pbs-arab

Upload: paihpckb1129

Post on 10-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 PBS-arab

    1/18

    REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

    MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

    HARI PERTAMA - AHAD 07 MAC 2010

    Pada pukul 7.15 pagi saya telah sampai di sekolah Kebangsaan Parang Puting

    untuk berjumpa dengan pihak pentadiran sekolah bagi mendaftarkan diri saya sebagai

    guru pelatih yang sedang menjalani pengalaman berasaskan sekolah disekolah

    tersebut. Semasa mengadakan pertemuan dengan Penolong Kanan Pentadbiran, saya

    telah menyerahkan surat keizinan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus

    Tuanku Bainun untuk menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah

    tersebut. Pada ketika itu juga saya telah memperkenalkan diri saya dan menyatakan

    butiran peribadi saya kepada beliau serta mendapat sedikit taklimat daripadanya. Saya

    kemudiannya dikehendaki turut serta ke perhimpunan mingguan sekolah tersebut.

    Semasa perhimpunan sedang dijalankan, seorang guru yang sedang

    mempengurusikan majlis perhimpunan pada pagi itu telah meminta saya tampil ke

    hadapan untuk memperkenalkan diri saya kepada semua warga sekolah. Ketika itulah

    perasaan berdebar-debar bercampur dengan perasaan malu amat dirasakan. Tetapi

    syukur alhamdulillah dengan pengajaran serta pengalaman ketika proses pengajaran

    dan pembelajaran yang dijalankan setiap hari di institut dapat menjadikan saya rasa

    tenang serta berkeyakinan ketika berada dihadapan untuk memperkenalkan diri saya

    kepada semua warga sekolah. Pengalaman memperkenalkan diri dihadapan murid-

    murid sekolah membuatkan saya rasa gembira serta saya dapat merasakan suasana

    sebenar sebagai seorang guru yang sedang berucap dihadapan walaupun hanya

    beberapa minit sahaja berada dihadapan murid-murid sekolah..

  • 8/8/2019 PBS-arab

    2/18

    Selepas berakhirnya perhimpunan pagi saya telah diberi tugas untuk

    menggantikan kelas 6 Delima kerana guru kelas tersebut pada ketika itu akan

    memasuki mesyuarat pertandingan nasyid peringkat QIT Kota Bharu yang akan

    diadakan di sebuah sekolah berdekatan pada hujung bulan Mac 2010. Apabila saya

    memasuki kelas 6 Delima ketua kelas telah mengetuai murid-murid sekelas memberi

    salam kepada saya. Perasaan sebagai seorang guru dapat dirasakan pada ketika itu.

    Saya mengadakan sesi suai kenal dengan murid-murid kelas tersebut. Semua murid-

    murid kelas 6Delima memberi komitmen serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika

    sesi suai kenal bersama saya. Murid-murid kelas tersebut juga kelihatan berdisiplin

    serta mempunyai pangkat-pangkat disekolah tersebut contonya ketua pengawas

    sekolas, ketua pengawas pusat dan lain-lain lagi. Kelas 6 Delima juga merupakan kelas

    cemerlang serta kelas pertama daripada 6 kelas. Semua murid-murid di dalam kelas 6

    Delima adalah harapan sekolah untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti.

    Dalam masa yang sama juga, saya telah terlibat dalam aktiviti P&P dalam kelas

    tersebut dimana guru yang sepatutnya masuk telah meninggalkan kerja kepada murid-

    murid kelas 6 Delima.

    Selepas menggantikan kelas, saya telah ke pejabat sekolah dan berjumpa

    kembali dengan guru penolong kanan pentadbiran sekolah untuk menanyakan

    maklumat-maklumat tentang sekolah, sejarah penubuhan sekolah, carta organisasi,

    bilangan guru, bilangan murid dan lain-lain lagi. Interaksi yang mesra serta tenang

    membuatkan saya rasa tidak segan untuk menanyakan sebarang soalan atau meminta

    maklumat sekolah daripada beliau.. Selain itu, saya juga telah diberikan seorang guru

    mentor bagi memudahkan lagi saya mendapat maklumat-maklumat sekolah yang perlu

    di ambil bagi menyiapkan tugasan saya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

    Sejurus selepas itu, saya sempat bertemu sua dengan guru besar sekolah ini.

