pbs

18
KONSEP KURIKULUM Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendefinisikan kurikulum sebagai satu rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia merupakan satu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, milai-nilai dan norma, unsur- unsurkebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut Neaglwy & Evans, 1992, mereka berpendapat bahawa semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. Terdapat juga pendapat daripada beberapa tokoh bahawa kurikulum ialah usaha. Dimana usaha yang menyeluruh dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan.(Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukan dengan berkesan secara praktik.(Stenhouse, 1975). Menurut J.L Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengetahuan yang diketahui 1

Upload: erica-lucia

Post on 12-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

E

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs

KONSEP KURIKULUM

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendefinisikan kurikulum sebagai satu

rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi

pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia merupakan satu rancangan yang

meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, milai-nilai dan norma, unsur-

unsurkebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

ahlinya.

Menurut Neaglwy & Evans, 1992, mereka berpendapat bahawa semua

pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Semua

pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar-pelajar pada setiap

peringkat dalam institusi pendidikan. Terdapat juga pendapat daripada beberapa tokoh

bahawa kurikulum ialah usaha. Dimana usaha yang menyeluruh dirancang oleh pihak

sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah

ditentukan.(Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip unsur utama sesuatu usul pendidikan

dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukan dengan

berkesan secara praktik.(Stenhouse, 1975).

Menurut J.L Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkan

bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan

yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan

saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengetahuan yang diketahui umum

kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan.

Konsep Sejarah juga dikenali sebagai satu peristiwa yangbenar-benar berlaku

pada masa lampau. Menurut kamus dewan, sejarah itu menceritakan tentang tindakan

manusia dan sebab mereka melakukannya. Menurut Herodutus pula, sejarah

membawa kita mengenali jati diri da nasal usul bangsa kita serta boleh menanamkan

sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.

1

Page 2: Pbs

Dalam membincangkan definisi sesuatu istilah, al-Attas amat menitikberatkan

penggunaan konsep peristilahan dasar atau kata kunci bagi sesuatu perkara

termasuklah

istilah ‘sejarah’. Justeru sejarah dari segi bahasa menurut beliau adalah berasal

daripada perkataan Arab iaitu ‘shajarah’ yang bermaksud pokok.19 Penggunaan huruf

‘s’ berbanding ‘sh’ dalam sebutan ‘sejarah’20 menurut beliau adalah bagi memudahkan

orang Melayu untuk menyebut istilah tersebut. Justeru dalam sejarah pembukaan

negeri-negeri Melayu pada peringkat awal, ia seolah-olah sudah menjadi tradisi bagi

seseorang penulis dan ahli sejarah ketika itu bagi menandakan sesuatu peristiwa

penting ataupun permulaan sesebuah wilayah atau kerajaan dengan nama pokok-

pokok tertentu.

Sekolah Kebangsaan Seri Molek telah dibina pada 23 Februari 1952, di atas

sebidang tanah seluas 3 ekar, 1 rod 13 pol, kepunyaan Encik Tan Ah Kok. Bangunan

asal sekolah ini hanya 20 okaki lebar dan 120 kaki panjang, yang bertiangkan kayu dan

beratapkan sagu rembia tanpa berdinding. Pembinaan atas konsep bergotong royong.

Selain itu, menurut sejarah sekolah ini, pengasas bangunan sekolah ini terdiri daripada

ketiga-tiga orang ketua kampung yang terdiri daripada Tuan Haji Selak bin Hj.Abd.

Karim (Ketua kampung PARIT Tariman), Tuan Haji Marhaban bin Kasto ( Ketua

Kampung Parit Simpan) dan Tuan Haji Omar bin Suro (Ketua Kampung Parit

Kaseh/Sayang) bermula tahun 1944 sehingga 1956. Hasil muafakat dan kata sepakat

oleh semua penduduk kampung maka Dato’ Esa bin Alwi iaitu Nazir sekolah-sekolah

Daerah Batu Pahat dan Kluang, ketika itu telah menamakan sekolah tersebut sebagai

Sekolah Seri Molek.

Setelah itu, pada tahun 1955, RIDA (MARA) telah memberi

sumbangan/peruntukan sebanyak RM 5000.00 bagi proses menaik taraf dengan

bertiangkan kayu, beratapkan zink dan berlantaikan simen. Seterusnya pada tahun

1967 sekali lagi penambahbaikan telah dibuat apabila pihak sekolah menerima

peruntukan oleh Kementerian Pelajaran sebanyak RM 20 000.00 dengan pembinaan 4

bilik darjah berukuran standard JKR.

