mesyuaratagung.angkasa.coop...koperasi sekolah kekal relevan, berdaya saing 44 jpan kedah : bantu...

68

Upload: others

Post on 19-Aug-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 2: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 3: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 4: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

2 PELANCAR Edisi Khas 2021

04 Sekapur Sirih

05 Seulas Pinang

06 Rencana: PESAN50: Ke Arah Masa Depan Koperasi yang Lebih Cemerlang

08 Rencana: Ke Arah Pengantarabangsaan Koperasi Sekolah

10 Rencana: Aktifkan Rantaian Ekonomi dan Perkhidmatan Kesihatan di Musim Pandemik COVID-19

12 Rencana: Pengurusan Integriti dan Prestasi Organisasi

14 Rencana: Sektor Kewangan ANGKASA Konsisten Bantu Koperasi

16 Rencana: Platform Pendidikan Koperasi Memperkasakan Modal Insan

KANDUNGAN18 JPAN Sabah : Isu, Peluang & Cabaran dalam Perniagaan Koperasi di Sabah

20 JPAN Perak : Usaha Berterusan Bantu Perkasa Sektor Peruncitan Koperasi di Perak

22 JPAN Pahang 1 (Timur) : Pacu Kecemerlangan Pelajar Koperasi Sekolah

24 JPAN Pahang 2 (Tengah) : Projek Tanaman Vanila : Peluang Perniagaan Baharu Koperasi

26 JPAN Pahang 3 (Barat) : Sektor Peruncitan Kekal Penting Semasa Pandemik

28 JPAN Terengganu : Terus Bergerak Harungi Cabaran Pandemik

PresidenDato’ Abdul Fattah Abdullah Timbalan PresidenDato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib PresidenDatuk Haji Mohamad Ali Haji HasanDr. Haji Mohd. Azlan YahyaDato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che IsaProf. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

SIDANG PENGARANGPanel Penasihat EditorialDato’ Haji Ibrahim Haji AbdullahDato’ Haji A. Aziz DeramanDatuk Zulkefli HamzahDr. Zaharani AhmadDr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanHaji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi KorporatHalim Haji Ibrahim

PengurusMohd. Zakuan Azmi

Page 5: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

3Edisi Khas 2021 PELANCAR

@ANGKASACoop

30 JPAN Negeri Sembilan : Ujian dan Cabaran Mengekalkan Kelangsungan Gerakan Koperasi Negeri Sembilan

32 JPAN Pulau Pinang : Projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang: Peluang Koperasi Bergiat Aktif dalam Industri Pelancongan

34 JPAN Sarawak : Tingkat Usaha Dekati Golongan Belia

36 JPAN Perlis : Jual Harumanis Secara Dalam Talian: Koperasi Bantu Tingkat Perolehan Anggota

38 JPAN Melaka : Fokus dan Sasaran Aktiviti Ekonomi Koperasi di Melaka

40 JPAN Johor : ANGKASA Negeri Johor Teroka Program Pertanian Organik

42 JPAN Selangor : Digitalisasi Bantu Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing

44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid

46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja Berpasukan Tunjang Kekuatan

48 JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Masa Depan Gerakan Koperasi: Jadikan Penghalang Satu Peluang

50 Perangkaan Keanggotaan ANGKASA

54 Rencana: Peranan Komunikasi dan Media : Melestarikan Koperasi Sebagai Wadah Sosioekonomi

56 Yayasan ANGKASA

Penolong PengarangNor Azah Abd. AzizWan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media SosialNadiah Kamarudin

Pereka GrafikFaizatulliza Mohd. Nor

Pemberita/ JurugambarRahmat Mohd. DidMohamad Zairul Hafiz Sardin

Pruf Dan RekaletakHaji Anuar IsmailDatin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan OlehUnit PELANCARBahagian Komunikasi KorporatE-mel: [email protected]

Dicetak OlehUltimate Print Sdn. Bhd.Lot 2, Jalan Sepana 15/3,Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Telefon: 03-5101 3388Faks: 03-5101 3600

Diterbitkan Oleh:Angkatan Koperasi KebangsaanMalaysia Berhad (ANGKASA)Wisma Ungku A. Aziz,Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan:Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Peti Surat 8797,Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Telefon: 03-7806 1977Faks: 03-7806 1506E-Mel: [email protected] Web: www.angkasa.coop

Page 6: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perubahan yang berlaku dalam landskap kehidupan berasaskan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 telah banyak merubah dimensi pemikiran dan perspektif termasuklah pendekatan tadbir urus khususnya dalam sektor koperasi.

Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung Koperasi telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk memastikan pelaksanaan Mesyuarat Agung Koperasi dapat terus dijalankan.

Menerusinya, penganjuran Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021 akan dapat mengekalkan momentum yang sama iaitu membentang, membincang dan meluluskan kesemua agenda sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Koperasi 2010 dan Undang-Undang Kecil Koperasi.

Garis panduan pengurusan mesyuarat semasa pandemik ini bukan sahaja membolehkan koperasi menjalankan kewajiban mereka malah ia juga merupakan satu usaha bagi memastikan tahap keselamatan anggota koperasi terus terjaga sepertimana arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi memastikan kelancaran mesyuarat, dokumentasi sokongan dan sistem komunikasi dua hala yang berlangsung melalui aplikasi tele-conferencing itu juga perlulah sentiasa dalam keadaan lengkap dan baik, jelas untuk didengar dan mudah untuk dibaca oleh semua.

Saya amat yakin melalui kaedah norma baharu ini, MAN 2021 akan dapat berjalan mengikut agenda yang ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi. Saya juga yakin dengan pengalaman, tahap kepakaran dan kemudahan prasarana teknologi digital yang dimiliki dan disediakan oleh ANGKASA akan berupaya memastikan perjalanan MAN 2021 diurus dengan lebih cemerlang.

Selamat bersidang kepada semua perwakilan bersama iringan doa dan harapan agar gerakan koperasi di negara kita terus maju demi kemakmuran sosioekonomi anggota, masyarakat dan negara. Terima kasih.

Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Pengerusi EksekutifSuruhanjaya Koperasi Malaysia

SEKAPUR SIRIHDatuk Nordin Salleh

4 PELANCAR Edisi Khas

Page 7: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Datuk Nordin SallehPresiden ANGKASA

SEULAS PINANGDato’ Abdul Fattah Abdullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelaksanaan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) 2021 secara maya menjadi petunjuk dan bukti terhadap tahap kesediaan serta keupayaan koperasi untuk terus berperanan walau dalam apa juga situasi.

Pastinya cabaran dalam melengkapkan agenda dan perjalanan MAN 2021 sangat besar, namun semuanya mampu direalisasikan dengan lancar dan berkesan jika semua pihak dapat mengadaptasi dan menguasai pembaharuan dalam teknologi maklumat berasaskan Garis Panduan Pengurusan Mesyuarat Agung yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Saya yakin dengan kesungguhan serta keupayaan para perwakilan untuk bersama-sama mewarnai dan menjayakan MAN 2021. Pastinya mesyuarat pada tahun ini akan menempa satu sejarah baharu selain menjadi simbol percapaian terhadap aspirasi kerajaan untuk memartabatkan pembangunan digital dalam gerakan koperasi.

Walaupun perniagaan koperasi kini sedang berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19, kita perlu terus berani untuk bergerak ke hadapan secara berjemaah bagi menzahirkan kekuatan dan kestabilan yang lebih jitu.

MAN 2021 juga boleh dijadikan sebagai platform koperasi untuk berkongsi pandangan serta idea bagi mengukuhkan lagi peranan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN). Ia sekali gus dapat membantu memperkasakan peranan JPAN sebagai pusat pengembangan kefahaman dan pengamalan prinsip koperasi selain dapat membentuk sebuah jaringan yang lebih kuat bagi mengukuhkan rantaian nilai dan pengeluaran koperasi.

Bersama kita mendoakan kesejahteraan gerakan koperasi agar terus maju dan berjaya. Segalanya demi kemakmuran bersama dan kelestarian sosioekonomi seluruh anggota koperasi, masyarakat serta negara.

Selamat bersidang.

Terima kasih.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASAmerangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

5Edisi Khas PELANCAR

Page 8: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

6 PELANCAR Edisi Khas

Pindaan tersebut yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2021 berupaya memperkukuh kedudukan koperasi sebagai sebuah gerakan yang lebih dinamik dan mampu meningkatkan taraf sosioekonomi anggota serta masyarakat. Perubahan tersebut juga selari dengan Bidang Tujahan Ke-2 Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang memberi fokus kepada usaha bagi melahir dan meningkatkan minat serta kesungguhan terhadap pembentukan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi. Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan standard koperasi dan anggotanya, sasaran RM100 bilion yang diletakkan melalui sumbangan

Tahun 2021 merekodkan satu lagi sejarah baharu dalam gerakan koperasi di Malaysia apabila kerajaan telah meluluskan pindaan membabitkan sembilan peruntukan dalam Akta Koperasi 1993  (Akta 502) kepada Akta Koperasi (Pindaan) 2021 (A1634).

Rencana

PESAN50 : Ke Arah Masa Depan Koperasi Yang Lebih Cemerlang

Presiden ANGKASAmerangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Dato’ Abdul Fattah Abdullah

perolehan koperasi kepada ekonomi negara menjelang 2030 itu haruslah dilihat dari perspektif yang positif. Demi merealisasikan matlamat perolehan tersebut, koperasi perlu bersedia untuk bergerak secara lebih pantas selain berani untuk meneroka dan meningkatkan kapasiti jualan secara lebih meluas serta konsisten. Di sinilah letaknya tanggungjawab setiap  anggota khususnya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) termasuk warga kerjanya untuk terus membentuk kekuatan, persefahaman dan bersatu padu dalam  menggerakkan kerjasama demi menjayakan agenda  koperasi. Sehubungan dengan itu, ANGKASA telah merangka Pelan

Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50) yang mengambil kira semua dasar kerajaan untuk diadaptasi dan diselaraskan dengan objektif TransKoM 2021-2025. Menerusinya, sebuah pelan tindakan pembangunan koperasi yang lebih spesifik dan menyeluruh dapat dijalankan secara lebih terperinci mengikut tahap dan indikator yang seiring dengan sasaran serta keperluan sesebuah koperasi. Selaras dengan usaha untuk memastikan hasil strategi bagi setiap tonggak dapat dicapai, PESAN50 dirangka mengikut 3 fasa  bermula dengan Pelan Jangka Pendek (2017-2020) yang bertemakan ‘Pembangunan Rangka Kerja Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan Strategik dan Memperkasakan Misi ANGKASA sebagai Apeks Gerakan Koperasi’, Pelan Jangka Sederhana (2021-2025) dengan temanya iaitu ‘Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan’ dan Pelan Jangka Panjang (2031-2050) yang membawa tema ‘Koperasi Sebagai Gaya Hidup’.

Page 9: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

7Edisi Khas PELANCAR

Anjakan fasa kedua (2021-2025) yang bermula pada tahun ini telah meletakkan  sasaran untuk ‘merangsang dan membangunkan perniagaan ANGKASA dan koperasi menerusi 15 fokus keutamaan yang telah dirancang. Sejajar dengan matlamat ‘Dasar Rangsangan Perniagaan ANGKASA’ yang mahu mengeksploitasi peluang ekonomi dan seterusnya menghasilkan pulangan pelaburan terbaik bagi koperasi dan anggotanya, ANGKASA terus optimis memperkasakan lapan (8) sektor ekonomi  menerusi pelbagai aspek pembangunan ekonomi yang dirancang. Walaupun persekitaran ekonomi sering mengalami perubahan ekoran ketidaktentuan pasaran dan permintaan, ANGKASA sentiasa melakukan pemantauan dengan mengimbilkira perubahan arus ekonomi dan keperluan semasa termasuk dalam aspek pengurusan dan tahap keupayaan sesebuah koperasi. Cabaran ekonomi semasa dan situasi pandemik COVID-19 banyak memberi kesan terhadap prestasi perniagaan dan perolehan koperasi khususnya terhadap sektor-sektor tertentu. Namun,  inisiatif ekonomi dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta  Suruhanjaya

PELAN JANGKA PANJANG

PELAN JANGKA SEDERHANA

RANGKA PELAN TINDAKAN ANGKASA 2017-2050

PELAN JANGKA PENDEK

JANGKAMASA

TEMAPELAN

2017 - 2050

RANCANGAN ANGKASA2017 - 2020

RANCANGAN ANGKASA2021 - 2025

RANCANGAN ANGKASA2026 - 2030

RANCANGAN ANGKASA2031 - 2050

Pembangunan Rangka KerjaPelaksanaan dan Pemantauan

Pelan Strategik danMemperkasakan Misi

ANGKASA sebagai APEKS Gerakan Koperasi

Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan Koperasi Sebagai Gaya Hidup

Koperasi Malaysia (SKM)  banyak membantu koperasi khususnya koperasi kecil untuk terus memulih dan menggerakkan aktivitinya secara konsisten. Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan koperasi terus bergerak  aktif menjana pembangunan perniagaan melalui sokongan pembiayaan daripada institusi kewangan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM), ANGKASA yakin lebih banyak lagi koperasi kecil dan komuniti yang majoriti anggotanya terdiri daripada golongan B40 akan dapat dibantu dan diperkasa. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi sebanyak RM20 juta seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini juga sedikit sebanyak dapat membantu membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan koperasi. Selain sokongan kewangan, program pembangunan modal insan juga turut ditekankan di bawah PESAN50 melalui 15 fokus keutamaan yang memberi tumpuan kepada memperkasakan budaya keusahawanan dan kesejahteraan sosial masyarakat. Usaha tersebut direalisasikan melalui salah satu daripada empat tonggak yang terangkum dalam Pelan

Jangka Sederhana 2021-2030 iaitu Tonggak Tadbir Urus. Ia merangkumi usaha ANGKASA untuk memantap dan memperkukuhkan rangka kerja tadbir urus dan perniagaan secara lebih kompeten kepada seluruh warga kerja dan anggota koperasi. Pelbagai aktiviti turut dianjurkan dari semasa ke semasa termasuklah program bicara ilmu secara maya seperti webinar yang melibatkan penyertaan pakar dalam pelbagai bidang. ANGKASA juga giat meneroka sumber-sumber perniagaan baharu selain memastikan setiap perancangan yang dibuat, dapat memberi manfaat dan bimbingan kepada koperasi yang terlibat  untuk bersama-sama maju dan berjaya. PESAN50 membawa harapan dan keyakinan tinggi ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara untuk terus bergerak mengikut landasan TransKoM 2021-2025 selain memastikan fokus dalaman dan luarannya tercapai. Usaha ini diharap dapat meningkatkan tahap  keyakinan dan prestasi yang lebih baik  kepada pemegang taruh ANGKASA dan seluruh warga koperasi di Malaysia.

Page 10: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

8 PELANCAR Edisi Khas

Dalam hal pembangunan koperasi sekolah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa koperasi sekolah mampu menjana ekonomi tanpa mengganggu sistem pembelajaran, malah terbukti mampu memberi latihan pembelajaran yang berkesan di luar kelas.

Selari dengan usaha ini, Institut Koperasi Malaysia (IKM) juga telah mempelbagaikan program keusahawanan bagi meningkatkan ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) begitu cakna terhadap perkembangan koperasi sekolah di Malaysia berasaskan sumbangan dan manfaatnya dalam jangka panjang bagi membangunkan generasi muda yang berwawasan, berketerampilan, berinovasi dan kreatif.

Rencana

Ke Arah Pengantarabangsaan Koperasi Sekolah

Timbalan Presiden ANGKASAmerangkap Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)

Dato’ Haji Kamarudin Ismail

yang terdiri daripada guru-guru koperasi.

Program pembangunan koperasi sekolah sangat positif dalam usaha memberi sumbangan berkesan sekali gus menyumbang bersama-sama koperasi dewasa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelbagai usaha dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan perjalanan koperasi lebih mantap dan berdaya saing.

Koperasi sekolah di Malaysia turut menjadi model di peringkat antarabangsa dan usaha ini sentiasa dipergiatkan dengan mempromosikan model koperasi ini di peringkat antarabangsa.

Negara-negara seperti Timor Leste, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun kini telah memulakan model gerakan ini di negara masing-masing dan yang terkini, Norway juga telah menunjukkan minat untuk mendapat bimbingan ANGKASA bagi mempelajari model koperasi sekolah yang dilihat terbukti melahirkan generasi koperator dalam bidang keusahawanan.