    Seketika bersama beliau, saya mengambil peluang yang ada dengan menanyakan

    matlamat dan sasaran bagi pencapaian matapelajaran bahasa arab di sekolah ini.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    3/18

  • 8/8/2019 PBS-arab

    4/18

    REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

    MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

    HARI KEDUA - ISNIN 08 MAC 2010

    Pada pukul 7.20 pagi saya telah sampai di Sekolah Kebangsaan Parang Puting.

    Saya melihat ramai murid-murid darjah satu pada ketika itu masih dalam keadaan

    mengantuk dan seolah-olah tidak bermaya memikul beg yang dibawa oleh mereka.

    Sejurus loceng di bunyikan semua pelajar sekolah itu keluar dari kelas dan beratur

    dihadapan kelas mereka untuk mengaminkan doa. Setiap kelas akan dijaga oleh 2

    orang pengawas sekolah, seorang pengawas lelaki dan seorang pengawas perempuan.

    Pelajar sekolah ini kelihatan begitu berdisiplin dan sopan santun ketika mengaminkan

    doa, semuanya menadah tangan dengan kedua belah tangan dan berada dalam

    keadaan senyap.

    Selepas itu, saya pergi ke pejabat untuk bertanyakan beberapa soalan tentang

    sedikit malumat sekolah, prasarana dan kemudahan-kemudahan sekolah yang

    disediakan. Saya banyak merujuk tentang perkara ini daripada kerani yang bertugas

    pada ketika itu. Selain itu, saya juga telah bertanyakan tentang Persatuan Ibu Bapa dan

    Guru ataupun lebih dikenali lagi dengan PIBG. Kerani sekolah itu telah menunjukkan

    laporan PIBG sekolah beserta dengan senarai ahli jawatankuasa PIBG, laporan aktiviti

    PIBG dan laporan kewangan PIBG pada tahun 2009. Interaksi dengan kerani dapat

    dijalinkan dengan lebih mesra serta kerjasama yang diberikan olehnya amatlah

    dihargai.

    Saya meneruskan agenda pada hari kedua dengan bertemu guru-guru

    Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi mendapatkan maklumat mengenai cabaran,

  • 8/8/2019 PBS-arab

    5/18

  • 8/8/2019 PBS-arab

    6/18

    ini adalah sama dengan pertemuan pertama bersama ketua panitia iaitu mengenai

    cabaran,halangan,dan aktiviti P&P yang telah dilaksanakan di sekolah.

    Melalui dua pertemuan yang telah diaturkan iaitu bersama Ustaz Ramli dan

    Ustazah Hashimah, banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman-pengalaman berguna

    yang telah kami peroleh.Ternyata ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh saya adalah

    terlalu cetek jika ingin dibandingkan kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman yang

    dimiliki oleh mereka berdua.Saya juga berasa sangat kagum dan terharu kerana

    mereka berdua dan beberapa lagi orang guru berkaitan tidak lokek untuk berkongsi

    pengalaman bersama kami disamping memberi pengajaran dan nasihat yang berguna

    kepada kami dalam menempuh situasi di alam pendidikan pada masa kini yang penuh

    dengan cabaran dari segi mental dan fizikal.

    Berdasarkan kepada beberapa pertemuan yang telah dibuat sepanjang hari ini,

    kami telah membuat kesimpulan bahawa cabaran utama kepada guru-guru Pendidikan

    Islam dan bahasa Arab adalah dari segi membentuk akhlak Islam seperti yang

    dikehendaki syariat dan membentuk sahsiah murid-murid itu sendiri berbanding

    cabaran dalam bidang akademik yang agak kurang mencabar. Ini kerana kanak-kanak

    pada hari ini dengan mudahnya telah terdedah kepada anasir-anasir luar yang negatif

    seperti pergaulan bebas,penggunaan dadah,dan juga gejala rempit yang semakin

    berleluasa. Pengaruh-pengaruh sebegini juga telah dibawa bersama ke sekolah oleh

    pelajar-pelajar yang akhirnya membawa kepada masalah tingkah laku dan seterusnya

    memberi kesan kepada aktiviti P&P itu sendiri.

