pbs

19
Tuesday, 27 November 2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Upload: dyaz-d-hererra

Post on 26-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

oyea

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs

Tuesday, 27 November 2012

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. 

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,  Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

1 APAKAH PBS?

Page 2: Pbs

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Pusat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum danaktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi  murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2. APAKAH OBJEKTIF PBS?

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:·         mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

·         memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

Page 3: Pbs

·         membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai  taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan..

3 SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

4 BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

5 APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Page 4: Pbs

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti  81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND STANDARD

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

2 Tahu dan Faham

1 Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Page 5: Pbs

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6,  murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

7 ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Page 6: Pbs

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

8 BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:a.            Pementoranb.            Penyelarasanc.            Pemantauand.            Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan

Page 7: Pbs

kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. 

9 ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

10 PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat  tentang prestasi muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung

Page 8: Pbs

jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. 

DAPATAN KEMBALI :

http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

Page 9: Pbs

PENDIDIKAN MASA KINIPELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan PBS ini bergantung pada guru tersebut. Sekiranya guru menganggap PBS tidak penting  maka ia akan menyulitkan proses pelaksanaannya. Selain itu, dari segi kebolehpercayaan maklumat yang diambil pelaksanaan sistem PBS ( Mokhtar Ismail, 2009 ). Dalam konteks PBS tugas dan arahan tentang ujian diberi oleh guru kepada calon. Dahulu kita tahu, ia dipikul oleh Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi dalam PBS guru  memberikan arahan dan tugas kepada calon. Kejayaannya bergantung pada sistem kepercayaan guru. Jika guru mempunyai sistem kepercayaan negatif terhadap PBS, maka nilai kebolehpercayaan yang rendah akan di perolehi terhadap tugasan atau kerja kursus yang dilaksanakan oleh calon. Ini akan memberi kesan terhadap kesahan  ujian berkenaan.

Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesediaan murid sebagai

calon PBS untuk mengambil ujian  berdasarkan perkembangan mental

mereka. Isu ini mungkin tidak kritikal kerana dalam sistem pendidikan

semua murid menghadapi kurikulum yang sama pada umur yang sama.

Sekiranya ada isu yang timbul melibatkan murid lemah yang memerlukan

pemulihan. Cara mereka diurus untuk mengambil ujian PBS merupakan

suatu perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil perhatian. Selain

itu, PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mengisi pelbagai jenis

borang dan menganalisis markah pelajar yang mengambil masa yang

lama.

Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat

mengajar, guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian, menjadi

penjaga, menjadi doktor bila pelajar tidak sihat, menjadi pendengar yang

setia di saat ibu bapa pelajar leka dengan tugas-tugas di pejabat, menjadi

tempat pelajar melepaskan perasaan dan juga menjadi teman berbual

Page 10: Pbs

mengisi masa lapang.  Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas,

ada guru yang berkorban meningkatkan tahap pengetahuan dengan

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi , mengejar segulung

ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan. Begitulah

tabahnya guru  mengejar gelaran sarjana atau Phd. Semuanya demi

melahirkan generasi yang berilmu dan berminda kelas pertama.  Guru

turut mengorbankan masa lapangnya, dengan menjalankan aktiviti

pengembang bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan

sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah ke

peringkat kebangsaan. Segala-galanya demi melihat  modal insan yang

dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif

serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri. Usaha ini tidak

pernah minta dibalas, hanya ingin melihat kejayaan yang di kecapi, Itu

merupakan satu kepuasan buat guru. Usaha yang dilakukan ini

kadangkala tidak dihargai oleh segelintir pihak namun atas rasa

tanggungjawab, guru teruskan jua langkah demi melahirkan generasi

yang berkualiti. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen  masa, wang

ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan

tugas asasi mereka di bilik darjah.

Justeru itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membekalkan

pendidikan berkualiti bergantung pada dedikasi dan komitmen guru-

gurunya. Hasrat kerajaan untuk menangani isu-isu pendidikan global dan

mencapai pendidikan kelas dunia merupakan cabaran utama kepada

semua guru Malaysia.

Begitu besarnya dan berbaktinya insan bergelar guru. ‘Guru ibarat lilin,

menerangi sesiapa sahaja sehingga membakar diri sendiri’ pepatah itu

cukup untuk membuktikan tentang peranan guru dalam sistem

pendidikan negara. Setiap apa yang dicurahkan bukan untuk minta

dibalas, ilmu disemai untuk di cambah, kegagalan murid tanda kesedihan

seorang guru, kejayaan yang ditempa kejayaan buatnya. Namun segala

apa yang dilakukan bukanlah kerana perlukan balasan hanya sekadar

melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan, beramal dan berbudi.