Terbaharu, menerusi kecemerlangan dan cerita kejayaan (success story) koperasi sekolah, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA amat menghargai kepercayaan yang diberikan ANGKASA kerana telah memilih Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Berhad untuk mewakili negara dalam program Asia Pacific Cooperative Youth Summit (APCYS) 3.0 yang bakal berlangsung pada bulan November 2021 kelak.

Page 11: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

9Edisi Khas PELANCAR

Pemilihan ini diharap dapat menyuntik semangat para guru dan pelajar untuk berusaha memberikan persembahan terbaik pada program bertaraf global berkenaan sekali gus menonjolkan kehebatan imej koperasi sekolah Malaysia di mata dunia.

Menyingkap sejarah kewujudan koperasi sekolah, idea penubuhan koperasi sekolah telah diutarakan oleh Prof. Diraja Ungku A. Aziz pada 1968. Sembilan buah koperasi sekolah di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai perintis koperasi sekolah setahun selepas itu. Antaranya, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Berhad di Pahang, Koperasi Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Berhad di Terengganu dan Koperasi Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin Berhad di Perak.

Kemudian, ia dikembangkan di Sarawak dan Sabah pada tahun 1976. Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad menjadi koperasi sekolah pertama di Sarawak manakala Koperasi Sekolah Menengah Menggatal Berhad pula menjadi koperasi sekolah yang pertama di Sabah.

Daripada sembilan buah sekolah, ia telah berkembang dan kini bilangannya telah mencapai sejumlah 2,444 buah dengan keanggotaan 1.632 juta orang, syer/yuran berjumlah RM28.905 juta, aset berjumlah RM368.938 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM256.402 (Sumber: Jun 2020, Suruhanjaya Koperasi Malaysia).

Menurut statistik tahun 2020, koperasi sekolah yang telah mencapai perolehan RM1 juta adalah sebanyak 12 buah manakala 15 buah koperasi mencapai perolehan mencecah hampir RM1 juta (dalam lingkungan RM700,000 – RM999,0000. Selain itu, 40 buah koperasi sekolah telah mendapat perolehan dalam lingkungan RM500,000 – RM700,000.

Pencapaian ini membuktikan ANGKASA berada pada landasan yang tepat untuk melihat sasaran sebanyak 50 buah koperasi sekolah mampu mencatat perolehan melebihi RM1 juta menjelang tahun 2025 dengan penglibatan dan sokongan semua pihak.

Projek Barangan Asas 100 (BA100) yang diperkenalkan ANGKASA untuk menggerakkan perniagaan runcit koperasi turut berjaya menarik koperasi sekolah untuk terlibat dalam projek ini. Selain menawarkan harga berpatutan, projek BA100 juga dapat membantu menambahbaik tahap pengurusan serta menghasilkan pengurusan peruncitan kedai koperasi yang lebih efisen dan mantap.

Sehingga kini, sebanyak 988 buah koperasi sekolah telah berdaftar untuk Program BA100 ini dan 149 buah koperasi sekolah telah membuat pembelian. Program ini juga dapat membuka peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada anggota selain membantu meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan melalui pelbagai pakej promosi yang ditawarkan mengikut kesesuaian pasaran.

Dalam usaha memastikan fungsi perniagaan koperasi sekolah diperluaskan, SKM telah meluluskan Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi sekolah pada 17 April 2020 lalu.

Pindaan UUK koperasi sekolah ini telah dibincang, dibahas, dibentang dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah (KPM/JPN/MARA/BPLTV/ANGKASA) bagi memastikan pindaan disesuaikan di dalam keadaan semasa dan terpakai untuk semua koperasi sekolah di bawah seliaan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM.

SKM menerusi Bahagian Statutori & Pendaftaran mengambil maklum hasrat ANGKASA untuk menyeragamkan UUK koperasi sekolah bagi memudahkan urusan pemantauan semua koperasi sekolah menengah di bawah KPM.

Penyeragaman ini telah dicapai secara bersama di antara KPM, SKM dan ANGKASA melalui ‘Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah’ anjuran ANGKASA agar ia selari dengan aktiviti perniagaan yang telah dan akan dilaksanakan.

Kewujudan koperasi bidang pendidikan sama ada koperasi

sekolah mahu pun koperasi institut pengajian tinggi (IPT) mampu menyemai kesedaran terhadap sosioekonomi di samping mengamalkan cara hidup muafakat dalam kalangan generasi muda.

Oleh yang demikian, pemerkasaan gerakan koperasi menjadi penyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara yang seterusnya menyumbang secara langsung kepada hasrat menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul menjelang tahun 2030 kelak.

KPM juga sangat menggalakkan penglibatan secara langsung koperasi sekolah dalam aktiviti pembelajaran menerusi Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). PKS yang kini dikenali sebagai COOPISTAC merupakan sebahagian kecil agenda kokurikulum yang disalurkan dalam bentuk pembelajaran in-situ tentang sejarah, tokoh, alam sekitar dan peranan koperator muda dalam membudayakan semangat jati diri koperasi mereka dan kaitannya dengan pendedahan yang betul dalam konteks sosial. Ini bersesuaian dengan hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah serta pandai menyesuaikan diri dalam komuniti.

Penekanan terhadap prinsip dan jati diri koperasi membolehkan program pembangunan dan pendidikan modal insan yang berterusan ini telah mengangkat nama ANGKASA di persada dunia. Lebih membanggakan apabila wakil ANGKASA pernah dijemput dalam pembentangan sesi pengalaman langsung pelaksanaan PKS program PKS di Filipina, Indonesia, Poland, Cuba, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Singapura.

Kepelbagaian sumber dan nilai tambah dalam aktiviti sedia ada ternyata memberi impak besar kepada kemenjadian pelajar seterusnya mencipta kejayaan sehingga dikenali di peringkat global.

Page 12: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

10 PELANCAR Edisi Khas

Sektor ekonomi tersebut yang telahpun dikategorikan oleh kerajaan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ (Essential Services) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini menjadi antara keperluan penting masyarakat bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian.

Kesan pandemik COVID-19 terhadap masyarakat telah membuka banyak peluang perniagaan baharu kepada penggiat ekonomi khususnya yang terlibat dalam urusniaga produk serta perkhidmatan penjagaan diri dan kesihatan seperti Coop Farmasi serta pusat rawatan milik koperasi.

Rencana

Aktifkan Rantaian Ekonomi dan Perkhidmatan Kesihatan di Musim Pandemik COVID-19

Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) baru-baru

ini juga dilihat sebagai amat membantu. Salah satunya iaitu Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi menumpukan skop program meliputi geran bantuan dengan jumlah keseluruhan RM10 juta kepada koperasi yang terjejas khususnya dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri.

Inisiatif itu juga adalah selaras dengan matlamat memperkasakan bidang tujahan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 yang keempat iaitu ‘Pembentukan Persekitaran Perniagaan yang Mampan dan Lestari’, sektor koperasi yang terlibat dalam lapangan penjagaan diri dan kesihatan wajar memainkan peranan secara lebih signifikan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Keutamaan kini lebih menjurus kepada usaha untuk meraih peluang yang ada bersesuaian dengan matlamat Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA untuk mengembang dan mempromosikan rangkaian perniagaan koperasi selain membina jenama CoopFarmasi sebagai sebuah rangkaian farmasi koperasi yang berjaya.

Justeru, beberapa pendekatan boleh dibuat bagi memperkasakan sektor ini mengikut keperluan dan keupayaan yang dimiliki.

Utamakan Produk dan Perkhidmatan Perlu

Koperasi perlu bijak menarik perhatian pengguna dan masyarakat dengan mengetengahkan produk atau perkhidmatan yang berpotensi tinggi serta mampu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Pendekatan promosi

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan,Penjagaan Diri dan Kesihatan

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Page 13: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

11Edisi Khas PELANCAR

jualan terhadap produk berkaitan penjagaan diri dan kesihatan di musim pandemik pasti akan dapat mengundang perhatian serta minat yang lebih tinggi oleh masyarakat pengguna.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran perbandingan harga pasaran dan kualiti dengan pesaing yang lain, koperasi perlu bijak menyesuaikan keadaan tersebut melalui pendekatan yang lebih sesuai dengan mewujudkan pakej belian yang lebih menarik. Antaranya seperti menawarkan diskaun harga untuk belian produk kedua atau perkhidmatan sampingan, mewujudkan pakej jualan secara pukal dengan tawaran harga lebih rendah atau mewujudkan diskaun khas kepada anggota koperasi.

Manfaatkan Kemudahan Media Sosial

Era komunikasi secaya maya melalui platform media sosial semakin popular sehingga berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam kehidupan seharian masyarakat.

Selain boleh berfungsi sebagai medium periklanan produk dan perkhidmatan, platform media sosial perlu diuruskan oleh petugas mahir yang sentiasa bersedia menghidupkan komunikasi dua hala. Ia bagi meyakinkan orang ramai terhadap jaminan kualiti dan perkhidmatan yang dipromosikan oleh koperasi.

Kaedah pemasaran melalui media sosial bukan sahaja berupaya menarik lebih ramai pengikut di media sosial, malah boleh mencipta rekod jualan yang jauh lebih tinggi berbanding pendekatan konvensional. Dengan cara ini, kaedah pemasaran yang lebih fleksibel mampu diwujudkan sekali gus berupaya merangsang jualan sama ada secara langsung atau melalui pos.

Peluang Bangunkan Produk Koperasi

Banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan melalui penjualan produk dan perkhidmatan. Antara yang boleh diketengahkan pada masa ini adalah seperti mewujudkan perkhidmatan ujian saringan (swab test) selain menjual produk penjagaan diri yang sesuai seperti pelitup muka, pembersih tangan, sarung tangan getah dan produk vitamin.

Selain itu, koperasi juga boleh mengambil peluang dengan menjadi pengeluar atau pembekal produk kelengkapan pelindung diri (PPE suit) dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan oleh kerajaan mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Kuasai Jualan Secara Dalam Talian

Pemahaman yang lebih tinggi terhadap konsep perniagaan secara dalam talian kini bukan lagi tertumpu kepada aspek ‘know how’ semata-mata. Pelbagai aplikasi jual beli yang ditawarkan semakin memudahkan pengguna selain tidak memerlukan kos operasi yang tinggi.

Selain perlu memupuk minat dan kesungguhan untuk menguasai perniagaan online, koperasi juga perlu mempelajari perkara-perkara lain yang bersangkutan bagi menarik minat pelanggan seperti teknik copywriting, fotografi dan videografi.

Di samping itu juga, pelbagai pakej bantuan dan latihan berkaitan digitalisasi juga telah disediakan kerajaan bagi membantu koperasi yang berminat. ANGKASA juga turut menawarkan pakej pengurusan laman web dan bimbingan selain menyediakan platform perniagaan dalam talian khusus untuk produk dan perkhidmatan koperasi.

Terap Budaya Ekonomi Cara Koperasi

Sesuai dengan matlamat asal penubuhannya untuk memberi manfaat sosioekonomi melalui perniagaan, koperasi boleh berperanan secara lebih terbuka seperti membantu meringankan beban anggota dan masyarakat dengan menawarkan harga jualan mengikut tahap kemampuan anggota serta mewujudkan pakej jualan yang lebih fleksibel dan berpatutan.

Di sinilah wujudnya ruang yang boleh diambil oleh koperasi untuk memupuk kefahaman dan minat masyarakat dengan menjelaskan kepada mereka fungsi sebenar dan kepentingan gerakan koperasi serta apa yang boleh disumbangkan melaluinya.

Selain kegiatan ekonomi, banyak juga perkara lain yang boleh dijalankan oleh koperasi di musim pandemik sebagai salah satu cara mempromosikan imej korporat dan perniagaan koperasi kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti menganjurkan program khidmat masyarakat (CSR) bagi membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Kepada Masyarakat’ perlu terus disemarak dan dilibatkan dalam semua urusan berkaitan aktiviti ekonomi koperasi bagi mewujudkan keseimbangan sosioekonomi sesuai dengan matlamat awal penubuhannya. Keharmonian tersebut diharap dapat menjamin kelestarian gerakan koperasi sesuai dengan wawasan TransKoM untuk memperkasakan gerakan koperasi dan menjadikannya sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi Malaysia yang lebih inklusif, progresif dan mampan.

Page 14: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

12 PELANCAR Edisi Khas

Pengurusan IntegritiSejak awal 1990an, organisasi

awam dan swasta memberi perhatian terhada pengurusan integriti. Budaya integriti akan mencipta persekitaran kerja bernilai tinggi; memberi kesan kepada tadbir urus korporat dan ia menyediakan asas yang kukuh kepada prestasi kewangan jangka Panjang. Sesebuah organisasi dikatakan berada pada tahap integriti

Konsep IntegritiKejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada arah tuju yang jelas dan pelaksanaan arah tuju tersebut dengan penuh integriti. Pelbagai konsep dan definisi telah dibincang dengan meluas oleh para sarjana. Satu konsep yang agak mudah untuk difahami berkaitan dengan integriti iaitu apa-apa pemikiran atau tindakan hendaklah berasaskan kepada nilai berbanding dengan kepentingan diri. Nilai di sini bermaksud sesuatu pemikiran atau tindakan hendaklah secara moral, etika, dan undang-undang adalah betul.

Pengurusan Integriti dan Prestasi Organisasi

Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus ANGKASA

Dr Mohd Azlan Yahya

yang baik jika ia secara berterusan mengadaptasikan amalan terbaik dalam sistem pelaksanaan operasii dan pengurusannya. Pengurusan Integriti sesebuah organisasi boleh dikategorikan kepada dua tahap utama iaitu tahap organisasi dan tahap individu.

Pada tahap organisasi, pengurusan integriti lebih tertumpu kepada sejauhmana sesebuah organisasi

itu melaksanakan usaha ke arah meningkatkan budaya integriti organisasi melalui penerapan nilai murni dan pelaksanaan operasi. Sebagai contoh ANGKASA telah menerapkan Sadiq, Amanah dan Telus sebagai nilai-nilai utama organisasi sejak ia ditubuhkan 50 tahun lalu. Di samping itu, ANGKASA juga menyediakan kod etika, piagam pelanggan, sistem kualiti serta prosedur operasi standard sebagai rujukan pelaksanaan operasi seharian.

Sebagai badan puncak kepada gerakan koperasi di negara ini, ANGKASA secara berterusan menambah baik pengurusan integriti dengan mendapatkan pengiktirafan daripada pihak luar mengenai proses operasi. ANGKASA telah diberi pengiktirafan dengan memperolehi MS 37001: 2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan ISO 9001: 2016 Sistem Pengurusan Kualiti.

Pengurusan Integriti pada tahap individu begitu mencabar kerana setiap individu dalam organisasi bermula daripada Lembaga Pengarah, pengurusan, dan pekerja mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang berbeza. Amalan budaya kerja

Rencana

Page 15: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

13Edisi Khas PELANCAR

berintegriti merupakan satu keperluan bagi organisasi untuk mengesan, mencegah dan mengurangkan risiko kepada organisasi di peringkat awal. Lembaga Pengarah dan pengurusan memainkan peranan utama dalam membentuk budaya kerja yang berintegriti untuk diikuti dan diamal oleh warga kerja dalam organisasi. Prinsip kepimpinan melalui teladan amat penting dalam membentuk budaya kerja berintegriti kerana banyak kajian telah membuktikan gelagat berkaitan dengan masalah integriti bermula dari pihak atasan dan ia akan menjadi ikutan kepada pihak bawahan

Semua individu dalam organisasi sama ada Lembaga Pengarah, pengurusan, dan pekerja hendaklah mengadaptasi dan mengamal budaya kerja yang sama. Secara umumnya, tujuh prinsip budaya kerja berintegriti iaitu:

i. Sentiasa bersedia untuk bekerjaii. Mempunyai pemikiran dan

sikap positifiii. Sikap menghormati orang lainiv. Mengamal akauntabiliti dan

tanggungjawabv. Melaksana dan mematuhi polisi

dan peraturanvi. Sentiasa menambahbaik etika

kerjavii. Menghargai harta organisasi

Bagi memastikan budaya kerja berintegriti berjalan lancar, sesebuah organiasi hendaklah mewujud, mempromosi, dan menguatkuasa segala polisi dan peraturan berkaitan integriti. Bagi mengatasi masalah rasuah, sebagai contoh, organisasi hendaklah mewujudkan Pelan Anti Rasuah. Semua pemegang taruh hendaklah dipastikan mengetahui dan memahami dengan jelas tentang pelan tersebut. Seterusnya pengurusan Lembaga Pengarah hendaklah menguatkuasakan

dan memantau pelaksanaan serta mengambil tindakan

pembetulan yang sewajarnya.

