mrem.bernama.commrem.bernama.com/mrembm/brochure_bm.doc · web viewbernama beroperasi di dalam...

9
PERKHIDMATAN PENGURUSAN ACARA DAN PERHUBUNGAN MEDIA (MREM) PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERKHIDMATAN PENGURUSAN ACARA DAN PERHUBUNGAN MEDIA (MREM) PERTUBUHA

N BERITA NASIONAL MALAYSIA

(BERNAMA)

Jadual Kandungan

1. PENGENALAN

1.1 Maklumat mengenai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 3

1.2 Maklumat mengenai Pengurusan Acara dan Perhubungan Media

(MREM) 3

2. CIRI-CIRI PENGURUSAN ACARA DAN PERHUBUNGAN MEDIA (MREM) 4

3. FAEDAH KEPADA PENGGUNA MREM 4

4. PERKHIDMATAN MREM

4.1 Pengedaran Siaran Media untuk Domestik (Malaysia & Singapura) 5

4.2 Perkhidmatan ASIANET 6

4.3 Perkhidmatan Penterjemahan 7

4.4 Perkhidmatan Perhubungan Awam 7

4.5 Pengurusan Acara 8

4.5.1 Publisiti & Promosi 8

4.5.2 Pengurusan Pusat Media 9

2

1.0 Pengenalan

1.1 Maklumat mengenai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

(BERNAMA)Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan oleh satu Akta Parlimen pada 1967 dan memulakan operasi pada Mei 1968. Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai diketahui di kalangan media tempatan & antarabangsa termasuk agensi-agensi kerajaan, perbadanan, universiti dan orang perseorangan di seluruh negara.

Kebanyakan akhbar dan media elektronik Malaysia dan agensi-agensi berita antarabangsa berlanggan dengan BERNAMA. BERNAMA beroperasi di dalam industri maklumat, yang amat berdaya saing tetapi mempunyai potensi luas untuk berkembang. BERNAMA secara berterusan menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan lagi kualiti produk dan perkhidmatannya yang termasuk maklumat kewangan tepat masa, berita tepat masa, sebuah perpustakaan elektronik, pengedaran siaran media, pengurusan acara, foto dan liputan video.

1.2 Maklumat mengenai MREM Malaysia-Global “Hubungan langsung anda dengan media”MREM adalah sebuah perkhidmatan pengedaran siaran media bertaraf profesional oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, iaitu pembekal terkemuka bagi kandungan berita kepada media tempatan dan antarabangsa. Kini sepanjang tempoh hampir 25 tahun, sektor perniagaan, kerajaan dan syarikat multinasional telah bergantung kepada perkhidmatan perhubungan media MREM untuk mendapatkan produk dan usaha niaga mereka dipaparkan di dada akhbar dan disiarkan di radio dan televisyen. Rekod perkhidmatan yang cemerlang telah membantu MREM menampilkan diri sebagai sebuah sumber berita syarikat yang penting dan boleh dipercayai kepada media, dan merancang dalam menyampaikan nilai kepada pelanggan.

3

2.0 Ciri-ciri MREM

Serentak Apabila MREM mengedarkan siaran media anda, semua akhbar utama, termasuk stesen radio dan televisyen di seluruh negara, menerima siaran media itu secara serentak.

Perkhidmatan wire

Pihak media menerima siaran media anda, di samping jemputan dan maklumat latar belakang, pada rangkaian yang sama ia menerima laporan berita BERNAMA. Ini memberi para editor akses secara langsung kepada pengumuman anda.

Jangkauan MREM boleh menghantar siaran media anda ke mana-mana destinasi dalam negeri dan di peringkat global dan dalam sebarang bahasa.

Akses global Semua siaran media yang dihantar oleh MREM dipaparkan di laman web mrem.bernama.com bagi membolehkan rakan perniagaan, pelabur, pelanggan dan pekerja anda mengaksesnya secara mudah.

3.0 Faedah kepada Pengguna MREM

MudahAnda hanya perlu menghantar satu salinan siaran media itu kepada MREM dan kami akan melakukan tindakan seterusnya: MREM mengedarkan siaran media itu berserta gambar kepada media, disusuli dengan penghantaran ulangan (jika perlu) dan memantau liputan media.

