pbs

6
Laporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu . 1.Apakah PBS? PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistic yang mampu mencari aspek kognitif, intelek, afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (Jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pentaksiran sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, direkod oelh guru sekolah di sekolah. Contoh instrument pentaksiran yang boleh digunakan ialah lemaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat selolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. 2. Apakah Objektif PBS? Objektif PBS adalah untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu dan memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu. PBS juga adalah bertujuan untuk membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui system pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

Upload: haniago

Post on 25-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TRANSCRIPT

Epm 414 Penilaian bahasa melayu sekolah rendah

Laporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu .1.Apakah PBS?PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistic yang mampu mencari aspek kognitif, intelek, afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (Jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Pentaksiran sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, direkod oelh guru sekolah di sekolah. Contoh instrument pentaksiran yang boleh digunakan ialah lemaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat selolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.2. Apakah Objektif PBS?Objektif PBS adalah untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu dan memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu. PBS juga adalah bertujuan untuk membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui system pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.3. Bagaimana guru melaksanakan PBS?Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan dokumen standard kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menakala dokumen standard prestasi adalah rujukan utama untuk mentafsir dan mengukur penguasaan murid.Untuk mentafsir, guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh dipeolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.

4. Adakah PBS akan menambah beban tugas guru?Sebenarnya PBS diurus dan dilaksanakan dengan bijak. Guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru. Bagi membantu guru melaksanakan PBS dan aplikasi ICT tealh dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

5.Temu bual Tentang Pentaksiran Sekolah PBSSoalan : Apa pendapat anda tentang PBS?Guru A : Pandangan positif PBS adalah untuk memastikan pelajar betul-betul faham topic yang diajar. Pelajar akan berusaha untuk mencapai setaiap band terutama band 6 iaitu band yang paling tinggi bagi pelajar pandai memang mereka akan bersaing untuk ke tahap itu, tapi yang kurang pandai, gururlah yang kena kerja lebih untuk memastikan mereka mencapai band tersebut. Pandangan Negatif duit PCG habis cepat kerana digunakan untuk fotostat soalan, membeli fail dan lain-lain. Penggunaan kertas banyak digunakan untuk fotostat soalan. Soalan terpaksa difotostat lebih daripada biasa sebab selagi elemen yang dinilai tidak tercapai, pelajar dikehendaki mengulang balik soalan, guru buat soalan yang sama sehingga mencapai criteria yang ditetapkan untuk mencapai elemen tersebut. Kesimpulannya : Semua guru harus banyak bersabar kerana apa-apa unsure yang positif atau negative, dasar telahdibuat, jadi sebagai guru, pendidik dan kakitangan kerajaan mestilah menyokong setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Pandangan negative pelajar akan beru

Soalan : Adakah pelaksanaan PBS tepat dan kena pada masanya/Guru A : Salah satu tujuan utama pendidikan ialah membangunkan negara dan masyarakat. Kita harus faham semua negara maju mempunyai dua ciri utama penilaian dalam system pendidikan mereka. Pertama, penilaian mereka bersifat holistic, berteraskan pembangunan insane dan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan. Kedua, guru sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian. Sistem penilaian berpusat tidak sesuai jika kita ingin melihat perkembangan individu. Penilaian berpusat lebih sesuai untuk menilai kemampuan pencapaian pelajar pada peringkat akhir sahaja.Soalan : Sejauh manakah PBS mampu memberi impak penting kepada kumpulan sasar pelajar?Guru B : Kita harus faham ada beza antara konsep dan amalan dalam isu PBS. Secara konsep, PBS sesuai untuk kita laksanakan sepenuhnya kepada peperiksaan. Kelemahan pepeerisaan ialah pendekatan dan tidak mampu memberikan justifikasi sebenar terhadap potensi pelajar. Peperiksaan hanya memberikan data pengukuran berkaitan tahap akademik semat-mata. Kita tidak mampu mngukur kebolehan dan bakat pelajar. Dahulu tiada juga konsep menilai pembelajaran secara hand on dan prktik. Kini PBS membuka peluang kepada pelajar mengenali kebolehan masing-masing dan berusaha untuk meningkatkannya. Melalui PBS juga pelajar akan mula tahu potensi dan bakat mereka. Ini juga merupakan asas mengapa PBS diperkenalkan.

Soalan : Mengapa ada suara-suara seolah-olah tidak boleh menerima sistem ini?Guru C : Kita pernah juga kena akui secara amalannya PBS berhadapan dengan beberapa isu teknikal. Paling utama ialah beban tugas guru yang bertambah, system online yang tidak mampu menampung kapasiti dokumen secara pantas dan kefahaman konsep PBS yang kabur dalam kalangan pelajar dan ibubapa. Guru juga ada yang kabur tentang apa dan mengapa PBS ini diperkenalkan tetapi sesuatu yang pasti PBS jika berjaya dilaksanakan akan jauh lebih baik berbanding peperiksaan yang dilakukan secara tradisional selam ini. Kita perlukan masa untuk menguasai kaedah penilaian bahan melalui PBS. Rakyat khususnya ibubapa perlu member peluang pihak kerajaan melakukan perubahan. Impak paling besar melalui PBS ilah setiap pelajar akan mula dikenal pasti keupayaan, potensi dan kebolehan mereka. Setiap pelajar unik dan istimewa. Sistem pendidikan yang baik berupaya mencungkil potensi pelajar tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

Soalan : Bagaimana pula dengan kesedaran guru-guru dalam menerima sistem ini?Guru D : Pada hakikatnya kerajaan perlu mengakui masih banyak yang perlu dilakukan dalam perkembangan system PBS ini. Dokumen pembuktian dan pengisian secara online jelas gagal dilakukaan secara berkesan kerana terlalu banyak item serta keupayaan bahagian teknikal PBS menguruskannya. Kementerian Pendidikan harus proaktif dan bersikap terbuka untuk terus menerima pandanagan dan keluhan para guru.

6. PenutupPentaksiran pendidikan di Malaysia adalah bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi individu sebagai melahirkan insane yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai indiidu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri ranpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kulitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami dan menghargai anak didik sebagai insan yang berguna.