Di ANGKASA, satu bahagian khusus diujudkan untuk memastikan pengurusan integriti berjalan dengan lancar iaitu Bahagian Integriti, Tadbir Urus dan Risiko. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengadakan kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan integriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia.

Integriti dan Prestasi

Kajian-kajian telah membuktikan bahawa amalan tahap integriti yang tinggi memberi prestasi yang baik seterusnya membolehkan organisasi mampu menghadapi persaingan, berdaya tahan dan kekal lestari. Terdapat empat aspek prestasi utama organisasi hasil daripada amalan dan budaya integriti yang tinggi iaitu prestasi pekerja, tadbir urus, imej dan reputasi, dan kewangan.

Kepintaran moral dalam kalangan pekerja dan amalan budaya integriti boleh memberi kesan kepada etika dan pembuatan keputusan seterusnya menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih baik. Mengekalkan prestasi pekerja merupakan sesuatu yang penting kepada organisasi kerana prestasi pekerja cemerlang menyumbang kepada prestasi organisasi yang baik.

Tahap integriti yang tinggi juga akan meningkatkan amalan tadbir urus yang baik. North (1990) menemui hubungan yang kuat antara budaya integriti dengan impak positif tanggungjawab pengurusan terhadap pemegang saham dan lembaga pengarah. Tadbir urus yang teguh memberi jaminan bahawa pemantauan dan pematuhan operasi organisasi berjalan dengan baik.

Imej atau reputasi antara elemen penting kepada organisasi untuk terus maju. Pelbagai kajian merumuskan bahawa 63% nilai pasaran saham syarikat bergantung kepada reputasi syarikat

tersebut, 75% daripada pelanggan secara aktif mengelak dariapada berurusniaga dengan syarikat yang mereka tidak percaya, dan 85% daripada pelanggan suka berurusan dengan syarikat yang mereka percaya (Koehn,2005). Ini menunjukkan organisasi terutamanya organisasi perniagaan mesti bekerja keras untuk mengekalkan reputasi mereka terutamanya dalam dunia teknologi media yang begitu canggih dan pantas. Amalan tahap integriti yang tinggi seperti etika dalam penjenamaan, penjagaan alam sekitar, pelaksanaan tanggungjawab sosial, profil lembaga pengarah dan pengurusan akan meningkatkan keyakinan masyarakat seterusnya meningkatkan reputasi atau imej organisasi.

Aspek kewangan merupakan faktor paling penting untuk organisasi terus kekal beroperasi. Organisasi berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi kewangan dari semasa ke semasa. Prestasi pekerja cemerlang, amalan tadbir urus yang baik, dan reputasi organisasi yang menyakinkan masyarakat hasil daripada amalan budaya integriti yang tinggi sudah pasti akan memberi impak kepada prestasi perniagaan seterusnya prestasi kewangan yang cemerlang.

Rumusan

Integriti merupakan elemen amat penting dan ia memberi kesan besar terhadap pembangunan individu, bangsa, organisasi dan negara. Pembentukan budaya berintegriti dan pengurusannya amatlah kritikal di segenap lapisan masyarakat. Ia bermula dengan pembentukan integriti di tahap individu yang akan memastikan pembudayaan di tahap organisasi berjalan dengan baik dan terus berkembang. Hasil daripada amalan budaya integriti menyediakan prestasi yang baik kepada pekerja, tadbir urus, imej atau reputasi dan kewangan organisasi yang memberi jaminan kepada keharmonian dan kemakmuran kepada kehidupan kita semua.

Page 16: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

14 PELANCAR Edisi Khas

Misi utama Sektor Kewangan adalah menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan memperjuangkan hak gerakan koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk pengiktirafan, undang-undang, sumber modal dan produk. Sejajar dengan itu, beberapa program pembangunan telah dan sedang dijalankan sejak 2020 hingga kini.

1) Program Pemerkasaan Dan Pemantapan Produk Kewangan

Program ini memberikan informasi dan pendaftaran

Walaupun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak membataskan aktiviti ANGKASA dan koperasi, namun Sektor Kewangan tetap merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti agar koperasi mampu terus bergerak dan bersaing di waktu sukar ini.

Rencana

Sektor KewanganANGKASA Konsisten Bantu Koperasi

Naib Presiden ANGKASAmerangkap Pengerusi Sektor Kewangan ANGKASA

Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa

pemilikan oleh koperasi kepada produk kewangan yang mampu menjana pendapatan kepada koperasi. Koperasi perlu menerokai peluang perniagaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi meluaskan lagi aktiviti perniagaan koperasi ke tahap yang lebih optimum.

2) Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi

Program ini dirangka bagi mewujudkan platform untuk koperasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang

perniagaan. Objektifnya adalah untuk mendapatkan modal kerja pembangunan koperasi yang terdapat di pasaran bagi tujuan pembangunan perniagaan koperasi.

3) Program Pengurusan Kewangan Dan Pemulihan Kredit Koperasi

Program ini memberi pendedahan bagaimana koperasi perlu menguruskan kewangan mereka dengan lebih efektif supaya perbelanjaan dan pendapatan koperasi dapat dioptimumkan. Dalam program ini juga, koperasi diberi pendedahan berkaitan cara pengurusan NPF (Non Perfoming Finance) hutang lapuk (bad debt) dan apakah impak yang signifikan terhadap operasi koperasi

Page 17: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

15Edisi Khas PELANCAR

sekiranya akaun NPF ini tidak diuruskan dengan baik serta mempraktikkan amalan Pembiayaan Berhemah (Prudent Financing) dengan meneliti semula aturan pembiayaan dan prosedur pembiayaan koperasi.

ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan ANGKASA juga telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek Cooperative Empowerment Plan 1 (CEP1) yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi perbankan dan agensi pembiayaan berlesen. Mereka telah

mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut.

Perlaksanaan ACCRS ini mempunyai dua Fasa Perlaksanaan. Bagi Fasa 1, ANGKASA bertanggungjawab menguruskan aktiviti kutipan bagi pihak koperasi dengan kerjasama daripada agensi kutipan (DCA). Oleh yang demikian, pihak ANGKASA telah melantik 15 syarikat agensi kutipan sebagai panel. Agensi kutipan yang dilantik ini akan menjalankan aktiviti kutipan bagi pihak ANGKASA dan koperasi. Tindakan kawal selia akan dilakukan oleh kakitangan Sektor Kewangan dalam memastikan aktiviti kutipan dijalankan dengan lebih efektif dan mematuhi garis panduan serta tatacara pengutipan hutang (Fair Debt Collection Practice). Setakat ini, terdapat lebih 30 koperasi telah mendapatkan perkhidmatan ini dan lebih RM1 juta kutipan ke atas hutang-hutang lapuk telah berjaya dikutip. Di antara kutipan yang berjaya ini, ada antaranya adalah penyelesaian penuh tunggakkan

dan ini sedikit sebanyak membantu koperasi dalam menurunkan kadar NPF koperasi ke satu tahap yang dapat dikawal dan diuruskan.

Selain itu, Sektor Kewangan juga mewujudkan sebuah program kerjasama dengan syarikat telekomunikasi redONE melalui projek redCOOP. Projek ini merupakan satu bentuk kerjasama baharu yang direka khas untuk koperasi naungan ANGKASA agar dapat menjadi rakan niaga redONE. Koperasi akan dilatih bagi membuat jualan langsung dan juga dibenarkan melantik anggotanya sebagai penasihat jualan (sales advisor). Koperasi akan mendapat keuntungan jangka panjang selagi pengguna masih membuat pembayaran. Koperasi juga dapat memupuk keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi serta dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan bulanan. Setakat ini, lima koperasi telah menjadi rakan niaga redCOOP dan telah berjaya menjana pendapatan daripada program tersebut.

Page 18: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

16 PELANCAR Edisi Khas

Institut Koperasi MalaysiaCadangan kenaikan taraf Institut

Koperasi Malaysia (IKM) dijadikan sebuah universiti kebitaraan bidang koperasi merupakan suatu anjakan paradigma untuk meningkatkan peranan pembangunan Modal Insan dan profesionalisma dalam gerakan koperasi. Kewujudan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) merupakan institusi pendidikan dan latihan dalam bidang koperasi yang ulung di negara ini. Sejarah termaktub pada 1 November 1968, kerajaan mengiktiraf MKM diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun diwartakan melalui Akta Maktab Kerjasama Malaysia 1968 (Akta 437).

Keupayaan MKM memperluaskan fungsi serta penambahbaikan bidang koperasi melalui pendidikan dan latihan dilaksanakan melalui Pelan Transformasi MKM (2015-2020) seterusnya menaikkan taraf kepada IKM apabila mendapat keizinan Majlis Jemaah Menteri pada 13 Disember 2017. Pindaan Akta Maktab Koperasi (Pindaan) 2011 kepada Institut Koperasi

Gerakan koperasi telah hampir 100 tahun bertapak di bumi tanah air tercinta kita di Malaysia. Kini sebanyak 14,668 koperasi didaftarkan di seluruh negara dengan jumlah 6.1 juta anggota. Dari segi pencapaian, gerakan koperasi menjana pendapatan RM45.7 bilion dan aset RM142 bilion (SKM, 2020) antara penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara. Bagi meneruskan kelangsungan dan kelestarian gerakan koperasi agar terus berkembang serta meningkatkan sosioekonomi anggota, sumbangan platform pendidikan koperasi sangat penting dalam pembangunan Modal Insan.

Fokus dalam rencana ini melibatkan Institut Koperasi Malaysia (IKM), Institusi Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Rencana

Platform Pendidikan Koperasi Memperkasakan Modal Insan

Naib Presiden ANGKASA merangkap Penolong Naib Cancelor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Malaysia (IKM) di Parlimen juga telah diluluskan pada 20.12.2018 dan yang terkini, sebagai Akta Institut Koperasi Malaysia Pindaan 2019 (A1598).

Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah melancarkan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025 pada 30 Mac 2021 lalu. IKM berperanan menghasilkan Modal Insan produktif dan berilmu sebagai sebuah IPT yang mengkhususkan kepada pendidikan koperasi dan keusahawanan. Ternyata IKM terbukti mampu berperanan lebih dinamik dalam melahirkan golongan profesional koperasi dengan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dan berjiwa keusahawanan. Menyedari hakikat tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa

kerajaan akan mengambil langkah menaik taraf IKM kepada universiti sepenuhnya bagi memperkasakan koperasi serta turut memanfaatkan keseluruhan anggotanya. Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020 di Dewan Negara (Sinar Harian, 30 Disember 2020 dimana MEDAC akan mempertimbangkan untuk menamakan Universiti Ungku Abdul Aziz sebagai mengenang jasa dan bakti Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam pembangunan koperasi negara. Ataupun pilihan lain untuk menaikkan taraf Kolej Icoop yakni anak syarikat IKM kepada Kolej Universiti Icoop yang memfokuskan kepada bidang pendidikan koperasi dan keusahawanan. Kini Kolej Icoop menawarkan beberapa program diploma yang berkaitan sektor koperasi. Pada masa yang sama IKM

Page 19: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

17Edisi Khas PELANCAR

memberi tumpuan dalam latihan dan penyelidikan bidang koperasi jika tidak dinaikkan taraf universiti sepenuhnya. Walau apa pun yang penting adalah aspek platform pendidikan koperasi perlu diteruskan sebagai pembelajaran sepanjang hayat sama ada melalui IKM ataupun Kolej Icoop.

Institusi SekolahKoperasi sekolah juga merupakan

platform pendidikan modal insan koperasi yang berkesan. Natijah daripada jasa besar dan sumbangan Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, beliau berjaya merealisasikan idea penubuhan koperasi sekolah pada tahun 1968 bermula daripada sembilan buah sekolah sebagai perintis. Kini, bilangan koperasi sekolah telah mencapai 2,444 buah dengan keanggotaan 1.6 juta orang dan aset sebanyak RM369 juta serta perolehan RM256 juta (SKM, 2020).

Pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap pendidikan koperasi sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum juga seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal tersebut membuktikan bahawa adanya nilai baik yang boleh digarap oleh guru dan pelajar. Ternyata koperasi sekolah berupaya menjadi platform memupuk bakat kepemimpinan, minat dan keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Di samping menjana pendapatan, koperasi sekolah juga banyak memberi faedah dan sumbangan kepada warga serta pengurusan sekolah. Malahan peranan ANGKASA dalam pembangunan koperasi sekolah diakui KPM. Kerjasama ini terbukti oleh mantan wakil KPM iaitu Dato’ Haji Kamaruddin Ismail, Timbalan Presiden ANGKASA yang banyak menyumbang bakti dalam mengembangkan gerakan koperasi sekolah melalui penglibatan di peringkat tempatan dan antarabangsa. ANGKASA melalui Bahagian Sekolah turut mengadakan Kursus Pembangunan Koperasi Sekolah di samping menjadikannya sebagai one-stop-centre untuk semua aktiviti pembangunan perniagaan dan khidmat nasihat mengenai tadbir urus serta kewangan koperasi sekolah. Bahagian ini akan menyelaras dengan bahagian dan sektor lain yang menyediakan perkhidmatan untuk semua program yang melibatkan koperasi sekolah. Oleh itu, hubungan KPM – ANGKASA telah mencorakkan landskap koperasi mampu berdiri sendiri dan melahirkan usahawan muda.

Institut Pengajian TinggiDi peringkat Institut Pengajian

Tinggi (IPT), aspek platform pendidikan berkoperasi bukanlah semata-mata perolehan pendapatan dan bilangan kewujudan koperasi universiti, politeknik ataupun siswa. Mengikut perangkaannya, terdapat sebanyak 118 buah koperasi IPT ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 132,022 orang, aset sebanyak RM569 juta dengan perolehan berjumlah RM96 juta (SKM, 2020).

Platform pendidikan koperasi di peringkat IPT perlulah diterap dalam proses pembelajaran akademik, penyelidikan dan inovasi serta lebih intensif melibatkan universiti, siswa dan masyarakat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (2021-2025) pada 19 Februari 2021 lalu. Pelan tindakan ini memberi ruang Pusat Keusahawanan IPT daripada setiap universiti / politeknik bertanggungjawab melestarikan koperasi siswa serta melahirkan usahawan yang profesional mengikut bidang disiplin yang dipelajari.

Langkah strategik ANGKASA

menggunakan platform pendidikan dan penyelidikan koperasi di peringkat IPT telah digerakkan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau memberi ruang kolaborasi mana-mana IPT yang berminat bersama ANGKASA. Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Keusahawanan ANGKASA diberikan mandat dalam usaha memperkasakan pendidikan koperasi di antara IPT. Sebagai permulaan,

ANGKASA dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersetuju menawarkan penubuhan pusat ANGKASA–UMK RESEARCH ACADEMY (AURA) di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK. Objektif penubuhan AURA menjadi pusat rujukan koperasi dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan insaniah ke arah kelestarian koperasi dan kesejahteraan rakyat. Diharapkan platform pendidikan ini dapat membantu meningkatkan pembangunan gerakan koperasi di negara ini. Contohnya, IPT boleh menjalankan kajian dalam gambaran sebenar terhadap tahap sosioekonomi dan saranan kelestarian koperasi

semasa pandemik COVID-19. Begitu juga universiti mampu menyediakan

sumber manusia yang berilmu dan profesional bagi melaksanakan

sesuatu kerjaya memperkasakan kelestarian koperasi.

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi

Pembiayaan dan kelancaran program pendidikan, latihan dan

kajian berkaitan koperasi anjuran IKM dan koperasi boleh diperoleh

melalui agihan dana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd)

yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Kutipan wang amanah untuk pendidikan koperasi adalah sumbangan dua peratus daripada RM100,000 ke atas untung bersih teraudit setiap tahun kewangan dari setiap koperasi (tidak termasuk koperasi sekolah) (SKM, 2016). Arahan pembayaran oleh SKM atas peraturan di bawah perenggan 57(2)(a) Akta Koperasi 1993. Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi adalah manifestasi Prinsip Koperasi Keenam iaitu Kerjasama Antara Koperasi. Potongan keuntungan koperasi ini apabila dikumpul menjadi pemangkin dalam ekosistem koperasi.

Bagi meningkatkan keupayaan

Modal Insan dalam semua peringkat masyarakat amat memerlukan platform pendidikan koperasi yang lebih tersusun dan berkesinambungan. Ia harus bermula dari peringkat koperasi sekolah sehingga ke peringkat koperasi pelbagai sektor termasuk koperasi dewasa dan komuniti. Ia adalah ibarat seseorang itu melalui proses pembelajaran sepanjang hayat apabila berkecimpung dalam dunia koperasi. Pendidikan dan tadbir urus yang baik adalah tonggak kejayaan dan kecemerlangan koperasi.

