pbs terhadap guru.docx

12
ARTIKEL : ISU KESAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TERHADAP GURU Rujukan 1 PBS terhadap guru (http://www.nutp.org/new/ms/node/1086 ) Kerajaan tambah baik PBS KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menambah baik sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik. "Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer. "Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP, di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Sistem PBS diperkenalkan bagi menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan. Mula dilaksanakan pada tahun ini, usaha itu sejajar dengan langkah kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Upload: nadiah-mukhtar

Post on 29-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

isl

TRANSCRIPT

Page 1: PBS terhadap guru.docx

ARTIKEL : ISU KESAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TERHADAP

GURU

Rujukan 1

PBS terhadap guru (http://www.nutp.org/new/ms/node/1086)

Kerajaan tambah baik PBS

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menambah baik sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik.

"Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer.

"Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Sistem PBS diperkenalkan bagi menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan.

Mula dilaksanakan pada tahun ini, usaha itu sejajar dengan langkah kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada pandangan serta cadangan guru-guru dalam usaha menambah baik PBS termasuk aspek yang dikatakan menjadi bebanan kepada tenaga pengajar.

Mengenai lapan lagi tuntutan NUTP bagi meningkatkan profesion perguruan, beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi mengkaji saranan itu dan mana yang relevan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Page 2: PBS terhadap guru.docx

Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk memasukkan cadangan yang relevan ke dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Kita akan berbincang, mana yang melibatkan kementerian dan relevan untuk dilaksanakan kita akan lakukan.

"Kementerian akan lihat, mana yang sesuai kita akan tambah tetapi sebahagian besar daripada Pelan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah hasil perbincangan dengan NUTP," katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan sambutan Hari UNESCO Malaysia dalam satu majlis berasingan di sini, Muhyiddin berkata, transformasi pendidikan yang akan dilakukan bukan sahaja bergerak seiring dengan aspirasi negara malah usaha itu juga mengambil kira cabaran dan persaingan global pada abad ke-21 ini.

Katanya, langkah kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan negara akan meletakkan Malaysia di landasan terbaik bagi bersaing dengan negara-negara yang maju.

"Malaysia telah mengambil langkah mengkaji semula sistem pendidikan negara mulai Oktober 2011 lalu dan telah menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025.

"Pelan ini yang menyediakan kerangka transformasi pendidikan secara menyeluruh, dijangka mampu memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya.

Rujukan 2

(PBS)http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-

pbs.html

Rujukan 3

(PBS: Emosi guru terganggu, pelajar merosot) http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/07/pbs-emosi-guru-terganggu-pelajar-merosot.html

KUALA LUMPUR: “Nampaknya kerajaan tidak ada hasrat untuk mengkaji semula perlaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),” kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mempertahankan sistem PBS apabila menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan

Page 3: PBS terhadap guru.docx

oleh ahli-ahli parlimen sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas.

Katanya, walaupun sistem itu menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya bagi 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah di  seluruh negara.

Menurutnya, PBS menimbulkan banyak masalah kepada guru-guru dan ramai merungut bahawa sistem itu amat menyusahkan dan menjadi satu beban tambahan kepada kerja harian mereka.

“Saya telah meminta  Menteri Pendidikan II sama ada pihak kerajaan telah membuat satu kaji selidik yang terperinci untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua 412,000 guru yang terlibat secara langsung dalam sistem  PBS,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, tindakan itu adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem PBS.

Sivakumar berkata, guru-guru yang terlibat secara langsung harus memberi maklum balas kepada kerajaan sama ada sistem ini adalah baik atau sebaliknya.

Katanya, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan sistem PBS tetapi sama ada ia dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan bergantung kepada penerimaan oleh guru-guru yang menjadi pengerak kepada dasar yang dihasratkan itu.

Baginya, jika guru-guru tidak dapat menerima sistem PBS sepenuh hati, maka perlaksanaannya akan gagal.

Ini, katanya kerana kejayaan sistem ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.

“Gangguan emosi dan keruntuhan motivasi guru-guru yang tidak puas hati dengan sistem PBS ini akan merosotkan lagi prestasi pelajaran di negara kita,” ujarnya.

Oleh yang demikian, kata beliau perkara itu harus diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan masa hadapan 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah.

Rujukan 4

PBS sangat membebankan(http://www.aduanrakyat.com.my/pbs-sangat-

membebankan)

Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah

Page 4: PBS terhadap guru.docx

baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Saya merasakan peperiksaan jauh lebih baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan, program dll

Dengan PBS, guru-guru akan menanda kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..

Harap pihak LPM boleh mengkaji semula PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang terlibat..