    Menurut mereka lagi,pihak sekolah juga telah mendapati bahawa terdapat

    segelintir ibubapa yang langsung tidak mengendahkan perkara mengenai masalah dan

    tingkah laku anaknya yang bermasalah di sekolah.Tidak terkecuali juga yang tidak

    mahu mengakui kesalahan yang dilakukan secara terang-terang oleh anak-anak

  • 8/8/2019 PBS-arab

    7/18

    mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir ibubapa yang tidak memantau dan

    mengambil peduli mengenai pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka siang dan

    malam.Faktor-faktor sebeginilah yang telah menyebabkan keruntuhan akhlak dan

    sahsiah anak-anak tidak kira kanak-kanak atau remaja.

    Apabila anak-anak atau pelajar-pelajar datang ke sekolah dengan sahsiah dan

    akhlak yang tidak elok, perkara ini seterusnya akan membawa kepada masalah disiplin

    seperti tidak menghormati guru, mencuri, membuli rakan dan sebagainya. Ini secara

    tidak langsungnya akan menyebabkan proses P&P akan terbantut begitu sahaja.Begitu

    juga ianya akan memberi kesan kepada visi dan matlamat pihak sekolah Menurut

    ustaz, sebagai guru yang memperjuangkan bidang agama, mahu atau tidak mahu

    adalah menjadi tanggungjawab mereka bagi memperbetulkan kembali keadaan seperti

    ini iaitu dalam menerapkan tarbiah dan pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam

    diri setiap anak-anak khususnya yang beragama islam itu sendiri.Namun, dalam

    keadaan dan situasi seperti sekarang, bukanlah satu tugas yang mudah bagi guru

    dalam mendidik sahsiah pelajar. Namun,guru guru tidak haruslah merasa mengeluh

    sebaliknya mengikhlaskan diri sebaik mungkin demi untuk kepentingan anak bangsa.

    Dari sudut akademik pula,ustazah Hashimah lebih menumpukan kepada

    kemahiran penggunaan ICT terutamanya dikalangan guru-guru Pendidikan Islam dan

    bahasa Arab. Menurut beliau,adalah menjadi perkara yang penting bagi guru-guru

    dalam menerapkan penggunaan ICT dalam aktiviti P&P mereka terutamanya bagi

    subjek bahasa Arab.Ini rentetan daripada pemerhatian dan aduan yang dibuat di

    seluruh negara berikutan guru-guru agama dan bahasa yang buta ICT. Situasi ini

    secara tidak langsungnya telah menjatuhkan kredibiliti guru-guru Pendidikan Islam itu

    sendiri dan seterusnya akan dipandang rendah oleh orang lain. Oleh itu,menjadi

    tanggungjawab bagi guru-guru Pendidikan islam dan bahasa Arab dalam mempelajari

    serta mempertingkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    8/18

    REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

    MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

    HARI KETIGA - SELASA 09 MAC 2010

    Pada hari ketiga ini juga kami dikehendaki untuk bertemu dengan guru-guru

    Pendidikan Islam dan bahasa Arab bagi mendapatkan maklumat tentang kurikulum

    sukatan pelajaran, huraian sukatan,buku teks dan bahan-bahan P&P bahasa Arab. Kali

    ini kami meminta jasa baik Ustaz Hafiz bagi mendapatkan bahan-bahan serta

    maklumat-maklumat yang berkaitan.