Page 20: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Sabah

Isu, Peluang dan Cabaran dalam Perniagaan Koperasi Di SabahOleh: Encik Aiddie Dahlin Pengurus Kanan ANGKASA SabahBerdasarkan Temu bual bersama Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh

Pendigitalan operasi dan perniagaan sektor koperasi di Sabah adalah selaras dengan norma baharu perniagaan tempatan dan global terutama sepanjang mengharungi pandemik COVID-19. Usaha berterusan bagi membangun dan memperkasa perniagaan koperasi melalui platform e-dagang berbanding kaedah konvensional juga dilihat bersesuaian dengan suasana kepesatan teknologi masa kini.

Pendekatan jualan secara dalam talian ternyata banyak membantu koperasi meneruskan kelangsungan aktiviti selain meningkatkan hasil jualan sesuai dengan persekitaran ekonomi dan logistik. Situasi ini juga nyata berbeza jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang banyak melibatkan kos pengurusan yang tinggi seperti bayaran sewa lot perniagaan, gaji pekerja selain bayaran utiliti yang lain.

Era pendigitalan dalam

perniagaan juga dilihat semakin berkembang bukan sahaja dalam aspek perniagaan barangan keperluan harian atau runcit, malah boleh merangkumi pelbagai jenis produk dan juga perkhidmatan. Konsep jual beli secara dalam talian juga turut berkembang dalam pelbagai sudut seperti periklanan, promosi dan tarikan harga yang menarik sekali gus dapat memperkenalkan koperasi negeri Sabah.

Jangkauan pelanggan juga menjadi semakin luas hingga boleh

Pengerusi JPAN Sabah

Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh

merentas daerah, negeri malah negara. Rantaian pemasaran dalam talian yang luas melalui kemudahan jualan oleh pelbagai aplikasi jualan serta khidmat penghantaran yang semakin pantas dan mudah memberi petunjuk bahawa aktiviti jualan secara dalam talian mampu menjana perolehan yang tinggi dan menguntungkan.

Kita mungkin akan menghadapi masalah kekurangan pelanggan di tempat sendiri untuk produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Namun, mungkin masyarakat di luar sana lebih tertarik dan sememangnya memerlukan produk tersebut seperti produk kraftangan, pakaian dan makanan.

Justeru, usaha untuk terus maju dan menguasai ilmu perniagaan moden perlulah dimiliki oleh koperasi bagi meneruskan kelangsungan perniagaan dan meningkatkan perolehan koperasi. Pelbagai kemudahan seperti latihan dan bantuan telah disediakan oleh agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu koperasi untuk memantapkan lagi kemahiran.

Peluang perniagaan runcit juga turut terbuka luas buat koperasi di negeri Sabah dalam usaha untuk berkecimpung dalam lapangan perniagaan secara dalam talian dengan menyertai projek Barangan Asas 100 (BA100) anjuran ANGKASA untuk membantu memperkasa sektor pemborongan dan peruncitan koperasi. Koperasi yang menjalankan sektor perniagaan runcit atau yang berminat untuk menceburi aktiviti peruncitan boleh mendapatkan maklumat melalui pegawai dan kakitangan JPAN Sabah.

Pendigitalan dalam operasi dan perniagaan koperasi di negeri Sabah khususnya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada koperasi. Pendedahan dan latihan yang diberi dari semasa ke semasa melalui pelbagai sesi taklimat dan seminar juga banyak membantu koperasi untuk lebih memahami kepentingan dan kaedah menguruskan perniagaan secara dalam talian.

18 PELANCAR Edisi Khas

Page 21: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

KOPERASI SEKOLAHBIL.1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.

NAMA KOPERASIKOPERASI KOLEJ VOKASIONAL LABUAN BERHADKOPERASI MRSM SEMPORNA BERHADKOPERASI MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU BERHADKOPERASI MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN BERHADKOPERASI SMK AGAMA RANAUKOPERASI SMK ST JOSEPH PAPARKOPERASI SMK SOOK BERHADKOPERASI SMK AGAMA TUN DATU MUSTAPHA BERHADKOPERASI SMK KOTA MARUDU BERHADKOPERASI SMK BUGAYA BERHADKOPERASI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU BERHADKOPERASI SMK TAGASAN BERHADKOPERASI SMK MENUMBOK BHDKOPERASI SM SAINS SABAH BERHADKOPERASI SMK DATUK PETER MOJUNTIN PENAMPANG BERHADKOPERASI KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU SABAH BERHADKOPERASI SMK MUHIBBAH SANDAKAN BERHADKOPERASI SMK LIBARAN BERHADKOPERASI SMKTF BERHADKOPERASI SMK AGASEH BERHAD

KOPERASI DEWASABIL.1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.

NAMA KOPERASIKOPERASI WARISAN KAMAD TUARAN SABAH BERHADKOPERASI WARISAN WANGKOD TAMPARULI SABAH BERHADKOPERASI EMAS TAWAU SABAH BERHADKOPEMAS TAWAUKOPERASI KRAF BATU LUNGUYAN SOOK BERHADKOPERASI PADU NIAGA KOTA KINABALU BERHADKOPERASI HARMONI BORNEO KENINGAU BERHADKOPERASI WANITA KENINGAUKOPERASI PEMBANGUNAN DESA SARADAN TENGHILAN BERHADKOPERASI RAIMIN BERHADKOPERASI DESA CINTA KOBUNI BHDKOPERASI WANITA KOTA KINABALU BERHAD (KOWANI)KOPERASI JAYA MURNI BEAUFORT BERHAD

SMK MADAI KUNAK BHDKOPERASI SEKOLAH MENENGAH ST. MARY SANDAKAN BERHADKOPERASI SEKOLAH BERASRAMA PENUH LAHAD DATUKOPERASI SMK ELOPURA BERHADKOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN BERHADKOPERASI SMK SANDAKAN IIKOPERASI SMK PULAU GAYA BERHADKOPERASI MAKTAB SABAH BHDKOPERASI SMK TANSAU BERHADKOPERASI SMK INANAM BERHADKOPERASI SMK KOLOMBONG BERHADKOPERASI SMK PUTATAN BERHADKOPERASI SMK SANZAC BERHADKOPERASI SSMSKOPERASI SMK TUN FUAD STEPHENSKOPERASI SMK PEKAN TELIPOK SABAH BERHADKOPERASI SMA KOTA KINABALU BERHADKOPERASI KOLEJ VOKASIONAL TAWAU BERHAD

21.22.23.24.25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.37.38.

KOPERASI WARGA SG ANIB 2KOOP KEL ROBIT AWANG MEMBAKUT BHDKOPERASI MAJU WAWASAN SANDAKAN BERHADKOOP NIAFA SARANG BURUNG BHDKOPERASI KAMPUNG KOPURONKOOP KEL ASMARA YAHAYA TAWAU BHDKOPERASI USAHAWAN TEGUH SANDAKAN BERHADKOPERASI ESBAT SANDAKAN BERHADKOPERASI GRADUAN SUGUT BELURAN BERHADKOPERASI USAHAWAN BUMIPUTERA SABAH BERHADKOPERASI WANITA DINAZANG INOVATIF KUDAT BERHADKOPERASI BERSATU KAMPUNG SUASA BEAUFORT BERHADKOPERASI MATUNGGONG KUDAT BERHAD

14.15.16.17.18.19.20.2122.23.24.25.26.

Koperasi Sekolah: 38Koperasi Dewasa: 26

19Edisi Khas PELANCAR

Page 22: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Perak

Usaha Berterusan Bantu Perkasa Sektor Peruncitan Koperasi di PerakOleh: Encik Ashraf @ Muhammad Ashraf NazaruddinPengurus ANGKASA PerakBerdasarkan Temu bual bersama Haji Mohd Rosli Haji Basri

Projek Barangan Asas (BA100) ANGKASA dilihat sebagai satu projek yang bertepatan dalam suasana ekonomi masa kini yang lebih terarah kepada perniagaan secara dalam talian.

Pengerusi JPAN Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri berkata, ANGKASA Negeri Perak menyahut dan menerima projek ini di ruang lingkup yang amat positif. Hasil maklum balas yang diterima menunjukkan Jimatbiz dan Jimatshop dalam Program BA100 banyak memberikan kemudahan kepada koperasi peruncitan untuk terus bertahan dan meningkatkan perolehan.

Alhamdulillah, sambutan koperasi-koperasi di negeri Perak ini dalam Projek BA100 cukup positif. ANGKASA Negeri Perak sentiasa menganjurkan pelbagai program yang menjurus kepada penglibatan dan pelaksanaan koperasi dalam aktiviti peruncitan.

Sebagai contoh, beberapa kursus teknikal dan sesi dialog bersama koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan dilaksanakan bagi memberi lebih banyak pendedahan berguna

Pengerusi JPAN PerakHaji Mohd Rosli Haji Basri

» Melawat ke kedai Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Berhad.

» Kedai Koperasi Malimjaya Tanjung Malim Berhad.

20 PELANCAR Edisi Khas

Page 23: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Segala yang rumit akan dipermudahkan dan usaha tersebut telah menjadikan perjalanan projek BA100 di negeri Perak lancar dan mencapai matlamat. Program lawatan ke kedai-kedai koperasi juga memberi input berguna kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan standard perniagaan runcit koperasi.

Kelemahan yang wujud di peringkat awal terutamanya dalam aspek teknikal pengunaan sistem Jimatbiz dan Jimatshop oleh pengurusan kedai runcit koperasi juga telah dapat diatasi dengan baik menerusi kursus teknikal yang dijalankan dari semasa ke semasa. Masalah penghantaran barang juga dapat diselesaikan menerusi perbincangan secara terperinci di antara ANGKASA dan pembekal.

Kemudahan itu diberikan oleh ANGKASA dalam memberikan ruang dan peluang kepada koperasi yang menjalankan aktiviti peruncitan diharap dapat memberi solusi terbaik dalam usaha memperkasakan sektor peruncitan koperasi di negeri Perak. khususnya kepada

koperasi kecil dan baharu.

Pihak pengurusan ANGKASA Negeri Perak juga sentiasa melawat kedai koperasi yang menyertai projek BA100 bagi meninjau perkembangan perniagaan selain mendengar setiap permasalahan berkaitan sistem tersebut agar dapat diselesaikan dengan segera.

» Lawatan ke Kedai Koperasi Malimjaya Tanjung Malim

Berhad.

184Koperasi Sekolah

4Koperasi IPT

Bilangan Koperasi Berdaftar dengan Projek BA100 ANGKASA

8Koperasi Kariah Masjid

29Koperasi Dewasa

21Edisi Khas PELANCAR

Page 24: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Pahang I (Timur)

Oleh: Subaizah BaharuddinPengurus ANGKASA Negeri Pahang 1 (Timur)

Koperasi sekolah mampu mendidik pelajar ke arah mengamalkan amalan berjimat-cermat dan menabung sejak di peringkat sekolah lagi. Pendidikan dan latihan menerusi kegiatan koperasi sekolah banyak membantu pelajar mendalami ilmu dan kemahiran tentang selok-belok perniagaan sejak di bangku sekolah lagi dan seterusnya membentuk sahsiah diri secara positif.

Pelbagai program telah dilaksanakan oleh koperasi sekolah dalam mendidik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar kerana penerapan dan pendedahan kepada budaya serta nilai-nilai keusahawanan merupakan salah satu daripada proses pembelajaran.

Budaya perniagaan koperasi sekolah juga telah banyak

Pengerusi JPAN Pahang I (Timur)Haji Mohd. Zahidi Haji Husain

mengalami perubahan seperti wujudnya kiosk selain outlet menjual barangan runcit termasuk barang makanan basah dan makanan sejuk beku.

Pengerusi JPAN Pahang 1 (Timur), Haji Mohd Zahidi Haji Husain memaklumkan bahawa bilangan koperasi sekolah berdaftar dan menjadi ahli di bawah ANGKASA Pahang 1 (Timur) adalah berjumlah sebanyak 84 buah koperasi.

Pacu Kecemerlangan Pelajar Koperasi Sekolah

Daripada 84 buah koperasi tersebut, Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Pekan Berhad berjaya mencapai perolehan sebanyak RM1,044,751.00 bagi tahun 2019 manakala terdapat tiga buah lagi koperasi sekolah mencapai perolehan melebihi RM500,000.00 dan tujuh buah koperasi sekolah berjaya mencapai perolehan antara RM300,000.00 hingga RM400,000.00.

Bil. Nama Koperasi Perolehan1. Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Pekan Berhad RM1,044,751.00

2. Koperasi MRSM Muadzam Shah Berhad RM853,924.00

3. Koperasi Sekolah Al-Irsyad Kuantan Berhad RM579,758.00

4. Koperasi Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Kuantan Berhad

RM521,610.00

5. Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan Berhad

RM444,597.00

6. Koperasi MRSM Kuantan Berhad RM391,814.00

7. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib Kuantan Berhad

RM385,736.00

8. Koperasi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak Pekan Berhad

RM358,733.00

22 PELANCAR Edisi Khas

Page 25: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Haji Mohd Zahidi turut berharap agar pihak sekolah dan guru sentiasa proaktif memikirkan cara dan kaedah terbaik untuk mempelbagaikan aktiviti koperasi bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu keusahawanan koperasi.

ANGKASA menerusi Pejabat Perhubungan ANGKASA Pahang 1 (Timur) akan sentiasa menyokong dan membuka ruang untuk bekerjasama dengan pihak koperasi sekolah dalam program pembangunan modal insan koperasi sekolah dan program pembangunan perniagaan koperasi sekolah.

Program Pembangunan Modal Insan yang ditawarkan oleh ANGKASA dan boleh dianjurkan oleh koperasi Sekolah bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :

1. Jati Diri Koperasi.2. Tadbir Urus Koperasi.3. Hak & Tanggungjawab Anggota.4. Mesyuarat Koperasi.5. Memahami Penyata Kewangan Koperasi.6. Asas Perundangan Koperasi.7. Business Model Canvas (BMC).

ANGKASA juga berharap dan menyasarkan pertambahan sebanyak 5% (tambahan 4 koperasi sekolah) koperasi sekolah mencapai perolehan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2020-2021.

9. Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah Pekan Berhad

RM356,072.00

10. Koperasi Kolej Vokasional Kuantan Berhad RM344,898.00

11. Koperasi Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah Rompin Berhad RM300,714.00

Sumber dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tahun 2019

23Edisi Khas PELANCAR

Page 26: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Pahang II (Tengah)

Peluang PerniagaanBaharu Koperasi

Koperasi atau mana-mana anggotanya yang memiliki tanah digalakkan supaya menceburi projek tanaman vanila. Tanaman tersebut bukan sahaja dilihat amat sesuai untuk diusahakan malah turut mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi.

Penubuhan Koperasi Vanila Berhad mampu menjadi platform terbaik bagi memberi panduan selain mewujudkan peluang pemasaran yang lebih terjamin kepada pengusaha yang mengambil bahagian.

Gabungan hasil tanaman vanila sangat penting bagi memberikan impak pasaran yang besar dan stabil sekali gus dapat memenuhi permintaan daripada pelanggan tempatan dan antarabangsa secara lebih konsisten.

Langkah mewujudkan

koperasi itu juga bertepatan dengan prinsip koperasi yang ketiga iaitu ‘Penglibatan Ekonomi oleh Anggota’ yang membawa pengertian setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasi.

Koperasi Vanila Berhad ditubuhkan untuk melahirkan usahawan koperasi yang berkemampuan bagi mencipta peluang (Lucrative Thinking) dalam bidang tanaman bernilai tinggi (High Value Crop) bukan sahaja menghasilkan perasa makanan malah produk hiliran lain berasaskan vanila.

Vanila atau nama saintifiknya ‘Vanilla Planifolia’ adalah tanaman penghasil serbuk vanila yang biasa dijadikan perisa makanan. Serbuk ini dihasilkan dari buahnya yang berbentuk polong. Tanaman vanila pertama kali ditemui oleh orang-orang Indian di Mexico. Saiz batang tanaman vanila kira-kira sebesar jari, berwarna hijau dan panjangnya lebih kurang 15 cm. Tumbuhan ini melekat pada pohon atau kayu yang telah disediakan.

Penanaman vanila mampu

memberi pulangan pendapatan yang lumayan kepada koperasi atau pengusaha antara RM600,000 hingga RM1 juta semusim melibatkan kawasan tanaman seluas 1 hektar sahaja dengan harga antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram.

