pck 4 (2)

5
PPIK 4 Topik 10 : Persediaan industri ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik 1. Mengenal pasti kegunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik. Bahan asid alkali Kegunaan Ammonia Membuat baja bernitrogen dalam bentuk ammonium sulfat, ammonium nitrat dan urea Dalam bentuk cecair, ammonia digunakan sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk. Sebagai bahan mentah untuk pembuatan asid nitrik dalam Proses Ostwald. Ditukarkan kepada asid nitrik untuk digunakan dalam pembuatan bahan letupan. Sebagai alkali untuk mencegah penggumpalan susu getah apabila susu getah perlu disimpan dalam bentuk cecair. Menghasilkan ammonium klorida yang digunakan dalam pembuatan sel kering. Pembuatan gentian sintetik Asid o Membuat baja 45

Upload: jessiee-yeo

Post on 12-Aug-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pck 4 exploring material

TRANSCRIPT

Page 1: pck 4 (2)

PPIK 4

Topik 10 : Persediaan industri ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik

1. Mengenal pasti kegunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik.

Bahan asid alkali Kegunaan

Ammonia Membuat baja bernitrogen dalam

bentuk ammonium sulfat, ammonium

nitrat dan urea

Dalam bentuk cecair, ammonia

digunakan sebagai bahan penyejuk

dalam peti sejuk.

Sebagai bahan mentah untuk

pembuatan asid nitrik dalam Proses

Ostwald.

Ditukarkan kepada asid nitrik untuk

digunakan dalam pembuatan bahan

letupan.

Sebagai alkali untuk mencegah

penggumpalan susu getah apabila

susu getah perlu disimpan dalam

bentuk cecair.

Menghasilkan ammonium klorida yang

digunakan dalam pembuatan sel

kering.

Pembuatan gentian sintetik

Asid Sulfurik

(Asid

sulfurik

merupakan

satu contoh

asid dwibes)

o Membuat baja

o Membuat pestisid

o Membuat detergen

o Membuat polimer (gentian tiruan dan

plastik)

o Membuat pigmen cat

o Sebagai elektrolit dalam akumulator

45

Page 2: pck 4 (2)

asid-plumbum

o Sebagai agen penanggal oksida

logam dalam pembersihan

permukaan logam sebelum proses

penyaduran logam elektrik.

Asid nitrik

(Asid nitrik

merupakan

satu contoh

asid

monobes)

Dalam bidang kejuruteraan

aeroangkasa, ia digunakan secara

meluas sebagai pengoksida dalam

roket bahan api cecair.

Dalam industri bahan letupan, ia

digunakan untuk membuatan bahan

letupan seperti TNT, gun kapas, nitro

gliserin, dan lain-lain

Membuat baja seperti kalsium nitrat,

ammonium nitrat, dan lain-lain

membuat garam nitrat seperti

ammonium nitrat, nitrat perak, kalsium

nitrat, dan sebagainya.

Ia digunakan secara meluas dalam

bidang kimia sebagai reagen makmal.

Ia juga digunakan dalam membuat

pewarna dan dadah dari pelbagai

produk tar arang batu.

2. Soalan

a. Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti ini ?

Sifat-sifat ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik.

Kegunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitric dalam kehidupan kita.

b. Bagaimana anda mengaplikasikan aktiviti ini dalam proses P&P ?

Saya akan menerangkan proses penghasilan, sifat-sifat dan kegunaan ammonia,

asid sulfurik dan asid nitric dengan jelas kepada murid-murid.

46

Page 3: pck 4 (2)

Saya akan menunjukkan beberapa contoh konkrit yang berkaitan kepada murid-

murid.

c. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menambahbaikan aktiviti ini untuk

sesi P & P ?

Murid-murid dikehendaki memerhatikan produk-produk yang terdapat di rumah

masing-masing dan menentukan sama ada mengandungi ammonia, asid sulfurik

ataupun asid nitrik.

Mereka juga dikehendaki untuk mengambil gambar produk tersebut serta

kandungannya untuk membuat folio.

Folio tersebut mesti mengandungi ringkasan tajuk ini dan contoh-contoh yang

terdapat di rumah( gambar).

d. Pada bahagian manakah pada kurikulum sains sekolah rendah yang

mengajar topik ini dan bagaimana anda akan menggunakan aktiviti ini

sebagai aktiviti pembelajaran yang dicadangkan untuk kelas anda ?

Topik : Menyiasat Bahan( Tahun 3 dan 4)

Subtopik : Memahami sifat bahan

Cadangan:

Strategi berasaskan tugasan/ aktiviti sesuai untuk mengaplikasikan aktiviti ini

sebagai aktiviti pembelajaran yang dicadangankan di kelas.

Hal ini kerana kebanyakkan aktiviti yang dicadangkan untuk tajuk ini adalah

berbentuk tugasan dan aktiviti, contohnya mengambil gambar dan menghasilkan

folio mengenai tajuk ini.

47

Page 4: pck 4 (2)

Rujukan

Chemistry Go Green. http://alipart.blogspot.com/2011/03/pembuatan-etil-asetat.htm.

Dilayari pada 19 September 2012.

Toh Kim Kau. (1999). Bantuan Studi Lengkap SPM Kimia Tingkatan 4& 5 , Petaling

Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

48