2

Page 3: Pbs

Bangunan sekolah itu telah ditambah dengan 8 bilik darjah, pejabat dan bilik

guru, apabila sekolah menerima peruntukan sebanyak RM 148 000.00. Maka dengan

itu sempurnalah sekolah itu dengan pendaftaran dibuat pada 12 Oktober 1976. Dan

perasmian telah dibuat oleh YAB Dato’ Haji Othman BIN Mohd. Saad, Menteri Besar

Johor ketika itu. Dan akhirnya, sekolah itu telah bertukar nama dari asalnya Sekolah

Melayu Seri Molek kepada Sekolah Umum Saeri Molek pada 1957 dan akhir sekali

pada tahun 1960 bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Molek dan nama tersebut

kekal sehinggalah sekarang ini.

3

Page 4: Pbs

TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SK SERI MOLEK

Saya : Bolehkah saya mengambil tahu Encik merupakan guru besar keberapa di

sekolah ini ?

Hj. Wahid : Saya merupakan guru besar ke-8 setelah Encik Sukiman bin Saidin yang

telah meninggal dunia sebelum beliau pencen lagi.

Saya : Bilakah sekolah ini ditubuhkan dan siapakah pengasas sekolah ini?

Hj. Wahid : Sekolah ini mula ditubuhkan pada 23 Februari 1952 bekas jasa baik

seorang tauke cina yang bernama Encik Tan Ah Kok. Beliau merupakan orang kaya di

Kampung Parit Kaseh dan beliau sangat terkenal dengan sikap keprihatinannya

terhadap penduduk kampung. Beliau telah mendermakan sebidang tanah yang luasnya

3 ekar kepada penduduk kampung untuk dijadikan sebuah sekolah bagi membantu

anak-anak di sekitar kampung tersebut.

Saya : Apakah visi dan misi sekolah ini ?

Hj. Wahid : Visi sekolah ini ialah Pendidikan Berkualiti insan terdidik Negara Sejahtera. Sekolah ini walaupun kecil dan mempunyai jumlah murid yang kurang namun kualiti guru dan kualiti murid itu kita akan sentiasa utamakan. Memberi didikan yang teliti dan berkualiti agar mampu melahirkan insan yang berkualiti dan cemerlang khususnya. Manakala Misi sekolah ini pula Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Saya : Berapakah bilangan guru, kakitangan dan murid di sekolah ini ?

Hj. Wahid : Guru seramai 15 orang semuanya, kakitangan termasuk pekerja-pekerja mencuci dan memotong rumput semua sebanyak 10 orang dan murid seramai 173 orang sahaja.

Saya : Baiklah, bagaimana dengan pencapaian murid di sekolah ini ?

4

Page 5: Pbs

Hj. Wahid ; Pencapaian murid membanggakan juga. Bagi murid tahun enam sekolah ini telah target supaya 7 daripada 33 orang murid ini mencapai keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam UPSR kali ini. Namun bagi murid-murid lain mereka menunjukkan pencapaian yang bagus dan membanggakan bagi pihak sekolah ini.

Saya : Bagaimanakah sekolah ini melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan? Adakah semua murid terlibat dalam program ini ?

Hj. Wahid : Semua terlibat. Cara sekolah ini melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan ialah dengan menberikan 1 jenis sukan pada setiap orang murid. Program seperti ini dilakukan bagi menggalakan murid melibatkan diri dalam sukan dan yang paling penting supaya murid cergas dan sihat tubuh badannya.

Saya : Berapakah buah kelas di sekolah ini?

Hj. Wahid : Terdapat 7 buah kelas termasuk kelas prasekolah.

Saya : Baiklah, dari aspek kurikulum pula, bagaimanakah cara Encik dan guru-guru lain untuk meningkatkan prestasi murid terutamanya bagi murid tahun enam ?