Pokok vanila yang dijaga dengan baik mampu bertahan dan mengeluarkan hasil selama 20 tahun. Selain pasaran tempatan, produk

Pengerusi JPAN Pahang II (Tengah)Haji Mansor Abd. Rahman

vanila kering juga mempunyai permintaan yang tinggi dari Amerika Syarikat (dua hingga empat juta tan setahun) dan Perancis (satu hingga dua juta tan setahun) serta Negara-negara Eropah yang lain.

INFO TANAMAN VANILA

Keluasan Tanaman1 hektar tanah : 2,000 pokok1 ekar tanah : 800 pokok

Pengeluaran Hasil1 ekar = 160kg hingga 320kg

setahun

Anggaran Harga Pasaran1 Kg : RM1,500 hingga RM2,000

PROJEK TANAMAN VANILA

Oleh: Norazah Abd Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Haji Mansor Abd. Rahman

» Projek Tanaman Vanila

24 PELANCAR Edisi Khas

Page 27: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Perniagaan pusat rawatan Hemodialisis bukan sahaja mampu menjana perolehan yang baik kepada koperasi malah pada masa yang sama dapat menyumbang kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui perkhidmatan yang disediakan.

Sejak mula ditubuhkan pada 25 Januari 2013, Pusat Dialisis MyANGKASA Pahang 2 (Tengah) kini mempunyai sembilan buah mesin dialisis di Pusat Dialisis yang memberi khidmat rawatan kepada 35 pesakit sekitar Temerloh dan kawasan berdekatan.

Dua buah mesin dialisis berteknologi terkini bernilai RM77,600 dan kos rawatan pesakit berjumlah RM13,140 telah disumbangkan kepada MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. di Temerloh, Pahang hasil manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

Pertambahan unit mesin dialisis itu juga menjadi titik tolak kepada pelan pembangunan jangka panjang MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. untuk meluaskan operasi perkhidmatannya daripada sembilan kepada 12 buah.

Pada masa yang sama, Sistem Aplikasi Berkomputer Pusat Dialisis ANGKASA turut disediakan bagi membantu membentuk jaringan hubungan dalam kalangan Pusat Dialisis ANGKASA di seluruh negara.

25Edisi Khas PELANCAR

Page 28: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Pahang 3 (Barat)

Sektor Peruncitan Kekal Penting Semasa Pandemik

Penularan COVID-19 yang berlaku sejak tahun lalu menyaksikan penyusutan ekonomi yang agak ketara di segenap peringkat. Namun begitu, sektor peruncitan koperasi dilihat sebagai antara sektor yang penting sepanjang pandemik ini sehingga ada yang mampu memperoleh keuntungan yang tinggi dan berjaya meningkatkan perolehan dalam jualan koperasi.

Pengerusi JPAN Pahang 3 (Barat)Dato’ Syed Ali Syed Mohammad

Apabila kita membincangkan mengenai perkembangan gerakan koperasi sepanjang tahun 2020, sektor pemborongan dan peruncitan jelas berjaya

memperkuatkan struktur pembiayaan atau permodalan selain membantu menjana keuntungan koperasi.

Antara usaha atau cara yang diguna pakai adalah dengan menggalakkan lebih ramai anggota koperasi dan penduduk setempat membeli barangan dari kedai

» Gambar Kedai Koperasi Peneroka FELDA Tersang 3 Berhad.

» Kedai BA100 Koperasi Kariah Masjid Tengku Sulaiman Ketari Bentong Berhad.» Gambar Kedai Coop Farmasi bertempat di Pusat Perniagaan Taman Bentong Prima.

» Barangan CoopFarmasi bertempat di Pusat Perniagaan Taman Bentong Prima.

Oleh: Norazah Abd Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Dato’ Syed Ali Syed Mohammad

26 PELANCAR Edisi Khas

Page 29: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

ANGKASA Negeri Pahang 3 (Barat) sedia membantu koperasi yang berminat mahupun yang berhadapan dengan kerumitan dalam menjalankan perniagaan runcit. Pegawai ANGKASA yang terlibat sedia memberi taklimat dan latihan kepada koperasi bagi memajukan perniagaan koperasi, terutamanya dalam sektor pemborongan dan peruncitan.

Koperasi Peruncitan JPAN Pahang 3 (Barat)

I. Koperasi Sekolah: 52 buah koperasi.

II. Koperasi Kariah Masjid: 2 buah koperasi.

Nilai tempahan dan jualan Koperasi Sekolah untuk BA100 (Januari sehingga November 2020) :

Nilai tempahan – RM1787.00

Nilai tempahan dan jualan Koperasi Dewasa untuk BA100 (Januari hingga November 2020) :

Nilai tempahan – RM84,603.84Nilai jualan - RM54,281.81

Berikut adalah jumlah koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid yang terlibat dalam peruncitan di Negeri Pahang 3 (Barat) secara keseluruhan dan jumlah purata perolehan (bulanan) koperasi tersebut sepanjang tahun ini:

ANGKASA Negeri Pahang 3 (Barat) juga berharap agar masyarakat khususnya anggota koperasi dapat terus menyokong serta membeli barangan keperluan runcit di bawah projek BA100 melalui JIMATSHOP dengan koperasiyangberdaftarataumenjual barangan BA100. Sokongan semua pihak kepada projek

BA100 amat penting kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kelestarian kemajuan perniagaan sektor peruncitan koperasi dan membantu koperasi untuk terus berperanan bagi memenuhi keperluan asas komuniti setempat.

koperasi serta menawarkan produk jualan yang berkualiti, harga yang berpatutan bagi meningkatkan prestasi jualan dan keuntungan koperasi serta mempelbagaikan produk jualan sebagai memenuhi keperluan asas komuniti.

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan koperasi di negeri Pahang 3 (Barat) adalah pengurusan kedai koperasi yang dimodenkan melalui teknologi bagi menghasilkan pengurusan koperasi peruncitan yangmantapdanefisien.

Sistem jual beli secara dalam talian merupakan pendekatan terkini dan popular yang digunapakai dalam kalangan komuniti. Ia dilihat lebih cepat dan mudah tanpa perlu keluar rumah sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

Di bawah projek Barangan Asas (BA100) anjuran ANGKASA, portal JIMATBIZ dan JIMATSHOP berjaya menghubungkan koperasi dengan pembekal serta pelanggan dengan penjual secara maya untuk mendapatkan produk keperluan seharian.

27Edisi Khas PELANCAR

Page 30: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Terengganu

Terus Bergerak Harungi Cabaran Pandemik

Sektor koperasi tidak terkecuali turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak akhir tahun 2019 lalu. Bagaimanapun, demi kelangsungan kegiatan koperasi, sektor koperasi di negeri Terengganu terus tekad bergerak dengan mempergiat dan mempertingkatkan aktiviti masing-masing dalam suasana norma baharu, tanpa mengabaikan langkah-langkah penjagaan yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff berkata, aktiviti koperasi di negeri ini berjalan seperti biasa khususnya yang melibatkan perkhidmatan dan perniagaan seperti aktiviti Ar-Rahnu dan koperasi kredit, aktiviti pertanian dan aktiviti kepenggunaan.

Katanya, pengamalan Prosedur Operasi Standard

(SOP) yang ketat dalam norma baharu itu merangkumi garis panduan melibatkan waktu operasi perniagaan serta langkah-langkah kesihatan iaitu sentiasa memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka.

“Selain itu, amalan kebersihan yang tinggi seperti mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer, menyediakan kemudahan yang sama untuk pekerja dan pelanggan serta memastikan proses sanitasi

Pengerusi JPAN TerengganuHaji Mohamed Yusoff

» Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Asas (BA100) kepada anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad di Perkarangan Pejabat ANGKASA Negeri, Kuala Nerus, Terengganu pada 8 Mei 2021 lalu.

» Sebahagian anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad yang menerima pek Barangan asas BA100 iaitu terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

Oleh: Wan Adlina Wan Abdul Aziz Berdasarkan Temu bual bersama Haji Mohamed Yusoff

28 PELANCAR Edisi Khas

Page 31: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten,” katanya.

Haji Mohamed berkata, walaupun ada koperasi tertentu seperti koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan agak teruk terjejas ekoran kekurangan pendapatan, namun masih ada juga koperasi yang berjaya dan dapat meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan mereka dalam norma baharu lebih-lebih lagi koperasi yang melibatkan diri dalam perkhidmatan dalam talian online.

“Antara cabaran lain yang dihadapi koperasi adalah tidak dapat mengadakan Mesyuarat Agung secara berdepan dalam kumpulan yang ramai.

“Namun begitu, inisiatif koperasi yang mengadakan mesyuarat tersebut secara maya menerusi persidangan video semakin tinggi dan usaha tersebut amat digalakkan termasuk melibatkan sistem pengundian secara dalam talian selari dengan saranan kerajaan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan wabak COVID-19,” ujar beliau.

Justeru, dalam usaha untuk melihat sektor koperasi di negeri ini terus rancak dalam mendepani krisis pandemik COVID-19, beliau berharap sektor koperasi mendapat

sokongan modal untuk mereka terus bergerak dan berkembang dalam situasi yang mencabar ini.

“Inisiatif yang diumumkan oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi Pelan Pemulihan Usahawan Dan Koperasi diharap dapat membantu sektor koperasi untuk terus menjalankan perniagaan dalam suasana pandemik COVID-19.

“Di samping itu, peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai pemudahcara

kepada koperasi diyakini berupaya membantu koperasi untuk meneruskan aktiviti mereka dalam tempoh yang mencabar ini.

“Pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh koperasi untuk meneruskan kelangsungan aktiviti koperasi. Selain itu juga, bantuan yang diberikan itu diharap mampu memulihkan kembali perniagaan koperasi yang terjejas dan mengikut pendekatan baharu berlandaskan norma baharu ke arah merancakkan kembali ekonomi koperasi,” katanya.

» Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff menyampaikan sumbangan replika cek sebuah mesin taip Braille (Brailler) kepada Pengerusi Koperasi Pertis Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor untuk kemudahan anggota cacat penglihatan mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas.

Senarai Koperasi Kredit di Negeri Terengganu

Bil.1. Koperasi KEMAS Terengganu Berhad2. Koperasi Kakitangan Kerajaan & Badan-Badan Berkanun Terengganu

Berhad 3. Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad 4. Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu Berhad5. Koperasi Pegawai Agama Terengganu (KPAT) Berhad6. Koperasi Cobe Pantai Timur Berhad7. Koperasi Polis Terengganu Berhad8. Koperasi Pegawai Perkeranian Terengganu Berhad9. Koperasi Imam Dan Bilal Terengganu Berhad

10. Koperasi Pekerja-Pekerja Perindustrian Terengganu Utara Berhad11. Koperasi Ladang Kelapa Sawit Kemaman Terengganu Berhad12. Koperasi Pekerja Permint Plywood Berhad13. Koperasi Sepakat Jaya (KJ) Terengganu Berhad14. Koperasi Kakitangan Risda Terengganu (KOKITAR) Berhad15. Koperasi Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Berhad16. Koperasi Adik Kakak Kg. Pulau Rusa K.Trg Berhad17. Koperasi Khidmat Batu Burok Kuala Trg. Berhad18. Koperasi Al-Qardhul Hassan Bukit Besar K. Trg Berhad19. Koperasi Keluargaku Anak Terengganu Berhad

Bil. Nama Koperasi

29Edisi Khas PELANCAR

Page 32: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Negeri Sembilan

Ujian Dan Cabaran Mengekalkan Kelangsungan Gerakan Koperasi Negeri Sembilan

Dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19 pada penghujung tahun 2019. Malaysia telah mula merasa kesan penularan wabak ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkannya pada 13 Mac 2020 di mana berlakunya peningkatan jangkitan wabak ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 sekali gus memberi kesan kepada sosioekonomi negara dan masyarakat serta gerakan koperasi yang terlibat dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan perniagaan.

Berpegang kepada Prinsip

Koperasi Ke-7, “Berprihatin Terhadap Masyarakat”, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan turut bersama-sama memberikan sumbangan berbentuk barangan asas dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan seperti RELA dan Sukarelawan Polis yang cekal membantu mengekang pandemik COVID-19 dan kepada masyarakat sekitar Negeri Sembilan yang terjejas akibat wabak ini.

Bagi memastikan kelestarian

gerakan koperasi di Negeri Sembilan khususnya, JPAN Negeri Sembilan tetap berusaha menggerakkan pelbagai program dan penyelarasan aktiviti diambil perhatian bagi memastikan tiadanya pertindihan program.

Pengerusi JPAN Negeri SembilanDato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

» Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah bersama pasukan barisan hadapan di Pejabat RELA Daerah Jempol, Kementerian Dalam Negeri.

Oleh: Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

30 PELANCAR Edisi Khas

Page 33: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Majlis perjumpaan bersama agensi telah diadakan bagi penyelarasan aktiviti dan membincangkan isu-isu berbangkit dalam gerakan koperasi di Negeri Sembilan dengan kehadiran Anggota JPAN Negeri Sembilan, Pengarah SKM Cawangan Negeri Sembilan, Pengarah IKM Zon Selatan dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Langkah memperkasakan

koperasi melalui penglibatan dalam 8 Sektor Peneraju menjadi fokus utama pihak JPAN Negeri Sembilan melalui perancangan dan pelaksanaan serta menggalakkan koperasi terlibat dalam program dan aktiviti sepanjang tahun 2020. Program BA100 di bawah Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Program Membangunkan Koperasi Sebagai Kontraktor di bawah Sektor Hartanah dan Industri Binaan dan Projek Ternakan Lebah Kelulut oleh Koperasi Perdana Luak Johol Berhad di bawah Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani antara fokus

BA100 kepada mangsa banjir yang terdiri daripada anggota Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, anggota Koperasi Kariah Masjid Taman Rasah Jaya Seremban Berhad dan penduduk sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau. Pihak ANGKASA dan JPAN Negeri Sembilan turut memberikan sumbangan bencana kepada Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Negeri Sembilan Berhad yang terjejas akibat bencana tersebut.

Sepanjang tahun 2020,

JPAN Negeri Sembilan berjaya menganjurkan sebanyak 30 program dan aktiviti dengan kerjasama dan sokongan pelbagai agensi seperti SKM Cawangan Negeri Sembilan, IKM Zon Selatan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Sebanyak 16 buah koperasi telah didaftarkan sebagai ahli baharu ANGKASA sehingga Disember 2020 menjadikan keseluruhan bilangan koperasi ahli ANGKASA di Negeri Sembilan sebanyak 570 buah daripada 787 buah koperasi berdaftar.

JPAN Negeri Sembilan

menyasarkan pada tahun 2021 segala perancangan dapat dilaksanakan khususnya berkaitan program dan projek di bawah Sektor serta latihan dan kesedaran kepada anggota dan masyarakat.

Semoga gerakan koperasi khususnya di Negeri Sembilan dapat mengharungi cabaran masa kini dengan mengembleng kekuatan sedia ada dan membina serta mengukuhkan rangkaian kerjasama antara koperasi.

utama JPAN Negeri Sembilan bagi mendukung Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA.

Peranan dan sumbangan ANGKASA kepada masyarakat dan Negara turut diberikan perhatian oleh JPANNS melalui perkongsian maklumat dengan Program Kunjungan Hormat bersama Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Haji Abdullah selaku Penaung Koperasi Perdana Luak Johol Berhad dan Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ini bagi memperkasakan lagi gerakan Koperasi di Negeri Sembilan.

Berikutan berlakunya bencana banjir di beberapa kawasan di daerah Seremban pada 4 November 2020 yang lepas, ANGKASA melalui Program CSR CoopCare telah menyerahkan sumbangan sebanyak 70 pek barangan keperluan harian

» Dato’ Abdul Fattah mengunjungi rumah mangsa banjir di Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

» Penyerahan bantuan pek Barangan BA100 oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul fattah Abdullah kepada asnaf di Port Dickson pada April 2021 lalu.

» Wakil penduduk menerima pek barangan keperluan harian BA100 dari ANGKASA di Kampung Stesyen, Kampung Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.

31Edisi Khas PELANCAR

Page 34: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Pulau Pinang

Peluang Koperasi Bergiat Aktif Dalam Industri Pelancongan

PROJEK TANJUNG WATERFRONT HARBOUR CRUISE PULAU PINANG

Oleh: Nadiah KamarudinBerdasarkan Wawancara bersama Haji Mohd Jamil Othman

S a t u s e s i w aw a n c a r a b e r s a m a P e n g e r u s i ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman melalui aplikasi Zoom telah diadakan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang.

