‘Alim pada 1 Januari 1996.

Sistem pengajian yang diaplikasikan di madrasah ini hampir

menyerupai sistem pengajian di India dan di Pakistan, tambahan pula

kenyataan tersebut disokong dengan majoriti tenaga pengajarnya

adalah lepasan dari India dan Pakistan.2

Selain itu, madrasah yang mempunyai struktur pembelajaran

yang hampir sama dengan madrasah-madrasah yang disebutkan

sebelum ini adalah Madrasah Darul al-‘Ulum li Ihya’ ‘Ulum al-Din

yang terletak Langgar, Kedah. Madrasah ini telah ditubuhkan pada

1993 oleh Ustaz Muhammad bin Abdul Qadir al-Qadahi al-Nadawi

yang berkelulusan daripada Darul Ulum Nadwah al-Ulama Lucknow

India. Kitab-kitab yang dipelajari di sini adalah Matn al-Arba‘�n,

Jaw�hir al-Bukh�r�, Riy�� al-��li��n (Abw�b al-Adab), Bulgh al-

Mar�m, Mishk�t al-Ma�b�� dan Dawrah al-�ad�th.3

c) Pusat Pengajian Pondok

Institusi pondok merupakan pusat pendidikan terawal di Tanah

Melayu. Pada peringkat awal, pengajian pondok bermula daripada

sebuah rumah yang telah dijadikan sebagai tempat belajar. Kuantiti

pelajarnya pula adalah sedikit. Namun apabila bilangan pelajarnya

bertambah, suasana yang kondusif diperlukan bagi menambah

kelancaran proses pembelajaran. Inisiatif diambil oleh masyarakat

dengan membina bangunan yang bersambung dan berhampiran

dengan rumah tuan guru. Di sekelilingnya dibina pondok-pondok

kecil bagi tujuan penginapan para pelajar dan juga kemudahan para

pelajar yang terpaksa berulang-alik dari jauh untuk belajar.

Pengajian hadith merupakan salah satu daripada matapelajaran

yang diajar di sana di samping pelajaran tafsir, tasawuf, tauhid, fiqah

1 Fauzi Deraman (2010), op.cit. h. 229-230.

2 Ibid., h. 217-219.

3 Ibid., h. 231-232.

Page 14: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

dan lain-lain lagi. Kitab-kitab yang sering dijadikan silibus pengajian

adalah al-Kutub al-Sittah, Riy�� al-��li��n, Bulgh al-Mar�m, al-

Adhk�r, Matn al-Arba‘�n al-Naw�wiyyah dan Matn al-Bayqniyyah.

Pondok-pondok yang dimaksudkan penulis adalah Pusat

Pengajian Pondok, Kandis, Bachok, Kelantan. Pondok ini ditadbir

sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan. Silibus pengajian hadith

yang digunapakai adalah ditentukan Yayasan Islam Kelantan dan

menepati silibus pengajian di Universiti al-Azhar, Kaherah Mesir.

Kemudian, Pondok al-Madrasah al-Latifiyyah yang terletak di

Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Pondok pengajian ini

lebih dikenali dengan nama Pondok Pak Teh dalam kalangan

masyarakat di Perak. Pondok ini telah diasaskan oleh YBhg Dato’

Haji Abd Latiff bin Haji Abd Rahman atau lebih mesra dipanggil

dengan nama Pak Teh dan pondok ini dibina sebaik sahaja beliau

kembali ke kampung halaman pada tahun 1957 iaitu selepas

menamatkan pengajian beliau di Pondok Madrasah al-Diniyyah al-

Bakriyyah, Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Kitab-kitab hadith

yang sering digunakan dalam pengajian adalah �a��� al-Bukh�r�, �a��� Muslim, Sunan Ab� D�wud, J�mi‘ al-Tirmidh�, Sunan al-Nas�’�, Muwatt�' al-Im�m M�lik, Jaw�hir al-Bukh�r�, Mukhtaar Ibn Ab� Jamrah, Matn al-Arba'�n al-Naw�wiyyah, al-Adhk�r al-Naw�wiyyah,

Riy�� al-��li��n, Durrah al-N�i��n, Al-Man�mah al-Bayqniyyah

dan Shar� al-Bayqniyyah.