Hj. Wahid : Sekolah ini agak jauh dari kawasan Bandar namun saya dan guru-guru lain di sekolah ini tidak ketinggalan untuk memastikan murid-murid yang kami ajar berjaya sepertimana murid-murid di sekolah Bandar lain.Kami merancang banyak program-program dan aktiviti bagi murid-murid kami. Antara satu contoh yang baru sahaja selesai dilaksanakan pada bulan 7 lepas iaitu teknik menjawab soalan diadakan bagi meningkatkan lagi kepakaran murid untuk menjawab ujian yang bakal berjalan. Terdapat juga aktiviti seperti program motivasi, program bina insan dan banyak lagi.

Saya : Pada pendapat encik, apakah cara encik untuk meningkatkan pencapaian akademik murid?

Hj. Wahid : Pada pendapat saya senang sahaja, sebagai seorang guru ini kita perlu tahu bahawa pencapaian murid itu terletak pada tangan guru dimana cara guru itu sendiri mendidik macam mana. Bagi saya dalam meningkatkan pencapaian akademik murid, pertama sekali saya akan menerapkan nilai kasih sayang pada mereka. bukan hanya kita menyatakan kata sayang kepada murid kita, tetapi dengan cara belaian, sentuhan, hormat pada mereka dan sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pendapat mereka. Kita sebagai guru haruslah tahu bahawa murid sangat sukakan perhatian daripada gurunya. Sentiasa peka dengan perbezaan murid dan sentiasa membuat refleksi kendiri selepas tamat sesi pembelajaran kita dan berusaha untuk meningkatkan lagi cara pembelajaran yang menarik minat murid dan paling penting jangan sampai mereka bosan. Memberi nasihat dan motiviasi kepada mereka supaya mereka sentiasa sedar dan tahu apa tujuan mereka ke sekolah dan banyak lagi.

5

Page 6: Pbs

Saya : baiklah. terima kasih banyak-banyak atas kesudian encik memberikan maklumat yang sangat berguna ini kepada saya.

REFLEKSI PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)DI SK SRI TELOK

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya melaksanakan program

penilaian berasaskan sekolah kali ke-3 di Sekolah Kebangsaan Seri Molek. PBS ini

dilaksanakan selama seminggu iaitu bermula pada 13 September sehingga 17

September2015. Pada semester ini, kami diarahkan untuk mencari maklumat berkaitan

tentang sejarah sekolah bagi mata pelajaran bagi subjek minor iaitu subjek sejarah.

Asma Nadia binti Shudin, Nabillah binti Ramli dan saya sendiri telah melaporkan diri di

sekolah tersebut pada 13 September 2015 bersamaan dengan hari ahad.

Selama tempoh seminggu itu saya mendapat banyak pengalaman yang

sangat berfaedah dan berguna sebagai persediaan saya menjadi guru kelak.

Pertama sekali, dari aspek kekuatan yang saya mampu perolehi ialah

saya berjaya menarik minat pelajar untuk sama-sama fokus kepada sesuatu perkara

yang ingin dicapai. Pada hari ketiga di sekolah tersebut, saya telah menggantikan kelas

muzik dan kebetulan pada masa itu satu pertandingan lagu patriotik akan diadakan.

Setiap kelas akan menghantar wakil untuk mengikuti pertandingan tersebut. Pada

mulanya, murid-murid memberikan respon yang negatif kepada saya kerana tidak

berminat mengikuti pertandingan tersebut. Namun setelah saya memberi kata-kata

semangat dan pujian bahawa mereka mampu memenangi pertandingan tersebut

mereka mula bersemangat dan memberikan respon yang sangat baik. Saya berasa

sangat gembira dengan sikap dan tindak balas yang diberikan.

Bukan itu sahaja, saya boleh mendidik murid-murid untuk mencintai

negara kita. Saya menunjukkan kecintaan saya kepada Malaysia dengan cara

menyanyikan lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh semangat dan murid-

murid juga mengikut rentak yang sama. Saya tidak pernah kedekut untuk memberi kata

6

Page 7: Pbs

semangat dan pujian kepada murid-murid yang memang ada potensi dan bakat yang

terpendam. Saya juga diberi peluang untuk mengambil alih sekejap bagi subjek sejarah

tahun 5. Saya hanya mampu membimbing mereka untuk persediaan pertandingan lagu

patriotik sahaja kerena kebetulan pada minggu itu akan diadakan pertandingan lagu

patriotik sempena penutupan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia.

Selain itu, saya dan rakan-rakan PBS yang lain telah berjaya membantu

dalam menceriakan sekolah tersebut dimana kami telah menambahbaikkan mural-

mural yang sedia ada dan dicatkan semula bagi mencerikan lagi kawasan sekolah

tersebut.