Menjimatkan kosMREM mengenakan bayaran langganan bagi perkhidmatannya, yang kadarnya nominal berbanding

4

faedah yang anda terima daripada segi liputan media. Satu siaran media yang diterbit atau disiarkan adalah bersamaan dengan beribu-ribu ringgit daripada segi nilai ruang iklan.

BerjayaPerhubungan MREM dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) membantu siaran media itu dalam menarik perhatian akhbar dan liputan yang diperlukan oleh pelanggan.

4.0 Perkhidmatan MREM

4.1 Pengedaran Siaran Media Domestik (Malaysia & Singapura)

Semua siaran media yang didraf oleh pelanggan yang diedarkan kepada media tempatan termasuk Sabah dan Sarawak. Pakej-pakej yang ditawarkan:10 Siaran Akhbar 30 Siaran Akhbar 50 Siaran Akhbar

Kadar termasuk: Penghantaran berulang bagi siaran media

untuk mendapatkan liputan maksimum

Memantau akhbar tempatan untuk keratan akhbar

Nota Kepada Editor atau jemputan akhbar diedarkan kepada media secara percuma

Pengedaran gambar bersama siaran media yang berkaitan melibatkan kos. Sila hubungi wakil kami bagi maklumat lanjut berkenaan harga dan pakej-pakej yang ditawarkan.

5

Beberapa pelanggan yang melanggan perkhidmatan ini pada masa ini adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Standards Malaysia, AmBank Group, CIMB Group, PETRONAS, BASF (Malaysia) Sdn Bhd, Shell Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya.

4.2 Perkhidmatan ASIANET

BERNAMA adalah anggota Lembaga bagi sebuah konsortium yang terdiri daripada agensi-agensi berita utama di rantau Asia Pasifik. Kami mempunyai perjanjian kerja dengan anggota gabungan di luar negara untuk mengedarkan siaran media di Amerika Syarikat, United Kingdom/Eropah, Timur Tengah, Kanada, Amerika Latin dan Afrika.

Satu ciri penting dalam perkhidmatan AsiaNet adalah menyediakan kepada media di seluruh dunia dengan versi terjemahan bagi salinan asal pelanggan dalam gaya yang diterima pakai untuk penerbitan. Ini dapat mengatasi halangan budaya dan bahasa dan menjaminkan berita-berita penting mendapat pertimbangan oleh media.

Secara ringkas, AsiaNet, menerusi rakan beritanya yang utama, mengatur siaran media pelanggan untuk diedarkan dalam bentuk teks lengkap, tidak diedit dan telah diterjemahkan di mana perlu. Ia dihantar melalui Platform Operasi Internet AsiaNet ke lokasi-lokasi dan senarai yang menjangkau satu gabungan berita am dan media khusus kepada industri sebagaimana yang diperlukan oleh pelanggan.

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AsiaNet adalah PETRONAS, East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)Kuwait Finance House, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (untuk Kraftangan Malaysia), Cyberview Sdn Bhd, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), World Islamic Economic Forum Foundation, Thinkerbox (M)

6

Sdn Bhd, MINDA, Prority Consultants, INTEC Systems, SEDANIA Travelneeds2u, Grey Two PR Sdn Bhd, MediaBond Sdn Bhd, dan sebagainya.

(Nota: Kos adalah tertakluk kepada destinasi, sebagai contoh Negara atau Rantau Tunggal)

4.3 Perkhidmatan TerjemahanPerkhidmatan terjemahan ditawarkan untuk bahasa Mandarin, Tamil, Bahasa Malaysia, Arab dan Bahasa Inggeris.

Untuk siaran media dalam Bahasa Mandarin, Tamil dan Arab, kosnya didasarkan kepada artikel berkenaan dan kadar ditentukan sewajarnya

Untuk artikel yang tidak berbentuk siaran media dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Tamil, Arab dan Inggeris – satu sebutharga akan dinyatakan tertakluk kepada artikel/dokumen berkenaan

Tempoh masa untuk menterjemahkan siaran media itu – minimum 24 jam/1 hari

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penterjemahan adalah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (untuk Kraftangan Malaysia), Dove Bid (Singapura), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ExxonMobil, SHELL, dan sebagainya.