    Menurut Ustaz Hafiz, setakat ini perlaksanaan subjek bahasa Arab di sekolah

    Kebangsaan Parang Puting adalah berkuatkuasa di bawah program perlaksanaan

    j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005 dan mula diperkuatkuasakan pada tahun

    2007.Menurut beliau sukatan pelajaran yang digunakan adalah sukatan pelajaran yang

    bersepadu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bagi buku Teks pula menurut Ustaz Hafiz, pihak sekolah ada menyediakan satu

    buku Teks khas bahasa Arab yang wajib dibeli oleh semua murid-murid. Namun,

    pinjaman akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan

    rendah iaitu dibawah RM 1500 sebulan.Bagi bahan P&P bahasa Arab

    pula,sememangnya pihak sekolah melalui panitia Pendidikan Islam telah menerima

    peruntukan bagi menyediakan bahan-bahan P&P seperti LCD, permainan bahasa Arab,

    carta-carta,r adio, serta kad-kad huruf serta perkataan-perkataan bahasa Arab.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    9/18

    Bagi memudahkan lagi perjalanan aktiviti P&P, kesemua bahan-bahan ini tidak

    diletakkan atau dicampuradukkan bersama dengan bahan-bahan P&P Pendidikan

    Islam sebaliknya diletakkan di satu tempat khas.Bilik khas untuk menyimpan segala

    bahan P&P bahasa Arab bagi Sekolah Kebangsaan Mengkuang adalah terletak di bilik

    j-QAF.

    Bilik j-QAF merupakan bilik khas di sekolah ini yang menempatkan peralatan-

    peralatan dan bahan bantu mengajar bagi guru j-QAF. Oleh kerana guru bahasa arab

    sekolah ini merupakan guru j-QAF, maka bahan bantu mengajar bagi matapelajaran

    bahasa arab telah ditempatkan di bilik ini bagi memudahkan guru terbabit untuk

    menyusun dan akses kepada bahan-bahan terbabit.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    10/18

    REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

    MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

    HARI KEEMPAT - RABU 10 MAC 2010

    Pelbagai aktiviti yang berlandaskan bahasa arab telah dirancang dan

    dilaksanakan di sekolah ini. Semua aktiviti ini diselia oleh guru-guru bahasa arab,

    pendidikan islam dan juga guru j-QAF. Antara aktiviti dan program yang biasa diadakan

    setiap tahun adalah minggu bahasa arab. Minggu bahasa arab dijalankan selama lima

    hari dengan pelbagai aktiviti seperti seperti pertandingan hiwar, pertandingan kalimah

    arab, kuiz dan sebagainya dilaksanakan. Minggu bahasa arab diadakan bagi

    mendedahkan murid-murid kepada bahasa arab dengan lebih dekat selain daripada

    proses pengajaran dan pembelajaran yang telah sedia dilaksanakan di dalam bilik

    darjah. Ia juga bagi menarik minat murid dan mencungkil bakat terpendam para murid

    yang ada pada sesetengah murid dalam kemahiran bahasa arab. Murid yang menyertai

    dan memenangi sebarang pertandingan sepanjang minggu bahasa arab akan diberi

    hadiah dan sijil bagi menghargai dan mendorong mereka untuk lebih berminat terhadap

    bahasa arab.

    Selain minggu bahasa arab, program lain yang turut dijayakan di SK Parang

    Puting bagi memartabatkan bahasa arab adalah dengan mengadakan sesi kalimah

    arab pada setiap pagi rabu dan khamis. Pada setiap pagi rabu dan khamis, satu

    kalimah atau mufrodat arab akan diuar-uarkan dengan menggunakan system pembesar

    suara di sekolah ini. Kalimah tersebut akan diterangkan di dalam bahasa melayu

    terlebih dahulu agar murid dapat memahami kemudian diikuti dengan contoh ayat di

    dalam bahasa arab pula. Sesi bahasa arab ini akan dikendalikan oleh guru bahasa arab

    atau guru pendidikan islam yang berkenaan.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    11/18

  • 8/8/2019 PBS-arab

    12/18

    REFLEKSI PERLAKSANAAN AKTIVITI HARIAN YANG DIJALANKAN SEMASA

    MENJALANI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH.

    HARI KELIMA - KHAMIS 11 MAC 2010

    Hari ini merupakan hari terakhir saya melaksanakan tugasan Pengalaman

    Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Parang Puting untuk semester tiga tahun

    2010. Seperti hari-hari sebelumnya saya tiba di sekolah pada jam 7:20 pagi bersama

    beberapa orang lagi guru pelatih dari Institut Perguruan lain yang turut menjalankan

    (PBS) di sekolah ini. Hari ini saya mesti melengkapkan tugasan saya yang masih

    mempunyai beberapa perkara dan aspek yang belum diselesaikan.