Kebanyakan pondok-pondok di Kelantan memiliki sistem

pengajian yang sama, cumanya di sesetengah pondok pengajian ia

berbeza dari segi silibus pengajian yang digunakan dalam

pembelajaran.

d) Organisasi atau Institut �

i. Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD)1

Institut Kajian Hadis Selangor atau INHAD mula beroperasi sebagai

sebuah institusi milik kerajaan negeri Selangor yang diletakkan di

bawah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan

tujuan memelihara dan memartabatkan hadith sebagai sumber hukum

kedua selepas kitab suci Al-Quran. Idea penubuhan Institut Kajian

Hadis Selangor adalah dicetuskan oleh Menteri Besar Selangor yang

1 Institut Kajian Hadith Selangor, http://www.inhad.org.my/Institutedetail.aspx, 14 Januari

2011.

Page 15: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KUIS pada

26hb Mac 2007 yang meminta supaya satu pusat kajian hadith negeri

Selangor ditubuhkan. Pada 4hb Julai 2007, Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri yang ke-21 telah meluluskan penubuhan sebuah

pusat kajian hadith, yang dinamakan sebagai Institut Kajian Hadis

Selangor (INHAD).

Sehingga kini institut ini telah menjalankan pelbagai aktiviti,

penyelidikan dan pembangunan berkaitan hadis seperti ceramah,

seminar, penerbitan jurnal dan buku, pengajian hadis bersanad dan

sebagainya. �

ii. Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK)1

Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) telah diasaskan

pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof. Institusi ini

merupakan sebuah pusat pengajian menghafaz al-Qur'an serta

pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan

kepada penekanan pengajian serta pengamalan berasaskan kepada al-

Qur'an dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian. Tenaga pengajar

pula kebanyakannya adalah bekas pelajar madrasah-madrasah terkenal

di India dan Pakistan iaitu dua negara yang diketahui umum telah

melahirkan ramai ulama tersohor dalam bidang hadith.

Sistem pengajian atau pendidikan di sini bagi seseorang

pelajar adalah selama lapan tahun yang mana pada tahun terakhir iaitu

tahun kelapan pengajian, pelajar akan mengikuti Dawrah al-�ad�th

yang dipanggil Shah�dah Takmilah dan Sanad �ad�th al-

Kawthariyyah. Sistem pengajian di madrasah ini tidak ketara bezanya

dengan sistem pengajian di madrasah Miftah al-‘Ulum. Namun

terdapat beberapa kelainan iaitu pengekalan dalam penggunaan

beberapa kitab hadith mazhab Hanafi seperti kitab Shar� Ma‘�n� al-

Ath�r oleh al-+a��w�. Tujuannya ialah pelajar dapat membuat

perbandingan dengan fiqah-fiqah dalam mazhab lain.

iii. Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI)2

Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI) yang berpusat di Kedah telah

diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Hj. Suhaimi Ahmad pada 10

Oktober 1993. Ustaz Hj. Suhaimi merupakan lepasan Darul ‘Ulum

1 Fauzi Deraman (2010), op.cit., h. 221-223. Sila lihat; DarulKautsar .net,

http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=751, 13 Januari 2010.

2 Fauzi Deraman (2010), op.cit., h. 225-227.

Page 16: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Deoband. Objektif utama penubuhan pusat ini adalah untuk

menghidupkan pengajian hadith dan memberi kefahaman hadith

kepada masyarakat Islam. Apa yang menariknya adalah pengajian

hadith yang ditawarkan oleh pusat tersebut adalah dijalankan secara

percuma. Bayaran kepada tenaga pengajar pula adalah melalui hasil

kutipan derma daripada orang ramai. Kelas-kelas pengajian hadith di

Alor Setar diadakan di beberapa buah tempat iaitu di Pusat Tuisyen

Specialist, Dewan Bangunan Serbaneka dan Menara Zakat Alor Setar,

Kedah. Kelas pengajian bermula pada jam 9.00 pagi sehingga pukul

11.00 pagi. Bilangan penuntutnya mencecah sehingga 500 ke 600

orang.