4.4 Perkhidmatan Perhubungan MediaBerikut adalah beberapa aktiviti yang digariskan untuk pertimbangan anda: Pengedaran siaran media berteks lengkap kepada semua media Pengedaran gambar secara dalam talian atau online Mendraf Makluman Media/Jemputan Akhbar Pengedaran nota kepada editor/jemputan akhbar kepada semua media Menyelaraskan kehadiran media bagi persidangan media/pelancaran Menjalankan temuramah dengan tokoh penting; BERNAMA akan

dimaklumkan Menyediakan sokongan lengkap daripada Jabatan Pengarang, TV dan Foto

BERNAMA bagi acara-acara berkaitan Mendraf laporan yang menonjolkan acara-acara sampingan Menyediakan satu ikon pada laman web BERNAMA, hiperlink atau pautan

kepada laman web pelanggan Petugas MREM akan hadir semasa persidangan media/pelancaran

7

11th ASEAN Summit 2005 Islamic Development Bank (IDB)

Memberi nasihat mengenai kandungan kit media Memantau dan mengumpulkan keratan akhbar daripada akhbar tempatan

(Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia) dan laporan berita dalam talian

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Perhubungan Media adalah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ABC Exhibitions, FELCRA, FAMA, Protemp Exhibition, Perwira Bintang Sdn Bhd, dan sebagainya.

4.5 Pengurusan Acara

MREM BERNAMA menawarkan dua aspek penting dalam pengurusan acara:

4.5.1 Publisiti dan promosi Mengadakan temuramah

eksklusif bagi menyediakan berita-berita positif kepada media

Menyelaraskan publisiti sebelum, semasa dan selepas penganjuran acara berkenaan.

Perkhidmatan kami akan termasuk perkhidmatan Jabatan Pengarang/Foto dan liputan TV oleh BERNAMA TV bagi semua acara yang dianjurkan oleh pelanggan

Menyediakan gambar kepada semua media menerusi kemudahan sedia ada termasuk perkhidmatan dalam talian

Satu ikon akan diwujudkan di laman web BERNAMA yang akan memuatkan acara-acara dan berita berkaitan pelanggan

Terdapat juga satu hiperlink atau pautan kepada laman web pelanggan

(Nota: Temuramah dan laporan media yang disediakan oleh BERNAMA akan disiarkan oleh ASTRO).

4.5.2 Pengurusan Pusat Media

8

39th Asean Ministerial MeetingNAM Ministerial Meeting on The Advancement of Women

Kami menawarkan

khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai langkah menubuhkan sebuah pusat media

Kami merancang dan menyelaraskan kemudahan dan kemudahan telekomunikasi termasuk kemudahan dalam talian atau online, pendaftaran media, pengumuman media dan akreditasi media

Mengedarkan maklumat mengenai acara-acara kepada media tempatan

Merangka peraturan dan garis panduan berhubung pengeluaran pas media

Menyelaraskan pengeluaran pas media dan kit media Menyelaraskan temuramah akhbar sepanjang acara itu Menyelaraskan pergerakan petugas media semasa acara itu

berlangsung Memantau dan mengumpulkan laporan BERNAMA dan keratan

akhbar daripada akhbar-akhbar tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.

Beberapa acara yang telah kami kendalikan adalah Sidang Kemuncak NAM 2003, Sidang Kemuncak OIC ke-10 2003, Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 2005, Mesyuarat Peringkat Menteri Wanita NAM, Mesyuarat Bank Pembangunan Islam (IDB) 2005 & 2006, Dialog Antarabangsa Langkawi 2000, 2002 & 2004, Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN ke-39 2006, Sukan FESPIC KL’06 2006 dan sebagainya.

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Pengurusan Acara kami adalah Jabatan Awqaf, Zakat dan Haji, SKALI Group, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar, Badan Pencegah Rasuah, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan sebagainya.

Pengurusan Acara & Perhubungan Media (MREM)Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)Tingkat 5, Wisma Bernama28, Jalan 1/65AOff Jalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur

9

E-mel : [email protected] Tel : 03-2694 1023/2694 1024/2696 2124 Faks : 03-2694 1021/1022

10