Ibarat benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke

darat menjadi bukit.

Page 11: Pbs

DAPATAN KEMBALI :

http://pimpinanpena.blogspot.com/p/pendidikan-masa-kini.html

Page 12: Pbs

PBS Meningkatkan Tekanan Mental Anak-anak  (11/1/13)

   Sejak seminggu sekolah dibuka, kedengaran rungutan anak-anak dan ibu bapa yang mengeluh. Hari pertama, para ibu bapa mendapat taklimat PBS dan bagaimana penilaian dibuat oleh pihak sekolah.

  Anak-anak yang baru memasuki Tingkatan Satu masih terkebil-kebil. Setiap hari, si anak pulang melaporkan apa yang hendak diukur oleh guru kelas dan guru subjek, termasuk ko-kurikulum, kelab, permainan dan lain-lain.

  Kalau tak datang sekolah 3 hari berturut-turut tanpa surat doktor, surat amaran pertama dikeluarkan dan demikianlah seterusnya. Setiap hari persekolahan menjadi sangat penting kerana setiap hari pengukuran akan dibuat.

  Mereka tidak biasa dan belum mengenal bagaimana pelaksanaan PBS. Setiap hari nampak anak-anak pulang kepenatan, resah, banyak kerja kena siapkan.

  Setiap hari mereka kena bersedia. Jika tidak mereka akan jadi yang tercorot. Katanya, "Hari ni adik tak boleh jawab, dapat band 0, kawan tu dapat jawab soalan guru diberi band 6."

  Kita tidak tahu apa sudah jadi. Kerisauan anak-anak yang cerdas atau peka dengan penilaian semerta guru itu menyebabkan mereka sentiasa berada dalam tekanan. Berbeza sekali dengan kaedah penilaian berasaskan peperiksaan.

  Jadi kini.. kalau dulu kerisauan tinggi apabila peperiksaan semakin hampir. Tetapi hari ini, mereka sentiasa berdebar dan harus bertanding memberi sumbangan terbaik.

  Namun seperti kaedah penilaian peperiksaan bertulis juga, mereka yang duduk di kelas tercorot tidak kisah dengan apa jenis penilaian baru yang dibuat oleh guru.

  Sementelah lagi, di dalam kelas yang ada lebih 50 orang murid. Kelas mereka tetap berbeza dengan kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar pandai dan cerdas.

  Bagi mereka, berlumba atau tidak, sama saja. Mereka lebih gemar bermain. Itu saat yang paling menyeronokkan. Tambahan lagi, setiap hari bila pulang mereka boleh mengguna gajet canggih yang dibelikan oleh ibu dan ayah mereka.

Page 13: Pbs

  Di dalam aduanrakyat.com.my, kami petik aduan seorang bernama Halina seperti berikut:

 "Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll

Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..

Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat.."

  Di dalam laman bpa.bernama.com, ada juga aduan sms yang dipetik daripada akhbar Harian Metro sebegini:

  "6 Jun 2012 olehUmmi08 (IMA85626) : Minta kembalikan semula peperiksaan di sekolah. PBS tak sesuai. Jika pelajar gagal, boleh adakan ujian ulangan dan aras soalan boleh direndahkan.

 8 Jun 2012 olehUkurcelup (IMA30270) :Sokong Girlmisi, kembalikan peperiksaan, PBS tidak sesuai, cikgu sendiri masih celaru hendak melaksnakannya.

11 Jun 2012 olehEpanfokesorewzz (IMB88325) : Minta kerajaan mansuhkan sistem PBS dan kembalikan sistem peperiksaan. Sebagai seorang pelajar, saya lebih gemar untuk bersaing dalam peperiksaan."

  Sementara itu, di laman Maklum Balas Agensi Kerajaan tersebut (http://bpa.bernama.com/details.php?id=3295) juga ditegaskan kenyataan,

"KPM ingin menegaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah sebahagian daripada agenda transformasi pendidikan atas kesedaran bahawa pendidikan di Malaysia didakwa terlalu berpaksikan peperiksaan dan tidak holistik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik dan mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan akur kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Justeru PBS dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah secara terancang mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

Page 14: Pbs

Kesediaan guru untuk melaksanakan PBS dijamin melalui sesi latihan yang merangkumi penerangan konsep PBS dan pengenalan serta penggunaan aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Sesi latihan telah bermula pada tahun lepas (2011) dan kumpulan sasaran adalah Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan guru-guru yang dilantik sebagai Jurulatih Utama bagi menyokong dan membantu guru melaksanakan PBS."