PELANCAR: Boleh Tuan Haji terangkan mengenai persiapan projek ini?

Projek ini merupakan hasil

cetusan idea Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad dan mereka mula membentangkan projek ini ke ANGKASA Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2018. Kami melihat projek ini mempunyai potensi untuk berdaya maju selain memiliki prospek yang sangat baik dan sesuai dengan identiti Pulau Pinang

sebagai negeri yang dikelilingi laut. Melalui satu kajian lapangan,

kami dapati pelancong yang turun di Pelabuhan Pulau Pinang akan dibawa ke tempat-tempat menarik di kawasan darat yang menjadi kebiasaan. Sedangkan ada banyak lagi tempat dan aktiviti yang mereka boleh terokai dengan menyusuri laut. Maka ANGKASA Negeri Pulau Pinang telah menjemput koperasi yang terlibat dalam bidang pelancongan untuk bersama-sama kami dalam projek ini. Kami telah mengadakan pertemuan dengan stakeholders antaranya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, YB. Yeoh Soon Hin dan agensi yang lain seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia cawangan Pulau Pinang.

Mereka telah memberi sokongan penuh terhadap projek ini. Jabatan Laut Wilayah Utara Pulau Pinang juga telah mencadangkan kepada kami untuk membeli dua hingga tiga buah bot jenis katamaran. Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pulau Pinang juga turut memberi sokongan dan mencadangkan kepada kami untuk menubuhkan syarikat.

» Kepimpinan ANGKASA yang diketuai Dato’ Abdul Fattah Abdullah (duduk) turut berkesempatan meninjau laluan projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang pada 12 Februari 2020.

Pengerusi JPAN Pulau PinangHaji Mohd Jamil Othman

32 PELANCAR Edisi Khas

Page 35: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

PELANCAR: Apakah keistimewaan yang boleh diketengahkan melalui projek ini?

Pelancong yang mengikuti pakej-pakej yang ditawarkan dalam projek ini akan berpeluang untuk menikmati suasana di jambatan pertama dan jambatan kedua dengan menaiki bot. Mereka akan dibawa ke lokasi-lokasi pelancongan yang jarang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pelancongan di Pulau Pinang seperti Pulau Aman, di mana mereka dapat melihat hampir 500 sangkar ikan dan dapat merasai mee udang di sebuah restoran terapung. Pelancong juga akan dibawa ke Pasar Bisik di Penaga, di mana salah satu perkara yang menarik di situ adalah proses jual beli yang dilakukan secara berbisik. Mereka juga akan dibawa ke Koperasi Kerjaya Permatang Nibong Berhad untuk melihat aktiviti penanaman padi secara organik. ANGKASA Pulau Pinang telah berbincang dengan beberapa syarikat pelancongan di negeri ini dan mereka bersedia untuk membantu mempromosikan pakej-pakej yang ditawarkan dalam projek ini.

PELANCAR: Apakah peranan yang akan dimainkan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang dalam projek ini?

Pada peringkat pertama

projek ini, ANGKASA Negeri Pulau Pinang bertindak sebagai

pemudah cara. Maksudnya, kami yang mengaturkan perjumpaan dengan stakeholders untuk mendapatkan sokongan mereka, mencari peruntukan kewangan untuk membeli tiga buah bot katamaran dan mendapatkan lesen pelancongan. Apabila projek ini sudah bermula, kami akan serahkan sepenuhnya kepada MyANGKASA Sdn. Bhd. dan 15 buah koperasi yang terlibat.

PELANCAR: Apakah bentuk perkongsian ekonomi yang boleh dibuat oleh koperasi lain yang terlibat?

Projek ini sudah diberi kebenaran untuk menggunakan jeti nelayan di Persiaran Karpal Singh dan di situ ada lebih kurang 10 gerai yang boleh digunakan oleh koperasi untuk berniaga. Kami juga telah berbincang dengan koperasi yang mengeluarkan produk cenderamata dan kuih muih tradisional untuk terlibat sama dalam projek ini supaya apabila bot berhenti di jeti tersebut, pelancong dapat melawat gerai-gerai mereka.

PELANCAR: Mungkin projek ini memerlukan tahap kepakaran, peruntukan pelaburan selain pengurusan risiko yang agak tinggi untuk ditanggung oleh koperasi. Apa komen Tuan Haji?

Seperti projek-projek berimpak tinggi yang lain, projek Tanjung

Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang juga mempunyai risikonya tersendiri. Apabila kami berbincang dengan Pejabat Laut Pulau Pinang, mereka amat menitik beratkan soal keselamatan pelancong dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku contohnya seperti bot rosak. Oleh kerana itu, kami memerlukan dua ke tiga buah bot tambahan sebagai persediaan untuk menghadapi situasi yang tidak diduga atau kecemasan. Kerajaan negeri telah banyak membantu dengan menyediakan jeti yang menepati piawaian ISO, maka kami boleh minimumkan risiko. Kami turut melantik Prof. Dr. Badaruddin Mohamed dari Universiti Sains Malaysia untuk menjalankan satu kajian lapangan supaya dapat mengkaji dan mengenal pasti risiko yang boleh timbul.

PELANCAR: Apa harapan ANGKASA Negeri Pulau Pinang sendiri terhadap projek ini?

Projek ini adalah antara

inisiatif ANGKASA Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan penyertaan koperasi dan anggota koperasi di negeri ini dalam industri pelancongan melalui pelbagai aktiviti ekonomi. Harapan kami adalah supaya lebih banyak koperasi yang merupakan ahli ANGKASA untuk turut sama dalam projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang.

Secara peribadi, saya mahu melihat koperasi yang terlibat dapat menjana keuntungan melalui projek ini sekali gus memberi kesan langsung terhadap pembangunan sosio ekonomi anggotanya. Saya juga berharap koperasi sekolah dapat menjadikan projek ini sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan yang mereka tawarkan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA Pusat, Jawatankuasa Kecil Sektor Pelancongan Peringkat ANGKASA Negeri Pulau Pinang serta agensi dan jabatan yang terlibat yang telah banyak membantu dan memberi sokongan penuh terhadap projek ini.

» Projek Tanjung Waterfront Harbour Cruise Pulau Pinang akan membawa pelancong-pelancong ke lokasi-lokasi pelancongan yang jarang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pelancongan di negeri tersebut.

33Edisi Khas PELANCAR

Page 36: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Sarawak

Tingkat Usaha Dekati Golongan Belia

PELANCAR telah menemu bual Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai usaha yang boleh digerakkan oleh koperasi dalam memperkasakan penglibatan belia.

Perangkaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan jumlah koperasi belia hanya meningkat sebanyak 1.4 peratus iaitu 205 koperasi pada tahun 2015 kepada 208 koperasi pada tahun 2019. Satu peningkatan yang mungkin dianggap sebagai sangat kecil. Boleh Tuan berikan pandangan mengenainya?

Statistik yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menunjukkan realiti sebenar gerakan koperasi di negara kita yang majoriti penglibatannya terdiri daripada orang dewasa, orang yang sudah pencen dan warga emas. Kebanyakan belia tidak melihat koperasi sebagai satu struktur syarikat yang mereka boleh sertai kerana beranggapan koperasi lebih sesuai disertai oleh ayah dan ibu mereka.

Kenapa situasi tersebut boleh berlaku?

Mungkin anak-anak muda ini melihat sendiri ayah dan ibu mereka menyertai koperasi apabila sudah pencen atau lewat umur 50-an, bukannya pada usia 30-an atau 40-an. Pada pandangan saya, jika keadaan ini berterusan dan tiada tindakan khusus diambil, mungkin dalam lima ke 10 tahun akan datang kita tidak dapat melihat satu anjakan paradigma yang positif dalam gerakan ini.

Adakah kerana kurangnya pendedahan tentang koperasi?

Saya juga berpandangan hanya peratusan kecil belia yang terdedah dengan konsep koperasi. Oleh itu, kelompok belia perlu dikumpulkan semula dan kita perlu jelaskan kepada mereka apakah itu koperasi, ciri-cirinya dan kebaikan menyertainya kerana ternyata maklumat sebegini tidak sampai kepada mereka. Perlu kita ingat yang golongan muda sukakan sesuatu yang lasak, mencabar dan sesuai dengan peredaran zaman. Cara

Pengerusi JPAN SarawakEncik Wan Azizan Wan Zainal Abidin

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah beramah mesra bersama peserta belia dari Malaysia sewaktu Global Youth Forum (GYF) – Cooperative Entrepreneurship 2020 pada bulan Februari 2020.

Oleh: Nadiah KamarudinBerdasarkan Wawancara bersama Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin

34 PELANCAR Edisi Khas

Page 37: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

untuk kita timbulkan minat golongan muda menyertai koperasi adalah untuk mewujudkan persepsi positif yang koperasi juga memiliki ciri-ciri yang sesuai dengan naluri mereka. Koperasi perlu diperlihatkan kepada mereka sebagai satu pilihan utama. Sekurang-kurangnya seorang anak muda yang terlibat dalam perniagaan seharusnya menyertai koperasi dan pada peringkat permulaan, koperasi yang disertai tidak semestinya koperasi belia.

Apakah kelebihan koperasi yang mungkin terlepas pandang oleh belia?

Kalau dibandingkan dengan

syarikat, koperasi perlu membahagikan keuntungan dengan anggota mereka, maka bahagian keuntungan yang diterima oleh setiap anggota mungkin kecil. Ini mungkin sesuatu yang kurang menarik bagi golongan muda kerana mereka mempunyai komitmen yang banyak dan memerlukan pendapatan yang lebih. Koperasi diwujudkan supaya keuntungan boleh dibahagikan sama rata dengan anggota, maka kita memang tidak boleh mengubah konsep ini. Namun begitu, koperasi mempunyai kelebihannya tersendiri yang tidak ada pada syarikat iaitu dari aspek pembangunan modal insan seperti program yang berbentuk bengkel, seminar, kursus dan latihan. Kelebihan yang paling kita perlu tekankan kepada belia adalah jaringan koperasi yang sangat luas dan kuat.

Apakah bentuk usaha untuk meyakinkan belia supaya berkecimpung dalam sektor koperasi?

Sebagai Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak, saya telah menjemput wakil daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk berjumpa dengan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan satu program bagi menggalakkan penglibatan belia dalam koperasi. Kita juga telah cadangkan kepada MBM untuk menubuhkan koperasi di setiap negeri atau daerah. Oleh kerana MBM bergerak sebagai badan induk yang

» Terdapat banyak faktor yang mendorong kebanyakan graduan untuk lebih tertarik kepada opsyen makan gaji berbanding bekerja sendiri, tetapi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi, mereka perlu mengubah pemikiran dan bersifat terbuka terhadap opsyen lain seperti menjadi sebahagian daripada keusahawanan koperasi.

menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini, maka mereka akan membantu mempromosi dan menggerakkan ekonomi badan-badan gabungan melalui koperasi. MBM juga turut memasukkan program ‘100 Product Champion’, projek Barangan Asas 100 (BA100) dan program-program di bawah pembangunan modal insan dalam aktiviti anjuran mereka di peringkat negeri. Saya turut berpeluang mendekati bloggers tempatan dan menjemput mereka ke pejabat ANGKASA Negeri Sarawak. Kami menerangkan kepada mereka kelebihan menyertai koperasi dan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh ANGKASA.

Bagaimana koperasi dapat mendekati golongan belia?

Koperasi boleh mendekati golongan

belia dengan menyertai lebih banyak program yang melibatkan mereka dan program tersebut tidak semestinya yang dianjurkan oleh koperasi. Melalui cara ini, kita dapat mengenali lebih dekat persatuan dan kelab belia yang ada di Malaysia dan kita akan tahu jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh mereka. Apabila kita sudah tahu aktiviti ekonomi yang mereka jalankan dan kita beri kefahaman mengenai koperasi, barulah kita selitkan bagaimana koperasi mampu membantu memperkasakan perniagaan mereka. Koperasi juga boleh menarik

anak-anak muda untuk mendekati mereka dengan menjemput persatuan dan kelab belia mengadakan program di pejabat koperasi secara percuma dengan syarat kita diberi satu slot khas untuk memberi penerangan mengenai koperasi. Melalui satu slot khas ini, kita boleh tahu jenis cabaran yang mereka hadapi dalam perniagaan dan kita boleh mencadangkan bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh koperasi.

Apakah harapan ANGKASA Sarawak terhadap program pembangunan koperasi dan penglibatan belia dalam gerakan koperasi?

Pada hemat saya, perlu ada satu

usaha daripada pihak kerajaan mahupun ANGKASA sendiri untuk mewujudkan satu modul yang akan memperkasakan koperasi belia sebagai hab pemasaran bagi produk dan perkhidmatan koperasi lain. Kita sememangnya tahu yang belia suka dan mahu sesuatu dengan cepat, maka dengan menjadi hab pemasaran, mereka tidak perlu risau tentang kos operasi yang besar. Harapan saya adalah 10 tahun akan datang, anak-anak muda yang mahu memulakan perniagaan, perkara pertama mereka fikirkan adalah koperasi. Biarlah mereka kembangkan perniagaan mereka dalam koperasi dahulu, luaskan jaringan dan selepas itu, barulah mereka tubuhkan syarikat Sendirian Berhad atau Enterprise.

35Edisi Khas PELANCAR

Page 38: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Perlis

Koperasi Bantu Tingkat Perolehan Anggota

Koperasi tidak boleh lari dari melaksanakan fungsi utamanya iaitu memberi perkhidmatan dan membantu anggotanya dalam pembangunan ekonomi.

Perubahan perlu dilakukan ke atas landskap gerakan koperasi yang selama ini dianggap sebagai satu institusi yang kecil dan hanya tertumpu kepada perniagaan tertentu sahaja. Justeru, saya ambil contoh koperasi fungsi pertanian seperti Koperasi Usahawan Harumanis Perlis Berhad (KOHAMAS). Bersesuaian dengan nama koperasi, aktiviti utamanya adalah berkaitan buah mangga harumanis. Setiap bulan April sehingga Jun, musim menuai buah mangga tersebut amatlah menggalakkan sehingga mampu memberi pulangan kepada anggotanya yang terdiri daripada penanam pokok harumanis di sekitar Negeri Perlis. Peranan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) koperasi tersebut yang berusaha keras memenuhi keperluan anggotanya yang terlibat dalam bidang pertanian wajar dipuji sejajar aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan dalam kalangan koperasi.

Tidak akan ada hasil jika tiada pelan tindakan yang jitu. Saya mencadangkan kepada koperasi ahli ANGKASA termasuklah koperasi fungsi pertanian supaya mempunyai Pelan Korporat Lima Tahun di mana pelan perniagaan disediakan oleh pihak pengurusan dan dipantau pelaksanaannya oleh ALK. Saya yakin koperasi di Negeri Perlis mampu berkembang setanding dengan koperasi yang lain dengan syarat koperasi sanggup berubah

selari dengan perubahan dan kehendak zaman. Saya juga berharap agar koperasi

tersebut dan juga koperasi yang lain mengadakan jalinan perniagaan

strategik sama ada sesama koperasi mahupun dengan pihak luar untuk menjana pendapatan seterusnya mampu berkembang dengan lebih pesat, berdaya saing

dan memberi impak yang tinggi dalam perniagaan.

Bagi koperasi yang mempunyai produk,

gunakanlah peluang dan kesempatan di

Pengerusi JPAN PerlisHaji Sahimi Shari

» Pusat Pengumpulan dan Penghantaran Mangga Harumanis milik KOHAMAS.

JUAL HARUMANIS SECARA DALAM TALIAN

Oleh: Mohamad Airul Azahar Abdullah Pegawai ANGKASA PerlisBerdasarkan Temu bual bersama Haji Sahimi Shari

36 PELANCAR Edisi Khas

Page 39: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

musim PKP ini dengan menongkah arus menukar model perniagaan dengan cara mempromosikan sesuatu produk dan menjualnya di platform online seperti saranan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mahu koperasi bijak mengambil ruang dan peluang di musim PKP dengan memasarkan produk secara online. Kepada koperasi di Negeri Perlis, kegagalan menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan, tidak bererti kita akan gagal selamanya. Bangkitlah daripada kegagalan dan terus berlari tanpa henti. Gunakanlah kekuatan yang ada untuk bangun. Setelah mendapat keuntungan, menyumbanglah semula kepada anggota kerana semakin banyak kita memberi, semakin luas pintu rezeki untuk koperasi.

» Aktiviti KOHAMAS sebagai ejen penghantaran mangga harumanis ke seluruh negara.