    Selepas saya selesai menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Selamat Sultan iaitu

    lagu rasmi negeri Kelantan serta mengaminkan doa bersama semua murid di sekolah

    ini, saya terus bergegas ke bilik guru bagi mendapatkan maklumat mengenai tutor saya

    dan bergambar dengan beliau bagi dimuatkan ke dalam tugasan PBS saya. Semasa di

    bilik guru, saya turut berjumpa dengan guru-guru lain yang antaranya pernah mengajar

    saya ketika saya bersekolah di sini suatu ketika dulu. Mereka sedikit sebanyak

    berkongsi pengalaman mereka semasa mengajar di bilik darjah yang dihuni oleh murid-

    murid yang pelbagai ragam dan telatah. Para guru tersebut juga telah memberi

    beberapa tips dan nasihat tentang kaedah dan cara yang sesuai semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran berlaku.

    Selepas itu, saya ditugaskan untuk mengganti kelas 6 Zamrud kerana guru yang

    sepatutnya mengajar kelas tersebut pada masa itu terlibat dengan hal lain yang tidak

    dapat dielakkan. Tepat pukul 9:15 pagi saya terus menuju ke kelas 6 Zamrud. Kelas ini

    merupakan kelas kedua selepas kelas 6 Delima daripada lima kelas semuanya.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    13/18

    Sebelum ini saya telah diarahkan untuk mengganti kelas 3 Delima dan 4 Firus serta

    beberapa lagi kelas di tahap satu. Semasa di dalam kelas ini, saya agak kurang

    berkomunikasi pada mulanya. Selepas beberapa minit, saya mula dapat menyesuaikan

    diri dengan murid-murid di dalam kelas 6 Delima. Saya rasa semakin meningkat minat

    saya terhadap profesion keguruan setelah mengalami sendiri perasaan sebagai

    seorang guru yang mendidik anak muridnya walaupun untuk sementara.

    Selepas saya rehat di kantin sekolah bersama rakan guru pelatih yang lain, saya

    meneruskan agenda saya di hari terakhir ini. Saya kemudian ke pejabat sekolah

    bersama rakan-rakan lain bagi mendapatkan beberapa tandatangan dan maklumat

    tambahan yang sepatutnya dari pihak pentadbiran sekolah. Antaranya, saya

    mendapatkan tandatangan guru penolong kanan pentadbiran bagi mengesahkan

    kehadiran saya menjalani PBS di sekolah ini selama lima hari. Saya turut mendapatkan

    beberapa lagi tandatangan antaranya daripada penolong kanan kokurikulum,penolong

    kanan hal ehwal murid dan pembantu tadbir rendah.

    Setelah selesai agenda di pejabat, saya bergegas ke kelas prasekolah SKPC

    untuk membuat semakan akhir serta menyusun semua tugasan berkenaan PBS yang

    telah dilaksanakan. Saya dan rakan-rakan memilih lokasi prasekolah kerana pada masa

    ini iaitu lebih kurang pada jam 12 tengah hari semua murid prasekolah telah pulang.

    Jadi tidak menjadi masalah untuk saya menyiapkan tugasan saya di sini. Akhirnya saya

    bergambar kenang-kenangan bersama rakan guru pelatih yang lain serta beberapa

    orang murid sebagai ingatan saya sepanjang menjalani PBS di sekolah ini. Ia

    merupakan pengalaman yang sangat berharga dan saya tidak akan melupakannya

    sampai bila-bila.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    14/18

    CORETAN GAMBAR

  • 8/8/2019 PBS-arab

    15/18

    Hari pertama, semasa perhimpunan pagi awal minggu iaitu hari Ahad

    Murid-murid sedang melakukan senamrobik di padang sekolah.

  • 8/8/2019 PBS-arab

    16/18

    Kelas Bahasa Arab sedang berjalan di kelas tahun 4 oleh Ustazah Hashimah

    Bilik j-QAF yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bantu mengajar

  • 8/8/2019 PBS-arab

    17/18

    Antara bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Bahasa Arab

  • 8/8/2019 PBS-arab

    18/18