Dari aspek kelemahan saya, saya masih lagi kurang berinteraksi dengan

guru-guru sekolah tersebut kerana malu. Saya masih kurang fasih lagi tentang perkara-

perkara yang perlu diambil tahu berkaitan tentang subjek sejarah itu sendiri. Saya tidk

mempunyai kemahiran lagi untuk menarik minat pelajar untuk mencintai subjek sejarah

ini. Saya dan rakan-rakan saya yang lain juga merasakan masa yang diberikan kepada

kami untuk menjalankan program PBS ini sangat singkat dan kami tidak puas lagi

untuk menilai dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan murid dan murid

dengan guru dan hubungan baik antara guru dan guru itu sendiri.

Oleh yang demikian, harapan saya ialah saya berharap saya akan dapat

menguasai keseluruhan tentang subjek sejarah sekolah rendah ini agar saya mampu

mengubah mentaliti murid-murid untuk mencintai subjek ini. Saya mengimpikan supaya

subjek sejarah ini menjadi satu subjek yang sangat menarik dan mengujakan pelajar

untuk belajar. Saya akan berusaha untuk mendapatkan seribu satu idea yang menarik

untuk diterapkan dalam pengajaran saya kelak.

Selain itu, saya mengalami sedikit masalah berkaitan tentang dokumentasi

kerana kebetulan pada masa PBS ini telefon saya mengalami sedikit masalah

sehinggakan saya tidak dapat mengambil gambar-gambar yang penting untuk

kepentingan PBS ini.

Justeru itu, saya berdoa dan berharap agar apa yang saya buat selama di

sekolah ini akan membantu saya menyesuaikan diri kelak. Penilaian Berasaskan

Sekolah ini sebenarnya telah membantu saya untuk menyesuaikan diri dengan

7

Page 8: Pbs

persekitaran sebenar sekolah dan mendisiplinkan saya supaya menepati masa untuk

ke sekolah dan sentiasa cekap dalam melaksanakan sesuatu.

LAPORAN PBS FASA KE-313 SEPTEMBER 2015

Pada hari pertama ini, saya dan 2 orang rakan saya telah melaporkan diri

di Sekolah Kebangsaan Seri Molek untuk mengadakan program Penilaian Berasaskan

Sekolah selama seminggu. Kedatangan kami disambut dengan begitu baik sekali.

Pelajar mahupun guru memberikan layanan yang sangat baik dan kami berasa gembira

bersama mereka. Pada pukul 7.15 pagi bersamaan dengan hari ahad,SK Seri Molek

akan mengadakan perhimpunan bersama guru. Kami diminta terlibat sama semasa

perhimpunan tersebut berlangsung. Yang mengejutkan saya ialah kami bertiga

diarahkan untuk memperkenalkan diri di hadapan perhimpunan pada hari tersebut.

Mungkin ini merupakan kali pertama saya berucap di sekolah setelah sekian 2 kali saya

mennjalankan PBS dan ini kali pertama saya berucap di hadapan perhimpunan.

Setelah selesai perhimpunan, kebetulan sekolah tersebut sibuk menjalankan latihan

sukan bagi persediaan sukan pada minggu akan datang iaitu selepas cuti. Selesai

majlis perhimpunan, kami bersama-sama guru yang lain membantu bagi menjayakan

latihan sukan tersebut. Saya diarahkan untuk membantu rumah sukan hijau bersama

guru-guru pasukan hijau. Saya berasa sangat teruja kerana diberi peluang dan

kepercayaan untuk mempimpin murid-murid. Dalam masa yang sama, saya berpeluang

untuk memberi tunjuk ajar cara untuk melontar peluru, cara melompat dengan betul dan

sebagainya.

14 SEPTEMBER 2015Pada hari kedua ini, saya bersama dengan 2 rakan PBS saya dan 2 orang

senior yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut diarahkan utuk mengetuai

aerobik sebelum sesi latihan rumah sukan bermula. Tepat jam 7.15 pagi semua murid

8

Page 9: Pbs

diminta berkumpul di dewan terbuka dan kami menjalankan senaman aerobik bersama-

sama. Setelah itu, kami menjalankan sesi latihan rumah sukan sehingga jam 9.45 pagi.