   Sejauh mana PBS berkesan dilaksanakan merentasi semua kategori pelajar (daripada yang cerdas kepada yang paling lembab), kita masih belum pasti kerana pelaksanaannya masih baru.

  Cuma apa yang dibangkitkan di sini ialah keresahan yang tinggi tersebar di kalangan guru, pelajar dan ibu bapa. Keresahan di kalangan guru pula bertambah apabila tiba giliran memasukkan data online.

  Bila jumlah trafik online terlebih sikit, talian sudah jem. Sistem 'hang'. Bersediakah kita sebenarnya?

  Persoalan yang seharusnya dikemukakan sejak dahulu lagi.

 Sekian daripada kami.

    WaLlahu a'lam.

DAPATAN KEMBALI :

http://www.drhatta.com/2013/JAN13/PBS.htm

Page 15: Pbs

Selasa, 11 Februari 2014

Dr Agus: Sistem PBS bermasalah, beban bertambah, guru tertekanOleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM : Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menyebabkan beban guru bertambah dengan karenah merekodkan penilaian pelajar ke adalam sistem komputer berpusat.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, berkata ini kerana sistemnya lembab dan selalu tergantung.

Katanya, keadaan itu menyebabkan terdapat guru yang bangun sebelum Subuh sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem PBS kementerian.

“Tanggungjawab guru dalam membangunkan generasi besar sekali. Di sekolah, guru mengajar, menjadi kerani, mengisi data dan maklumat murid, menjadi jurulatih, dan pelakon di pentas. Pun begitu, guru tetap seronok dengan tugas mereka.

“Namun, dengan terlaksananya sistem PBS, keseronokan guru berubah,” kata Dr Agus dalam entri Facebooknya.

Beliau berkata Kementerian menyedari rungutan guru ini dan berjanji untuk mengatasinya pada April 2014 nanti dengan guru meminta mereka bersabar.

Pada 22 Februari ini, sekumpulan guru yang menamakan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) merancang untuk mengadakan bantahan di Putrajaya.

Dr Agus berkata terdapat banyak masalah yang dihadapi sistem PBS, antaranya sistem itu tiada peperiksaan akhir tahun dan tiada peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR.

“Jika tanpa peperiksaan, bagaimana menilai pencapaian murid? Bagaimana ibu bapa dapat mengetahui pencapaian anak mereka?,” katanya.

Beliau berkata sistem ini tidak sesuai dilaksanakan selagi nisbah guru-murid dan kemudahan sekolah bandar-luar bandar tidak seimbang.

Katanya sistem ini memerlukan kemudahan sekolah yang mencukupi.

“Bagaimana melaksanakannya dengan baik jika mendapatkan kertas dari pejabat sekolah pun sukar? Tinjauan saya mendapati guru membeli sendiri kertas, pencetak dan toner yang diperlukan mereka,” katanya.

Tambah Dr Agus, sistem itu mewujudkan murid dan pelajar yang malas membaca, berusaha, berfikir dan hilangnya sifat ingin berlumba menjadi yang terbaik.

“Ini kerana murid tidak lagi mempunyai tekanan untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan. Ibu bapa tidak ghairah lagi untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen.

Page 16: Pbs

“Bila malas berfikir, malas mengulangkaji, maka apa hasil cemerlangnya dengan sistem ini?,” katanya.

Justeru katanya, sistem peperiksaan berpusat UPSR dan PMR perlu diadakan semula.

“Pelajar perlu dinilai, bukan sahaja untuk mengetahui tahap pencapaian mereka, tetapi untuk mereka mempunyai semangat berlumba, dan juga untuk membolehkan ibubapa menilai prestasi anak mereka,” kata Dr Agus.

Katanya, jika sistem ini mahu diteruskan juga, maka guru perlu diberikan pembantu untuk merekodkan data kerana tanggungjawab utama guru adalah mengajar.

“Guru perlu diberikan kembali keseronokan mereka mengajar tanpa dibebankan dengan kesibukan mengisi maklumat dalam komputer,” katanya.EZY

DAPATAN KEMBALI :

http://penpasksgb.blogspot.com/2014/02/dr-agus-sistem-pbs-bermasalah-beban.html

Page 17: Pbs

RASIONAL PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat

melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian

akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan

kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada

produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada

yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah

mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah

60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala

peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga

Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik

dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik

dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan

yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek

lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya

oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk

mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,

kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan

potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses

mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.

- UTUSAN, 14 Disember 2011