Musim tuaian mangga harumanis bermula pada awal April dan berakhir pada pertengahan Jun setiap tahun. Pada masa puncak iaitu dalam bulan Mei, jumlah tuaian harian boleh mencecah sehingga satu tan. Koperasi Usahawan Harumanis Perlis Berhad (KOHAMAS) merupakan antara koperasi yang bergiat dalam penanaman harumanis selain daripada Koperasi Pengusaha Harumanis Y.A Chuping Perlis Berhad. Mempunyai ladang seluas 236 ekar, KOHAMAS mampu menjana pengeluaran sebanyak 151 tan dengan anggaran jualan bernilai RM2.75 juta. Aktiviti utama KOHAMAS adalah perkhidmatan kurier yang telah menguruskan penghantaran mangga harumanis hampir 30 tan dari sumber dalaman dan luaran ketika musim tersebut.

37Edisi Khas PELANCAR

Page 40: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Melaka

Perkembangan ekonomi yang agak perlahan ketika ini telah menjadikan beberapa sektor ekonomi lumpuh namun masih ada beberapa sektor yang aktif dan masih mampu memberi pulangan kepada koperasi seperti pemborongan dan peruncitan, logistik, teknologi dan inovasi serta kewangan.

Usaha bagi mengenal pasti dan membaik pulih koperasi dorman di Melaka juga menjadi salah satu matlamat yang mahu difokuskan oleh JPAN Melaka selain mencari solusi terbaik menjana semula aktiviti koperasi yang terjejas. Melalui inisiatif tersebut, koperasi yang terlibat akan dibantu melalui pelbagai kemudahan yang disediakan oleh ANGKASA selain program-program pembangunan modal insan yang bersesuaian termasuk khidmat nasihat pengurusan.

Kerjasama erat dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka juga banyak memberikan ruang kepada koperasi untuk kembali berkembang selepas pandemik COVID-19. ANGKASA negeri Melaka juga sedia membantu koperasi yang berminat mahupun yang berhadapan dengan masalah dalam menjalankan perniagaan runcit melalui bimbingan, tunjuk ajar dan mengadakan sesi

Kekangan yang timbul akan segera diselesaikan dan diatasi dengan pendekatan yang lebih terarah kepada program pembangunan ilmu dan teknologi. Projek barangan Asas 100 (BA100) umpamanya merupakan salah satu cabang ekonomi yang boleh digerak dan dikembangkan oleh koperasi memandangkan sektor ini dilihat mampu berdiri dalam sebarang keadaan ekonomi.

Menerusinya, koperasi boleh mendapatkan bekalan barangan runcit dengan lebih cepat daripada pembekal selain penghantaran barangan dapat dilakukan dengan segera, konsisten serta berjadual.

Pengerusi JPAN MelakaHaji Ab Rahim Md Tawel

Fokus dan Sasaran Aktiviti Ekonomi Koperasi di Melaka

Ketidaktentuan sosioekonomi yang melanda sektor perniagaan ekoran pandemik COVID-19 sebenarnya telah membuka jalan dan juga peluang kepada koperasi untuk menceburi bidang perniagaan yang sesuai dan relevan dengan situasi semasa.

Senarai koperasi sekolah, koperasi keluarga dan koperasi kariah masjid yang terlibat dalam aktiviti peruncitan di Melaka

pada tahun 2020:

padanan perniagaan (business matching) dengan koperasi terlibat.

Di harap agar sokongan daripada semua pihak termasuk kerjasama antara koperasi, swasta dan agensi kerajaan dapat menjana kembali aktiviti koperasi. Usaha yang dijalankan dengan iringan semangat juang yang tinggi mampu memperkasakan ekonomi koperasi sekali gus memberi impak positif kepada sosioekonomi anggota dan masyarakat.

Koperasi Sekolah

buah buah

buah buahKoperasi Keluarga

Koperasi Dewasa

Koperasi Kariah Masjid

10 8

7 4

38 PELANCAR Edisi Khas

Page 41: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Melaka Era BaharuBersama mengharungi cabaran krisis ekonomi dan

berganding bahu untuk meneroka peluang dan pasaran baharu.

ANGKASA negeri Melaka komited untuk membantu koperasi ke arah pendigitalan perniagaan, meningkatkan penggunaan teknologi dan

komunikasi yang lebih efektif dan berkesan serta sistem penyampaian yang cekap.

39Edisi Khas PELANCAR

Page 42: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Johor

ANGKASA Negeri Johor Teroka Program Pertanian Organik

A N G K A S A N e g e r i J o h o r memulakan satu anjakan untuk memperkasa aktiviti pertanian organik kepada koperasi dan koperator sebagai satu peluang perniagaan. Bermula dengan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pertanian Organik Peringkat Negeri Johor pada 4 Ogos 2020 di ibu pejabat ANGKASA J o h o r, m e s y u a r a t t e l a h membincangkan tentang pelan kerjasama untuk menjadikan ANGKASA sebagai pembekal baja organik di Malaysia dan pilot projek inkubator untuk koperasi.

Untuk merealisasikan tujuan ini, Sektor Perladangan ANGKASA telah meluluskan satu peruntukan untuk membangunkan Projek Inkubator Pertanian Organik menggunakan Aktivator Agrodyke yang diimport oleh Syarikat Dahlia Duta Utama Sdn Bhd. Satu Jawatankuasa Teknikal telah diwujudkan untuk tujuan pembangunan dan pemantauan projek ini. Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Tuan Haji Sazali Abd. Hamid bertindak sebagai penyelaras program, dua orang pensyarah dari fakulti Sains

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Prof. Madya Dr. Madihah Md Salleh dan Dr. Adibah Yahya dilantik bersama di dalam Jawatankuasa Teknikal tersebut dan telah terlibat dari awal kajian penggunaan Aktivator Agrodyke ini. Turut dilantik dalam jawatankuasa tersebut adalah wakil daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Bhd (KOPDAB) telah dilantik sebagai Pusat

Inkubator Program Pertanian Organik ANGKASA dan akan menyediakan plot-plot kawasan untuk dijadikan tempat kajian penggunaan Aktivator Agrodyke tersebut.

Projek ini juga akan melibatkan penanaman sayuran dan buah-buhan menggunakan teknologi sistem fertigasi. KOPDAB akan melalui satu tempoh ‘incubation’ untuk menceburkan diri dalam projek komersial sendiri iaitu

» Lawatan Kerja Pengarah SKM Johor ke KOPDAB.

Pengerusi JPAN JohorHaji Sazali Abd. Hamid

Oleh: Nor Atiqah MohamedPengurus ANGKASA NegeriBerdasarkan Temu bual bersama Haji Sazali Abd. Hamid

40 PELANCAR Edisi Khas

Page 43: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Projek Fertigasi Kaedah Organik. Mereka akan mengusahakan sendiri projek pertanian seperti tanaman buah-buahan atau sayur-sayuran menggunakan sistem fertigasi. Adalah dijangka, di akhir tempoh projek nanti, KOPDAB akan memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan juga dapat membangunkan rangkaian dan kontrak perniagaan dalam kalangan koperasi dan usahawan. Koperasi juga dijangka menarik minat dan penyertaan golongan belia untuk menganggotai koperasi dan seterusnya terlibat secara langsung dalam projek pertanian fertigasi ini.

Pihak ANGKASA Johor juga dalam usaha menandatangani Perjanjian Persefahaman (Memorandum of Understanding) bersama pihak UTM untuk menjalankan penyelidikan keberkesanan penggunaan Aktivator Agrodyke pada tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman ladang. Penyelidikan ini adalah penting untuk menyokong pemerhatian secara fizikal di samping meneliti penggunaan Aktivator Agrodyke dalam meningkatkan kesuburan

tanah, bebas racun serangga dan seterusnya pengeluaran hasil tanaman secara organik. Program ini turut mendapat sokongan dari Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Secara keseluruhannya, prospek tanaman organik berskala besar memerlukan persediannya yang rapi dan perlu dirawat sehingga matang. Kawalan serangga memerlukan perancangan yang rapi menggunakan pelbagai bahan organik. Pelajaran yang diperoleh daripada percubaan musim pertama ini akan menjadi input untuk penambahbaikan di musim kedua sekitar bulan Disember 2021.

Untuk pertanian organik, penyediaan baja kompos adalah sangat penting. Oleh yang demikian, KOPDAB telah merancang untuk menyediakan pusat pengkomposan sendiri bagi mengurangkan kos pembelian baja kompos di pasaran.

Pusat Inkubator ini telah berjaya mendapat geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat daripada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) yang

telah disampaikan pada 28 April 2021. Oleh kerana geran ini berupa barangan (bukan tunai), KOPDAB telah memilih untuk mendapatkan peralatan pertanian hidroponik dan lain-lain peralatan pertanian moden untuk mempertingkatkan lagi kelengkapan Pusat Inkubator tersebut.

Pada 17 Mac 2021, Timbalan

Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian & Industri Asas Tani, Dato’ Kamarudin Ismail tealah mengadakan sesi lawatan kerja ke pusat nurseri sawit & tapak projek Fertigasi untuk tanaman sayuran dan buah-buahan menggunakan kaedah penanaman organik di Sri Gading dan Parit Mahang Batu Pahat yang dibangunkan oleh KOPDAB iaitu pusat inkubator bagi “Projek Pertanian Organik Negeri Johor.”

Kunjungan beliau disambut Pengerusi KOPDAB, Dr. Hajah Hayati Md Salleh dan ALK koperasi. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid dan Wakil Jualan Aktivator Agrodyke, Encik Ahmad Azhar Othman.

» KOPDAB menerima geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat daripada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB), yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Datuk Mohd Izhar Ahmad.

» Kehadiran Dato’ Haji Kamarudin Ismail di Taman Meliponini KOPDAB disambut Pengerusi KOPDAB, Dr. Hajah Hayati Md Salleh dan ALK koperasi. Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid.

41Edisi Khas PELANCAR

Page 44: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Selangor

Digitalisasi Bantu Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya saing

Pendigitalan adalah solusi terbaik untuk 2,457 koperasi sekolah di seluruh negara bagi memastikan perniagaan masing-masing sentiasa berada dalam kedudukan ke hadapan.

Inisiatif ini berpotensi untuk memastikan koperasi sekolah terus berdaya saing dan kekal relevan bagi membantu anggota terutama murid-murid dan keluarga mereka yang menghadapi kesempitan hidup ekoran negara yang kini sedang bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

Persoalannya, sejauh manakah tahap penggunaan digitalisasi dalam pengurusan operasi perniagaan oleh koperasi sekolah?

Pengerusi JPAN SelangorDato’ Haji Mohd. Alias Hamzah

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) dan Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah (kiri sekali) bersama wakil-wakil koperasi sekolah yang menghadiri Taklimat Peruncitan BA100 Koperasi Sekolah Negeri Selangor di Hotel Holiday Villa Inn, Subang Jaya pada 4 Ogos 2020.

Berdasarkan Perangkaan Koperasi Malaysia 2020 yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, perolehan koperasi sekolah mencatat penurunan sebanyak 20 peratus daripada RM421 juta pada tahun 2019 ke RM336 juta pada tahun 2020. Penurunan ini merupakan kali pertama setelah mencatat peningkatan sepanjang lapan tahun dari 2012 hingga 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)

Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah berkata, pandemik COVID-19 benar-benar menguji kesiapsiagaan koperasi sekolah dari aspek meneruskan perniagaan apabila kerajaan mengarahkan sekolah ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita memang menjangkakan penurunan (perolehan) ini kerana apabila sekolah ditutup, koperasi sekolah kehilangan majoriti pelanggannya iaitu murid-murid dan tenaga pengajar,” ujar beliau.

Koperasi-koperasi sekolah di negeri Selangor turut mencatat penurunan sebanyak 15 peratus daripada RM53.5 juta pada tahun 2019 ke RM46.4 juta pada tahun 2020.

Menurut Dato’ Alias, Ahli Lembaga Koperasi perlu lebih cakna terhadap Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 19 Februari 2021, malah ekonomi digital juga telah digariskan sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) yang kedua dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Tambah beliau, koperasi sekolah perlu mengambil kira blueprint ini apabila merangka pelan strategik supaya digitalisasi menjadi sebagai sebahagian besar daripada pengurusan operasi perniagaan.

Oleh: Nadiah KamarudinBerdasarkan Temu bual bersama Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah

42 PELANCAR Edisi Khas

Page 45: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

ANGKASA menggalakkan koperasi sekolah untuk menyertai Projek Barangan Asas 100 (BA100) sebagai inisiatif utama ke arah digitalisasi. Sehingga 8 Jun 2021, sebanyak 1012 buah koperasi sekolah telah menyertai projek ini.

ANGKASA juga memperuntukkan sejumlah RM10,000 dalam bentuk kredit kepada koperasi sekolah yang terlibat dalam Projek BA100 bagi menggalakkan aktiviti peruncitan.

Walau bagaimanapun, Dato’ Alias mengingatkan kepada ALK bahawa digitalisasi mampu berjalan pada tahap yang optimum sekiranya jurang digital dalam kalangan pembeli dirapatkan atau dalam erti kata yang lain, mereka mahir menggunakan peranti dan mempunyai akses internet untuk tujuan urus niaga.

» Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya Klang Berhad antara koperasi sekolah yang menyertai Projek BA100.

» Anak-anak muda memainkan peranan penting untuk memacu usaha pendigitalan negara.

» Koperasi sekolah perlu memanfaatkan platform JiMAT SHOP dan JiMAT BIZ untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan runcit.

43Edisi Khas PELANCAR

Page 46: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Kedah

Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid Oleh: Muhamad Nizam Eusope Pengurus ANGKASA KedahBerdasarkan Temu bual bersama Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh

Usaha untuk terus mengimarahkan institusi masjid melalui koperasi kariah masjid terus menyaksikan perkembangan yang positif. Namun cabaran pandemik COVID-19 banyak memberi kesan secara tidak langsung terhadap kegiatan ekonominya.

Selaras dengan peranannya sebagai antara cabang kepada koperasi kluster komuniti yang berfungsi untuk memenuhi keperluan bersama demi meningkatkan taraf sosioekonomi anggota dan masyarakat kariah masjid setempat, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu menjadikan sasaran penubuhan koperasi kariah masjid dapat dicapai.

Sejak dari peringkat awal koperasi kariah masjid dibentuk dan dilaksanakan pada tahun 2011, banyak aktiviti perekonomian telah berjaya dilaksanakan sehingga mampu menggerakkan aktiviti ekonomi koperasi kariah masjid bukan sahaja di perkarangan masjid, malah turut menjangkau sehingga di luar kawasan masjid itu sendiri.

Walaupun kita kini masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang membataskan

pergerakan fizikal sehingga menghadkan jumlah kehadiran kariah di masjid, usaha bagi memastikan aktiviti ekonomi koperasi kariah masjid terus berjalan sebenarnya memerlukan kerjasama daripada masyarakat khususnya kariah setempat.

Perniagaan kedai runcit menjadi antara aktiviti terpenting yang banyak dijalankan oleh koperasi kariah masjid dan semestinya amat memerlukan sokongan pelanggan terutamanya dalam kalangan kariah setempat.

Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pengguna sangat bermakna buat koperasi kerana melalui semangat dan kesungguhan untuk saling bantu-membantu itu, banyak manfaat secara tidak langsung boleh dikecapi seperti menjamin kelangsungan aktiviti kedai runcit sebagai kemudahan setempat dan juga kerjaya kakitangan kedai runcit yang terlibat.

Di samping faedah jangka panjang kepada anggota melalui pemberian dividen tahunan yang lebih memuaskan, keuntungan yang diperoleh itu juga dapat digunakan oleh koperasi kariah masjid untuk menyumbang kepada program pembangunan masjid menerusi sokongan kewangan bagi membantu meningkatkan kemudahan prasarana masjid.

Demi membantu ekonomi peruncitan koperasi kariah masjid terus bertahan dan mampan, ANGKASA melalui projek Barangan Asas 100 (BA100) sentiasa memastikan jumlah stok barangan keperluan seharian pengguna mencukupi dan barangan tersebut boleh dijual kepada orang ramai dengan harga yang kompetitif.

Selain membeli produk runcit koperasi, pelbagai manfaat ekonomi yang lain juga boleh disumbangkan oleh masyarakat di musim pandemik ini seperti penyertaan dalam program qurban anjuran koperasi kariah masjid.

Pelbagai aktiviti berteraskan ekonomi digital boleh dibentuk melalui kerjasama kariah. Kempen promosi periklanan dan juga kemudahan platform jualan barangan atau perkhidmatan secara dalam talian boleh dibangunkan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti perniagaan koperasi kariah masjid.