Page 5: PBS terhadap guru.docx

TUGASAN

a) Bagaimana PBS di wujudkan?

i. PBS merupakan satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan

dalam transformasi pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai

aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR).

iii. PBS diwujudkan untuk :

mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

iv. Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan

Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut

dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir

dan mengukur penguasaan murid.

v. Aplikasi ICT merupakan cara untuk guru untuk merekod data-data murid melalui

pentaksiran yang telah dijalankan.

b) Mengapakah PBS boleh memberi kesan negatif kepada guru?

Page 6: PBS terhadap guru.docx

i. Hasrat sebenar pihak KPM melaksanakan PBS ini adalah bagi memudahkan

guru untuk menjalankan pentaksiran terhadap murid. Namun, Kementerian

Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru selepas PBS

diwujudkan. Terdapat Keluhan mengenai sistem PBS telah disuarakan melalui

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah

dijangka oleh pihak KPM.

ii. Antara punca-punca PBS memberi kesan negatif kepada guru adalah:

Sistem rangkaian untuk memasukkan data atau markah murid tidak

stabil

Ramai guru yang mengeluh kerana mereka terpaksa menunggu sehingga

pukul 3 hingga 4 pagi untuk memasukkan data murid ke dalam sistem

disebabkan sistem rangkaian yang tidak stabil. Sistem rangkaian yang

tidak stabil juga terjadi apabila terlalu ramai guru yang membuka

rangkaian tersebut dalam masa yang sama sehinggakan ia tidak dapat

dibuka.

Guru menganggap ia sebagai satu bebanan kerja

Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas

pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti

sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang

telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan

sebagainya. Dengan kewujudan PBS, ramai guru yang menjadi kelam-

kabut untuk membuat pentaksiran terhadap semua murid.

Page 7: PBS terhadap guru.docx

“Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada

beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan

beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan

pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu

menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-

guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara

menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..”

(Rujukan 4)

Melalui sumber artikel yang diterokai menunjukkan guru berasa terbeban

dengan PBS kerana terpaksa membuat pentaksiran satu persatu pelajar.

Pihak kerajaan tidak mengambil tindakan segera

“Nampaknya kerajaan tidak ada hasrat untuk mengkaji semula

perlaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),” kata Ahli

Parlimen Batu Gajah,V Sivakumar.

Petikan kata-kata ini menunjukkan kerajaan tidak mengambil tindakan

yang segera terhadap keluhan para guru. Mereka menganggap walaupun

sistem itu menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada

pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya

bagi 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah di  seluruh

negara. Hal ini menyebabkan guru semakin tidak puas hati dan tertekan

dengan tranformasi yang dilaksanakan.

c) Bagaimana cara mengatasinya dari berulang?

Page 8: PBS terhadap guru.docx

1. guru juga kurang memahami mengenai cara melaksanakan pentaksiran

seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran

formatif).

a. Hal ini demikian kerana, kesukaran guru membina instrumen

pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat dengan

fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian

berbentuk kertas dan pensel.

2. "Pengurusan evidens murid dalam PBS yang dikatakan memakan masa

yang banyak dan ruang yang besar adalah perlu bagi memastikan

penguasaan murid dalam pembelajaran direkod untuk melihat

pertumbuhan dan perkembangan murid sepanjang tempoh

persekolahan''

a. Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase (FS)

diperkenalkan. Pendekatan itu membolehkan seorang murid memiliki

sebuah FPM sahaja untuk menyimpan evidens bagi pelajaran semua

mata yang dipelajarinya. FS merupakan fail

menyimpan evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk setiap mata

pelajaran dan digunakan sebagai rujukan piawai evidens serta

disediakan mengikut tahun atau tingkatan bergantung kepada

keputusan Jawatankuasa PBS sekolah.

3. kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan PBS

a. Langkah interim (bersifat sementara) yang telah diambil oleh

Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah tersebut adalah

dengan menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Sistem

Pengurusan PBS dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

4. bagi memastikan guru memahami dan boleh melaksanakan PBS

Page 9: PBS terhadap guru.docx

a. Antara perancangan tersebut termasuklah menyediakan

Latihan Hands-on PBS secara in-situ kepada pejabat pendidikan

daerah dan guru contoh PBS di seluruh negara.

b. Lembaga Peperiksaan juga akan menyediakan bahan sokongan dan

khidmat pementoran PBS dalam talian bertujuan membantu guru

memahami dan boleh melaksanakan PBS seperti yang dihasratkan

sekali gus mengurus perubahan yang berlaku dengan baik setelah

memahami konsep agar mudah melaksanakan PBS nanti.