Kitab-kitab muktabar yang diajar dalam kelas pengajian

berkenaan adalah seperti kitab �a��� al-Bukh�r� disampaikan oleh

Datuk Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad, Kitab Mukhtaar Ab� Jamrah

oleh Ustaz Ahmad Abdullah, kitab �a��� Muslim oleh Ustaz Ahmad

Fahmi Zam Zam, kitab Sunan al-Tirmidh� oleh Ustaz Zainal Asri Hj

Ramli, dan kitab Shama’il Mu�ammadiyah serta Man�mah al-

Bayqniyah diajar oleh Ustaz Rosli. Menariknya, pengajian �a���

Muslim oleh Ustaz Fahmi Zam Zam telah berjaya diselesaikan selama

tiga belas tahun.

PAKSI juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan

Dar al-Hadith di Kampung Tok Keling Alor Setar, Kedah. Penubuhan

Dar al-Hadith ini telah dibina di atas tanah yang telah diwakafkan oleh

Hj. Mohd Shafie iaitu bekas Pengarah Pendidikan Islam dan Moral.

Pihak Majlis Agama Islam Kedah telah memberi kelulusan terhadap

penubuhan Dar al-Hadith dan ia telah dirasmikan pada bulan Julai

2006 oleh Syeikh Husam al-Din. Ketua panel penasihat bagi Dar al-

Hadith ialah Datuk Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad, pengarahnya ialah

Brigedier General Bersara Datuk Najmi Ahmad, manakala timbalan

pengarahnya adalah Ustaz Khairul Anuar Hj. Ahmad.

Kesimpulan Pengembangan pengajian hadith di seluruh negara telah menampakkan hasilnya apabila kewujudan pelbagai kuliah-kuliah atau kelas-kelas pengajian hadith mula dilaksanakan di sesetengah tempat dalam negara. Walaupun penambahan bilangan kelas pengajian hadith yang direkodkan tidak beberapa ketara tetapi ia merupakan suatu jangkaan atau permulaan yang baik.

Page 17: Pengajian Hadith Di Institusi Formal & Non Formal Di …journal.kuis.edu.my/hadis/wp-content/uploads/2016/11/...HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h,

HADIS: Jurnal Ilmiah Berimpak. Tahun Keemat, Bil: 7, Syaaban 1435h, (Jun 2014)�

���

Kewujudan kelas-kelas pengajian hadith di institusi formal seperti di institusi pengajian tinggi membantu penuntut ilmu dalam memahami disiplin ilmu hadith dengan mudah dan bersistematik. Mengetahui keutamaan ilmu-ilmu tertentu dalam bidang hadith dapat mengukuhkan lagi tahap kefahaman pelajar dengan lebih mendalam dan terperinci. Maka, sistem pengajian sedemikian, mampu melahirkan pelajar yang benar-benar mahir dalam bidang hadith serta mempunyai pendirian yang tetap kesan daripada pendedahan disiplin ilmu hadith yang betul. Kelebihan ini begitu penting terutamanya apabila berhadapan dengan apa jua isu-isu yang melibatkan hadith Nabi s.a.w. Kuliah-kuliah pengajian hadith di institusi non formal seperti masjid-masjid, madrasah dan sebagainya tidak dapat dinafikan lagi sumbangannya kepada pengembangan pengajian hadith dalam masyarakat. Meskipun sebahagian pengajian tersebut berlangsung secara umum dan tanpa disiplin ilmu yang tetap, pendedahan hadith Nabi s.a.w. yang berlaku sekurang-kurangnya menyemarakkan lagi kesedaran masyarakat akan kepentingan hadith Nabi s.a.w. sebagai sumber penting agama. Bagi merancakkan lagi pertumbuhan pengajian hadith di seluruh negara, keterlibatan serta campur tangan daripada pelbagai pihak seperti pemerintah, badan-badan agama kerajaan dan negeri, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan penyiaran seperti stesen televisyen, suratkhabar dan tidak terkecuali juga pelajar-pelajar agama keluaran bidang hadith khususnya adalah perlu. Mereka haruslah memainkan peranan dalam melebar luaskan ilmu hadith ini kepada masyarakat. Selain itu, sistem pengajian dan kaedah pembelajaran hadith yang menarik perlu diberi perhatian kerana ia turut mempengaruhi daya minat penuntut supaya lebih fokus dan mudah dalam memahami hadith-hadith Nabi s.a.w.

������������