Semoga kesungguhan yang kita lakukan untuk membantu kelestarian hubungan sesama kariah menerusi sokongan dan kerjasama akan dapat membantu menjadikan koperasi kariah masjid sebagai wadah transformasi pembangunan ekonomi ummah yang lebih kondusif dan berjaya.

Pengerusi JPAN KedahHaji Wan Ibrahim Wan Jusoh

44 PELANCAR Edisi Khas

Page 47: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 48: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Kelantan

Semangat Kerja Berpasukan Tunjang Kekuatan

Kerja berpasukan yang baik dapat dicapai melalui komunikasi yang baik serta kepercayaan dan komitmen tinggi dalam kalangan sesebuah organisasi atau pertubuhan.

Bertepatan dengan motto institusi koperasi iaitu ‘Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama’, barisan kepimpinan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan komited dalam memastikan falsafah ini sejajar dengan konsep kerja berpasukan iaitu mementingkan kerjasama untuk mencapai kejayaan dalam setiap perancangan yang diaturkan.

Menurut Pengerusi, Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, semangat kerja berpasukan sentiasa menjadi tunjang kekuatan kepada barisan kepimpinannya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Katanya, kelebihan kerja berpasukan membolehkan individu memberi fokus kepada tugas yang dilaksanakan sekali gus membantu menghasilkan

Pengerusi JPAN KelantanEncik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah

kualiti kerja yang lebih baik serta meningkatkan produktiviti.

“Saya percaya, kerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan sesebuah program membolehkan barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan dapat memaksimakan potensi kerja di samping meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas.

“Kerja berpasukan yang baik memerlukan matlamat yang sama serta menggalakkan komitmen dan tanggungjawab seterusnya menghasilkan kejayaan yang diinginkan,” ujar beliau.

Wan Mohamad Zain juga menyatakan bahawa kekuatan kerja berpasukan oleh anggota JPAN Kelantan selama ini berjaya membuka ruang dan peluang kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahu pun swasta.

Ini terbukti apabila JPAN Kelantan telah merintis kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam Sektor Hartanah di negeri berkenaan.

“Melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ANGKASA

“Ciri-ciri yang perlu ada ketika bekerja dalam kumpulan adalah seperti bekerja dengan sepenuh hati dan menghasilkan kualiti yang terbaik, amanah, bertanggungjawab, berkongsi idea dan sanggup melakukan perubahan untuk kemajuan bersama.

“Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing,” jelas beliau.”Wan Mohamad Zain Wan Abdullah

Oleh: Wan Adlina Wan Ab. AzizBerdasarkan Temu bual bersama Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah

46 PELANCAR Edisi Khas

Page 49: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Kelantan telah diberi kepercayaan untuk membangunkan kawasan seluas 320 ekar bagi kawasan kediaman dan pembangunan infrastruktur yang lain. Projek mega ini mendapat kerjasama yang baik daripada Sektor Hartanah ANGKASA dan MyANGKASA Bina. Sdn. Bhd.

“Menerusi projek ini kelak, akan membolehkan koperasi di negeri ini mendapat manfaat sebagai agen jualan menerusi peluang dalam bidang pemasaran unit-unit kediaman,” katanya.

Menurut beliau, ciri-ciri yang perlu ada ketika bekerja dalam kumpulan adalah seperti bekerja dengan sepenuh hati dan menghasilkan kualiti yang terbaik, amanah, bertanggungjawab, berkongsi idea dan sanggup melakukan perubahan untuk kemajuan bersama.

“Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing,”Wan Mohamad Zain Wan Abdullah

“Setiap anggota dalam organisasi berpeluang untuk berkongsi kebolehan dan bakat, kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah untuk menjadikan organisasi menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing,” jelas beliau.

JPAN Kelantan sentiasa meningkatkan usaha bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan, cekap dan bersopan. Segala rungutan dan permasalahan ahli koperasi negeri akan segera diselesaikan dengan efektif kerana maklum balas mereka merupakan anak kunci kepada sesebuah kejayaan.

Beliau menaruh harapan supaya semangat kerja berpasukan JPAN Kelantan terus dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak koperasi dan perjuangan koperasi.

Page 50: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan berhasrat untuk melestari gerakan koperasi di negeri ini dengan memperkenalkan Koperasi Alumni Sekolah yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar yang pernah terlibat dengan koperasi sekolah.

Inisiatif ini akan menjadi kesinambungan kepada bekas pelajar sekolah khususnya yang pernah menjawat sebarang jawatan dalam koperasi sekolah untuk terus berbakti kepada alumni mereka sebelum bergerak ke menara gading di samping mengelakkan mereka daripada terus melupakan koperasi selepas tamat persekolahan.

Menurut Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin, pelbagai aktiviti boleh dijalankan oleh koperasi alumni ini termasuk jualan buku di luar premis sekolah secara fizikal atau atas talian, jualan barang-barang asas melalui projek Barangan Asas 100 (BA100), kursus perkongsian pintar, pakej lawatan penanda aras, program mentor-mentee dan banyak lagi.

“Seperti yang kita tahu, aktiviti koperasi sekolah adalah

sangat terhad, oleh itu koperasi alumni ini mampu menjadi pelengkap dan menebus kembali peluang-peluang yang terlepas dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang tiada di koperasi sekolah,” jelasnya.

Bagi menjayakan hasrat ini, JPAN Wilayah Persekutuan akan mengadakan bengkel dan kursus yang bersesuaian dan menyediakan senarai alumni koperasi sekolah (Pengerusi/Ahli Jawatankuasa) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA pusat juga akan terlibat untuk mempromosi gerakan ini selain menjadikan koperasi-koperasi berjaya sebagai mentor dan mewujudkan pusat pembelajaran khas/studio untuk urusan gerak kerja.

“Kami juga telah mengadakan lawatan kerja ke Koperasi Alumni Sekolah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (KASB) Berhad di Gombak.

Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Haji Zulkifli Jamaludin

Mereka merupakan koperasi alumni pertama ditubuhkan di sini dan akan dilantik sebagai mentor kepada koperasi alumni baharu di Wilayah Persekutuan dan juga seluruh negara selepas ini.

“Ini merupakan salah satu usaha ANGKASA Wilayah Persekutuan dalam memastikan penubuhan koperasi baharu selain penubuhan Koperasi Rumah Pangsa dan meluaskan lagi pasaran produk BA100. Slogan kami adalah ‘Masa Depan Gerakan Koperasi Era Baharu: Jadikan Penghalang Satu Peluang,’” katanya lagi.

Dalam masa sama, JPAN Wilayah Persekutuan juga turut memberi fokus kepada usaha-usaha lain seperti kempen penubuhan koperasi komuniti seperti Koperasi Kariah Masjid, Koperasi Belia dan Koperasi Rumah Pangsa untuk menggalakkan penubuhan koperasi baharu sekaligus mencapai sasaran 85 peratus keahlian.

Antara langkah-langkah yang diambil adalah pendaftaran keanggotaan percuma, kempen keahlian, turun padang dengan tema “Hello Coop” dan banyak lagi.

Jadikan Penghalang Satu Peluang

MASA DEPAN GERAKAN KOPERASI:

48 PELANCAR Edisi Khas

Oleh: Rahmat Mohd DidBerdasarkan Temu bual bersama Haji Zulkifli Jamaludin

Page 51: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 52: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

50 PELANCAR Edisi Khas

Page 53: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

51Edisi Khas PELANCAR

Page 54: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 55: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Angkatan Koperasi Kebangsaan (M)

Bhd - ANGKASA

20 min •

LikeComment

Share

Search

12:00

Untuk Informasi Terkini Liputan

Page 56: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

54 PELANCAR Edisi Khas

Namun, apa yang hendak diutarakan disini bukanlah untuk mengetengahkan evolusi bidang komunikasi, tetapi bagaimana maklumat penting boleh disampaikan secara berkesan kepada masyarakat. Tidak kiralah tahap mana maklumat tersebut sama ada daripada kerajaan kepada rakyat atau daripada syarikat kepada pengguna atau daripada mana-mana organisasi kepada khalayak mereka.

Pelbagai teori komunikasi telah diutarakan oleh pelbagai sarjana daripada negara di seluruh dunia. Teori-teori ini berkembang secara organik dan semakin kompleks

Bidang komunikasi dan media sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Pada suatu ketika dahulu surat khabar merupakan ejen utama untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat dan kemudiannya diikuti oleh wayang gambar serta televisyen. Namun peranan media ini telah mula diambil alih oleh media-media baru selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

Rencana

setara dengan perubahan sosiologi dan psikologi manusia berasaskan kepada budaya sesebuah negara. Di Malaysia, perubahan ketara dapat dilihat daripada corak penyampaian maklumat yang semakin pelbagai manakala penerima maklumat (masyarakat) pula dilihat semakin kritis dan berpilih-pilih.

Sektor koperasi di Malaysia telah mula bertapak semenjak Julai 1922 lagi apabila koperasi pertama didaftarkan dengan nama Syarikat Bekerjasama-sama Jimat Cermat dan Pinjam Wang Pekerja-pekerja Jabatan Pos dan Telekom Berhad. Manakala di luar bandar pula,

koperasi pertama ialah Syarikat Kampung Tebuk Haji Musa bekerjasama dengan Tanggungan Berhad Parit Buntar, Krian, Perak. Sehingga kini setelah hampir 100 tahun koperasi bertapak di Malaysia, terdapat lebih 14,000 buah koperasi berjaya ditubuhkan dan dianggotai oleh lebih enam juta ahli.

Perlu difahami, koperasi adalah satu entiti pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan ahli yang mempunyai matlamat yang sama, sama ada untuk mempertingkatkan ekonomi, mensejahterakan sosial, mengikat sosial atau kesemuanya sekali. Di sinilah bezanya koperasi dengan syarikat. Keistimewaan berkoperasi adalah terletak kepada matlamat sama yang dipegang oleh ahlinya tanpa mengira latar belakang sosiobudaya, ekonomi bahkan agama dan politik.

Persoalannya di sini ialah mengapakah koperasi masih lagi

Melestarikan Koperasi Sebagai Wadah Sosioekonomi

PERANAN KOMUNIKASI DAN MEDIA

Oleh: Halim Haji IbrahimPengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA

Page 57: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

55Edisi Khas PELANCAR

tidak dipandang sebagai salah satu entiti pertubuhan yang boleh meningkatkan sosioekonomi masyarakat di negara ini? Mengapa jika disebut tentang meningkatkan ekonomi, masyarakat hanya terfikir untuk menubuhkan syarikat? Mengapakah koperasi masih tidak menjadi pilihan utama untuk tujuan tersebut? Dan yang peliknya, apakah kaitan komunikasi dan media dengan koperasi?

Satu kajian imperikal mendalam perlu dilakukan bagi membuktikan sebenarnya terdapat satu kaitan langsung yang kuat mengapa koperasi masih tidak popular berbanding syarikat dalam hal ekonomi. Kewujudan koperasi hampir satu abad di negara ini bukanlah satu jangka masa yang pendek. Ianya telah meniti pelbagai cabaran sama ada kisah kejayaan yang perlu diceritakan atau kisah kedukaan yang ditonjolkan.

Keadaan masyarakat yang kompleks dan pelbagai latarbelakang sosiobudaya di negara ini memerlukan satu perancangan komunikasi yang teratur dan terancang untuk mempromosikan koperasi sebagai kaedah terbaik untuk mencapai matlamat koperasi sebagai pilihan mempertingkatkan sosioekonomi. Semua teori dan model komunikasi massa perlu digembleng secara rapi, teratur dan cekap bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Rangka masa perlu digariskan dan setiap rangka masa dianalisa bagi tujuan pengubahsuaian.

Cabaran utama sebelum perkara ini (penggunaan komunikasi dan media) diketengahkan ialah tentang peruntukkan kewangan. Ramai yang beranggapan, pelaburan dalam media adalah satu perkara yang tidak menampakkan impak dan manfaat secara langsung kepada koperasi. Tiada ukuran nyata yang boleh digunakan untuk membenarkan satu jumlah wang digunakan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Oleh itu, tidak perlu peruntukan wang yang besar diperlukan untuk media.

Inilah cabaran besar sebenar yang dialami oleh gerakan koperasi di negara ini. Tiada kisah-kisah kejayaan koperasi yang diketengahkan oleh media secara mampan untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Tiada kisah kejayaan anggota usahawan yang dilahirkan oleh koperasi dipampang di dada akhbar atau bersiaran di televisyen atau kumandang di corong radio pada era kegemilangan medium ini. Hanya kisah-kisah sensasi salah guna kuasa, rasuah dan penyelewangan duit ahli koperasi yang sering digembar-gemburkan. Apabila ianya diulang-ulang (kisah tragis koperasi), ianya menimbulkan satu persepsi negatif dikalangan masyarakat. Secara psikologinya, kisah negatif lebih mudah terlekat diminda seseorang berbanding kisah-kisah positif dan secara tidak langsung menyebabkan ‘nila setitik, rosak susu sebelangga’.

Oleh itu, komunikasi secara berkesan dengan menggunakan media secara berterusan perlu dibuat tanpa prejudis. Pihak bertanggungjawab terhadap sektor koperasi negara perlu duduk bersama memikirkan bagaimana imej koperasi sebagai pertubuhan berautonomi dalam mengerakkan ekonomi masyarakat, diketengahkan dengan baik. Ramai pakar komunikasi dan media yang boleh dilibatkan sama ada dari industri media sendiri atau dari institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran tersendiri. Janganlah biarkan koperasi hanya ‘melukut ditepi gantang’ di mata masyarakat sehingga timbul ayat ‘ada pun tak mengapa, tiada pun tiada ruginya dan tiada mengurangi’.

Keadaan masyarakat yang kompleks dan pelbagai latarbelakang sosiobudaya di negara ini memerlukan satu perancangan komunikasi yang teratur dan terancang untuk mempromosikan koperasi sebagai kaedah terbaik untuk mencapai matlamat koperasi sebagai pilihan mempertingkatkan sosioekonomi. Semua teori dan model komunikasi massa perlu digembleng secara rapi, teratur dan cekap bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Rangka masa perlu digariskan dan setiap rangka masa dianalisa bagi tujuan pengubahsuaian.

Page 58: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Yayasan ANGKASAYayasan ANGKASA ditubuhkan untuk memperkasakan taraf

pendidikan dan pembangunan Modal Insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran

yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat.

Bagi memastikan budaya kecemerlangan

di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program tahunan yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu:

i. Program motivasi (untuk pelajar baru).

ii. Program kaunseling (untuk kecemerlangan pelajar).

iii. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir).

Kesemua program ini diatur semasa cuti semesta. Yayasan

ANGKASA memperuntukkan perbelanjaan hampir RM150,000 untuk ke semua program tersebut setiap tahun.

ANGKASA akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada anggota dan anak-anak anggota melalui Yayasan ANGKASA, berteraskan pendidikan dengan memberikan pembiayaan boleh ubah kepada biasiswa, dan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk menggapai impian ke menara gading bagi menuntut ilmu dan menentukan masa hadapan negara kelak, kerana golongan inilah sebahagiannya

sila imbas QR Code untuk muat turun

Laman sesawang Yayasan ANGKASA

Majalah 2 Dekad Yayasan ANGKASA

akan berperanan sebagai tunggak pentadbiran negara dan berada di sektor-sektor utama negara.

Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukarkan sebagai biasiswa adalah merupakan satu anugerah daripada ANGKASA kepada anak-anak anggota koperasi di atas prestasi dan pencapaian yang cemerlang di dalam pendidikan, ini juga merupakan salah satu cara memberi motivasi agar pelajar sentiasa berada ditahap tertinggi dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Page 59: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 60: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 61: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 62: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 63: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 64: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 65: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 66: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja
Page 67: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

Rakan Strategik

C-504 Blok C Glomac Busines CentreJalan SS 6/1 Kelana Jaya,47301 Petaling Jaya, Selangor

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

myangkasaamanahberhadmyangkasaamanah

[email protected]

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

www.myangkasaamanah.com.my

MemperkenalkanSistem Dalam Talian

(Online)

Sayang keluarga, Rancang Harta.

Perancangan hari ini kebahagiaan

masa hadapan.

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Page 68: mesyuaratagung.angkasa.coop...Koperasi Sekolah Kekal Relevan, Berdaya Saing 44 JPAN Kedah : Bantu Kariah Melalui Kerjasama Koperasi Kariah Masjid 46 JPAN Kelantan : Semangat Kerja

#ANGKASA50 #MenjulangAspirasiKoperasi