Selepas rehat, semua murid akan menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa. Saya

membuat sedikit temu ramah bersama guru besar yang juga guru sejarah di sekolah

tersebut. Beliau menceritakan serba sedikit berkaitan tentang sejarah sekolah tersebut

dibina. Berkat kerjasama senior yang yang menjalankan praktikum di sekolah tersebut,

saya dan 2 orang rakan saya yang lain tidak berasa kekok kerana sentiasa dibimbing

dan diberi tunjuk ajar oleh mereka. Sesi persekolah tamat pada jam 1.15 petang.

15 SEPTEMBER 2015Pada hari ketiga ini, seperti hari sebelumnya, saya diarahkan lagi untuk

mempimpin senaman aerobik. Setelah selesai senaman seperti biasa sesi latihan

rumah sukan akan bermula. Saya dan rakan saya yang lain tidak ketinggalan dalam

memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepada guru-guru yang memerlukan pertolongan

semasa sesi latihan sukan itu berlaku.

16 SEPTEMBER 2015-CUTI HARI MALAYSIA-

17 SEPTEMBER 2015Pada hari terakhir ini, sekolah ini telah mengadakan majlis penutupan

bulan kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat SK Seri Molek. Majlis bermula kira-kira

jam 8.00 pagi. Dalam masa yang sama terdapat beberapa pertandingan telah

dilaksanakan anataranya ialah pertandingan lagu patriotik, pertandingan peragaan

pakaian, pertandingan menghias basikal, pertandingan sajak, kuiz dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan pula saya dan rakan-rakan yang menjalankan PBS dan rakan senior

yang praktikum di situ diberi peluang untuk membuat persembahan sempena

penutupan bulan kemerdekaan tersebut. Setelah selesai majlis penutupan, majlis

perpisahan bagi rkan senior yang praktikum diadakan. Tepat jam 9.30 pagi, sekolah itu

menjalankan sesi latihan rumah sukan namun pada hari terakhir ini saya tidak terlibat

sama kerana saya dan rakan yang lain bertungkus lumus untuk menyiapkan laporan

9

Page 10: Pbs

PBS. Pada jam 9.45 pagi, kami dijemput untuk menikmati jamuan untuk yang terakhir

kalinya. Setelah itu, tepat jam 11.00 pagi, kami mengadakan majlis penutupan bulan

kemerdekaan kali ke-58 dengan temanya yang berbunyi ‘Sehati Sejiwa’. Saya telah

diarahkan untuk menjadi pengadil bagi pertandingan nyanyian patriotik antara kelas.

Sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi majlis tersebut, saya dan rakan saya telah

mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk ‘Pahlawan Kemerdekaan’.

BibliografiKONSEP SEJARAH MENURUT SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS :. (n.d.). ANALISIS TERHADAP

PRINSIP-PRINSIP ASAS SEJARAH .

Mohd Asnawi Satdimin, M. S. (2010). maksud kurikulum.

Ramli, Y. M. (2014, oktober 16). konsep ,sejarah dan ciri pemikiran islam. Retrieved from http://www.slideshare.net/YusriMohamadRamli/konsep-sejarah-sumber-dan-ciri-pemikiran-islam

10

Page 11: Pbs

LAMPIRAN

GAMBAR 1 : Kelas pra sekolah SK Seri Molek

11

Page 12: Pbs

GAMBAR 2 : Kawasan Dewan terbuka SK Seri Molek

GAMBAR 3 : Bilik Akses Komputer SK Seri Molek

12

Page 13: Pbs

GAMBAR 4 : Kawasan Kantin SK Seri Molek

GAMBAR 5 : Pertandingan menghias basikal sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia.

13

Page 14: Pbs

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah bagi subjek

minor sejarah iaitu Enck Zulkifli bin Senin kerana telah memberi sokongan dan

dorongan kepada saya ketika menjalankan Penilaian Berasaskan Sekolah ini.

Saya juga turut ingin berterima kasih kepada beliau kerana telah banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya

kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan PBS ini. Jutaan

terima kasih juga diucapkan kepada rakan yang bersama iaitu Asma Nadia binti Shudin

dan Nabillah binti Ramli yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan

membenarkan saya membuat kajian bersama-sama mereka.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang lain

kerana banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan laporan PBS ini.

Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan

saya berjaya menyiapkan laporan ini dengan jayanya.

14